7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
1/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
1
KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH
1.0 LATAR BELAKANG
Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak amat penting di negara ini selaras
dengan prinsip yang dinyatakan dalam Dasar Pendidikan Prasekolah Kebangsaan
yang menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan pendidikan prasekolah
kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras dengan peruntukan Akta
Pendidikan 1996: dibawah seksyen 2. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan
diwujudkan haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Pendidikan prasekolah ini diharap dapat membantu kanak-kanak mendapat
pendidikan awal sebelum melangkah ke alam persekolah yang sebenar.
Oleh itu dengan tertubuhnya Prasekolah Anugerah ini diharap dapat
menyumbang bakti kepada masyarakat dan membantu golongan ibubapa untuk
memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka dengan baik serta dapat
melahirkan ramai golongan yang cerdik pandai, berilmu dan dapat menambah ruang
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Disamping itu juga, ia dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi merangsang intelek dan
fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak yang mulia. Semua ini diharap dapat
dilaksanakan secara teratur dan sistematik dengan wujudnya guru-guru yang
inovatif, penyayang dan tenang dalam melayan karenah kanak-kanak tersebut.
2.0 RASIONAL
Rasional penubuhan Prasekolah Anugerah ialah untuk memenuhi keperluan
masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Penubuhan
prasekolah ini juga adalah untuk memenuhi hasrat kerajaan dan prasekolah ini
sendiri iaitu untuk membina sebuah prasekolah yang mampu mengcungkil potensi
dan perkembangan kanak-kanak terutama dalam interaksi sosial, jati diri yang tinggi,
mampu berdikari atau mampu mengurus diri sendiri serta mempunyai keterampilan
diri yang baik. Selain daripada itu, ia juga berhasrat untuk melahirkan ramai kanak-
kanak yang mempunyai modal insan yang baik pada masa akan datang serta
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
2/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
2
membantu ibubapa dalam menyediakan anak-anak mereka sebelum melangkah
kealam persekolah sebenar. Melalui prasekolah ini, pendedahan awal tentang alam
belajar dan persekolahan dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak tersebut.
3.0 NAMA, VISI, MISI PRASEKOLAH
3.1 Nama Prasekolah
Cadangan nama prasekolah yang dipilih ialah Prasekolah Anugerah.
PerkataanAnugerah dipilih kerana kanak-kanak merupakan anugerah Allah yang
tidak ternilai harganya dan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mencorakkan
kehidupan kanak-kanak tersebut menjadi seorang insan yang berguna pada masa
akan datang. Dengan tertubuhnya Prasekolah Anugerah ini diharap dapat
menyumbang bakti yang besar kepada masyarakat dan dapat memenuhi hasrat
kerajaan.
3.2 Visi Prasekolah Anugerah
Prasekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
3.3 Misi Prasekolah Anugerah
Membangunkan potensi kanak-kanak melalui pendidikan berkualiti, berketerampilan
dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
3/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
3
4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN
Penubuhan Prasekolah Anugerah ini dilihat sangat bertepatan dengan
matlamat dan hala tuju kerajaan yang ingin melihat ramai golongan usahawan
melibatkan diri dalam bidang ini dan seterusnya menyumbang bakti dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Ia juga dapat mengembangkan potensi kanak-kanak
dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS)
Antara objektif yang ingin dicapai ialah:
i. Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak
ii. Membentuk perkembangan interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak
iii. Melahirkan kanak-kanak yang mampu menguasai konsep 4M iaitu
membaca, menulis, mengira dan menaakul
iv. Melahirkan kanak-kanak yang boleh menyesuaikan diri dengan
persekitaran pembelajaran dan pergaulan dengan masyarakat
v. Melahirkan kanak-kanak yang boleh berdikari, kreatif dan inovatif.
5.0 LOKASI
Tapak prasekolah ini adalah di atas tanah seluas 800 meter persegi. Terletak
dikawasan perumahan iaitu di kawasan Jenaris Kajang Selangor. Tapak kawasan ini
kepunyaan Puan Noormaliah Binti Ishak beralamat di No. 186 TKP 7, Taman
Kantan Permai, 43000 Kajang Selangor. Ia melibatkan kawasan Taman Kantan
Permai (TKP) yang mempunyai 30 lorong iaitu dari TKP 1- TKP 30, Saujana Damai,
Pinggiran Saujana, Puncak Saujana, Tanming, Prima Saujana dan sebagainya.
Lokasinya begitu strategik dan amat sesuai untuk menubuhkan prasekolah
dikawasan tersebut. Tambahan pula, hanya terdapat sebuah prasekolah di sekolah
rendah, sebuah prasekolah di bawah KEMAS dan sebuah prasekolah swasta yang
telah dikenalpasti terdapat dalam kawasan tersebut. Selain daripada itu juga
kawasan tersebut amat strategik kerana jauh dari suasana yang bising serta selamat
dari bahaya.
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
4/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
4
Oleh kerana lokasi ini dilihat amat strategik maka kami tidak teragak-agak dan
begitu yakin yang penubuhan prasekolah ini akan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada ibubapa. Memandangkan jumlah penduduk dikawasan ini
begitu ramai, maka tidak mustahil untuk kami mendapatkan 25 orang murid pada
peringkat permulaan ini.
6.0 PELAN LANTAI
Pelan lantai merupakan asas dalam menubuhkan kelas prasekolah dan ianya
amat penting bagi memudahkan proses selanjutnya. Penyediaan pelan lantai yang
baik harus mempunyai beberapa bahagian yang merangkumi ruang pembelajaran,
ruang dapur, ruang makan, bilik air, bilik rehat dan stor. Pelan lantai luar kelas pula
perlu disediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman permainan bagi
kanak-kanak. Namun guru harus menggunakan kreativiti tersendiri dalam
menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk keselesaan murid dan
menepati kehendak komponen pembelajaran. Pelan lantai Prasekolah Anugerah
merangkumi bahagian dalam dan bahagian luar iaitu:
6.1 Pelan Lantai Bahagian Dalam Prasekolah Anugerah
- Ruang Pembelajaran
- Sudut bacaan
- Sudut 6 tunjang utama
- Dapur
- Tandas
- Bilik guru
- Stor
(Rujuk lampiran 1)
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
5/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
5
Ruang pembelajaran
Ruang pembelajaran bagi prasekolah Anugerah adalah berukuran 20x10
berasaskan konsep terbuka atau open konsep dimana aktiviti pembelajaran kanak-
kanak dijalankan secara aliran bebas. Keperluan ruang untuk tujuan aktiviti adalah
melibatkan ruang aktiviti pembelajaran mengikut 6 tunjang pembelajaran mengikut
aliran bebas. Dimana dalam ruang pembelajaran ini terdapat terdapat 6 sudut utama
dalam tunjang KSPK iaitu sudut kerohanian dan moral, sudut fizikal dan estetika,
komunikasi, sudut keterampilan, sudut kemanusiaan dan sudut sains dan teknologi.
Dalam ruang pembelajaran juga terdapat peralatan-peralatan seperti sebuah
computer, TV, LCD, papan putih, sebuah meja guru, rak-rak yang menempatkan
folio atau maklumat murid dan 4 buah meja segi empat untuk 4 orang murid dan
sebuah meja bulat untuk 5 orang murid. Terdapat juga sudut bacaan yang
menempat buku cerita kanak-kanak. Dalam ruangan ini, kami memastikan ruang
tersebut berada dalam keadaan lapang supaya kanak-kanak tersebut dapat belajar
dalam keadaan yang selesa dan dapat bergerak dengan bebas.
Terdapat juga sudut bermain alat-alat muzik yang asas iaitu alat perkusi
seperti tamborin, castenet, loceng, drum, kayu tik tok, kerincing dan sebagainya.Sudut ini juga disediakan dalam keadaan yang lapang tanpa dilengkapi dengan
kerusi dan meja, cuma diletakkan karpet untuk memudahkan kanak-kanak
menjalankan aktiviti tersebut dengan bebas.
Pada sebelah petang, kami menyediakan kelas iqra pada pukul satu hingga
dua petang. Jadi kami menggunakan satu ruang kecil dan sebuah rak untuk
menempatkan bahan-bahan bacaan untuk mengikuti kelas iqra tersebut.
Dapur
Pelan lantai bahagian dalam juga mempunyai bilik khas untuk dapur bagi
menguruskan makanan kepada murid-murid. kami menyediakan makanan sendiri
untuk kanak-kanak prasekolah bagi memastikan kebersihan sentiasa terjamin.
Ruangan ini dilengkapi dengan kabinet dapur, peti sejuk, rak untuk menempatkan
pinggan mangkuk, ketuhar dan dua buah singki kanak-kanak dengan ketinggian 3
kaki dari lantai untuk memudahkan kanak-kanak mencuci tangan serta beberapaperalatan elektrik yang lain. Di bahagian depan ruangan dapur ini pula, kami terus
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
6/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
6
menyusun dan menyediakan ruangan makan yang dilengkapi dengan peralatan
utama iaitu kerusi dan meja yang mencukupi untuk kanak-kanak menjamu selera.
Bilik Guru
Prasekolah Anugerah juga menyediakan sebuah bilik guru yang berukuran 10x10
untuk memudahkan guru melaksanakan segala urusan tanpa ada gangguan. Bilik ini
dilengkapi dengan kemudahan seperti sebuah computer, sebuah meja besar, almari
untuk menyimpan maklumat dan ruangan menunggu untuk memudahkan segala
urusan rasmi dilaksanakan
Tandas
Prasekolah Anugerah juga mempunyai kemudahan bilik air kanak-kanak yang
khusus yang mengandungi 2 buah tandas saiz kanak-kanak (tandas cangkung),
3 buah singki saiz kanak-kanak ketinggian 3 kaki dilantai dan 1 tempat mandi.
Terdapat juga 1 bilik air dan 1 sinki untuk saiz dewasa.
Stor
Setiap prasekolah perlu mempunyai sebuah bilik stor untuk menyimpan barang-
barang dan juga peralatan pembelajaran. Terdapat 1 bilik stor disediakan
diprasekolah Anugerah yang berukuran 5 x 5 dengan para atau rak dan
mempunyai ruang aliran udara
6.2 Pelan Lantai Bahagian Luar Prasekolah Anugerah
- Taman permainan
- Sudut bermain air dan pasir
- Dataran lapang
- Pondok-pondok riadah
(rujuk Lampiran 1)
Pelan lantai pada bahagian luar Prasekolah Anugerah pula mempunyai sebuah
taman permainan yang dilengkapi dengan alat permainan seperti jongkang-jongkit,gelongsor, buai, terowong, keting-ting, papan imbangan dan monkey bar atau
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
7/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
7
rangka panjat. Kawasan taman ini juga mempunyai rumput dan lepaan konkrit serta
dihias dengan tanaman seperti pokok-pokok bunga yang berwarna warni yang
dijadikan tempat rekreasi, pusat pemerhatian dan penerokaan yang memberi
keceriaan supaya kanak-kanak seronok untuk bermain. Dalam ruangan ini juga
terdapat satu sudut bermain pasir dan bermain air. Aktiviti ini amat penting untuk
merangsang kemahiran motor halus kanak-kanak dan membina daya kreativiti
mereka. kawasan aktiviti bermain pasir disediakan pada tempat terbuka dan
disebelahnya terdapat kawasan bermain air iaitu sebuah kolam konkrit sedalam
400mm x 150 dari aras tanah setebal 100mm. terdapat juga 3 buah pondok riadah
yang dibina dijadikan tempat berehat dan menjalankan aktiviti sendiri. selain
daripada itu juga, untuk menjalankan aktiviti menanam pokok, kami juga
menyediakan satu ruang khas untuk kebun mini tersebut.
7.0 KURIKULUM DAN PROGRAM PEMBELAJARAN
7.1 Kurikulum utama
Berasaskan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi 6
tunjang utama iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai,
Tunjang Keterampilan, Tunjang Fizikal dan Estetika, Tunjang Sains dan Teknologi
dan Tunjang Kemanusiaan. (Rujuk Lampiran 2)
Tunjang komunikasi
Terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris yang wajib dioelajari oleh semua
murid prasekolah fokus utama ialah kemahiran bahasa dan seni bahasa. kemahiran
bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemhiran
membaca, kemahiran menulis dan kemahiran menaakul. Manakala seni bahasa
merujuk kepada keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan
bahasa.
Tunjang kerohanian, nilai dan sikap
merangkumi pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelejari
oleh murid yang beragama islam selama 2 jam seminggu manakala PendidikanMoral dipelejari oleh murid lain selama dua jam seminggu.
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
8/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
8
Tunjang ketarampilan diri
Memberi penekanan kepada perkembangan sosioekonomi kanak-kanak prasekolah.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta perkembangan
kreativiti.
Tunjang Sains dan Teknologi
Merangkumi awal sains, awal metematik, awal pembinaan menggunakan objek
seperti blok dan penggunaan ICT.
Tunjang Kemanusiaan
Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya memahami diri sendiri, lebih
memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam
sekitar.
7.2 Kurikulum Tambahan
- Kelas muzik
- Kelas Iqra
7.3 Program Pembelajaran Yang Lain:
- Majlis hari jadi
- Lawatan sambil belajar
- Majlis kovokesyen
- Sambutan perayaan semua kaum
- Sukaneka
7.4 Jadual Pembelajaran
Sesi pembelajaran adalah bermula dari jam 8.00-12.30. terdapat seisi pembelajaran
sebelah petang selama 2 hari untuk kelas kurikulum tambahan kami yang lengkap
iaitu kelas iqra yang bermula jam 1.00-2.00 petang. (Rujuk Lampiran 3)
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
9/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
9
8.0 ASPEK PEMAKANAN
Aspek pemakanan amat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Oleh
itu kami telah memilih untuk menyediakan makanan sendiri oleh pembantu
prasekolah yang telah dilatih. Antara prinsip penyediaan makanan yang diterapkan
dalam Prasekolah Anugerah ialah:
a. Berikan pelbagai jenis makanan yang baik dan berkhasiat melalui
kombinasi yang bersesuaian berdasarkan pyramid makanan
b. Jadikan nasi dan lain-lain bijirin sebagai sumber tenaga yang utama
c. Menggalakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-
sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral.
d. Berikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur dan kekacang
e. Berikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya dengan
kalsium setiap hari.
f. Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut dielakkan
g. Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan kurangkan
pengambilan garam
h. Jika snek diperlukan, berikan dengan jumlah yang kecil dan berikan pada
masa yang sesuai
i. Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan
Menyediakan rutin makanan yang berkhasiat dan seimbang berpandukan
piramid makanan amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak. Oleh itu, terdapat beberapa menu pemakanan yang dijadikan rutin bagi
Prasekolah Anugerah antaranya ialah:
i. Sebelum memulakan pembelajaran murid akan di beri 7 biji kismis.
ii. Bagi kanak-kanak yang tidak sempat bersarapan akan diberi biskut dan
juga susu
iii. Menu sarapan pagi yang akan bertukar pada setiap minggu
iv. Makan pagi disediakan dan menu tersebut akan berubah setiap minggu
(Rujuk Lampiran 4)
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
10/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
10
9.0 ASPEK KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
9.1 Aspek Kesihatan
Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh
kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah. Ia
bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan kanak-kanak prasekolah berada dalam
keadaan baik dan optima dimana, keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah
bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan Kesihatan di negara ini
bermula pada tahun 1967 dan pada tahun 1975, pasukan kesihatan sekolah mula
ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat di prasekolah, sekolah rendah dan
sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Prasekolah Anugerah amat mementingkan kesihatan murid-murid kerana
kesihatan mereka sentiasa terjamin dan mereka dapat belajar dengan sempurna.
Dibawah perkhidmatan kesihatan sekolah, kanak-kanak prasekolah Anugerah akan
menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan
dan rujukan ke klinik atau swasta.
9.2 Aspek Keselamatan
Ia melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-
langkah bagi mengelak kemalangan. Selain itu pendedahan maklumat tentang
agensi-agensi yang boleh menyumbang memantapkan keselamatan dan kesihatan
kanak-kanak akan dapat membantu guru-guru prasekolah untuk memahami bahawa
pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan satu proses pendidikan yang
didokongi oleh semua pihak.
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan
oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan,
kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, kanak-kanak akan
berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang
memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem
perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya dapatmemenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
11/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
11
rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan.
Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan
kepada manusia. Prasekolah Anugerah sentiasa memastikan menitikberatkan
aspek-aspek keselamatan kerana:
1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.
5. Mengelakkan daripada kematian.
Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dititikberatkan Dalam Prasekolah
Anugerah.
Antara aspek keselamatan yang akan sentiasa dititik beratkan dalam Prasekolah
Anugerah ialah:
1. Susun atur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.
Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah
memudahkan pergerakan murid supaya tidak sesak dan kelas berjalan dengan
lancar.
Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan
murid.
Memastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat
yang selamat.
Memastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
Memastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
Memastikan lantai sentiasa kering.
Memastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.
Memastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.
Pelan kebakaran perlu ada dan memberi latihan kepada murid.
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
12/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
12
2. Kawasan bilik penyediaan makanan
Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat
yang selamat.
Lantai dapur sentiasa kering.
Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.
3. Kawasan bilik air
Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
Pam tandas dalam keadaan baik.
4. Kawasan luar bilik darjah
Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
Tapak ruang permainan luar harus ditutup untuk keselamatan murid jika terjatuh
semasa bermain.
Rumput mestilah dipotong pendek.
Memastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan
prasekokah.
Memastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan
interaksi kanak-kanak prasekolah.
Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang
Semasa aktiviti di padang, memastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan
tidak merbahaya.
Memastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran
suis elektrik, terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.
Sekiranya berlaku kebakaran, memastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan
kebakaran dengan segera.
Memastikan Keselamatan kanak-kanak dapat dipelihara daripada orang-orang
yang tidak dikenali. (Rujuk Lampiran 5)
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
13/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
13
9.3 Aspek Kebersihan
Prasekolah Anugerah amat mementingkan aspek kebersihan kanak-kanak.
Dimana kebersihan selalu dikaitkan dengan kesihatan. Kebersihan amat penting
untuk semua kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan
mereka dari jangkitan penyakit. Di samping itu, mereka dapat melalui perkembangan
yang sempurna dari segi rohani dan jasmani. Kebersihan merujuk kepada bebas
dari sebarang kotoran, kuman, atau serangga perosak yang boleh menggangu
kesihatan, juga melibatkan keadaan kemas, ceria dan selesa apabila dipandang
serta tiada bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu beberapa aspek seperti yang
dinyatakan dibawah akan menjadi rujukan buat Prasekolah Anugerah agar aspek
kebersihan akan sentiasa terjaga. Antaranya ialah:
Aspek kebersihan yang dititik beratkan dalam bangunan Prasekolah
Anugerah.
a. Kawasan di dalam dan di luar bangunan mestilah bebas dari serangga, makhluk
perosak dan haiwan peliharaan, serta bersih dari sampah sarap.
b. Kawasan di luar bangunan mestilah bersih dan bebas dari lalang, tumbuhan
berduri atau beracun.
c. Memastikan longkang sentiasa bersih dan tiada air bertakung. Longkang sentiasa
bertutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
d. Menyediakan bekas untuk membuang sampah yang bertutup di dalam dan di luar
bangunan.
Amalan Kebersihan Di Prasekolah Anugerah
Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit atau terdedah dengan kemalangan atau
bahaya jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih. Amalan kebersihan tersebut perlu
sentiasa dititik beratkan iaitu :
a. Mengamalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan selepas makan, dan
selepas menggunakan tandas.
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
14/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
14
b. Membersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain sebelum dan
selepas makan.
c. Membersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain serangga .
d. Sentiasa membersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untuk
mengelakkan pembiakan nyamuk.
e. Memastikan kawasan bersih dan bebas dari sampah sarap. Ini adalah untuk
menghindarkan dari lalat dan serangga perosak.
f. Memastikan rumput sentiasa dipotong untuk mengelakkan haiwan atau serangga
berbahaya seperti ular, lipan dan sebagainya.
g. Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau lantai basah. Lap habuk
pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk murid-murid menjalankan aktiviti.
h. Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan longkang bertutup.
i. Bersihkan semua alat kelengkapan selepas setiap kali digunakan.
j. Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali.
10.0 KOS PENUBUHAN
Modal permulaan sebanyak RM20,000.00. Penubuhan prasekolah ini adalah hasil
perkongsian 2 orang pemilik prasekolah iaitu:
1. Hasnafizah Binti Che Soh (RM10,000)
2. Rohani Binti Che Kar (RM10,000)
Namun kos tersebut bergantung kepada keperluan dan kehendak semasa. Kos
utama yang diperlukan ialah kos untuk menyewa bangunan dan bayaran gaji
pekerja manakala kos sampingan pula melibatkan penyediaan bahan bantu
mengajar, penyediaan makanan dan kemudahan-kemudahan lain untuk Prasekolah
Anugerah.
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
15/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
15
11.0 STAF
Seramai 6 orang staf yang terdapat di Prasekolah Anugerah iaitu:
Terdapat 4 orang guru prasekolah yang telah dipilih berdasarkan kriteria
berikut iaitu mestilah seorang yang mempunyai minat mendalam dan
berpengalaman dalam menguruskan kanak-kanak. Mereka juga perlu
mempunyai keputusan yang baik terutama dalam subjek Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, dan Sains diperingkat Diploma Pendidikan atau sekurang-
kurangnya dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Seorang tukang masak diperlukan bagi menyediakan makanan,
menguruskan hal ehwal murid dan membantu guru menyediakan segala
kelengkapan yang diperlukan oleh guru.
Seorang tukang kebun atau cuci ditugaskan untuk menguruskan keceriaan
dan menjaga kebersihan kawasan prasekolah.
7/28/2019 Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah -Baru
16/16
Penubuhan dan Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013
16
12.0 PENUTUP
Sambutan terhadap penubuhan prasekolah pada masa ini amat menggalakkan
dan disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan
keturunan. Dimana ibubapa pada hari ini juga sudah mula menyedari betapa
pentingnya menyediakan pendidikan awal kepada anak-anak mereka dimana
kebanyakan ibu bapa mula menghantar anak-anak mereka seawal umur 4 tahun
lagi. Oleh itu setiap prasekolah yang ditubuhkan tidak menghadapi kesukaran untuk
mendapatkan jumlah murid seramai 25 orang untuk mengikuti proses pembelajaran
yang disediakan.
Diharap Prasekolah Anugerah ini dapat menyediakan pendidikan yang baik dan
sempurna kepada kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan yang
sebenar. Kami juga berharap kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif
dan mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan. Sokongan dan kerjasama
daripada pihak tuan diharap dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang melalui
prasekolah yang berkualiti selaras dengan kehendak kerajaan.