KERTAS KERJA PROGRAM INSPIRASI MINDA MURID TAHUN 6 SK KAMPUNG MAJU JAYAANJURAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU
DENGAN KERJASAMA ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY ( IRDA).PENGENALAN
Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar kelas boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid.1.0 DEFINISI
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid SK Kampung Maju Jaya terutama calon UPSR untuk tahun ini dan juga pengalaman baru kepada mereka mengenai peluang yang disediakan oleh Iskandar Malaysia iaitu melibatkan 9 sektor ekonomi utama seperti:
i. Pelancongan
ii. Perkhidmatan Pakar Perunding dan nasihat kewangan
iii. Pendidikan
iv. Penjagaan kesihatan
v. Industri kreatif
vi. Elektrik dan elektronik
vii. Logistik
viii. Petrokimia & Oleokimia
ix. Makanan dan pemprosesan Asas Tani`2.0 RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai fungsi teras serta peranan utama IRDA.
2.2 Pendedahan tentang pelbagai peluang dan kelebihan dari persekitaran mesra pelabur Iskandar Malaysia.
2.3 Pendedahan tentang peranan IRDA dalam pembangunan sosial selari dengan wawasan IRDA dalam mewujudkan komuniti serba makmur dan harmoni.3.0 OBJEKTIF3.1 Memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat dengan lebih dekat limpahan pembangunan Iskandar Malaysia dan sejauhmana peluang yang ada itu boleh memberi manafaat kepada kehidupan mereka nanti.3.2 Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid untuk memberi motivasi dan membuka minat untuk melanjutkan pendidikan di Sekolah Antarabangsa dan swasta dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan juga Vokasional.3.3 Menjadi pemangkin supaya murid-murid terus bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh dengan harapan dapat merasai peluang-peluang masa hadapan yang ada sekiranya mereka cemerlang dalam pelajaran.4.0 SASARAN80 orang murid Tahun Enam5.0 BILANGAN PESERTA/GURU
80 orang murid/8 orang guru
6.0 CADANGAN PROGRAM
Tarikh
: 5 Julai 2015 (Ahad)Masa
: 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat Lawatan : Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay7.0 AJK INDUK
Pengerusi:Pn. Hjh. Yos Fatimah Bt Selamat (Guru Besar SK Kampung Maju Jaya)
Naib Pengerusi:En. Yosnizaan Bin Jopri (GPK Kokurikulum)
Setiausaha:En. Azizilfikri Bin Zahari
Bendahari:Pn. Nurul Izziatie Bt jameri
AJK
:En. Muhamad Muzamir Bin Mat Saad
Pn. Dalyana Bt Mat Dahar
En. Ahmad Azhani Bin Yaacob
En. Muhamad Zaini Bin jamsari8.0 AJK KERJA
Ketua Rombongan: En Yosnizaan Bin JopriFotografi
: En Azizilfikri Bin Zahari
Kawalan Disiplin: En. Muhamad Zaini Bin Jamsari
Kecemasan
: Pn. Dalyana Bt Dahar
Aktiviti Pembelajaran: En. Muhamad Muzamir Bin Mat Saad
En. Ahmad Azhani Bin Yaacob
Pn. Erzura Najwa Bt Othman
9.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti7.30 pagi Berkumpul dan pendaftaran
8.00 pagi Bersedia untuk bertolak dari SKKMJ ke Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC)9.00 pagi Sesi Slot 1 (Taklimat Lawatan)10.00 pagi Sesi Slot 2 (Sesi Buka Minda bersama Pengarah Social Development IRDA12.00 tgh Sesi Soal Jawab /Lawatan ke kawasan sekitar Danga Bay, Johor Bahru12.00 tgh Bersedia untuk pulang10.0 PENDAPATAN/PERBELANJAANBILPERKARAKUANTITIJUMLAH (RM)SUMBER
1Pengangkutan basRM 300.00 X 2 600.00BIMBINGAN & KAUNSELING
JUMLAH600.00
11.0 KESIMPULAN
Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri betapa luasnya ruang dan peluang yang menanti mereka yang rajin berusaha dan inginkan kehidupan yang baik.DISEDIAKAN OLEH
DISEMAK OLEH
.
AZIZILFIKRI BIN ZAHARIGuru Bimbingan Dan Kaunseling
DISAHKAN OLEH
. .
SK KAMPUNG MAJU JAYA
JKR 2854, POS SKUDAI
81300 SKUDAI JOHOR BAHRU
KERTAS KERJA
PROGRAM INSPIRASI MINDA MURID TAHUN 6
TEMPAT :
ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTRE
DANGA BAY,JOHOR BAHRU
TARIKH :
5 JULAI 2015
ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
BERSAMA PERSATUAN IBU BAPA & GURU
DENGAN KERJASAMA
ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY ( IRDA)
Top Related