VRS041
PEMBANGUNAN MASYARAKAT 2
UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
[VRS041]
[PEMBANGUNAN MASYARAKAT 2]
DISEDIAKAN UNTUK
PN. SITI NORLIZA BT JUMALI
DISEDIAKAN OLEH
KUMPULAN LIMA KUMPULAN LIMA KUMPULAN LIMA
BIL NAMA NO MATRIK
1.
2.
3
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
En. Nor Azam bin Hj Mohamad.
En. Azairi bin Abdullah.
En. Mohammad Fadzli bin Mansor.
Cik Rasmuna bt Ahmad.
Cik Maizatul Miza bt Mohd.Disa
En. Mohd Sofi bin Mat Darit.
Cik Amira Rohaiza bt Abd.Jamil.
Pn Hajah Bedah bt Hj Ismail.
Cik Nurulhuda Hayati bt Abu Seman.
Pn. Kamisah binti Daud.
Cik Norafidah binti Md Radzi.
Cik Zaida binti Zainal Abidin.
Nur Hazwani binti Md Shuib
En. Mohd Nazar bin Ibrahim.
En. Mohd.Nasrul Fadlzi bin Ahmad.
Cik Noorleen binti Abdullah.
Cik Norashimah binti Md.Nawar.
Cik Norasmiza binti Ismail.
Cik Norashikin binti Aziz.
En. Haris Azlan bin Affendi.
En. Hafizi bin Zamri.
194859
193117
194819
194699
194925
194610
194483
194792
194691
194544
194657
194195
194678
192966
194604
194646
193903
194651
194659
125252
194797
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK, KEDAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK, KEDAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK, KEDAH
KANDUNGAN
KERTAS CADANGAN “BELIA PEMANGKIN MASA DEPAN NEGARA”
1. Pengenalan 4
2. Tujuan 5
3. Objektif 6
4. Skop 8
5. Punca Maklumat 8 6. Situasi Semasa
9 7. Keperluan Untuk Perubahan (Analisa Keperluan) 11 8. Penyelesaian
12 9. Jadual Aktiviti
14 10. Ahli Jawatankuasa Kerja 15 11. Ahli Jawatankuasa kecil 15 12.Anggaran Perbelanjaan
17 13. Penutup
18 14. Catatan Dan Ulasan Penyelaras 19 15. Catatan Dan Kelulusan Jurulatih Khidmat Masyarakat 19 16. Catatan Dan Kelulusan Pengarah Pusat Ko Kurikulum 20
Rujukan
Lampiran
PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT
05 DISEMBER, 2009
KAMPUNG TELOK MALEK, JITRA, KEDAH
1.0 PENGENALAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berbahagia Dr. Sa’ari Ahmad, Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi merealisasikan Program Pembangunan Masyarakat bersama-sama belia di Kampung Telok Malek, Jitra, Kedah mengikut tarikh yang dirancang iaitu pada 05 Disember 2009 (Sabtu).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan belia sebagai bakal pewaris negara yang mampu menghadapi cabaran globalisasi selain menyemai nilai-nilai murni. Seperti mana yang kita sedia maklum, pelbagai gejala sosial yang begitu ekstrem sekali telah melanda masyarakat kita baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Oleh itu, adalah wajar supaya golongan ini didedahkan akan kesan buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Program ini juga di harap dapat mendedahkan pengetahuan berkaitan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.
Program ini dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat bagi semester Oktober sesi 2009/2010. Kami menamakan kumpulan kami LIMA yang terdiri 21 orang ahli ini dibahagikan kepada dua kumpulan; 10 orang menyertai kumpulan pengembangan penduduk kampung dan 11 orang yang lain di bahagian memotivasikan para belia.
2.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini menyarankan satu bentuk khidmat bimbingan kepada golongan belia di Kampung Telok Malek, Jitra, Kedah. Pada akhir program ini adalah diharapkan bahawa para belia akan:
2.1 Memperolehi peluang untuk melibatkan diri dalam khidmat masyarakat kepada pihak yang memerlukan.
2.2 Memperolehi pengalaman bersosial dalam masyarakat.
2.3 Memperolehi pengalaman merancang, melaksana dan menilai sesebuah program.
2.4 Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan dengan menggabungkan pengetahuan, tenaga untuk merancang dan melaksanakan sesuatu program.
2.5 Membentuk sikap agar peka kepada keperluan pembangunan masyarakat.
2.6 Membantu pihak Universiti sebagai sebuah institusi sosial mencapai matlamat pembangunan negara melalui pelaksanaan program yang boleh mempercepatkan proses pembangunan masyarakat.
2.7 Memberi sumbangan ikhlas kepada masyarakat.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Objektif Umum
3.1.1 Ke arah pembentukan belia yang bersatu padu, bekerjasama yang dapat menyumbang kepada masyarakat setempat dan Negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing.
3.1.2 Melahirkan belia-belia yang dapat memberikan sumbangan bermanfaat kepada pembangunan masyarakat. Pencapai dan prestasi mereka akan dijadikan teladan kepada belia lain.
3.1.3 Memberi galakan kepada belia supaya mereka sentiasa berusaha gigih dalam bidang kerjaya serta perkhidmatan masyarakat, dan juga memberi dorongan supaya belia dapat giat memainkan peranan diri.
3.1.4 Memperkukuhkan semangat kekitaan dan kebersamaan di kalangan penduduk kampung.
3.2 Objektif Teknikal
3.2.1 Memberi pendedahan kepada belia-belia yang terlibat dengan alat-alat yang boleh membantu meningkatkan kemahiran diri mereka.
3.2.2 Mendedahkan kepada penduduk kampung peranan belia sedia membantu memudahkan sesuatu kerja.
3.3 Objektif Pelaksanaan
Daripada program tersebut masyarakat kampung Telok Malek, Jitra,Kedah akan:
3.3.1 Ke arah pembentukan semangat persahabatan dan persefahaman di antara masyarakat kampung tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
3.3.2 Memahami pentingnya bermasyarakat dalam kehidupan demi menjaga norma-norma masyarakat setempat.
3.3.3 Bermotivasi untuk melahirkan belia yang sentiasa berkhidmat dan berdaya juang serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi.
3.3.4 Menggalakkan belia-belia bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat dengan mengambil peranan yang berguna dalam masyarakat.
3.4 Objektif Ekonomi
Daripada program tersebut masyarakat kampung Telok Malek, Jitra, Kedah akan:
3.4.1 Menggunakan peralatan serta kemudahan yang sedia ada di kampung itu akan guna sepenuh dan sebaiknya.
3.4.2 Menjimatkan masa untuk memahami sesuatu topik.
3.4.3 Menjimat wang ibu bapa kerana tidak payah menghantar anak-anak mereka berkursus ke tempat lain.
4.0 SKOP
Bidang tumpuan program ini ialah:
4.1 Memperbaiki rohani dan jasmani serta meninggikan akhlak iktisad melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan rekreasi.
4.2 Menyatupadukan belia dan anggota masyarakat di kampung Telok Malek, Jitra.
4.2 Memberi motivasi kepada golongan belia
4.3 Mengadakan pelbagai aktiviti menarik minat golongan belia.
5. PUNCA MAKLUMAT
5.1 Punca utamanya ialah daripada perbincangan dengan Jawatankuasa Penduduk Kampung Telok Malek, Jitra, Kedah pada 25 Oktober 2009.
5.2 Punca kedua (sekunder) ialah daripada Pengerusi Belia Kampung Telok Malek, Jitra, Kedah.
Maklumat-maklumat yang diperolehi amat penting untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bersesuaian dengan pencapaian belia supaya objektif program tercapai.
6.0 SITUASI SEMASA
6.1 Statistik menunjukkan bahawa 11.1 juta penduduk di negara kita adalah bawah umur 40 tahun yang dikategorikan sebagai belia. Dengan jumlah itu, ternyata belia merupakan sebahagian besar penduduk di negara ini dan tenaga belia menjadi sumber yang penting bagi pembangunan negara.
6.2 Memandang kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada aspirasi golongan muda, dan berusaha melengkapkan mereka dengan segala pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan mereka.
6.3 Kerajaan mengalu-alukan sumbangan yang diberi oleh belia kepada pembangunan negara dan kebajikan masyarakat. Melalui persatuan-persatuan belia dan badan-badan kebajikan, secara langsung dan tidak langsung, belia telah berjaya membantu kerajaan dalam pelbagai bidang pembangunan.
6.4 Kebiasaannya belia yang menganggotai persatuan belia lebih terhindar daripada dengan gejala sosial. Untuk itu, Kementerian Belia dan Sukan akan meningkatkan usaha bagi mempromosi dan menggalakkan geberasi belia untuk menganggotai persatuan belia sama ada di peringkat kampung, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Usaha yang lebih giat akan dilaksanakan supaya dapat menarik para belia menyertai pertubuhan-pertubuhan belia.
6.5 Kumpulan belia yang tidak berpersatuan mudah terlibat dalam pelbagai aktiviti tidak sihat dan sukar dibantu. Ini kerana ketiadaan maklumat terperinci mengenai mereka di samping terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak memahami world view kumpulan ini.
6.6 Matlamat pembangunan belia yang baik hendaklah berteraskan kepada pembinaan diri belia itu sendiri. Antaranya mengenal pasti bakat dan membangunkan potensi setiap individu , serta menyediakan pelbagai peluang untuk mereka memainkan peranan yang bermakna dalam masyarakat, mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
6.7 Dalam keadaan sekarang kita amat memerlukan pengorbanan dan kesungguhan semua pihak untuk menyemarakkan lagi pergerakan belia di kampung ini. Pastinya kita tidak mahu melihat kehebatan pergerakan belia luntur akibat kegagalan kita semua untuk memimpin, menggerak dan mengaktifkan lagi pertubuhan belia.
6.8 Untuk program-program yang dianjurkan oleh persatuan belia hendaklah lebih inovatif, kreatif serta mahir dalam jaringan hubungan (networking) bagi menghasilkan suasana yang harmoni dalam masyarakat serta pada masa yang sama akan dapat melahirkan kepimpinan belia yang mempunyai personaliti terulung (towering personality).
7.0 KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN
Seperti mana yang kita ketahui, para belia pada masa kini banyak terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran dan terdedah kepada gejala yang kurang sihat. Jika dilihat pihak kerajaan banyak memberi kemudahan dan bantuan, satu pendedahan positif harus dilakukan di Kampung Telok Malek, Jitra, Kedah dalam usaha-usaha membangunkan golongan belia. Di antara beberapa yang dikenalpasti boleh dilaksanakan dengan memberi motivasi kepada belia berkenaan serta menerangkan kepada mereka akan peri pentingnya dalam menerapkan norma-norma bermasyarakat.
Selain itu, belia-belia boleh dimahirkan dengan memberi pelbagai kursus yang berterusan untuk mereka hadiri bagi memantapkan lagi diri. Menyedari bahawa kemerosotan jumlah ini, marilah kita sama-sama bangkit dari perbaringan dan lena yang panjang kerana sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akan datang.
Sesungguhnya peranan dan tanggungjawab belia pada hari ini adalah untuk menjana pembangunan negara bangsa dan cita-cita agama adalah cukup besar sekali. Peranan belia hari ini bukan sekadar membina kerjaya atau melakukan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang dan hobi sahaja tetapi warga belia sepatutnya turut sama menyumbang idea, masa dan tenaga ke arah pembangunan modal insan.
8.0 PENYELESAIAN
Penyelesaian terhadap masalah sosial tersebut memerlukan usaha yang terancang, bersepadu dan berterusan. Penglibatan semua pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya, media masa dan masyarakat amatlah dialu-alu dan diharapkan. Mengambil pendekatan tersebut, kumpulan ini akan mengadakan perkongsian pintar dengan agensi kerajaan dalam mengembeling tenaga, pengetahuan dan kewangan bagi melaksanakan program “Belia Pemangkin Masa Depan Negara” .
8.1 KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Antara yang digunakan ialah:
8.1.1 “Icebreaking”
Aktiviti ini akan dikendalikan oleh seorang Kaunselor terlatih yang dijemput khas dari Pusat Kaunseling, Universiti Utara Malaysia. Peserta akan dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan pula akan dikendalikan oleh 2 orang fasilitator dan melibatkan seramai 15 orang tenaga untuk melakukan aktiviti yang akan diadakan ini. Latihan dalam kumpulan (LDK) akan di berikan dengan diawasi oleh fasilitator.
8.1.2 Membersih Kawasan Kubur
Aktiviti yang dijalankan oleh para belia di kawasan perkuburan islam untuk melakukan tanggungjawab sosial ini dengan membersihkan kawasan kubur yang terdapat di kampung Telok Malek Jitra, Kedah. Pemasangan papan tanda tanah perkuburan hasil dari kutipan ahli kumpulan dan sumbangan orang ramai sebagai tanda penghargaan program ini.
8.1.3 Ceramah kesedaran oleh Agensi Dadah Kebangsaan
Aktiviti berbentuk ceramah oleh wakil dari Agensi Dadah Kebangsaan Perlis ini dilakukan di Dewan Orang Ramai. Aktiviti ini diharap akan dapat membentuk belia agar mempunyai keperibadian dan jati diri yang tinggi. Ia juga dapat menyedarkan belia bahawa bahayanya najis dadah yang merosakkan bangsa dan masa depan.
8.1.4 Ceramah Motivasi oleh Kaunselor jemputan
Belia akan didedahkan dengan motivasi yang dapat menyedarkan bahawa pentingnya peranan belia terhadap masyarakat sekitar dan negara. Belia adalah pemangkin masa depan Negara dan bangsa. Aktiviti ini juga akan menghuraikan LDK yang di berikan semasa “icebreaking” dan aktiviti gotong royong membersihkan kubur.
9.0 JADUAL AKTIVITI
KHAMIS, 5 DISEMBER 2009
WAKTU AKTIVITI TINDAKAN
7.30 – 8.00 pagi
8.00 – 8.45 pagi
8.45 – 8.55 pagi
8.55 – 9.00 pagi
9.00 – 9.30 pagi
9.30 – 11.20 pagi
11.20 – 11.30 pagi
Kehadiran Tetamu/Orang Kampung
Ucapan Aluan oleh Pengerusi JKK Kg. Telok Malek dan Pengarah Projek
Ucapan Perasmian oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu
Minum Pagi
Taklimat Program
-Ice Breaking
Gotong –royong Membersihkan Kubur
Memasang Papan Tanda Kubur
Ceramah ADK
AJK Sambutan
AJK Jemputan
AJK Jemputan
AJK Makanan
AJK Aktiviti
AJK Aktiviti
AJK Logistik
AJK Logistik
11.30 – 12.15 tgh
12.15 – 1.15 tgh
1.15 – 1.30 tgh
1.30 – 2.00 ptg
Ceramah Motivasi
Perasmian Penutup dan Penyampaian cenderahati
Makan tengahari/Bersurai
AJK Aktiviti
AJK Urusetia
AJK Jemputan/
AJK Cenderahati
AJK Makanan
10.0 JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : En. Nor Azam bin Hj Mohamad
Naib Pengerusi : En. Azairi bin Abdullah
Setiausaha : En. Mohammad Fadzli bin Mansor
Pen.Setiausaha : Cik Rasmuna bt Ahmad
Bendahari : Cik Maizatul Miza bt Mohd Disa
11.0 JAWATANKUASA KECIL
Urusetia Pendaftaran : En Mohammad Fadzli bin Mansor
& Cenderahati Cik Rasmuna Bt Ahmad
Cik Nur Hazwani Bt. Ahmad Shuib
Biro Keselamatan : En Sofi bin Mat Darit
& Kebersihan Cik Amira Rohaiza binti Abd.Jamil
Biro Makanan : Pn Hajah Bedah bt Hj Ismail
Cik Nurulhuda Hayati bt Abu Seman
Biro Jemputan : Pn Kamisah binti Daud
Nurafidah binti Md.Radzi
Biro Sambutan/ Protokol : En Azairi bin Abdullah
Cik Zaida binti Zainal Abidin
Biro Teknikal & Publisiti : En Mohd Nazar bin Ibrahim
En Mohd Nasrul Fadzli
Biro Tajaan & Sumbangan : Cik Maizatul Miza binti Mohd Desa
Cik Norashimah binti Md Nawar
Biro Aktiviti : Cik Norasmiza binti Ismail
Cik Norashikin binti Aziz
En Mohd Nasrul Fadzli bin Ahmad
Biro Logistik : En Haris Azlan bin Affendi
En Hafizi bin Zambri
Cik Norleen bt Abdullah
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PENDAPATAN
Kutipan Ahli 21 x RM 100.00
Sumbangan Penaja
JUMLAH
PERBELANJAAN
Makanan dan minuman
Cenderahati Perasmi/Penceramah
Buku Cenderamata
Peralatan/ bahan/Orienteering
T.Shirt dan topi
Papan Tanda
Hadiah/hamper
Sewa Alat P.A Sistem
Bil Telepon
Promosi/Banner
Belanja Runcit
RM
2100.00
3000.00
5100.00
1500.00
500.00
300.00
250.00
600.00
350.00
450.00
350.00
80.00
250.00
470.00JUMLAH 5100.00
13.0 PENUTUP
Harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah yang berguna kepada belia dan masyarakat kampung Telok Malek, Jitra, Kedah. Diharap juga dengan adanya program ini, dapat melahirkan
belia yang berdisiplin, berkeperibadian tinggi, berkualiti dan beriltizam tinggi dalam menjana kemajuan negara.
14.0 CATATAN DAN ULASAN PENYELARAS
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan Tarikh
( EN.SHUKRI BIN BAKAR)
15.0 CATATAN DAN KELULUSAN JURULATIH KHIDMAT MASYARAKAT
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan Tarikh:
(PUAN SITI NORLIZA BT JUMALI)
16.0 CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PUSAT KO KURIKULUM
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan Tarikh:
( DR. SA’ARI BIN AHMAD)
BIBLIOGRAFI
Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan (MTT2353): Keruntuhan Akhlak Dan Salah Laku Pelajar. Capaian 15 Januari,2008 dari http://members.tripod.com/~sarjana/akhlak1.html
V.Raman (2003). Masalah Sosial Di Kalangan Remaja: Punca Dan
Penyelesaian. Capaian 7 Oktober,2007 dari http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=492
Mahadi Osman. 1996. Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.
Mohd. Salleh Lebar. 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Mohd. Salleh Lebar. 1998. Sosiologi Sekolah & Pendidikan . Kuala Lumpur : Thinker Library.
Alex Inkeles. 1982. What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
RUJUKAN
Modul VRS011 Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pendidikan. Unit Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara, Sintok Kedah.
LAMPIRAN
Tentatif Program
5 Disember 2009 (Sabtu)
8.00 pagi - Para peserta berkumpul di Dewan Orang Ramai.
8.10 pagi - Ucapan aluan oleh JKK Kpg. Telok Malek Jitra.
Ucapan Pengarah Projek PLK.
Ucapan Perasmian oleh Pegawi Daerah Kubang Pasu.
8.55 pagi - Taklimat Program
9.00 pagi - ‘Ice Breaking’ oleh Kaunselor UUM
9.30 pagi - Menjalankan aktiviti gotong royong membersih kawasan
Tanah Perkuburan Islam Kpg Telok Malek. dan pemasangan papan tanda
11.30 pagi - Berkumpul di dewan.
11.35 pagi - Sesi ‘Ceramah ADK’.
12.15 petang - Ceramah Motivasi “Belia Pemangkin Masa Depan”
Oleh: Kaunselor UUM
1.00 petang - Penyampai Cenderahati
1.15 petang - Makan tengahari & bersurai
1
Top Related