KERTAS KERJA
KEJOHANAN OLAHRAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM
81600 AYER HITAM, BATU PAHAT, JOHOR
KALI KE 12, 2005
1.1 PENGENALAN
Kejohanan Olahraga SK Ayer Hitam diadakan pada setiap tahun.
1.2 MATLAMAT & OBJEKTIF
1.2.1 MATLAMAT
Melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang olahraga
Menanamkan sifat semangat kesukanan dan cintai sekolah
1.2.2 OBJEKTIF
Menganjurkan kejohanan Olahraga berdasarkan keperluan dan
pencapaian murid mengikut kategori yang ditetapkan.
Mengenalpasti murid yang layak untuk mewakili sekolah.
1.3 BUTIRAN KEJOHANAN
1.3.1 TARIKH : 15 FEBRUARI 2005
1.3.2 MASA : 7.30 PAGI – 1.00 PETANG
1.3.3 TEMPAT : PADANG INSTITUT PERTANIAN
AYER HITAM
1.3.4 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
I. Kejohanan adalah merujuk kepada Undang-undang KOAM,
MSSJ, MSSD serta undang-undang kecil yang diwujudkan.
II. Penyertaan adalah dibuka kepada rumah-rumah sukan dan
kategori yang telah ditetapkan.
III. Setiap pasukan dikehendaki menghantar tidak lebih daripada 2
peserta bagi setiap acara individu dan 1 pasukan bagi acara
berpasukan.
IV. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai tidak lebih
daripada 2 acara individu dan 1 acara pasukan.
1.3.4 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN MENGIKUT
KATEGORI
Petandingan dibahagikan kepada 3 ketagori seperti berikut :
Bahagian Lelaki Bahagian Perempuan
a. 12 tahun ke bawah a. 12 tahun ke bawah
b. 10 tahun ke bawah b. 10 tahun ke bawah
c. 8 tahun ke bawah c. 8 tahun ke bawah
ACARA & PERINGKAT UMUR
LELAKI PEREMPUAN
12 10 8 12 10 8
80 M X X
100 M X X X X
200 M X X X X
80 BERPAGAR X X
4 X 50 M X X
4 X 100 M X X X X
4 X 200 M X X X X
LOMPAT JAUH X X X X
LONTAR PELURU X 2.72 KG
X 2.72 KG
REJAM LEMBING X600 GM
X600 GM
LOMPAT JAUH X X X X
1.3.5 HADIAH
a. Hadiah pingat diberikan kepada pemenang tempat 1, 2, dan 3
bagi acara individu.
b. Hadiah pingat diberikan kepada pemenang tempat 1 dan 2
bagi acara berpasukan.
1.3.6 KEDUDUKAN RUMAH SUKAN
Kedudukan rumah sukan adalah mengikut pungutan mata. Pengiraan
mata adalah berdasarkan kepada jadual berikut :
Tempat Pertama - 7 mata
Tempat Kedua - 5 mata
Tempat Ketiga - 4 mata
Tempat Keempat - 3 mata
Tempat Kelima - 2 mata
Tempat Keenam - 1 mata
1.3.7 NOMBOR DAN ABJAD PESERTA MENGIKUT RUMAH SUKAN:
RUMAH SUKAN NOMBOR ABJAD
KUNING 100 - 199 K
BIRU 200 - 299 B
HIJAU 300 - 399 H
MERAH 400 - 499 M
Setiap rumah sukan dikehendaki menggunakan kain mengikut
warna rumah sukan masing-masing.
Abjad adalah untuk acara berpasukan
Saiz kain 6 inci x 8 inci
Tinggi nombor 4 inci
Tebal nombor 2 cm
Warna tulisan – HITAM
Peserta hendaklah memakai nombor pada hadapan dan
belakang badan paras dada.
1.4 JAWATANKUASA PENGELOLA
PENAUNG : TN HJ UMAR B HJ KAMARI
Tn Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat
PENGERUSI : EN PARLAN B HJ YUNOS
Guru Besar SK Ayer Hitam
NAIB PENGERUSI : EN IBRAHIM B OTHMAN
GPK Kokurikulum
EN ISNAIN B BACHIK
GPK Kurikulum
EN MASRUHIN B HASANON
GPK Hal Ehwal Murid
SETIAUSAHA : EN MARJOHAN B NGADINO
Setiausaha Sukan
NAIB SETIAUSAHA : EN SAADON B AHMAD KAIRONI
JAWATANKUASA KECIL
1. PERASMIAN & PROTOKOL 2. TEKNIK & ALATAN
En Masruhin b Hasanon En Saadon b Ahmad Kaironi
En Isnain b Bachik En Saiful Basar b Samakon
En Ibrahim b Othman En Ariffin b Bujang
En Mesni b Kasiran En Marjohan b Ngadino
En Azman b Salip En M Amin Azhari b Sanip
3. TEKNIK PERTANDINGAN 4. PENGANGKUTAN
En Ariffin b Bujang En Jazuli b Dollah
En Marjohan b Ngadino En Subari b Idris
En Ruslani b Bukhiran En Abd Manan b Zainal
Pn Sarah bt Abu Hassan En Nordin b Najat
Cik Siti Sarina bt Saril Tn Hj Mohamad b Nawawi
5. TEKNIK KEPEGAWAIAN 6. JAMUAN
En Ibrahim b Othman Pn Hjh Fauzila bt Abdullah
En Saadon b Ahmad Kaironi Pn Intan Kartini bt M Amin
En Azman b. Salip Cik Hairiah bt Mahat
7. JEMPUTAN 8. KHEMAH & PERHIASAN
Cik Aminoor bt Jaya Waras En Hasmadi b Hassan
Pn Siti Norhafizah bt Mohd Ali En Bukhari Alrazi
Pn Hjh Siti Faridah bt Arshad En Abd Manan b Zainal
9. KAWALAN KESELAMATAN 10. KEBERSIHAN
En Zailani b Mohamad En Nordin b Narjad
Cik Priyasini AP Ramachandran En Abd Manan b Zainal
Pn Hjh Faridah bt Arshad En Subari b Idris
Pn Siti Mardiah bt Yusof Ahli Pengakap
11. SERANTA & SIARAYA 12. JURUACARA
En Mohd Amin Azhari Pn Siti Zalina bt Abd Rahman
En Bahroini b Basiron@ Badron Pn Siti Saudah bt Mustafa
13. PERTOLONGAN CEMAS 14. BUKU PROGRAM & IKLAN
Pn Erni Jora bt Rahim Cik Alnisa bt Md Nasir
Pn Norhana bt Abd Hamid En Seman b Yahya
Pn Jamaiah bt Jaafar En Ruslani b Bukhiran
Ahli PBSM
15. HADIAH & CENDERAMATA
Pn Munalizah bt Mustafa
Pn Asiah bt Sarkawi
Pn Zarinah Ngah
1.5 JADUAL KERJA
1.6 KEWANGAN
ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-19
BAHAGIAN KOS (RM) CATATAN
1 Teknik Pertandingan & Kepegawaian 350.00
Pelepas – RM 200.00
2 Teknik Alatan & Persiapan Padang 100.00
3 Hadiah & Cenderamata 1670.00
RM 870.00 (Sekolah)
RM 800.00 (Tajaan)
4 Jamuan Perasmian 80.00 Tajaan
5 Makanan & Minuman Pegawai 500.00 Tajaan
6 Minuman Murid 200.00
7 Khemah / Hiasan Padang / Alatan Am 300.00
8 Buku Program 50.00
9 P.A Sistem 50.00
10 Perubatan & Pertolongan Cemas 50.00
11 Seranta / Publisiti 50.00
12 Perasmian Pembukaan / Penutup 50.00
13 Kawalan keselamatan / Kebersihan 20.00
14 Penggambaran 100.00
15 Persembahan 50.00
16 Sukaneka 50.00
17 Urusetia 50.00
18 Jemputan Sambutan 30.00
JUMLAH 3750.00
Sumber Sekolah
Hadiah & Cenderamata - RM 870.00
Pengurusan - RM 1500.00 RM 2370.00
Sumber Tajaan - RM 1380.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 3750.00
1.7 ATURCARA KEJOHANAN, PERASMIAN & PENUTUP.
1.7.1 ATURCARA KEJOHANAN
MASA ACARA KATEGORI
7.45 Pagi 12 – Rejam Lembing P 12
13 - 100M P 10
14 – 100M L 10
15 – 100M P 12
16 – 100M L 12
17 – 80M P 8
18 – 80M L 8
19 – 50M Prasekolah P
20 – 50M Prasekolah L
21 – Rejam Lembing L 12
22 – Sukaneka Tahun 1 P
23 – Sukaneka Tahun 1 L
24 – Lari Berpagar (Saringan 1) P 12
25 – Lari Berpagar (Saringan 2) P 12
26 – Lari Berpagar (Saringan 1) L 12
27 – Lari Berpagar (Saringan 2) L 12
9.45 Pagi 28 – 4 x 100M (Jemputan Sekolah) P 12
29 – 4 x 100M (Jemputan Sekolah) L 12
30 – Sukaneka Prsekolah P
31 – Sukaneka Prasekolah L
32 – 200M P 10
33 – 200M P 12
34 – 200M L 12
35 – 200M L 12
36 – 4 x 100M P 10
37 – 4 x 100M P 12
38 – 4 x 100M L 10
39 – 4 x 100M L 12
40 – Sukaneka Tahun 2 P
41 – Sukaneka Tahun 2 L
42 – Lari Berpagar Akhir P 12
43 – Lari Berpagar Akhir L 12
44 – 4 x 200M P 10
45 – 4 x 200M P 12
46 – 4 x 200M L 10
47 – 4 x 200M L 12
100M Terbuka
1.7.2 ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
8.00 pagi : Ketua Perbarisan, Pembawa Papan Nama,
Pembawa Bandera dan Pasukan Peserta meng
ambil tempat masing-masing.
8.30 pagi : Ketibaan dif-dif jemputan
9.15 pagi : Ketibaan
YB EN SAMSOL BARI B HJ JAMALI
ADUN Kawasan Semarang
Merangkap Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam
9.25 pagi : Perbarisan lintas hormat
9.45 pagi : Ucapan alu-aluan
EN PARLAN B HJ YUNOS
Guru Besar SK Ayer Hitam
9.50 pagi : Ucapan Perasmian Kejohanan Olahraga
SK Ayer Hitam Kali ke – 19, tahun 2005 oleh
YB EN SAMSOL BARI B HJ JAMALI
ADUN Kawasan Semarang
Merangkap Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam
- Bendera Kejohanan dikibarkan
- Ikrar Kejohanan
- Pasukan perbarisan keluar
- Persembahan Taekwando sekolah
- Kejohanan disambung
- Penyampaian Hadiah
1.7.3 ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI
12.00 tengahari : Ketibaan VIP disambut oleh AJK Pengelola
12.30 tengahari : Pasukan-pasukan peserta berbaris masuk ke
Padang.
- Penyampaian hadiah-hadiah kejohanan.
- Ucapan Penutupan Rasmi Kejohanan
Olahraga SK Ayer Hitam Kali ke – 19,
tahun 2005 oleh :
TN HJ MOHD AMIN B SITAM
YDP PIBG SK Ayer Hitam
- Istiadat menurunkan bendera kejohanan
- Penyerahan bendera kejohanan kepada
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Olahraga.
- Nyanyian lagu Negaraku
1.00 petang : Penutup dan bersurai
LAMPIRAN B
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA
1. JAWATANKUASA TEKNIK PERTANDINGAN
a. TUGAS SEBELUM KEJOHANAN
a) Menyediakan dan mengedarkan peraturan kejohanan kepada
semua rumah sukan di sekolah dan memastikan semua rumah
sukan memperolehi peraturan ini.
b) Mengedarkan semua maklumat mengenai kejohanan.
c) Menyedia dan mengedarkan susunan acara olahraga kepada
semua rumah sukan.
d) Menerima borang-borang penyertaan dari setiap rumah.
e) Memproses borang penyertaan. Kerja-kerja memproses ini
adalah:
a. Mengumpul semua peserta bagi sesuatu acara.
b. Menentukan bilangan saringan bagi sesuatu acara
balapan.
c. Mengumpulkan peserta bagi sesuatu saringan acara
balapan.
d. Mengundi dan menetapkan lorong bagi peserta di dalam
sesuatu saringan acara balapan.
e. Mengundi dan menetapkan giliran peserta bagi acara
padang.
f) Menyusun, menyedia dan mengedarkan buku susunan rasmi
peserta. Buku ini hendaklah mengandungi senarai peserta bagi
semua acara kejohanan mengikut tertib susunan.
g) Menyedia dan mengisi borang-borang kejohanan iaitu borang
yang perlu disediakan lebih awal ialah :
a. Borang pengelola peserta
b. Borang keputusan rasmi bagi acara balapan dan padang.
h) Memanggil taklimat pengurus-pengurus pasukan pasukan bagi
menyampaikan berbagai maklumat mengenai kejohanan
termasuklah :
i. Membuat pembetulan
ii. Membuat pindaan atau gantian ( jika perlu ).
b. TUGAS SEMASA KEJOHANAN
a) Jawatankuasa Teknik hendaklah hadir 30 minit sebelum kejohanan
bermula seperti dijadualkan.
b) Tanggungjawab pertama ialah mengedarkan pelbagai borang
kejohanan kepada pegawai-pegawai berkenaan. Memastikan semua
borang keperluan telah disampaikan kepada ketua-ketua pegawai
berkaitan.
c) Menerima semua keputusan saringan acara balapan.
d) Memproses semua keputusan saringan acara balapan. Kerja
memproses ini ialah:
i. Mengumpul semua peserta yang layak ke peringkat akhir
dari keputusan acara saringan yang diterima.
ii. Mengundi dan menetapkan lorong-lorong bagi peserta
peringkat akhir acara balapan.
iii. Mengedarkan keputusan rasmi acara saringan dan
memaklumkan nama-nama peserta yang layak ke
peringkat akhir kepada semua pengurus.
iv. Menyedia dan mengisi borang kejohanan untuk acara
peringkat akhir.
v. Menyerahkan borang-borang kejohanan bagi acara
seterusnya atau akhir apabila tiba waktunya.
e) Menerima dan mengumpul semua keputusan acara akhir untuk tujuan
rekod dan proses selanjutnya.
c. TUGAS SELEPAS KEJOHANAN
a) Memproses semua keputusan. Kerja pemprosesan ini ialah:
i. Mengumpul semua keputusan saringan dan akhir.
ii. Mencetak dan mengedarkan keputusan rasmi kepada Setiausaha
dan ketua rumah.
b) Buku keputusan rasmi ini seharusnya mengandungi:
i. Semua keputusan saringan dan akhir
ii. Analisa kutipan pingat dan hadiah.
iii. Analisa kutipan mata.
iv. Keputusan kejohanan / hadiah kejohanan.
c) Menyediakan laporan kejohanan kepada Jawatankuasa Tertinggi untuk
makluman, tindakan dan analisa.
2. JAWATANKUASA TEKNIK KEPEGAWAIAN
a. TUGAS SEBELUM PERTANDINGAN
a) Menyediakan senarai nama untuk pegawai-pegawai kejohanan olahraga
seperti:
i. Pengurus Kejohanan
ii. Penolong Pengurus Kejohanan
iii. Pengurus Teknik
iv. Referi Balapan
v. Hakim Balapan
vi. Pengadil Lontaran / Lompatan
vii. Pengelola Peserta
viii. Marsyal dan lain-lain.
b) Mengeluarkan surat perlantikan kepada semua pegawai yang terpilih dan
nyatakan tentang taklimat kepegawaian.
c) Mengadakan taklimat kepegawaian.
b. TUGAS SEMASA KEJOHANAN
a. Semua Jawatankuasa Teknik Kepegawaian mesti hadir 30 minit sebelum
kejohanan bermula.
b. Mencatatkan kehadiran pegawai.
c. Memastikan pegawai bertugas di setiap tempat pertandingan mencukupi.
d. Dapatkan borang penyelia peserta bagi acara-acara yang akan dijalankan
dari jawatankuasa Teknik Pertandingan.
e. Buat catatan bila acara pertama dimulakan dan masa acara akhir
ditamatkan pada setiap sesi.
f. Analisa kelemahan-kelemahan tentang pengurusan pada setiap sesi
kejohanan.
g. Pastikan pegawai-pegawai kejohanan mendapat layanan yang baik
terutama dari segi minuman / makanan semasa bertugas dan rehat.
c. TUGAS SELEPAS KEJOHANAN
a. Pertemuan dengan semua jawatankuasa bagi membincangkan tentang
keseluruhan perjalanan kejohanan.
Kedatangan pegawai
Prestasi kerja semua pegawai
Kelemahan-kelemahan
Lain-lain
b. Surat ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang telah menjalankan
tugas.
c. Laporan lengkap tentang keseluruhan perjalanan kejohanan dan pegawai
yang menjalankan tugas, pegawai yang tidak hadir dan cadangan-cadangan.
3. JAWATANKUASA TEKNIK ALATAN
a. Menghubungi Jawatankuasa Teknik Pertandingan untuk mendapatkan
butiran peralatan yang diperlukan.
b. Mendapatkan kerjasama dari pihak yang berkenaan untuk meminjam alatan
bagi acara padang dan balapan. Surat permohonan akan dimajukan kepada
pihak berkenaan.
c. Mengumpul dan menempatkan alatan tersebut di bilik khas 2 / 3 hari sebelum
tarikh kejohanan. Tarikh dan masa yang tepat akan diberitahu kepada pihak
yang terlibat.
d. Menyerahkan alatan kepada semua ketua bagi sesuatu acara yang
dipertandingkan. Mereka diminta menandatangani borang penerimaan yang
disediakan.
e. Memastikan alatan yang telah digunakan dikembalikan dalam keadaan yang
baik dan mencukupi.
f. Memulangkan alatan yang telah digunakan / dipinjam dengan kadar segera.
g. Memastikan segala alatan yang diperlukan dalam kejohanan adalah di dalam
keadaan baik, mengikut spesifikasi dan mencukupi. Peralatan tambahan
perlu disediakan jika berlaku kerosakan alatan.
h. Kenderaan adalah diperlukan untuk menghantar dan memulangkan alatan.
4. JAWATANKUASA PERASMIAAN & PROTOKOL
a. TUGAS SEBELUM KEJOHANAN
a. Menulis surat kepada mereka yang berkenaan atau memastikan surat
telah diuruskan oleh Setiausaha Kejohanan.
Surat kepada Tetamu Kehormat yang akan membuka rasmi dan
Menutup rasmi kejohanan.
Pengadil perbarisan.
Pasukan kompang / pengakap / kadet / pembaca ikrar dan lain-
lain.
Menyediakan tanda-tanda di padang untuk perbarisan.
Mengadakan raptai perbarisan.
Menyedia dan mengumpulkan alatan yang akan digunakan
semasa upacara tersebut.
Menyediakan teks lafaz ikrar.
b. TUGAS SEMASA KEJOHANAN
a. Pastikan semua Jawatankuasa dapat menghadirkan diri lebih awal
dari jadual yang telah ditetapkan.
b. Mengawas dan menyelenggaran perbarisan lintas hormat.
c. Menentukan keputusan perbarisan.
d. Memastikan lagu-lagu yang akan dimainkan berjalan lancar
semasa perbarisan lintas hormat.
e. Juruacara / Juruhebah :
Sediakan teks
Gunakan perkataan tepat, padat dan tidak meleret-leret.
5. JAWATANKUASA PROGRAM & IKLAN
1. Mendapatkan semua maklumat dari semua jawatankuasa untuk diisi dan
Dimuatkan ke dalam buku program :
a. Kata-kata aluan
b. Senarai AJK Kerja Tertinggi
c. Senarai Pengelola Kejohanan
d. Senarai Pegawai Kejohanan
e. Senarai pasukan yang mengambil bahagian
f. Senarai acara pertandingan
g. Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutup
h. Syarat-syarat pertandingan
i. Iklan
j. Penghargaan
k. Lain-lain
2. Mengedarkan buku program kepada semua jawatankuasa untuk diagihkan
Kepada ahli jawatankuasa berkenaan.
3. Mengagihkan buku program kepada Dif dan tetamu semasa kejohanan.
4. Anggaran perbelanjaan.
6. JAWATANKUASA HADIAH
1. Mengenalpasti jumlah hadiah yang akan ditempah.
2. Kenalpasti jumlah acara yang dipertandingkan.
3. Jenis-jenis hadiah:
a. Perseorangan
b. Iringan
c. Johan Individu
d. Johan Berpasukan
e. Keseluruhan
f. Sukaneka
4. Menyusun aturcara Majlis Penyampaian Hadiah.
5. Pembantu-pembantu semasa Majlis Penyampaian Hadiah.
6. Dif-dif yang akan melakukan upacara penyampaian hadiah. (diberitahu
lebih awal).
7. Persiapan-persiapan :
Bilangan meja
Kain Alas Meja
Dulang
Riben
Bersihkan hadiah-hadiah kejohanan
Siapkan senarai nama pialah kejohanan (pusingan) yang
disimpan oleh sekolah.
Senaraikan kata-kata yang perlu ditulis pada pingat / hadish
mengikut bilangan yang diperlukan.
Semak semula setiap pingat / hadiah apabila diterima daripada
pembekal 1 minggu sebelum kejohanan. Buat semula jika ada
kesilapan.
Simpan pingat / hadiah di tempat yang selamat.
8. Mengenalpasti agihan cenderamata :
Tetamu yang merasmikan majlis
Tetamu yang menutup majlis
Pegawai Kejohanan
AJK Pengelola
9. Membuat tempahan cenderamata
10. Cara pengagihan cenderamata
11. Anggaran Perbelanjaan.
7. JAWATANKUASA KHEMAH DAN HIASAN
a. Melakarkan pelan kedudukan khemah-khemah serta kawasan khas yang
lain yang diperlukan.
b. Kenalpasti keperluan khemah :
Khemah Dif dan tetamu
Khemah Pegawai
Khemah Peserta
Khemah Urusetia, Hadiah dan Juruhebah
Khemah Jualan
Khemah Rumah Sukan
Lain-lain
c. Peralatan lain :
Kerusi
Meja
Sofa VIP
d. Persiapan Hiasan :
Bendera Malaysia
Bendera Negeri
Bendera Banting
Bendera kecil
Pasu Bunga
Rostrum
Tiang Bendera
e. Anggaran Perbelanjaan
8. JAWATANKUASA JAMUAN
a. Kenalpasti jumlah yang terlibat :
Dif Jemputan
Pegawai Kejohanan
AJK Pengelola
Pembantu-pembantu
b. Rancang jenis makanan dan minuman.
c. Jadual dan kaedah agihan makanan.
d. Peralatan :
Cerek / Periuk
Baldi
Tong Air, Gelas Plastik / kertas
Lain-lain
e. Anggaran Perbelanjaan
9. JAWATANKUASA SERANTA & SIARAYA
a. Menjalankan kerja-kerja publisiti :
Kain sepanduk (kain rentang)
Hand-bill
Hebahan di radio / tv
Lain-lain
c. Menjalankan kerja-kerja mengantung kain sepanduk / rentang di
tempat-tempat tumpuan dan di tempat pertandingan dilangsungkan.
Mohon kebenaran daripada Majlis Tempatan dan dikecualikan
daripada bayaran.
d. Mengedarkan hand-bill kepada sekolah berdekatan / sekolah
jemputan.
e. Kenalpasti peralatan :
Microfon
Speaker (box & horn)
Hailer
Extension wire (elektrik / microfon)
Socket
Amplifire
Stand Mic
Lain-lain
f. Tempat-tempat yang memerlukan peralatan berkenaan :
Di meja urusetia
Pengelola peserta
Tempat perasmian
Pembaca Ikrar
g. Kerja-kerja pemasangan
h. Anggaran Perbelanjaan
10. JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS
a. Mengenalpasti badan pertolongan cemas yang akan memberikan bantuan.
b. Jumlah tenaga yang diperlukan.
c. Peralatan yang berkaitan.
d. Anggaran Perbelanjaan.
11. JAWATANKUASA KAWALAN KESELAMATAN
a. Mengenalpasti badan yang terlibat
Kadet Polis
Kadet Tentera
Rela
Pengakap
Pengawas dan lain-lain
b. Jumlah tenaga yang diperlukan.
c. Tempat-tempat yang memerlukan kawalan dan pengawasan keselamatan:
Khemah peserta
Pintu masuk
Pintu belakang
Tempat letak kenderaan
Lain-lain
12. JAWATANKUASA JEMPUTAN & SAMBUTAN
a. Kenalpasti semua tetamu:
VIP yang merasmikan dan menutup majlis
Lain-lain pegawai dan Dif Undangan
Pegawai-pegawai di JPN / PPD
Pegawai-pegawai badan yang terlibat seperti PIBG
b. bentuk kad jemputan
c. Mengedarkan kad-kad jemputan seminggu lebih awal
d. Tugas-tugas :
AJK ini adalah penyambut tetamu
Hadir lebih awal dengan pakaian sesuai
Menyediakan rozet
e. Persiapan sambutan
Bunga manggar
Pembantu-pembantu
Jawatankuasa penyambut tetamu
Pasukan kompang
f. Anggaran Perbelanjaan.
13. JAWATANKUASA KEBERSIHAN
a. Kenalpasti kawasan
b. Peralatan yang berkaitan :
Karung Plastik
Tong sampah
Besi / Kayu pencucuk sampah (plastik / kertas)
c. Pembantu-pembantu
d. Anggaran Perbelanjaan
14. JAWATANKUASA PENGANGKUTAN
a. Kenalpasti jawatankuasa yang memerlukan pengangkutan
b. Jenis kenderaan yang digunakan
c. Tempat-tempat menunggu dan jadual bertolak / balik
d. Anggaran perbelanjaan.
Top Related