KERTAS KERJAPROGRAM BIJAK SIFIR
TARIKH5 OKTOBER HINGGA 9 OKTOBER 2015
TEMASIFIR, MAGIC 9
TEMPATSEKOLAH KEBANGSAAN KAMUNTING
ANJURAN BERSAMAPANITIA MATEMATIK SKK
KERTAS KERJAPROGRAM BIJAK SIFIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl:125, mafhumnya:-
Ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh teladan yang terbaik dan berhujah lah dengan kata-kata yang baik.
1. PENGENALAN
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di atas segala rahmat. Selawat dan salam kasih untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat seterusnya mata rantai agama Allah yang mengikut sunnah Baginda S.A.W sehingga hari Qiamat. Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Program ini akan diadakan selama seminggu, di mana murid-murid yang terlibat akan diperkenalkan penggunaan kaedah Magic 9 dalam meningkatkan penguasaan sifir 1 hingga 9. Penggunaan kaedah Magic 9 fungsinya hampir sama dengan kaedah petak sifir. Kaedah ini bukanlah satu kaedah pengiraan mental ataupun hafalan, sebaliknya ia adalah satu kaedah yang melibatkan bahan manipulatif dalam membantu murid mencari jawapan sifir. Jesteru murid yang terlibat dalam program ini akan diberikan petak sifir Magic 9.
2.0MATLAMATProgram ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek Matematik.
3.0OBJEKTIF
1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.1. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan.1. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.1. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi pekerti mulia.1. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
4.0NAMA PROGRAMPROGRAM BIJAK SIFIR
5.0TEMA
SIFIR, MAGIC 9
6.0ANJURAN
Panitia Matematik SKK
7.0TARIKH 5 Oktober hingga 9 Oktober 2015
8.0TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Kamunting (SKK)
9.0KUMPULAN SASARANMurid-murid Tahun 5
10.0AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
PENAUNG: En. Zulkifli Bin Yaacob Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kamunting.
PENGERUSI : En. Suhaimi Bin Ismail Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Kamunting.NAIB PENGERUSI: Pn. Norazizah Ketua Panitia Matematik, Sekolah Kebangsaan Kamunting.
SETIAUSAHA: Muhammad Arif Bin Alias
DOKUMENTASI: Muhammad Arif Bin Alias
12.0KOS PROGRAM
BilPerkaraKos
1Alat TulisRM10.00
2Kertas A4RM25.00
JumlahRM35.00
13.0PENUTUP
InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti yang dicita-citakan. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Wassalam.
Disediakan oleh,
-----------------------------(MUHAMMAD ARIF BIN ALIAS)SetiausahaProgram Bijak Sifir,Sekolah Kebangsaan Kamunting.
Disokong oleh, -----------------------------(PN. NORAZIZAH) Naib PengerusiProgram Bijak Sifir,Sekolah Kebangsaan Kamunting.
Diluluskan oleh,
-----------------------------(EN. ZULKIFLI BIN YAACOB)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Kamunting.