Al-Quran merupakan sumber rujukan yang utama bagi membentuk sesuatu
perlembagaan, akhlak, jati diri dan sebagainya. Oleh sebab itu telah timbul pelbagai
kaedah dan cara untuk mempelajari dan memdalami al-Quran dengan baik dan berkesan.
Keadah-keadah yang telah wujud dari dulu hingga dewasa ini ialah seperti berikut:
I. Kaedah Talaqqi Musyafahah
II. Kaedah Tasmik
III. Kaedah Tadarus
IV. Kaedah Tikrar
V. Kaedah ImlaI
VI. Kaedah baghdadiah
VII. Kaedah Iqra
VIII. Kaedah Qiraati
IX. Kaedah Hattawiah
Setiap kaedah diatas mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tumpuan
utama yang akan dikupas dalam kertas kerja ini ialah berkenaan tiga keadah sahaja iaitu
kaedah Baghdadiah, kaedah Iqra dan kaedah Tadarus.
KAEDAH BAGHDADIAH
Kaedah Baghdadiah adalah kaedah yang paling lama dan masyhur di Malaysia.
Boleh dikatakan genaerasi yang lahir hari ini lahir dengan kaedah baghdadiah.
Terdadapat banyak kelebihan atau cirri-ciri istemewa yang ada pada kaedah ini antaranya
ialah:
1. murid dapat mengenal huruf hijaiah, baris-baris dan tanda-tanda dalam al-Quran
dengan baik.
2. murid diajar mengikut peringkat yang tertntu dari mudah kepada sederhana dan
susah.
3. murid diajar mengeja huruf yang pelbagai baris sehingga betul-betul fasih dan
mahir.
4. pelajar senang faham dan dapat mengeja serta membaca kalimah yang
mempunyai pelbagai baris dan tanda kerana dipermulaan pembelajaran murid
diperkenalkan dengan huruf-huruf hijaiyyah terlebih dahulu.
5. kaedah ini dapat membentuk disiplin pelajar kerana ia perlu kepada tumpuan yang
sungguh-sungguh dariapada pelajar.
6. sesuai untuk semua peringkat usia dan tahap kemampuan individu
7. sesuai untuk pelajar yang lemah kerana dia mengikut peringkat tertentu iaitu dari
pengenalan huruf, mengeja dan membaca al-Quran
8. cepat menguasi pembacaan al-quran kerana dapat mengenalpasti huruf dan tanda
baca dengan baik.
9. menguatkan daya hafazan terhadap ayat-ayat lazim
10. cepat mengeja
11. cepat mengeal huruf
12. penguasaan ilmu tajwid melalui pembacaan surah pendek.
Walaubagaimanapun kaedah ini juga tidak dapat lari dari mempunyai kelemahanya yang
tersendiri antaranya ialah:
1. memakan masa yang lama untuk membaca al-quran sekiranya tidak dapat
menguasi ejaan dan mengenal huruf
2. guru kurang mahir dalam jaedah pengajaran mengeja baris dan tanda baca
3. buku kurang menarik dari segi persembahan grafik dan warna
4. corak pengejaran guru lebih kepada interaksi satu hala(Guru sekadar mendengar
bacaan murid atau guru yang memperdengarkan bacaan kepada murid)
5. tiada panduan dan had tempoh yang tertentu dalam pembacaan al-Quran
6. Kaedah ini tidak dimasukan dalam sukatan pelajaran KBSR
7. Tiada keseragaman dalam system pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini
biasanya diajar oleh guru-guru kampung mengikut tahap keupayaan mereka.
8. suasana pembelajaran yang tidak kondusif dari segi persekitaran dan tiada
kawalan yang sewajarnya dan bergantung kepada pelajar itu sendiri
9. penguasaan pelajar lebih kepada hafazan berbanding dari segi kemahiran menulis.
10. masa yang tidak sesuai dilaksanakan iaitu selepas waktu asar dan magrib
mengikut masa rehat guru agama.
11. bilangan pelajar yang terlalu ramai dan tiada kawalan yang sewajarnya ari guru
agama.
Bagi memastikan keadah ini membawa kabaikan dan kaejayaan yang lebih cermerlang
dalam penguasaan al-Quran maka cadanga atau langakah-langkah yang boleh diambil
adalah sebagaimana berikut:
1. Pihak yang bertanggunjawab dalam bidang ini boleh menyediakan buku panduan
khas kepada pelajar dan guru dalam mengeja baris dan tanda bacaan yang
menarik dari segi warna dan persembahan
2. guru mengunakan pelbagai kemahiran dan kaedah dalam sesi pengajaran
mengikut tahap kemahiran dan kemampuan pelajar contoh mengunakan tape atau
radio untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari al-Quran
3. guru memastikan waktu yang sesuai untuk sesi pengajaran berdasarkan jumlah
pelajar dalam setiuap sesi pengajaran dan pembelajaran
4. memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 10 orang agar sesi pembelajaran lebih
berkesan dan lancar
5. guru mengambungjalinkan kaedah ini dengan kaedah lain yang sesuai seperti
kaedah iqra bagi memastikan penguasaan murid lebih berkesan
6. pemantuan dari pihak tertentu keatas guru0guruagamna yang mengajar al-Quran
terutama kawasan kampung agar sebutan huruf tidak mengikut suasana dan situasi
setempat.
7. mewujudkan krusus keseragaman kaedah pengajaran untuk guru, ibu bapa dan
orang awam yang berminat.
8. kaedah ini digunakan secara meluas dalam system pendidikan negara.
KAEDAH IQRA
Kaedah iqra adalah kaedah yang agak baru muncul di Malaysia. Kaedah mula
diperkenalkan oleh Ustaz As ad Human dari Indonesia. Kemuculan kaedah ini agak
menarik perhatian kerana ia adalah kaedah yang agak menarik dan mudah untuk
dipelajari. Kelebihan yang ada pada kaedah ini antaranya ialah:
1. pelajar cepat pandai
2. pelajar cepat faham dan dapat
3. mudah mengingat huruf dan kalimah
4. mengenal bunyi tanpa mengeja
5. mudah mengingati dalam masa yang singkat
6. dapat menyebut dengan cepat dan lancar
7. berkelompok mengikut IQ pelajar
8. latih tubi sebutan kalimah susah
9. cepat dan berkesan
10. dapat menguasi dengan cepat
11. belajar secara berkelompok
12. mudah, cepat dan senang difahami
13. dapat baca Al-Quran dengan baik dan mengenali huruf jawi
14. cepat menguasai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
15. cepat mengenal huruf, baris dan tanda dalam al-Quran
16. murid berdisiplin
17. mudah menyebut huruf dan kalimah yang diperkenal oleh guru
18. mudah menyebut dan mengingat
19. kemahiran tidak membebankan dan mempercepatkan proses pengajaran
20. pengajaran berperingkat dari bacaan asas hingga tajwid
21. tidak membazir masa untuk mengeja
22. ada tanda warna untuk membezakan sebutan baris
23. mudah diajar dan tidak menjemukan
Kaedah ini juaga tidak terlepas dari beberapa kelemahan atau kekurangan.
Kelemahan dalam kaedah ini wujud hasil daripada pengunaan yang meluas kaedah ini
pada abab ini. Kelemahan yang dapat dicunkil dalam kaedah Iqra antaranya ialah:
1. tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran al-Quran
mengikut kaedah Iqra
2. tidak ada krusus intesif yang berterusan kepada guru
3. bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah
4. tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar
kaedah ini (terutama kepada pelajar yang lemah).
5. perbezaan cara pengajaran Al-Quran di rumah dan sekolah
6. tidak buku yang khusus untuk latihan harian dan bulanan
7. kurang aktiviti sampingan dan pengajaran al-Quran
8. tidak pengawasan pihak tertentu terhadap buku-buku yang diedar di sekolah
9. naskah buku iqra yanga digunakan tidak mempunyai tariakan yang dapat
menarik perhatian murid seperti warna dan lain-lain
10. perbezaan tahap dikalangan pelajar atau latar belakang pelajar murid yang
berbeza
11. tidak sempat untuk melakukan ulangan pelajaran
12. perlu perhatian yang lebih kepada pelajar yang lemah
13. kemahiran perlu diteruskan setiap masa
14. murid dapat hafal tapi dari segi hafalan sahaja
15. sebut huruf tunggal tidak betul
16. buku iqra5 dan 6 ayat-ayat al-quran ditulis bercampur-campur susah bagi
pelajar untuk hafal surah yang pendek
17. susah dikuasai oleh pelajar yang lemah
18. ia mudah dan cepat tapi bukan untuk pelajar yang lemah.
Bagi mengatasi kelemahan dan menampung kekurangan tersebut, dapatlah
dikemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi mutu kaedah iqra. Cadangan
yang dapat dikemukakan ialah:
1. menganjurkan kursus-kursus mengenai teknik mengajar al-Quran mengikut
kaedah iqra kepada guru-guru dan menganjurkan seminar tahunan diperingkat
negeri dan menjemput para guru dan ibu bapa sebagai peserta.
2. menerbitkan buku panduan yang khusus berkaitan dengan cara mengajar kaedah
iqra dan diedarkan kepada semua guru diseluruh negara
3. perlu digabungjalin dengan kaedah lama, iqra diteruskan mengikut kesesuaian
tetapi kaedah baghdadiah tetap dijalankan
4. mengalakkan ibu bapa supaya tidak mengunakan kaedah lain dalam mengajar al-
Quran di rumah selain daripada kaedah iqra yang digunakan di sekolah dengan
menjelaskan kekeliruan yang berlaku kepada anak-anak sekiranya berlaku
demikian.
5. guru yang mengajar perlu ikhlas dan mempunyai sifat kasih sayang dan amanah
ilmu
6. guru perlu memperbanyakan alat bantu mengajar (ABM)
7. mempelbagaikan cara mengajar dengan mengunakan teknik terkini seperti
pengunaan komputer, multimedia dan sebagainya
8. perlu dikemaskini terutama potongan ayat yang dikeluarkan.
TADARUS
Tadarus al-Quran adalah fenomena biasa pada bulan Ramadhan. Namun demikian
kaedah ini agak menarik dan banyak memberi sumbangan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Pelaksanaan kaedah ini yang agak jarang dan mungkin mengikut
musim, maka ramai yang tidak begitu nampak kehebatan kaedah ini dalam sistem bacaan
al-Quran. Sebenaranya terdapat beberapa kelebihan dalam kaedah ini untuk menguasi al-
Quran dengan baik dan sempurna dari segi hukum dan tajwid. Kelebihan kaedah ini
ialah:
1. membaca dalam kumpulan yang telah ditetapkan tidak melebihi 4 orang
agar sesi tadarus lebih berkesan dan bermakna
2. bimbingan adalah terus dari ahli tadarus
3. pengajaran dan pembelajaran adalah aktif
4. membentuk sikap berani mencuba dari kalangan ahli tadarus
5. membina keyakinan diri dan semangat yang tinggi untuk menguasai al-
Quran dengan baik
6. memberi peluang kapada ahli tadarus yang lemah memperbaiki bacaan
7. setiap kesalahan adalah serta merta ditegur oleh ahli tadarus
8. bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari dengan jelas oleh
ahli tadarus
9. pencapaian murid dapat diselaraskan
10. jumlah ayat adalah sama bagi setiap ahli tadarus
Tadarus al-Quran juga tak lari dari mempunyai kelemahan dan kekurangan.
Tambahan pula kesempurnaan sesuatu agak sukar tanpa penggabujalinan bagi
menampung kelemahan dalam setiap kaedah, kelemahan yang terdapat dalam kaedah ini
antaranya ialah:
1. kaedah ini sesuai kepada yang mahir dalam bacaan al-Quran bukan untuk
golongan yang masih belum menguasi bacaan al-quran yang asas
2. Perlaksanaan kaedah ini agak jarang dan tidak berterusan, buktinya ia
dilaksanakan pada musim-musim atau bulan-bulan tertentu sahaja.
Contohnya dilaksanakan pada bulan Ramadhan dan majlis kaeramaian
tertentu sahaja.
3. timbul rasa rendah diri dari kalangan ahli tadarus yang lemah dan tidak
berapa lancar dalam bacaan al-Quran
4. membaiki kesalahan tapi tidak menjelaskan secara detail tentang hukum
tajwid, makraj huruf dan sebagainya kerana kesuntukan masa dan urusan
lain
5. ahli tadarus biasanya akan membuat kesalahan yang sama kerana tiada
pengulangan atau latih tubi dalam bacaan
6. ahli tadarus yang tidak hadir mengikut masa yang ditetapkan akan
ketinggalan dalam bacaan
7. ahli tadarus yang mahir akan cepat rasa jemu menanti giliran dan
membaiki bacaan ahli tadarus yang lemah.
Tadarus al-Quran merupakan salah satu metod untuk merapatkan hubungan silaturahim
sesama muslim. Bagi memastikan kaedah ini berkekalan dan berterusan sepanjang zaman
dari zaman Rasulullah hingga abad ini. Bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan yang
ada dalam kaedah ini beberapa langkah perlu dilaksanakan. Langkah-langkah untuk
mengatasi maslah tersebut ialah:
1. kaedah ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak hanya tertumpu
pada masa dan majlis yang tertentu sahaja.
2. setiap kesalahan ahli tadarus perlu dijelaskan secara detail agar kesalahan
yang sama tidak diulang berkli-kali
3. ahli tadarus yang mahir perlu bersabar dan tidak jemu membimbing ahli
tadarus yang lemah bagi memastikan al-Quran terus dimartabatkan dalam
kehidupan
4. setiap ahli tadarus pelu memberi komitmen dan istiqamah yang
sepenuhnya untuk hadir dalam majlis tadarus
5. ahli tadarus yang lemah perlu bersikap terbuka dalam menerima setiap
teguran ahli tadarus agar majlis tadarus tidak berkubur begitu sahaja.
Berdasarkan kelebihan, kelemahan dan cadangan untuk mengatasi setiap
permasalahan yang wujud dalam ketiga-tiga kaedah tersebut dapatlah disimpulkan
bahawa apa sahaja bentuk kaedah yang digunakan dalam menguasai al-Quran dengan
baik dari segi sebutan huruf, makraj dan hukum tajwid yang paling utama ialah komitmen
yang perlu ada pada setiap individu untuk menguasi al-Quran dengan baik.
Pengabungjalinan antara pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan
kaedah yang terbaik bagi mengatasi segala kelemahab yang ada pada setiap kaedah,
selain daripada itu juga setiap kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ianya
adalah bergantung kepada kehendak individu untuk mengunakan mana-mana kaedah
yang bersesuaian dengan tahap dan kemahiran yang ada pada mereka.
KAEDAH BAGHDADIAH
Top Related