8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
1/66
1
Pn Siti Sara;
Terlebih dahulu tahniah kerana anda sedang berusaha untuk memurnikan kajian anda. Teruskan
usaha anda dengan fokus kepada komen-komen berikut:
SILA BACA DAHULU KOMEN TERSEBUT!
1) Abstrak yang ditulis adalah tidak betul! Kenapa ada perkataan akan dalam abstrak tersebut?
Mana dapatan yang diperolehi? Apakah rumusannya? Implikasinya? Kenapa tidak disebut dalam
bahagian ini? Berapa kali saya harus sebut perkara ini? Sila rujuk komen kali pertama saya! Sila
perbetulkannya!
2) Kenapa kerangka konsep tidak dibetulkan? (c) Mengesan sikap saintifikdan nilai murni
pelajar melalui strategi peta minda dan pembelajaran tradisional. Anda kaji sikap saintifik dannilai murni dalam satu soalan? Mana boleh buat macan ini? Ada dua variable!!
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan
Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Sains dalam
topik Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga Tingkatan satu.
Rajah 1.4: Rangka konsep Kajian
Anda guna perkataan sikap positif! Anda guna perkataan sikap saintifik, adakah kedua dua ini
sama? Sila selaraskan! Anda tidak baca komen kali kedua saya ke?
Prestasi, sikap positif dan motivasi pelajar setelah menerima kaedah pembelajaran peta minda
adalah di antara hasil kajian ini. Mana boleh sebut Diantara? Fokus kepada soalan kajian anda!
3) Obkektif kajian dan soalan kajian No 2 anda adalah salah! Mana boleh ada dua variable dalam
satu soalan? Sila betulkannya. Sudah DUA KALI saya sebut perkara ini! Masih tidak faham ke?
Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk
nilai dan sikap positifpelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran
tradisional Nilai = satu variable, sikap = satu variable!.
4) Hipotesis yang ditulis adalah juga salah! Sila betulkannya semula!
5) Tujuan kajian anda masih lagi tidak jelas! Anda menulis: Maka kajian ini bertujuan untuk
menimbang penggunaan peta minda sebagai satu strategi pembelajaran yang berkesan dalam
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
2/66
2
pengajaran Mana boleh menimbang? Ini adalah kajian sila jelaskan dengan fokus kepada tujuan
yang sama!
6) Pastikan bahawa semua huruf s dalam perkataan sains ditulis dengan huruf S yang
besar seperti Sains
7) Anda menulis: Kajian ini menekankan kepada langkah-langkah untuk membuktikan
bahawa strategi menggunakan peta minda bersaiz poket ini dapat digunakan untuk
meningkatkan daya ingatan pelajar dan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan
sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat memperbaiki amalan pengajaran guru.
Cara penulisan ini adalah tidak betul. Sila nyatakan tujuan kajian anda dengan fokus kepada
persoalan kajian yang akan di selidiki!
8) Pernyataan masalah anda harus dibuktikan melalui rujukan..sila nyatakan rujukannya
Contoh ia itu menurut Halim, (2009) guru-guru tidak mengajar..
9) Semasa anda menulis tujuan kajian jangan sebut perkataan Ini diharapkan.. Nyatakan terus
tujuan kajian anda dengan jelas dan terang!
10) sains adalah satu matapelajaran, oleh itu sila tulis sebagai matapelajaran Sains, anda
menulis terhadap sains , belajar sains. Sila pastikan anda memurnikan semua ini
dalam seluruh kajian anda!
11) Anda tidak konsisten dengan apa yang sebenarnya anda sedang kaji: Anda menulis
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan
Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran
dapat meningkatkan pencapaian akademik, pembentukan sikap yang positif di kalangan pelajar ,
motivasi dan sikap saintifik pelajar dalam proses pengajaran
Sila selaraskan mengikut objektif dan persoalan kajian anda
Comment [U1]: Disini anda kaji 3 perkara
Comment [U2]: Disini anda sedang mengkaji
perkara! Selaraskan ikut soalan kajian anda!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
3/66
3
13) Tajuk kajian anda adalah menggunakan peta minda bersaiz poket, bukannya teknik peta
minda.Oleh itu kenapa teknik peta minda disebut dalm persoalan kajian anda? Adakah anda
gunakan teknik peta minda, peta minda atau peta minda bersaiz poket? Yang mana satu ini? Sila
selaraskan dan jadikannya konsisten!
Anda menulis: 1) Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta
mindaberbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar.
2) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk
nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran
tradisional.
3) Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda terhadap
peningkatan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran
tradisional.
Anda harus menulis semua objektif tersebut dengan menyebut perkataan peta minda bersaiz poket!
Begitu juga dengan persoalan kajian anda!
14) Anda menulis Kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda diharapkan dapat
mengatasi masalah ini dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, berminat dalam
menambahkan ilmu pengetahuan, meneroka alam sains, memperkembangkan konsep
kendiri dan menanam sikap saintifik dan nilai murni di dalam diri masing -masing.
Adakah anda menmggunakan teknik peta minda atau peta minda bersaiz poket? Adakah anda
mengkaji konsep kendiri? Sila jelaskan dan perbetulkannya!
15) Dalam bahagian 2.1 anda tidak memberi ulasan mengenai kajian kajian yang telah
dijalankan, apa kaitan kajian tersebut dengan kajian anda, kelemahan kajian tersebut berbanding
dengan kajian anda? Kenapa anda harus jalankan kajian ini? Anda cuma melaporkan balik apa
yang telah dijalankan oleh pengkaji lain!
16) Anda tidak menjelaskan mengenai Rajah 2.2 apakah kandungannya, bagaiman ia beroperasi?
Sila jelaskan!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
4/66
4
17) Dalam bahagian 2.4 , anda menulis Sekarang huraikan pula bagaimana untuk membuat peta
minda khususnya kepada para pelajar. Apa ini? Dari mana anda cut and paste atau
dapatkannya? Sila jelaskan? Adakah anda membaca apa yang anda tulis ini?
18) Tulis semula rumusan untu bahagian 2.6 semula, berpandukan kep ada komen yang telah
diberikan!
19) Sila tulis semula Bab 3, bahagian pengenalan anda !
20 ) Sila jelaskan 15 item yang digunakan dalam borang soal selidik dalam bahagian Soal selidik
yang digunakan. Jelaskan item tersebut dalam bentuk Jadual
Contoh:
Item no Soalan Kategori
1 Adakah anda berminat belajar matapelajaran Sains? Minat
21) Pastikan semua Borang Soal selidik, Ujian Pra / Pos , Soalan Temubual / terbuka, Borang
Pemerhatian disertakan sebagai Lampiran yang berlabel!
22) Dalam bahagian 3.4, tajuk anda adalah Peta Minda bersaiz Poket, tetapi penerangan yang
diberikan adalah mengenai peta minda? Sila selaraskannya!
23) Anda menggunakan item item berbentuk negatif. Anda menulis Item yang bersifat negatif
diterbalikkan skala nilainya kepada nilai yang sepadan sebelum ia dianalisis. Sila jelaskan item
tersebut dalam bahagian 3.6 dengan terperinci, iaitu item mana yang berbentuk negatif dalam
bentuk jadual! Jelaskan juga mengenai item-item yang menguji sikap saintifik dan nilai murni
dalam bentuk Jadual!
24) Anda tidak menerangkan mengenai jenis ujian statistik yang anda gunakan dalam bahagian
3.6? Apakah jenis ujian statistik yang anda gunakan? Sila rujuk komen pada bahagian tersebut
dan jelaskannya!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
5/66
5
25) Dalam bahagian 3.6 anda juga tidak menyatakan bagaimana anda akan menganalisa data
yang diperolehi , iaitu dengan mengunakan perisian apa? SPSS ke? Versi apa? Sila jelaskannya!
26) Tulis semula Bahagian 4.0 (Pengenalan): nyatakan tujuan kajian anda, nyatakan dengan
ringkas apa yang akan dibincangkan dalam bab ini!
26) Untuk bahagian ini: 4.2.2 Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta minda dan
Pembelajaran Tradisional Terhadap Sikap dan Nilai Positif Pelajar
Saya mahu anda focus kepada satu variable sahaja, sila tulis semula bahagian ini! Saya tidak
akan membaca selagi anda perbetulkannya!
27) Dalam Bab 4 anda menyebut perkataan peta minda anda tidak menyebut peta minda
bersaiz poket Apa sebanarnya yang and kaji ini, anda gunakan peta minda biasa atau peta minda
bersaiz poket? Sila jelaskannya dan perbetulkannya!
28) Anda tidak melaporkan dapatan yang diperolehi dari borang pemerhatian seperti yang anda
jelaskan anda menggunakannya dalam Bab 3? Mana dapatannya? Kenapa ia tidak dilaporkan
dalam Bab 4?
29) SAYA TIDAK MEMBACA BAB 5 ANDA KERANA ANDA ADA BANYAK
PEMBETULAN YANG HARUS DILAKUKAN. SILA LAKUKANNYA DAN OLEH
SEMULA BAB 5 ANDA MENGIKUT ACUAN BAB 1 , 2 3 DAN 4!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
6/66
6
KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BELAJAR MENGGUNAKAN PETA MINDA
BERSAIZ POKET DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM
PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN SATU
SITI SARA BT ABU BAKAR
790915025548001
BACHELOR OF EDUCATION ( SCIENCE) WITH HONOUR (BESC)
PPW PULAU PINANG
019-4734700
DR. PARVINDER SINGH
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2010
ISI KANDUNGAN
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
7/66
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
8/66
8
3.0 Pengenalan
3.1 Rekabentuk kajian
3.2 Populasi dan Sampel Kajian
3.3 Instrumen kajian
3.4 Prosedur Pengumpulan Data
3.5 Prosedur Menganalisis Data
3.6 Rumusan
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan
4.1 Profil Sampel
4.2 Laporan Dapatan Kajian
4.3 Rumusan
BAB V PERBINCANGAN & KESIMPULAN
5.0 Pengenalan
5.1 Ringkasan Kajian
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3 Kesimpulan Dapatan kajian
5.4 Implikasi Dapatan kajian
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Rumusan
RUJUKAN
LAMPIRAN
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
9/66
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
10/66
10
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia
dan rahmatnya,dapat saya menyiapkan Kajian Berasaskan Sekolah ini mengikut jadual yang
telah ditetapkan sebagai memenuhi syarat bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda (Sains)
Dengan Kepujian.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada tutor kajian bahagian 1, Dr Yeoh Poh Choo kerana
telah banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar dan bimbingan kepad a saya tanpa mengenal
rasa dalam memberi kefahaman untuk menjalankan kajian ini . Tidak lupa juga kepada tutor
kajian bahagian ke 2, Dr Parvinder Singh yang juga telah banyak memberi panduan yang
berguna. Segala tunjuk ajarnya jasa baiknya tidak akan dilupakan. Terima kasih atas segala ilmu
yang telah dicurahkan
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, guru penolong kanan, guru
pembimbing Puan Noorhayati bt Zakaria serta para pelajar kelas 1PE1 dan 1KP1 di sebuah
sekolah menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang telah banyak membantu dan
memberi bimbingan sepanjang kajian dijalankan.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Open University Malaysia,
PPW Pualau Pinang yang telah bekerjasama dengan baik dalam menjana idea dan mencurahkan
buah fikiran bagi menghasilkan kajian yang terbaik.
Yang paling disayangi ,kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami
tercinta Mohd Rohaizad b Mustafa kerana telah memberi segala pengorbanan dan semangat serta
motivasi dalam menyiapkan kajian ini. Begitu juga dengan anak-anak tersayang, Nurina Izzati,
Muhammad Syahmie Fitri dan Muhammmad Sufi Adlie yang setia dan sabar menunggu dengan
tugasan yang amat mencabar yang dilakukan ini.
Semoga dengan segala usaha murni ini akan diredhai olehNya.
Terima kasih semua.
XXXX Comment [U3]:Namakan dan Masukkan m/suntuk semua Lampiran yang disertakan
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
11/66
11
XXXX
XXXXX
KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BELAJAR MENGGUNAKAN
PETA MINDA BERSAIZ POKET DALAM PEMBELAJARAN SAINS
TINGKATAN 1
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kaedah pembelajaran mengunakan
teknik peta minda bersaiz poket dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta
mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 1
dalam tajuk Pelbagai sumber dan Bentuk Tenaga . Kajian ini melibatkan seramai 60 orang
pelajar dari sebuah kelas dalam Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah yang terdiri
daripada pelajar-pelajar pada tahap pencapaian yang pelbagai dalam mata pelajaran Sains.
Kajian ini diharapkan dapat menghasilkan dan menunjukkan peningkatan yang positif dalamkefahaman pelajar yang berbeza cara dan latar belakang pembelajaran. Kajian yang akan
dijalankan ini adalah bersifat kuantitatif yang melibatkan ujian pra pada peringkat awal
kajian (sebelum pengkaji memulakan aktiviti pembelajaran) dan diikuti oleh ujian pos
(selepas aktiviti P&P yang dirancang telah dilaksanakan). Semua data yang dikumpul akan
dibuat perbandingan dan dianalisis untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan pendekatan
menggunakan kaedah peta minda dalam mata pelajaran Sains di sekolah.
Comment [U4]:Namakan dan Masukkan m/suntuk semua Jadual yang disertakan
Comment [U5]:Namakan dan Masukkan
m/surat untuk semua Rajah yang disertakan
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
12/66
12
BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.0 Pengenalan
Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan masyarakat
berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin
keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan
berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti
adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan bersikap
objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Peta minda merupakan suatu lakaran grafik pemikiran individu yang membolehkan kita
merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat
sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alat berkesan yang mendorongkan pemikiran
kreatif. Selain itu, bentuk peta minda juga berbagai-bagai bergantung kepada kreativiti seseorang
individu tersebut.
Tiga elemen di dalam bidang sains iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai
murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan sains. Sains adalah satu bidang
ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka konsep bagi menyediakan pelajar memahami
keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran sains adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan
dan kemahiran sains dengan memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai -nilai murni yang
Comment [U6]: Huruf besar
Comment [U7]: //
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
13/66
13
diterima di persekitaran budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu
mereka dalam mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan
perkembangan dunia sains dan teknologi. Oleh itu, pelajar harus membina pemahaman yang
bermakna terhadap alam sekeliling mereka.
1.1 Latar Belakang Kajian
Kaedah pembelajaran tradisional seperti pembelajaran berpusatkan guru, kuliah dan latih tubi
secara individu sering digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini,
dilihat sebagai satu cara penyampaian ilmu yang berkesan dalam jangka masa yang pendek.
Namun peratusan pelajar yang mengikuti pembelajaran sains secara tradisional ini, tidak begitu
berkesan. Justeru itu, keputusan peperiksaan di dalam mata pelajaran sains masih kurang
memuaskan sama ada di peringkat menengah rendah atau menengah atas. Ini kerana
pembelajaran tradisional menjadikan pelajar pasif (Hotler,1994). Kebanyakan guru
mengamalkan kaedah pengajaran biasa yang tidak ditumpukan kepada pengajaran yang
bermakna dan berkesan. (Ee Ah Meng, 2004).
Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat
dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur ( Subadrah, 2001). Satu kajian yang
dijalankan oleh Osman Affan (2008) , membuktikan kaedah peta minda ini menggunakan
kedua-dua belah otak dan dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi produktiviti dan ingatan
memori pelajar.
Pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat sebagai penyumbang ke arah
merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Sains yang mempunyai impian untuk melahirkan modal insan yang
mempunyai keseimbangan diri terutama dari segi perkongsian idea dalam suasana yang tidak
terancam bagi melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan
berfikiran positif dalam membentuk suasana yang selesa kepada agama, nusa dan bangsa.
Maka kajian ini bertujuan untuk menimbang penggunaan peta minda sebagai satu strategi
pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran sains Tingkatan satu dalam topikPelbagai bentu
dan sumber tenaga dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep -konsep sains yang
abstrak. Pembelajaran melalui peta minda akan lebih bermakna kerana ia tidak membosankan
dan menggunakan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan yang baru diterimanya bagi
Comment [U8]: //
Comment [U9]: Huruf besar
Comment [U10]: //
Comment [U11]: Huruf besar
Comment [U12]: Apa sebenarnya tujuan kaji
anda, sila focus dengan jelas!
Comment [U13]: //
Comment [U14]: Ejaan!
Comment [U15]: //
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
14/66
14
menunjukkan perkaitan dan perhubungan diantara konsep sains yang dipelajarinya. Dengan cara
ini pemahaman pelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains akan
meningkat.
1.2 Penyataan Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan yang
bersesuaian untuk digunakan. Namun, kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan
berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke
arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang
terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan
pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Adakalanya
setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar.
Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang utama di dalam pendidikan
sains bagi meningkatkan prestasi diri pelajar. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk
adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak . Oleh itu, kajian yang
dijalankan adalah amat penting dalam menentukan tahap keberkesanan pembelajaran
menggunakan teknik peta minda bagi subjek sains yang bertajuk Pelbagai Bentuk dan Sumber
Tenaga dalam Sains Tingkatan 1 KBSM. Kajian ini menekankan kepada langkah-langkah
untuk membuktikan bahawa strategi menggunakan peta minda bersaiz poket ini dapat digunakan
untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan menentukan sejauh mana keberkesanan
penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat memperbaiki amalan pengajaran guru.
1.3Rangka Konsep
Kajian ini adalah satu cubaan untuk membanding kesan kaedah pembelajaran menggunakan peta
minda bersaiz poket dengan kaedah pembelajaran tradisional terhadap peningkatan prestasi,
sikap dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sains untuk pelajar tingkatan satu di dalam
topik pelbagai bentuk dan sumber tenaga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi
eksperimen di mana sampel dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.
Kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pembelajaran tradisional manakala, kumpulan
Comment [U16]: //
Comment [U17]: //
Comment [U18]: Buktikan pernyataan masal
anda melalui rujukan/bacan yang dibuat!
Comment [U19]: //
Comment [U20]:Nyatakan dalam badasa
Malaysia.
Comment [U21]:
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
15/66
15
eksperimen pula diajar dengan kaedah pembelajaran peta minda . Prestasi, sikap positif dan
motivasi pelajar setelah menerima kaedah pembelajaran peta minda adalah di antara hasil kajian
ini.
Pembelajaran
menggunakan Peta minda
Pembelajaran Tradisional
Objektif
a) Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran peta minda
berbanding pembelajaran tradisional.b) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran peta minda
berbanding pembelajaran tradisional terhadap peningkatanprestasi pelajar.
c) Mengesan sikap saintifik dan nilai murni pelajar melalui
strategi peta minda dan pembelajaran tradisional.
Sampel
Kumpulan Eksperimen
Kumpulan Kawalan
Analisis Data
Min sisihan piawai
Ujian-t
Instrumen
Ujian PraBorang pemerhatian
Ujian PosSoal selidik Sikap
Comment [U22]: Sila selaraskan ini mengiku
persoalan kajian anda!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
16/66
16
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan
Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Sains dalam
topik Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga Tingkatan satu.
Rajah 1.4: Rangka konsep Kajian
1.4Tujuan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan
teknik peta minda dalam mata pelajaran sains tingkatan satu ke atas tajuk Pelbagai Bentuk dan
Sumber Tenaga. Ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik, pembentukan sikap
yang positif di kalangan pelajar , motivasi dan sikap saintifik pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
1.4.1 Objektif Kajian
Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai tiga objektif iaitu:
a) Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda
berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasipencapaian pelajar.XXX
b) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk
nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah
pembelajaran tradisional.
c) Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda terhadap
peningkatan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran
tradisional.
1.4.2 Persoalan Kajian
a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda lebih berkesan berbanding
pembelajaran bercorak tradisional terhadap prestasipencapaian pelajar?
b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat memupuk sikap dan nilai
positifterhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?
Comment [U23]: Disini anda kaji 3 perkara
Comment [U24]: Huruf besar
Comment [U25]: Disini anda sedang mengka
perkara! Selaraskan ikut soalan kajian anda!
Comment [U26]: Dalam apa?
Comment [U27]: Sila pilih hanya satu variabsahaja!
Comment [U28]: Huruf besar
Comment [U29]: Huruf besar
Comment [U30]: Dalam apa?
Comment [U31]: Sila fokus kepada satu vari
sahaja!
Comment [U32]: Terhadap Sains atau
matapelajaran Sains?
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
17/66
17
c)
Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat meningkatkan motivasi
pelajar untuk belajar sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?
1.4.3 Hipotesis Kajian
Hipotesis Nol(HN 1)
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata
pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz
poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.
Hipotesis Alternatif (HA 1)
Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran
sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan
selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.
Hipotesis Nol ( HN 2)
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata
pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda
bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang
bersaiz poket .
HipotesisAlternatif (HA 2)
Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata
pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda
Comment [U33]:
Comment [U34]: Belajar Sains atau belajar
matapelajaran Sains?
Comment [U35]: Salah ada dua variabel
Comment [U36]: Salah ada dua variable!
Comment [U37]: Sala ada dua variabel
Comment [U38]: Salah ada dua variable!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
18/66
18
bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang
bersaiz poket .
Hipotesis Nol ( HN 2)
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum
pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar
diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.
HipotesisAlternatif (HA 2)
Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar
diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar
dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.
1.5 Kepentingan Kajian
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran sains perlu dipelajari dengan
menggunakan kaedah yang berkesan, menarik dan menyeronokkan. Kaedah pembelajaran yang
sesuai dapat menjadikan mata pelajaran sains lebih bermakna dan mudah dikuasai oleh pelajar.
Kajian ini diharapkan dapat membawa perubahan yang positif kepada pelajar di dalam
menguasai subjek sains sama ada ketika kegiatan amali di dalam makmal mahu pun di dalam
kelas. Dengan perubahan sikap yang positif , diharapkan kaedah pembelajaran menggunakan
teknik peta minda menjadi satu alternatif yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk
meningkatkan prestasi pelajar. Kajian ini diharapkan menjadikan pembelajaran lebih berstruktur
dan berpusatkan pelajar. Kajian ini juga diharapkan dapat menarik sokongan yang positif
daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan pengajaran yang berkualiti dan berkesan.
Comment [U39]: Huruf besar
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
19/66
19
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:
1. Kajian akan menggunakan bilangan pelajar yang terbatas di salah sebuah sekolah
menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang . Oleh itu, kajian ini adalah lebih sesuai
untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut.
2. Kajian ini melibatkan murid-murid daripada pelbagai kecerdasan dan kebolehan serta
pelbagai latar belakang hidup.
3. Kajian ini akan mewujudkan kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang
memesong dari tujuan kajian seperti maklumat palsu yang diberikan oleh pelajar.
1.7 Takrifan Istilah
Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan.
1.7.1 Pembelajaran Teknik Peta Minda bersaiz poket
Peta minda merupakan satu alat pengurusan minda yang amat berguna dalam menghasilkan
perhubungan dan kesepaduan terutamanya dalam menghubungkaitkan rangka isi sesuatu fakta
dan konsep dalam sains. Peta minda membolehkan kita mengumpulkan banyak maklumat dalam
satu muka surat dan memerhatikan perhubungan di antara beberapa topik dan subtopik . Suatu
keputusan dari maklumat yang banyak telah dipermudahkan. Berbanding dengan cara yang lain,
peta minda membolehkan kita menggunakan keseluruhan otak kita kerana teknik ini meliputi
tindakan dan fikiran yang datang dari kedua-dua belah otak. Bentuk peta minda berbagai-bagai,
iaitu bergantung kepada kreativiti pengguna. Perkara yang penting diberikan pertimbangan ialah
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
20/66
20
mudah, menarik dan bermakna kepada pengguna. (Toh Hon Leong, 2000). Peta minda yang
bersaiz poket ini berukuran seperti kertas yang bersaiz A4 yang dilipatkan menjadi 4 bahagian.
Dengan saiz yang kecil , peta minda ini dapat dimuatkan ke dalam poket dan mudah untuk
dibawa ke mana-mana.
1.7.2 Pembelajaran Tradisional
Mok Song Sang ( 2004 ) menyatakan bahawa pembelajaran tradisional adalah satu
pengajaran yang bersifat sehala dan hanya berpusatkan guru berbanding dengan pembelajaran
menggunakan teknik peta minda yang lebih berpusatkan pelajar. Tekniknya, guru membuat
penerangan dan pelajar hanya mendengar. Pembelajaran tradisional ini lebih kepada bersifat
mengingat dan menghafal. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talkadalah jauh ketinggalan
dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak berbanding menggunakan teknik yang kreatif
seperti menghasilkan nota peta minda bersaiz poket. Idea dan kreativiti pelajar dapat
digabungkan untuk menghasilkan peta minda yang bukan sahaja berguna malahan bermakna
kepada pelajar itu sendiri
Pembelajaran tradisional sudah tidak relevan lagi dalam fenomena pendidikan sekarang
kerana pelajar menjadi pasif, tidak kreatif dan hanya mengharapkan guru semata -mata. Proses
pengajaran menjadi lesu dan tidak bermaya akibat daripada hubungan satu hala guru dengan
pelajar. Turutan aktiviti pembelajaran di bawah menunjukkan pembelajaran secara tradisional
iaitu;
(a) penyampaian kandungan mata pelajaran oleh guru
(b) pelajar membuat latihan secara individu
(c) kuiz secara individu dan
(d) pengiraan skor bagi individu.
1.7.3 Sains
Sains ialah satu ilmu pengetahuan yang telah dibuktikan kebenaran melalui formula dan bukti -
bukti yang dihasilkan. (Kamus Dewan, 1992).
1.7.4 Motivasi
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
21/66
21
Motivasi sebagai satu kuasa dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat serta
tingkah laku manusia. (Woolfolk,1990)
1.7.5 Keberkesanan
Keberkesanan membawa maksud perubahan di dalam sesuatu tindakan. Berkesannya sesuatu
kaedah dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi melalui ujian dan pencapaian. (Kamus
Dewan, 2002) .
1.7.6 Pembelajaran
Pembelajaran sebagai satu proses individu mendapatkan informasi tingkah laku atau kebolehan
baru untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan pembelajarannya. (Abdul Rahim b. Abd.
Rashid , 2000)
1.7.7 Prestasi Pelajar
Prestasi merupakan kebolehan pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui
ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini, prestasi pelajar dikesan melalui ujian pra
dan ujian pos. ( Mohd Yusof Othman , 2000).
1.7.8 Minat
Minat adalah satu kecenderungan atau tarikan terhadap sesuat u perkara. Abd. Rahman Aroff
(1997) menyatakan bahawa minat akan wujud apabila sedar tentang kecenderungan terhadap
sesuatu objek itu.
1.7.9 Pencapaian Sains
Pencapaian Sains ialah prestasi seseorang pelajar yang akan dinilai dan diukur daripada
keputusan ujian atau peperiksaan bulanan samada memuaskan atau tidak. Dari sudut objektif
pembelajaran, pencapaian sains boleh dilihat dari peratus kefahaman pelajar terhadap sesuatu
topik yang diajar melalui soaljawab atau pemerhatian guru di dalam kelas terhadap pelajarnya .
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
22/66
22
Dengan itu pencapaian sains pelajar dapat diukur melalui markah keputusan peperiksaan bulanan
masing-masing. (Ibrahim Deris ,2003).
1.7.10 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian pra dijalankan kepada kesemua pelajar di dalam kelas kawalan dan eksperimen sebelum
setiap kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah pembelajaran berpusatkan guru dengan
kaedah pembelajaran peta minda dijalankan.
Ujian pasca pula dijalankan kepada kesemua pelajar dalam kelas kawalan dan eksperimen
selepas setiap kaedah pengajaran dan pembelajaran peta minda dan kaedah pengajaran
berpusatkan guru dijalankan. ( Zuraidah Mat Hussein, 2002)
1.8. Rumusan
Kajian ini menghuraikan latar belakang, rasional, objektif, tujuan, hipotesis, kepentingan
dan batasan kajian. Bab ini juga merumuskan bahawa kaedah pembelajaran yang berpusatkan
pelajar akan dapat mewujudkan situasi di mana pelajar dapat berinteraksi sesama sendiri dan
guru bagi membantu pelajar mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan daya ingatan mereka di
dalam subjek sains.yang bertajuk pelbagai bentuk dan sumber tenaga bagi pelajar tingkatan
satu. Subjek sains sering dilihat sebagai mata pelajaran yang sukar sehingga pelajar kurang
bermotivasi untuk menguasainya. Permasalahan ini jika tidak diatasi akan menjejaskan
penguasaan ilmu pelajar. Kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda diharapkan
dapat mengatasi masalah ini dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, berminat dalam
menambahkan ilmu pengetahuan, meneroka alam sains, memperkembangkan konsep kendiri dan
menanam sikap saintifik dan nilai murni di dalam diri masing-masing.
Comment [U40]: Sila nyatakan ini adalah
menurut siapa? Mana ada buktinya?
Comment [U41]: Adakah anda juga mengkaj
ini?
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
23/66
23
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Kajian ini merupakan kajian tentang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik
peta minda bersaiz poket terhadap pencapaian pelajar dalam sains.
Strategi yang biasa digunakan oleh guru ialah strategi pengajaran tradisional iaitu pengajaran
berpusatkan guru. Strategi ini didapati kurang berkesan. Bagi pelajar yang mempunyai
kebolehan yang tinggi, mereka dapat menerima apa yang diajarkan oleh guru dengan baik.
Sebaliknya, pelajar yang kurang berkebolehan tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh
guru dengan baik. Guru perlulah mengubah strategi pengajaran bagi memastikan semua
pelajarnya menguasai kemahiran yang diajar
Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai literatur yang berkaitan iaitu kajian
terdahulu oleh tokoh-tokoh akademik dari dalam dan luar negara tentang memahami bidang
kajian, dapatan kajian lepas, kajian berkaitan dan rumusan mengenai pembelajaran menggunakan
teknik peta minda yang bersaiz poket.
2.1 Kajian berkaitan
Comment [U42]: Sila keluarkan semua ini In
bukannya bab pengenalan mengenai tajuk ini!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
24/66
24
Kajian oleh Cohen dan Morisson (2000) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan
kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan
menyedari gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu
untuk mencapai keputusan cemerlang. Peta minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan
pada tahun 1976 adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk
menjanakan idea dengan perkaitan. Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula
di tengah muka surat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua
arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan
rajah kunci (key images).(Blog- Cikgu ZulPakar , 2007)
Menurut penulis buku Pelajar Cemerlang, Ismail Zain ( 2003 ) ingatan seorang pelajar
akan menurun selepas waktu yang tertentu. Oleh yang demikian adalah penting seorang pelajar
yang telah mempunyai peta minda mengulangkaji peta mindanya dari masa ke semasa. Adalah
dicadangkan seorang pelajar mengulangkaji peta mindanya selepas satu jam sesi
pembelajarannya. Ini bertujuan untuk mula memetakan mindanya dengan maklumat yang telah
dipelajarinya.
Menurut Osman Affan (2008 ), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran
yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi
hasil pembelajaran tertentu. Menurut Rabe Juhari (2001), Nota yang anda buat sendiri adalah
yang terbaik berbanding pelbagai buku rujukan yan g terdapat di pasaran.
Pembelajaran adalah satu perubahan yang berlaku disebabkan oleh pengalaman indiv idu
(Slavin, 1997) . Oleh itu seseorang guru haruslah mengetahui danmemahami strategi pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan pengendalian pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
topik yang ingin diajar. Seseorang guru hendaklah mengetahui bagaimana hendak mengajar
pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna (Slavin, 1997).
Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif,
iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek . ( Mok Song Sang , 2004 ).
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Lee Smith, (1996 ) otak manusia dibahagikan kepada dua
iaitu hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri. Mengikut kajian mereka , ramai pelajar
menjalankan aktiviti dengan lebih banyak bertumpu kepada otak kiri berbanding otak kanan .
Mengikut seorang penulis , Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk Superbrain,
Comment [U43]: Mana rujukannya? Tiadarujukan pada bahagian rujukan?
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
25/66
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
26/66
26
2.2 Teknik-teknik Pembelajaran Menggunakan Peta Minda
Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang
lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan
yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak
sesuai di zaman yang serba maju ini.
Menurut Lee Shok Meedalam bukunya Psikologi Pendidikan (1997),
Tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Dari segi
peperiksaan pula kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan sejauhmana
seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu, kegagalan mengingat fakta atau
prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi calon . justeru itu, calon tersebut dianggap telah
gagal dalam pembelajaran .
Peta minda merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh pakar pelajaran sejak tahun
1960-an lagi. Ianya telah dimajukan dan dipopularkan penggunaannya oleh Tony Buzan seorang
ahli fikir dan juga pakar motivasi sekitar tahun 80 an lagi. Berasaskan kajian-kajian yang lepas ,
kemahiran belajar seperti mencatat nota dan membuat peta minda merupakan kemahiran yang
sangat penting dalam pembelajaran subjek Sains.
Pembelajaran menggunakan peta minda biasanya boleh dilakukan oleh pelajar cerdas dan
lambat. Unsur-unsur pembelajaran menggunakan peta minda adalah seperti berikut:
y Ingatan visual - Huruf kata kunci, penggunaan warna, simbol, ikon, anak panah.
y Keterserlahan - setiap peta minda memerlukan satu idea atau tajuk di tengah-tengah.
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
27/66
27
y
Organisasi dan kata kunci.
y Perkaitan dan penggabungan isi penting.
y Pelajar adalahbertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri.
2.3 Peta minda bersaiz poket ( P-MM)
Dalam proses menimba ilmu pelajar harus menggunakan pelbagai kaedah agar dapat
meninggalkan kesan terhadap pemahaman . Kemahiran mencatat semula apa yang telah dibaca ,didengar atau dilihat adalah penting kerana tanpa membuat catatan daya ingatan tidak dapatbertahan lama . (Muhammad Kamil Abdul Samad ,1999).
Ciri-ciri peta minda bersaiz poket ialah :
y Kemas dan kecil.
y Mudah untuk dibaca dan diingati .
y Ringkas dan padat .
y Jimatkan masa untuk membaca .
y Bentuk yang menarik dimana menarik minat pembaca untuk membacanya berulang -ulang .
y
Berinformasi .y Mudah dibawa ke mana-mana.
Peta minda yang bersaiz poket adalah lebih praktikal berbanding peta minda yang biasa
bersaiz A4. Ini kerana pelajar tidak menghadapi masalah untuk membawa nota poket ini ke
mana-mana pada bila-bila masa disebabkan saiz yang kecil.
Pengajaran
bertajuk pelbagai
bentuk dan sumber
tenaga
Ujian PraMemberi penerangan cara
membuat peta minda
bersaiz poket dan
prosedurnya
Memantau perkembanganproses membuat nota poket
dan menggalakan pelajarmenggunakannya untuk
meningkatkan daya ingatan
Ujian PosMembuat
perbandingan hasil
dapatan kajian danmanila keberkesanan
teknik peta minda
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
28/66
28
Rajah 2.2
Rangka Strategi Pembelajaran menggunakan peta minda
XXXXX
2.4 Tatacara membuat peta minda
Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara
melalui bentuk, warna, kreatif, rasa dan lain lain. Sekarang huraikan pula bagaimana untuk
membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.
1. Sediakan sehelai kertas bersaiz kecil . Contohnya, sehelai kertas A4 boleh dilipat kepada
4 bahagian dan pen pelbagai warna .
2. Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak
dibuat. Contohnya, bagi membuat peta minda mengenai pelbagai sumber dan bentuk
tenaga maka kata kunci yang sesuai adalah tenaga. Gunakan kata kunci yang ringkas
bersaiz sederhana.
3. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Dengan menggunakan kreativiti
sendiri membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.4. Bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Jangan
gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni
dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan
lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
5. Jika perlu, mencampurkan gambar- gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk
memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman
anda sendiri.
6. Dari cabang utama , boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan
atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
7.
Gunakan warna yang terang dan pelbagai.
Comment [U45]: Sila jelaskan mengenai Rajtersebut!!
Comment [U46]: Apa ini? Adakah carapenulisan ini betul!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
29/66
29
Jika pelajar mengulangkaji peta minda berterusan maka tidak mustahil pelajar boleh
memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlu
membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua
fakta yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan.
Oleh itu dalam proses pembelajaran, teknik yang betul adalah penting agar segala isi pelajaran
yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Penggunaan teknik belajar seperti
mengaplikasikan peta minda dapat membantu dalam kejayaan pelajar. ( Osman Affan , 2008 )
2.5 Kebaikan menggunakan Peta Minda
Menurut Mohd Yusof Othman (2000)di dalam bukunya Kaedah Pembelajaran Berkesan,
Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita
adalah seperti berikut:-
y Teks- Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat
mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa
bosan untuk membacanya.
y Grafik- Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan
untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu -satu topik.
y Gambar- Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat
menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara
mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.
2.6 Rumusan
Kajian-kajian yang lalu sama ada yang dijalankan di dalam atau di luar negara menunjukkan
kesan positif kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda bersaiz poket terhadap
prestasi diri, sikap, minat dan motivasi pelajar. Kebanyakan model pembelajaran yang dikaji
dapat mempertingkatkan prestasi pelajar yang merangkumi kepimpinan, membuat keputusan,
membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik. Namun, bagi meningkatkan
pemahaman dan ingatan jangka panjang pelajar peta minda dilihat sebagai satu cara yang terbaik.
Pembelajaran sains menggunakan teknik peta minda merupakan satu pelaksanaan prosedur yang
Comment [U47]: Sila tulis rumusam mengen
apa yang telah dibincangkan di atas!
Comment [U48]: Kalau sudah tahu
keputusannya kenapa kajian ini harus dijalankan
Comment [U49]: Model apa yang anda kaji i
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
30/66
30
menggalakkan pembelajaran yang lebih efektif , kreatif , bermakna dan berkesan bagi mencapai
aspirasi negara.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian.
Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang
dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga
boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan
dipercayai . (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).
Rekabentuk kajian yang akan dijalankan ke atas dua buah kelas pelajar t ingkatan 1 dari
sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara iaitu di dalam negeri Pulau Pinang dengan
menggunakan kaedah eksperimen kuasi. Berdasarkan kajian yang lalu, kaedah pembelajaran
menggunakan peta minda dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih menarik dan mendorong
kreativiti serta memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar. Bab ini terdiri daripada
rekabentuk kajian, populasi, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisis data dan
kesimpulan. Comment [U50]: Ini semau bukan merupakanpengenalan kepada bab ini? Sila nyatakan tujuankajian anda dan apa yang akan dibincangkan dal
bab ini secara ringkas!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
31/66
31
3.1 Rekabentuk kajian
Kajian yang dijalankan ini menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi kerana pelajar yang
terlibat berada di dalam kelas yang telah sedia ada dan telah ditentukan oleh pihak pentadbiran
sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar yang terlibat mempunyai tahap pencapaian akademik yang
hampir sama. Sebuah kelas dipilih sebagai kumpulan eksperimen yang bertujuan untuk
mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada pembelajaran menggunakan teknik peta minda dan
membandingkannya dengan sebuah kelas lain dalam kumpulan kawalan yang menggunakan
kaedah pengajaran tradisional.
Kelas-kelas tersebut telah diberikan ujian pra pada minggu pertama kajian dijalankan
agar mereka dapat membuat persediaan awal. Selepas diberi ujian pra, jawapan-jawapan
dikumpul dan dianalisis untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, proses
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kedua -dua kaedah dijalankan. Pemerhatian
ke atas sikap saintifik, ilmu pengetahuan dan nilai murni pelajar diberi penekanan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Borang pemerhatian digunakan untuk mencatat
hasil pemerhatian yang dilakukan. Ujian pos dan soal selidik diberikan pada minggu terakhir
kepada pelajar daripada kedua-dua kumpulan. Markah ujian dikumpulkan dan dianalisis
menggunakan ujian-T. Data yang diperolehi berdasarkan hasil analisis dapat menunjukkan atau
menguji sejauh mana tahap keberkesanan pengajaran menggunakan teknik peta minda yang
digunakan dalam topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga bagi pelajar tingkatan satu dalam
mata pelajaran sains.
3.2 Populasi Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar dari Tingkatan 1 di Sekolah Menengah di
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pelajar dibahagikan kepada dua kelas, seramai 30 orang
pelajar dalam kelas eksperimen dan 30 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Kumpulan
eksperimen diajar dengan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda manakala
kumpulan kawalan diajar secara kaedah tradisional. Pengkaji selidik guru bertindak sebagai
pemudahcara dalam kumpulan eksperimen dan mengajar secara tradisional dalam kumpulan
kawalan. Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam persampelan ini adalah terdiri daripada pelajar
Comment [U51]: Ini bukannya bahagian
rekabentuk kajian, sila keluarkannya dan tulis dabahagian prosedur kajian!
Comment [U52]: Ubah tajuk ini kepada Samp
kajian!
Comment [U53]: Gunakan teknik peta mindaatau peta minda bersaiz poket?
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
32/66
32
yang tinggal di kawasan taman-taman perumahan, pinggir bandar dan desa yang terletak satu
kilometer hingga enam belas kilometer dari sekolah.
Jadual 3.2 : Populasi sampel Kajian
Pelajar
Tingkatan 1 Bilangan Peratus
KUMPULAN
KAWALAN30 50
KUMPULAN
EKPERIMEN30 50
Jumlah 60 100
3.3 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang utama yang digunakan untuk mengumpul maklumat ialah ujian pra,
ujian pos , borang soal selidik dan borang pemerhatian. Ia merangkumi aspek-aspek yang diuji
dalam tajuk Pelbagai bentuk dan sumber tenaga. Ujian pra diberi pada awal pelaksanaan kajian
manakala ujian pos setelah pengajaran dan pembelajaran selesai. Ujian pos dijalankan bagi
melihat perkembangan yang berlaku selepas pengajaran .
3.3.1 Soal selidik
Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Menurut Sulaiman Masri (1996) ,
soal selidik merupakan kaedah paling mudah untuk memperoleh maklumat. Selain itu, soal
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
33/66
33
selidik selalu digunakan untuk mengukur sikap seseorang samada melalui soalan respon tetap,
bebas (terbuka), senarai semak atau skala kadar.
Skala yang digunakan adalah terdiri daripada skala 1 hingga skala 3. Skala 1 merujuk
kepada amat tidak setuju (ATS), Skala 2 menunjukkan tidak setuju (TS), dan skala 3 merujuk
kepada setuju (S).
Jadual 3.3.1: Jadual Skala Tiga Mata
Peringkat Singkatan Skor
Amat Tidak Setuju ATS 1
Tidak Setuju TS 2
Setuju S 3
Set borang soal selidik kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian
B dan Bahagian C.(XXX)
1. Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan latar belakang pelajar seperti
kelas dan tahun , jantina dan bangsa.
2. Bahagian B mengandungi 15 item berpandukan skala empat mata. Pelajar perlu memberi
pilihan terhadap pernyataan yang diberi dengan membulatkan nombor yang disediakan
mengikut pilihan diri yang sesuai.
3. Bahagian C menyediakan dua soalan terbuka.
3.3.2 Ujian pra dan ujian pos
Ujian pra dan ujian pos terdiri daripada 20 item yang bertujuan menguji kefahaman dan
penguasaan objektif pembelajaran. ( Rujuki Lampiran 1 ) .Soalan yang berbentuk objektif ini
memerlukan pelajar memilih jawapan yang tepat bagi setiap item yang dikemukakan. Soalan-
soalan yang berkaitan dengan topik yang akan diajar berdasarkan buku-buku rujukan akan
dijadikan instrument kajian. Konsep yang digunakan adalah sama bagi kertas ujian pra dan pos.
Comment [U54]: Kepilkan sebagai Lampiran
Comment [U55]: Sila jelaskan item-item ters
dalam bahagian ini!
Comment [U56]: Sila nyatakan dua soala terbtersebut!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
34/66
34
3.3.3 Borang Pemerhatian
Penyerapan nilai-nilai murni seperti sikap rajin, tabah, tanggungjawab dan toleransi serta sikap
saintifik di antara pelajar akan ditafsir melalui borang pemerhatian yang akan diisi oleh guru
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Borang skor individu akan mengandungi empat
petunjuk prestasi (PP) dengan skor 1 hingga 3.
3.4 Kaedah Penggunaan Peta Minda bersaiz Poket
Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan
pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang
bermakna. Sebagai permulaan guru menerangkan beberapa langkah perlu dibuat agar
penghasilan peta minda dilakukan secara sistematik:-
y Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan
berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami
secara keseluruhan terlebih dahulu.
y Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara
menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan
topik bahan bacaan tersebut.
y Di atas sekeping kertas A4 yang telah dilipatkan menjadi 4 bahagian, pelajar mula
melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya
disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara
dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini.
y Untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda
ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi.
y Penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan
sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.
Comment [U57]: Sila jelaskan mengenai borpemerhatian ini dengan lebih lanjut! Lampiran Aini?
Comment [U58]: Peta minda biasa atau bersa
poket?
Comment [U59]: //
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
35/66
35
y
Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan
yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang
dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.
Langkah seterusnya, pelajar diminta untuk sentiasa menggunakan peta minda yang telah
dihasilkan sebagai bahan ulangkaji .Ulangkaji yang pertama mungkin memakan masa yang agak
panjang kerana maklumat dan fakta tersebut masih baru. Ulangkaji seterusnya harus dilakukan
pada hari berikutnya. Pada ulangkaji kedua ini seorang pelajar sudah mula mengingati lebih
banyak fakta, manakala cabang-cabang peta yang tersedia pula semakin banyak dicetakkan ke
dalam mindanya. Masa untuk mengulangkaji akan menjadi semakin pendek kerana ingatannya
semakin baik. Ulangkaji yang seterusnya akan menambahkan lagi daya ingatan dengan
masa yang lebih pendek.
Jika pelajar mengulangkaji peta minda berterusan maka tidak mustahil pelajar boleh
memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlu
membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua
fakta yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan.
Oleh itu dalam proses pembelajaran, teknik yang betul adalah penting agar segala isi pelajaran
yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Penggunaan teknik belajar seperti
mengaplikasikan peta minda dapat membantu dalam kejayaan pelajar. (Cikgu Wan Noor Azlina-
http://smkbb.kelantan.edu.my/petaminda.html. )
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
Ujian pra dibuat terlebih dahulu ke atas kedua-dua kumpulan pada minggu pertama kajian
dijalankan. Ujian dijalankan selama satu jam dan pelajar menjawab soalan berdasar kan
pengetahuan dan kefahaman mereka. Markah bagi ujian pra ini direkodkan. Setelah ia
Comment [U60]: Menggunakan peta minda a
peta minda bersaiz poket?
Comment [U61]: //
Comment [U62]: ..mana saiznya?
Comment [U63]: Sila tulis rujukan ini dalambentuk APA! Tuliskan semua ini dalam bahagian
rujukan, disini nyatakan nama pengkaji tersebut d
tahunnya!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
36/66
36
dijalankan, kaedah pembelajaran tradisional dijalankan kepada kelas kawalan dan kaedah
pembelajaran menggunakan teknik peta minda pula ditumpukan pada kumpulan eksperimen.
Borang pemerhatian bagi setiap pelajar dalam kedua-dua kumpulan diisikan ketika proses
pembelajaran ini dijalankan. Setelah selesai sesi pembelajaran, ujian pos pula diberikan kepada
pelajar. Sesi ini dijalankan serentak pada waktu yang sama dan ia juga turut direkodkan. Borang
soal selidik terhadap mata pelajaran sains hanya diberikan kepada kumpulan eksperimen pada
hari yang sama ujian pos diedarkan. Segala maklumat yang diperolehi direkodkan dan
dianalisis.
3.6 Prosedur Menganalisis Data
Analisis secara statistik digunakan bagi data soal selidik yang dijalankan. Peratusan minat
pelajar dianalisis melalui item soal selidik. Item yang bersifat negatif diterbalikkan skala
nilainya kepada nilai yang sepadan sebelum ia dianalisis. Skala Likert digunakan bagi mengira
skor responden.
Jadual 3.6 : Skala Likert mengira Skor Responden Dalam Soal Selidik
Amat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju
(ATS) (TS) (S)
1 2 3
Rumusan bagi skor untuk perkara yang ditafsir dalam borang pemerhatian adalah berdasarkan
jumlah skor yang tertinggi. Jadual pengredan diwujudkan bagi menetapkan gred yang ingin
diberikan.
Jadual 3.6.1 : Petunjuk Skala Pengredan Bagi Sikap Saintifik Dan Nilai Murni
Gred Julat skor Penerangan gred
A 4 Pencapaian tahap cemerlang
B 3 Pencapaian tahap kepujian
Comment [U64]: Huruf besar!
Comment [U65]: Sila tulis semula!
Comment [U66]: Jelaskan mengenai item-ite
tersebut dalam bahagian ini dalam bentuk Jadual
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
37/66
37
C 2 Pencapaian tahap memuaskan
D 1 Pencapaian tahap minimum
X X Tidak hadir
Kaedah statistik digunakan bagi menganalisis data yang telah dikumpulkan. Ini perlu dilakukan
bagi mencapai matlamat kajian iaitu data yang diperolehi dianalisis untuk diaplikasikan dalam
bentuk perbandingan data bagi melihat nilai min dan peratusan pencapaian pelajar. Ujian
perbandingan min dilakukan untuk menilai pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos.
Dua puluh soalan objektif diberikan kepada pelajar bagi menguji tahap pencapaian mereka dan
keselarasan dengan objektif pembelajaran. Skor 1 diberikan kepada item yang tepat dan skor 0
pada item yang salah. Jadual penggredan skor adalah seperti di bawah.
Jadual 3.6.2 : Penggredan Skor
Skor Gred Peratus
15 - 20 Lulus 80 - 100
6 - 14 Lulus 40 - 79
0 - 5 Gagal 0 39
3.7 Rumusan
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran
dalam topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga menggunakan teknik peta minda
berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar. Selain itu , untuk
memupuk sikap positif dan motivasi terhadap matapelajaran sains khususnya.
Kajian dijalankan ke atas responden yang belajar di dalam dua buah kelas yangmelibatkan instrumen kajian dalam bentuk borang soal selidik, borang pemerhatian dan satu set
ujian pra dan ujian pos. Data-data yang akan diperolehi dapat membanding bezakan
Comment [U67]: Anda menggunakan Statistapa? Ujia T at au ujian lain, sila nyatakan!
Comment [U68]: Bersaiz apa?
Comment [U69]: Huruf besar
Comment [U70]: Struktur ayat tidak betul!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
38/66
38
keberkesanan di antara pembelajaran bercorak tradisional dengan pembelajaran menggunakan
peta minda terhadap diri pelajar terutama di dalam menarik minat pelajar bagi subjek sains
tingkatan satu dalam penguasaan ilmu Pelbagai bentuk dan sumber tenaga .
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan
Bab ini melaporkan dan menerangkan tentang dapatan hasil kajian yang telah dilaksanakan di
sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah , Pulau Pinang. Data-data tersebut
telah dikumpul dan disusun secara sistematik untuk memudahkan analisis -analisis yang perlu
dilakukan seterusnya, dan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 12.0 digunakan
untuk proses menganalisis data. Analisis data yang diperolehi membandingkan keberkesanan
pembelajaran menggunakan teknik peta minda dengan pembelajaran berpusatkan guru
Comment [U71]: Tulis semula!i
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
39/66
39
(tradisional). Objektif kajian diberi fokus dan soalan kajian dijawab secara kuantitatif. Selain itu,
analisis kuantitatif menyokong dapatan kajian.
4.1 Profil Sampel
Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan satu dari s ebuah sekolah menengah
kebangsaan di Seberang Perai Utara , Pulau Pinang. Profil sampel kajian mengikut kumpulan
ditunjukkan di dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Profil Sampel Kajian
Kumpulan Jantina Bilangan PeratusEksperimen Lelaki
Perempuan
18
12
60.0
40.0
Kawalan Lelaki
Perempuan
17
13
56.7
43.3
Jumlah Lelaki
Perempuan
35
25
58.3
41.7
4.2 Dapatan Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik
peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar. Selain itu,
kajian ini juga mengkaji sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah
pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru. Objektif kajian yang ketiga adalah untuk
melihat perbandingan keberkesanan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam
meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran
tradisional.
Hasil kajian telah mengambil kira data-data yang diperolehi daripada markah pra ujian
dan pasca ujian, dan juga hasil daripada maklumat soal selidik pelajar. Data-data yang dikutip
telah dianalisa dengan menggunakan jadual perbandingan dan ujian statistik.
Comment [U72]: Sila nyatakan ini dalambahagian analisa data, bukan dalam bahagian ini
Comment [U73]: Sila keluarkan ini! Tidak
bermakna disini!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
40/66
40
4.2.1 Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta Minda dan Pembelajaran
Tradisional Terhadap Prestasi Pelajar
Soalan kajian yang pertama ialah adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta
minda berkesan meningkatkan prestasi pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional.
Bagi membandingkan kesan kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional
terhadap prestasi, dalam hipotesis dinyatakan seperti berikut:
Hipotesis Nol(HN 1)
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata
pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz
poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.
Hipotesis Alternatif (HA 1)
Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran
sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan
selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.
Skor peningkatan prestasi sampel diperolehi melalui perbezaan markah ujian pra dan
ujian pos. Analisis data menunjukkan min peningkatan skor prestasi kumpulan pembelajaran
peta minda adalah 10.90 dengan sisihan piawainya 5.77. Manakala bagi kumpulan pembelajaran
tradisional, min peningkatan skor prestasi yang diperolehi lebih rendah berbanding dengan
kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 5.93 dengan sisihan piawai 6.14. Min dan sisihan
piawai bagi skor peningkatan prestasi mengikut kaedah pembelajaran ditunjukkan di dalam
Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Min dan Sisihan Piawai Peningkatan Skor Prestasi Mengikut Kaedah Pembelajaran
Kaedah
Pembelajaran
Bilangan Min Sisihan Piawai
Pembelajaran
Peta minda
30 44.6 16.3
Comment [U74]: Saiz apa?
Comment [U75]: //
Comment [U76]: //
Comment [U77]:
Comment [U78]: Disini pakai saiz poket pula
Comment [U79]: //
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
41/66
41
Pembelajaran
Tradisional
30 34.1 9.2
Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min peningkatan skor
antara kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T
= 3.229, p = 0.002 < 0.05 adalah signifikan, seperti yang ditunjukkan d i dalam Jadual 4.3.
Maka hipotesis nol, H01 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima
pembelajaran peta minda menunjukkan prestasi yang lebih tinggi berbanding pelajar yang
menerima pembelajaran tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi
kesan yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi pelajar di dalam mata pelajaran sains bagi
topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga'.
Jadual 4.3: Jadual Ujian-T Bagi Peningkatan Skor Prestasi Mengikut Kaedah Pembelajaran
Kaedah
Pembelajaran
Nilai
T
Nilai
p
Pembelajaran
Peta minda
Pembelajaran
Tradisional
3.22 0.002
4.2.2 Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta minda dan Pembelajaran
Tradisional Terhadap Sikap dan Nilai Positif Pelajar
Soalan kajian yang kedua ialah adakah kaedah pembelajaran peta minda dapat memupuk
sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar berbanding pembelajaran tradisional.
Bagi membandingkan kesan kaedah pembelajaran peta minda dan kaedah tradisional
terhadap sikap dan nilai, dalam hipotesis dinyatakan sebagai:
Comment [U80]: Anda tidak sebut pun ini da
Bab 3, iaitu bahagian prosedur analisa data?
Comment [U81]: Saiz apa sekarang? Saiz kin
kong ke?
Comment [U82]: //
Comment [U83]: //
Comment [U84]: Rujuk komen diatas No 26!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
42/66
42
Hipotesis Nol ( HN 2)
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata
pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda
bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang
bersaiz poket .
HipotesisAlternatif (HA 2)
Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata
pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda
bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang
bersaiz poket .
Analisis data menunjukkan min sikap dan nilai positif pelajar kumpulan pembelajaran
peta minda adalah 3.23 dengan sisihan piawai 0.16. Manakala bagi kumpulan pembelajaran
tradisional pula, min sikap dan nilai positi f pelajar yang diperolehi adalah lebih rendah
berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 2.98 dengan sisihan piawai 0.20.
Min dan sisihan piawai bagi sikap dan nilai positif pelajar mengikut kaedah pembelajaran
ditunjukkan di dalam Jadual 4.4.
Jadual 4.4: Min dan Sisihan Piawai Sikap dan Nilai Positif Pelajar Mengikut Kaedah Pembelajaran .
Kaedah
Pembelajaran
Bilangan Min Sisihan Piawai
Pembelajaran
Peta minda
Pembelajaran
Tradisional
30
30
3.23
2.98
0.16
0.20
Comment [U85]: Semua ini adalah tidak beturujuk komen no 26 di atas!
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
43/66
43
Analisa ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min sikap dan nilai positif
antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T =
5.407, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan seperti yang ditunjukkan di dal am Jadual 4.5.
Maka hipotesis nol, H02 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima
pembelajaran peta minda menunjukkan sikap dan nilai yang lebih positif terhadap sains
berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. . Pelajar kumpulan pembelajaran
peta minda menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding pelajar kumpulan pembelajaran
tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi kesan yang positif terhadap
sikap pelajar mempelajari sains.
Jadual 4.5 : Jadual Ujian-T Bagi Min Sikap dan Nilai Positif Mengikut Kaedah Pembelajaran
Kaedah
Pembelajaran
Nilai
T
Nilai
P
Pembelajaran
Peta minda
Pembelajaran
Tradisional
5.407 0.000
4.2.3 Perbandingan Pembelajaran Peta minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap
Motivasi Pelajar
Soalan kajian yang ketiga ialah adalah kaedah pembelajaran peta minda dapat meningkatkan
motivasi pelajar untuk belajar sains terutama bagi topik tingkatan satu Pelbagai bentuk dan
sumber tenaga berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Bagi membandingkan kesan
Comment [U86]: Saiz apa sekarang?
Comment [U87]: //
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
44/66
44
kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap motivasi dalam
hipotesis dinyatakan seperti berikut :
Hipotesis Nol ( HN 2)
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum
pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar
diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.
HipotesisAlternatif (HA 2)
Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar
diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar
dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.
Analisis data menunjukkan min motivasi pelajar kumpulan pembelajaran peta minda
adalah 2.98 dengan sisihan piawai 0.26. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula,
min yang diperolehi adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda
iaitu 2.56 dengan sisihan piawai 0.20. Min dan sisihan piawai bagi motivasi pelajar mengikut
kaedah pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.6.
Jadual 4.6: Min dan Sisihan Piawai Motivasi Pelajar Mengikut Kaedah Pembelajaran.
Kaedah
Pembelajaran
Bilangan Min Sisihan Piawai
Pembelajaran
Peta minda
Pembelajaran
Tradisional
30
30
2.98
2.56
0.26
0.20
Comment [U88]: //saiz apa?
Comment [U89]: // saiz apa?
Comment [U90]: //
Comment [U91]: //
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
45/66
45
Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min motivasi antara
pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T= 6.949, p =
0.000 < 0.05 adalah signifikan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.7.
Maka hipotesis nol, H03 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima
pembelajaran peta minda lebih bermotivasi untuk belajar sains berbanding pelajar yang
menerima pembelajaran tradisional. Ini menunjukkan kaedah pembelajaran peta minda dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains.
Jadual 4.7: Jadual Ujian-T Bagi Min Motivasi Mengikut Kaedah Pembelajaran
Kaedah
Pembelajaran
Nilai
T
Nilai
p
Pembelajaran
Peta minda
Pembelajaran
Tradisional
6.949 0.000
XXX
4.3 Rumusan
Comment [U92]: //
Comment [U93]: //
Comment [U94]: //
Comment [U95]: //
Comment [U96]: ///
Comment [U97]: Mana dapatan untukpemerhatian? Dalam Bab 3 Anda m enyatakan y
anda gunakan borang pemerhatian, mana datanya
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
46/66
46
Dapatan kajian yang membandingkan kesan pembelajaran peta minda dan pembelajaran
tradisional terhadap pencapaian prestasi, sikap dan nilai positif serta motivasi pelajar di dalam
mata pelajaran sains tingkatan satu khususnya bagi tajuk Pelbagai bentuk dan sumber tenaga .
Rumusan analisis data kuantitatif yang melaporkan kesan pembelajaran peta minda dan
pembelajaran tradisional terhadap prestasi, sikap dan motivasi pelajar ditunjukkan dalam jadual
yang telah disertakan . Secara umumnya, pembelajaran menggunakan teknik peta minda didapati
memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian prestasi, sikap dan nilai positif serta
motivasi pelajar berbanding dengan pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru.
BAB 5
IMPLIKASI DAN PERBINCANGAN
5.0 Pengenalan
Bahagian ini menerangkan sepintas lalu tujuan kajian, metodologi yang dijalankan dan
rumusan dapatan kajian. Seterusnya, dapatan kajian dibincangkan secara lebih mendalam
berserta dengan implikasi kajian. Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan
dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan kajian ini. Hasil daripada kesimpulan,
Comment [U98]: Saiz apa?
Comment [U99]: Sila perbetulkannya!
Comment [U100]: ??
Comment [U101]: //
Comment [U102]: Sila perbetulkannya!
Comment [U103]: Tukarkannya: Perbincang
dan Implikasi Kajian
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
47/66
47
perubahan boleh dilihat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkat
pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran sains amnya, serta dalam topic yang dipilih iaitu
pelbagai sumber dan bentuk tenaga khususnya.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran peta minda ke
arah menarik minat dan meningkatkan pemahaman pelajar serta wujud perbezaan pelajaran biasa
dengan pembelajaran menggunakan pendekatan pembelajaran menggunakan teknik peta minda.
Seterusnya dapatan kajian dibincangkan secara lebih mendalam beserta dengan implikasi kajian.
Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan dan diakhiri dengan rumusan
keseluruhan untuk laporan kajian ini.
5.1 Ringkasan Kajian
Di dalam kajian ini, keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda diukur dari
aspek peningkatan prestasi, sikap dan nilai positif serta motivasi pelajar. Memandangkan aspek
pelaksanaan pembelajaran menggunakan peta minda di dalam kelas perlu diambil kira, maka
kajian ini juga mendapatkan pandangan daripada para pelajar yang terlibat. Secara lebih khusus,
soalan kajian yang hendak dijawab adalah seperti berikut:
a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda lebih berkesan berband ing
pembelajaran bercorak tradisional terhadap prestasipencapaian pelajar?
b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat memupuk sikap dan nilai
positifterhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?
Comment [U104]: Sila keluarkan pernyataan
dari bab pengenalan ini!
Comment [U105]: Mana saiznya?
Comment [U106]: //
Comment [U107]: //
Comment [U108]: Sila olah semula! Ikutkomen-komen asal!
Comment [U109]: //
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
48/66
48
c)
Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat meningkatkan motivasi
pelajar untuk belajar sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Guru perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk mencapai matlamat Sains KBSM. Sesi pengajaran dan pembelajaran perlu
melibatkan pelajar secara aktif. Jenis aktiviti, cara menyoal dan bimbingan yang diberikan
haruslah ke arah meningkatkan daya pemikiran pelajar dan membantu pembelajaran menerusi
pengalaman dan meningkatkan kreativiti pelajar . Pengalaman yang diberikan itu meliputi
aktiviti yang bersifat inkuiri dan memberi peluang kepada pelajar untuk sampai kepada sesu atu
kesimpulan atau pemahaman dengan sendirinya.
5.2.1 Kesan Kaedah Pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket
Terhadap Peningkatan Skor Prestasi Pelajar.
Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min peningkatan skor
antara kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T
= 3.229, p = 0.002 < 0.05 adalah signifikan . Dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan
skor prestasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket lebih
tinggi dan signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan pembelajaran tradisional. Maka ini
menyokong dapatan kajian lepas yang melibatkan matapelajaran sejarah yang dijalankan di
dalam negara oleh Dayang Sarinah Awang Sura (2004). Kesemua dapatan kajian tersebut
menunjukkan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket dapat
meningkatkan prestasi pelajar. Ini menyokong pendapat Ismail Zain (2003) dalam bukunya
Pelajar Cemerlang melangkah ke alam siber yang menegaskan kaedah pembelajaran peta minda
merupakan pendekatan yang kreatif dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang
peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata pelajaran.
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
49/66
49
Dengan kata lain, peningkatan prestasi pelajar dapat dikaitkan dengan perlaksanaan
pembelajaran menggunakan peta minda yang mengkehendaki pelajar yang berbeza tahap
kebolehan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan nota-nota dalam bentuk peta
minda yang mudah untuk dibawa kemana-mana dan menarik perhatian untuk dibaca. Cara ini
juga akan menggalakan perbincangan di antara rakan-rakan, memberi pandangan, menyemak
sebarang kesilapan yang dilakukan serta saling bantu-membantu antara satu sama lain di dalam
masalah pelajaran. Berbanding dengan suasana di dalam kumpulan tradisional yang berbentuk
individu, pelajar melihat guru mereka sebagai satu-satunya sumber rujukan dan kurang berlaku
interaksi antara sesama pelajar melainkan dengan rakan baik mereka sahaja. Jika sesuatu
pelajaran itu disampaikan dengan cara dan gaya yang menarik dalam situasi yang
menyeronokkan, ia dapat merangsangkan minat pelajar terhadap pelajaran tersebut (Tajul Ariffin
& Noraini Dan , 1992).
Perkara yang dapat dirumuskan di sini ialah, dapatan kajian yang menunjukkan
peningkatan prestasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda yang lebih tinggi
daripada pelajar kumpulan tradisional adalah konsisten dengan teori -teori dan kajian lepas yang
telah dibincangkan sebelum ini.
5.2.2 Kesan Kaedah Pembelajaran menggunakan Peta MindaTerhadap Sikap dan Nilai
Positif Pelajar.
Analisa ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min sikap dan nilai positif
antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T =
5.407, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang
menerima pembelajaran peta minda menunjukkan sikap dan nilai yang lebih positif terhadap
sains berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Pelajar kumpulan
pembelajaran peta minda menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding pelajar kumpulan
pembelajaran tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi kesan yang
positif terhadap sikap pelajar mempelajari sains.
Kajian lepas juga menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu didedahkan
dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang ditekankan oleh
guru di sekolah. Wan Mohd Zahid Nordin (1999) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia
masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
50/66
50
pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-
ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang
khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka terutamanya mata pelajaran sukar .
Oleh itu guru perlu tahu gaya pembelajaran pelajar dengan merancang pengajaran yang
memenuhi gaya belajar pelajar ( Osman Affan, 2008 ). Guru memainkan peranan utama di
dalam pemilihan strategi pengajaran yang mana secara tidak langsung berperanan dalam
pembentukan sikap dan nilai positif dalam diri pelajar.
5.2.3 Kesan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Motivasi
Analisis data menunjukkan min motivasi pelajar kumpulan pembelajaran peta minda adalah 2.98
dengan sisihan piawai 0.26. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula, min yang
diperolehi adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 2.56
dengan sisihan piawai 0.20. Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi
membandingkan min motivasi antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional.
Ujian menunjukkan nilai T= 6.949, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan . Dapatan kajian
menunjukkan pelajar-pelajar kumpulan pembelajaran peta minda lebih menunjukkan perubahan
yang positif terhadap motivasi . Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk Superbrain,
melalui pemetaan minda seseorang itu dapat learn MORE, remember MORE, use LESS paper,
invest LESS effortyang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmupengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak
kertas serta tenaga. ( Sumber : Utusan online, 2009 ).
Kajian lepas juga menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu
didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang
ditekankan oleh guru di sekolah. Toh Hon Leong ( 2000 ) menyatakan sistem pendidikan di
Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi,
kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara secara kebetulan, tidak
langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak
mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka terutamanya mata pelajaran sukar bermotivasi untuk belajar sains berbanding dengan pelajar kumpulan
pembelajaran tradisional.
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
51/66
51
5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian
Kesemua hipotesis kajian diterima pada aras signifikan 0.05. Berikut adalah ringkasan bagi
dapatan kajian berdasarkan soalan kajian :
a) Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat meningkatkan prestasi pelajar
dalam sains khususnya bagi topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga .
b) Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positi f
terhadap sains kepada pelajar.
c) Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar sains.
5.4 Implikasi Dapatan Kajian
Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan prestasi, sikap dan nilai positif dan
motivasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda lebih tinggi dan signifikan
berbanding dengan kumpulan pembelajaran tradisional, implikasinya di sini menunjukkan
pembelajaran menggunakan peta minda boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia digunakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran sains. Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, guru-guru sains
perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas sains. Kaedah yang
digunakan tidak seharusnya terhad kepada penyampaian isi kandungan secara kuliah semata -
mata kerana ingin menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira tahap kefahaman
pelajar dan lebih tertumpu kepada latih tubi secara individu. Guru juga perlu menggunakan
kaedah pembelajaran menggunakan peta minda kerana kaedah ini telah banyak diuji dan
didapati dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Tambahan pula, kaedah ini selaras
dengan konsep KBSM dan konsep sekolah bestari yang mementingkan agar pelajar lebih
cenderung menjadi kreatif dan kritis.
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
52/66
8/7/2019 KAJIAN TINDAKAN PETA MINDA DALAM MATAPELAJARAN SAINS
53/66
53