SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING
KERTAS KERJA
MAJLIS AKUjANJIMURID-MURID TAHUN 6
&
MESYUARAT PEMUAFAKATAN IBUBAPAMURID-MURID TAHUN 6
16 JANUARI 2012ISNIN
ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING
AKURJANJI MURID-MURID TAHUN 6Sesi 2012
1.0 PENDAHULUAN
Program AKUJANJI adalah satu proses melafazkan akad dan janji antara dua pihak
untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan
ilmu serta bersungguh-sungguh dan lebih komited terhadap pencapaian akademik dan
mempertingkatkan peribadi mereka. Justeru, satu AKUJANJI murid-murid tahun 6 akan
diadakan bagi meningkatkan motivasi murid dalam mengejar kejayaan yang cemerlang
dalam bidang akademik.
2.0 RASIONAL
2.1 Program ini telah diadakan kerana perlunya komitmen serta kesedaran tentang
tanggungjawab ibu bapa, guru serta murid berganding bahu mencapai kejayaan.
3.0 MATLAMAT
3.1 Ibu bapa dan guru menyedari komitmen dan kerjasama mereka ini akan membantu
pencapaian akademik murid-murid.
3.2 Murid-murid akan bersemangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan dengan
sokongan ibu bapa dan para guru.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Diharapkan bahawa program ini menjadi pembuka tirai kepada program-program lain
yang telah diaturkan bagi menghadapai UPSR.
4.2 Diharapkan bahawa dengan melafazkan janji murid-murid akan sedar dan memberi
keseluruhan penumpuan terhadap pencapai akademik yang lebih baik.
4.3 Diharapkan ibu bapa akan membantu dan memberi semangat kepada
anak-anak di rumah untuk berjaya
5.0 ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sri Mersing.
6.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 16 Januari 2012
Hari : Isnin
Masa : 11.00 pagi
2
AKURJANJI MURID-MURID TAHUN 6Sesi 2012
7.0 SASARAN
Semua Tahun Enam SK Sri Mersing.
8.0 LOKASI
Kantin SK Sri Mersing
9.0 SUMBER KEWANGAN
Tiada
10.0SUMBER TENAGA
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : YM Raja Mazlan bin Raja Latife
(Guru Besar)
Pengerusi : En. Mohd. Fadzilah bin Mohd Ali
(GPK Pentadbiran)
N.Pengerusi : Pn. Hajah Rohani bt Abd. Ghaper
(GPK HEM)
: Pn. Rizana bt Mat Jelis
(GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Norhasnita bt Mohd. Said
N.Setiausaha : En. Mohd Salleh bin Jaaffar
PA Sistem : En. Othman bin Yunus
Backdrop : Cik Norbazlin bt Mohammad
Jurugambar : En. N. Aniham bin Abd. Majid
Sambutan Ibubapa : Semua guru Tahun 6
Pengacara Majlis : En. Mohd Salleh bin Jaaffar
3
AKURJANJI MURID-MURID TAHUN 6Sesi 2012
11.0ATURCARA / JADUAL / TENTATIF PROGRAM
Masa Program11.00 pagi : Murid dan ibu bapa mengambil tempat di Kantin
: Bacaan Doa
- Mohamad Muaz bin Baharin (6 Bestari): Ucapan Tuan Guru Besar & Ceramah
: Akujanji Murid (Diketuai oleh Ketua Murid)
Akujanji Ibu bapa ( Diketuai oleh wakil ibu/bapa murid)
: Tandatangan Sijil Akujanji oleh:- Murid- Ibu Bapa
: Mesyuarat Pemuafakatan Ibubapa Tahun 6 Kali Pertama1.15 tengahari - Bersurai
12.0PENUTUP
Semoga program yang akan dilaksanakan ini akan dapat memberi motivasi serta kesedaran
kepada murid-murid tentang pentingnya usaha yang berterusan dalam mencapai pencapaian
yang cemerlang dalam akademik. Ibu bapa serta guru-guru juga akan menyedari
tanggungjawab mereka dalam membantu murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan
menyedari bahawa mereka juga adalah penyumbang utama dalam pencapaian akademik ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
..................................................... ........................................................
( NORHASNITA BT MOHD SAID ) (MOHD FADZILAH BIN MOHD ALI)
Guru Bimbingan & Kaunseling GPK Pentadbiran
Disahkan oleh,
.....................................................
(RAJA MAZLAN BIN RAJA LATIFE)
Guru Besar,
SK Sri Mersing.
4