KERTAS KERJA
PROJEK BERASASKAN SEKOLAH
MEMARTABATKAN MATEMATIK MELALUI KESENIAN ORIGAMI
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini adalah bertujuan memohon kelulusan dan kerjasama pihak sekolah
(Guru Besar SK LKTP Bukit Permai) dalam menjalankan aktiviti dinyatakan di atas.
2.0 LATAR BELAKANG
Kursus BBP10402 – Creativity And Innovation adalah merupakan salah satu mata
pelajaran bagi Progam Pensiswazahan Guru Kohort 2 Ambilan Februari. Bagi semester
kedua ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan ” Projek
Berasaskan Origami ” mengikut kreativiti ahli kumpulan pelaksana. Penganjuran aktiviti
ini diharap agar dapat memberikan manfaat kepada pihak sekolah terutama bagi murid-
murid tahun 5. Penganjuran aktiviti ini juga melibatkan seorang guru dari SK Kangkar Pulai
dan 2 orang Guru SK LKTP Bukit Permai.
3.0 JUSTIFIKASI
Melalui aktiviti dijalankan, murid-murid akan dapat menghasilkan lipatan asas untuk
menghasilkan bentuk 3-D yang lebih kompleks / sukar. Selain itu, program ini juga akan
dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara murid. Program ini dijalankan
sebagai pengisian program tahunan anjuran bersama Panitia Matematik dan Panitia
Pendidikan Seni Visual.
4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan motivasi diri murid dalam pembelajaran.
Seterusnya program ini diharap agar dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran.
Selain itu, kreativiti murid akan dapat diserlahkan dengan adanya aktiviti seperti ini.
5.0 BUTIRAN
5.1 Tarikh : 22 Oktober 2012 – 31 Oktober 2012
5.2 Lokasi/Tempat Program : SK LKTP Bukit Permai
5.3 Skop / sasaran : Murid Tahun 5 ( 23 Orang)
5.4 Tema : Memartabatkan Matematik Melalui Kesenian Origami
5.5 Tentatif Program : 13 Oktober 2012
Mesyuarat AJK
Perbincangan penyediaan kertas kerja dan
aktiviti yang akan dijalankan.
15 Oktober 2012 – 19 Oktober 2012
Mesyuarat Guru-guru / Taklimat kepada
Murid
Penyediaan kertas kerja/ kertas cadangan
Anggaran kos
Bukti penghasilan
Pengumpulan kertas terpakai
22 Oktober 2012 – 24 Oktober 2012
Penghantaran Kertas cadangan kepada
Guru Besar
Bengkel
o Guru membimbing murid membuat
lipatan asas.
o Penerapan nilai berjimat cermat
(penggunaan kertas terpakai)
o Membimbing murid membina
origami 3-D strawberi , burung
layang-layang dan angsa.
29 Oktober 2012 – 31 Oktober 2012
Aktiviti kumpulan (pertandingan
menghasilkan origami 3-D yang telah
dipelajari.
Penghasilan hasil kerja kelas – seekor
angsa yang lebih besar dari hasil
pertandingan.
Refleksi .
5.6 AJK/Urusetia : 1. Mohd Azli B Hj Mohd Jali (Urusetia)
2. Marliana Bt Sehamat (Urusetia)
3. Hairul Anuar B Yaacob (Urusetia)
4. Cik Hajjah Salmiza Bt Mohyiddin (Guru Kelas 5)
6.0 KEWANGAN
Hadiah
Tempat Pertama : RM 25.00
Tempat Kedua : RM 20.00
Tempat Ketiga : RM 15.00
Tempat Keempat : RM 10.00
Air Mineral : RM 30.00
JUMLAH : RM 100.00
7.0 IMPLIKASI
Jika program ini tidak diluluskan oleh Guru besar maka ia akan mempengaruhi keputusan
keseluruhan kami dalam mata pelajaran Creativity And Innovation. Selain itu, kami tidak
akan dapat menyempurnakan tugasan ini jika tiada persetujuan dan kerjasama yang baik
antara AJK Pelaksana dan Guru Besar, Guru-guru serta murid – murid yang terlibat.
8.0 KEPUTUSAN
Harapan kami semua adalah agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya sekaligus
mendatangkan manfaat kepada semua terutamanya murid-murid tahun 5.
LAMPIRAN
LIPATAN ASAS
RAJAH PENERANGAN CATATAN1. Sediakan kertas segi
empat tepat dengan
ukuran 2 : 1 (contohnya
panjang 10 cm manakala
lebar 5 cm)
2. Lipat bucu kiri bertemu
bucu kanan.
Konsep matematik :
1. Ukuran
2. Bentuk 2-D
1. Hasil lipatan adalah seperti
rajah disebelah.
2. Buka semula lipatan.
Konsep matematik :
1. Separuh , setengah
(topik pecahan)
1. Seterusnya, lipat bucu atas
bertemu bucu bawah
Konsep matematik :
1. Pecahan perdua
2. Paksi simetri bentuk
segi empat tepat.
1. Buka semula lipatan
1. Hasil selepas dibuka
semula lipatan adalah
seperti rajah disebelah.
2. Lipat semula, bucu bawah
bertemu bucu atas.
Konsep matematik :
1. Pecahan perempat
2. Paksi simetri segi
empat tepat.
LAMPIRAN
LIPATAN ASAS
RAJAH PENERANGAN CATATAN1. Lipat ke atas
1. Ulang langkah di atas
dengan melipat bahagian
sebelah ke atas.
1. Lipat ke dalam untuk
membentuk seperti rajah di
sebelah.
1. Ulang langkah di atas
untuk melipat bahagian
sebelahnya.
Konsep matematik :
1. Bentuk 2 matra
segiempat sama ( tajuk
ruang dan bentuk)
LAMPIRANLIPATAN ASAS
RAJAH PENERANGAN CATATAN1. Lipat ke bawah
1. Hasil lipatan adalah seperti
rajah disebelah.
2. Lipat bucu kiri ke bucu
kananyang akan
menghasilkan rajah
seterusnya.
Konsep matematik :
1. Bentuk 2 matra (segi
tiga sama kaki)
1. Hasil lipatan adalah seperti
rajah di sebelah.
Konsep matematik :
1. Bentuk 2 matra (segi
tiga sama kaki sais
lebih kecil)
LAMPIRAN
GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN
LAMPIRAN
GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN
LAMPIRAN
GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN
LAMPIRAN
GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN
LAMPIRAN
GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN
LAMPIRAN
GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN
LAMPIRAN
GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN
LAMPIRAN
GAMBAR MODEL PROJEK YANG TELAH SIAP
LAMPIRAN
GAMBAR MODEL PROJEK YANG TELAH SIAP
Disediakan : Disemak : Disahkan :
………………………………….. ………………………………. …………………………….(MARLIANA BINTI SEHAMAT) (MOHD AZLI B MOHD JALI) GURU BESAR
SETIAUSAHA PENGERUSI