SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI (A)
43800 DENGKIL, SEPANG, SELANGOR
TEL/FAKS : 03-87687889 EMAIL : [email protected]
KERTAS KERJA PROGRAM
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)
KALI PERTAMA
KURSUS VLE-FROG
TARIKH PELAKSANAAN : 5 JANUARI 2013
MASA : 8.00 PAGI – 4.30 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SK BUKIT TAMPOI (A)
PENCERAMAH : EN SUZAIM BIN PARMAN
PN NORSHAZZIRA BINTI SHAMSUZ ZAMAN
1.0 Tajuk Program
1.1 Kursus VLE-FROG
2.0 Penceramah
2.1 En Suzaim bin Parman
2.2 Pn Norshazzira binti Shamsuz Zaman
3.0 Latar belakang
3.1 Proses transformasi system pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan system; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Oleh itu, projek 1BestariNet telah dilaksana oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2011. Dibawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet melalui Virtual Learning Environment (VLE FROG) yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.
4.0 Objektif
4.1 Memperkenalkan VLE FROG kepada guru-guru dan pentadbir sekolah.
4.2 Memotivasikan dan member inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah pengajaran baru.
4.3 Memberi kemahiran kepada guru-guru tentang cara penggunaan VLE FROG yang berkesan.
5.0 Rasional
5.1 VLE FROG adalah merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran yang dapat dilakukan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan ‘cloud’.
6.0 Tarikh dan hari pelaksanaan
6.1 Tarikh : 5 Januari 2013
6.2 Hari : Sabtu
6.3 Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
7.0 Tempat pelaksanaan
7.1 Makmal Komputer, SK Bukit Tampoi (A)
8.0 Kumpulan sasaran
8.1 Pentadbir
8.2 Guru-guru
9.0 Tentatif program
8.00 pagi - Pendaftaran peserta
8.15 pagi - Slot 1 – Pengenalan kepada 1BestariNet
10.00 pagi - Minum pagi
10.30 pagi - Slot 2 - Pembentukan pasukan FROG
12.00 tgh - Makan tengah hari
2.00 petang - Slot 3 - VLE FROG
4.00 petang - Minum petang
4.30 petang - Bersurai
10.0 Anggaran perbelanjaan program
Bil Perkara Sasaran Jumlah kos
1 Makan dan minum peserta 19 orang X RM 12 RM 228.00
2 Cenderahati penceramah 2 orang X RM 10 RM 20.00
Jumlah perbelanjaan RM 248.00
11.0 Penutup
11.1 Program ini memerlukan kerjasama dan kolaborasi dari semua pihak. Ini adalah penting untuk bagi memastikan kejayaan dalam pelaksanaannya. Rangka kerja ini akan memudahkan tugas untuk memantau dan mengurus sebuah pasukan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh,
_______________________
(SUZAIM BIN PARMAN)
Penyelaras Bestari
Disahkan oleh,
________________________
(MOHD RAHMAN BIN RABINGAN)
Guru Besar
SK Bukit Tampoi (A)