KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASIKEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASIKEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASIKEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
AKTIVITI AKRAB 2011AKTIVITI AKRAB 2011AKTIVITI AKRAB 2011AKTIVITI AKRAB 2011
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING TAHAP PERTAMA (PPKK1)
PPKK Tahap 1 bertujuan membentuk satu pemahaman awal kepada peserta
mengenai perkhidmatan kaunseling dan melatih peserta untuk mengendalikan kes-
kes ringan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari. PPKK Tahap 1 telah
diadakan pada 18 hingga 21 April 2011 bertempat di Bangunan JPA, Cyberjaya.
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING TAHAP KEDUA (PPKK 2)
PPKK Tahap 2 telah diadakan pada 30 Mei hingga 2 Jun 2011 bertempat di
Bangunan JPA, Cyberjaya. Ia bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada
kemahiran-kemahiran di dalam membuat strategi rawatan, berkeupayaan di dalam
mengendalikan stres, konflik, dan emosi dan boleh menangani isu pegawai
bermasalah dengan lebih baik. Selain itu, peserta perlu melengkapkan kedua-dua
tahap PPKK untuk ditauliahkan sebagai ahli AKRAB.
PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB
Program Pemantapan AKRAB telah diadakan pada 12 hingga 14 April 2011 di Suria
Hill Choon Hos, Janda Baik, Pahang. Ia bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
dan kemahiran kaunseling, melatih dan memberi tunjuk ajar untuk mengendalikan
sesi perbincangan secara berkelompok dan mendedahkan dengan konsep, isu,
objektif dan matlamat pelaksanaan sebagai AKRAB kepada ahli-ahli AKRAB MOSTI
dan Jabatan/Agensi di bawah MOSTI.
PROGRAM PENINGKATAN KENDIRI (KAUNSELING KELOMPOK)
Siri 1 : 24 Jun 2011
Satu sesi kelompok bimbingan yang bertajuk “Konsep Pengurusan Kendiri” telah
diadakan pada 24 Jun 2011. Seramai 14 warga MOSTI telah dipilih untuk menghadiri
sesi tersebut dan dikendalikan oleh 2 orang ahli AKRAB sebagai fasilitator.
Siri 2 : 30 November 2011
Tajuk perbincangan untuk kumpulan yang kedua adalah Pengurusan Diri dan Masa
yang bertujuan memupuk sikap ahli kelompok supaya lebih menghargai diri dan
masa dan memberikan kesedaran bahawa pembahagian masa dengan baik
adalah penting dalam menguruskan aktiviti seharian dirinya.
MESYUARAT AKRAB
Mesyuarat AKRAB telah dilaksanakan pada 12 April 2011 dan 7 Oktober 2011
bertujuan membincangkan perkembangan AKRAB MOSTI, aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan dan membuat penambahbaikan ke atas aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan.
PROGRAM JALINAN KASIH
AKRAB MOSTI telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Perlindungan Titian Kasih di
Wilayah Persekutuan pada 16 Julai 2011 dengan kerjasama PUSPANITA MOSTI.
Antara tujuan program Jalinan Kasih ini adalah:
� Menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling serta pendekatan psikologi
yang telah dipelajari semasa berinteraksi dengan penghuni rumah tersebut
� Mewujudkan perasaan prihatin dan keinsafan tentang kesusahan yang
dialami oleh insan yang kurang berkemampuan
� Menceriakan kehidupan penghuni rumah kebajikan melalui aktiviti yang
dijalankan seperti kuiz dan sukaneka
BICARA 45
Bicara 45 adalah merupakan salah satu aktiviti untuk memperkenalkan serta
menghebahkan kewujudan AKRAB kepada warga MOSTI. Di samping itu juga,
ia adalah sebagai medium kepada ahli-ahli AKRAB untuk
memperkembangkan ilmu psikologi dan kaunseling yang telah dipelajari.
Bicara 45 telah dilaksanakan seperti jadual berikut:
Siri Tarikh Tajuk
1 17 Februari 2011 1. Diet dan Sikap
2 31 Mac 2011 1. Colour Psychology
2. Kebahagiaan
3 17 Jun 2011 1. Penyakit Asma dan Kesannya
2. Komunikasi Efektif
4 22 September 2011 1. Diabetes Mellitus dan Kesannya
2. Petua Orang Berjaya
5 20 Oktober 2011 1. Pengurusan Emosi
2. Terapi Kucing
KAUNTER PENGURUSAN PSIKOLOGI
Pelaksanaan Kaunter Pengurusan Psikologi merupakan sebagai salah satu aktiviti
outreach atau aktiviti turun padang bagi Unit Pengurusan Psikologi serta ahli AKRAB
MOSTI. Kaunter Pengurusan Psikologi akan dibuka semasa Perhimpunan Bulanan dan
juga semasa program-program yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia. Kaunter Pengurusan Psikologi telah dilaksanakan seperti jadual berikut:
Bil. Tarikh
1 7 Mac 2011
2 16 Mac 2011
3 4 April 2011
4 13 Mei 2011
5 28 Jun 2011
6 3 Oktober 2011
Top Related