5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
1/68
KEPENTINGAN KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN
AZMI BIN OSMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
2/68
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KEPENTINGAN KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN
.
SESI PENGAJIAN : 2004 / 2005
Saya AZMI BIN OSMAN
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1Tesis adalah milik Universiti Teknologi Malaysia2Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran di antara institusipengajian tinggi.
4** sila tandakan ( / )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
TIDAK TERHAD
__________________________ ___________________________
( TANDATANGAN PENULIS ) (TANDATANGAN PENYELIA )
No. 2023, Jalan Jambu 31 PM. DR MUHD ZAIMI ABD MAJID
Taman Muhibah, Saleng, (NAMA PENYELIA)81400 Senai,
Johor Darul Takzim.
Tarikh : hb Mac 2005 Tarikh : hb Mac 2005
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
# Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM)
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
3/68
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ________________________
Nama Penulis : AZMI BIN OSMAN
Tarikh : ________________________
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
4/68
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
Tandatangan : _______________________
Nama Penyelia : PM. DR. MUHD ZAIMI ABDUL MAJID
Tarikh : _______________________
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
5/68
KEPENTINGAN KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN
AZMI BIN OSMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan Awan
Universiti Teknologi Malaysia
2005
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
6/68
Teristimewa Untuk.
Abah Dan Emak Tercinta,
OSMAN IDRIS DAN CHE GAYAH AHMAD
Kasih Sayang, Doa dan Harapan Abah Dan Emak Menjadi Inspirasi
KekandaAZHAR OSMAN & ASMAEZA AHMAD,
Pengorbanan Dan Kasih Sayang Kekanda Berdua Tidak Terbalas Dan Akan
Tersemat Di sanubari
PM DR MUHD ZAIM I ABDUL MAJID
Bimbingan, Tunjuk Ajar Dan Kebaikan Dr. Akan Tersemat Di Sanubari. Semoga
Allah Memberkati & Merahmati Kehidupan Dr.
Sue
Terima Kasih Di Atas Doa Dan Kesetiaan...
Buat Teman-teman SeperjuanganMohd. Nasir Ali, Mohd. Ridzuan Yahya & Muzaitul Akma Musleh
Kalian adalah Yang Terbaik & Semoga Kita Berjaya..
iii
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
7/68
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada penyelia saya iatu PM. Dr.
Muhd Zaimi Bin Abdul Majid kerana telah meluangkan masanya untuk memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar dalam penghasilan tesis ini. Segala bantuan yang
diberikan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Selain itu, kerjasama dan maklumat yang telah banyak membantu penulisan
kajian tesis ini datangnya dari Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur, Bayu Bay Development Sdn. Bhd., MK Land, pihak
Jurutera Perunding, Kontraktor dan para pekerja pembinaan yang mengambilbahagian di dalam kajian ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang
dihulurkan.
Akhirnya terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi dan rakan-rakan seperjuangan atas bantuan dan sokongan
kalian sepanjang menjalankan projek ini.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini utnuk memohon maaf
sekiranya terdapat apa-apa kesilapan yang dilakukan. Segala teguran dan pendapat
yang membina amatlah dialu-alukan. Sekian terima kasih.
iv
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
8/68
ABSTRAK
Industri pembinaan di Malaysia menyaksikan rekod petumbuhan yang menggalakkan
sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh suasana ekonomi yang
melonjak. Walau bagaimana pun, perkembangan itu dicacatkan dengan jumlah
bilangan kadar kemalangan yang dilaporkan akibat kurangnya perhatian berat
tentang aspek keselamatan di tapak pembinaan. Kajian ini memfokuskan ke atas
strategi untuk membaiki tahap keselamatan di tapak pembinaan melalui analisis ke
atas pihak-pihak yang terlibat di dalam industri ini seperti pihak berkuasa, pemaju,
jurutera perunding, kontraktor dan para pekerja industri itu sendiri. Matlamat kajian
ini adalah untuk memjadikan tapak pembinaan adalah persekitaran kerja yang selesa
dan selamat. Metodologi kajian merangkumi kajian literatur bagi mengenalpasti
objektif kajian, pengumpalan data dari borang kaji selidik, analisis data dan akhir
sekali kesimpulan dan cadangan. Data yang telah dikumpulkan kemudiannya di
analisis dan dipersembahkan di dalam bentuk peratusan menerusi geraf, carta pai dan
jadual untuk memudahkan rujukan. Objektif yang dibuat kajian ialah untuk
mengenalpasti kepentingan keselamatan, faktor-faktor yang menghalang kejayaan
perlaksaan keselamatan dan pihak-pihak yang terlibat di tapak
pembinaan.Kesimpulannya, kajian ini berjaya mengenal pasti kepentingan
keselamatan di tapak pembinaan, factor-faktor yang menghalang kejayaan
perlaksanaan aspek keselamatan dan pihak-pihak yang terlibat di dalam menanganiisu keselamatan di tapak pembinaan.
v
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
9/68
ABSTRACT
Construction industry in Malaysia has an impressive record of growth rate over the
years due to the booming economic situation. However, there has been an increase in
the number of accidents reported from the construction sector due to lack of
awareness on safety at construction site. This research focused on strategies to
improve construction safety performance through the analysis of the parties involved
such as the authorities, clients, consulting engineers, contractors and the construction
workers itself. This research aim to investigate a safe working environment.
Amongst the objectives identified includes: to determine the importance of safety;
the factors that prevent the success of implementing safety practices and to identify
the parties involved in this industry. The data collection was based on the literature
review and questionnaires. The data collected from questionnaires surveys form were
analyzed using average percentage and presented in graph, pie chart and table. From
the analysis, prevention from accidents and minimizing the construction cost were
the main safety factor recorded. The site management attitude, the lack of action
from the authority and ineffectiveness of safety program were the major factors
preventing the successful of the implementation of safety on site. The contractors,
clients, consulting engineers and the construction workers were the parties that play
an important role on safety at construction site. In conclusion, this research has
identified the importance of safety, factors that prevent successful implementation of
safety and the parties involved in implement the safety aspect at construction site.
vi
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
10/68
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan kajian 1
1.1 Latarbelakang kajian 1
1.2 Penyataan Masalah kajian 3
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 3
1.4 Skop Kajian 4
1.5 Kepentingan Kajian 4
1.6 Metodologi kajian 5
vii
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
11/68
2 KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 6
2.1 Kepentingan Keselamatan Di Tapak
Pembinaan 7
3 FAKTOR YANG MENGHALANG KEJAYAAN PERLAKSANAAN
KESELAMATAN DI TAPAK
PEMBINAAN
3.0 Pengenalan 14
3.1 Sikap Pihak Pengurusan Tapak 143.2 Kelemahan Tindakan Tegas Oleh Pihak
Berkuasa 15
3.3 kempen Keselamatan Yang Tidak Efektif 16
3.4 Tiada Kursus Dan Latihan Tentang Keselamatan 16
3.5 Tiada Pegawai Keselamatan Yang Berkelayakkan 17
3.6 Rumusan Bab 17
4 PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DI
TAPAK PEMBINAAN
4.0 Pengenalan 18
4.1 Pihak Berkuasa 18
4.1.1 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) 19
4.1.2 Majlis Negara bagi keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 22
4.1.3 Institusi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Negara 23
4.2 Pemaju 25
4.3 Jurutera Perunding 26
4.4 Kontraktor 27
4.5 Pekerja pembinaan 32
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
12/68
5 METODOLOGI KAJIAN
5.0 Pengenalan 35
5.1 Kajian Literatur 35
5.2 Kaji Selidik 36
5.2.1 Penyediaan Borang Kaji Selidik 36
5.2.2 Kaedah Pengumpulan Data 38
5.2.3 Pengumpulan Data 40
5.2.4 Analisis Data 40
5.2.5 Kesimpulan Dan Cadangan 41
5.2.6 Rumusan Bab 41
6 ANALISIS DATA
6.0 Pengenalan 42
6.1 Keputusan 42
6.2 Analisis Data 43
6.2.1 Kepentingan Keselamatan Di Tapak
Pembinaan 44
6.2.2 Faktor-faktor Yang Menghalang
Kejayaan Perlaksanaan Keselamatan
Di Tapak Pembinaan 46
6.2.3 Pihak-Pihak Yang Terlibat Di Tapak
Pembinaan 48
6.3 Rumusan Bab 50
7 KESIMPULAN DAN CADANGAN
7.0 Pengenalan 51
7.1 Kesimpulan 51
7.1.1 Kepentingan Di Tapak Pembinaan 52
7.1.2 faktor-Faktor Yang Menghalang
Kejayaan Perlaksanaan Keselamatan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
13/68
Di Tapak Pembinaan 53
7.1.3 Pihak-Pihak Yang Terlibat di Tapak
Pembinaan 54
7.2 Cadangan 56
7.2.1 Cadangan Kajian lanjutan 57
7.2.2 Rumusan Bab 57
RUJUKAN 59
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
14/68
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
Lampiran A Surat Sokongan Dari SPACE Menjalankan
Kaji Selidik 61
Lampiran B Soalan Kaji Selidik 62
Lampiran C Warna-warna Keselamatan Di Tapak
Pembinaan 63
Lampiran D Label Amaran Bahaya 64
Lampiran E Tanda-tanda Wajib Di Tapak Pembinaan 65
Lampiran F Petunjuk Peralatan Kebakaran 66
Lampiran G Tanda-tanda Amaran 67
Lampiran H Tanda-tanda Keadaan Selamat 68
Lampiran I Tanda-tanda Larangan 69
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
15/68
BAB 1
PENGENALAN
Pengenalan
Industri pembinaan merupakan satu industri yang sememangnya semakinberkembang selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Justeru, di mana-mana sahaja kita akan dapat melihat ada sahaja kawasan baru
yang sedang atau akan di bangunkan. Dalam membincangkan pertumbuhan kawasan
baru, ia akan melibatkan beberapa aspek seperti penilaian terhadap kesan alam
sekitar, penilaian terhadap kesan laluan trafik dan juga yang paling utama adalah
aspek berkenaan dengan keselamatan semua pihak di tapak pembinaan. Kajian ini
akan membentangkan perkara-perkara yang akan menjelaskan betapa pentingnya
keselamatan di tapak pembinaan.
1.1 Latarbelakang Kajian
Industri pembinaan sememangnya tidak menyedari betapa pentingnya
keselamatan di tapak pembinaan. Keselamatan di tapak pembinaan adalah salah satu
faktor yang sangat penting yang selalu dipandang remeh oleh hampir kesemua pihak
yang terlibat di dalam sektor pembinaan di negara ini. Sepatutnya, keselamatan
dijadikan sebahagian daripada prosedur kerja.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
16/68
Utamakan Keselamatan atau Safety First adalah satu pandangan lumrah
yang kita semua dapat melihat di kebanyakan tapak pembinaan di negara kita tetapi
persoalannya, adakah ianya benar-benar diutamakan seperti yang terpampang pada
poster situ. Itulah sebabnya mengapa kajian ini dilakukan, supaya ianya tidak sekadar
slogan semata-mata malah dapat menjadi amalan harian di tapak pembinaan.
Keselamatan di tapak pembinaan bukan sahaja penting untuk mengelakkan
kemalangan malah ianya dapat memainkan peranan penting dalam usaha untuk
melipat-gandakan keuntungan dan menjimatkan kos pembinaan. Sehubungan dengan
itu, semua pihak yang terlibat dengan setiap projek pembinaan haruslah merancang
dan melaksanakan satu program keselamatan yang efektif sebagai langkah untuk
mengelakkan dan meminimumkan kemalangan di tapak pembinaan. Justeru, semua
pihak haruslah mematuhi setiap peraturan yang disediakan dengan mendapat
kerjasama yang menyeluruh daripada pihak pengurusan sehinggalah pekerja
bawahan supaya ianya berjaya mencapai matlamat program tersebut serta berjaya
menerap nilai-nilai keselamatan di dalam setiap pekerja yang terlibat dengan projek
pembinaan tersebut.
Keselamatan di tapak pembinaan bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak
pengurusan tapak sahaja, malah semua pihak pihak yang terlibat di dalam industri
pembinaan termasuk kerajaan Malaysia. Pihak-pihak ini haruslah memastikan setiap
projek pembinaan mematuhi setiap peraturan keselamatan supaya dapat melindungi
pekerja dan harta benda daripada kecederaan dan kerosakkan. Para pekerja haruslah
mematuhi setiap piawai keselamatan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan
supaya kecelakaan dapat dielakkan.
1.2 Penyataan Masalah Kajian
Industri pembinaan merupakan antara industri yang mempunyai tahap
kemalangan yang tinggi di kalangan industri yang sedia ada. Oleh yang demikian,
tapak pembinaan adalah kawasan yang sering terjadi kemalangan dan mendatangkan
kecederaan sekiranya keselamatan tidak dipandang serius oleh pihak pengurusan
tapak. Terdapat banyak sebab yang boleh mendatangkan kemalangan kepada setiap
pekerja di tapak pembinaan. Antara punca-punca yang menyebabkan malapetaka di
tapak pembinaan adalah seperti sikap pihak pengurusan tapak yang tidak prihatin dan
tidak mengambil berat tentang aspek keselamatan yang menyebabkan banyak kes
kemalangan dan kecederaan berlaku. Pihak majikan tidak seharusnya memandang
ringan aspek keselamatan dan hanya mementingkan keuntungan sahaja. Selain itu
kurangnya penguatkuasaan daripada pihak yang berwajib seperti Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), dan Institut Keselamatan, Kesihatan
dan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) yang sewajarnya memainkan peranan dengan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
17/68
memantau dan bertindak tegas kepada pihak pengurusan tapak yang mengabaikan
aspek keselamatan di tapak pembinaan mereka.
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian
Matlamat kajian ini adalah untuk menjadikan tapak pembinaan sebagai satu
persekitaran bekerja yang lebih selamat. Sehubungan dengan itu, beberapa objektif
telah di kenalpasti untuk mencapai matlamat tersebut. Di antara objektifobjektif
tersebut ialah:
Mengenal pasti kepentingan keselamatan di tapak pembinaan
Mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang kejayaan perlaksanaannya
Mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat di dalam projek pembinaan.
1.4 Skop Kajian
Skop kajian yang akan dijalankan adalah ke atas pihak-pihak yang terlibat di dalam
industri pembinaan, iaitu:
Fokus kepada agensi Kerajaan,
Fokus kepada pemaju projek dan jurutera perunding,
Fokus kepada kontraktor dan pekerja dalam industri binaan.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
18/68
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah sangat penting untuk memastikan tapak pembinaan menjadi satu
persekitaran bekerja yang selamat untuk semua pihak yang terlibat. Selain itu,
program keselamatan yang berkesan juga dapat menghalang daripada berlakunya
kemalangan yang tidak di ingini. Walau pun faktor keselamatan ini penting,
kebanyakan pihak terutamanya kontraktor selalu tidak bersungguh-sungguh di dalam
usaha mereka melaksanakan program keselamatan di tapak pembinaan. Kontraktor
sering berpendapat bahawa keselamatan di tapak pembinaan adalah menjadi
tanggungjawab setiap pekerja mereka sendiri.Selain itu di pihak pekerja pula harusmematuhi setiap garis panduan keselamatan yang telah digariskan oleh pihak
pengurusan mereka dengan bersungguh-sungguh di samping menyemat di dalam diri
sendiri tentang bahaya yang harus di hadapi sekiranya tidak mematuhi program
keselamatan tersebut. Oleh sebab yang demikian kajian ini adalah untuk menjelaskan
kepada pihak kontraktor, pekerja dan juga semua pihak yang terlibat bahawa
keselamatan di tapak pembinaan adalah sangat penting kerana ianya dapat
menjimatkan kos dan mendatangkan keuntungan sekiranya dilakukan dengan efektif
dan menyeluruh.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
19/68
1.6 Metodologi Kajian.
Metodologi kajian adalah di tunjukkan dalam gambarajah di bawah:
Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
Kajian Literatur
Mengenalpasti Kepentingan
Keselamatan
Di Tapak
Pembinaan
Mengenal pasti faktor-faktor
Yang menghalang
Kejayaan
pelaksanaannya
Mengenalpasti peranan yang perlu
di mainkan oleh semua pihak
Pengumpulan Data
Analisis Data
Kesimpulan
Gambarajah 1.0 : Metodologi Kajian
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
20/68
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Menurut laporan tahunan SOCSO pada tahun 1999, terdapat peningkatan terhadap
angka kemalangan di dalam industri pembinaan. Daripada 92,074 kes yang telah
dilaporkan, 73,765 kes adalah dari industri pembinaan. Ianya adalah penambahan
sebanyak 7.6 peratus kepada angka yang dicatatkan pada tahun 1998 iaitu sebanyak
68,579 kes.(Source: News Straits Times; 25 march 2001 Industrial Accident Cases
On The Rise)
Justeru, kajian ini menyedari betapa pentingnya aspek keselamatan diamalkan
dengan bersungguh-sungguh di setiap tapak keselamatan.
Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP), yang
diperkenalkan bagi melengkapkan undang-undang keselamatan industri yang telah
sedia wujud dan meningkatkan lagi tahap kesedaran tentang keselamatan di tempat
kerja.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
21/68
Tujuan utama AKKP seperti yang termaktub adalah seperti berikut:
untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerjaterhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti
orang yang sedang bekerja;
untuk melindungi orang di tempat kerja selain daripada orang yang sedang bekerja
terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang
yang sedang bekerja;
untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan orang yang sedang bekerja yangdisesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
untuk mengadakan cara yang menurutnya, perundangan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem
peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung
dengan peruntukkan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau
memperbaiki piawai keselamatan dan kesihatan.
Akta ini mempunyai tujuan yang murni iaitu untuk menggalakkan perwujudansuasana atau persekitaran pekerjaan yang sesuai dengan fisiologi dan psikologi
pekerja. Ia bertujuan supaya tempat kerja tidak menjadi kilang yang mendera
penghuninya dan yang boleh membawa penyakit atau kesengsaraan.
Menurut L.S. Tey (1999) [1], kepentingan keselamatan adalah:
untuk membasmi dan mengurangkan kebarangkalian timbulnya kemalangan dan
penyakit kepada pekerja. Dengan itu, para pekerja dapat menjalankan kerja denganlebih selesa serta dapat menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan;
untuk memastikan kelancaran kerja yang licin di tapak bina. Ini kerana apabila
berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini, maka kerja di tapak bina akan
tertangguh disebabkan penyiasatan terhadap tempat pembinaan dan soal siasat
terhadap pekerja oleh pihak berkuasa.
Selain daripada itu, ia dapat merangsang produktiviti pekerja dan menjimatkan kos.Apabila pekerja mengetahui bahawa tempat kerja dalah selamat dan selesa untuk
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
22/68
bekerja maka ini akan menaikkan semangat pekerja untuk bekerja dan sekali gus
menjimatkan kos kerana kerja dapat dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan;
Tidak akan kehilangan pekerja mahir. Dengan pengurusan yang berkesan, pekerja
mahir akan terasa terjamin untuk bekerja di tempat tersebut.
Keyakinan klien terhadap syarikat. Pengurusan keselamatan dan kesihatan yang
berkesan dapat memberi peluang kepada syarikat menunjukkan kemampuan untuk
menguruskan projek.
Abd. Ghani Khalid (1996) [2] di dalam penulisannya menegaskan bahawa walaupunindustri pembinaan itu melibatkan satu proses yang kompleks, ia seharusnya
menitikberat di dalam mencari satu strategi pengurusan dan penyelesaian untuk
mengurangkan kadar jumlah kecederaan di tapak pembinaan.
Di dalam tahun 2001, Malaysia mempunyai kira-kira 10 juta pekerja industri
daripada 24 juta jumlah penduduk ( Laporan di dalam Pelan Malaysia Kelapan).
Industri pembinaan sahaja terdapat 550,000 orang pekerja iaitu kira-kira 7 peratus
daripada angka tersebut.
Walau bagaimana pun, angka sebenar pekerja industri pembinaan di Malaysia pada
masa ini adalah dianggarkan lebih tinggi daripada angka yang dinyatakan di atas. Ini
adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang melonjak di dalam jangka masa tujuh
tahun lepas yang mencatatkan rekod kadar pertumbuhan tidak kurang dari tujuh
peratus setahun. Di dalam tahun 1994, adalah dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan
bahawa terdapat kira-kira 880,000 orang pendatang asing diambil bekerja di dalam
sektor pembinaan.
Beliau mengatakan bahawa program keselamatan yang baik dapat menolong
mengurangkan kecederaan di tapak pembinaan sekaligus dapat meminimumkan
kehilangan kos, meningkatkan produktiviti, meningkatkan keupayaan keuntungan
dan yang lebih penting adalah ianya dapat menyelamatkan nyawa pekerja yang
secara tidak langsung dapat menolong industri itu sendiri dan negara secara
keseluruhanya.
Abdul Aziz Hussin (2004) [3], pula menyimpulkan bahawa sebarang kegagalan atau
ketidakpatuhan dalam hal keselamatan pekerja tentunya merugikan semua pihak dan
mewujudkan kos-kos tidak perlu seperti kos penalti, halangan penerusan kerja kerana
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
23/68
cedera atau oleh pihak berkuasa, tuntutan gantirugi, jam kerja (man-hour) dan lain-
lain lagi, dan ini perlu diinsafi oleh semua pihak.
Sebelum itu, beliau menyatakan bahawa keselamatan pekerja adalah merujuk
kepada keselamatan pekerja itu daripada bencana kecederaan, kematian atau
kerosakkan tubuh badannya.
Beliau mengatakan pekerja tapak bina adalah salah satu komponen terpenting dalam
pengeluaran output industri pembinaan. Dengan itu, kehadiran mereka perlu
dianggap sebagai satu aset. Dengan demikian, keselamatan pekerja di tapak
pembinaan menjadi salah satu perkara yang mesti diambil tindakan yang sewajarnya
bukan sahaja oleh pembuat polisi dan pihak penguatkuasaan (kerajaan) tetapi jugaoleh klien, jurutera perunding, kontraktor, dan pekerja itu sendiri.
Syed M. Ahmad, et al (2000) [4], menjelaskan bahawa walaupun kadang-kadang
pihak kontraktor menyoal kepentingan membelanjakan sejumlah wang untuk aspek
keselamatan, kelebihan yang diperolehi dari sistem pengurusan keselamatan yang
berkesan adalah sebenarnya melampaui kos yang dikeluarkan itu. Kelebihan-
kelebihan yang didapati adalah seperti mengelakkan kelewatan projek, kerosakkan
ke atas loji/jentera dan peralatan, dan litigasi. Sistem keselamatan juga dapat
menolong pihak pengurusan dari menjalankan penyiasatan ke atas kemalangan yangberlaku.
Beliau turut menyatakan bahawa terdapat satu aspek yang penting yang jarang diberi
perhatian oleh pemaju dan kontraktor adalah terdapat peningkatan tahap kerja di
tapak bina. Tapak bina yang selamat dan selesa dengan aspek keselamatan yang
diterapkan dapat meninggikan moral, kurangnya ketidakhadiran dan jumlah
kehadiran buruh serta menjana semangat sepasukan. Semuanya ini akan menjurus
kepada pengurangan kos, kualiti yang tinggi dan projek dapat dijalankan mengikut
tempoh yang telah ditetapkan.
Edward J. Jaselskis, et al. (1996) [5], menegaskan bahawa kelebihan yang
didapati daripada program keselamatan yang berkesan dalah melampaui kos program
itu sendiri di mana ianya dapat mengurangkan rating ubahsuai pengalaman
(Experience Modification RatingEMR), mengurangkan kadar kemalangan di tapak
pembinaan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos projek, dan menaikkan
reputasi syarikat kepada klien.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
24/68
Hinze and Harrison (1981) [6], telah mengenal pasti program keselamatan yang
dipraktikkan di dalam sesebuah syarikat yang besar akan dapat mengurangkan kadar
kecederaan di tapak pembinaan. Kejayaan oleh sesebuah syarikat besar di dalam
menangani aspek keselamatan adalah disebabkan oleh antaranya para pekerja tidak
kira peringkat telah dianugerahkan sijil keselamatan.
Keselamatan di tapak pembinaan sememang perlu diberi perhatian yang serius oleh
pihak pengurusan tapak dan semua pihak yang terlibat di dalam industri ini. Ianya
bukan sahaja penting untuk menghindari dari kemalangan tetapi untuk
menyelamatkan jiwa dan harta benda. Selain daripada itu, kalau dirancang dengan
betul, keselamatan ini akan memberi lebih banyak keuntungan kepada pihak
pengurusan tapak khususnya kepada pihak kontraktor
Keselamatan di tapak pembinaan haruslah dipandang berat oleh semua pihak yang
terlibat di dalam industri pembinaan untuk menjamin kawasan tapak pembinaan
menjadi persekitaran yang selamat untuk bekerja dan meminimumkan kadar
kemalangan pada para pekerja tapak pembinaan.
Aspek keselamatan juga sangat penting didalam menjaga harta benda di tapak
pembinaan seperti mesin dan jentera, papan tanda amaran, peralatan keselamatan
seperti topi keselamatan, kasut keselamatan, kaca mata keselamatan dan sebagainya.
Sekiranya aspek ini ditekankan kepada para pekerja dan pihak pengurusan tapak,maka semua peralatan dapat digunakan dengan lebih lama dan semua kos yang
diperlukan untuk menggantikannya dengan yang baru dapat dielakkan.
Aspek keselamatan adalah penting bagi sesebuah syarikat pembinaan kerana dengan
penekanan aspek keselamatan, ianya dapat meningkatkan keuntungan bagi sesebuah
syarikat pembinaan. Ini adalah kerana segala sumber kewangan yang diperuntukkan
bagi menyediakan peralatan, mesin dan jentera berulangkali dapat disediakan untuk
sumber lain. Contohnya bagi tujuan membeli barangan pembinaan yang lain seperti
besi, simen, kayu dan sebagainya. Justeru, sesebuah syarikat pembinaan dapatkeuntungan yang lebih sekiranya aspek keselamatan ini ditekankan.
Produktiviti projek dapat ditingkatkan dengan satu program keselamatan di tapak
pembinaan yang efektif. Kebaikan yang akan diperolehi ialah tiada kos tambahan
yang perlu dikeluarkan untuk membayar pampasan kepada pekerja yang mengalami
kamalangan, tiada kos untuk mendapatkan pekerja baru, tiada kos tambahan untuk
melatih pekerja baru, projek akan dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah
ditetapkan dan terhindar dari membayar penalti lewat menyiapkan kerja.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
25/68
Dari segi minimumkan kos pembinaan, keselamatan juga amat penting bagi pihak
pemaju dan kontraktor kerana ianya dapat menjimatkan kos pembinaan. Antara kos
tersembunyi akibat kemalangan di tapak pembinaan ialah kos penyiasatan di mana
penyediaan siasatan oleh penyelia tapak akan mengambil masa yang panjang untuk
disiapkan. Ini akan menyebabkab kerja yang sepatutnya dilakukan oleh penyelia
tersebut akan terbengkalai dan menjejaskan produktiviti syarikat. Jika penyelia tapak
lebih diperlukan maka perunding terpaksa dilantik untuk menyiasat punca
kemalangan. Denda juga terpaksa dibayar atau kemungkinan akan disaman di
mahkamah juga boleh berlaku. Tempoh pembinaan dipanjangkan sekiranya tempoh
projek dipanjangkan, penalti akan dikenakan oleh pemaju disebabkan tidak mengikut
masa yang dijanjikan di dalam dokumen kontrak. Wang yang digunakan untuk
membayar penalti adalah lebih baik digunakan untuk membeli peralatan atau
menggunakan khidmat pakar.
Kerosakkan struktur bangunan atau pembaziran bahan bina. Walau projek tersebut
dilindungi oleh insuran, kos untuk membuat tuntutan juga diperlukan. Tambahan
pula, tidak semua polisi insuran melindungi jumlah kerugian. Bayaran kerja lebih
masa. Ia mungkin juga terpaksa dibayar kepada pekerja.
Pekerja yang cedera terpaksa dibayar pampasan selain terpaksa mengambil pekerja
baru dan ianya terpaksa pula dilatih terlebih dahulu.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
26/68
BAB 3
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG KEJAYAAN PERLAKSANAAN
KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN
3.0 Pengenalan
Walaupun terdapat faktor-faktor kejayaan keselamatan di tapak pembinaan, faktor-
faktor yang menghalang perlaksanaan keselamatan seharusnya juga diberi perhatian
oleh semua pihak. Sekiranya faktor-faktor ini tidak diambil berat, maka ini akan
menyebabkan semua pelan keselamatan yang dirancang akan menemui kegagalan.
3.1 Sikap Pihak Pengurusan Tapak
Sikap pengurusan tapak yang tidak mengendahkan aspek keselamatan di tapakpembinaan dari segi penyediaan peralatan keselamatan, menganggap aspek
keselamatan sebagai satu pembaziran wang dan meningkatkan kos serta
menyediakan peralatan yang tidak selamat atau peralatan lama yang tidak sesuai lagi
digunakan.
Abdul Aziz Hussin (2004) [10] telah memberi contoh iaitu di dalam kes Ng Kim
Cheng Pte. melawan Naigai Nitto Singapore Ltd. ([1991]), majikan telah di dapati
cuai kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan atas keselamatan plaintif
(pekerja) dan menyediakan sistem kerja dan gagal untuk menjaga atau membaiki
brek keselamatan jenangkut-susun itu dengan baik. Mahkamah juga memutuskan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
27/68
bahawa majikan berkewajipan untuk berjaga-jaga yang munasabah untuk
mnyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk kegunaan pekerja-pekerjanya,
dan menyelenggarakannya suapaya berada di dalam keadaan baik.
Kegagalan menyediakan peralatan keselamatan (contohnya tali pinggang
keselamatan) kepada pekerja dalam jenis-jenis kerja yang memerlukan
penggunaannya boleh mengakibatkan majikan didakwa cuai.
Di dalam kes Smith melawan Baker (Charles) & Sons ([1981]), kontrak diantara
majikan dengan orang yang diambil bekerja melibatkan di pihak majikan itu
kewajipan untuk mengambil langkah berhati-hati yang munasabah yang mana
pada menjalankan operasinya tidaklah menjadikan pekerja-pekerjanya itu terdedah
kepada risiko yang tidak perlu. Ini termasuk menyediakan perkakas yang sesuai dan
tidak mendatangkan risiko kepada pekerja. Jika majikan gagal mengambil langkah
berhati-hati yang nubasabah dalam menjaga keselamatan pekerjanya, maka majikan
itu (kontraktor) boleh didakwa cuai.
3.2 Kelemahan Tindakan Tegas Oleh Pihak Berkuasa
Pihak berkuasa memainkan peranan penting di dalam memastikan aspek keselamatan
dilaksanakan di tapak pembinaan. Institiut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Kebangsaan (NIOSH) telah ditubuhkan untuk memastikan persekitaran kerja yang
selamat kepada semua pihak yang terlibat di dalam industri ini. NIOSH boleh
mengambil tindakan tegas selaras dengan polisi dan undang-undang yang telah
ditetapkan.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIP) atau Construction
Insdustry Development Board (CIDB) juga memainkan peranan di dalam mencegah
berlakunya kemalangan di tapak pembinaan dengan memantau perlaksanaan aspek
keselamatan di setiap tapak pembinaan di seluruh Negara.
3.3 Kempen Keselamatan Yang Tidak Efektif
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
28/68
Keselamatan yang sepatutnya diutamakan tidak dapat disemai sekiranya tidak
dilakukan dengan bersungguh oleh semua pihak yang terlibat dengan projek
pembinaan. Pihak pengurusan haruslah serius dalam usaha menjadikan keselamatan
satu aspek penting dalam aktiviti seharian dengan mendenda pekerja yang tidak
mementingkan keselamatan di tapak bina. Oleh sebab itu, pelan keselamatan yang
telah dirancang mengikut undang-undang dan akta keselamatan yang ada haruslah
diwar-warkan kepada semua pekerja di tapak pembinaan. Kempen tersebut mestilah
dilakukan dengan bersungguh supaya ia menjadi satu pelan keselamatan yang efektif.
Jika pelan efektif telah disediakan tetapi perlaksanaan dipandang ringan, maka
kempen yang dilaung-laungkan akan gagal.
Tiada Kursus Dan Latihan Tentang Keselamatan
Pihak pengurusan tapak mestilah menghantar pekerja mereka untuk menyertai kursus
dan latihan yang disediakan oleh pihak NIOSH mengenai aspek keselamatan yang
efektif supaya mereka faham akan kepentingan keselamatan di tapak pembinaan.
Tiada Pegawai Keselamatan Yang Berkelayakkan
Kontraktor pembinaan tidak melantik pegawai keselamatan (safety officer) yang
berkelayakan dan berpengalaman yang bertanggungjawab keatas setiap aspek
keselamatan supaya ianya mengikut kehendakan dan etika keselamatan di tapak
pembinaan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP), 1994 atau
Occupational Safety and Health Act (OSHA), 1994.
Rumusan Bab
Bab ini memberi gambaran yang jelas terhadap faktor-faktor yang
menghalang perlaksanaan keselamatan di tapak pembinaan seperti sikap pihak
pengurusan tapak, kelemahan tindakan tegas oleh Pihak Berkuasa, kempen
keselamatan yang tidak efektif, tiada kursus dan latihan tentang keselamatan dan
tiada Pegawai Keselamatan yang berkelayakkan. Sekiranya semua faktor-faktor
tersebut diambil perhatian, program keselamatan di tapak pembinaan pasti akan
berjaya.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
29/68
BAB 4
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG
DI TAPAK PEMBINAAN
4.0 Pengenalan
Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan seharusnya memainkan peranan
mereka dengan lebih efektif di dalam melaksanakan aspek keselamatan. Pihak
berkuasa seperti NIOSH dan CIDB, pihak pemaju, jurutera perunding, kontraktor
dan pekerja industri pembinaan mempunyai peranan masing-masing begi
memastikan aspek keselamatan dijalankan mengikut akta dan undang-undang yang
telah ada.
4.1 Pihak Berkuasa
Pihak berkuasa mempunyai peranan yang penting dengan memantau dan mengawal
selia di semua tapak pembinaan supaya mereka mematuhi undang-undang dan akta
yang digubal bagi memastikan tapak pembinaan menjadi satu persekitaran kerja yang
selamat.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
30/68
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department of
Safety and Health (DOSH)
Dengan berkuatkuasanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994,
maka tertubuhlah Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang
mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera
1967 masih berkuatkuasa, namun Jabatan Kilang dan Jentera telah ditukar namanya
kepada JKKP. JKKP ditubuhkan di peringkat Pusat iaitu beribu pejabat di Kuala
Lumpur dan di setiap negeri.
JKKP ditubuhkan dengan beberapa objektif:
Menggubal dan mengkaji dasar, undang-undang, peraturan, tataamalan dan garis
panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tugas ini dijalankan oleh Unit Kajian
Dasar dan Perundangan.
Memastikan majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, pereka bentuk, pembekal,
pengimpot sentiasa mengamalkan budaya kerja yang sihat dan selamat serta
mematuhi undang-undang, peraturan, tataamalan dan garis panduan berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Objektif ini dicapai melalui cara promosi dan
penguatkuasaan.
Membantu dan memberi khidmat kepakaran, galakan, latihan, penyebaran maklumat
dan penyelidekan oleh agensi Kerajaan, organisasi bukan Kerajaan dan majikan
supaya dapat meninggikan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Aktiviti Utama Jabatan adalah:
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
31/68
Menguruskan pentadbiran dan memberi maklumat kepada Majlis Negara bagi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Mengkaji, mengenal pasti, merangka dasar, peraturan, tataamalan dan garis panduan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Membuat analisa teknikal dan mengenal pasti langkah-langkah bagi mengawal
bahaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
Menyemak dan memperaku rekabentuk jentera seperti dandang stim, pengandung
tekanan dan mesin angkut.
Menyemak dan memperaku rekabentuk peralatan yang berkaitan dengan penggunaan
bahan petroleum dan kelengkapan pelindung diri seperti penutup telinga dan mesin
pengukur bunyi.
Menyemak dan memperaku rekabentuk penstoran, penghantaran dan penggunaan
bahan petroleum kimia.
Menyediakan sukatan pemeriksaan dan penilaian serta mengendalikan peperiksaantahap kecekapan firma dan organisasi berkebolehan.
Mengenal pasti, menyemak laporan keselamatan dan pelan tindakan kecemasan serta
membuat pemeriksaan dan audit ke atas instalasi-instalasi bahaya besar.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
32/68
Membuat pemeriksaan berkala dan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke
atas kilang, jentera dan tempat kerja. Pemeriksaan dibuat setiap lima belas bulan
sekali.
Membuat pemantauan bahaya-bahaya kesihatan di tempat kerja.
Menyemak laporan pemantauan bahaya kesihatan
Menyiasat kemalangan, penyakit dan keracunan pekerjaan dan kejadian bahaya yang
berlaku di tempat kerja.
Menganjur dan memberi ceranah serta latihan berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.
Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaaan kepada
agensi awam dan swasta serta persatuan-persatuan.
Mengumpul dan menyediakan bahan dan maklumat berhubung dengan keselamtan
dan kesihatan pekerjaan. Perpustakaan ditubuhkan di Jabatan.
Melakukan kerja-kerja pendakwaan.
Majlis Negara bagi Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan
Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah AKKP. Tugas-tugas Majlis ini adalah:
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
33/68
Menyiasat dan membuat laporan serta syor kepada Menteri dengan apa-apa perkara
yang berhubung dengan tujuan akta ini.
Mengubah perkara yang dianggap wajar erhadap perundangan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.
Memajukan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dankesihatan pekerjaan.
Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan dengan buruh
tentang keselamtan dan kesihatan pekerjaan serta kebajikan orang yang sedang
bekerja.
Menangani masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain di dalam
masyarakat.
Menubuhkan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi industri kimia di tempat
kerja.
Mengaanalisa statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berkaitan dengan
pekerjaan.
Mengadakan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
34/68
Menggalakkan pembangunan dan penerimaam melalui undang-undang akan
tataamalan industri yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerjaan.
Membangunkan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang
yang cedera di tempat kerja.
Intitusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
Institut ini ditubuhkan pada 1 hb. Disember 1992 di bawah Akta Syarikat Malaysia
1965 untuk memacu budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Misi utama
penubuhan NIOSH adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan kepada Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau Occupational Safety and Health (OSH) diMalaysia.
Fungsi NIOSH adalah untuk:
Menyumbang ke arah usaha-usaha menaiktaraf KKP melalui pembangunankurikulum dan program latihan kepada pekerja dan majikan
Menolong industri, perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah yang
bersankutan dengan KKP
Membantu mereka-mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP dengan informasi
terkini di dalam KKP di luar negara
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
35/68
Menganjurkan kajian samada janka pendek atau jangka panjang ke atas KKP dan
isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia
Dissem inate informasi tentang kajian dan penemuan KKP dan isu kesihatan di
dalam aktiviti utama dan sebagainya di bawah atau bagi pihak Institut dan menjadi
pusat rujukan.
NIOSH mempunyai komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab di dalam
memastikan semua pekerjanya bekerja di dalam persekitaran yang sihat dan selamat.Selain itu, polisi NIOSH adalah mematuhi semua undang-undang dan peraturan
keselamatan dan kesihatan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menghindari
pekerjaan yang bersangkutan dengan kecederaan dan penyakit.
Objektif penubuhan NIOSH adalah untuk:
Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua pekerja,
peserta kursus, kontraktor dan pelawat.
Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan kepada
pekerja
Memastikan setiap pengurus dipertanggungjawabkan keatas keselamatan dan
kesihatan yang didirikan.
Setiap pekerja adalah aspek utama program keselamatan dan kesihatan dan adalah
dijangka mereka akan komited dengan objektif di atas.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
36/68
Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga turut mempunyai peranan di dalam
memastikan setiap projek pembinaan di bawah seliaan mereka mematuhi undang-
undang dan akta yang ada di dalam aspek keselamatan di tapak pembinaan. Mereka
semestinya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar atau engganmematuhi aspek keselamatan sebagaimana termaktub di dalam undang-undang dan
akta.
4.2 Pemaju
Pihak pemaju mestilah meminta setiap kontraktor yang melakukan projek mereka
mengadakan satu pelan keselamatan yang lengkap dan mematuhi semua akta yang
ada sebelum pihak kontraktor memulakan kerja mereka. Ini bagi memastikan semua
kerja yang dijalankan dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan dan siap mengikut
jangka waktu yang telah dimeterai oleh semua pihak. Sekiranya kemalangan berlaku,
ini akan menyebabkan banyak masa terbuang bagi siasatan dan ini akan
menyebabkan projek tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan
Menurut Zairo Alias (1997)[16], pemilik diperlukan di dalam aspek pengawasan ke
atas kontraktor. Pemilik tidak berhak untuk membuat arahan kerja yang dilakukan
tetapi boleh diutarakan kepada pihak kontraktor untuk tindakan.
Samelson and Levitt (1982) [17], di dalam kajian mereka, telah mengenal pasti
bahawa kaedah yang digunakan oleh pemilik di dalam memilih kontraktor yang
selamat di mana pemilik yang terlibat secara langsung di dalam memilih dan
mengawasi program keselamatan kontraktor akan memberi impak kepada penurunan
kadar kemalangan di tapak projek. Selain itu, penggunaan permit jangka pendek di
dalam pengendalian operasi yang berbahaya, penekanan keselamatan semasa lawatan
awal tapak, keperluan keselamatan secara terperinci di dalam spesifikasi dan
pemeriksaan tapak, simpanan rekod keselamatan, menetapkan matlamat keselamatan
ke atas kontraktor dan menjadikan aspek keselamatan sebagai syarat dan kriteria
pemilihan kontraktor.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
37/68
Menyediakan orientasi keselamatan dan latihan kepada pekerja dan pengawasan ke
atas operasi berbahaya serta menyediakan kakitangan keselamatan sendiri yang
mempunyai kepakaran dan mahir di dalam bidang keselamatan dan kesihatan.
Penekanan ke atas kontraktor oleh pemilik atau pemaju supaya menyediakan aspek
keselamatan dan latihan kepada kakitangan di tapak pembinaan, melakukan
pemeriksaan ke atas mensyuarat keselamatan di tapak dan kedua-dua belah pihak
iaitu pemilik dan kontraktor melakukan penyiasatan bersama sekiranya berlaku
kemalangan di tapak pembinaan.
4.3 Jurutera Perunding
Jurutera seharusnya menjalankan tugas bagi pihak pemaju dengan memastikan
projek dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak.
Mereka seharusnya memastikan pihak kontraktor mengadakan dan mematuhi setiap
pelan keselamatan yang telah dirangka bagi memastikan tapak pembinaan adalah
selamat dan projek dapat dijalankan mengikut jadual.
Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [10], pihak jurutera perunding adalah antara
pihak-pihak yang terlibat secara langsung di tapak pembinaan yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja binaan.
Aspek-aspek penerapan dan pematuhan undang-undang dan polisi, dasar kerja yang
proaktif dan fasilitatif dalam hal keselamatan dan pengetahuan yang cukup amatlah
diperlukan dan ianya perlu ada pada setiap jurutera perunding projek.
Kontraktor
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
38/68
Pihak kontraktor adalah pihak yang paling utama di dalam memastikan aspek
keselamatan dilaksanakan kerana merekalah yang menjalankan kerja di tapak
pembinaan.
Abdul Aziz Hussin (2004) [10], di dalam seksyen 15 Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja (KKP)1994, menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab
dan tugas majikan mempastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerja-
pekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang
selamat, peralatan yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat
serta suasana kerja yang selamat. Secara khususnya, menurut seksyen 15(1) AKKP
1994, tugas menjaga keselamatan pekerja (termasuk di tapak pembinaan)
merangkumi:
penyediaan dan penyelenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem kerja yang
selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan;
Diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan alatan itu
adalah selamat;
Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja
berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja;
Penyelenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat;
Suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.
Perkara-perkara mengenai tanggungjawab majikan (menyediakan peralatan
keselamatan) dan tanggungjawab pekerja (memakai atau mengguna peralatan
berkenaan) pernah menjadi isu perbincangan utama di dalam kes Wong Soon Sanmelawan Malayan United Industrial Co. Ltd. (1967 ).
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
39/68
Di dalam kes Smith melawan Baker (Charles) & Sons (1981), Kontrak di antara
majikan dengan orang yang diambil bekerja melibatkan pihak majikan itu kewajipan
untuk mengambil langkah-langkah berhati-hati yang munasabah yang mana pada
menjalankan operasinya tidaklah menjadikan pekerja-pekerjanya itu terdedah kepada
risiko yang tidak perlu. Ini termasuk menyediakan perkakas yang sesuai dan tidak
mendatangkan risiko kepada pekerja. Jika majikan gagal mengambil langkah
berjaga-jaga (berhati-hati) yang munasabah dalam menjaga keselamatan pekerjanya,
maka majikan itu (misalnya kontraktor) boleh didakwa cuai (Abdul Aziz Hussin,
2000, m.s. 20-25)
Di dalam kes Ng Kim Cheng Pte. Melawan Naigai Nitto Singapore Ltd. (1991),
majikan telah didapaticuai kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan
atas keselamatan plaintif (pekerja) dan menyediakan sistem kerja dan gagal untukmenjaga atau membaiki brek keselamatan jenangkut-susun itu dengan baik.
Mahkamah juaga memutuskan bahawa majikan berkewajipan untuk berjaga-jaga
yang munasabah untuk menyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk
kegunaan pekerja-pekerjanya dan menyelenggaranya supaya senantiasa dalam
keadaan baik.
Sistem kerja yang selamat dan yang tidak mendedahkan risiko kecederaan/kematiankepada pekerja ditekankan di dalam kes Mohd. Sainudin b. Ahmad melawan
Consolidated Hotels Ltd. & seorang lagi (1978).
Kegagalan menyediakan peralatan keselamatan (misalnya tali pinggang keselamatan)
kepada pekerja dalam jenis-jenis kerja yang memerlukan penggunaannya boleh
mengakibatkan majikan (kontraktor) didakwa cuai, kes Chong Fah Lin melawan
United Engineers (M) Sd. Bhd. (1978).
Menurut Zairo Alias (1997) [16], pihak kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap keadaan dan perjalanan kerja di tapak pembinaan. Mereka
bertanggungjawab mengawasi kerja pembinaan, menganal pasti masalah yang
mungkin timbul dan mengambil tindakan ke atas masalah yang timbul.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
40/68
Menurut Hinze and Raboud (1988) [18], telah mengenal pasti langkah-langkah yang
sesuai untuk mencapai atau mengekalkan tahap keselamatan yang di terimadi dalam
sesebuah projek besar. Langkah-langkah tersebut adalah:
Mengambil atau melantik seorang pakar keselamatan sepenuh masa
Sokongan padu daripada pihak atasan pengurusan tentang aspek keselamatan
Perjumpaan atau mesyuarat keselamatan diwajibkan ke atas penyelia
Mengawasi pencapaian penyelia keselamatan
Melakukan lawatan tapak mengenai aspek keselamatan
Isu-isu keselamatan dimasukkan di dalam minit mesyuarat tapak
Penggunaan teknik-teknik terkini mengurangkan kadar kemalangan
Aspek keselamatan akan berjaya sekiranya wakil dari klien atau klien itu sendiri
menghadiri mesyuarat koordinasi tapak
Tekanan kerja akan mempengaruhi keberkesanan aspek keselamatan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
41/68
Menurut Syed M. Ahmad et al (2000) [11], pihak kontraktor sewajarnya diselia
mengikut langkah-langkah di bawah di dalam menyediakan pelan keselamatan tapak
yang jelas, terperinci dan praktik di tapak pembinaan:
Pelan keselamatan tapak seharusnya berdasarkan polisi keselamatan syarikat, dan
mestilah mematuhi garis panduan dan undang-undang yang sedia ada mengenai
keselamatan dan kesihatan pekerja.
Kontraktor seharusnya mengambil kira kehendak pembinaan dan keselamatan dan
kesihatan di tapak
Kontraktor seharusnya memberitahu klien tentang aspek keselamatan dan kesihatan
yang dikehendaki dari mereka
Kontraktor seharusnya dapat melihat bahaya yang mungkin ekoran dari isukeselamatan dan kesihatan
Kontraktor seharusnya memantau aktiviti-aktiviti yang berbahaya sekiranya perlu
Kontraktor wajar melakukan penyiasatan keadaan tapak dengan terperinci danmengambil semua informasi yang bersangkutan keselamatan dan kesihatan
Pihak kontraktor mesti mengadakan rundingan dengan mereka yang mempunyai
pengalaman berkaitan dan tahu dengan keadaan tapak
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
42/68
Kontraktor mesti menggunakan dengann sepenuhnya informasi yang ada dan
meneruskan analisis yang teliti supaya dapat membuat pelan keselamatan tapak yang
lengkap dan praktik.
Di dalam seksyen 30 AKKP 1994, setiap majikan tempat kerja yang mempunyai
sekurang-kurangmya 40 orang pekerja atau sekiranya diarahkan oleh Ketua Pengarah
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja tersebut.
Akta juga mengkehendaki majikan berunding dengan jawatankuasa dalam proses
membuat dan melaksanakan perkiraan yang akan membolehkan beliau dan pekerja-
pekerjanya untuk bekerjasama dengan berkesan dalam penggalakkan,
pembanguynan, dan penilaian keberkesanan langkah-langkah keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.
Jawatankuasa ini adalah bertujuan melaksanakan dasar atau polisi keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di tempat kerja, menggalakkan pihak pengurusan dan pekerja
berunding dan bekerjasama dalam mengenal pasti, menilai dan mengambil tindakan
ke atas masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
Menurut seksyen 29 AKKP 1994, mengenai perlantikkan pegawai keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja, akta mengkehendaki majikan menggaji seseorang yang
berkelayakan iaitu seorang yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Keselamatan dan
Kesihatan sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
4.5 Pekerja Industri Pembinaan
Pekerja di tapak pembinaan adalah salah satu komponen terpenting dalam hasil
pengeluaran industri pembinaan. Oleh yang demikian, mereka adalah satu aset
kepada industri ini. Maka, keselamatan dan kesihatan mereka di tapak pembinaan
perlu menjadi perkara utama yang mesti diambil tindakan sewajarnya oleh semua
pihak samada pihak penguatkuasa, klien, konsultan dan kontraktor malah pekerja itu
sendiri.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
43/68
Peruntukkan-peruntukkan Utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
di dalam Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ada menyebut
bahawa tanggungjawab dan peranan pekerja dalam mewujudkan tempat kerja yang
selamat. Pihak pekerja hendaklah diingatkan tentang tanggungjawab mereka untuk
menjaga keselamatan dirinya dan orang lain, memberikan kerjasama kepada pihak
pengurusan dalam melaksanakan program keselamatan dan kesihatan termasuk
menggunakan alat-alat keselamatan yang disediakan, serta melaporkan segala
keadaan yang berisiko dan sebarang kemalangan di tempat kerja kepada penyelia
atau pegawai yang bertanggungjawab.
Penglibatan pekerja amat bernilai kerana mereka dapat memberi maklumat dan
maklum balas terhadap risiko yang dihadapi di tempat kerja, terutama pekerjaan di
bahagian teknikal. Justeru, wakil pekerja seeloknya dipilih dari bahagian yang
strategik atau paling tinggi risikonya untuk menganggotai jawatankuasa keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja.
Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [10], di pihak pekerja itu sendiri juga perlulahinsaf untuk menjaga keselamatannya sendiri dari risiko kecederaan/kematian,
misalnya berhak semasa kerja termasuk menggunakan peralatan keselamatan yang
disediakan (tali pinggang keselamatan) atau menggunakan tangga mudah alih dengan
betul dan cermat.
Pekerja itu sendiri perlu ada kesedaran dan kesediaan mematuhi undang-undang,
peraturan dan prosedur keselamatan supaya dapat memberi sumbangan besar di
dalam menjamin keselamatan mereka sendiri.
Para pekerja industri pembinaan seharusnya mematuhi setiap aspek keselamatan
yang telah diadakan oleh pihak majikan mereka supaya kemalangan dapat dielakkan
dan menghindari mereka daripada tercedera semasa bekerja. Mereka seharusnya
peka dengan persekitaran bekerja dan sentiasa memakai peralatan keselamatan yang
disediakan.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
44/68
BAB 5
METODOLOGI KAJIAN
5.0 Pengenalan
Di dalam setiap kajian, metodologi adalah sangat penting di dalam usaha untuk
memperoleh data-data yang berkaitan dan informasi yang berdasarkan fakta. Justeru,
kajian ini akan dijalankan berasaskan kepada data-data primer dan sekunder di dalam
mengumpul maklumat yang terperinci. Terdapat dua (2) kaedah utama yang
dijalankan:
5.1 Kajian Literatur
Data-data yang bersangkutan kajian diperolehi dari journal yang telah diterbitkan,
tesis terdahulu, dan buku. Internet juga dilayari untuk mendapatkan maklumat
sampingan selain journal, tesis serta buku.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
45/68
Journal dan tesis digunakan adalah untuk menentukan asas kajian ini di mana
permasalahan kajian dapat dikenalpasti. Selain daripada itu, penelitian ke atas tesis
terdahulu dibuat supaya kajian ini tidak mempunyai persamaan dengannya.
5.2 Kaji Selidik
Borang kaji selidik diedarkan kepada Badan Kerajaan, Pemaju, Kontraktor,
Jurutera Perunding dan para pekerja di tapak pembinaan yang terpilih di Johor Bahru
dan Kuala Lumpur. Semua data-data ini dikumpul dan dianalisa sebelum keputusan
didapati.
5.2.1 Penyediaan Borang Kaji Selidik
Soalan-soalan di dalam borang kaji selidik direkabentuk berasaskan kepada
tiga (3) objektif yang telah dikenalpasti seperti yang telah dicatatkan di dalam bab
pengenalan iaitu:
Mengenal pasti kepentingan keselamatan di tapak pembinaan
(2) Mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang kejayaan perlaksanaan aspek
keselamatan di tapak pembinaan, dan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
46/68
(3) Mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat secara lansung di tapak pembinaan.
Soalan-soalan itu telah dibentuk melalui tiga (3) kaedah iaitu kaedah buka-tutup (open-ended), isi tempat kosong dan menanda di dalam kotak yang telah
disediakan.
Bagi objektif yang pertama iaitu mengenalpasti kepentingan keselamatan di
tapak pembinaan, soalan-soalan yang menjurus kepada kepentingan keselamatan dan
bentuk keselamatan yang telah dikenalpasti iaitu mengelakkan dari kemalangan,
meminimumkan kos pembinaan, mengelakkan dari kerosakkan harta benda dan
meningkatkan produktiviti. Selain itu, soalan-soalan juga dibuat untuk mencari
pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di tapak pembinaan,
langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak pengurusan tapak bagi memberitahu
kepentingan keselamatan di tapak dan sikap pihak pengurusan terhadap aspek
keselamatan di tapak pembinaan.
Bagi objektif yang kedua iaitu mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang
kejayaan perlaksanaan keselamatan di tapak pembinaan, soalan-soalan direkabentuk
supaya menjurus ke arah faktor-faktor yang menghalang kejayaan perlaksanaan
keselamatan di tapak pembinaan iaitu sikap pihak pengurusan, tindakan lemah dari
Pihak Berkuasa dan pelan keselamatan yang tidak efektif. Faktor-faktor lain yang
dikenalpasti ialah tiada kursus dan kempen keselamatan dan ketiadaan Pegawai
Keselamatan bertauliah/berkelayakkan.
Selain itu, keperluan keselamatan dan bentuk tindakan atau hukuman yangdiambil sekiranya pihak pengurusan tidak menyediakan aspek keselamatan di tapak
pembinaan. Keperluan seorang Pegawai Keselamatan, bentuk aspek keselamatan,
keperluan kursus dan latihan aspek keselamatan dan mencari sebab kurangnya
penekanan oleh pihak pengurusan juga turut diajukan.
Bagi objektif yang terakhir iaitu mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat di
tapak pembinaan, soalan-soalan yang condong kepada pihak-pihak yang terlibat dan
pihak yang utama berperanan menangani aspek keselamatan di tapak pembinaan dan
peranan yang dimainkan oleh pihak tersebut. Tindakan yang perlu dikenakan ke atas
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
47/68
pekerja yang melanggar atau tidak mematuhi aspek keselamatan yang disediakan,
peranan Pihak Berkuasa dan tindakan mereka terhadap pihak pengurusan yang tidak
mengendahkan aspek keselamatan dan mencari samada peranan Pihak Berkuasa
dapat menaikkan tahap keselamatan di tapak turut disediakan. Akhir sekali, soalan
yang berhubungkait tentang kewajaran pelan tindakan keselamatan dijadikan sebagai
aspek penting di dalam meluluskan sebarang kerja pembinaan.
Setelah maklum balas diperolehi daripada kesemua responden yang terdiri
daripada badan kerajaan, pemaju/pemilik, kontraktor, jurutera perunding dan para
pekerja pembinaan, kesemua data-data tersebut dianalisa menggunakan kaedah
peratusan dan geraf supaya dapat dilihat secara jelas hasil analisa-analisa tersebut.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengumpulan data adalah menerusi borang kaji selidik yang telah direkabentuk
terlebih dahulu menepati objektif yang telah dikenalpasti. Borang kaji selidik ini
telah diserahkan kepada responden-responden yang telah dipastikan terlebih dahulu
iaitu Pihak Berkuasa, Pemaju/Klien, Jurutera Perunding, Kontraktor dan pekerja
pembinaan.
Dua responden daripada Pihak Kerajaan yang telah dikenalpasti telah diserahkan
borang kaji selidik.
Dua (2) responden bagi pihak pemaju telah ditemui dan diserahkan borang kaji
selidik. Pihak pemaju yang ditemui telah memberikan kerjasama yang amat
memuaskan.
Sebanyak sepuluh (10) responden dari pihak kontraktor telah ditemui, lima (5)
daripadanya adalah dari Johor Bahru dan selebihnya adalah dari Kuala Lumpur.
Borang kaji selidik kemudiannya telah diserahkan untuk mereka dan hasilnya akan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
48/68
diterangkan di dalam bab analisa. Tidak dapat dinafikan bahawa kesemua mereka
telah memberikan maklum balas yang amat memberangsangkan.
Borang kaji selidik juga telah diserahkan kepada pihak jurutera perunding bagi
mendapatkan pandangan mereka di dalam kajian tentang aspek keselamatan di tapak
pembinaan. Sebanyak lima (5) firma jurutera perunding telah ditemui dan diserahkan
borang kaji selidik. Kerjasama kelima-lima firma jurutera perunding tersebut amatlah
dihargai.
Pekerja industri pembinaan adalah golongan yang terlibat secara total di tapak
pembinaan. Tanpa golongan ini, industri pembinaan akan menjadi lemah. Justeru,
tanpa melupakan golongan ini maka borang kaji selidik telah juga diedarkan kepada
mereka. Walaupun terdapat sedikit rintangan untuk mendapatkan kerjasama mereka
pada awalnya, tetapi dengan sedikit penerangan tentang kepentingan kajian ini
kepada mereka khususnya maka akhirnya mereka telah memberikan kerjasama yang
amat memuaskan hati.
5.2.3 Pengumpulan Data
Pada peringkat ini, kesemua data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik
yang dikumpulkan dari semua responden yang terlibat akan di analisa dengan
mencari peratus kesemua data dan dipersembahkan di dalam bentuk geraf, carta pai
dan jadual supaya dapat dilihat dengan lebih jelas.
Analisis Data
Pada peringkat ini, data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik hasil
maklum balas setiap responden akan dikumpulkan dan dianalisis di dalam bentuk
penulisan supaya data-data yang diperolehi mudah difahami. Data-data akan
dipersembahkan dalam bentuk gambarajah seperti geraf dan jadual dengan
huraiannya.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
49/68
Di dalam menganalisis kepentingan keselamatan di tapak pembinaan, faktor-faktor
yang menghalang perlaksanaannya dan pihak-pihak yang terlibat di dalam
menangani aspek keselamatan di tapak pembinaan telah disediakan dalam bentuk
keterangan statistik dan dipersembahkan di dalam bentuk peratusan di dalam gerafdan jadual.
Peratusan untuk setiap kategori jawapan telah diperolehi dengan cara berikut:
Peratusan = (X/Jumlah bilangan responden) * (100%)
Di mana, X = Bilangan responden yang memberi jawapan tertentu
Proses menganalisa bermula apabila borang kajiselidik yang telah diisi oleh
responden dikembalikan. Data-data ini dikumpulkan dan dianalisa mengikut
peratusan tertinggi bagi setiap jawapan yang diperolehi. Dengan menggunakangambarajah geraf dan jadual, maka setiap jawapan yang menjurus kepada memenuhi
setiap objektif akan dapat difahami dengan mudah.
5.2.5 Kesimpulan Dan Cadangan
Di dalam bahagian ini, satu kesimpulan akan dikemukakan sebelum beberapa
cadangan diusulkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil di dalam
menangani isu keselamatan di tapak pembinaan.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
50/68
Rumusan bab
Secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa metodologi kajian amat penting
di dalam sesuatu kajian. Dengan adanya metodologi kajian, sesuatu kajian dapat
dilakukan dengan lebih tersusun dan dapat melakukan pengumpulan data yang
berkaitan dengan kajian dengan tepat.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
51/68
BAB 6
ANALISIS DATA
Pengenalan
Bab ini akan membentangkan hasil analisis yang diperolehi dari data borang kaji
selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden yang terbabit. Data-data
yang telah dianalisi akan dikemukakan di dalam bentuk geraf, carta pai dan jadual.
Satu kesimpulan akan dibuat di akhir analisis sebelum pengesyoran yang dirasakan
penting di dalam menangani aspek keselamatan di tapak pembinaan.
6.1 Keputusan
Sebanyak 30 respoden telah dikemukakan borang kaji selidik dan hasil maklum balas
adalah amat memberangsangkan iaitu 100%. Sebanyak 19 responden telah memberi
maklum balas di dalam masa seminggu iaitu sebanyak 70% dan selebihnya iaitu 11responden atau 30% memberi maklum balas di dalam masa satu hari atau dua hari.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
52/68
Responden dari agensi kerajaan yang telah dikemukakan boring kaji selidik adalah
dari Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pemaju dari Johor Bahru ialah Bayu Bay Development Sdn. Bhd. dan MK Land
Holding Bhd. di Kuala Lumpur. Sementara responden dari pihak Jurutera Perunding,Kontraktor dan para pekerja pembinaan adalah sebanyak 53% peratus atau 16 dari
kesemua 30 responden.
Jadual 6.0 : Responden Yang Terlibat
Responden Bilangan %
Pihak Berkuasa 2 6.7
Pemaju/Klien 2 6.7
Jurutera Perunding 5 16.7
Kontraktor 10 33.3
Pekerja Pembinaan 11 36.7
JUMLAH 30 100
Analisis Data
Data dari borang kaji selidik dianalisis mengikut objektif yang telah dikenal
pasti yang telah dikupas di dalam Bab 1 dan Bab 2 iaitu mengenalpasti kepentingan
keselamatan di tapak pembinaan, faktor-faktor yang menghalang kejayaan
perlaksanaan keselamatan dan pihak-pihak yang terlibat di tapak pembinaan.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
53/68
6.2.1 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
Gambarajah 6.2.1: Peratusan Responden Mengenai Kepentingan Keselamatan
Daripada Gambarajah 6.2.1, 60 peratus responden telah memberi maklum balas
bahawa kepentingan keselamatan di tapak bina adalah untuk mengelak kemalangan.
23.3 peratus pula memberitahu bahawa keselamatan itu penting kerana ianya dapat
meminimumkan kos pembinaan. Menghindar dari kerosakkan harta benda pula
sebanyak 10 peratus dan akhir sekali keselamatan itu penting di dalam meningkatkan
produktiviti di tapak sebanyak 6.7 peratus.
Kepentingan keselamatan di tapak pembinaan adalah sangat penting kerana ianya
dapat mengelakkan dan mengurangkan kebarangkalian timbulnya kemalangan dan
penyakit kepada pekerja. Dengan itu, para pekerja dapat menjalankan kerja dengan
lebih selesa serta dapat menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.
Kepentingan keselamatan bertujuan untuk memastikan kelancaran kerja yang licin di
tapak bina. Ini kerana apabila berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini, maka
kerja di tapak bina akan tertangguh disebabkan penyiasatan terhadap tempat
60%23%
10%7%
Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
MengelakkanKemalangan
Meminimakan KosPembinaan
Mengelakkan
Kerosakkan HartaBenda
MemaksimumProduktiviti
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
54/68
pembinaan dan soal siasat terhadap pekerja oleh pihak berkuasa. Kos pembinaan
dapat diminimumkan sekiranya koskos tersembunyi seperti ini dapat dielakkan.
Kepentingan keselamatan juga dapat merangsang produktiviti pekerja dan
menjimatkan kos. Apabila pekerja mengetahui bahawa tempat kerja adalah selamat
dan selesa untuk bekerja maka ini akan menaikkan semangat pekerja untuk bekerja
dan sekali gus menjimatkan kos kerana kerja dapat dilakukan dalam masa yang telah
ditetapkan.
Kepentingan keselamatan juga sangat penting didalam menjaga harta benda di tapak
pembinaan seperti mesin dan jentera, papan tanda amaran, peralatan keselamatan
seperti topi keselamatan, kasut keselamatan, kaca mata keselamatan dan sebagainya.
Sekiranya aspek ini ditekankan kepada para pekerja dan pihak pengurusan tapak,
maka semua peralatan dapat digunakan dengan lebih lama dan semua kos yang
diperlukan untuk menggantikannya dengan yang baru dapat dielakkan.
Kepentingan keselamatan dapat merangsang produktiviti pekerja dan menjimatkan
kos. Apabila pekerja mengetahui bahawa tempat kerja adalah selamat dan selesa
untuk bekerja maka ini akan menaikkan semangat pekerja untuk bekerja dan sekali
gus menjimatkan kos kerana kerja dapat dilakukan dalam masa yang telah
ditetapkan.
6.2.2 Faktor-faktor Yang Menghalang Kejayaan Perlaksanaan Keselamatan
di Tapak Pembinaan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
55/68
Gambarajah 6.2.2 : Peratusan Responden Tentang Faktor-faktor Yang Menghalang
Kejayaan Perlaksanaan Keselamatan Di Tapak pembinaan.
Daripada Gambarajah geraf di atas, 50 peratus responden mengatakan bahawa sikap
pihak pengurusan tapak adalah penyumbang atau faktor utama menghalang kejayaan
keselamatan di tapak pembinaan. Lemahnya tindakan dari pihak berkuasa telahdikatakan sebagai faktor menghalang perlaksaan keselamatan di tapak dengan 27
peratus. 3 peratus mengatakan disebabkan kempen atau pelan keselamatan yang tidak
efektif. Manakala 7 peratus dan 3 peratus mengatakan bahawa ianya disebabkan oleh
ketiadaan kursus dan latihan tentang keselamatan dan seorang pegawai keselamatan
yang bertauliah tidak disediakan.
Majikan adalah di dapati cuai kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatanatas keselamatan pekerja, menyediakan sistem kerja dan gagal untuk menjaga atau
membaiki brek keselamatan jenangkut-susun dan sebagainya dengan baik. Majikan
berkewajipan untuk berjaga-jaga yang munasabah untuk menyediakan logi dan
perkakasan yang selamat untuk kegunaan pekerja-pekerjanya, dan
menyelenggarakannya supaya berada di dalam keadaan baik.
Pihak Berkuasa seperti JKKP dan NIOSH adalah antara Pihak Berkuasa yang
bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak di
tapak pembinaan yang ingkar untuk mematuhi undang-undang dan peraturan serta
0%
10%
20%
30%
40%
50%
1
Faktor
Faktor-faktor Yang Menghalang Kejayaan
Perlaksanaan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
Sikap Pihak Pengurusan
Tindakan Lemah Dari
Pihak Berkuasa
Pelan Keselamatan
Yang Tidak Efektif
Tiada Kursus Dan
Kempen Keselamatan
Tiada Pegawai
Keselamatan Bertauliah
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
56/68
akta yang sedia termaktub mengenai keselamatan di tapak pembinaan. Kelemahan
Pihak Berkuasa mengambil tindakan akan menyebabkan phak pengurusan tapak akan
memandang ringan aspek keselamatan di tapak, justeru menyebabkan pekerja-
pekerja pembinaan akan bekerja di persekitaran yang boleh mengancam diri dan
nyawa mereka.
Satu pelan keselamatan yang efektif seharusnya disediakan oleh pihak
pengurusan tapak (kontraktor) yang mematuhi undang-undang dan akta yang telah
digubal supaya ia akan dapat menolong mereka dalam menangani masalah
kemalangan di tempat kerja.
Pelan keselamatan tapak seharusnya berdasarkan polisi keselamatan syarikat, dan
mestilah mematuhi garis panduan dan undang-undang yang sedia ada mengenai
keselamatan dan kesihatan pekerja. Kontraktor seharusnya mengambil kira kehendak
pembinaan dan keselamatan dan kesihatan di tapak Kontraktor seharusnya
memberitahu klien tentang aspek keselamatan dan kesihatan yang dikehendaki dari
mereka. Kontraktor seharusnya dapat melihat bahaya yang mungkin ekoran dari isu
keselamatan dan kesihatan Kontraktor wajar melakukan penyiasatan keadaan tapak
dengan terperinci dan mengambil semua informasi yang bersangkutan keselamatan
dan kesihatan. Pihak kontraktor mesti mengadakan rundingan dengan mereka yangmempunyai pengalaman berkaitan dan tahu dengan keadaan tapak.
Ketiadaan seorang pegawai keselamatan yang bertauliah dan pakar akan
menyebabkan aspek keselamatan yang telah dirancang oleh pihak pengurusan akan
terbantut dan akhirnya menemui kegagalan. Oleh sebab itu setiap tapak pembinaan
sememangnya perlu diwajibkan menagadakan atau menyediakan seorang pegawai
keselamatan supaya kebajikan setiap pekerja diberi perhatian sewajarnya,
mengurangkan kos pembinaan, mengelakkan keosakkan harta benda dan dapat
meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat.
6.2.3 Pihak-pihak yang Terlibat Di Tapak Pembinaan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
57/68
Jadual 6.2.3 : Peratus Responden Tentang Pihak-pihak Yang Terlibat Di Tapak
Pembinaan
Pihak-pihak Yang Terlibat Peratus
Pihak Berkuasa 50
Pemaju/Klien 100
Jurutera Perunding 100
Kontraktor 100
Pekerja Pembinaan 100
__________________________________________________________________
Jadual di atas menunjukkan peratusan pihak-pihak yang terlibat di tapak pembinaan
hasil dari maklum balas oleh responden. 50 peratus responden menyatakan Pihak
Berkuasa adalah pihak yang terlibat di tapak pembinaan. Manakala bagi
Pemaju/Klien, Jurutera Perunding, Kontraktor dan pekerja pembinaan menunjukkan
penglibatan 100 peratus di tapak pembinaan.
Pihak Berkuasa adalah pihak yang bertanggungjawab memastikan perlaksanaan
keselamatan di tapak pembinaan dengan memantau dan mengambil tindakan tegas
terhadap pihak pengurusan tapak (kontraktor) yang melanggar undang-undang dan
akta yang ada mengenai aspek keselamatan di tapak pembinaan seperti JKKP danKKP.
Pemaju/klien pula ada tanggungjawab tentang aspek keselamatan di tapak pembinaan
kerana mereka merupakan pemilik projek yang dijalankan. Sebagai pemilik, mereka
semestinya ingin melihat projek mereka dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah
ditetapkan seperti yang tercatat di dalam dokumen kontrak. Dengan menitikberatkan
aspek keselamatan di tapak bina, tiada kemalangan akan berlaku, justeru tiada masa
yang akan terbuang akibat projek dihentikan untuk tujuan siasatan oleh pihak
berkuasa. Sekiranya tiada kemalangan di tapak, projek mereka kemungkinan akan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
58/68
dapat disiapkan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan dan ini akan menguntungkan
mereka sendiri.
Jurutera memainkan peranan dengan memastikan semua aspek keselamatan
dijalankan di tapak supaya projek dapat disiapkan seperti jadual dan ini secara tidak
langsung akan menaikkan nama mereka di mata pemaju/klien. Jika ini terjadi,
banyak projek akan mereka perolehi di masa-masa hadapan.
Kontraktor adalah pihak yang terlibat secara langsung dengan imlimentasi aspek
keselamatan di tapak pembinaan. Sekiranya mereka gagal mematuhi undang-undang
dan akta mengenai aspek keselamatan, mereka boleh dikenakan denda dan ini akan
meningkatkan kos pembinaan di tapak. Kemalangan yang menimpa pekerjanya akan
menimbulkan banyak masalah seperti kos siasatan, bayaran pampasan, kos perubatan
dan tindakan mahkamah sekiranya kes kemalangan tersebut di bawa ke muka
pengadilan. Oleh itu, mereka wajar menyediakan kelengkapan dan peralatan
keselamatan untuk pekerja mereka suapaya tiada tindakan oleh Pihak Berkuasa ke
atas mereka.
Para pekerja industri pembinaan merupakan aset bagi para majikan. Mereka jugaseharusnya memainkan peranan mereka dengan mematuhi aspek keselamatan yang
telah disediakan oleh pihak majikan mereka. Mereka perlu insaf untuk menjaga
keselamatan sendiri dari risiko kecederaan atau kematian kerana yang akan
menanggung akibat dari malapetaka yang berlaku adalah diri mereka sendiri jika cuai
di dalam kerja masing-masing. Mereka juga wajar memastikan persekitaran kerja
mereka adalah selamat kerana persekitaran yang selesa dan selamat akan
meningkatkan moral mereka sendiri.
6.3 Rumusan Bab
Setelah semua data-data telah dianalisis, satu rumusan dapat dibuat iaitu aspek
keselamatan sememangnya amat penting dilaksanakan di setiap tapak pembinaan.Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan dari kemalangan malah dapat
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
59/68
meminimumkan kos pembinaan, menyelamatkan harta benda dari kerosakkan dan
meningkatkan produktiviti syarikat. Justeru, memang wajarlah aspek keselamatan
diambilberat oleh semua pihak yang terlibat dengan industri pembinaan.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
60/68
BAB 7
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pengenalan
Bab ini akan membuat kesimpulan hasil dari kajian literatur dan data-data yang
diperolehi dari borang kaji selidik yang diisi oleh responden yang telah dikenal pasti
terlebih dahulu. Kesimpulan yang akan diberikan adalah mengikut atau memenuhi
objektif kajian seperti di Bab 1 dan Bab 2 iaitu mengenalpasti kepentingankeselamatan, faktor-faktor yang menghalang kejayaan perlaksanaan keselamatan dan
pihak-pihak yang terlibat di tapak pembinaan. Di akhir bab ini, satu cadangan akan
diberikan mengenai aspek keselamatan di masa hadapan supaya ianya akan dapat
memberi faedah dan menguntungkan semua pihak.
7.1 Kesimpulan
Kesimpulan yang akan diterangkan ini adalah berkaitan dengan tiga (3) objektif yang
telah dikenalpasti iaitu mengenalpasti kepentingan keselamatan, faktor-faktor yang
menghalang kejayaan perlaksaan keselamatan dan pihak-pihak yang terlibat di tapak
pembinaan.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
61/68
7.1.1 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
Kepentingan keselamatan adalah sangat penting untuk membasmi dan
mengurangkan kebarangkalian timbulnya kemalangan dan penyakit kepada pekerja.
Dengan itu, para pekerja dapat menjalankan kerja dengan lebih selesa serta dapat
menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.
Kepentingan keselamatan bertujuan untuk memastikan kelancaran kerja yang licin di
tapak bina. Ini kerana apabila berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini, maka
kerja di tapak bina akan tertangguh disebabkan penyiasatan terhadap tempat
pembinaan dan soal siasat terhadap pekerja oleh pihak berkuasa. Ini secara tidak
langsung akan menambahkan kos pembinaan.
Kepentingan keselamatan juga bermaksud menyelamatkan harta benda iaitu loji,
mesin dan semua peralatan pembinaan daripada kerosakkan atau kehilangan. Bila ini
terjadi, kos yang lebih akan terpaksa dikeluarkan untuk membeli mesin, jentera atau
peralatan lain.
Kepentingan keselamatan dapat merangsang produktiviti pekerja dan menjimatkan
kos. Apabila pekerja mengetahui bahawa tempat kerja dalah selamat dan selesa
untuk bekerja maka ini akan menaikkan semangat pekerja untuk bekerja dan sekali
gus menjimatkan kos kerana kerja dapat dilakukan dalam masa yang telah
ditetapkan.
Faktor-faktor Yang Menghalang Kejayaan Perlaksanaan Keselamatan Di
Tapak Pembinaan
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
62/68
Sikap pengurusan tapak yang tidak mengendahkan aspek keselamatan di tapak
pembinaan dari segi penyediaan peralatan keselamatan, menganggap aspek
keselamatan sebagai satu pembaziran wang dan meningkatkan kos serta
menyediakan peralatan yang tidak selamat atau peralatan lama yang tidak sesuai lagi
digunakan.
Pihak berkuasa memainkan peranan penting di dalam memastikan aspek keselamatan
dilaksanakan di tapak pembinaan. Institiut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Kebangsaan (NIOSH) telah ditubuhkan untuk memastikan persekitaran kerja yang
selamat kepada semua pihak yang terlibat di dalam industri ini. NIOSH boleh
mengambil tindakan tegas selaras dengan polisi dan undang-undang yang telah
ditetapkan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) juga berhak
melakukan pemantauan dan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak kontraktoryang gagal mematuhi undang-undang dan akta keselamatan yang telah digubal.
Pihak pengurusan haruslah serius dalam usaha menjadikan keselamatan satu aspek
penting dalam aktiviti seharian dengan mendenda pekerja yang tidak mementingkan
keselamatan di tapak bina. Oleh sebab itu, pelan keselamatan yang telah dirancang
mengikut undang-undang dan akta keselamatan yang ada haruslah diwar-warkan
kepada semua pekerja di tapak pembinaan. Kempen tersebut mestilah dilakukandengan bersungguh supaya ia menjadi satu pelan keselamatan yang efektif. Jika
pelan efektif telah disediakan tetapi perlaksanaan dipandang ringan, maka kempen
yang dilaung-laungkan akan gagal.
Pihak pengurusan tapak mestilah menghantar pekerja mereka untuk menyertai kursus
dan latihan yang disediakan oleh pihak NIOSH mengenai aspek keselamatan yang
efektif supaya mereka faham akan kepentingan keselamatan di tapak pembinaan.
Kontraktor pembinaan seharusnya melantik pegawai keselamatan (safety officer)
yang berkelayakan dan berpengalaman untuk bertanggungjawab ke atas setiap aspek
keselamatan supaya ianya mengikut kehendak dan etika keselamatan di tapak
pembinaan seperti Occupational Safety and Health Act, 1994 dan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
63/68
Pihak-pihak Yang Terlibat Di Tapak Pembinaan
Pihak berkuasa mempunyai peranan yang penting dengan memantau dan mengawal
selia di semua tapak pembinaan supaya mereka mematuhi undang-undang dan akta
yang digubal bagi memastikan tapak pembinaan menjadi satu persekitaran kerja yang
selamat. Antaranya ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
Istitiut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) dan Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB).
Pihak pemaju mestilah meminta setiap kontraktor yang melakukan projek mereka
mengadakan satu pelan keselamatan yang lengkap dan mematuhi semua akta yang
ada sebelum pihak kontraktor memulakan kerja mereka. Ini bagi memastikan semua
kerja yang dijalankan dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan dan siap mengikut
jangka waktu yang telah dimeterai oleh semua pihak. Sekiranya kemalangan berlaku,
ini akan menyebabkan banyak masa terbuang bagi siasatan dan ini akan
menyebabkan projek tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Majikan (kontraktor) mestilah mambuat penyediaan dan penyelenggaraan mesin
jentera dan alatan, dan sistem kerja yang selamat, dan tidak memberi risiko
kesihatan, diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan
alatan itu adalah selamat. Majikan juga wajar memberi maklumat, arahan, latihan
dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja berkaitan keselamatan mereka semasa
bekerja, penyelenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat
dan suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.
Pekerja di tapak pembinaan adalah salah satu komponen terpenting dalam
penfeluaran puotput industri pembinaan. Oleh yang demikian, mereka adalah satu
aset kepada industri ini. Maka, keselamatan dan kesihatan mereka di tapak
pembinaan perlu menjadi perkara utama yang mesti diambil tindakan sewajarnya
oleh semua pihak samada pihak penguatkuasa, klien, konsultan dan kontraktor malah
pekerja itu sendiri.
5/24/2018 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan
64/68
Peruntukkan-peruntukkan Utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
di dalam Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ada menyebut
bahawa tanggungjawab dan peranan pekerja dalam mewujudkan tempat kerja yang
selamat. Pihak pekerja hendaklah diingatkan tentang tnaggungj
Top Related