Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
62
MODUL CERDIK KATA TUGAS (MCKT) MEMBEZAKAN
PENGGUNAAN KATA TUGAS PADA DAN KEPADA BAGI MURID TAHUN 4
Oleh:
Mohd Aidil Bin Sahipaludin & Mohd Fadzil Bin Baharudin
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected] & [email protected]
ABSTRAK
Kajian Tindakan ini meninjau permasalahan yang dialami oleh murid Tahun 4
Balkis di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu
berkaitan kata sendi nama pada dan kepada. Hasil tinjauan pengkaji mendapati seramai sepuluh orang menghadapi masalah kekeliruan dalam
menggunakan kata sendi nama tersebut dengan tepat baik dari segi lisan dan
tulisan. Pengkaji menggunakan enam instrument untuk mengumpul data
antaranya pemerhatian, ujian pra, ujian pasca, penilitian bukti dokumen, soal
selidik dan temu bual. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif yang
berkehendakkan pengkaji membaiki mutu amalan pengajaran sebagai guru
bagi membantu 10 orang subjek kajian yang telah dikenal pasti itu. Pengkaji
membina satu intervensi yang dinamakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT).
Terdapat tiga proses di dalam MCKT iaitu Sifir Kata Sendi Nama, Interaktif
Kata Sendi Nama dan Latihan Penggayaan Kata Sendi Nama. Hasil dapatan
selepas intervensi dijalankan, semua subjek kajian telah menunjukkan
peningkatan yang sangat memberangsangkan dengan mencapai 80% ke atas
bagi ujian pasca dan standard prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah
menunjukkan subjek kajian telah melebihi Band 4 iaitu tahu, faham dan boleh
buat dengan beradab.
Kata kunci : membezakan, penggunaan, kata sendi nama, pada, kepada,
MCKT
PENDAHULUAN
Tatabahasa Melayu menjadi satu aspek terpenting untuk dikuasai oleh murid sekolah
rendah. Jelas terbukti melalui penguasaan tatabahasa murid seawal usia tujuh hingga dua
belas tahun dapat memupuk budaya dan amalan penulisan dan pengucapan yang baik
berdasarkan tatabahasa sebenar. Penguasaan tatabahasa dapat membantu murid membina
ayat gramatis dalam kertas penulisan dan memilih jawapan objektif paling tepat bagi kertas
pemahaman. Guru bertanggungjawab memberikan kefahaman mudah, ringkas, menarik dan
berpandu secara keseluruhan tentang tatabahasa melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Bahasa Melayu.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
63
FOKUS KAJIAN
Tinjauan awal masalah menjadi satu bukti cara dan pendekatan pengkaji mengambil
tindakan setelah mengesan masalah yang ingin dikaji. Fokus kajian tertumpu pada
penggunaan kata sendi nama pada dan kepada yang merupakan cabang kata tugas dalam bidang morfologi. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, kata sendi nama dapat
ditakrifkan sebagai perkataan yang terletak di hadapan frasa nama dan mempunyai berlainan
fungsi penggunaannya. Kata sendi nama pada dan kepada terdapat beza cara penggunaan dan perlu diberi kefahaman mudah kepada subjek kajian daripada terus terkeliru.
Punca kelemahan subjek kajian dikenalpasti oleh pengkaji semasa proses PdP
berlaku. Hasil pemerhatian, pengkaji mendapati guru sebelum ini tidak menggunakan teknik
sesuai untuk memberi kefahaman secara mudah, ringkas dan tepat kepada murid Tahun 4
Balkis untuk memahami konsep tetapi lebih kepada latihan tatabahasa yang memerlukan
murid untuk berfikir sendiri penyelesaiannya sebelum penerangan jelas diperolehi oleh
mereka. Tidak dinafikan, secara realiti proses PdP kemahiran tatabahasa Bahasa Melaya
diajar secara tidak langsung dalam sistem bahasa. Namun, penekanan sama berat dengan
aspek kemahiran lain perlu diambil kira guru agar murid tidak mengambil ringan
pembelajaran tatabahasa. Konsep asas yang salah akan melibatkan penggunaan dan
pembinaan ayat tidak tepat dalam menjawab pemahaman dan penulisan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian dapat dibahagikan kepada dua bahagian ; objektif umum dan objektif khusus.
Objektif Umum :
Meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan kata sendi nama dengan
betul dalam penulisan dan pertuturan seharian.
Objektif Khusus :
Memastikan tahap penguasaan murid dalam memahami penggunaan fungsi kata sendi nama pada dan kepada dengan tepat dengan menggunakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT).
Membantu murid menguasai kata sendi nama pada dan kepada dengan menggunakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT) yang menarik perhatian.
Persoalan Kajian :
Adakah Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT) dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam memahami fungsi kata sendi nama pada dan kepada?
Bagaimanakah Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT) dapat menarik minat murid menguasai kata sendi nama pada dan kepada?
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
64
Kepentingan Kajian :
Memberikan kefahaman mudah kepada murid tentang fungsi kata sendi nama.
Membolehkan murid menguasai kata sendi nama untuk digunakan dalam penulisan dan pertuturan.
Meningkatkan peratus murid mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Melayu dan penguasaan yang cemerlang melalui standard prestasi Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
KUMPULAN SASARAN
Seramai 10 orang subjek kajian daripada Tahun 4 Balkis terlibat dalam kajian. Subjek kajian
terdiri daripada 4 murid perempuan dan 6 murid lelaki di Sekolah Kebangsaan Tengku
Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, Terengganu.
TINDAKAN
Intervensi kajian
Kajian ini menggunakan intervensi berbentuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
dinamakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT). Modul ini merangkumi tiga proses yang
dikenali Sifir Kata Sendi Nama (Sifir KSN) , Interaktif Kata Sendi Nama (Interaktif KSN),
Latihan Penggayaan Kata Seni Nama (Latihan Penggayaan KSN).
Sifir Kata Sendi Nama (Sifir KSN)
Pengkaji menggunakan kaedah hafalan untuk menjayakan instrumen kedua. Kaedah dan
istrument dikenali ini dengan nama Sifir KSN. Pengkaji perlu memberi penerangan berkaitan
teknik penghafalan secara mnemonik menggunakan KSB. Kaedah mnemonik merupakan
satu cara mudah mengingat dan mudah digunakan murid. Dalam menajamkan daya ingatan,
terdapat dua kaedah mnemonik bahasa iaitu teknik akrostik dan juga teknik akronim iaitu
teknik seakan-akan akrostik. Dalam kajian, pengkaji menggunakan teknik akrostik
melibatkan frasa atau ayat dapat membantu murid mengingat maklumat hendak dihafal
kerana huruf serupa pada pangkal ayat.
Contoh : Fungsi penggunaan kata sendi nama pada ialah : Fungsinya : P pada W waktu O orang T tempat
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
65
Contoh tersebut menunjukkan teknik akrostik bagi kata sendi nama pada berfungsi untuk waktu, orang dan tempat.
KATA
SENDI NAMA
KAEDAH
MNEMONIK
PENGGUNAANNYA
Pada pwot waktu, orang, tempat
Kepada kohapp orang, haiwan, abstrak,
pecahan, perubahan
keadaan
RAJAH 1 : Sifir KSN
Pengkaji akan menggunakan Sifir KSN ini setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dan memperuntukkan 5 hingga 10 minit untuk aspek
tatabahasa. Kata sendi nama pada dan kepada akan ditanya berulang kali kepada murid mengenai setiap satu fungsi penggunaannya dan setelah murid boleh menguasai, boleh
ditukar pada aspek tatabahasa seterusnya. Peneguhan negatif bertujuan memberi kesedaran
kepada murid agar membaiki kesilapan dilakukan. Antara peneguhan negatif boleh dilakukan
pengkaji mendenda murid tidak dapat menjawab atau tidak menghafal dengan memberikan
mereka latihan lain dalam aspek kata sendi nama sebagai latihan di rumah.
Interaktif Kata Sendi Nama (Interaktif KSN)
Computer Asisted Instruction (CAI) yang mula mendapat tempat dalam arena
pendidikan semasa merupakan singkatan Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) yang
diguna pakai di Malaysia. Alessi dan dan Troliip (2011), menyatakan PBK meliputi
penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi murid
sama ada secara keseluruhan atau sebahagian pembelajaran.
Mengikut penyelidikan dihasilkan pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan
pengetahuan yang diperolehi manusia, 75% diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada
deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau. (Mok
Soon Sang : 2010)
Berdasarkan alasan itu, MCKT mengandungi Interaktif KSN yang terbina dalam
bentuk slaid power-point dan dimutkan dalam cakera keras CD ROM. Cara
mengaplikasikannya, setiap subjek kajian diberi peluang menjawab semua soalan tersebut,
setiap kali subjek kajian memberikan jawapan tepat akan diberi penghargaan dalam perisian
ini dengan bunyi suara tahniah dan bunyi tepukan ramai, manakala jika soalan tersebut salah, akan mengeluarkan bunyi suara cuba lagi dan keluar jawapan paling tepat bagi soalan tersebut.
Interatif KSN dibentuk menggunakan perisian mudah power-point bukan sahaja
memberi kemudahan kepada guru menilai tahap kemampuan subjek kajian, tetapi juga
menarik minat subjek kajian mempelajari dan membuat lebih lagi latihan pengukuhan
berbantukan audio, visual dan latihan bersepadu.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
66
Latihan Penggayaan Kata Sendi Nama (Latihan Penggayaan KSN)
Penggayaan merupakan aktiviti tambahan pada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan.
Secara jelas, Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan
disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah,
menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat.
Hasil penelitian ini, pengkaji menjadikan Latihan Penggayaan KSN sebagai satu
bahan rangsangan berbentuk ujian yang bertujuan melihat kefahaman, ketelitian, dan
kemampuan subjek kajian pada tahap maksimum dalam memahami kata sendi nama pada dan kepada yang telah dipelajari. Latihan ini dilakukan pada akhir proses MCKT kerana pada tahap ini subjek kajian sudah terdedah dengan teori dan penilaian yang sama pada
sebelumnya, pada latihan ini diberikan soalan yang berbeza iaitu memilih jawapan kata sendi
nama paling tepat untuk diisi dalam petikan pendek.
Subjek kajian akan mula mengaplikasikan kaedah Sifir KSN dan membanding beza
penilaian Interaksi KSN untuk disesuaikan pada latihan ini. Matlamat latihan yang berupa
penggayaan ini memberikan pengalaman langsung menjawab soalan yang pelbagai aras,
memperkukuhkan kemahiran sedia ada, dan mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat dan
kesungguhan mendalami aspek kata sendi nama seterusnya.
Prosedur Cara Mengumpul Data
Pemerhatian
Teknik pemerhatian merupakan asas dan langah pertama perlu dilakukan pengkaji. Pengkaji
telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dengan mengambil gambar, rakaman video
serta mencatat nota semasa PdP berlaku dalam bilik darjah. Pemerhatian pengkaji terhadap
murid Tahun 4 Balkis bertujuan mengenal pasti subjek kajian yang menghadapi masalah
dalam tatabahasa khususnya kata sendi nama pada dan kepada seterusnya melihat amalan pembelajaran murid tersebut semasa proses PdP.
Ujian Pra
Kaedah pengkaji mengumpul data menggunakan soalan berkaitan bagi menilai dan mengesan
kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran dipelajari. Pengkaji menjalankan Ujian Pra
untuk menganalisis kelemahan dan kekuatan subjek kajian memahami kata sendi nama dari
semasa ke semasa. Ujian Pra tersebut telah dijalankan untuk melengkapkan 30 soalan
berkaitan yang meliputi tiga aras utama merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi. Ujian
Pra bertujuan mengenal pasti kekerapan kesalahan yang tertinggi dilakukan subjek kajian
untuk dijadikan fokus dan batasan kajian seterusnya.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
67
Ujian Pasca
Pelaksanaan ujian ini dilakukan setelah melaksanakan Ujian Pra. Pengaji juga telah
menjalankan intervensi untuk mengatasi masalah subjek kajian sebelum membuat Ujian Pos.
Ini bertujuan melihat sama ada berlaku penambahan kefahaman atau tiada peningkatan
daripada subjek kajian tentang penguasaan kata sendi nama kepada dan pada. Ujian Pasca ini juga dijadikan sebagai indikator dalam kejayaan sesuatu kajian yang dilaksanakan.
Bukti Dokumen
Selain teknik Ujian Pra, temu bual dan pemerhatian, pengkaji juga memperolehi data
daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan pengkaji
menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi keseluruhan data diperoleh daripada
teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen kemudian dianalisis untuk melihat
bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan
kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Bukti dokumen pengkaji peroleh daripada hasil
buku kerja murid.
Soal Selidik
Pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada subjek kajian yang dipilih. Borang soal
selidik mengandungi 5 soalan berfokus berkaitan penyoalan minat subjek kajian terhadap
sistem dan progam dijalankan melalui Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT). Borang soal
selidik ini membantu pengkaji untuk menganalisis keberkesanan kajian dilakukan terhadap
minat dan pemahaman subjek kajian.
Temu Bual
Pengkaji menggunakan kaedah temu bual bersama subjek kajian untuk mendapatkan
maklumat secara langsung. Langkah pertama pengkaji menanyakan pendapat subjek kajian
tentang bagaimana mereka menjawab soalan yang mengelirukan berkaitan kata sendi nama
pada dan kepada. Pengkaji memfokuskan aspek pemahaman dan perasaan subjek kajian setelah intervensi dijalankan dan mengukurnya menggunakan standard prestasi Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Pengkaji akan mencatat hasil temu bual ditranskripsikan dalam
nota lapangan.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
68
KESIMPULAN DAPATAN
Bahagian ini pengkaji menjelaskan secara keseluruhan mengenai kajian yang telah
dijalankan. Huraian meliputi dapatan dan perbincangan tentang penilaian pencapaian subjek
kajian dan rumusan pemerhatian berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
terhadap perubahan sikap dan kefahaman subjek kajian selepas menjalani intervensi.
Kemampuan subjek kajian dalam menggunakan kata sendi nama pada dan kepada dengan tepat sangat lemah kerana sering tertukar fungsi penggunaanya apabila bertutur dan
menjawab soalan tatabahasa. Pemerhatian selama seminggu dijalankan oleh pengkaji untuk
melihat situasi pengajaran guru dan reaksi murid Tahun 4 Balkis. Pengkaji mendapati ramai
murid tidak menumpukan perhatian pada proses PdP yang berlangsung.
Semasa pengkaji membuat tinjauan awal, sepuluh orang murid telah dikenalpasti
sangat lemah dalam penguasaan tatabahasa khususnya penggunaan kata sendi nama pada dan kepada. Murid ini dikelaskan sebagai subjek kajian, segala bentuk dokumen diteliti dan perancangan untuk membantu murid ini dijalankan melalui intervensi yang dinamakan
Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT). Pada awal sesi pengajaran didapati subjek kajian kaku,
tidak aktif malah mereka hanya mengharap jawapan dari guru sahaja.
Setelah beberapa siri pelaksanaan pengajaran yang berbantukan Bahan Bantu
Mengajar (BBM), didapati ada peningkatan dalam perubahan sikap yang lebih baik dan
keputusan ujian pasca dijalankan juga menunjukkan perubahan markah lebih baik berbanding
ujian pra sebelum ini. Pengkaji dapati subjek kajian lebih berminat untuk belajar dengan
adanya bahan rangsangan dan visual menarik. Jelas pendekatan MCKT yang digunapakai
memenuhi kehendak tersebut.
Pengkaji membuat banding beza bagi melihat perubahan pada setiap proses MCKT
dan pencapaian penilaian ujian pasca yang dilakukan. Bermula daripada Sifir KSN,
kemudian Interaktif KSN dan pada akhirnya pelaksanaan Latihan Penggayaan KSN
melihatkan peningkatan pada kefahaman penggunaan kata sendi nama pada dan kepada dengan tepat kepada subjek kajian.
Pengkaji juga mengaitkan keberkesanan intervensi ini melalui penskoran berasas
standard prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Hasilnya, semua subjek kajian telah
mencapai tahap cemerlang dengan melebihi Band 4 iaitu tahu, faham, dan boleh buat dengan
beradab. Maka, kepentingan kajian ini tidak hanya tertumpu pada peperiksaan tetapi pada
kefahaman jangka panjang untuk memurnikan penggunaan tatabahasa yang betul dalam
kalangan murid baik dari segi lisan atau tulisannya.
Melalui kaedah MCKT dan amalan pengajaran yang berkesan, pengkaji dapat
membantu memberi kefahaman yang mudah kepada subjek kajian dan meningkatkan
semangat mereka untuk mendalami bidang tatabahasa selepas ini dengan perasaan yang
seronok dan berkeyakinan. Maka, kesan daripada kajian ini memberikan satu keputusan yang
baik dapat dihasilkan.
Mutu pengajaran guru dapat ditingkat melalui kajian tindakan seperti ini dan bantuan
kajian-kajian lepas membuktikan permasalahan kata sendi nama dapat diselesaikan melalui
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
69
akronim atau kata kunci yang mudah diingat diaplikasi dalam MCKT iaitu semasa proses
Sifir KSN dijalankan. Proses pengukuhan sangat perlu dalam PdP, atas alasan itu pengukuhan MCKT ada pada Interaktif KSN yang lebih bersifat TMK bagi menarik perhatian subjek kajian menjawab soalan-soalan berstruktur.. Pada akhir proses Latihan Penggayaan KSN dijalankan bagi memantapkan lagi penguasaan subjek kajian terhadap penggunaan kata sendi pada dan kepada dengan lebih tepat pada ayat perenggan yang lengkap.
Hasil dapatan menunjukkan keberkesanan tindakan penambahbaikkan yang dilakukan
pengkaji pada amalan pengajaran ini berhasil. Kajian ini menjadi satu lagi percambahan idea
baru dan gabungan daripada idea-idea pengkaji sebelum ini yang telah disenaraikan dalam
sorotan literatur. Koheran yang terjalin antara permasalahan yang sama berlaku memberi idea
menambah baik mengikut situasi subjek kajian yang dihadapi. Jelas, pencerahan dan kajian
berdasarkan data memberi petunjuk jelas bahawa kajian ini memenuhi kepentingan dan
objektif yang diharapkan.
RUJUKAN
BUKU
Nik Safiah Karim. (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 1986. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ahmad Khair Mohd. Nor. (2003). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Utusan Publication
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.
Abd. Aziz Abd. Talib .(2000). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.
Abdul Majid, K. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka
KAMUS
Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
BUKU LATIHAN
Nur Azlina Abdul Rahman.(2008). Siri Buku Aktiviti : HOT KBSR Bahasa Malaysia Tahun 4
Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
70
BUKU PANDUAN GURU
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun 4.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
SEMINAR
Hj. Mohd. Samsuddin. (2006). Wacana Bahasa untuk Guru-Guru Sekolah Rendah Negeri
Terengganu. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.
JURNAL
Nawi Ismail (2010). Tatabahasa sebagai pemangking murid membina ayat gramatis. Jurnal
Kurikulum, 1(1) : 34-36
Abdul Wahid Muhammad Nasir. (2011). Kesan tidak mengamalkan sistem tatabahasa secara
menyeleruh dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Rasa. Jurnal
Kurikulum : 13-25
Mohd Salim Ahmad. (1994). Teori berkaitan hubungan amalan pengajaran guru dan
kelemahan murid. Jurnal Kurikulum : 26-31
Aleimmah Ali. (2009). Kemahiran menulis menggunakan kaedah majalah. Jurnal Kurikulum
:
32-33.
Izani. (2012). Pembudayaan pemikiran kreatif dan inovatif melalui kepelbagaian kaedah
pengajaran bahasa. Jurnal Kurikulum : 23-36.
Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical
Investigations. PhD thesis, University of Southampton.
Clark, P.A. ( 1972 ) Action Research: Organisational Change. Harper and Row Ltd.London.