5/26/2018 Kertas Cadangan Alat Pemancar di Foyer Sekolah
1/6
1
Alat Pemancar / Projektor, Keperluan /utama di Foyer A ,SK Bandar Rinching
Cadangan oleh: Muhamad Azizi bin JazmiSumber rujukan : http://www.techhypermart.com/projector.html
Terdapat lebih kurang 216 jenis projector yang dikeluarkan dari 9 pengeluarutama projector seperti Acer, BenQ, Canon, Epson, NEC, Panasonic, Sony,
Toshiba dan ViewSonic. Setiap satu projector berharga dari serendah RM759
dan sehingga puluhan ribu seperti berikut yang dinyatakan di bawah
5/26/2018 Kertas Cadangan Alat Pemancar di Foyer Sekolah
2/6
2
Perbezaan setiap projector dibezakan dari kualiti cahaya (brightness) yangdipancarkan dikeluar dari projektor yang dikenali sebagai ANSI LUMENS.Nilai ini juga berbeza mengikut harga iaitu bermula dari 1000 ANSI hinggalah99000 ANSI
Gambar : Projektor yang mengeluarkan 100 hingga 1000 ANSI Lumen
Gambar : Projektor yang mengeluarkan 10k ANSI Lumen
5/26/2018 Kertas Cadangan Alat Pemancar di Foyer Sekolah
3/6
3
Mengapa SKBR perlua Projektor yang berkualiti di Foyer SKBR
Sejak sekolah ini dibuka 2 Januari 2003, Foyer A sering digunakan sebagai
tempat berlangsungnya majlis rasmi dan telah dikunjung oleh ramai tokoh
pemimpin, agensi luar, dan salebriti ternama Negara. Walau bagaimanapun,
kemudahan alat projector yang disediakan pihak sekolah sering
mengecewakan pengunjung dan penonton kerana masalah pemancar yang
terlalu daif. Hasil dari projector yang daif ini telah menyebabkan tumpuan dan
minat penonton terbantut dan ini memberi kesan yang negatif kepada
penyampai sepanjang majlis berlangsung.
Diharapakan, SK Bandar Rinching pada tahun 2014 dapat dilengkapi dengan
alat pemancar (projector) yang bersesuaian dengan jumlah pengunjung dan
tahap pencahayaan sekitar Foyer A. Perkara ini adalah sangat penting dan
perlu dijadikan agenda utama pihak PIBG untuk memastikan segala
maklumat dapat dipaparkan pada kualiti yang mampu dilihat oleh semua
penonton yang berada di Foyer A.
Jenis projector yang dicadangakan
Alah membeli menang memakai adalah peribahasa terbaik untuk
diungkapkan dalam membuat keputusan membeli alat pemancar.
Berdasarkan tahap pencahayaan di Foyer A,
beberapa faktor perlu dilihat untuk memastikan
pembelian alat pemancar ini akan memberi
faedah dan tidak merugikan mana-mana pihak
pada jangka masa minima 5 tahun terdekat.
Faktor pertama ialah tahap pencahayaan di
foyer yang terang memerlukan projector yang
mempunyai tahap kecerahan yang tinggi dan
faktor keduanya ialah saiz skrin yang lebar
supaya mudah dilihat oleh penonton.
5/26/2018 Kertas Cadangan Alat Pemancar di Foyer Sekolah
4/6
4
Walau bagaimanapun pemilihan ANSI yang tinggi akan
melibatkan kos yang tinggi. Ini disebabkan kualiti cahaya
yang terhasil memerlukan teknologi yang lebih kompleks
dan pastinya mengakibatkan harga alat lebih tinggi. Oleh
yang demikian pemilihan dibuat berdasarkan beberapa
kriteria. Melalui laman web
http://www.techhypermart.com/projector.html (rujuakan
pada 18/1/2014) pengunjung boleh memilih alat pemancar
mengikut tahap kemampuan dan jenis yang dikehendaki.
Kriteria pertama yang dipilih sebagai yang paling utama
ialah harga lingkuangan RM5000 dan ke bawah. Berikut
hasil yang dipaparkan melalui laman web tersebut.
http://www.techhypermart.com/projector.htmlhttp://www.techhypermart.com/projector.htmlhttp://www.techhypermart.com/projector.html5/26/2018 Kertas Cadangan Alat Pemancar di Foyer Sekolah
5/6
5
Berdasarkan tahap pencahayaan yang tinggi di foyer A, pemilihan ANSI 4000
ke atas dipilih dan berikut ialah hasilnya.
Seterusnya pemilihan di fokuskan untuk Resolusi tertinggi dan mempunyai
sambungan HDMI untuk paparan video terbaik setakat teknologi hari ini
memaparkan keputusan seperti berikut:
Sony VPL-CW255 Installation Projector
4500 lm Brightness
WXGA 1,280x800 Resolution
Contrast Ratio 3700:1
3 BrightEra LCD panel
3 year warranty
5/26/2018 Kertas Cadangan Alat Pemancar di Foyer Sekolah
6/6
6
Cadangan perbelanjaan
Bil Barangan Harga
1 Sony VPL-CW255 Installation Projector RM 4789.00
2 Skrin 10 RM 1000.00
3 Kabel dan Pemasangan RM 200.00
JUMLAH RM 5989.00
Penutup
Diharapkan pihak PIBG SK Bandar Rinching memandang serius tentang
keperluan ini dapat mempertimbangkan cadangan untuk membeli alat
pemancar yang baru untuk digunakan oleh pihak sekolah untuk semua majlis
yang berlangsung di Foyer A untuk digunakan pada tahun 2014.
Dicadang oleh:
.. ..
(Muhamad Azizi bin Jazmi)
18 Januari 2014
Top Related