1
LAPORAN 8 ORGANISASI TAUHIDIK : PROFIL ISU DAN CABARAN
KE ARAH SISTEM PENGURUSAN ISLAM BERKUALITI
KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI
Kepelbagaian Kaedah Komunikasi1.
• Pemimpin perlu mengamalkan kepelbagaian kemahirankomunikasi untuk meningkatkan tahap komunikasi dalamorganisasi seperti:Komunikasi secara atas ke bawah (downward comunication)Komunikasi bawah ke atas (upward comunication)Komunikasi mendatar (horizontal comunication)
Kaedah Formal Dan Tidak Formal2.
• Pemimpin perlu menggunakan kedua-dua kaedah komunikasi formal dan tidak formal.
Strategi Komunikasi3.
• Pemimpin perlu mempunyai strategi untuk menanamkanmisi, visi dan objektif organisasi kepada kakitanganbawahan.
• Pemimpin juga perlu bijak menggunakan strategimenyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
• Pemimpin juga perlu memahami psikologi kakitangan,memiliki EQ yang tinggi seterusnya mampu memotivasikankakitangannya.
2
…(SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN
ISLAM BERKUALITI
KONSEP INSANIYYAH
Prinsip Insaniyyah Merupakan prinsip utama
untuk memastikan pengurusan berkualiti.
Pemimpin dan pekerja harus menerapkan
sifat keinsanan dalam setiap aspek pentadbiran.
Fitrah manusia sejak lahir perlu diatur
mengikut landasan al-Qur'an dan Sunnah
Rasulullah SAW untuk berfungsi sebagai insan berkualiti.
Asas-asas kehambaan terhadap Allah SWT
harus ditanam dalam diri setiap individu
untuk taat dan patuh kepada setiap
perintah dan larangan Allah SWT.
Insan yang mempunyai prinsip Insaniyyah
(kemanusiaan sejati), pasti melaksanakan segala amanah dan
tugasan dengan sempurna kerana yakin dengan kehendak dan ketetapan Allah SWT.
Sebagai panduan untuk manusia melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran di dunia, maka Allah SWT telah
menurunkan kitab suci melalui para Nabi dan
Rasul.
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bahawa Baginda
bersabda: "Aku tinggalkan dalam
kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali
akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada
keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (SAW)"
Riwayat
Imam Malik RA
3
…(SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN
ISLAM BERKUALITI
SIFAT IHSAN BERPAKSIKAN TAUHIDIK
Sifat ihsan berteraskan nilai ketaqwaan yang sebenar kepada
Pencipta dan pesuruhNya perlu ada dalam setiap
jiwa insan
Sistem pengurusan yang didukungi oleh sifat ihsan
dengan nilai keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan sangat berbeza berbanding
sistem pengurusan Barat dan Timur.
Sifat ihsan (suka melakukan kebaikan) berkait rapat dengan aspek kecemerlangan
dalam pekerjaan apabila seseorang
berusaha melakukan tugas melebihi
keperluan minimum sebagaimana hadis Rasulullah (SAW):
“Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku
ihsan (kebaikan) dalam segala hal”
(Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah SWT di dalam al-Qur'an:
“....... Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orangyang berbuat perkara-
perkara yang baik."Surah Ali 'Imraan; 3 : 134
Maksud ihsan seperti yang dijelaskan oleh
Rasulullah SAWdalam hadisnya:
"Ihsan itu ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, tetapi
jika kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia
melihat kamu."(Hadis Riwayat
Muslim)
4
… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN
ISLAM BERKUALITI
SIFAT IHSAN BERPAKSIKAN TAUHIDIK
Tiga komponen utama sifat ihsan menurut Syed Othman al-Habshi (1998)
Komponen PertamaIhsan bermaksud tingkah laku yang betul, baik, kebajikan,
berperikemanusiaan dan belas kasihan sepertimana firman Allah SWT:
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap
lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras
hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah
dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
(Surah Ali 'Imraan; 3 : 159)
Komponen Kedua Ihsan yang difahami daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi maksud suatu perasaan takut yang timbul dalam
diri dan merasakan dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT waktu mendekatkan diri kepadaNya (muraqabah):"Bahwa ihsan adalah engkau menyembah Allah seolah-olah
engkau melihatNya. Sekiranyapun engkau tidak (dapat) melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Komponen Ketiga Ihsan yang bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan
dengan kaedah yang terbaik (proficiency).
5
… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN
ISLAM BERKUALITI
SIFAT IHSAN BERPAKSIKAN TAUHIDIK
Sidek Baba (2012)
mengklasifikasikan ihsankepada lima
bentuk utama
PertamaJiwa kehambaan
KeduaJiwa
kekhalifahan
KetigaIhsan melalui petunjuk atau
hidayah al-Qur'an sebagai pedoman hidup
KeempatIhsan dengan
diutuskan para rasul dan nabi
untuk menyampaikan utusan dakwah kepada seluruh umat manusia
KelimaIhsan anugerah
rahmat dan nikmat kurniaan
Ilahi kepada manusia
6
… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN
ISLAM BERKUALITI
SIFAT IHSAN BERPAKSIKAN TAWHIDIK
Organisasi yang mengamalkan keadilan dan kesaksamaan antara pihak pengurusan dan para pekerja akan melahirkan nilai kepuasan yang
tinggi antara mereka sekaligus memberikan kebahagiaan sejagat (Hasan Al-Banna, Ab. Mumin & Siti Arni, 2011).
Sistem pengurusan organisasi yang diikat dengan konsep tauhidik iaitu keimanan yang teguh hanya kepada Allah SWT dan RasulNya, akan
berjalan lancar dan berkualiti.
Mohd Affandi (1992) menjelaskan paradigma tauhidik sebagai: "Satu kaedah ilmu berasaskan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa serta Maha Adil dan Maha Pengampun serta Maha Sempurna dan
tiada satu pun yang menyerupaiNya, Pencipta segala makhluk".
Ihsan yang disulami dengan nilai tauhidik yang merangkumi konsep tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah akan meningkatkan lagi konsep ihsan.
Ihsan yang diamalkan dalam pengurusan akan membantu majikan dan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi cemerlang.
7
… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN
ISLAM BERKUALITI
PENGURUSAN DENGAN SYURA
•Barat sering menegaskan prinsip pemuafakatan,
kerjasama dan bermesyuarat memberi kesan yangpositif terhadap kepuasan para pekerja(Ebrahimpour & Withers, 1992; Dimitriades, 2000).
•Namun, konsep pemuafakatan yang diutarakanBarat hanya memberikan pencapaian secara luaran
sahaja.
•Konsep yang diguna pakai oleh Barat jauh berbezadengan konsep yang ditekankan oleh Islam yangberpaksikan kepada al-Qur'an dan SunnahRasulullah SAW serta amat mementingkan
permesyuaratan dalam setiap tindak tandukseharian.
•Ayat suci al-Qur'an dari Surah Ali 'Imraan (3 : 159)
dan Surah Asy-Syura (42 : 38) jelas mendorong umatIslam untuk mengamalkan syura atau konsepbermesyuarat secara kolaboratif dalam apa juaaktiviti dan seterusnya bertawakkal kepada AllahSWT agar tercapai matlamat yang digarapkan.
•Menurut Mohd Affandi (1985) yang
mengemukakan Model Pengurusan Dengan Syura,menjelaskan bahawa seseorang pekerja akanmenetapkan pembahagian sesuatu pencapaiankepada tiga matlamat utama iaitu:
• Penetapan falsafah pengurusan berdasarkan kitab
suci al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.
• Keutamaan kepada lahirnya seseorang pemimpinatau pengurus yang mempunyai watak atau akhlakyang tinggi.
• Pelaksanaan amalan pengurusan sesebuahorganisasi yang akan berjaya di dunia dan diakhirat.
8
… (SAMBUNGAN) KE ARAH SISTEM PENGURUSAN
ISLAM BERKUALITI
BUDAYA ISTIQOMAH DAN KOMITMEN TINGGI
Definisi Komitmen
•Sikap dan
perlakuan untuk bekerja kuat, pengekalan dan kesetiaan dalam sesuatu
organisasi, penerimaan dan kepercayaan terhadap matlamat
organisasi, penglibatan dan penyertaan dalam pekerjaan, ikatan emosi dan
identifikasi terhadap organisasi yang membantu meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan organisasi (Noralai dan Norhasni (2010)).
Definisi Istiqomah
•Istiqomah ialah
berpendirian teguh pada keyakinan yang benar, tetap, berlanjutan dan
mempercayai (Ensiklopedia Islam (1998)).
Istiqomah Dalam Al-Quran
•Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui(peraturan janjiKu)"(Surah Yunus; 10: 89).
•“..... Maka selagi
mereka berlaku lurus (tetap setia) terhadap kamu,hendaklah kamu berlaku lurus (tetap setia) pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah At-Taubah; 9 : 7)
Peranan Istiqomah dan Komitmen
•Individu yang
beristiqomah tersebut akan bekerja dengan tekun, berusaha dengan giat dan
gigih berjuang untuk mencapai cita-citanya.
•Bertitik tolak dengan prinsip
istiqomah dan komitmen yang tinggi, seseorang individu akan berpuas hati untuk melakukan kerja dengan lebih baik dan efektif.
Top Related