SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG, RAWANG SELANGOR
KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM
TAJUK: COOKIES CENDAWAN
DIHASILKAN OLEH: PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
SMK SERI KUNDANG 2013
KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM
PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
SMK SERI KUNDANG, RAWANG, SELANGOR.
TAJUK : COOKIES CENDAWAN
PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SMK Seri Kundang untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk
baru yang berkualiti dan berdaya saing.4. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
SASARAN
Semua ahli Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu SMK Seri Kundang, Rawang, Selangor.
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Kebanyakan biskut dalam pasaran menggunakan bahan dari luar negara . 2. Terlalu tinggi kandungan gula dalam biskut/cookies di pasaran.3. Obesiti dalam kalangan murid SMK Seri Kundang.4. Kekurangan makanan ringan yang lebih sihat untuk kesihatan awam/murid.
SKOP DAN LIMITASI PROJEK.
Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah kerana terdapat tanaman cendawan di Bengkel Pertanian serta bahan-kering kering yang terdapat di dalam Bilik Masakan.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk makanan tempatan yang berkhasiat melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran KHB
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM80.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
- Tepung gandum- Tepung beras- Gula aising- Mentega tulen- Minyak kelapa sawit- Telur ayam- Cendawan kering- Serbuk penaik- Garam- Oat- Kertas minyak
TINJAUAN DAN KAJIAN
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak cookies atau biskut yang manis dalam pasaran berbanding cookies savori. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan murid sama ada mereka mudah mendapat kaviti gigi, masalah obes atau pun diabetes. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk memilih jenis makanan yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping mampu untuk menghasilkan sendiri makanan berkhasiat.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta buku pastri untuk penghasilan satu resepi yang terbaik hasil penggabungan resepi yang ada dalam pasaran.
PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan KHB = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian resepi dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku resepi pastri untuk menghasilkan satu resepi baru ( Makmal Komputer dan PSS ) Memulakan tanaman cendawan di Rumah Cendawan ( Bengkel Pertanian )
3. Mac : Tuai hasil ( Bengkel Pertanian ) Keringkan cendawan ( Bilik Masakan )
4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik Masakan )5. Mei : Pasaran sampel produk dalam sekolah – Kalangan guru6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SMK Seri Kundang dan PIBG7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran KHB. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.
Top Related