LAPORAN PENYELIDIKAN
“ KENALI PELAJAR ANDA” : SATU TINJAUAN TERHADAP PELAJAR-
PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
(KOMUNIKASI) DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
BAB 1
PENGENALAN
a. Pengenalan
Aspirasi National Key Results Areas (NKRA), pendidikan memberi penekanan
kepada meningkatkan pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual, emosi,
rohani dan jasmani. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat
pendidikan adalah amat krusial untuk membangunkan modal insan yang cemerlang
bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya hasrat Malaysia menjadi negara
membangun berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dapat dicapai. (petikan
daripada psbtpnsarawak in 2011, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif,
Forum, Kurikulum, Pendidikan Awal, Program, Rencana).
“Kenali …” dalam kontek pembelajaran merujuk Kamus Melayu online.com
ialah mengetahui tanda-tandanya atau ciri-cirinya. Iaitu, ciri-cirinya yang merujuk
kepada gaya pembelajaran setiap pelajar. Manakala gaya pembelajaran (learning
styles) menurut Gremli (1996), merujuk kepada cara interaksi individu dengan
sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisa
maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan.
b. Latar Belakang Masalah
Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza
secara individu seperti mana cap ibu jari. Seseorang pelajar itu menjadikan proses
pembelajaran sesuatu yang sangat menyeronokkan atau sangat membosankan.
Menjadi tugas dan tanggungjawab setiap pelajar untuk mengamalkan teknik belajar
yang baik untuk menjamin kecemerlangan. Terdapat pelajar yang sangat tekun
belajar tetapi kurang cemerlang dalam prestasi akademiknya, manakala pelajar
yang menggunakan usaha yang sama dan mampu menghasilkan prestasi yang
cemerlang.
Setiap individu dianugerahkan dengan gaya pembelajaran yang berbeza.
Gaya pembelajaran ini amat penting difahami oleh diri sendiri juga orang lain,
kerana mampu menyumbang di dalam mempermudahkan proses pembelajaran.
99% apa yang dipelajari datang daripada deria, iaitu deria penglihatan,
pendengaran, hidu dan rasa juga sentuh. Pelbagai kaedah dicadangkan agar dapat
mengenal potensi diri pelajar dan dapat memahami gaya pembelajaran yang
berkesan. Seterusnya, pencapaian akademik pelajar dapat dipertingkatkan dengan
cemerlang.
c. Pernyataan Masalah
Beberapa persoalan sering bermain difikiran pelajar mahupun pensyarah
semasa menghadapi pembelajaran. Persoalan ini sukar dileraikan sekiranya para
pensyarah tidak mengambil iniasiatif untuk mengenali pelajar masing-masing.
Pelajar-pelajar terlalu sukar memperolehi keputusan yang baik di dalam akademik.
Justeru itu, satu kajian dilakukan untuk mengenali pelajar terhadap gaya
pembelajaran yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Di antara
persoalan-persoalannya ialah:
1. Pelajar tidak mengenali siapakah diri mereka sendiri. Maka itu, mereka sukar
menentukan cara pembelajaran yang berkesan.
2. Pensyarah menggunakan pendekatan yang sama kepada semua pelajar
semasa pengajaran dan pembelajaran.
d. Kerangka Konsep
Berikut adalakah garispanduan yang digunapakai didalam membuat kajian ini.
i. Pengiktirafan dan pernyataan masalah
ii. Pemilihan factor dan tahap
iii. Pemilihan kumpulan sasaran ( response variable)
iv. Pemilihan kajian
v. Perlaksanaan kajian
vi. Analisa Data
vii. Kesimpulan dan cadangan
e. Objektif Kajian
Kajian ini telah mengariskan dua (2) objektif iaitu :
1. Mengenali pelajar berdasarkan ciri-ciri gaya pembelajaran.
2. Menentukan tindakan atau pendekatan pembelajaran yang sesuai.
f. Skop / Batasan kajian
Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komunikasi) semester 2 sesi Disember 2010/2011. Jumlah pelajar seramai 113
orang menjadi sampel di dalam kajian ini yang mewakili populasi.
g. Terminology.
Visual
Visual adalah gaya penbelajaran yang perlu melihat atau menggunakan
deria mata untuk memahami sesuatu maklumat. Sukar untuk ingati nama tetapi
mungkin ingat rupa cenderung untuk menulis atau membuat nota tangan sendiri
semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Menghadapi kesukaran untuk
mengingati arah jalan jika diterangkan secara lisan memrlukan kepada
penyusunan grafik, gambar, graf dan peta minda.
Auditori
Auditori adalah merupakan gaya pembelajaran yang menyukai & berasa
selesa belajar atau menerima maklumat dengan mendengar syarahan,
perbincangan dan juga diberi peluang untuk bercakap. Pelajar ini menyukai &
berasa selesa belajar atau menerima maklumat dengan mendengar syarahan,
perbincangan dan juga diberi peluang untuk bercakap , dapat ingati nama lebih
daripada ingati rupa paras , lebih suka berbincang daaripada membaca , mudah
terganggu dengan bunyi. memerlukan kepada berbincang, mendengar, bercakap
dan berkumpulan
Kinesthetic
Kinesthetic adalah gaya pembelajaran pelajar yang memerlukan aktiviti
yang bergerak & mereka juga model yang dipegang dan disentuh (hands on).
Perlu membuat latihan amali dalam usaha untuk memahami apa-apa yang
dipelajari secara teori. Lebih mudah ingat benda yang dilakukan daripada apa
yang dilihat atau didengar, lebih gemar menyertai aktiviti berbanding melihat.
Gemarkan simulasi, drama dan aktiviti luar.Memerlukan kepada simulasi, model,
aktiviti luar dan pembelajaran aktif
Rumusan
Kajian yang dijalankan adalah untuk mencapai objektif yang telah disasarkan
melalui kaedah kajian yang di buat. Beberapa parameter telah digariskan supaya
merangkumi skop kajian.
CHAPTER 2
KAJIAN LITERATURE
Menurut Bendler dan Grinder, 1981 (dalam De Porter, 2000: 85):
“kebanyakan pelajar memiliki ketiga-tiga kaedah pembelajaran visual, auditorial
dan kinestetik namun hampir semua orang cenderung pada satu kaedah belajar
sahaja,yang berperanan sebagai saringan untuk pembelajaran, pemerosesan
dan komunikasi”.
Manakala Markov, 1992 (dalam De Porter, 2000: 85) mengatakan “
Seorang pelajar tidak hanya cenderung pada satu kaedah sahaja malah mereka
juga memanfaatkan kombinasi kaedah tertentu”.
Menurut Mohd Najib et. Al (1997), institusi pengajian tinggi mempunyai
tiga fungsi utama, iaitu menyebarkan ilmu, memperkembangkan ilmu dan
memastikan hasilnya bermanfaat untuk negara bagi kegunaan politik dan sosial
ekonomi yang boleh mencorakkan masa depan negara. Bagi merealisasikan
matlamat ini, semua pensyarah perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat dilakukan
apabila setiap pensyarah mengenali setiap orang pelajarnya. Justeru itu,
pensyarah disarankan supaya lebih mengetahui cara atau bagaimana pelajar-
pelajarnya menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai.
CHAPTER 3
METODOLOGI KAJIAN
a. Pengenalan
Bab ini akan menerangkan bagaimana kajian ini di jalankan berdasarkan
objektif yang telah dinyatakan.
b. Persediaan borang soalselidik Kajian
Menyediakan persoalan-persoalan soal selidik berdasarkan objektif dan
skop yang telah dinyatakan. Borang soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu bahagian A yang menjurus kapada dapatan yang dianalisis berkisar kepada
biodata responden. Manakala bahagian B merujuk kepada gaya pembelajaran
ciri-ciri Visual, Auditori dan Kinesthetic.
c. Kumpulan Sasaran Kajian / Responden Kajian
Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi) semester 2 yang menjadi responden di dalam kajian ini.
d. Perlaksanaan dan Pengumpulan Data Kajian
Responden di beri masa 30 minit untuk melengkapkan borang soalselidik dan
mengembalikan kepada pengkaji.
e. Kaedah Analisis Data
Pengkaji menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Sciences
(SPSS) V17.0 untuk menganalisis data.
BAB 4
ANALISIS & DAPATAN DATA
a. Pengenalan
Bab ini membentangkan hasil kajian “ Kenali Pelajar Anda” : Satu
Tinjauan Terhadap Pelajar-Pelajar Program Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi) Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang mana analisa
dan perbincangannya adalah berdasarkan kepada parameter persoalan yang di
gunakan semasa kajian.
b. Keputusan Data kajian
Data-data di analisis bagi mengenali pelajar-pelajar berada diruang
lingkup ciri-ciri pembelajaran yang menjadi pilihan mereka. Kaedah Landell
seperti Jadual 1 digunakan untuk mengredkan skor min bagi ciri-ciri yang
dinyatakan.
Jadual 1 : Kaedah Landell (1997)
Ciri-ciri Jumlah Min
Tahap
Kecenderungan
(Min)
Visual 113 3.66 Sederhana
Auditory 113 3.48 Sederhana
Kinesthetic 113 3.29 Sederhana
Jadual : Tahap Kecenderungan Kajian Berdasarkan Min
Skor Min Tahap
Kecenderungan
1.0 ~ 2.3 Rendah
2.4 ~ 3.7 Sederhana
3.8 ~ 5.0 Tinggi
Dapatan analisis data seperti di Jadual di atas, iaitu tahap kecenderungan
pembelajaran pelajar-pelajar program Diploma Kejuruteraan Elektrik
(Komunikasi) semester 2 berada di tahap sederhana. Daripada nilai min dapat
dikenali pelajar-pelajar cenderung terhadap ketiga-tiga ciri pembelajaran iaitu
Visual (3.66), Auditori (3.48) dan Kinesthetic (3.29).
Berdasarkan borang soal selidik, instrument yang digunakan terbahagi
kepada dua iaitu bahagian A demografi pelajar yang merangkumi aspek jantina.
Manakala bahagian B ialah skala likert yang diukur untuk mengetahui tahap gaya
pembelajaran pelajar tersebut (Jadual 3).
Jadual 3 :Skala Likert
Dapatan kajian ciri-ciri pembelajaran yang diperolehi diilustrasikan di
dalam bentuk pembolehubah yang dinilai berdasarkan skala likert , iaitu :
Rajah 1 : Pembolehubah Berdasarkan Skala Likert
Skala Pernyataan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju
(skala 3)
TIDAK PASTI
(skala 1 dan skala 2)
SANGAT TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU
(skala 4 dan skala 5)
SANGAT SETUJU
SETUJU
Dikategorikan sebagai
TIDAK BERSETUJU TIDAK PASTI
Dikategorikan sebagai
BERSETUJU
CIRI-CIRI SAMPEL
(N)
JANTINA BILANGAN
PELAJAR
%
CIRI-
CIRI
JUMLAH
(%)
TIDAK
SETUJU
(%)
TIDAK
PASTI
(%)
SETUJU
(%)
Visual
113
Lelaki 92 81.4 100
8.4 20.1 52.9
Perempuan 21 18.6 2.2 4.1 12.3
Auditory Lelaki 92 81.4
100 8.1 16.7 56.6
Perempuan 21 18.6 1.8 5.7 11.1
Kinesthetic Lelaki 92 81.4
100 8.4 20.5 52.5
Perempuan 21 18.6 2.3 5.5 10.8
Jadual 4 : Peratusan Keseluruhan Dapatan Kajian
Merujuk Jadual 4, peratusan pelajar lelaki dan pelajar perempuan memiliki
kecenderungan yang sama di dalam ke tiga-tiga ciri-ciri pembelajaran iaitu Visual,
Auditori dan Kinesthetic. Ini bermakna faktor jantina bukanlah faktor yang amat besar di
dalam penilaian ini tetapi bagaimana gaya pembelajaran responden yang menentukan
setiap pelajar dalam ciri pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran mereka.
Dapat diperhatikan, purata peratus keseluruhan daripada 92 orang (18.4%)
pelajar lelaki bersetuju dengan ciri Visual ialah 52.9%, ciri Auditori sebanyak 56.6% dan
ciri Kinesthetic ialah 52.5%. Manakala peratusan daripada 21 orang (18.6%) pelajar
perempuan bersetuju dengan ciri Visual ialah 12.3%, ciri Auditori sebanyak 11.1% dan
ciri Kinesthetic ialah 10.8%.
Peratus responden yang tidak bersetuju hanya dalam julat 1.8% hingga 8.4%.
Peratusan tidak pasti menggambarkan responden tidak dapat memutuskan gaya
pembelajaran yang sesuai sama ada ciri Visual, Auditori atau pun Kinesthetic yang
menjadi pilihan responden. Walau apapun ciri-ciri pembelajaran yang menjadi pilihan
responden, pendekatan pengaiaran dan pembelajaran yang strategik perlu
diaplikasikan setiap kali waktu pengajaran berlangsung.
BAB 5
RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN
a. Cadangan Pendekatan Pembelajaran
Hasil daripada dapatan kajian beberapa pendekatan pembelajaran
dicadangkan sebagai langkah penambahbaikan ke atas gaya pembelajaran
samada pelajar mahupun pensyarah. Di antaranya ialah :
Cadangan Terhadap Pensyarah Cadangan Terhadap Pelajar
1. Pada minggu pertama P&P
pensyarah perlu mengedarkan borang
soal selidik kepada pelajar bagi mengenal
ciri-ciri pembelajaran setiap orang.
2. Daripada ciri-ciri tersebut,
bahagikan pelajar kepada 3 kumpulan
mengikut ciri pelajar Visual, Auditori dan
Kinesthetic.
3. Pensyarah dicadangkan
menggunakan pendekatan yang berbeza
berdasarkan ciri-ciri tersebut semasa P&P
berlangsun (rujuk jadual 1).
1. Belajar Berkumpulan
Pelajar-pelajar disarankan belajar
secara berkumpulan. Pembelajaran
secara kumpulan memudahkan proses
pertukaran idea atau maklumat seterusnya
pelajar yang lebih mahir dapat membantu
pelajar yang kurang mahir. Selain itu juga,
bagi pelajar mahir ini merupakan peluang
untuk memperbaiki lagi kefahaman
mereka berkenaan sesuatu topik atau
perkara melalui tunjuk ajar yang diberikan
kepada rakan mereka.
2. Rajin Membuat Catatan Atau Intisari
Dari Pelajaran
4. Sekiranya pensyarah bercadang
untuk memberikan soalan - soalan
tambahan, ianya perlu diberi kepada
pelajar sebelum sesuatu topik tersebut
diajar atau sewaktu topik tersebut sedang
diajar.
Ini memudahlan lagi pelajar terutama
pelajar - pelajar yang rajin dan memiliki
inisiatif yang tinggi untuk menyudahkan
soalan - soalan terbabit.
Setiap bab pelajaran selalu terdapat isi-
isi penting. Pelajar perlu mencatat semua
isi-isi penting mengikut bab (nota ringkas).
Ini memudahkan apabila tiba watu ujian
atau peperiksaan.
3. Selalu Disiplin Dan Tekun Dalam
Belajar
Pelajar mesti mempunyai displin yang
tinggi dan tekun belajar. Walaupun hanya
1-2 jam sehari tetapi kalau di lakukan
setiap hari pasti akan lebih baik dari pada
belajar dalam waktu yang sangat lama
pada waktu tertentu saja. Misalnya hanya
belajar kalau ada ulangan atau ujian saja.
4. Bertanya Sekiranya Kurang Faham
Jika terdapat sesuatu tajuk sukar untuk
difahami, keraplah bertanya kepada
pensyarah.
5. Hindari Sikap Tidak Jujur
Sifat jujur dalam diri setiap pelajar penting
bagi mencapai kecemerlangan. Maka itu,
pelajar perlu jujur mengikuti jadual yang
telah diaturkan.
6. Mohon Petunjuk Dari Allah
Apabila semua usaha telah dilakukan
dengan jujur dan ikhlas, pelajar disarankan
supaya mohon keberkatan dari pada Allah
swt. Insy’Allah…
b. Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dinyatakan oleh pengkaji ialah untuk
memperolehi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum,
pensyarah harus mengenal pasti gaya pembelajaran pelajarnya dan
menggunakan strategi yang sesuai seperti mengikut ciri-ciri gaya pembelajaran
yang ditonjolkan. Bagi mengenalpasti ciri-ciri gaya pembelajaran pelajar-pelajar,
pensyarah harus merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi gaya
pembelajaran iaitu unsur-unsur di dalam rangsangan emosi, sosial, persekitaran,
psikologi dan fisiologi (Visual, Auditori dan Kinesthetic).
Para pensyarah perlu sedar bahawa setiap orang pelajar mempunyai
gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, tiada satu sahaja kaedah mengajar
yang sempurna untuk mengajar semua pelajar dalam sesuatu kelas. Justeru itu,
strategi pengajaran yang digunakan hendaklah bercorak pelbagai jenis. Strategi
pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan pelajar dan bahan.
Berdasarkan kajian, strategi yang paling sesuai digunakan untuk mengatasi
masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran pelajar-pelajar ialah
pembelajaran masteri iaitu ianya menitikberatkan penguasaan pembelajaran
melalui secara perseorangan, berpasangan, kumpulan dan keseluruhan kelas.
Pembelajaran ini juga mementingkan aspek perbezaan individu (gaya
pembelajaran) serta penggunaan pelbagai alat bantu mengajar.
Maka itu, mengenali pelajar di awal setiap semester amat penting di
dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan berdasarkan ciri-
ciri pelajar samada ciri Visual, Auditori dan Kinesthetic. Langkah pertama ini jika
diamalkan pastinya mendatangkan manfaat dan kebaikan bersama di dalam
pencapaian akademik pelajar.
RUJUKAN
Abd. Rahim M. Ali ( 2001 ). Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia &
Psikologi
Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Dato’ Dr. Hassan Mohd Ali .phd.(2008).Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang .
PTS Millennia Sdn Bhd
Kamarul Ariffin bin Abd Rashid (PSP). Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran
Dengan Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Medan Dan
Elektromegnet Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di
UTHM. UTHM. @ politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/.../8-Kamarul-1-PSP-
full_edit.pdf
Kamus Melayu online.com
Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon ( 2003 ).Tip Pandai Belajar, PTS
Publications & Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang
Mok Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:
Komponen 1&2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi). Percetakan Seasons
Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Politeknik Kementerian pengajian Tinggi Malaysia (2005). Ke Arah
Memperkasakan Personaliti Unggul. Bahagian Pengurusan Politeknik KPTM
Suppiah Nachiappan, Ramlah jantan, Abd. Aziz Abd. Shukor et.al. (2009) ,
Pembelajaran Dan Perkembangan Pelajar. Oxford Fajar
Top Related