KAEDAH MENANAM MENGGUNAKAN KERATAN/TAMPANG
Jenis-jenis Keratan/Tampang
1. Keratan batang - Keledek, Ubi Kayu, Pucuk Manis
2. Keratan daun - Kacip Fatimah
3. Umbisi - Halia, Kunyit, Lengkuas
4. Bebawang - Bawang
Keadah menanam
1. Tanam terus di batas - Ubi Kayu, Keledek, Keladi
2. Semaian di kotak semaian - Jenis herba dan untuk tujuan mengubah
Bahan yang digunakan untuk menyemai keratan
1. Media semaian - Sabut kelapa, pasir, tanah campuran
2. Kotak semaian
3. Keratan
Cara menyemai keratan batang
1. Pilih bahan keratan yang subur dan tidak berpenyakit
2. Potong serong pangkal keratan di bawah 1 mata tunas
3. Tinggalkan 2-3 helai daun dan dipotong 3/4
4. Pastikan sekurang-kurangnya ada 1 mata tunas untuk pengakaran dan 1 mata tunas
untuk pucuk
5. Tanam keratan sedalam 3-5cm dan tekan disekeliling pangkal supaya padat
6. Letak di bawah naungan dan siram 2 kali sehari
7. Bagi pokok yang sukar berakar, hormon penggalak akar boleh digunakan bagi
mempercepatkan pengeluaran akar
8. Keratan akan berakar antara 7-25 hari dan boleh dipindahkan ke polibeg atau batas
PERTANIAN BANDARAN : PERTANIAN BANDARAN : PERTANIAN BANDARAN : SEMAIAN BIJI BENIH SSEMAIAN BIJI BENIH SSEMAIAN BIJI BENIH SAYUR DAN AYUR DAN AYUR DAN
KAEDAH MENANAM MENGGKAEDAH MENANAM MENGGKAEDAH MENANAM MENGGUNAKAN UNAKAN UNAKAN KERATAN/TAMPANGKERATAN/TAMPANGKERATAN/TAMPANG
Disediakan oleh :
Faridah Binti Abdullah
03-8947 1827 / [email protected]
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM
SEMAIAN BIJI BENIH SAYUR
Cara menilai biji benih yang baik
Biji benih perlu matang dan bernas
Berisi penuh bulat dan sihat fizikal
Biji benih bebas dari sebarang penyakit kulat
Tidak rosak dan pecah
Cara penyimpanan yang disyorkan
Simpan dalam bekas kedap udara
Boleh disimpan didalam peti ais
Pastikan biji benih kering dan tidak terkena air semasa dalam simpanan
Bekas Semaian
Bekas semaian - Seed Tray
Bekas/kotak semaian
yang mempunyai lubang dibawahnya
Media Semaian
1. Tanah gambut / Peatmoss
2. Pasir
3. Habuk Sabut Kelapa
4. Tanah campuran
Jenis Biji Benih
1. Biji Benih Halus - Bayam, Sawi, Kailan
2. Biji Benih Kasar - Bendi, Petola, Kangkung, Kekacang, Labu
1 2
1 2 3 4
Bahan asas penyemaian
1. Media semaian
2. Biji benih
3. Bekas semaian
Kaedah menyemai biji benih sayur (Cili)
1. Isikan media semaian dalam bekas semaian
2. Letakkan biji benih cili ditengah lubang diatas media semaian dan ditekankan
sedikit
3. Siram semaian dengan menggunakan botol spray secara semburan halus
4. Letakkan semaian di tempat yang redup/teduh
5. Biji benih akan mula bercambah selepas 3-5 hari dari tarikh disemai.
6. Selepas 5-7 hari,benih mula mengeluarkan 2 helai daun.
7. Selepas 14 hari, kebiasaanya benih cili akan mengeluarkan 4 helai daun.
8. Selepas, umur 25-30 hari, benih cili boleh dipindahkan kedalam polibeg /batas.
3 2 1
1 2
3
4 5
Top Related