SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI DEEPAVALI
TARIKH
14 NOVEMBER 2014 (JUMAAT)
MASA
9.00 PG – 10.00 PG
TEMPAT
DEWAN SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
1.0 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. KPM memandang berat tentang pentingnya dijalin hubungan rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Berkonsepkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
Bertemakan “Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku” yang membawa maksud rakyat perlu bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan, memajukan negara serta kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu dalam mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cinta akan negara.
Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.Insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.
Justeru, kita sebagai warga yang bertanggungjawab perlu memikirkan apakah pengisian terbaik yang wajib dilaksanakan ke arah memastikan negara kita Malaysia akan sentiasa berdiri gah di mata dunia. Apakah cara dan perlakuan yang perlu dilakukan setiap warganya dalam usaha memastikan Malaysia bukan sahaja maju daripada segi fizikalnya tetapi juga maju daripada segi pemikiran, bertatasusila serta bertamadun tinggi yang terkandung warganegaranya yang bersahsiah, berpendidikan kelas dunia, saling menghormati pelbagai kaum dan sebagainya lagi.
2.0 Objektif & Matlamat
Sambutan Hari Deepavali yang setiap tahun diadakan di sekolah merupakan salah satu daripada pengisian wajar bagi mengenang dan menghargai perpaduan di negara Malaysia. Di samping itu juga, sambutan ini bermatlamat untuk;
a. Mewujudkan sikap bekerjasama , tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang
b. Menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara pelajar kepada perpaduan negara Malaysia
c. Menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi warga negara Malaysia
d. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa penting hidup dalam keadaan aman damai
e. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa beruntungnya kita menjadi warganegara Malaysia
3.0 Tarikh, Tempat & Masa
Tarikh Tentatif : 14 November 2014
Masa : 9 pagi – 10 pagi (Sesi Pagi)
3.00 ptg – 3:30 ptg (Sesi Ptg)
Tempat : Dewan SK Convent Bukit Mertajam
4.0 Sasaran Program : Semua warga SK Convent Bukit Mertajam
5.0 Jumlah Peserta : Jumlah peserta adalah seramai 681 murid Tahap 1 dan Tahap 2.
6.0 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pn. Norazmah Binti Shuib
(Guru Besar SK Convent Bukit Mertajam)
Pengerusi : Pn. Siti Suria Binti Walat
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Pn.Punitha Paramasvaram
(Ketua Panitia Pend.Moral)
Setiausaha : Cik.Durgaa Devi Saralan
(Setiausaha Panitia Pend.Moral)
Ahli Jawatankuasa :
1. En.Makadevan Sinnasamy
2. Pn.Assaikumari Krishnasamy
3. Pn.Athirah Ayob
4. Pn.Iffah Syamimi Bt Kamarulizham
5. Pn.Rosmaniza Ripai
6. Pn.Rohayah Bt Hamad
7.0 Anggaran Perbelanjaan & Sumber
Tidak dapat dinafikan bahawa untuk menjayakan sesuatu program, yang paling penting ialah sumber kewangan. Tanpa peruntukan yang disediakan agak mustahil untuk sesiapa sahaja melaksanakan program yang dirancang itu akan berjalan lancar.
BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. Kuih Tradisional 681 orang x RM 2.00 RM 1362
JUMLAH BESAR RM 1362
Peruntukan diperoleh daripada Panitia Pendidikan Moral SK Convent Bukit Mertajam.
8.0 Kesimpulan
Langkah pihak sekolah untuk mengadakan Program Sambutan Hari Deepavali merupakan
satu langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi perpaduan di samping
mendedahkan para pelajar tentang bagaimana sepatutnya negara kita diraikan dan juga untuk
merealisasikan Program RIMUP bersesuaian dengan KPM yang telah melancarkan program
tersebut sejak tahun 1986.
Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita selama 56 tahun bukanlah datang secara
percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang terdahulu dan atas titik
tolak perundingan yang telah diketuai Tunku Abdul Rahman, untuk membebaskan tanah air
kita daripada belenggu penjajahan selama lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemangkin
kepada kemerdekaan ini.
Seluruh warga SK Convent Bukit Mertajam, diharapkan kita semua dapat turut serta dalam
program-program yang telah diatur oleh pihak Jawatankuasa Sambutan Hari Deepavali,
dengan harapan akan menyemarakkan rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara
tercinta. Usah dibangkitkan bebanan tugas yang terpaksa dipikul secara individu malah
lakukanlah secara bijaksana, cemerlang dan ikhlas. Sama-samalah kita mengibarkan Jalur
gemilang sebagai memperingati dan menghayati Hari Kemerdekaan Negara dan menyedarkan
kita sebagai rakyat Malaysia tentang hakikat sebenar kemerdekaan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………………………………… ………………………………….( PUNITHA A/P PARAMASVARAM ) ( SITI SURIA BT WALAT )KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL PK PENTADBIRAN SKCONVENT BM
Disahkan oleh,
…………………………………( NORAZMAH BINTI SHUIB )
Guru Besar SK Convent BM
ATURCARA MAJLIS
Tarikh : 30 Ogos 2013
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
7:30 pagi : - Guru dan murid berkumpul di Dewan SK Convent Bukit
Mertajam
- Ucapan guru bertugas
- Serah majlis kepada pengacara majlis untuk acara Sambutan
Kemerdekaan
7:40 pagi : - Bacaan doa
7:45 pagi : - Penutup sambutan oleh Guru Besar Sk Convent Bukit Mertajam
(Murid Tahun 6 dikehendaki untuk ke kelas masing-masing)
7:55 pagi : - Pertandingan Deklamasi Sajak
8:10 pagi : - Persembahan Sketsa Hari Kemerdekaan
8:15 pagi : - Pertandingan Nyanyian Koir
8:35 pagi : - Laungan Merdeka
8:40 pagi : - Bersurai
ATURCARA MAJLIS
Tarikh : 30 Ogos 2013
Masa : 2:00 ptg hingga 3:10 ptg
2:00 ptg : - Guru dan murid berkumpul di Dewan SK Convent Bukit
Mertajam
- Bendera diedarkan kepada semua murid dan guru
2:15 ptg : - Bacaan doa
2:20 ptg : - Ucapan Program Bulan Kemerdekaan Yang Ke 56 Tahun 2013
2:40 ptg : - Pertandingan Ratu Merdeka
3:00 ptg : - Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia, Malaysiaku Gemilang dan
Tanggal 31
3:05 ptg : - Laungan Merdeka
3:10 ptg : - Bersurai
ATURCARA MAJLIS
Tarikh : 2 September 2013
Masa : 7:30 pagi hingga 8:10 pagi
7:30 pagi : - Guru dan murid berkumpul di Dewan SK Convent Bukit
Mertajam
- Ucapan guru bertugas
- Serah majlis kepada pengacara majlis untuk acara Penutup
Kemerdekaan
7:40 pagi : - Bacaan doa
7:45 pagi : - Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia, Malaysiaku Gemilang dan
Tanggal 31
7:50 pagi : - Penyampaian Hadiah Pertandingan Dekorasi Kelas,
7:55 pagi : - Laungan Merdeka
8:10 pagi : - Bersurai
Top Related