NAMA PROGRAM
Gotong-Royong Pencegahan Denggi
PENDAHULUAN
Program “Gotong-Royong Pencegahan Denggi ini adalah merupakan satu aktiviti
di SK Beta Hulu yang dikendalikan oleh warga SK Beta Hulu. Motif utama
program ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah
menjadi kawasan yang bebas dari nyamuk aedes dan memperbaiki lokaliti
supaya kondusif dan selamat dari masalah demam denggi. Ia juga merupakan
salah satu aktiviti tahunan bagi semua kelab dan persatuan di SK Beta Hulu.
Melalui program ini juga, ia diharapkan akan dapat meningkatkan semangat
kerjasama dan semangat berdikari dalam diri murid di samping dapat menanam
sikap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan kesihatan dalam
melalui kehidupan sebagai murid sekolah serta mendidik murid menjadi lebih
bertanggung jawab, beretika dan menghargai alam sekitar.
OBJEKTIF
1.1 Menghapuskan kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes di
persekitaran sekolah.
1.2 Memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kawasan persekitaran
supaya bebas daripada nyamuk aedes.
1.3 Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahayanya nyamuk aedes
dan demam denggi.
1.4 Menyemai sikap kerajinan, bertanggungjawab, tolak ansur dan
mementingkan kebersihan dan kesihatan dalam diri murid.
1.5 Memberi peluang kepada setiap peserta mengembangkan lagi potensi
kendiri secara seimbang dan menyeluruh.
1.6 Mengeratkan hubungan dan kemesraan di antara peserta dengan guru
dan sesama murid.
1
RASIONAL
Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini dengan tersusun mengikut
setiap perancangan, segala matlamat dan objektif yang dirangka akan tercapai
dengan penuh jayanya.
TEMPAT, TARIKH & MASA
5.1 Tempat : Kawasan Persekitaran SK Beta Hulu.
i. Sekitar luaran dan dalam kelas bangunan lama.
ii. Sekitar dataran perhimpunan, belakang kantin dan
taman permainan murid Pra sekolah.
5.2 Tarikh : 12 Ogos 2015 (Rabu)
5.3 Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
KUMPULAN SASARAN
Warga Sekolah , AJK PIBG dan Ibu bapa
2
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : En. Che Hussin bin Harun (GB)
Pengerusi : En. Che Ab Ghazak bin Che Omar (PK Hem)
Naib Pengerusi : i. Tn. Hj. Mat Zawawi bin Yahaya (PK Pen)
ii. Pn. Juliyaiza bt Hussin (PK KO)
Setiausaha : Pn. Nurliza bt Ismail
Bendahari : Pn. Norma bt Mat Salleh
Ahli Jawatan kuasa : YM. Tg. Mazzlan b Raja Daud
En. Mohd Zawawi b Ab Hamid
Pn. Hjh. Zurahmah bt Yusoff
Peralatan
Nama
i. En. Mohd Zawawi b Ab Hamid
Bidang Tugas
menyediakan peralatan dan
bahan untuk program seperti
baldi, sabun, penyapu, plastik
sampah dan lain-lain.
Makanan & Minuman
Nama
i. Pn. Napisah bt Ab Rahman
Bidang Tugas
mengurus dan menyediakan
makanan dan minuman murid-
murid dan guru-guru.
3
Jurufoto
Nama
i. En. Mohd Ramdan bin Ali
Bidang Tugas
Mengambil gambar-gambar
bagi program gotong-royong.
Dokumentasi
Nama
i. Pn. Nurliza bt Ismail
Bidang Tugas
Menyediakan kertas kerja dan
laporan berkenaan program
gotong-royong.
ATURCARA PROGRAM
4
7.40 pagi : Berkumpul di tapak perhimpunan
Bacaan Doa
Ustaz Salahudin bin Seman
Ucapan Perasmian
En. Che Hussin bin Harun
Guru Besar
Taklimat dan Pembahagian Lokasi
En. Che Abdul Ghazak Che Omar
PK HEM
Program Bermula
Jamuan ringan
PEMBAHAGIAN KAWASAN DAN TUGAS
5
NAMA BLOK PENYELIA PERALATAN
WARISAN, LESTARIRAHANI BT
IBRAHIM Tukul, Besi Kerbau Sikul Cangkul Penyapu Pencakar Alatan Yang
Difikirkan Perlu
BENDAHARA, LAKSAMANA, BESTARI
EN. SHAHRIZAN
TEMENGGONG, MUSALLANORAINI BT
AWANG KECIK
SALIRAN DAN PERPARITAN EN. HARUN
Murid Tahap 1 membersihkan kelas , kawasan sekeliling dan membasuh tong-tong sampah
Murid-murid Tahap 2 membersihkan kelas, kawasan sekeliling, membasuh tong sampah dan membantu di kawasan yang telah ditetapkan.
PENUTUP
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan dapat dipraktikkan
dalam kehidupan seharian mereka supaya bebas dari permasalahan nyamuk
aedes dan demam denggi demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih atas
segala sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh guru-guru, ibu bapa dan
pihak pentadbir sekolah terutama guru besar yang telah memberikan kebenaran
dan sepenuh kerjasama bagi menjayakan program yang telah dirancang. Adalah
diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan.
6
Disediakan oleh, Tarikh :
............................................................
(NURLIZA BT ISMAIL)Setiausaha
Disokong oleh,
.........................................
(EN. CHE AB GHAZAK BIN CHE OMAR)Pk Hal Ehwal MuridSK Beta Hulu
Diluluskan oleh,
.........,...........................................
(EN. CHE HUSSIN BIN HARUN)Guru BesarSK Beta Hulu
LAPORAN GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN DENGGI
7
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar
Taklimat dan Pembahagian Kawasan oleh PK HEM
8
9
Pelaksanaan Program Gotong- Royong Pencegahan Denggi
10