Bab I
Pengenalan
1.0 Pengenalan
Sistem keselamatan bangunan merupakan satu aspek yang terkandung dalam
perkhidmatan bangunan. Ianya boleh terdiri dengan pelbagai bentuk antaranya sistem
penggera, sistem CCTV, Pengawal keselamatan dan lain-lain lagi. Kesemua sistem ini
haruslah mengikut piawaian yang telah ditetapkan melalui satu peraturan iaitu undang-
undang kecil bangunan seragam 1984. Piawaian ini adalah penting bagi memastikan
sesebuah bangunan itu selamat untuk dihuni atau diduduki.
Melindungi keselamatan bangunan secara umum boleh didefinisikan sebagai
perlindungan bangunan berserta isinya iaitu harta benda dan hidupan daripada
kehilangan, kerosakan dan kemusnahan. Bidang keselamatan bangunan mempunyai skop
yang luas. Walaupun luas ia adalah berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai
tujuan yang sama iaitu memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penghuni rumah
atau kediaman. Bidang-bidang keselamatan ini boleh di kategorikan menurut ancaman
yang diterima. Antara jenis-jenis ancaman adalah seperti rompak dan curi, kebakaran,
vandalisme, penahan petir dan bencana alam.
Keselamatan dari ancaman rompak dan curi dipilih sebagai tajuk kerana bukanlah
semata-mata kerana kekerapan berlakunya kejadian rompak atau curi. Sebab yang lebih
penting adalah kerana akibat daripada kejadian curi tersebut. Kerana seperti yang kita
http://tangkapgambar.blogspot.com/
sedia maklum akibat daripada kegiatan curi ini mengakibatkan kehilangan dan kerugian
harta benda kepada mangsa.
1.1 Latar Belakang Kajian
Di Malaysia kegiatan rompak dan curi merupakan bentuk ancaman yang ketara.
Dari hari ke hari banyak berita yang melibatkan kejadian curi dan rompak. Kejadian
rompak dan curi ini juga telah merebak masuk ke dalam Universiti Teknologi Malaysia
(UTM).
Berdasarkan maklumat yang didapati dari Bahagian Keselamatan UTM, didapati
pada tahun 2006 sahaja didapati sebanyak 133 kes dilaporkan berlakunya kecurian pada
tahun 2007 pula, sehingga kini terdapat 48 kes yang dilaporkan. Angka-angka ini
menunjukkan bahawa kejadian curi di UTM ini merupakan satu masalah yang serius. Ini
kerana, sebagai salah satu tempat yang ulung untuk menuntut ilmu, kejadian rompak atau
curi ini sepatutnya tidak boleh berlaku.
Mengikut laporan itu juga, antara benda atau barang yang menjadi sasaran pencuri
adalah seperti komputer riba, set komputer, hawa dingin, “over head projector”, kipas
angin, “External Hardisk”, kamera video dan kamera digital. Manakala kenderaan yang
dilaporkan kehilangan atau dicuri adalah motosikal dan kereta.
Oleh itu, satu kajian mengenai, permasalahan in perlu dikaji bagi memastikan
punca sebenar atau sebab mengapa berlakunya kejadian kecurian yang berleluasa di
UTM.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
1.2 Penyataan masalah
Sistem keselamatan bangunan merupakan aspek yang penting bagi
menjaga keselamatan penduduk atau barangan yang terdapat dalam bangunan
tersebut. Pihak yang dipertanggungjawabkan perlu menyelia keadaan kawasan
tersebut dan menyediakan sistem keselamatan yang bersesuaian dan efektif agar
bangunan berada dalam keadaan baik dan teratur dan selamat. Oleh itu,
penyelidik ingin mengkaji sistem keselamatan yang dipraktikkan oleh Unit
Keselamatan UTM dalam mengawal kecurian dan cadangan memasang sistem
kamera litar tertutup di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti
Teknologi Malaysia.
1.3 Objektif kajian
Untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan perlindungan
keselamatan bangunan dari ancaman rompak dan curi serta cadangan memasang
sistem kamera litar tertutup. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk :
1. Sistem keselamatan yang digunakan oleh Unit keselamatan UTM untuk
mencegah kecurian di Universiti Teknologi Malaysia.
2. Kes – kes kecurian yang berlaku di bangunan Fakulti Kejuruteraan
Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia.
3. Cadangan memasang sistem kamera litar tertutup di Fakulti Kejuruteraan
Elektrik,Universiti Teknologi Malaysia.
1.4 Persoalan kajian
Soalan kajian bagi kajian ini ialah :
1. Apakah sistem keselamatan yang digunakan oleh Unit keselamatan UTM
untuk mencegah kecurian di Universiti Teknologi Malaysia?
2. Apakah kes-kes kecurian yang berlaku di bangunan Fakulti Kejuruteraan
Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia?
3. Apakah Kebaikan menggunakan sistem kamera tertutup di Fakulti
Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia?
http://tangkapgambar.blogspot.com/
1.5 Kepentingan kajian
1. Pelajar pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (Pengajian Kejuruteraan Awam dan
pendidikan tahun 3 ) Universiti Teknologi Malaysia
i. Memberikan Kesedaran kepada pelajar akan kepentingan sistem
keselamatan bangunan dalam mengurangkan kecurian.
ii. Memberikan informasi tentang sistem keselamatan bangunan yang
terdapat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi
Malaysia.
2. Unit Keselamatan UTM
i. Membantu Unit Keselamatan UTM untuk mengkaji kaedah yang baru
bagi menangani masalah kecurian.
ii Membantu Unit Keselamatan UTM mengetahui kekurangan yang ada
dalam sistem keselamatan mereka dan seterusnya meningkatkan lagi
sistem keselamatan mereka.
3. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
i. Membantu Fakulti Kejuruteraan Elektrik mengetahui kekurangan yang
ada dalam sistem keselamatan mereka dan seterusnya meningkatkan
lagi sistem keselamatan mereka.
ii. Membantu Fakulti kejuruteraan Elektrik dalam mengkaji kaedah yang
baru bagi menangani masalah kecurian.
1.6 Skop dan batasan kajian
Kajian ini dibuat di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Unit
Keselamatan , Universiti Teknologi Malaysia.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
1.7 Metodologi
Kajian ini dilaksanakan dengan cara-cara yang berikut supaya objektif kajian kes
ini dapat dicapai :-
i. Mengumpul dan menganalisis hasil-hasil kajian dari buku.
ii. Membuat rujukan pada lawan web tentang kajian yang dibuat.
iii. Wawancara ahli-ahli Unit keselamatan UTM
1.8 Definisi dan istilah
1.7.1 Sistem keselamatan bangunan
Sistem yang digunakan untuk melindungi bangunan berserta isinya iaitu
seperti harta benda dan hidupan atau penghuni daripada kehilangan, kerosakan
dan kemusnahan.
1.7.2 Curi
Curi didefinisikan sebagai perbuatan mengambil sebarang harta yang
boleh dipindahkan atau menggerakkannya supaya dapat diambil daripada orang
lain tanpa persetujuannya dan berserta dengan niat jahat.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Bab II
Unit Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia
2.0 Pengenalan
Unit keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merupakan satu unit
yang ditubuhkan untuk menjaga dan memberikan perkhidmatan dari segi kawalan tentang
perkara yang berkaitan dengan keselamatan Universiti Teknologi Malaysia. Bidang
kawalan Unit keselamatan UTM ini adalah meliputi bukan sahaja berkaitan keselamatan
universiti tetapi juga melibatkan etika dan disiplin para penuntut universiti.
Disebabkan kawasan keselamatan ini besar maka kami telah memfokuskan kajian
kami ke Fakulti kejuruteraan Elektrik. Hal ini disebabkan kejadian kecurian yang kerap
terjadi di bangunan fakulti tersebut.
2.1 Organisasi Unit Keselamatan UTM
Unit keselamatan UTM secara umumnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Unit
Trafik dan Lalu Lintas dan satu lagi adalah Unit Tugas Khas dan Soal Siasat. Secara.
Kedua-dua unit ini mempunyai tugas dan peranan yang berbeza.
Unit Trafik dan Lalu lintas bertanggungjawab terhadap lalu lintas atau penguat
kuasa bagi jalan raya yang terdapat di UTM. Contoh tugas yang dibuat oleh Unit Trafik
dan Lalu Lintas adalah seperti memastikan pelajar mengikut peraturan jalan raya yang
terdapat di UTM, memastikan trafik di UTM berjalan lancar terutamanya semasa Hari
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Konvokesyen UTM atau pendaftaran pelajar baru di UTM dan mengawal kenderaan yang
keluar masuk dalam UTM.
Manakala Unit Tugas Khas dan Soal Siasat pula, lebih kepada bahagian kecurian .
disebabkan kajian ini hanya tertumpu pada kejadian kecurian maka fokusnya hanya
tertumpu kepada Unit Tugas Khas dan Soal Siasat.
Organisasi Unit Keselamatan UTM
2.2 Unit Tugas Khas dan Soal Siasat
2.2.1 Pengenalan
Unit Tugas Khas dan Soal Siasat merupakan salah satu unit yang terdapat di
dalam Unit keselamatan UTM. Unit ini merupakan satu unit yang penting kerana apabila
berlakunya kes-kes kecurian maka unit ini akan bertindak dalam mendapatkan maklumat
tentang kes tersebut sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Ketua Unit Keselamatan UTM
Unit Tugas Khas dan Soal Siasat
Unit Trafik dan Lalu Lintas
2.2.2 Organisasi Unit Tugas Khas dan Soal Siasat
Organisasi Unit Tugas Khas dan Soal Siasat adalah sangat ringkas di mana ianya
diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil ketua pengawal dan diikuti oleh ahli-ahli Unit
Tugas Khas dan Soal Siasat. Berikut merupakan carta organisasi Unit Tugas Khas dan
Soal Siasat :-
Organisasi Unit Tugas Khas dan Soal Siasat
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Ketua Pengawal
En Zainalabidin bin
Hassan
Ahli-ahli Unit Tugas Khas dan Soal Siasat
En Zainal bin Nadzri
En Norsaharie bin sahadi
En Shahwalludin bin Ghazali
En Mohd Isa bin Mohamad
En Musa bin urif
En Rashid bin Musa
2.2.3 Tugas dan tanggungjawab Unit Tugas Khas dan Soal Siasat
Antara tugas dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Unit Tugas Khas dan Soal
Siasat adalah :-
i. Mengadakan rondaan keselamatan bagi setiap bahagian yang meliputi hak
milik atau harta Universiti Teknologi Malaysia.
ii. Mengambil atau mencatat aduan tentang sebarang kejadian kecurian atau
rompakan yang berlaku di Universiti Teknologi Malaysia.
iii. Melaporkan kes kejadian kecurian yang besar serta melibatkan jumlah
kehilangan yang besar di Universiti Teknologi Malaysia kepada pihak
polis.
iv. Mengadakan soalan siasat terhadap orang yang disyaki atau terlibat
dengan kes kecurian atau rompak yang berlaku di dalam Universiti
Teknologi Malaysia.
2.2.4 Sistem Rondaan Pengawal “Guard Tour System” (GTS)
Bagi mencegah kejadian kecurian atau mengawal keselamatan bangunan di
Universiti Teknologi Malaysia, Unit Tugas Khas dan Soal Siasat telah melaksanakan satu
sistem rondaan . Sistem rondaan yang digunakan oleh Unit Tugas Khas dan Soal Siasat
di kenali sebagai “Guard Tour System” (GTS). Terlebih Unit Tugas Khas dan Soal Siasat
membahagikan UTM kepada beberapa bahagian. Selepas kawasan UTM di bahagikan
maka barulah kerja rondaan dilakukan. Pembahagian kawasan ini bertujuan untuk
memudahkan para pengawal mengadakan rondaan keselamatan kepada bahagian yang
telah ditentukan. Bahagian-bahagian ini dikenali dengan nama kod yang telah ditetapkan.
Berikut kod-kod nama bagi kawasan UTM yang telah dibahagikan :-
i. Alpha
ii. Bravo
iii. Charlie
http://tangkapgambar.blogspot.com/
iv. Delta
v. Space
vi. VIP
vii. Rumah naib canselor
Bahagian Alpha, Bravo, Charlie dan Delta adalah terdiri daripada semua kolej dan
bangunan fakulti yang terdapat dalam kawasan UTM. Space pula adalah di luar kawasan
yang UTM yang terletak di Taman Universiti. VIP pula adalah kawasan biro inovasi
pusat dan akhir sekali adalah rumah naib canselor iaitu di sekitar rumah naib canselor.
Bagi memastikan para pengawal yang ditugaskan menjalankan tugas rondaan
mereka satu alat yang dikenali sebagai “props” digunakan. Pada permulaan setiap ahli
pengawal yang ditugaskan untuk membuat rondaan akan diberi alat props ini. Terlebih
dahulu pada alat props tersebut sudah diisi data mengenai pengawal tersebut. Apabila
pengawal membuat rondaan di kawasan yang telah ditentukan, mereka hendaklah
menyentuh props tersebut pada tempat yang telah ditetapkan. Selepas alat props ini
disentuhkan maka satu data akan keluar pada skrin komputer di unit keselamatan UTM
yang menunjukkan bahawa pengawal tersebut sudah meronda di kawasan tersebut
berserta masa.
Props
http://tangkapgambar.blogspot.com/
2.3 Sistem keselamatan yang terdapat di Bangunan Fakulti Kejuruteraan
Elektrik
Secara keseluruhannya, di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik tidak terdapat
satu sistem keselamatan yang boleh mencegah kejadian kecurian daripada berlaku. Hal
ini dapat dilihat tiadanya kamera litar tertutup yang terdapat di bangunan fakulti tersebut.
Satu-satunya ciri keselamatan yang ada hanyalah dengan rondaan pengawal iaitu
dengan “Guard Tour System” (GTS) oleh Unit Tugas Khas dan Soal Siasat di bawah
Unit Keselamatan UTM.
Ini menunjukkan dengan rondaan pengawal sahaja tidak mencukupi untuk
mencegah kejadian kecurian daripada berlaku. Di sini perlulah ada satu sistem
keselamatan bangunan yang dapat membantu pengawalan keselamatan dan kecurian di
bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
Rajah 1
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4
Rajah 1,2,3 dan 4 menunjukkan tiadanya sistem kamera litar tertutup yang dapat
membantu tugas Unit keselamatan UTM dalam mencegah kejadian kecurian berlaku di
bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
2.4 Kes-kes Kehilangan harta benda di Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Menurut sumber yang didapati daripada Unit Keselamatan UTM Fakulti
Kejuruteraan Elektrik mencatatkan kes kecurian yang tertinggi sepanjang tahun 2006.
Jenis barang Bilangan kecurian
LCD 1
CPU( komputer) 1
Monitor Flat Screen 4
Kompresor 2
Penghawa Dingin 4
Jumlah 12
Kes-kes kecurian di Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Jadual menunjukkan kes-kes kecurian yang berlaku di Bangunan Fakulti
Kejuruteraan elektrik yang dilaporkan pada tahun 2006. melalui jadual di atas
kebanyakkan barang yang dilaporkan hilang adalah barang-barang yang berkaitan dengan
komputer dan penghawa dingin.
Jadual di bawah menunjukkan kes-kes kecurian yang berlaku mengikut Fakulti.
Fakulti Kejuruteraan Elektrik merupakan fakulti yang banyak berlakunya kes-kes
kecurian berbanding dengan fakulti lain.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Jadual kehilangan harta benda mengikut fakulti pada tahun 2006
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Bab III
Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV)
3.1 Penggunaan sistem litar tertutup(CCTV)
3.1.1 Pengenalan
Penggunaan sistem kamera litar tertutup di kawasan awam seperti tempat letak
kereta, kawasan perumahan dan pusat bandar dapat memberi pengawasan yang lebih
selamat dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah.
3.1.2 Bagaimana sistem kamera litar tertutup digunakan
1. Mengawal kawasan awam
dapat mengenalpasti insiden dan menghubungkan dengan tindakan pihak
berkuasa seperti polis ataupun pengawal. CCTV
2. Merakam kejadian
boleh dijadikan bukti dan memberi maklumat penyiasatan. Sebagai
contoh, pengawal yang bertugas dapat menjalankan tugasnya dengan lebih
efisien sekiranya dihubungkan dengan CCTV menggunakan operator
pengawal yang menjaga sistem keseluruhan kawalan CCTV.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
3. Pengawasan terus
Dapat mengenalpasti suspek berdasarkan sistem kamera 24jam.
4. Pencegahan kegiatan jenayah
sesuatu kawasan tersebut dapat dihubungkan terus dengan sistem kamera
litar tertutup.
3.2 Jenis-jenis sistem kamera litar tertutup
3.2.1 Monochrome Cameras
3.2.1.1 Jenis LTC 0330/xI Series
LTC 0330 series adalah padat dan mempunyai imej berformat 1/3 inci
monochrome CCD kamera. Mempunyai daya kesensitifan yang tinggi serta mempunyai
kefungsian yang tinggi yang sesuai dalam keadaan persekitaran. Menggunakan voltan
ac/dc yang rendah. Kamera ini telah disetkan dengan kontras gambar secara automatik.
Kamera ini sesuai digunakan di kawasan yang terang seperti laluan pintu, stor barang,
tingkap dan mesin ATM (automatic teller machines).
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3a: kamera monochrome
3.2.1.2 Jenis LTC 0350/xI Series
Spesifikasi
Format paparan 1/3 inci
Kepekaan tinggi
Resolusi tinggi
Kawalan video dan cakera digital
Kekunci dengan kawalan luaran
Model untuk punca tenaga AC/DC bervoltan rendah
3.2.1.3 Jenis-jenis lain:
1. LTC 0351/xI Series
2. LTC 0352/xI Series
3.2.2 Digital Monochrome Cameras
3.2.2.1 LTC 0500 Series
LTC 0500 series merupakan digital CCD Monochrome Kamera yang berkuasa
tinggi. Rekabentuknya direka khas untuk keadaan yang mempunyai cahaya yang kurang.
Daya sensitiviti dan kedinamikannya yang tinggi membolehkan ia digunakan dalam
pelbagai keadaan dan kadar pemasangannya yang tidak rumit. Satu punat informasi
terdapat pada paparan monitor dengan tujuan kawalan apabila diperlukan.
Pemasangannya agak rumit kerana kamera disambungkan dengan komputer dan
dihubungkan dengan sistem kawalan jauh. Kawalannya disimpan dalam kamera melalui
sistem memori non-volatile. Sehingga tiga konfigurasi boleh disimpan dan boleh dilihat
semula oleh operator dengan menggunakan kefungsian suis automatik. Sistem ini boleh
dikawal dari bilik kawalan. Untuk membolehkan sistem kamera ini berfungsi pada kadar
http://tangkapgambar.blogspot.com/
optimum, sistem kamera ini dilengkapkan dengan ciri-ciri khas seperti paparan yang
ditayangkan pada kamera selaras dinamik dengan hubungan objek yang diambil. Monitor
kamera ini adalah tajam. Jika imejnya kabur, kamera akan memfokuskan objek secara
automatik. Kontras gambar akan dikawal secara automatik jika kamera tersebut dihalang
oleh asap ataupun debu.
Kamera ini boleh diprogramkan dengan tiga jenis kawalan berlainan (berdasarkan
perisian yang dibekalkan). Sebagai contoh perisian RS232 input pada kamera. Perisian
ini diprogramkan dari kamera terus kepada komputer dan dikawal melalui alat kawalan
jauh.
3.2.3 Kamera CCD, Berwarna.
3.2.3.1 Kamera berwarna digital LTC 0430/xI Series
LTC 0430 series adalah kompak dan berimej 1/3 inci imej format digital berwarna
CCD kamera. Mempunyai daya sensitiviti yang tinggi serta daya kuasa tinggi dalam
pelbagai keadaan persekitaran. Didatangkan dengan dua versi iaitu PAL dan NTSC yang
ada untuk kawalan voltan masukkan ac/dc. Paparan yang bagus dihasilkan dan dibantu
dengan kawalan “white balance” dan “back-light”. Dengan kefungsian khas ini, imej
yang dihasilkan seperti dalam keadaan sebenar, sama ada aplikasi dalam bangunan
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3b: kamera digital monochrome
ataupun luar bangunan. Berdasarkan kualiti warna yang dihasilkan, ia sesuai dipilih untuk
tujuan profesional, komersial dan perindustrian dalam sistem kawalan litar tertutup.
3.2.3.2 Jenis-jenis kamera
LTC 0450/xI Series
LTC 0600 Series
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3c: Kamera CCD berwarna
Rajah 3d: ukuran kamera
3.2.4 Jenis Dome
Semua versi kamera jenis ini, litarnya dilitarkan pada atas rumah. Ini dapat
mengemaskan lagi pemasangan kamera jenis ini. UnityDomes didatangkan dalam tiga
jenis iaitu ruang dalaman, permukaan siling dan ruang dalaman pendant. Terdapat versi
monochrome& warna, warna biasa& resolusi tinggi serta untuk tujuan dalaman ataupun
luaran. Kamera ini dilitupi dengan lens supaya dapat mengurangkan silauan cahaya serta
membolehkan kamera beroperasi pada kadar optima. Kotak kamera ini dibuat daripada
aluminium dan kabel yang selamat. Untuk versi luaran, lensanya dilitupi dengan
penghalang cahaya, kepanasan dan keretakan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3e: ukuran kamera jenis dome
Rajah 3f: ukuran kamera jenis dome
3.2.4.1 Kamera Dome kekal jenis Monochrome dan warna
3.2.4.2 LTC 1251
Series Color
VariDomes
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3g: jenis dome berwarna
Rajah 3h: ukuran
3.2.4.3 Corner Dome
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3i: kamera jenis dome
Rajah 3j: jenis kamera di penjuru
3.2.5 Jaringan Kamera Digital
3.2.5.1 NetCam-4 Series
Jaringan kamera yang mempunyai resolusi kamera warna tinggi, pemampatan
video, perakam 6GB video digital, pengawalan gerakan video dan network server.
NetCAm-DVR dirakam dalam keadaan local dan boleh dilihat semula imej rakaman
melalui jaringan internet. Imej yang dihasilkan memberikan informasi yang realiti.
Jaringan yang digunakan ialah 10baseT Ethernet dan disokong oleh TCP/IP protocol
komunikasi pada jaringan persendiria, Intranets dan Internet. DVR ini mempunyai
system pencarian tarikh serta masa dan fungsi kekunci masa pemain rakaman.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3k: jarak penglihatan kamera jenis dome
3.2.6 Sistem keselamatan video dalam kenderaan ( VSS- 512)
VSS-512 merupakan sistem keselamatan video dalam kenderaan yang kompak,
dengan tujuan keselamatan bagi pemandu dan keselamatan kenderaan. Sesuai digunakan
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3l: kamera jaringan digital
bagi kenderaan seperti teksi, kenderaan polis, dan jenis-jenis pengangkutan yang lain.
Sistem ini mampu mengawal aktiviti penumpang dan pencegahan daripada vandalisme
serta menjamin keselamatan pemandu kenderaan tersebut. Sistem VSS-512 mengandungi
unit kamera siang atau malam, alat perakam dan sistem kawalan pusat rakaman. Visual
kameranya hitam putih yang membolehkan kamera tersebut berfungsi efektif pada waktu
siang mahupun pada waktu malam. Alat perakam disimpan dan disorok di dalam peti,
dengan tujuan untuk mengurangkan risiko daripada dikesan ataupun dirosakkan. Alat
perakam juga diletakkan di dalam peti yang boleh dialihkan, dengan tujuan dapat
memudahkan ia dipindahkan dari kenderaan kepada unit pemain rakaman. (Jika berlaku
kemalangan ataupun bekalan tenaga mengalami masalah)Rakaman juga dapat disimpan
selama dua jam kerana ia telah dibina bersama “ built-in backup power”.
3.3 Lensa
3.3.1 Pengenalan
Kamera litar tertutup tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi, tetapi
memerlukan lensa yang berkualiti tinggi serta bersesuaian.
3.3.2 Ciri- ciri lensa yang digunakan:
1. Kualiti optic yang tinggi
2. lensa yang boleh dicantumkan
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3m: contoh perakam
3. lensa manual
4. lensa DC
5. lensa video
6. mekanisma lensa automatic yang tahan lasak
7. Format 1/3” dan ½”
3.3.3 Bagaimana memilih lensa yang betul?
1. mengukur kadar maksimum kelebaran ‘W’ pada pandangan.
2. kenalpasti dan mengukur jarak ‘D’ di antara kamera dan objek yang dilihat.
3. gunakan jenis kamera yang sesuai seperti ½” ataupun 1/3”.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3m: contoh lensa
3.4 Operasi Sistem Kamera Litar Tertutup
Kamera video akan merakam imej yang dilihat dan akan terus menghantar isyarat
video ataupun input kepada unit pemprosesan maklumat (processor). Unit pemprosesan
maklumat akan memproses maklumat yang diterima daripada isyarat video dan akan
menghantarnya kepada perakam (recorder). Fungsi perakam ini adalah bertujuan untuk
menyimpan data dan menukarkan isyarat video yang dihantar oleh unit pemprosesan
maklumat. Isyarat video yang diterima dari unit pemprosesan maklumat (processor) akan
ditukar kepada isyarat audio dan dihantar kepada mikrofon dan skrin paparan. Untuk
skrin paparan, ia menerima dua isyarat iaitu isyarat video dan isyarat audio. Perakam juga
menghantar isyarat video kepada cerakin (analyzer).
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3m: jarak lensa
3.5 Faktor pemilihan
3.5.1 Pengenalan
Terdapat pelbagai faktor yang boleh dipertimbangkan mengapa sistem CCTV
harus digunakan di bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi
Malaysia. Faktor kewangan, faktor kekangan tenaga, faktor keberkesanan dan faktor
kecanggihan sistem maklumat merupakan salah satu aspek yang perlu diambil kira
mengapa sistem CCTV harus dipasang di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti
Teknologi Malaysia.
3.5.1.1 Faktor Kos
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Rajah 3n: diagram pemprosesan
Kos pemasangan sistem litar tertutup adalah berpatutan dan tidak terlalu mahal.
Sebagai contoh, harga untuk pemasangan empat kamera CCTV tidak melebihi empat ribu
ringgit( bergantung pada jenis). Kos pemasangan kos operasi pada permulaan projek
adalah agak membebankan Unit keselamatan, namun keberkesanan sistem ini harus
diambil kira. Sebagai contoh, sistem ini mampu mengawal sesuatu kawasan 24jam sehari
dan mampu menambahkan kecekapan sistem keselamatan Unit Keselamatan UTM.
Selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan moden. Unit keselamatan
tidak harus bergantung 100% kepada kaedah konservatif dalam menjalankan tugas.
3.5.1.2 Faktor undang-undang
Sebagai langkah keselamatan, penggunaan CCTV pada sesuatu bangunan adalah
tidak melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, penggunaan CCTV adalah terhad
kepada kawasan awam. Penggunaan CCTV dalam kawasan peribadi seperti bilik
pensyarah, tandas dan bilik kuliah adalah tidak dibenarkan kerana mengganggu hak
peribadi individu.
3.5.1.3 Faktor Teknologi
Teknologi sistem litar tertutup adalah canggih dan terkini. Hasil video dan
kejituan gambar imej boleh dilihat dengan jelas. Sebagai contoh dahulunya sistem litar
tertutup dalah hitam putih, namun kini boleh diperolehi dalam keadaan paparan imej
berwarna.
3.5.1.4 Faktor liputan dan aras kawalan
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Kekangan tenaga manusia dapat diatasi dengan penggunaan sistem kamera litar
tertutup. Hal ini kerana, CCTV dapat menolong Unit Keselamatan untuk menjalankan
tugas dengan lebih efektif dengan ruang liputan dan aras kawalan yang lebih besar.
Sebagai contoh, Unit Keselamatan tidak perlu menaiki tangga untuk memeriksa setiap
tingkat bangunan, kerana sistem CCTV dapat membantu Unit Keselamatan memantau
keadaan pada setiap tingkat bangunan tersebut.
3.5.1.5 Faktor pengurusan dan sistem operasi
Sistem operasi CCTV tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Selain itu,
pengurusan operasi CCTV adalah tidak begitu rumit. Hal ini kerana, Unit Keselamatan
boleh menubuhkan Unit CCTV bagi memantau sistem operasi dan mengawal CCTV dari
dalam bilik kawalan sahaja dengan wujudnya unit CCTV, kecekapan Uit Keselamatan
UTM dapat dipertingkatkan lagi dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kecurian dan
kadar jenayah lain di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
3.6 Perbandingan sistem operasi kawalan litar tertutup dengan operasi tenaga
manusia Unit Keselamatan UTM
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Sistem operasi CCTV Tenaga manusia Unit Keselamatan
UTM
Pemantauan dapat dilakukan 24jam. Kekangan tenaga manusia.
Kos pemasangan yang tinggi. Tidak memerlukan kos pemasangan.
Memerlukan penyelenggaraan jika berlaku
kerosakan.
Kos penyelenggaraan bertumpu pada
pengangkutan yang digunakan.
Hanya memantau sesuatu kawasan. Boleh memantau sesuatu kawasan dan
mengambil tindakan jika berlaku sesuatu.
Memerlukan tenaga yang mahir dan
mempunyai pengalaman untuk
mengendalikan sistem CCTV.
Perlu memiliki kelayakan tertentu untuk
menganggotai pegawai keselamatan.
Jimatkan masa pemantauan pegawai
keselamatan.
Mengambil masa yang lama jika ingin
memantau keseluruhan kawasan Fakulti
Kejuruteraan Elektrik
Liputan dan aras kawalan terhad. Liputan dan aras kawalan tidak terhad.
Tidak efektif dari segi tindakan. Lebih efektif dari segi tindakan.
Lebih efektif dari segi pemantauan. Tidak begitu efektif dari segi pemantauan.
Bab IV
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Kesimpulan daripada dapatan kajian
4.0 Kesimpulan dan cadangan
Berdasarkan kajian kes yang dilakukan, kecuaian dari pihak pentadbiran
juga menyebabkan kes kecurian meningkat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Sebagai
contoh, pintu bilik kuliah tidak dikunci setelah digunakan. Ini membolehkan pihak yang
tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan dengan mencuri LCD projektor ataupun
komputer dari bilik kuliah. Kekangan tenaga manusia juga merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada berlakunya kes kecurian di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
Adalah mustahil untuk pegawai keselamatan yang bertugas untuk melakukan rondaan
pada setiap jam di seluruh kawasan UTM.
Selaras dengan kemajuan komunikasi dan teknologi, pihak Unit
Keselamatan UTM harus mewujudkan Unit CCTV bagi mengawal keseluruhan UTM
dengan pemantauan menggunakan CCTV. Ini sekali gus, dapat menambahkan kecekapan
Unit Keselamatan dalam menjalankan tugas. Hal ini kerana, Unit CCTV dapat memantau
keadaan selama 24jam. Jika berlaku kes jenayah, Unit CCTV dapat menghubungi
pegawai keselamatan yang sedang bertugas untuk membuat tindakan di kawasan tersebut.
Pemantauan dengan menggunakan CCTV diyakini dapat mengurangkan kadar kes
jenayah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, pemasangan CCTV ini haruslah
menyeluruh di seluruh kawasan UTM dan dihubungkan pada Unit Kawalan CCTV.
Untuk memastikan sesuatu kes dapat diselesaikan dengan mudah, pihak Unit
Keselamatan haruslah menggunakan sistem CCTV yang bermutu tinggi dari segi paparan
imej dan bukannya jenis hitam putih. Dari segi kos, tidak dinafikan bahawa pemasangan
CCTV yang berwarna dan bermutu tinggi adalah mahal. Tetapi jika dilihat dari aspek
yang lain, penggunaan sistem CCTV ini adalah untuk satu tempoh jangka masa yang
http://tangkapgambar.blogspot.com/
panjang. Maka, tidak rugi jika menggunakan sistem CCTV yang bermutu dan berwarna,
demi keselamatan warga UTM dan harta benda. Selain itu, penggunaan CCTV yang
bermutu tinggi dapat membantu pihak keselamatan untuk menangkap suspek kerana
dapat mengenal pasti wajah dan ciri-ciri suspek dengan lebih jelas.
Sikap peka sesama warga UTM juga harus dipupuk. Sebagai contoh, pihak
keselamatan UTM boleh mempraktikkan kaedah RAKANCOP seperti yang dilakukan
oleh pihak Polis Di Raja Malaysia. Mustahil bagi pihak Unit Keselamatan untuk
menjalankan tugas dengan lebih efisien tanpa bantuan dan sokongan dari warga UTM.
‘Mata-mata’ ini dapat menyampaikan maklumat kepada pihak keselamatan secara terus.
Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Prestasi dan kecekapan Unit Keselamatan UTM pastinya meningkat jika kekuatan
yang sedia ada kini ditambah dengan penggunaan teknologi canggih seperti sistem
CCTV. Gabungan tenaga manusia dan teknologi pastinya mampu menambahkan
kecekapan sesuatu produk. Kelemahan tenaga manusia seperti tidak mampu membuat
pemantauan selama 24jam setiap hari, pastinya dapat diatasi dengan menggunakan sistem
CCTV dengan lebih menyeluruh. Sekali gus dapat mengurangkan kadar jenayah yang
menghantui warga UTM seperti kehilangan harta benda di dalam bilik, kes kecurian
motosikal, kes kecurian kereta dan vandalisme yang semakin berleluasa. Sudah tiba
masanya, Unit Keselamatan mempraktikkan penggunaan teknologi yang canggih di
samping dengan bantuan serta sokongan dari seluruh warga UTM untuk membanteras
kegiatan jenayah yang semakin berleluasa.
Rujukan
http://tangkapgambar.blogspot.com/
1. ________. 7 Ogos 2006. “PJ to have more CCTV cameras”. New Straits Times.
Malaysia.
2. ________. 2005. “Use of Closed Circuit Television Cameras on UNL’s Lincoln
Campus; For the purposes of Safety, Security, Facilities Management University”.
University of Nebraska, Lincoln.
3. Carnegie Community. July 1999. “Closed Circuit Television Surveillance of
Public Space in Vancouver”. Vancouver.
4. Gill, M& Spriggs. 2005. “A 2005 Assessing the Impact of CCTV. Home Office
Research Study 292”. London, Home Office.
5. www.bockoptronics.ca
6. www.telegraph.co.uk
7. www.philipscsi.com
8. www.bsi-global.com/Security/Electronic/ BS 7958: 1999. xalter
9. www.aic.gov.au/publications/tandi2
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Top Related