KERTAS KERJAPERKHEMAHAN KETRAMPILAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) DETACHMENT 88HCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
TEMPATHUTAN PENDIDIKAN ALAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURANBULAN SABIT MERAH MALAYSIA
DETACHMENT 88H (KOLEJ KERIS MAS)
TEMA“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
KERTAS KERJAPERKHEMAHAN KETRAMPILAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIADETACHMENT 88H (KOLEJ KERIS MAS)
CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIASESI 2013/2014
1.0 TUJUAN
1.1 Tujuan kami mengadakan perkhemahan ini adalah untuk melatih ahli BSMM yang baru dan juga menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti utama yang akan diadakan setiap tahun.
1.2 Pengusulan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Perkhemahan Ketrampilan Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2013/2014.
2.0 PENGENALAN
2.1 Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) telah ditubuhkan pada tahun 2000. Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H telah mengadakan pelbagai jenis aktiviti yang bertujuan untuk mendedahkan orang ramai tentang ilmu pertolongan cemas. Antaranya adalah perkhemahan ini.
2.2 Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) sesi 2005/2006 telah mengadakan perkhemahan yang pertama kali pada 16 hingga 18 September 2005 yang bertempat di Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada ahli BSMM Detachment 88H dan 22 orang ahli jawatankuasa telah menyertai perkhemahan ini. Perasmi bagi majlis penutupan ialah wakil pengetua, iaitu Tuan Syed Kamarudin Bin Haji Sadak. Selain itu, felo penasihat, Cik Nurul Aishah Kamarudin juga terlibat dalam perkhemahan ini.
2.3 Idea untuk mengadakan perkhemahan pada tahun ini telah disuarakan oleh ahli Jawatankuasa BSMM Detachment 88H sesi 2013/2014.
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelancaran program ini. Antaranya:
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian yang telah ditetapkan dan objektif yang telah digariskan.
3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan program.
4.0 MATLAMAT
Matlamat Perkhemahan Ketrampilan BSMM Detachment 88H adalah untuk :
4.1 Mendedahkan ahli baru BSMM Detachment 88H dengan pengetahuan asas pertolongan cemas.
4.2 Memupuk semangat perpaduan, kerjasama, saling membantu dalam kalangan peserta dan keprihatinan terhadap mangsa kemalangan serta menghulurkan bantuan secara sukarela.
4.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan ahli BSMM dalam menghadapi kes-kes kemalangan yang sebenar melalui sistem dua hala dan latihan intensif yang konsisten.
4.4 Menguji dan membina ketahanan mental dan fizikal peserta dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
4.5 Memberi peluang kepada AJK dan peserta untuk mengasahkan sifat kepimpinan dan pengalaman mengadakan sesuatu aktiviti.
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan 8 domain Kemahiran Insaniah Pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai. Antaranya:
5.1 Melatih mahasiswa/i dalam kemahiran komunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
relevan dengan cepat. Mahasiswa/i juga dilatih untuk berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain.
5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada mahasiswa/i seperti menerima tanggungjawab, merancang dan memberi arahan. Selain itu, perkhemahan ini bertujuan untuk memupuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa/i.
5.3 Mencungkil kemahiran keusahawanan dan pengurusan mahasiswa/i seperti mencadangkan idea yang baru, mensintesis tentang maklumat yang releven, boleh menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan rancangan.
5.4 Mempertingkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban mahasiswa/i melalui tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain di samping peka terhadap situasi sosial seperti perpaduan.
5.5 Melatih mahasiswa/i tentang kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dengan merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan. Mahasiswa/i juga akan mempelajari cara mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri.
5.6 Menerapkan nilai sikap, etika dan profesionalisme dalam diri mahasiswa/i dengan menunjukkan tingkah laku profesional yang sesuai dengan etika kerjaya. Mahasiswa/i juga akan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.
5.7 Melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik yang mana mereka boleh mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat selain menilai pelbagai pilihan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.
5.8 Mencungkil kemahiran kreatif dan inovatif mahasiswa/i semasa melakukan tugas. Mereka akan sentiasa meneroka idea baru dan melahirkan idea yang kreatif serta berinovasi.
.
6.0 TEMA
“Surrender the Me, For the We”
7.0 ANJURAN
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas)Sesi 2013/2014Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 13 sehingga 15 Disember 2013 (Jumaat - Ahad)
Masa berkumpul : 3.00 petang (13 Disember 2013)
Masa bersurai : 7.00 petang (15 Disember 2013 )
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan ialah Hutan Pendidikan Alam Universiti Kebangsaan Malaysia.
10.0 PUBLISITI
Poster akan ditampal pada papan kenyataan setiap blok kediaman Kolej Keris Mas.
Papan elektronik dan e-Pelajar juga akan digunakan.
11.0 CADANGAN PERASMI
Cadangan perasmi bagi Perkhemahan Ketrampilan BSMM Detachment 88H adalah seperti berikut:
1) YBhg. Dr. Ruslin Amir
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
Pengetua Kolej Keris Mas
2) Tuan Haji Ishak bin Abdul Rahman Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas
3) Encik Yussop bin Mat AchinPengurus Kanan Kolej Keris Mas
4) Encik Chin Yoong FeiFelo Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas)
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
1) Bilangan VIP : 5 orang 2) Bilangan peserta : 50 orang3) Bilangan fasilitator : 20 orang4) Bilangan urusetia : 11 orang Jumlah : 86 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Sesi Suai KenalPeserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri mengikut kumpulan, mencipta logo, slogan dan nama kumpulan masing-masing.
15.2 Sesi Pembelajaran Teori dan Praktikal- Balutan dan Kegunaan
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
Aktiviti ini akan diadakan dalam kumpulan masing-masing. Cara balutan yang betul dan sesuai untuk merawat dan mengurangkan kesakitan mangsa akan ditunjukkan dan diajar oleh fasilitator.
15.3 Sesi Pembelajaran Teori-Anatomi ManusiaAktiviti ini akan diadakan dalam bentuk ceramah oleh Jurulatih BSMM Bertauliah, Cik Tan Shuk Ling. Para peserta akan didedahkan dengan struktur tubuh badan manusia serta fungsi-fungsinya.
15.4 Sesi Pembelajaran Teori-Peralatan Peti Pertolongan CemasAktiviti ini akan diadakan dalam kumpulan masing-masing. Teknik dan jenis-jenis balutan serta jenis-jenis peralatan dan ubat yang terdapat dalam peti pertolongan cemas akan diajar dan diterangkan oleh fasilitator.
15.5 Sesi Pembelajaran- PengangkutanAktiviti ini akan diadakan dalam kumpulan masing-masing. Cara pengangkutan yang betul dan sesuai untuk mengangkut mangsa akan ditunjukkan dan diajar oleh fasilitator.
15.6 Ceramah bertemakan “Undang-Undang Kemanusiaan”Ceramah ini akan disampaikan oleh Cik Nor Safra Zakiah Binti Mohd Zaki. Maklumat penceramah, sila rujuk pada Lampiran C. Ceramah ini berkaitan dengan asal usul penubuhan IFRC dan ICRC berserta dengan tujuh prinsip asas ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.
15.7 Ceramah bertemakan “Kesihatan”Ceramah ini akan disampaikan oleh Cik Nor Zarifah Binti Zainol Rashid. Maklumat penceramah sila rujuk pada Lampiran C. Pelbagai penyakit dan cara merawat yang asas akan diajar. Sebagai contohnya, penyakit histeria, afiksia, renjatan dan lain-lain.
15.8 Ceramah bertemakan “Pertolongan Cemas dan Teknik CPR”Ceramah ini akan diberikan oleh Encik Sayed Ahmad Syahir Bin Sayed Aluwee. Maklumat penceramah sila rujuk pada Lampiran C. Ceramah ini adalah berkaitan tentang pertolongan cemas dan tindakan yang patut diambil semasa menghadapi kes kecemasan yang sebenar. Teknik yang betul adalah amat penting untuk membantu mangsa yang menghadapi masalah kesesakan nafas.
15.9 Ekspedisi Hutan
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
Peserta akan diminta berjalan mengikut kumpulan dalam hutan di bawah pimpinan renjer. Simulasi kes kecemasan akan disediakan dan peserta perlu mengaplikasikan apa yang dibelajar untuk menyelamatkan mangsa simulasi kes kecemasan.
15.10 Pertandingan Pertolongan Cemas MiniAktiviti ini diadakan dengan membahagikan peserta dalam kumpulan masing-masing dan dijalankan di tempat yang berbeza. Setiap kumpulan perlu melalui 5 check point iaitu balutan dan kegunaan, cardiacpulmunory resuscitation (CPR), penggunaan peti pertolongan cemas, anatomi manusia dan pengangkutan.
15.11 Ujian TeoriUjian bertulis akan disediakan untuk setiap peserta. Soalan-soalan tentang ilmu pengetahuan dan teknik pertolongan cemas akan diuji.
15.12 Pertandingan Kes Simulasi Aktiviti ini diadakan dengan membahagikan peserta kepada tiga kumpulan besar dan diadakan di tempat yang berlainan. Kes sebenar yang kemungkinan berlaku seperti kemalangan jalan raya, perang dan lain-lain akan disediakan oleh fasilitator. Peserta perlu mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari untuk menolong mangsa yang ditimpa malang dalam masa yang dihadkan.
15.13 Permainan Wheel of History MystoryAktiviti ini akan diadakan dalam kumpulan masing-masing. Permainan ini diadaptasi dari permainan rancangan televisyen Wheel of Fortune di mana setiap kumpulan bertanding untuk menyelesaikan beberapa teka-teki yang berkenaan undang-undang kemanusiaan. Sesi ini penting untuk mengetahui sejauh mana kefahaman para peserta tentang undang-undang kemanusiaan.
15.14 Permainan Anatomy ArcadeAktiviti ini akan diadakan dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan perlu mengenal pasti akan setiap struktur tubuh manusia serta fungsinya. Para peserta akan diuji mengenai sistem tubuh badan seperti organ-organ, sel dan tulang.
15.15 Permainan Nurture the Nature
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
Aktiviti ini akan diadakan dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan diuji mengenai perihal flora dan fauna. Setiap kumpulan perlu menghasilkan suatu peta minda berkenaan flora dan fauna seperti jenis, fungsi, dan lakaran flora dan fauna tersebut.
15.16 Permainan Mengumpul HartaAktiviti ini akan diadakan dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan diberikan petunjuk untuk mencari salah seorang ahli jawatankuasa perkhemahan ini. Harta, iaitu markah akan diberikan kepada setiap kumpulan setelah kumpulan tersebut berjaya menyelesaikan soalan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa itu. Masa yang diberikan adalah dua jam. Setelah kumpulan itu berjaya menjawab soalan yang diberikan, petunjuk seterusnya akan diberikan. Fasilitator akan bergerak bersama kumpulan masing-masing. Hadiah akan disediakan bagi kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi.
15.17 Permainan KemasyarakatanAktiviti ini diadakan dalam kumpulan masing-masing dan diadakan di tempat yang berlainan. Setiap kumpulan perlu memikirkan cara yang tersendiri untuk memujuk keluarga yang disyaki menjangkiti penyakit jenis merebak pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang rapi. Sesi ini penting dalam melatih soft skill para pelajar UKM yang merupakan tunggak negara pada masa hadapan.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran D
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila hubungi:
Bilik Rawatan Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas)Bangunan Pentadbiran Kolej Keris MasUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM BangiSelangor Darul Ehsan.(u/p: Zahratul Nabila Binti Dawa- 012-5774066)E-mel : [email protected]
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
18.0 PENUTUP
Semoga permohonan kami mendapat kelulusan dan bantuan kewangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, kami berharap agar semua objektif dapat dicapai seperti yang telah digariskan. Penganjuran perkhemahan seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) yang akan sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran yang akan menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Selain itu, secara tidak langsung, kolej dapat melahirkan pemimpin yang berfikiran positif, dinamik, aktif, serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan bantuan tenaga daripada semua pihak amat dihargai. Atas kerjasama itu, pihak kami ucapkan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,
...........................
ZAHRATUL NABILA BINTI DAWAKetua PengarahPerkhemahan Ketrampilan Bulan Sabit Merah MalaysiaDetachment 88H (Kolej Keris Mas)Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
...........................
CHIN YOONG FEIFelo PenasihatBulan Sabit Merah MalaysiaDetachment 88H (Kolej Keris Mas)Universiti Kebangsaan Malaysia
Diluluskan oleh,
...........................
DR. RUSLIN AMIRPengetua Kolej Keris MasUniversiti Kebangsaan MalaysiaNo Tel : 03-89214011
LAMPIRAN A
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
STRUKTUR ORGANISASIPERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
DETACHMENT 88H (KOLEJ KERIS MAS)UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2013/2014
PenaungYBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
PengerusiYBhg. Prof. Dato’ Dr. Ir. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
PenyelarasTuan Hj. Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
PenasihatYbhg. Dr. Ruslin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas, UKM
Tuan Haji Ishak Haji Abd RahmanTimbalan Pengetua Kolej Keris Mas, UKM
Encik Yussop Mat AchinPengurus Kanan Kolej Keris Mas, UKM
Encik Chin Yoong FeiFelo Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas), UKM
Ketua PengarahZahratul Nabila Bt Dawa / A141978
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
Fakulti Sains dan Teknologi / 2 012-5774066
Timbalan Ketua PengarahNur Hazim Bt Mat Simin / A141194
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 2017-6565771
SetiausahaNoor Masliza Bt Sudirman / A141276
Fakulti Sains dan Teknologi / 2014-8023403
BendahariNur Fazlin Bt Abdullah / A140371
Fakulti Sains dan Teknologi / 2012-6455989
Pengarah Disiplin : Rozalia Bt Mohamad Sayuti / A137356 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 3
Pengarah Program : Nurul Athirah Bt Omar / A141455 Fakulti Sains dan Teknologi / 2
Pengarah Kebajikan dan Tugas-tugas Khas
: Nor Syafawati Bt Jani / A141228 Fakulti Sains dan Teknologi / 2
Pengarah Protokol : Norhidayah Bt Abdul Majid / A142415 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 2
Pengarah Teknikal : Syazwani Nadia Bt Zainol / A141848 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/ 2
PengarahPemasaran
: Adila Bt Abdul Rasib / A140646 Fakulti Sains dan Teknologi / 2
Pengarah Pengangkutan : Nazatul Maria Bt Abdul Kadir / A141578 Fakulti Sains dan Teknologi / 2
LAMPIRAN B
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
TENTATIF PROGRAM
JUMAAT, 13 DISEMBER 2013
MASA PERKARA TEMPAT
1500-15301530-16001600-1700
1700-1730
1730-1800
1800-1900
1900-19301930-20002000-2100
2100-2200
2200-2300
2300-0000
0000
Pendaftaran Peserta Bertolak ke Hutan Pendidikan AlamSesi Suai kenal dan Pembahagian KumpulanSolat asarUpacara Pembukaan dan Minum PetangSesi Penerangan Peraturan PerkhemahanSesi Pembelajaran Teori dan Praktikal: Balutan dan KegunaanRehat dan Solat Maghrib Makan MalamCeramah:Undang-Undang KemanusiaanOleh: Nor Safra Zakiah Binti Mohd ZakiPermainan: “Wheel of History Mystery”Ceramah:Anatomi ManusiaOleh : Tan Shuk LingPermainan:“Anatomy Arcade”Solat Isya’ Tidur
Semua program akan dijalankan di Dewan Terbuka Hutan Pendidikan Alam dan kawasan lapang di sekitar Dewan Terbuka.
SABTU, 14 DISEMBER 2013
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
MASA PERKARA TEMPAT
0530-06300630-07000700-07300730-10301030-1130
1130-1230
1230-1300
1300-13301330-1400
1400-1500
1500-1630
1630-17001700-1830
1830-19001900-19301930-2030
2030-21002100-23302330-0000
0000
Bangun dan Solat SubuhSenamrobikSarapan pagiEkspedisi HutanPermainan:“Nurture the Nature”Sesi Pembelajaran Teori:Penggunaan Peti Pertolongan CemasPermainan:Mengumpul HartaSolat Zohor dan Makan TengahariCeramah:Pertolongan cemas dan teknik Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) Oleh:Sayed Ahmad Syahir Bin Sayed Aluwee Ceramah:KesihatanOleh:Nor Zarifah Binti Zainol RashidPermainan:KemasyarakatanSolat Asar dan Minum PetangSesi Pembelajaran Teori dan Praktikal:PengangkutanRaptai Sketsa KumpulanRehat dan Solat MaghribTazkirah Maghrib dan Pendidikan MoralSolat Isya’ dan Makan MalamPertandingan SketsaPermainan:Gambarku, Gambarmu juaTidur
Semua program akan dijalankan di Dewan Terbuka Hutan Pendidikan Alam dan kawasan lapang di sekitar Dewan Terbuka.
AHAD, 15 DISEMBER 2013
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
MASA PERKARA TEMPAT
0530-06300630-07000700-07300730-1030
1030-13301330-14001400-15301530-16301630-17301730-18001800-18301830-1900
Bangun dan Solat SubuhSenamrobikSarapan pagiPertandingan Pertolongan Cemas MiniUjian TeoriSolat Zohor dan Makan TengahariPertandingan Kes SimulasiPersiapan Majlis PenutupanMajlis PenutupanSolat Asar dan RehatPembersihan Tapak PerkhemahanBertolak Balik ke Kolej
Semua program akan dijalankan di Dewan Terbuka Hutan Pendidikan Alam dan kawasan lapang di sekitar Dewan Terbuka.
LAMPIRAN CBIODATA PENCERAMAHNama : Nor Zarifah Binti Zainol Rashid
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
Jawatan terdahulu : Kuartermaster Detachment 88HJawatan Sekarang : Bendahari BSMM Cabang UKMPengalaman : PC BSMM 2012 Nombor telefon : 012-3619647E-mail : [email protected]
Nama : Sayed Ahmad Syahir Bin Sayed AluweeJawatan terdahulu : Penolong Komandan Detachment 88H Sesi 2010/2011Jawatan Sekarang : Jurulatih BSMM BertauliahPengalaman : PC BSMM 2011, 2012, 2013
: Memberi ceramah Cardiopulmonary Resuscitation di Sekolah Jalan Enam, Bandar Baru Bangi 2011
Nombor telefon : 013-4382955E-mail : [email protected]
Nama : Nor Safra Zakiah Binti Mohd ZakiJawatan Terdahulu : Ketua Utama Seksyen BSMM Detachment 88H
Sesi 2011/2012 Jawatan Terkini : Setiausaha BSMM Cabang UKM Pengalaman : PC BSMM 2012, 2013
: Menyertai Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Negeri Selangor
Nombor Telefon : 012-3757847E-mail : [email protected]
Nama : Tan Shuk LingJawatan Terdahulu : Kuartermaster BSMM Detachment 88H Sesi
2009/2010Jawatan Terkini : Jurulatih BSMM BertauliahPengalaman : Medical Volunteer at Asian University Games
2008: PC BSMM 2009: Memberi ceramah pertolongan cemas di Perkhemahan Tahunan Cawangan Melaka 2010
Nombor Telefon : 017-3291218E-mail : [email protected]
LAMPIRAN D
BELANJAWAN
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
Anggaran PendapatanBil Perkara RM
1. Sumbangan:
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)Yuran Penyertaan (RM20.00 X 50 orang)Pihak Kolej
300010001000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 5000.00
Anggaran PerbelanjaanBil Perkara RM1. Makanan
Peserta dan AJK
Sarapan Pagi RM 4.00Makan Tengahari RM 6.00Minum Petang RM 4.00Makan Malam RM 6.00
RM 20.00 X 81 orang X 2 kali = RM3240.00
VIPRM 20.00 X 5 = RM100.00
3324.00
Sijil Penyertaan dan Cenderamata Bagi Peserta,
AJK dan VIP
Sijil Penghargaan RM1.00 X 81= RM81.00
Cenderamata Peserta RM30.00Cenderamata Kumpulan Peserta
RM30.00
Cenderamata Penceramah Jemputan
RM30.00 X 3=RM90.00
Cenderamata Perasmi RM50.00
311.00
. Kos Pentadbiran 150.00
“Surrender the Me, For the We”
PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H SESI 2013/2014
KOLEJ KERIS MASCABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
13 HINGGA 15 DISEMBER 2013
4. Penyediaan Program
300.00
5. Teknikal 200.00
6. Kos sewa tempat penginapan 100.00
7. Rencam 100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 4485.00
“Surrender the Me, For the We”
Borang penyertaan RM 10.00Kad nama peserta RM 40.00
Fotokopi dan pencetakan RM100.00
Kertas Ujian Teori RM 50.00Buku Program RM100.00Peralatan Latihan Dalam Kumpulan
RM50.00
Lain-lain RM100.00