KAJIAN
GEOGRAFI
TEMPATAN
( KGT ) 2009
PETEMPATAN DAN PEKEMBANGAN KAMPUNG
PIMPING, MEMBAKUT DAN
PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA SINGAPURA
NAMA : Noor Hafizah Binti Arshad
NO. KAD PENGENALAN : 940429-12-6600
KELAS : 3 Al – Farabie
NAMA GURU : En. Yusri Bin Nasip
1
SENARAI KANDUNGAN
BIL. PERKARA HALAMAN
I. TAJUK KAJIAN 1
II. SENARAI KANDUNGAN 2
III. PENGHARGAAN 3 - 4
IV. PENDAHULUAN 5
V. OBJEKTIF KAJIAN 6
VI. KAWASAN KAJIAN 7 - 11
VII. KAEDAH KAJIAN 12
VIII. DAPATAN KAJIAN 13 - 19
IX. RUMUSAN 20
X. LAMPIRAN 21 - 25
XI. RUJUKAN 26
2
PENGHARGAAN
Syukur alhamdullilah ke hadrat Allah S.W.T kerana telah diizinkan oleh-Nya dan telah
mengurniakan kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan
sempurnanya serta jayanya. Semoga tugasan kerja kursus ini dapat membantu memperoleh
pelbagai manfaat dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam kajian luar ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi – tinggi penghargaan
kepada guru pembimbing saya iaitu Encik Yusri bin Nasip yang tidak jemu – jemu memberi
bimbingan, dorongan, sokongan dan tunjuk ajar tentang cara – cara membuat kajian mengikut
kriteria yang ditetapkan. Beliau juga turut membantu menyemak data, laporan dan memberi
teguran agar memperoleh hasil kajian yang cemerlang dan memuaskan.
Ucapan terima kasih kepada Perpustakaan sekolah kerana turut menyumbang sumber
dalam pencarian maklumat dan bahan – bahan yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan
kerja yang telah diberikan ini.
Saya juga ingin mmengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu
Arshad bin Muslim dan Mariah binti Ahmad yang turut membantu untuk menyiapkan tugasan
kerja kursus ini.
3
Tidak lupa juga kepada rakan saya, terutamanya Emy Masturah binti rubin dan rakan lain
yang terlibat menjayakan tugasan kerja kursus ini dan juga telah sanggup menghabiskan masa
semata – mata untuk menjayakan tugasan kerja kursus ini.
Tanpa sokongan dari mereka, mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan kerja kursus
ini. Ini kerana langkah kerja untuk menghasilkan tugasan kerja kursus ini memerlukan tenaga
yang banyak, buah fikiran yang bernas dan kreatif, lebih banyak kesabaran, usaha yang gigih dan
wang ringgit.
4
PENDAHULUAN
Saya Noor Hafizah binti Arshad dari Tingkatan 3 Al – Farabie di Sekolah Menengah
Agama Limauan Kimanis, Papar. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya
diwajibkan membuat satu tugasan kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan ( KGT ). Saya
telah menjalankan tugasan kerja kursus ini selama 8 minggu.
Saya telah memilih Tugasan 2 iaitu Petempatan dan Perkembangan di Kampung
Pimping, Membakut dan membandingkannya dengan Negara Singapura. Sebab pemilihan adalah
kerana terdapat pola petempatan dan jenis petempatan antara Kampung Pimping, Membakut
dengan Singapura. Kampung Pimping, Membakut adalah tempat tinggal saya. Oleh yang
demikian, akan mempermudahkan saya untuk mengkaji secara lebih dalam lagi bagi
menghasilkan tugasan kerja kursus ini.
5
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk :
a) Mengenal pasti dengan lebih mendalam lagi jenis dan pola petempatan yang terdapat di
Kampung Pimping,Membakut dan Singapura.
b) Mengenal pasti faktor-faktor yang dapat mempengaruhi sistem petempatan dan perkembangan
kawasan Kampung Pimping,Membakut dan Singapura
c) Mengenal pasti fungsi petempatan di Kampung Pimping,Membakut dengan Singapura
d) Mencadangkan pelbagai cara untuk mengatasi segala masalah yang melanda Kampung
Pimping,Membakut dan Singapura.
e) Menyenaraikan langkah mengurangkan masalah petempatan di kedua-dua kawasan bagi
membantu mengurangkan beban masalah di Kampung Pimping dan Singapura.
f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya
sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.
6
KAWASAN KAJIAN
Kawasan yang saya kaji ialah Kampung Pimping Membakut, Sabah.
Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat kawasan
paya di kawasan petempatan ini. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang
berlaku di petempatan ini.
Sejarah Awal Kampung Pimping
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kampung Pimping merupakan sebuah penempatan suku kaum Brunei dalam Daerah Membakut. Dengan kepadatan penduduk melebihi 8000 orang dan mempunyai keluasan 7 batu persegi, iaitu hampir meliputi setengah daripada keluasan Daerah Membakut, Kampung Pimping dianggap sebagai sebuah kampung yang mempunyai penduduk teramai sekali serta antara kampung yang terbesar dalam Negeri Sabah. Selain daripada suku kaum Brunei, terdapat juga beberapa suku lain yang menetap di kampung ini, seperti kadazan/dusun, Cina, Paitan, Pagan dan lain-lain lagi.
Berdasarkan temubual bersama Pn.Hajjah Mariam Hj. Abdullah, 90 tahun, sejarah awal penempatan suku kaum Brunei di Kampung Pimping ini adalah bermula di ‘rumah lama’ iaitu sebuah kawasan yang berhampiran dengan sawah padi. ‘Rumah lama’ telah dibuka oleh Orang Kaya Tarsad (seorang pembesar Brunei) yang kemudiannya menjadi ketua kampung rumah lama ketika itu. Setelah beberapa lama mereka menetap di rumah lama ini, mereka telah digemparkan dengan serangan wabak penyakit (menurut satu pendapat mengatakan wabak taun dan ada juga sebilangan pendapat yang mengatakan wabak cacar). Wabak ini berlanjutan sehinggalah menyebabkan kematian Orang Kaya Tarsad serta ramai lagi penduduk kampung. Pengiran Damit kemudiannya mengambil alih jawatan Orang Kaya Tarsad sebagai Ketua Kampung. Namun, wabak tersebut masih lagi berleluasa.
Tuan Arbing mencadangkan agar penduduk kampung berpindah ke tempat lain. Setelah keputusan dibuat sebulat suara, maka Tuan Arbing pun mencari kawasan untuk dijadikan penempatan mereka yang baru. Akhirnya Tuan Arbing menemui sebuah kawasan semak yang luas dan rata serta sesuai untuk dijadikan penempatan. Setelah kawasan tersebut dibuka, maka ramailah penduduk kampung rumah lama berpindah ke kawasan tersebut dan terus menetap di sana.
Menurut sejarahnya, perkataan ‘Pimping’ adalah diambil daripada perkataan dusun sempena nama sejenis rumput atau lalang yang tumbuh dengan meliar di penempatan baru itu. Kisah tentang sejarah awal Kampung Pimping ini ada tercatat dalam syair brunei yang dikarang oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Moksin Said (seorang tokoh budayawan Kampung Pimping).
7
LOKASI KAWASAN KAJIAN
Kampung Pimping terletak di Daerah Membakut
JARAK DARI BANDAR DAN PEKAN
Dari Bandar : Kota Kinabalu, sekitar 80 km
Dari Pekan : Membakut, lebih kurang 10 km
8
9
MEMBAKUT
MEMBAKUT
/ PETUNJUK :
PETA DAERAH MEMBAKUT
KAMPUNG PIMPING,MEMBAKUT
PETA PETEMPATAN NEGARA YANG DIBANDINGKAN
PETA SINGAPURA
10
PETA KAWASAN KAJIAN
11
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah :
A) PEMERHATIAN :
saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan
Kampung Pimping,Membakut. Selain itu, saya juga memerhatikan masalah petempatan yang
terdapat di situ.
B) TEMUBUAL :
saya mengumpulkan maklumat tentang jenis pola petempatan penduduk dengan menemu bual
3 orang penduduk kampung.
C) SOAL SELIDIK :
Semasa menjalankan kaedah ini, saya telah membuat temu bual dengan 20 orang penduduk yang
tinggal di kawasan tersebut tentang perkembangan yang telah berlaku di Kampung
Pimping,Membakut.
D) RUJUKAN
Pelbagai rujukan telah saya kaji. Sebagai contoh, saya banyak membuat rujukan dengan melayari
internet,membuat kajian di perpustakaan dan melalui buku teks Geografi Tingkatan 2 dan 3.
12
DAPATAN KAJIAN
JENIS DAN POLA PETEMPATAN
1) Kampung Pimping, Membakut.
Jenis dan pola petempatan di Kampung Pimping, Membakut ialah berpusat . Pola petempatan
kawasan petempatan ini ialah secara berpusat. Terdapat pelbagai jenis bangunan yang boleh
didapati di kawasan tersebut.
2) Negara Bandingan : Singapura
Jenis dan pola petempatan di egara Singapura ialah berpusat. Kawasan petempatan di egara
Singapura lebih padat berbanding kawasan Kampung Pimping. Penduduk di egara Singapura
tertumpu ke kawasan pusat egara.
3) Nilai dan egara patriotisme
Nilai yang dapat kita ketahu daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya
bersyukur kepada egara Malaysia kerana egara kita mempunya tanah pamah yang rata yang
mencukupi untuk dijadikan tempat tinggal kita.
13
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN
1) Kampung Pimping, Membakut
Bentuk muka bumi
Kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata. Kawasan ini dahulunya
hutan tanah paya sebelum dibangunkan. Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di Kampung
Pimping, Membakut.
Kegiatan Ekonomi
Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Kampung Pimping, Membakut. Antara kegiatan
ekonomi tersebut ialah perniagaan, pertanian, perikanan dan perkhidmatan. Kegiatan ekonomi
ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada penduduk kawasan ini.
14
KEGIATAN EKONOMI
BENTUK MUKA BUMI
DASAR KERAJAAN
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PETEMPATAN
Dasar kerajaan
Dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajan di sini. Contoh kemudahan yang
disediakan ialah sekolah rendah, sekolah menengah, perpustakaan desa, klinik desa dan balai
raya yang dapat digunakan bagi memudahkan penduduk kampung membuat acara majlis.
2) Negara Bandingan : Singapura
15
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN
DASAR KERAJAAN
KEGIATAN
EKONOMI
BENTUK MUKA BUMI
Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi negara Singapura ialah tanah pamah yang rata. Kedudukannya ialah
di bahagian selatan negara Malaysia.
Kegiatan ekonomi
Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di negara Singapura. Contoh kegiatan ekonomi di
Singapura ialah perniagaan, perkilangan, perkhidmatan, perikanan serta kegiatan pelancongan
yang menguntungkan ekonomi Singapura.
Dasar kerajaan
Oleh kerana saiz negara Singapura kecil, kawasan petempatan sangat padat. Kerajaan
mereka terpaksa menghadkan bilangan rumah-rumah yang dibina dan kawasan tanah tidak
mencukupi untuk membina lebih banyak rumah untuk penduduk-penduduk Singapura.
Nilai dan unsur patriotisme
Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan antara kawasan petempatan
kita dengan Singapura. Kita seharusnya berbangga kepada negara kita kerana mempunyai dasar
kerajaan yang baik dan terancang demi masa depan kita.
16
FUNGSI PETEMPATAN
1) Kampung Pimping, Membakut
Fungsi di kawasan petempatan ini ialah sebagai pusat pendidikan dan pertanian. Terdapat banyak
tempat pendidikan dan pertanian yang telah disediakan oleh kerajaan untuk penduduk
menjalankan kegiatan pendidikan dan pegawai daerah menyediakan kegiatan pertanian untuk
penduduk kampung menjalankan kegiatan sendiri.
2) Negara Bandingan : Singapura
Negara Singapura berfungsi sebagai pusat pelabuhan antarabangsa. Kedudukan negara ini
yang strategik menjadikan negara Singapura negara pelabuhan yang terkenal di rantau ini. Selain
itu, negara Singapura juga mengimport banyak barangan ke luar negara untuk kepentingan
ekonomi sendiri.
Nilai dan unsur patriotisme
Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang
berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita. Kita seharusnya bekerjasama antara
satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.
17
MASALAH PETEMPATAN
1) Kampung Pimping, Membakut
18
MASALAH PETEMPATAN
KEKURANGAN
INFRASTRUKTUR PENCEMARAN
KEKURANGAN INFRASTRUKTUR
Terdapat pelbagai masalah petempatan di kawasan ini. Antara masalah petempatan
tersebut ialah kekurangan infrastruktur dan pencemaran. Masalah
kekurangan infrastruktur berlaku kerana hanya segelintir tempat sahaja yang mempunyai
kemudahan ini. Contoh kemudahan infrastruktur yang kurang ialah telefon awam.. Masalah ini
telah berlaku sejak beberapa tahun.
PENCEMARAN
Masalah pencemaran pula terjadi akibat dari pembuangan sampah sarap di kawasan sungai yang
terdapat di sekitar kawasan petempatan ini.
2) Negara Bandingan : Singapura
19
MASALAH
PETEMPATAN
KESESAKAN LALULINTAS
KEKURANGANTEMPAT TINGGAL
KESESAKAN LALULINTAS
Singapura juga mempunyai masalah petempatannya yang tersendiri.
Kesesakan lalulintas berlaku akibat saiz jalan yang kecil.
KEKURANGAN TEMPAT TINGGAL
Kekurangan tempat tinggal berlaku akibat kekurangan tapak tanah untuk membina bangunan
yang baru. Keadaan ini juga berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.
LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN
1) Kampung Pimping, Membakut
KEKURANGAN KEMUDAHAN INFRASTUKTUR
Bagi masalah kekurangan kemudahan infrastruktur, pihak syarikat
sepatutnya menambahkan lagi kemudahan ini. Mereka harus membina kemudahan ini di
kawasan perumahan yang belum mempunyai apa-apa kemudahan infrastruktur ini.
PENCEMARAN
Langkah yang boleh digunakan ialah dengan cara mengitar semula dan menyediakan tapak
pelupusan. Langkah ini dapat membantu pencemaran dan sekaligus dapat mengekalkan alam
sekitar di sekeliling Kampung, Pimping dan alam sekitar itu tidak terjejas.
20
2) Negara Bandingan : Singapura
KESESAKAN LALULINTAS
Bagi negara Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu
menyelesaikan masalah petempatan ini. Masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi
kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus dielakkan. Langkah yang boleh digunakan ialah
melebarkan jalan raya dan membina jalan bertingkat.
KEKURANGAN TEMPAT TINGGAL
Bagi masalah kekurangan tempat tinggal, kita tidak dapat
membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal tersebut. Jadi sebagai
langkah menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak kerajan seharusnya membina rumah kos
rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium.
Nilai dan unsur patriotisme
Kita seharusya lebih banyak mempraktikkan nilai-nilai kesedaran dalam diri individu sendiri
supaya tidak akan mencacatkan imej Negara. Selain itu, kita harus bekerjasama antara satu sama
yang lain untuk membangun Negara dan sentiasa bantu membantu untuk mengelakkan pelbagai
masalah melanda.
21
RUMUSAN
Kampung Pimping, Membakut mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola
petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan serta masalah
petempatan sentiasa menjadi elemen sesebuah petempatan. Penduduk di kawasan ini seharusnya
bekerjasama untuk membangunkan petempatan ini supaya menjadi maju. Sikap para penduduk
yang sentiasa menegur sapa para jiran telah menjadi satu keutamaan supaya penduduk dapat
hidup aman dan damai serta sejahtera.
Tugasan kerja kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada saya tentang pola
petempatan yang terdapat di Kampung Pimping, Membakut dan Singapura, pelbagai masalah
yang melanda dan dapat memikirkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Pada pendapat saya, tugasan kerja kursus ini dapat membantu pelajar untuk mengetahui
cara-cara membuat satu kajian. Hasil daripada tugasan ini, pelajar dapat menilai tahap
pengetahuan tentang kawasan yang dikaji. Selain itu, ia dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme
dalam diri sendiri ketika melaksanakan kajian ini. Ini kerana, kajian ini memerlukan banyak
kesabaran, kegigihan, kesungguhan dan usaha yang tidak pernah putus untuk menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan sempurna dan jayanya.
Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang
berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita. Kita seharusnya bekerjasama antara
satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.
Nilai yang dapat kita ketahu daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya
bersyukur kepada negara Malaysia kerana negara kita mempunya tanah pamah yang rata yang
mencukupi untuk dijadikan tempat tinggal kita.
22
LAMPIRAN
SURAT PENGENALAN DIRI
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Tuan,
Kerja Kursus Geografi (KKG)
Saya Noor Hafizah Arshad . No Kad Pengenalan 940429-12-6600 adalah pelajar Tingkatan 3 Al - Farabie di Sekolah Menengah Agama Limauan Kimanis, Papar. Saya sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Geografi .
2. Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Noor Hafizah Arshad)
Pelajar 3 Al – Farabie
Sekolah Menengah Agama Limauan
Kimanis, Papar.
23
24
25
26
27
RUJUKAN
1) BUKU TEKS :
- Buku Teks Geografi Tingkatan 3
- Khaw Ah Seng,Habibah Hj. Lateh,Tan Koh Lim,2004
- PTS Publication & Distriburators Sdn. Bhd. Bentong,Pahang.
2) BUKU RUJUKAN ILMIYAH :
- Buku Total Pro PMR Geografi
- Choi Mui Sen,2007
- Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya,Selangor.
3) ATLAS :
- Atlas Eksplorasi Geografi
- Goh Chang Leong,2001
- Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam,Selangor
4)INTERNET :
http://nona.net/features/map/placedetail.1974533/Membakut/
http://pimpingsosietyrevelation.blogspot.
http://www.malaysiamap.org/map-search-detail6230.html?
mapID=46357ed3118f960c7aa50d499fd828f2
http://www.bbc.co.uk/indonesian/news/story/2003/11/031104_singapur.shtml
28
Top Related