KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Diploma Pendidikan
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH
SEKOLAH RENDAH
ILMU PENDIDIKAN
NO. KOD : PN 2051 P(R) TARIKH: November
ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam
PUSAT :
ARAHAN KEPADA CALON.
1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 30 soalan objektif Bahagian B : 1 soalan struktur Bahagian C : 4 soalan esei
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan tiga soalan Bahagian C. Soalan 1 dalam Bahagian C adalah wajib dijawab
3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.
4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama muka depan kertas soalan.
5. Kertas soalan ini akan dikutip selepas masa peperiksaan tamat.
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
BAHAGIAN NO. SOALAN /MARKAH JUMLAH
A 30 markah
1-30
B 10 markah
1a
1b
C 60 markah
1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b
JUMLAH KESELURUHAN
KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 16 MUKA SURAT BERCETAK
DAN SEHELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 2
BAHAGIAN A (30 markah)
Jawab semua soalan. 1. Murid-murid yang memiliki kebolehan menjadi ketua dalam kalangan rakan-
rakan mereka dan berkebolehan berinteraksi dengan baik serta dapat
memahami perasaan orang lain dikatakan mempunyai kemahiran berikut.
(A) Liguistik
(B) Simpati
(C) Interpersonel
(D) Intrapersonel
2. Seorang guru ingin menggerakkan muridnya mencapai tahap
penyempurnaan kendiri semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagaimanapun sering berhadapan dengan murid yang tidak bersarapan. Mengikut hirarki keperluan manusia, guru tersebut seharusnya bertindak memenuhi keperluan yang dikaitkan dengan (A) fisiologi
(B) keselamatan
(C) kasih sayang
(D) penghargaan kendiri
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 3
3. Personaliti bermaksud sahsiah, perangai, intelek dan fizikal seseorang yang menentukan penyesuaian diri terhadap persekitaran
Apakah implikasi jika seseorang guru berpegang kepada faktor baka dalam pembentukan sahsiah?
(A) Guru menunjukkan perilaku negatif kepada pelajar.
(B) Guru ini adalah seorang pengikut Eysenck yang berpegang pada faktor baka.
(C) Guru ini akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
(D) Guru menghadapi kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran kerana sahsiah dibentuk oleh pelbagai faktor.
4. Menurut Erik Erikson, perkembangan konsep kendiri merupakan aspek penting dalam proses perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh dibantu memperkembangan konsep kendiri positif dengan cara
(A) menggalakkan interaksi positif dalam kalangan masyarakat sekolah
(B) memberi peluang kepada murid tersebut memegang jawatan penting
(C) mengajar murid tersebut mengikut kebolehannya untuk menikmati kejayaan
(D) memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajarannya
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 4
5.
Rajah 1
Rajah 1
Proses pemikiran yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas ialah (A) induktif
(B) deduktif
(C) divergen
(D) konvergen
6. Aktiviti yang perlu ditekankan kepada pelajar dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah ialah
I. melibatkan diri dalam kokurikulum II. menyertai kempen penyalahgunaan dadah
III. menghadiri ceramah tentang bahaya penyalahgunaan dadah IV. menghadiri kusus bimbingan dan kaunseling V. meningkatkan kefahaman tentang konsep kendiri
(A) I, II dan III sahaja (B) II, III dan IV sahaja (C) I, II, IV dan V sahaja (D) I, III, IV dan V sahaja
Soalan tunggal aras tinggi
Cara berfikir berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia
ada murid
Jawapan pelbagai diberikan oleh
murid
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 5
7. Komunikasi interpersonal ialah satu bentuk komunikasi yang berlaku dalam sesi kaunseling.
Berikut ialah elemen komunikasi interpersonal yang dapat digunakan dalam
sesi kaunseling.
I. Keupayaan kaunselor membina hubungan dengan klien II. Kecenderungan kaunselor mendengar dengan teliti III. Kebolehan kaunselor mencelah klien yang sedang bercakap IV. Kesediaan kaunselor mendengar setiap luahan daripada klien V. Kaupayaan kaunselor memahami tanda makna yang ditonjolkan
oleh bahasa badan klien
(A) I, II dan III sahaja
(B) II, III dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja
8. Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini dalam proses modifikasi tingkah laku merujuk kepada usaha
(A) memberi peneguhan apabila murid melakukan tingkah laku yang dikehendaki.
(B) memberi ganjaran jika murid menghampiri matlamat yang telah ditetapkan oleh guru.
(C) memberi pengalaman negatif kepada murid dengan tujuan mengurangkan kadar salah laku.
(D) memerhati ‘role model’ yang mempunyai tingkah laku berlawanan dengan tingkah laku yang ingin dihapus.
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 6
9. Guru perlu membuat perancangan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Tugas guru ini adalah berkaitan dengan rutin (A) kelas (B) interaksi (C) pentadbiran
(D) pergerakan murid
10. Gangguan komunikasi boleh menimbulkan masalah pengajaran dan
pembelajaran.
Tindakan guru yang paling berkesan untuk mengatasi masalah komunikasi
dalam bilik darjah adalah
(A) berfungsi sebagai pendengar yang aktif
(B) memberi penghormatan terhadap pendapat murid-murid
(C) mewujudkan suasana pembelajaran yang merangsangkan
(D) bersikap positif dan membentuk kepercayaan di kalangan murid
11. Sebagai guru yang bertanggung jawab, anda sentiasa memberi pengajaran yang bermakna, menyediakan bahan pengajaran berdasarkan pengalaman dan kebolehan murid, menggalakkan murid berfikir dan menyelesaikan masalah.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda ialah seorang pengamal teori pembelajaran
(A) Sosial
(B) Kognitif
(C) Behavioris
(D) Humanistik
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 7
12.
menggambarkan konsep yang abstrak
memikirkan secara deduktif dan induktif
menyelesaikan masalah dengan menggunakan logik
memahami konsep pengekalan isipadu dan jirim
Mengikut Jean Piaget, kefahaman pelajar di atas berada pada peringkat perkembangan
(A) pra operasi
(B) sensori motor
(C) operasi konkrit
(D) operasi formal
13. Manakah antara cara berikut boleh membantu murid menguasai tanggapan secara berkesan?
(A) Membantu murid mengusai bahasa ibunda
(B) Menggunakan kaedah deduktif dalam pengajaran
(C) Menggunakan bahan bantu mengajar yang paling sesuai
(D) Menggalakkan pelajar mencatat isi pelajaran penting dan
menghafalnya 14. Kaedah mengajar yang manakah paling berkesan dalam penyampaian
kemahiran, konsep dan prinsip untuk mata pelajaran matematik dan sains?
(A) Kaedah projek
(B) Kaedah inkuiri
(C) Kaedah ekspositori
(D) Kaedah generalisasi
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 8
15. Kenyataan berikut menerangkan ciri-ciri pembelajaran secara koperatif,
kecuali
(A) Kemahiran sosial dapat dipupuk (B) Kejayaan dicapai mengambarkan kejayaan individu
(C) Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran kumpulan
(D) Murid-murid dilatih dengan sikap akauntanbiliti dan tanggungjawab
kumpulan 16. Pernyataan manakah yang benar mengenai pembelajaran masteri
(A) Murid mengenalpasti satu masalah
(B) Murid mencari penyelesaian yang baru untuk satu masalah
(C) Murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
(D) Murid diberikan masa yang mencukupi untuk mendapat maklumat.
17. Antara faktor-faktor berikut, yang manakah merupakan justifikasi kenapa
soalan objektif selalu digubal untuk menguji pelajar?
(A) Soalan objektif mudah gubal.
(B) Soalan objektif mudah ditadbir.
(C) Kesahan isi kandungan soalan objektif terjamin
(D) Pemarkahan soalan objektif tidak dipengaruhi emosi pemeriksa.
18. Jadual Penentuan Ujian (JPU) digunakan sebagai panduan membina sesuatu ujian yang mempunyai kesahan isi yang tinggi. Maklumat-maklumat yang terdapat pada JPU ialah
(A) Topik diajar dan aras kesukaran sahaja
(B) Aras kesukaran dan Unit-unit pembelajaran sahaja
(C) Topik yang diajar, aras kesukaran dan objektif pembelajaran
(D) Topik yang dipelajari, objektif pembelajaran, jenis dan bilangan soalan
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 9
19. Jadual berikut menunjukkan pencapaian tiga orang murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
Mata Pelajaran
Min Sisihan Piawai
Markah Mentah
Abu Ali Siti
B. Melayu 45 5 38 45 38
Matematik 56 6 60 52 60
Sains 58 7 62 54 48
B. Inggeris 60 8 68 60 52
Jadual 1
Berdasarkan jadual 1 di atas, dalam mata pelajaran manakah pencapaian murid-murid dikatakan amat berbeza atau heterogen ?
(A) Sains.
(B) Matematik.
(C) Bahasa Melayu.
(D) Bahasa Inggeris.
20. Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) adalah bertujuan
(A) menyediakan murid-murid untuk kehidupan sebenar dalam masyarakat
(B) merangsang murid-murid membaiki pembelajaran melalui bimbingan dan tunjuk ajar secara berterusan
(C) aktiviti penilaian untuk mengesan perkembangan menyeluruh murid-murid mengikut matlamat dan objektif KBSR
(D) aktiviti penilaian seharusnya dapat membantu murid-murid mengatasi kelemahan, menguasai kemahiran, membina sikap yang positif dan galakan berusaha
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 10
21. Di Malaysia, pelajar yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah membaca di antaranya ialah
I. tidak dapat menyebut intonasi dengan betul
II. tulisan tidak sama tinggi dan seringkali terbalik
III. sukar mencari maklumat dari apa yang dibaca
IV. tidak boleh menyebut huruf yang hampir serupa
V. persepsi penglihatan antara huruf dan perkataan yang salah
(A) I, II dan III sahaja
(B) II, III dan V sahaja
(C) I, II, III dan IV sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja
22. Murid yang menghadapi masalah membaca dan menulis huruf dan abjad digolongkan dalam kategori
(A) autistik
(B) disleksia
(C) hiperaktif
(D) cacat fizikal
23. Falsafah Pendidikan Guru adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh Falsafah Pendidikan Guru?
(A) Menghayati nilai-nilai profesion keguruan. (B) Menjadikannya panduan dalam tugas pengajaran harian. (C) Menyedari kepentingan tugas guru dalam bidang pendidikan.
(D) Melahirkan guru berpekerti mulia dan menjunjung aspirasi negara.
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 11
24. Salah salah komponen yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ialah perkembangan diri murid. Manakah antara aktiviti berikut boleh menyumbang kepada tercapainya aspek perkembangan diri murid
(A) Mengikuti ceramah tentang nilai-nilai murni
(B) Membuat latih tubi dalam mata pelajaran Matematik
(C) Menonton video berkaitan kehidupan flora dan fauna
(D) Menyertai aktiviti sukan dan rekreasi pada hujung minggu
25. Perancangan kurikulum harus mempertimbang beberapa faktor termasuk memenuhi kehendak dan keperluan individu. Manakah antara yang berikut menerangkan kehendak dan keperluan individu seperti di atas?
I. Membentuk sikap dan konsep kendiri yang positif
II. Memenuhi aspirasi masyarakat, cita-cita dan ideologi negara
III. Mengembangkan potensi individu secara maksimum
IV. Memperkembang minat dan potensi secara menyeluruh
V. Memenuhi keperluan keselamatan dan kasih sayang
(A) I, II dan III sahaja. (B) II, III dan IV sahaja.
(C) I, II, IV dan V sahaja.
(D) I, III, IV dan V sahaja.
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 12
26. Seorang guru yang bertauliah perlu mempunyai sifat dan kualiti profesional yang tinggi untuk
(A) keselamatan dan kejayaan pelajar
(B) kebajikan dan pembinaan sahsiah
(C) kemajuan murid dalam peperiksaan
(D) keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran
27. Sebagai seorang yang dikatakan intelektual penyayang, guru itu seharusnya dapat
(A) membina imej pendidik yang berintegriti
(B) memupuk kecintaan terhadap seni warisan negara
(C) membina kecemerlangan akademik dan kokurikulum
(D) membina masyarakat penyayang di kalangan masyarakat Malaysia
28.
Berdasarkan pernyataan di atas, guru tersebut merupakan seorang
(A) Pengamal ilmu
(B) Pembentuk nilai
(C) Pengamal kemahiran
(D) Penggerak masyarakat.
Sentiasa mengkaji tahap pencapaian murid-murid dan berusaha mengatasi kelemahanya.
Mengadakan ceramah-ceramah strategi menjawab soalan peperiksaan UPSR.
Menghasailkan sebuah cerpen pada setiap bulan.
No. Kod : PN 2051 (R)
SULIT 13
29. Penyelidikan Tindakan dapat berfungsi sebagai satu langkah ke arah peningkatan professional guru.
Manakah kenyataan merujuk kepada fungsi tersebut? (A) Meningkatkan pencapaian prestasi murid. (B) Mengaitkan teori-teori dengan amalan pendidikan. (C) Penyimpanan dan penggunaan data yang dibuat secara sistematik. (D) Menyelesaikan masalah-masalah spesifik dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. 30. Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bestari. Antara berikut yang manakah paling tepat tentang peranan guru dalam
pembelajaran Bestari ?
(A) Fasilitator proses pembelajaran (B) Pemberi maklumat kepada murid (C) Penasihat pengajaran dan pembelajaran (D) Pengajar yang berpengalaman dan berkesan
No. Kod : PN 2051 (R) Angka Giliran : _______________________
SULIT 14
BAHAGIAN B (10 markah)
Jawab semua soalan.
1. Ahli Psikologi kanak-kanak menganggap umur kanak-kanak antara 2 hingga 5
tahun sangat kritikal dalam pembinaan struktur tingkah laku yang akan kekal
sehingga dewasa. Selain daripada faktor baka, faktor persekitaran memberi
kesan dan pengaruh yang mendalam ke atas perkembangan individu dalam
peringkat pertumbuhannya.
(a) Jelaskan dua faktor persekitaran yang memberi kesan yang mendalam
ke atas perkembangannya.
(i) __________________________________________________ (2 markah)
(ii) __________________________________________________
(2 markah)
(b) Berdasarkan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan individu,
terangkan tiga cara bagaimana anda sebagai seorang guru dapat
membantu memperkembangan potensi murid anda.
(i) _________________________________________________
_________________________________________________
(2 markah)
(ii) _________________________________________________
_________________________________________________ (2 markah)
(iii) _________________________________________________ _________________________________________________
(2 markah)
No. Kod : PN 2051P (R)
15 SULIT
BAHAGIAN C (60 markah)
Jawab tiga soalan. Soalan satu wajib dijawab dan pilih mana-mana 2 soalan lain. 1. Guru yang efektif mampu melaksanakan tugas bimbingan kepada semua
pelajar yang menghadapi pelbagai masalah secara efektif di sampin melaksanakan tugas-tugas pengajaran.
(a) Huraikan lima objektif bimbingan yang dilaksanakan oleh guru biasa dalam bilik darjah
( 10 markah )
(b) Bincangkan lima peranan guru sebagai pengurus bilik darjah.
( 10 markah )
2. Teori Pembelajaran Humanistik lebih memberi keutamaan kepada proses
pembelajaran berbanding daripada hasil pembelajaran pelajar secara individu atau kumpulan.
(a) Huraikan prinsip Teori Pembelajaran Humanistik yang mementingkan kesediaan pelajar untuk menikmati proses pembelajaran secara bermakna.
(10 Markah)
(b) Perincikan peranan guru sebagai pendidik yang dapat merangsangkan proses pembelajaran dengan berorientasikan penemuan dalam kalangan pelajar.
(10 Markah)
No. Kod : PN 2051P (R)
16 SULIT
3. (a) Berikut adalah markah ujian Bahasa Inggeris bagi 10 orang pelajar
Tunjukkan langkah-langkah pengiraan anda dan berikan jawapan
anda kepada dua tempat perpuluhan.
(i) Cari min, median dan mod bagi data di atas. ( 3 markah )
(ii) Cari sisihan piawai ( 5 markah )
(iii) Apakah interpretasi anda dari sisihan piawai yang diperolehi?
( 2 markah )
(b) Masalah lupa fakta yang diajar oleh pihak guru sering dihadapi oleh murid-murid dalam pemulihan. Bagaimanakah pihak guru dapat mengukuhkan ingatan murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah ini.?
( 10 markah )
4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menekankan pembangunan insan murid yang seimbang dan harmonis.
(a) Huraikan lima aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah bagi mencapai hasrat di atas.
(10 markah)
Akauntabiliti merupakan unsur penting dalam menjamin profesionalisme keguruan.
(b) Jelaskan lima cara bagaimana seorang guru dapat melaksanakan akauntabilitinya terhadap murid.
(10 markah)
© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010
20 14 17 18 13 10 14 15 14 19
Top Related