KERTAS KERJA NAIK TARAF BILIK AKSES
SAM SULTAN HISAMUDDIN
1. LATAR BELAKANG
Bilik Akses di sekolah merupakan Pusat Akses Sekolah berfungsi sebagai pemangkin
pembudayaan ICT di sekolah yang merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan
bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri dan mempelbagaikan gaya
pembelajaran mereka.
Walaubagaimanapun kemudahan Bilik Akses yang kian uzur serta memerlukan
pembaikan menyebabkan penggunaan Bilik Akses ini dibawah kemampuan sebenar. Dengan
kata lain, banyak kemudahan yang perlu diperbaiki, ditambah selain aspek kecerian untuk
menjadikan Bilik Akses lebih kondusif untuk tujuan pembelajaran seperti Frog VLE.
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana sumbangan bagi membangunkan,
membaik pulih serta menambah kecerian bagi Bilik Akses SAM Sultan Hisamuddin.
2. RASIONAL DAN OBJEKTIF
i. Penyediaan dan penyenggaraan kelengkapan komputer dan komputer riba.
ii. Penyediaan sistem penghawa dingin serta pintu grill untuk keselamatan perkakasan
komputer serta keselesaan pegguna
iii. Menambah baik keceriaan Bilik Akses
3. TARIKH PERLAKSANAAN
Sepanjang tahun.
4. ANGGARAN KOS
Rujuk Lampiran 1
5. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN
i. Matlamat KPM untuk memberikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan
kecerdasan pelbagai tidak tercapai.
ii. Kemudahan pembelajaran kendiri, pembelajaran atas talian (Frog VLE) tidak
dapat disediakan
iii. Keselamatan peralatan, perkakasan serta keselesaan pengguna Bilik Akses tidak
terjamin
6. SUMBER KEWANGAN
Sumbangan dari pihak PIBG, orang perseorangan, pihak koporat serta mana – mana
pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan hasrat untuk membangunkan,
menambah baik serta mengindahkan Bilik Akses.
7. PENUTUP
Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangan ini beroleh sokongan dari
semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan, membaik pulih serta menceriakan
Bilik Akses ini tercapai hendaknya.
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PEMBANGUNAN BILIK AKSES
SAM SULTAN HISAMUDDIN
PENASIHAT
PUAN SERIFAH MAHAYA BT SYED DAKIAN
(PENGETUA)
PENGERUSI
EN MOHD NORHISAM BIN AHMAD
(PK PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA
PUAN NURMURNI BINTI ISMAIL
(GURU MEDIA)
PENOLONG SETIAUSAHA
EN ALI ZAKRI BIN ABDUL KARIM
(GURU PENYELARAS ICT)
AJK
EN LUQMAN AL-KHAFIMIY B MOHAMMAD IKHSAN
CIK HJH HAMIMAH BINTI OTHMAN
Disediakan Oleh:-
(ALI ZAKRI BIN ABDUL KARIM)Penolong SetiausahaProgram Pembangunan Bilik Akses
Disahkan Oleh:-
(SERIFAH MAHAYA BT SYED DAKIAN)PengetuaSAM Sultan Hisamuddin
Lampiran 1
Anggaran Kos
Kelengkapan komputer dan komputer riba
BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH
1 Power Adaptor dan Power Cord
5 150 650
2 Notebook Lock Key 5 10 50
JUMLAH 5000
Keperluan keselamatan dan penghawa dingin
BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH
1 Penghawa Dingin 1hp 1 1500 1500
2 Grill Keselamatan 1 1500 1500
JUMLAH 3000
Keperluan keceriaan
BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH
1 Pelekat Cermin 2 50 100
2 Kerusi Plastik Kecil 10 20 200
JUMLAH 300
Top Related