SMK CYBERJAYAPERSIARAN FAUNA 2, ZON FLAGSHIP 2,
63000 CYBERJAYA, SEPANGSELANGOR.
PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK
KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)
KELAS TAMBAHAN
DISEDIAKAN OLEH:
ZARAH BINTI AHMAD
PENYELARAS KRK
1.0 PENDAHULUAN
Program pemantapan akademik Kelas rancangan Khas (KRK) merupakan satu
program yang dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar
rancangan khas. Program ini akan memastikan peningkatan pencapaian akademik
PBSMR atau PT3. Program ini akan diadakan sepanjang tahun untuk memantau
perkembangan pencapaian akademik pelajar pelajar rancangan khas sama ada
tingkatan 1, 2 dan 3.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar potensi cemerlang kepada cemerlang iaitu
mencapai tahap optimum iaitu band 5 dan band 6 dalam pentaksiran berasaskan
sekolah. Pencapaian akademik dalam kalangan pelajar mampu mengetengahkan SMK
Cyberjaya sebagai salah sekolah harian terbaik dalam daerah Sepang.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi kemudahan kelas bimbingan secara berpusat kepada pelajar di samping kelas harian yang sedia ada di sekolah masing-masing.
3.2 Meningkatkan prestasi pelajar dari segi kualiti dalam peperiksaan awam iaitu PBSMR atau PT3
3.3 Meningkatkan semangat dan kekentalan diri pelajar.3.4 Melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia sebelum peperiksaan3.5 Mempersiapkan diri dan meningkatkan keyakinan diri pelajar agar dapat menjawab
soalan peperiksaan dengan cemerlang
4.0 SASARAN
Pelajar tingkatan 1 KRK seramai 58 orang
Pelajar tingkatan 2 KRK seramai 33 orang
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Mata pelajaran yang diajar:
a. Bahasa Melayu
2
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains
e. Sejarah
f. Geografi
g. Pendidikan Islam
h. Kemahiran Hidup
i. Pendidikan Moral
5.2 Guru yang terlibat : Guru-guru mata pelajaran yang mengajar kelas-kelas KRK
5.3 Murid yang terlibat : Murid tingkatan 1 KRK – 58 orang
Murid tingkatan 2 KRK – 32 orang
5.4 Hari : Setiap hari Isnin dan Selasa
5.5 Masa : Isnin 3.00 – 4.00 pm
Selasa 2.45 – 4.00 pm
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : PK Kurikulum
Setiausaha : Penyelaras KRK
AJK : Guru-guru tingkatan
: Guru-guru mata pelajaran
7.0 SUMBER KEWANGAN
Dicadangkan setiap murid tingkatan 1 KRK dan @ KRK membayar RM30.00
8.0 ANGGARAN KUTIPAN
Anggaran bayaran setiap murid bagi sepanjang tahun adalah RM30.00 untuk 9 bulan
( Februari- Oktober) iaitu RM 3.30.
Jadual berikut adalah anggaran kutipan dalam setiap kelas:
3
9.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut adalah anggaran perbelanjaaan bagi sepanjang tempoh pelaksanaan:
9.1 Anggaran setiap subjek menggunakan 5 helai kertas
8 subjek 8 subjek x 5 helai = 40 helai kertas
Tingkatan 1 2 kelas x 40 helai = 80 helai kertas
Tingkatan 2 1 kelas x 40 helai = 40 helai kertas
Bilangan murid 58 orang murid x 80 helai = 4 640 helai kertas
32 orang murid x 80 helai = 2560 helai kertas
Jumlah kertas yang digunakan = *7200 helai kertas
(* bergantung kepada kekerapan kelas tambahan yang dilaksanakan dan bilangan latih
tubi yang dibekalkan)
9.2 Anggaran perbelanjaan 1 rim kertas :
Harga pasaran RM10.00 -RM 15.00
1 rim kertas mengandungi 500 helai kertas
Jumlah rim kertas yang digunakan adalah sebanyak *15 rim kertas.
(* bergantung kepada kekerapan kelas tambahan yang dilaksanakan dan bilangan latih
tubi yang dibekalkan)
Bil Perkara Jumlah (RM)
4
Kelas Bilangan murid x sumbangan Jumlah (RM)
1 KRK A 25 X RM 30.00 750.00
1KRK B 33 X RM 30.00 990.00
2 KRK 32 X RM 30.00 960.00
JUMLAH 2700.00
1 Kertas A4
15 rim x RM 10.00 150.00
2 Dakwat Riso
3 botol x RM 66.00 198.00
3 Dakwat botol marker pen
5 botol x RM 30.00 150.00
4 Bahan fotostat 1202.00
5 Nota ringkas 500.00
6 Latih tubi klon PBSMR/PT3 500.00
Jumlah 2700.00
10.0 LAPORAN
Guru-guru subjek terlibat dikehendaki membuat ringkasan laporan semasa menjalankan
kelas tambahan pada borang yang disediakan oleh pihak penyelaras kelas tambahan
KRK. Pihak penyelaras pula akan membuat laporan keseluruhan kelas tamabhan
berdasarkan pusingan yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa yang terbabit. Laporan
penuh akan difailkan oleh penyelaras kelas tamabhan bersepadu iaitu Pn. Roslinda
Khalid.
11.0 PENUTUP
Kecemerlangan akademik dalam kalangan murid kelas rancangan khas sewajarnya
diberikan perhatian secara terperinci bagi mengekalkan mutu prestasi akademik
sekolah. Sehubungan itu, program yang dilaksanakan memerlukan sokongan padu dari
semua peringkat sama ada pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar. Justeru, program
seumpama ini mampu merealisasikan impian warga sekolah dalam meletakkan SMK
Cyberjaya anatara sekolah harian yang terbaik dalam mengekalkan prestasi
kecemerlangan dalam bidang kurikulum peringkat daerah Sepang.
Disediakan oleh :
5
......................................
(ZARAH BT AHMAD)
Disemak oleh :
................................................
(HABSHAH BT MOHAMED)
Disahkan oleh :
..............................................
(NG SIE FONG)
6
Top Related