KENYATAAN MEDIA
MUZIUM PETALING JAYA TELAH BEROPERASI
Muzium Petaling Jaya kini dibuka semula kepada orang ramai. Datuk Bandar MBPJ,
Dato’ Hj Mohamad Roslan Sakiman berkata muzium yang berkonsepkan dalam taman
ini mempunyai enam galeri pameran utama. Antaranya Galeri A Sejarah Kelahiran
Petaling Jaya, Galeri B Pentadbiran Awal Petaling Jaya (Dahulu hingga Kini), Galeri C
Pameran Khas (Pameran Berkala), Galeri D Hall of Fame, Galeri E Kaum di Petaling
Jaya, dan Galeri F Perkembangan dan Pembangunan Petaling Jaya.
Kos baikpulih muzium yang menelan belanja sebanyak RM 200,000 itu bakal
menjanjikan pengalaman menarik untuk semua pengunjung.
Mereka akan dapat lebih banyak informasi serta dapat melihat artifak berkaitan
Petaling Jaya yang bermula sejak 50 tahun yang lalu. Muzium yang berada dibawah
seliaan Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan turut menubuhkan Kelab Warisan
yang sehingga kini mempunyai 280 ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
MBPJ akan menjalankan pelbagai program yang mana ianya turut akan melibatkan
muzium-muzium lain di seluruh negara.
Buat permulaan pihak Majlis mengalukan-alukan mana-mana pihak yang berminat
mahu menggunakan kawasan sekitar muzium sebagai tempat menganjurkan aktiviti
dan pelbagai program lain yang berkaitan dengan sejarah, penyelidikan dan juga
persekitaran.
Pihak Majlis juga turut bercadang menyediakan sistem wifi dan basikal eletrik untuk
kemudahan orang ramai bersiar di sekitar taman dan hanya dikenakan bayaran RM 5
untuk setengah jam. Sebarang maklumat layari laman web www.mbpj.gov.my.
Di sediakan Oleh: UNIT PERHUBUNGAN AWAN DAN KORPORAT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.
Top Related