8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
1/27
1
BAB 1
1.0MASALAH
1.1 Pengenalan
Penyelidikan ini dijalankan bagi mengetahui keberkesanan penggunaan Internet dalam
pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustafa, Sabak Bernam
Selangor. Kajian ini merangkumi aspek yang menyentuh tentang faktor-faktor yang
mengalakkan penggunaan internet, persepsi, implikasi dan rnasalah-masalah yang menghalang
penggunaan Internet untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik juga melihat adakah
terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan Internet dalam pengajaran clan
pembelajaran dengan jantina responden. Penyelidik menggunakan skor ujian pelajr borang soal-
selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 30 responden yang terdiri daripada pelajar telah dipilih
untuk menjadi subjek kajian. Pemulangan borang soal-selidik adalah 100%. Data yang telah
dikumpul dianalisa menggunakan perisian SPSS.
.
1.2 Pernyataan Masalah
Pelajar kurang berminat menjalankan pembelajaran kendiri untuk mendalami mata pelajaran
yang diajar di dalam bilik darjah. Selain itu, didapati sumber multimedia melalui kaedah
tradisional adalah terhad dan sukar untuk sentiasa memperbaharui bahan multimedia. Contohnya
buku teks akan digunakan selama beberapa tahun sebelum dikemaskini. Manakala, kandungan
internet mudah untuk dikemaskini dan menjimatkan kos.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
2/27
2
1.3 Penerangan/Pernyataan Konteks
Kelas tingkatan 1 Ikhlas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustafa terdiri daripada 30
orang pelajar. Pelajar di dalam kelas ini terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 13 orang
pelajar perempuan. Pelajar-pelajar di sekolah ini menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) melalui kaedah tradisional dan menggunakan buku teks sebagai panduan. Saya ingin
menggunakan internet sebagai media dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar sesuai
dengan era globalisasi ini.
1.5 Objektif Kajian
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pembelajran menggunakan
internet terhadap pencapaian pelajar di dalam peperiksaan Kemahiran Hidup. Berikut adalah
objektif kajian tindakan:
i. Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan bahan multimedia internet.ii. Menilai keberkesanan penggunaan internet dalam meluaskan pengalaman proses P&P
pelajar.
iii. Meningkatkan tahap komunikasi dan kerjasama di antara pelajar, rakan sekelas danguru.
1.4 Soalan Kajian
Bagaimana pengwujudan bahan multimedia yang pelbagai melalui penggunaan internet
dalam proses P&P dapat menggalakkan pelajar melakukan proses pembelajaran kendiri dan
meluaskan pengetahuan pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah.
i. Apakah kesan pembelajaran menggunakan bahan multimedia internet.ii. Apakah tahap keberkesanan penggunaan internet dalam meluaskan pengalaman
proses P&P pelajar.
iii. Apakah pembelajaran mengggunakan internet dapat menigkatkan tahap komunikasidan kerjasama di antara pelajar, rakan sekelas dan guru.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
3/27
3
1.5 Rumusan
BAB 2
2.0TINJAUAN LITERATUR YANG RELEVAN PEMBACAAN DARI LITERATURPROFESIONAL
2.1PengenalanAntara perkara yang dibincangkan dalam tinjauan ini ialah jenis pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan internet. Terdapat dua jenis pembelajar yang menggunakan
internet iaitu pembelajaran berasaskan web (web based instruction, WBI) dan pembelajaran
melalui laman web pendidikan (educational web sites, EWS). Pelaksanaan pembelajaran
menggunakan internet boleh menggunakan kaedah komunikasi seperti chatdan e-mel.
2.2 Definisi KonsepPersaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan daripada era
masyarakat industri kepada era masyarakat teknoligi maklumat menimbulkan cabaran baru
kepada institusi pendidikan. Beberapa perubahan dalam pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Di antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran yang berpusatkan
guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada
aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan
kepada pendekatan teori konstruktivisme.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi seterusnya telah meningkatkan penggunaan
Internet, laman web dan jaringan dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkanpersekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan
pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas
dalam proses pendidikan (Baharuddin, 2000). Komputer juga mampu melakukan banyak perkara
di luar kemampuan manusia. Sebagai contohnya komputer mampu menyimpan pengkalan data
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
4/27
4
sekolah yang akan memudahkan pihak sekolah menguruskan data-data sekolah. Sebagai seorang
pendidik juga, sewajarnya sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat setiap masa.
Penggunaan Internet untuk pendidikan terdiri daripada dua jenis iaitu pengajaran berasaskan
web (web based instruction, WBI) dan pembelajaran melalui laman web pendidikan (educational
web sites, EWS). Pengajaran berasaskan internet merupakan suatu inovasi dalam menyampaikan
pengajaran kepada para pelajar iaitu mengunakan web sebagai medium dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran. Antara ciri utama web yang tidak terdapat dalam media lain ialah
kemampuannya menyediakan persekitaran yang membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru,
pelajar berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi dengan persekitaran
laman web itu sendiri. Antara saluran komunikasi yang biasa digunakan dalam persekitaran WBI
ialah melalui e-mel, ruang bual, papan buletin, perbincangan video, dan sebagainya. Berjuta-juta
laman web yang mengandungi berbagai maklumat dari seluruh dunia boleh digunakan untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Istilah kedua iaitu pembelajaran menggunakan laman-laman web pendidikan (EWS), ia
merujuk kepada pembelajaran melalui laman web yang dibina khusus untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran. EWS boleh merupakan sebahagian sumber bagi tujuan WBI, dan ada kalanya
hanya bertujuan bagi maparkan maklumat pendidikan semata-mata (Irfan Naufal, 2003).
Pembelajaran melalui laman web mengajak para guru untuk mengalih cara pengajaran
mereka daripada yang bercorak behavioris dan kognitivis kepada konstruktivis. Konstruktivis
dikatakan berupaya mengubah sikap pelajar yang pasif kepada aktif dengan menyediakan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat mempertingkat kemahiran berfikir.
Guru boleh membuat sendiri laman web dengan mudah. Guru hanya perlu mengikuti arahan
yang diberikan untuk membina sebuah laman web yang baik. Seterusnya guru hanya perlu
menukar ilustrasi, tajuk dan kandungan yang sesuai dengan topik pembelajaran.
Pembelajaran berasaskan Web juga dapat dilakukan dengan cara sesi sembang atau chatdan
menghantar mel eletronik. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pelajar
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
5/27
5
berkomunikasi dan bekerjasama pada jarak yang jauh. Melalui kemudahan chat membolehkan
interaksi berlaku antara pelajar, seperti dalam kerjasama dalam bilik darjah, namun yang
membezakannya adalah pelajar di dalam Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip
mesej. Komunikasi melalui emel membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan
antara dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja.
Kedua-dua jenis komunikasi ini meluaskan sumber maklumat pengguna. Persekitaran berasaskan
Web berpotensi menawarkan banyak kelebihan kepada pelajar untuk meningkatkan proses
pembelajaran berbanding dalam pakej pembelajaran tradisional (Collis 1996, Khan 1999).
Pelajar boleh menggunakan kursus pembelajaran berasaskan Web untuk berkomunikasi,
berkolaborasi dan menerbitkan bahan peribadi dalam interaksi di antara guru dan rakan pelajar.
Keadaan ini membolehkan pelajar mencari maklumat melalui sumber pembelajaran yang lebih
luas dan munasabah menggunakan Web dengan selesa (Betty, 1999).
Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa diperbaharui agar ia dapat memenuhi
keperluan sistem pendidikan yang sentiasa berubah. Terutamanya pada abad ke-21 ini yang
mengalami kemajuan pesat daripada sudut teknologi maklumat yang akan merubah kehidupan
penduduk Malaysia. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet
harus dilaksanakan agar kita dapat memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat yang mampu
dikecapi oleh negara kita ini.
2.3 Kajian Lepas
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik dan penerokaan maklumat di
kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara
kumpulan, para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi terkini dan sentiasa berusaha
untuk meneroka 'alam yang baru ditemui'. Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-
bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran
dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan
kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.
Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosio ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira
semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
6/27
6
Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran membolehkan
pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar
tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan.
Oleh kerana e-pembelajaran adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai
saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang
menggabungkan sistem data dengan sistem maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia
berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien
yang lebih besar dan menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini
kebiasaanya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping
menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi
pelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran \ juga ditakrifkan sebagai pendekatan
pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan
disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM,
storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin
Mohaiadin, 2000).
Internet merupakan satu rangkaian komputer yang tidak dimiliki khusus oleh sesiapa. Ia
adalah satu perkhidmatan yang membenarkan sesiapa jua berkongsi maklumat, selagi terdapat
talian telekomunikasi (Abtar, 2002).
2.4 Rumusan
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
7/27
7
BAB 3
3.0METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengenalpasti keperluan pelaksanaan P&P menggunakan
internet. Terdapat beberapa persoalan yang akan terjawab melalui kajian tindakan ini iaitu
bagaimana bahan multimedia untuk proses P&P dapat membantu guru dalam melahirkan murid
yang berminat untuk melakukan pembelajaran kendiri dan menambahkan pengetahuan pelajar
terhadap topik Kemahiran Hidup.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian tindakan ini terdiri daripada beberapa langkah iaitu pernyataan masalah, merangka
kajian tindakan, pelaksanaan, penilaian, dan membuat refleksi. Langkah pertama ialah
pernyataan masalah, melalui pernyataan masalah tersebut saya akan merujuk kepada kajian-
kajian yang terdahulu dan skop kajian bagi mengkaji masalah yang dikenalpasti. Kemudian
aktiviti bagi kajian tindakan akan dilaksanakan dikuti dengan penggunaan instrumen kajian yang
terdiri daripada borang soal selidik dan melaksanakan ujian kepada pelajar.
Pelaksanaan kajian tindakan memerlukan kepada suatu rancangan yang rapi bagi
memastikan keberkesanan sesuatu kajian tindakan tersebut. Gambarajah 1 di sebelah
menunjukkan reka bentuk pelaksanaan kajian tindakan yang akan djalankan:
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
8/27
8
Rajah 3.1
Reka bentuk kajian.
TIDAK
YA
GURU
MEMPROSES
MAKLUMAT
PERNYATAAN MASALAH
SKOP
KAJIAN
KAJIAN
LEPAS
BORANG SOAL SELIDIKDAN
SKOR PELAJAR
KEJAYAAN
PROSES P&P
PENGAJARAN BERKESAN
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
9/27
9
3.4 Rumusan
Dengan menetapkan sasaran kajian yang bertepatan dengan tujuan kajian yang akan
dijalankan oleh pengkaji, maka dengan itu kajian akan lebih mudah untuk dijalankan dan
denganperancangan yang khusus maka proses kajian akan lebih mudah untuk dilaksanakan.
Kaedah kajian dan kaedah mengumpulkan data yang lebih biasa digunakan bagi memudahkan
proses kajian akan membantu dengan lebih baik proses kajian yang ingin dijalankan. Model
kajian tindakan yang baik juga sangat membantu di dalam usaha pengkaji bagi mendapat
maklumat dengan tepat dan berkesan. Apa yang sangat dititikberatkan pada bab ini adalah
penumpuan pengkaji untuk menggunakan seluruh kemahiran yang ada supaya teknik kajian yang
dijalankan akan memberikan hasil yang memberansangkan. Justeru, pengkajiperlu memberi
perhatian kepada data yang akan diperolehi dan yang ingin dianalisis kerana kualiti dan kejayaan
kepada sesuatu kajian itu akan saling bergantungan diantara satu sama lain.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
10/27
10
Jadual 3.1
Carta Gantt Pelaksanaan Kajian Tindakan
BIL AKTIVITI
JULAI
OGOS
SE
PTEMBER
O
KTOBER
NO
VEMBER
DISEMBER
J
ANUARI
FEBRUARI
MAC
APRIL
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data
awal
2 Menulis proposal Kajian
3 Merancang Tindakan(individu/panitia)
4 Melakukan Ujian sebelum pelaksanaan kajian
tindakan
5 Melaksanakan tindakanaktiviti 1
6 Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan 1 (dalam panitia)
7 Melaksanakan tindakanaktiviti 2
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
11/27
11
8 Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan 2 (dalam panitia)
9 Ujian untuk mengesan pencapaian murid
10 Mengedarkan Borang soal selidik
11 Refleksi kajian
12 Menulis laporan Kajian
13 Pembentangan dapatan kajian
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
12/27
12
Seterusnya, berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan dalam pelaksanaan kajian tindakan
ini adalah seperti berikut:
i. Aktiviti 1: Tayangan VideoTayangan video amat sesuai untuk menunjukkan langkah kerja sesuatu pekerjaan seperti
langkah memasang zip pada belah pakaian. Selain itu, video juga boleh menjadi rujukan kepada
pelajar yang kurang mahir melakukan sesuatu langkah kerja.
ii. Aktiviti 2: Laman Web PendidikanLaman web pendidikan mengandungi pelbagai bahan yang boleh diakses oleh pelajar dan
guru. Selain itu, penggunaan laman web pendidikan membolehkan capaian maklumat dari jauh.
Meskipun sesuatu laman web itu dimiliki oleh sesebuah institusi yang jauh dari sekolah namun
guru boleh menggunakan laman web tersebut melalui rangkaian laman web.
3.3 Sampel KajianPopulasi bagi kajian ini adalah pelajar daripada sekolah Menengah Kebangsaan Dato
Mustafa. pelajar yang dipilih adalah daripada kelas tingkatan Kelas tingkatan 1 Ikhlas yang
terdiri daripada 30 orang pelajar. Pelajar di dalam kelas ini terdiri daripada 17 orang pelajar
lelaki dan 13 orang pelajar perempuan.
3.4 InstrumenSalah satu kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian. Terdapat 5
perkara yang termasuk dalam pemerhatian tersebut iaitu tumpuan murid di dalam kelas, tarikan
media visual terhadap murid, pelajar yang mengajukan soalan, murid yang mengutarakanpendapat dan kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran.
Borang soal selidik juga digunakan di dalam kajian tindakan ini. Data diperolehi daripada
respons yang diberi oleh para pelajar dalam soal selidik tersebut dianalisis dengan mengenal
pasti respon umum yang dikemukakan. Bilangan respon ini ditentukan dan perbezaannya dikira.
Dapatan kajian ini akan memberikan maklumat sejauh mana pendekatan konstruktivisme ini
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
13/27
13
dapat diterima oleh pelajar lebih-lebih lagi dalam penyampaian mata pelajaran Kemahiran Hidup
di kelas.
Selain itu, instrumen lain yang digunakan ialah skor peperiksaan murid bagi ujian bulanan
Julai dan November. Keputusan ujian pelajar digunakan dengan membandingkan keputusan
ujian sebelum kajian tindakan dijalankan berbanding dengan selepas kajian tindakan dilakukan.
Ia dapat digunakan untuk menentukan keberkesanan kajian tindakan yang dijalankan.
3.5 Prosedur Pengumpulan DataSebelum guru mengedarkan borang selidik guru menjalankan pemerhatian terhadap
kelas yang akan dijalankan kajian. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tambahan,
melalui kaedah pemerhatian maklumat yang lebih kuas dapat diperoleh.
Stelah itu, pelajar akan diberi edaran borang soal selidik. Penerangan yang mencukupi
perlu diberikan bagi memastikan responden menjawab borang soal selidik dengan betul. Pelajar
kemudiannya dikehendaki mengisi soal selidik terbuka.
Seterusnya bagi kaedah skor ujian pelajar, ujian pertama akan dijalankan pada awal
pelaksanaan kajian tindakan dan ujian kedua akan dilaksanakan selepas kajian tindakan selesai
dilaksanakan. Perbezaan keputusan diantara kedua-dua ujian tersebut akan digunakan untuk
menganalisis hasil pelaksanaan kajian tindakan ini.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
14/27
14
3.6 Prosedur Analisis DataTerdapat beberapa kaedah untuk melakukan proses analisis data, antara kaedah yang analisis
data yang mudah ialah ialah SPSS.
Penggunaan program ini bermula dengan menentukan set pemboleh ubah, selepas itu
pemboleh ubah tersebut perlu dimasukkan ke dalam program bagi menghasilkan sejumlah kes.
Di dalam kajian tindakan ini seorang pelajar dikira sebagai satu kes. Selepas data dimasukkan ke
dalam SPSS, semua kes atau pelajar akan ditentukan oleh nilai-nilai yang terdapat di dalam
pembolehubah.
Selepas selesai memasukkan data ke dalam proram, analisis data boleh dilakukan. Untuk
menjalankan... analisis, pilih salah satu dari menu, pilih pembolehubah yang sesuai, dan klik
butang OK. SPSS membaca melalui semua kes tersebut, menganalisis, dan mengeluarkan
maklumat output. Melalui SPSS kita boleh menghasilkan pelbagai output seperti membuat graf
dan carta.
3.7RumusanKaedah pembelajaran menggunakan internet harus digunakan secara meluas di sekolah agar
masalah pelajar dapat diatasi dan pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Guru
juga perlu mengubah cara pengajarannya daripada konsep pengajaran secara individu dalam
kelas kepada bentuk kumpulan. Pembelajaran yang menggunakan internet dapat meyumbang
kepada penigkatan pembelajaran secara berkumpulan ini. Kesan ini penting untuk dimanfaatkan
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
15/27
15
BAB 4
4.0ANALISIS DATA
4.1 PengenlanBab ini membincangkan tentang analisis yang diperolehi daripada pemerhatian, borang
soal selidik dan keputusan ujian pra dan pos responden Sekolah Menengah Kebangsaan Dato
Mustafa. Data-data yang diperoleh dibuat melalui satu set borang soal selidik yang terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu, bahagian A dan Bahagian B. Responden yang digunakan adalah
dalam kalangan pelajar Sekolah Mengah Kebangsaan Dato Mustafa yang berada di tingkatan
satu. Analisis data yang dihuraikan dalam bab 4 ini adalah berdasarkan kepada persoalan-
persoalan kajian seperti yang telah dinyatakan di dalam Bab. Keputusan-keputusan analisis
dipermudahkan alam bentuk jadual dan carta.
4.2Hasil Analisis Data Kajian PemerhatianKaedah kajian pertama yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah kaedah pemerhatian.
Kaedah ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
P&P. Sikap murid yang ingin dikaji oleh penyelidik adalah seperti berikut:
i. Murid menumpukan perhatian semasa P&P.ii. Murid tertarik dengan visual yang ditayangkan
iii. Murid mengajukan soalan.iv. Murid mengutarakan pendapatv. Murid faham dengan isi pelajaran.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
16/27
16
4.3Hasil Analisi Data Ujian Pra dan PosUjian pra dan pos ini telah dijalankan pada bulan julai dan September. Penyelidik telah
mengumpulkan dan membandingkan data di antara kedua-dua ujian tersebut. Antara maklumat
yang akan dianalisi ialah bilangan dan peratus pelajar yang mendapat A sehingga G, lalu
menentukan samada berlaku peningkatan atau penurunan dalam keputusan pelajar setelah
pelaksanaan kajian tindakan ini.
Carta 4.1 menunjukkan perbandingan prestasi ujian bulan julai dan september. Bagi ujian pra
didapati seramai 0 orang pelajar yang mendapat A dan pada ujian pos pelajar yang mendapat A
telah meningkat kepada 4 orang. Bilangan pelajar yang mendapat B meningkat daripada 10
orang kepada 15 orang. Seterusnya bilangan pelajar yang memperoleh C menurun daripada 12
orang kepada hanya enam orang. Pelajar yang mendapat D juga menurun daripada 6 orang
kepada 4 orang. Namun, bagi pelajar yang mendapat skor E tidak berlaku perubahan, kekal
dengan jumlah seorang. Bilangan pelajar yang mendapat E mencatatkan penurunan daripada
seorang kepada 0. Bagi skor F pula, tidak terdapat sebarang perubahan, kekal 0 orang pelajar.
Setelah pengkaji mendapat data prestasi responden, pengkaji mengubah strategi
pembelajaran pelajar daripada pembelajaran secara tradisional iaitu bersendirian kepada strategi
pembelajaran mengunakan internet. Kemudian, pengkaji menyediakan set soalan ujian untuk
menguji prestasi pelajar setelah menerapkan penggunaan internet semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
17/27
17
Pra Pos
Carta 4.1
Perbandingan Prestasi Ujian Bulan Julai dan September
Carta 4.2 menunjukkan perbandingan peratusan prestasi ujian bulan julai dan september.
Bagi ujian pra didapati seramai 0 peratus pelajar yang mendapat A dan pada ujian pos pelajar
yang mendapat A telah meningkat kepada 13 peratus. Bilangan pelajar yang mendapat B
meningkat daripada 33 peratus kepada 50 peratus. Seterusnya bilangan pelajar yang memperolehC menurun daripada 40 peratus kepada hanya 20 peratus. Pelajar yang mendapat D juga
menurun daripada 20 peratus kepada 13 peratus. Namun, bagi pelajar yang mendapat skor E
tidak berlaku perubahan, kekal dengan jumlah 3 peratus. Bilangan pelajar yang mendapat E
mencatatkan penurunan daripada 3 peratus kepada 0 peratus. Bagi skor F pula, tidak terdapat
sebarang perubahan, kekal 0 peratus.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
18/27
18
Carta 4.2
Perbandingan peratusan prestasi ujian bulan julai dan september kelas 1 Ikhlas
Pra Pos
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
19/27
19
4.4Hasil Analisis Data Borang Soal SelidikAnalisa dibuat menggunakan bilangan, peratus, dan min. Item-item dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu bahagian A yang mengandungi maklumat demografi, bahagian B yang
mengandungi item-item mengenai penggunaan internet dalam kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato Mustafa.
4.4.1 Bahagian A: Maklumat Demografi RespondenPada bahagian A soal selidik ini, penyelidik telah menyediakan beberapa item bagi mengkaji
latar belakang responden yang akan dikaji. Antara item yang dikaji adalah seperti jantina dan
bangsa.
Jadual 4.1 menerangkan dengan lebih jelas dan ringkas bilangan pelajar mengikut jantina.
Seramai 17 orang peserta adalah lelaki dengan peratusan 57 peratus dan selebihnya seramai 13
orang responden terdiri daripada pelajar perempuan dengan jumlah peratusan sebanyak 43
peratus. Responden mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup sebagai salah satu mata
pelajaran mereka di sekolah.
Jadual 4.1
Taburan Bilangan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus (%)
Lelaki 17 57
Perempuan 13 43
Jumlah 30 100
Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden megikut kaum. Seramai
30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustafa telah dipilih menjadi
responden bagi kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 responden terdiri daripada
pelajar melayu dengan jumlah peratusan sebanyak 87 peratus. Manakala bagi responden
berbangsa cina pula terdiri daripada 4 orang dengan jumlah peratusan sebanyak 13 peratus.
Responden daripada bangsa india pula tiada dengan jumlahnya 0 orang dan 0 peratus.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
20/27
20
Jadual 4.2
Taburan Bilangan Peratusan Responden Mengikut Bangsa
Bangsa Bilangan Peratus (%)
Melayu 26 87
Cina 4 13
India 0 0
Jumlah 30 100
4.4.2 Bahagian B: Item Soalan
Pada bahagian B soal selidik yang diberikan kepada responden, penyelidik telah
menyediakan beberapa item bagi menentukan tahap penggunaan internet dan peralatan teknologi
maklumat dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustafa.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
21/27
21
Jadual 4.4
Taburan responden mengikut peratusa dan min bagi pelaksanaan P&P menggunakan internet.
BIL ITEM SOALAN PENDAPAT RESPONDEN MIN
Sangat kerap Kerap Sederhana Jarang Tidak pernah
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1. Soalan 1 21 70 2 7 3 10 2 7 2 7 4.2
2. Soalan 2 19 63.3 4 13.3 2 7 4 13.3 1 3.3 4.2
3. Soalan 3 16 53.3 10 33.3 3 10 1 3.3 0 0 4.3
4. Soalan 4 10 33.3 10 33.3 4 13.3 2 7 4 13.3 3.6
5. Soalan 5 0 0 15 50 10 33.3 1 3.3 4 13.3 3.2
6. Soalan 6 19 63.3 4 13.3 2 7 4 13.3 1 3.3 4.2
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
22/27
22
7. Soalan 7 1 3.3 19 63.3 5 17 2 7 3 10 3.4
8. Soalan 8 5 17 20 6.7 2 7 3 10 0 0 3.9
9. Soalan 9 27 90 3 10 0 0 0 0 0 0 4.9
10. Soalan 10 18 60 5 17 0 0 5 17 2 7 4.0
11. Soalan 11 0 0 15 50 10 33.3 1 3.3 4 13.3 3.2
12. Soalan 12 24 80 4 13.3 1 3.3 1 3.3 0 0 4.7
13. Soalan 13 20 67 5 17 4 13.3 1 3.3 0 0 4.5
14. Soalan 14 28 93.3 2 7 0 0 0 0 0 0 4.9
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
23/27
23
Jadual 4.4 menunjukkan antara item yang telah diberikan kepada responden. Jumlah
responden yang telah digunakan adalah seramai 30 orang pelajar. Setiap responden dikehendaki
menjawab 14 soalan dari bahagian ini. Setiap soalan akan dibahagikan kepada lima bahagian
mengikut mata Likert. Data yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual dengan
menggunakan skala Likert lima mata sebagai perbandingan untuk melihat secara keseluruhan
penggunaan internet dan peralatan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato Mustafa.
Dapatan yang diperoleh, terdapat dua item soalan yang mempunyai min yang tertinggi
iaitu item soalan 9 dan 14 dengan nilai min sebanyak 4.9. Nilai min pada item soalan 9
menunjukkan bahawa penggunaan perisian komputer banyak membantu menyiapkan tugasan
pelajar. Perisian komputer yang dirujuk adalah seperti microsoft power point dan microsoft word.
Seramai 27 rang atau 90 responden menyatakan merekakerap menggunakan perisian komputer
untuk menyiapkan tugasan. Hanya seramai tiga orang atau 10% yang
Item kedua yang turut mempunyai nilai min yang tinggi adalah item 14 dengan nilai min
sebanyak 4.9. Berdasarkan item soalan tersebut boleh dinyatakan bahawa ramai pelajar yang
mengamalkan pembelajaran di dalam net contohnya chat, perbincangan dan forum dalam laman
sekolah.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
24/27
24
BAB 5
5.0PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN5.1Pengenalan
Bab ini merupakan bahagian terakhir di dalam kajian tindakan ini. Di dalam bab ini akan
membincangkan dengan lebih mendalam tentang hasil dapatan kajian yang telah dianalisi dalam
bab 4. Perbincangan adalah berkaitan dengan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian yang
akan dihuraikan dan disokong oleh pendapat-pendapat yang berkaitan untuk mengukuhkan lagi
dapatan yang telah diperolehi. Kesimpulan ula perlu dibuat berdasarkan perbincangan ke atas
kajian yang telah diperolehi. Dalam bab ini juga turut dikemukakan beberapa cadangan untuk
memperbaiki beberapa kelemahan yang telah dilakukan sepanjang kajian dijalankan dan
candanganyang boleh digunapakai oleh pihak sekolah, pelajar dan juga pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Selain itu, cadangan juga dikemukakan untuk membuka ruang kepada kajian
lanjutan dijalankan ke atas bidang
Bagi bab yang sebelumnya, pengkaji telah mengemukakan data-data daripada keputusan-
keputusan ujian yang dijalankan kepada pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Dato
Ahmad Said, Sabak Bernam, Selangor. Hasil daripada seramai 30 orang responden yang dipilih
itu, pengkaji telah mendapat data-data sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam jadual dan
graf tersebut.
5.2 Perbincangan
Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji semasa proses P&P mmenggunakan
perisian yang dibangunkan mendapati responden memberikan memberikan tindakbalas yang
baik. Suasana kelas menjadi lebih ceria dan pelajr menjadi lebih aktif dalam melibatkan diri
kepada aktiviti P&P.
Daripada analisis dapatan kajian, penyelidik mendapati bahawa proses P&P yang
berbantukan komputer membolehkan mereka berkongsi pendapat dan bekerjasama dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini menunjukkan penggunaan komputer dalam proses P&P
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang mengglakkan kerjasama sekaligus mencapai
objektif pembelajaran ketiga.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
25/27
25
Pengkaji berasa peningkatan prestasi adalah sangat membanggakan guru. Dapatan kajian
yang telah dikemukakan oleh pengkaji melalui jadual dan graf telah menunjukkan bahawa
objektif yang digariskan telah tercapai. Daripada bukti tersebut, jelas menunjukkan bahawa
pembelajaran menggunakan komputer dapat melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, minat
terhadap subjek Kemahiran Hidup dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam
akademik.
Pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembelajaran berbeza daripada kaedah
tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru. Pembelajaran menggunakan intenet dapat
memberikan suasana yang berbeza dan memberikan variasi kepada pelajar. Pembelajaran
menggunakan internet mungkin dapat memberikan gambaran jelas tentang sesuatu isi mata
pelajaran yang dipelajari dan juga dapat mepertingkatkan kefahaan serta motivasi dan minat
pelajar.
5.4 Cadangan
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan satu kajian bertujuan untuk meninjausejauh
mana kesan penggunaan internet terhadap prestasi pelajar. Kajian ini meninjau tahap kemahiran
dan kekerapan pelajar menggunakan internet dan mengukur hasil pelaksanaan pembelajaran
menggunakan internet terhadap prestasi pelajar.
Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa kekangan dan
kelemahan yang dihadapi oleh pengkaji dan boleh diperbaiki pada kajian yangakan datang.
Berikut adalah cadangan pengkaji untuk mendalami kajian ini:
1. Kajian ini terhad kepada pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah KebangsaanDato Mustafa serta berfokus kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup sahaja
memberikan implikasi yang kurang memuaskan bagi kajian ini.
2. Mempelbagaikan kaedah kajian sepreti temubual, kaedah pemerhatian yang lebihteratur dan soal selidik yang lebih rapi dan teliti agar maklumat yang diperolehi
adalah lebih terperinci serta tepat.
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
26/27
26
3. Kajian yang akan datang juga perlu memperluaskan kajian kepada guru-guru matapelajaran dan pihak pentadbiran sekolah agar pandangan dan maklumat diperoleh
lebih daripada satu pihak sahaja.
4. Kajian seterusnya yang ingin dijalankan hendaklah melihat kepada keperluan semasaatau mengambil kira perkara-perkara penting sebelum dilaksanakan. Kajian literatur
yang baik dan nasihat pakar adalah sangat membantu dalam melaksanakan kajian
tindakan.
5.5 Rumusan
Setelah membuat rumusan, pengkaji mendapati hasil kajian tindakan ini adalah sangat
positif sekali. Data yang diperoleh sangat memuaskan dan menyakinkan pengkaji untuk
menyatakan demikian. Justeru itu, implikasi kajian ini sama ada secara lansung atau tidak, data
yang dikumpulkan dan dianalisis membawa pelbagai peluang.
Rumusan telah dibuat bahawa penggunaan internet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini ada sumbangannya yang tersendiri dan sangat memberansangkan. Pengkaji
telah mencadangkan untuk dijalankan kajian lanjutan dan berharap agar kajian-kajian
seumpamanya akan memberikan manfaat yang sangat besar kepada bidang kajian tindakan ini.
Kajian ini juga memberi manfaat kepada banyak pihak berkepentingan terutamanya pihak
pentadbiran sekolah dalam membantu pelajar-pelajar untuk mengetaui dan mempelajari segala
kemahiran-kemahiran dan kefahaman yang boleh diaplikasikan semasa belajar dan melakukan
kerja-kerja amali di dalam bengkel.
Melalui kajian tindakan yang dijalankan ini diharapkan agar ia dapat membuat inovasi
terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sistem pendidikan perlu
berubah mengikut perkembangan semasa agar negara kita dapat menghasilkan individu yang
8/12/2019 Kajian Tindakan Penggunaan Internet (Repaired)
27/27
mampu bersaing pada peringkat antarabangsa, kesannya negara kita akan menerima
pembangunan yang lebih pesat dari aspek ekonomi, sosial dan pengetahuan.
Rujukan
Abtar Kaur (1998). Designing Web pages for effective learning. Dalam Prosiding Konvensyen
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kali ke 11: Kuala Lumpur: Persatuan
Teknologi Pendidikan Malaysia. m.s. 1-9.
Collins, A. & Stevens, A.L. (1983).A cognitive theory of inquiry teaching. Di dalam Reigeluth
(Ed.) Instructional Design Theories and Models: An Overview of Their Current Status,
Hillsdale: Lawrence Earlbaum Associates. m.s. 250-276
Collins, B. (1996). The Internet as an educational innovation: Lessons from exprience with
computer implementation. Educational Technology, 36 (6), m.s. 21-30.
Kamus Dewan Edisi Baru(2000). K. lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hambric, P.J. (1997).An investigation of World Wide Web use on problem solving of fifth grade
students. EdD Dissertation, United States International University. Dissertation
Abstracts International,AA19809443.
Jamaluddin Mohaidin (1999).Konstruktivisme: Aplikasinya dalam reka bentuk pembelajaran
berasaskan web, Dalam Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 12, 8-10
Oktober, 1999, Port Dikson, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, m.s. 1-14.