KAJIAN KES LKAN 2016
TERHADAP PEMERHATIAN AUDIT BAGI PEMBINAAN INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
(IKBN) TANAH MERAH, KELANTAN
KANDUNGAN
1. Latar Belakang
Kes
3. Rumusan
4. Syor 5. Cadangan Penambahbaikan
2. Hasil Penemuan
Audit
1. LATAR BELAKANG Projek milik Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Projek Rancangan Malaysia Ke Sembilan tetapi pelaksanaan dibawah (RMKe-10). Tanah seluas 52.39 ekar, di LotP.T7060, Mukim Pasir Genda, Daerah Kusial,
Jajahan Tanah Merah, Kelantan. Seraya Resources Sdn. Bhd. (KontraktorAsal) dilantik secara rundingan terus
dengan nilai kontrak RM72 juta telah ditamat kan melalui Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor (NPPKK) pada11 Mac 2010 dengan kemajuan kerja pada 8.3% berbanding 37.2% yang sepatutnya.
Cakna Enterprise Sdn. Bhd. (CESB) telah dilantik sebagai kontraktor penyiap melalui tender terhad dengan nilai kontrak berjumlah RM52.8 juta untuk menyelesaikan kerja-kerja terbengkalai. Projek telah siap sepenuhnya pada 5 Januari 2017 dan diserahkan kepada KBS pada 6 Februari 2017.
BUTIRAN KONTRAK KONTRAKTOR ASAL KONTRAKTOR PENYIAP
NAMA KONTRAKTOR SERAYA RESOURCES SDN BHD CAKNA ENTERPRISE SDN.BHD
KAEDAH PEROLEHAN RUNDINGAN TERUS TENDER TERHAD
KAEDAH PEMBINAAN REKA DAN BINA
PENGARAH PROJEK PENGARAH CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2
PENGARAH JKR NEGERI KELANTAN
HARGA KONTRAK ASAL RM72 juta RM52.85 juta
HARGA KONTRAK SEMASA RM72 juta RM53.10 juta
TARIKH SURAT SETUJU TERIMA (SST) 24.03.2008 27.02.2009(SST Tambahan)
15.10.2014
TARIKH MILIK TAPAK 16.04.2008 03.11.2014
TARIKH SIAP ASAL 12.10.2010 03.07.2016
TARIKH SIAP SEMASA - 05.01.2017
KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA (EOT) - 3 (186 HARI)
NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN 02.09.2009 -
NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR
11.03.2010 (PencapaianFizikalKerja8.3%)
-
TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN - 05.01.2017 –02.05.2019
Skop Pembinaan Bil. BUTIRAN
1. Satu(1)unitBangunanPentadbiran&HEP
2. Satu(1)unitBangunanAkademik
3. Satu(1)unitDewanSerbaguna
4. Satu(1)unitDewanMakan
5. Satu(1)unitBengkelJahitan
6. Satu(1)unitBengkelKejuruteraanAwam
7. Satu(1)unitBengkelKejuruteraanElektrik
8. Surau
9. BangunanKuartersJenisC(1unit),D(2unit)&E(6unit)
10. BlokAsrama4Tingkat
11. Bangunan Sokongan: -pondok pengawal, tempat letak kenderaan, rumah sampah, rumahpam, TNBsub- station, tangka air, loji kumbahan dan garaj
12. FasilitiSukan: -Padang Bola Sepak , Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Bola Tampar dan Gelanggang Badminton.
2. ISU PENEMUAN AUDIT
1. PROJEK LEWAT SIAP DENGAN LANJUTAN MASA SELAMA 186 HARI
2. DESIGN GUARANTEE BOND TIDAK DIKEMUKAKAN SELEPAS PERAKUAN SIAP
(CPC)
3. KELEWATAN PENYEDIAAN PENYATA PERAKUAN MUKTAMAD
4.KERJA PEMBINAAN KURANG SESUAI & KUALITI PEMBINAAN MEMUASKAN
ISU AUDIT
1 PROJEK LEWAT SIAP DENGAN LANJUTAN MASA SELAMA 186 HARI
Projek tersebut tidak dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan tiga (3) lanjutan masa (ExtensionOfTime-EOT) selama 186 hari telah diluluskan kepada kontraktor.
Ulasan : Bersetuju dengan pendapat Audit iaitu kelewatan ini berpunca daripada prosedur & proses kerja pihak lain.
ISU AUDIT
2 DESIGN GUARANTEE BOND TIDAK DIKEMUKAKAN SELEPAS PERAKUAN SIAP (CPC)
Sehingga 31 Mei 2017, pihak kontraktor masih gagal mengemukakan 'Design Guarantee Bond’ walaupun CPC telah dikeluarkan pada 5 Januari 2017. Kegagalan mengemukakan bon tersebut menyebabkan 50% daripada nilai Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) berjumlah RM2.64 masih belum dilepaskan oleh JKR.
PENEMUAN AUDIT Kontraktor telah mengemukakan 'Design Guarantee Bond’ kepada Pengarah JKR
Negeri Kelantan pada 6 September 2017. Bon ini dikeluarkan oleh Bank Islam Malaysia
Berhad yang bernilai RM2.64 juta bagi tempoh selama 5 tahun 6 bulan dari Tarikh CPC
dikeluarkan.
ULASAN 'Design Guarantee Bond’ telah dikemukakan selaras dengan syarat Kontrak.
Penetapan peraturan bagi pelepasan 50% daripada nilai WJP setelah CPC dikeluarkan
hanya digunapakai bagi kontrak secara Konvensional. Isu Audit mengenai pelepasan
50% daripada nilai WJP berjumlah RM2.64 tidak berbangkit. WJP hanya akan
dilepaskan sepenuhnya sekiranya Kontraktor dapat mengemukakan Bon Pelaksanaan
dalam bentuk jaminan bank/institusi kewangan dengan nilai 5% daripada harga
kontrak.
ISU AUDIT
3 KELEWATAN PENYEDIAAN PENYATA PERAKUAN MUKTAMAD
NPPKK bagi Seraya Resources Sdn. Bhd. Telah dikeluarkan pada 11 Mac 2010 dan
kontraktor penyiap telah dilantik pada 15 Oktober 2014. Pihak Audit tidak dapat
menentukan bilakah Penyata Perakuan Muktamad ini disediakan dan punca
kegagalan menyediakannya sebaik sahaja kontraktor baru dilantik.
PENEMUAN AUDIT Kelewatan penyediaan Penyata Perakuan Muktamad adalah disebabkan oleh kelewatan penerimaan
maklumat penyewaan bangunan oleh pelanggan pada tahun 2014 dan maklumat ini telah diterima pada
tahun 2016. Penyata Perakuan Muktamad ini telah disediakan pada 20 Jun 2017 dan ditandatangani oleh
Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1.
ULASAN • Isu berkenaan Penyata Perakuan Muktamad gagal disediakan sebaik sahaja kontraktor
baru dilantik pada 15 Oktober 2014 telah selesai. Pihak JKR perlu menunggu pihak
pelanggan mengemukakan maklumat sewaan yang diterima pada 2016 sebelum
Penyata Perakuan Muktamad disediakan.
• Bagi tujuan penambah baikan terhadap penyediaan Penyata Perakuan Muktamad, JKR
hendaklah membuat tindakan susulan yang sewajarnya bagi memastikan semua surat-
menyurat / emelkepada/ daripada pelanggan difailkan dengan teratur sebagai rujukan
pada masa hadapan.
ISU AUDIT
4 KERJA PEMBINAAN KURANG SESUAI & KUALITI PEMBINAAN MEMUASKAN
Lawatan Audit ke tapak pembinaan pada 19 September 2017 mendapati beberapa
penemuan berkaitan reka bentuk yang kurang sesuai dan perlu diambil tindakan
sewajarnya oleh pihak kontraktor.
Gambar 1
PEMASANGAN HOSE
REEL TERLALU
RENDAH
Gambar 2
AIR BERTAKUNG/
LANTAI BERLUMUT
Gambar 3
LANTAI
GELANGGANG
SUKAN MEREKAH
PENEMUAN AUDIT a. Hose Reel Dipasang Rendah
• Pemasangan peralatan keselamatan kebakaran dilaksanakan oleh Kontraktor Keselamatan Kebakaran
yang berdaftar dengan BOMBA.
• Di IKBN Tanah Merah, pemasangan hose reel dalam peti simpanan adalah lebih sesuai kerana
pemasangannya dilaluan koridor umum.
• Pengujian yang dilaksanakan oleh BOMBA terhadap penggunaan Hose Reel mendapati ianya berfungsi
dengan baik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Pemasangan peralatan keselamatan kebakaran
di IKBN telah mendapat perakuan daripada BOMBA.
ULASAN Bagi pembinaan secara Reka Dan Bina, objektif pembinaan adalah
sesuai untuk tujuan (fitf or purpose). JKSD berpendapat bagi
pemasangan peralatan keselamatan kebakarandi IKBN Tanah Merah,
objektif pemasangannya telah tercapai dengan adanya perakuan
daripada pihak BOMBA.
PENEMUAN AUDIT b. Kedudukan Longkang Di Apron Koridor Tidak Selari Dengan Cucur Atap
• Terdapat 15 unjuran rantai besi di Bengkel Jahitan, Bengkel Awam dan Bengke lElektrik yang perlu
disediakan ‘sump’. Kontraktor telah membuat ‘sump’ pada tempat yang terjejas bagi memastikan air
hujan turun terus ke sump dan air tidak bertakung dilantai yang telah menyebabkan berlumut.
• Bagi mengelak tempias pada lantai apron disebabkan rantai yang tergantung, rantai akan dipasang
sehingga dapat diikat pada mild steel grating bagi mengelak ianya bergerak. Sump akan ditutup
dengan mild steel grating bagi tujuan keselamatan.
• Pembinaan sump adalah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam Method Statement Perunding
Arkitek.
PENEMUAN AUDIT (SAMBUNGAN)
Gambar 4 Gambar 5
PENEMUAN AUDIT c. Lantai Gelanggang Bola Jaring Merekah
• Rekahan yang berlaku melibatkan gelanggang takraw, bolat tampar dan bola jarring.
• Punca rekahan adalah disebabkan berlaku perbezaan pengecutan kerana lapisan lepaan dan
lapisan konkrit mempunyai karakteristik yang berlainan serta lapisan lepaan dibuat semasa suhu
yang terlalu tinggi (rekahan thermal).
• JKSD mendapata kontaraktor telah mula memcahkan semua lantai gelanggang sukan yang terjejas
bertujuan untuk penyediaan tapak bagi pembinaan semula.
• Kontraktor telah melantik sub-kontraktor bagi melaksanakan kerja pembinaan semula kesemua
gelanggag yang terlibat. Bagi menjamin kualiti pembinaan, sub-kontraktor akan melaksanakan kerja
sepenuhnya sehingga siap.
• Kontraktor memberi komitmen bagi memastikan penyiapan semua kerja pembinaan semula
gelanggang yang terjejas pada 31 Oktober 2017.
Rekahan di gelanggang bola jaring
Kerja memecahkan semula lantai gelanggang bola jaring
ULASAN Tempoh tanggungan kecacatan (DLP) bagi IKBNTanah Merah adalah selama 2
tahun (5.1.2017–4.1.2019). Sekiranya Kontraktor gagal untuk membaiki
gelanggang takraw, bola tampar dan bola jaring, tindakan berikut boleh diambil
selaras dengan syaratKontrak: Klausa 47.4 syarat Kontrak menetapkan sekiranya Kontraktor mungkir untuk mematuhi arahan
Pengarah Projek (PP) bagi membaiki kecacatan dalam tempoh yang ditetapkan, kerja yang terjejas itu
boleh dibaiki maka kos kerja yang ditanggung hendaklah dipotong dari baki wang yang akan dibayar
kepada Kontraktor atau melalui Bon Pelaksanaan atau hutang kepada Kontraktor.
Klausa 8.4 syarat Kontrak menetapkan PP boleh mengambil pekerja atau membayar orang lain untuk
melaksanakan kerja yang perlu untuk menyempurnakan arahan itu dan semua kos yang ditanggung
dituntut dari pada Kontraktor atau dipotong dari baki wang yang akan dibayar kepada Kontraktor atau
melalui Bon Pelaksanaan.
5. CADANGAN PENAMBAIKAN i. Bagi kaedah Reka dan Bina, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB), JKR disyorkan untuk memastikan Kontraktor
yang dilantik hendaklah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan mengemukakan Penyata Kewangan Beraudit bagitempoh 3tahun. Seterusnya mengemukakan jaminan bank/insurans/institusi kewangan bagi bon pelaksanaan. Penggunaan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) tidak dibenarkan kerana ramai Kontraktor yang memilih kaedah WJP gagal mengemukakan Design Guarantee Bond selepas CPC dikeluarkan.
ii. Bagi memastikan Kontraktor dapat mengemukakan Design Guarantee Bond dan tidak membebankan Kontraktor DGB dikemukakan selepas CMGD dikeluarkan bagi tempoh sahlaku 3 tahun. Dalam situasi ini, penggunaan WJP sebagai Bon Pelaksanaan diterima pakai.
iii. Jika Kontraktor ingkar dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan, pihak JKR disarankan melantik pihak Ketiga bagi melaksanakan kerja tersebut dan mengemukakan laporan prestasi Kontraktor kepada pihak yang bertanggungjawab bagi tindakan disenarai hitamkan.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Top Related