1. NAMA PROGRAM
Latihan Kebakaran dan Bencana Alam 2015 bertema “Melahirkan Persekitaran Yang
Selamat”.
2. PENDAHULUAN
Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan
keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak sekolah akan mengadakan latihan kebakaran untuk tujuan itu.
3. MATLAMAT
Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan
dan pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara
menyelamatkan diri ketika kebakaran.
4. OBJEKTIF
4.1 Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
4.2 Memberi maklumat kaedah mengawal kebakaran menghadapi bencana alam
seperti banjir dan gempa bumi.
4.3 Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan
bencana alam.
5. TARIKH DAN HARI
Tarikh : 02 Oktober 2015
Hari : Jumaat
6. TEMPAT
Tapak perhimpunan SK Kem Lok Kawi.
7. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan SK Kem Lok Kawi, Penampang,
Sabah.
8. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Aturcara :
8.30 pagi : Guru dan pelajar bergerak ke Tapak Perhimpunan yang telah
ditetapkan mengikut blok.
9.45 pagi : Berhimpun dan Guru mengambil kedatangan.
10.00 pagi : Ucapan Encik Wan Rosdy Bin Wan Abdullah (Guru Besar)
10.10 pagi : Ucapan Pegawai Latihan Bomba
10.20 pagi : Demonstrasi memadamkan kebakaran dan tayangan video.
11.15 pagi : Majlis bersurai
9. JAWATANKUASA PROGRAM
Penaung : Datuk Jame Alip
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
Penasihat : Encik Mojuntin Ebin
Pegawai Pendidikan Daerah Penampang.
Pengerusi : Encik Wan Rosdy Bin Wan Abdullah
Guru Besar, SK Kem Lok Kawi, Penampang.
Timbalan pengerusi : Hajah Afsah Osman
Guru Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Encik Ravichandran a/l Subramaniam
Bendahari : Puan Hamidah (Kerani Kewangan)
10. Ahli Jawatan kuasa
Pengacara Majlis : Encik Mohamad Amir Azmi
Siaraya : Encik Mahadi Malek
Disiplin dan Keselamatan pelajar : En. Asmat dan Ustaz Zulhafiz
Jurugambar : Encik Ampuan Zainal Abidin
Pelaporan & Dokumentasi : Encik Ravichandran
Persiapan Tempat & Peralatan : Cik Thefanny dan Puan Zara Chong
Minuman Murid : Encik Khairudin Mohammad
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah
Catatan
1. Dokumentasi RM. 25.002. Minyak Petrol 7 Liter RM. 15.003. Minyak Diesel 7 Liter RM. 14.00 4. Minuman murid RM. 100.00 JUMLAH RM. 154.00
12. SUMBER KEWANGAN
Bil Perkara Jumlah
Wang SUWA RM154.00
13. PENUTUPProgram in diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah.
Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh:
(RAVICHANDRAN. S)S/U LATIHAN KEBAKARANDAN KESELAMATAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM LOK KAWIPENAMPANG, SABAH.
KERTAS KERJALATIHAN KEBAKARAN
DANBENCANA ALAM
TARIKH : 02 OKTOBER 2015MASA : 0800 (JUMAAT)TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH