KAEDAH MUDAH iNGAT
KONSEP
M.i.K
M.i.K
ABC, ABS, ABK dan ACC.
A.B.C(Aku Budak
Comey)
• A – Apa?• B – Bagaimana?• C – contoh
Contoh ABC
Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa kimia.
• Luluhawa kimia bermaksud proses pereputan dan penyepaian batuan di sesuatu tempat secara insitu oleh agen-agen atmosfera seperti hujan, suhu dan matahari contoh proses larutan, pengoksidan dan pengkarbonan.
Huraiannya,• Apa : proses pereputan dan penyepaian
batuan di sesuatu tempat.• Bagaimana : secara insitu oleh agen-agen atmosfera
seperti hujan, suhu dan matahari.• Contoh : proses larutan, pengoksidan dan
pengkarbonan.
A.B.S(Aku Boleh Segalanya)
• A – APA?• B - BAGAIMANA?• S - SEBAB
A.B.S Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu.• Jerebu bermaksud partikel
terampai di atmosfera dalam ketebalan yang tinggi. Partikal terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan. Disebabkan aktiviti manusia dan faktor semula jadi seperti aktiviti perkilangan dan letusan gunung berapi.
• Huraiannya?
ABK
(Aku Bukanlah Kambing)
• A – APA?• B – BAGAIMANA?• K - KESAN
ABK• Apakah yang anda tahu berkaitan dengan
putaran bumi?• Putaran bumi bermaksud
bumi berputar pada paksinya sendiri dengan kecondongan 23 ½ ° daripada satah tegak dari barat ke timur selama 23 jam 56 minit bagi satu pusingan 360 ° dengan kelajuan 1700 km/jam di khatulistiwa dan di kutub kelajuannya sifar. Akibat kejadian ini, berlaku kejadian siang dan malam, perbezaan zon waktu dan fajar dan senja.
• Huraiannya,
ACC(Aku Cari Cita)
• A – APA?• C – CIRI• C - CONTOH
ACC• : Apakah yang dimaksudkan dengan bandaraya
global.
Bandaraya global bermaksud bandar yang menempatkan pelbagai aktivti ekonomi yang bertaraf global, pusat pasaran saham sedunia,pusat kewangan dunia,persidangan antarabangsa,mercu tanda global,contohnya London, Tokyo, NewYork dan Paris.
Huraiannya,• Apa : bandar yang menempatkan pelbagai
aktivti ekonomi bertaraf global.• Ciri : pusat pasaran saham sedunia,pusat
kewangan dunia,persidangan • antarabangsa,mercu tanda global.• Contoh : contohnya London, Tokyo, New York
dan Paris
BILA MASA NAK GUNAKAN ABC, ABS, ACC @ ABK?
A B C
• ABC, secara mudah amat sesuai digunakan untuk soalan konsep yang melibatkan soalan berkaitan proses yang berlaku terhadap sesuau kejadian atau perkara . Misalnya pada contoh di atas melibatkan proses luluhawa kimia, pergerakan jirim dan bandar raya global.
A B S
Manakala ABS pula merupakan kejadian atau fenomena yang melibatkan berlakunya campur tangan aktiviti manusia, kebanyakannya berpunca daripada aktiviti manusia dan sedikit sebanyak juga berpunca daripada faktor semula jadi.Misalnya fenomena jerebu dan pulau haba serta pembangunan
A B K
Manakala, ABK amat sesuai untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kejadian atau bahan semula jadi dan membawa kesan kepada manusia di bumi dalam melakukan aktiviti bagi meneruskan kelangsungan hidup. Contoh kejadian putaran bumi, peredaran bumi dan sumber alam.
A C C
• Akhir sekali kaedah ACC. Kaedah ini ada keistimewaannya iaitu hanya digunakkan untuk menjawab soalan konsep dalam Geografi kertas 2.
KESIMPULAN
• Calon gagal memjawab mengikut format yang sepatutnya ringkas dan padat . Dengan adanya panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menjawab soalan berbentuk konsep ini dan akan membantu mendapat markah yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Geografi STPM.
Top Related