SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG48020 RAWANG
SELANGOR
KERTAS KERJA
PROGRAM REHLAH MINDA
TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2011
ANJURAN :
PROGRAM ELITUNIT KURIKULUM
SMK SERI KUNDANG
1.0 Pendahuluan
Program Rehlah Minda bagi murid - murid Elit tingkatan 3 dan 5 tahun 2011 merupakan salah satu daripada inisiatif pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi calon PMR dan SPM 2011 khususnya peningkatan kualiti dan kuantiti. Program ini menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama guru dalam kumpulan kecil agar wujud semangat kolaborasi untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan kejayaan para pelajar. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelajar untuk terus berjuang demi kejayaan yang cemerlang.
Pihak sekolah berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan pelajar yang sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Hasilnya nanti diharap mampu meningkatkan keputusan PMR dan SPM dari segi kualiti dan kuantiti.
2.0 RASIONAL
2.1 Yakin bahawa pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya jika diberi dorongan dan bimbingan secara berterusan.
2.2 Percaya bahawa pelajar-pelajar mampu mencapai keputusan yang baik jika dibimbing dan dipantau khususnya oleh guru – guru.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menentukan peratus pencapaian PMR 70% dan SPM 100%3.2 Program ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju dan
matlamat yang ingin di capai oleh para pelajar.3.3 Program ini dapat mewujudkan hubungan akrab dan terarah antara pelajar,
guru dan Job Malaysia.3.4 Memberi semangat kepada pelajar agar mencapai keputusan cemerlang
dalam PMR dan SPM
4.0 TARIKH / MASA
1,2, Julai 2011 (Jumaat,Sabtu,) / 8.00 pagi
5.0 TEMPAT
Resort Kem Bumi Jati , Jalan Kebun, Kelang, Selangor
6.0 SASARAN
Melibatkan pelajar seramai 50 orang calon PMR dan 50 orang calon SPM 2011.
7.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan (sedang dibincangkan)
Anggaran Perbelanjaan :
Makanan pelajar : RM30.00 x 100 orang= RM 300.00Kain Rentang = RM 100.00Bas =RM 600.00
Jumlah Perbelanjaan = RM 1000.00
8.0 AHLI JAWATANKUASA :
Pengerusi : Pn Hajah Noraizan Bt Brahim (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn Hajah Jamaliah Bt Abu (Penolong Kanan)En Pazir Bin Zainuddin (Penolong Kanan HEM)
Setiausaha : Pn Noriah bt Basid (Penyelaras pro. Elit PMR)
Penolong setiausaha : Pn Azizah bt. Ariffin (Penyelaras pro. Elit SPM)
Bendahari : Pn Zurina Hassan
Buku Program : Cik Azlina Bt ShaariPuan Wizana Bt Moktie
Makanan pelajar : Pn. Nen fadzilah
Dokumentasi : Pn .Masduha
Fotografi : En Fauzi Bin Sahlan
Kain Rentang : En Saiful Anuar Bin Haron
Keselamatan : En. Kamarul Ariffin
Fasilitator : Guru-guru yg mengajar tkt 3,5.
9.ATURCARA PROGRAM
HARI PERTAMA (1 JULAI 2011)
7.00 pagi - Berkumpul di foyer dan bertolak ke resort.
8.00pagi - Pendaftaran dan check in resort 9.00 – 10.00 - Teknik menjawab
B.Melayu (kertas 1 Pn. Rusyati
10.00 – 11.00 - B.Melayu 2(Pn Siti Azlina)
11.00 – 12.30 - B.Inggeris(Cik. Mazidah)
12.30 – 2.00 - Makan / solat
2.00 – 4.00 - Geografi (Pn. Jamaliah)
Sejarah (Pn. Fauziah)
4:30-5:00 - minum petang
5:00-6:00 - Riadah
7:00-8:00 - Makan malam dan solat
8 :00-10 :00 - Slot job Malaysia
HARI KEDUA (2 JULAI 2011)
8:00-8:30 - Sarapan
8:30-9:30 - Sains(Pn.Normala)
9 :30-10 :30 - Matematik(Pn.Wizana)
10.30 – 11.00 - Minum pagi
11.00 – 12.00 - B. Inggeris (cik Mazidah)
12.30 – 2.00 - Makan / solat
2.30 – 3.30 - Agama Islam (Ust. Nasriah)
3.30 – 4.30 - Kemahiran Hidup (Pn. Noriah)
4.30 – 5.00 - minum petang
5.00 – 7.00 - Riadah
7.00 – 8.00 - Solat / makan
8.00 – 10.00 - Slot job Malaysia
Majlis Penutup
10. PENUTUP
Pihak sekolah berharap agar pelajar dapat menggunakan peluang yang ada ini
untuk berinteraksi dengan guru mengenai teknik menjawab solan peperiksaan dengan
baik dan diharap program yang telah disusun atur untuk kemajuan mereka tidak disia-
siakan. Hasilnya diharap dapat membuahkan keputusan PMR dan SPM yang lebih
cemerlang pada tahun ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
…………………….. ……………………… ………………………………
PN. NORIAH BASID PN. JAMALIAH ABU PN. NORAIZAN BRAHIMSETIAUSAHA PK KURIKULUM PENGETUASMK SERI KUNDANG SMK SERI KUNDANG SMK SERI KUNDANG
Top Related