KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN KEMAHIRAN
GENERIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA
TERKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
NURUL AISAH BINTI MOHD NOOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN KEMAHIRAN
GENERIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA
MUDA TERKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
NURUL AISAH BINTI MOHD NOOR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2011
DEDIKASI
Penghargaan istimewa untuk keluarga yang tersayang di atas dorongan,
kesabaran, dan pengorbanan yang tidak terhingga.
Mohd Noor Bin Yasin (ayah: semoga rohnya dicucuri rahmat)
Samsiah Binti Husin (ibu tersayang)
Yahya Bin Hassan
Kakak dan adik-adik yang dikasihi…
Siti Hamizah Binti Mohd Noor dan keluarga
Nurul Izani Binti Mohd Noor dan keluarga
Nurul Idayu Binti Mohd Noor dan keluarga
Nurul Anis Azirah Binti Yahya
Terima kasih di atas galakan dan doa kalian
Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai…
Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat
yang diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang
dapat membalas dengan seadilnya segala budi kalian dengan sebaik-baik ganjaran
Insya Allah…
Semoga Di Rahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya..
PENGHARGAAN
Bersama untaian kata setulus bicara ingin saya memanjatkan kesyukuran ke
hadrat IIahi kerana hanya dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan projek sarjana
muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir kursus sebelum menerima
segulung ijazah.
Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi – tinggi terima kasih, saya
ucapkan kepada pensyarah JPTK. Setinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada
penyelia projek sarjana muda iaitu Dr. Rohana Binti Hamzah yang sentiasa memberi
nasihat, bimbingan dan sokongan yang berterusan sehinggalah kajian ini dapat
disempurnakan. Setiap nasihat dan teguran akan saya jadikan panduan dalam
meneruskan cabaran pada masa hadapan. Insya-Allah dengan keberkatan ilmu yang
saya perolehi ini akan saya gunakan dalam kehidupan seharian.
Setinggi - tinggi penghargaan juga, saya tujukan kepada kedua ibu bapa dan
adik beradik saya yang tidak putus – putus membantu saya dari segi panduan dan
kewangan. Ribuan terima kasih kepada kawan – kawan seperjuangan saya yang
telah banyak berkongsi idea dan pengalaman serta memberi pertolongan sepanjang
membuat kajian ini. Akhir kata jutaan terima kasih, saya ucapkan kepada semua
pihak yang telah membantu saya di sepanjang tempoh menjalani penyelidikan ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji kesan latihan industri
terhadap pengukuhan kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Kajian deskriptif
digunakan bagi mengenal pasti tahap pengukuhan kemahiran generik selepas pelajar-
pelajar menjalani latihan industri. Data bagi kajian ini diperoleh melalui satu soal
selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir UTM yang telah mengikuti
latihan industri pada awal bulan Mei 2010 hingga akhir bulan Jun 2010. Nilai pekali
kebolehpercayaan kajian ini adalah α = 0.801. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 15.0. Seramai 43 orang
pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan statistik kekerapan, peratus, min, Ujian-t dan One Way Anova. Kajian
ini tertumpu pada elemen kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran keusahawanan, kemahiran
kepimpinan, kemahiran bekerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan
pengurusan maklumat, dan kemahiran etika dan moral profesional. Hasil keseluruhan
kajian menunjukkan tahap kemahiran generik semasa menjalani latihan industri
berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan industri-industri yang terlibat telah
memberi komitmen yang baik untuk mengukuhkan kemahiran generik di kalangan
pelajar seperti mana yang telah dipelajari di universiti. Dapatan kajian bagi
perbezaan tahap pengukuhan kemahiran generik terhadap jantina dengan
menggunakan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Perbezaan
yang signifikan ini terdapat pada elemen kemahiran pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah, dan kemahiran kepimpinan dengan bacaan nilai min
menunjukkan jantina lelaki lebih tinggi daripada jantina perempuan.
vii
ABSTRACT
This study was carried out to investigate the impact of industrial training on
reinforcement of generic skills among final year students Bachelor of Technology
with Education (Living Skills). Descriptive studies are used to identify the generic
skills after reinforcement students went through Industries training. Data have
collected using questionnaire circulated to final year students UTM who have
attended training industry in early May 2010 until end of Jun 2010. The value
reliability of this study is coefficient α = 0.801. Data were analyzed by using
Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 15.0. A total of 43 students
involved in this study. Statistic have been used are frequency, percentage, mean, t-
test and One Way Anova. The elements of the generic skills have been studied are
communication skills, critical thinking skills and problem solving, entrepreneurial
skills, leadership skills, team work skills, lifelong learning skills and information
management, and ethics and moral professional skills. The overall results showed
that the level of generic skills reinforcement during industry training is at high levels.
This shows that the industries involved have committed for the reinforcement of
generic skills among respondent as they have learned at university. The finding of
the different level of generic skill reinforcement on gender using t-test showed
significant difference. The significant difference was found in the elements of
critical thinking skills and problem solving, and leadership skills with mean value
indicates that male is better than the female students.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI SIMBOL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB PERKARA HALAMAN
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kerangka Konsep 7
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.7.1 Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)
11
1.7.2 Penyelia latihan industri fakulti
pendidikan (UTM)
11
1.7.3 Jabatan Pendidikan Teknik Dan
Vakasional (JPTK)
12
1.7.5 Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) 12
1.8 Skop dan Batasan
1.8.1 Skop 12
1.8.2 Batasan 13
1.9 Definisi Istilah 13
1.9.1 Kemahiran Generik 14
1.9.2 Latihan Industri 14
1.9.3 Kemahiran Komunikasi 15
1.9.4 Kemahiran Pemikiran Kritis Dan
Penyelesaian Masalah
15
1.9.5 Kemahiran Bekerja Secara Berpasukan 16
1.9.6 Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan
Pengurusan Maklumat
17
1.9.7 Kemahiran Kepimpinan 17
1.9.8 Kemahiran Keusahawanan 18
1.9.9 Etika dan moral prefesional 19
1.10 Penutup 19
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 21
2.2 Latihan Industri 21
2.3 Konsep Kemahiran Generik 24
2.4 Kepentingan Kemahiran Generik 27
2.5 Elemen-Elemen Kemahiran Generik 29
2.5.1 Kemahiran Komunikasi 29
2.5.2 Kemahiran Pemikiran Kritis Dan
Kemahiran Penyelesian Masalah
32
2.5.3 Kemahiran Bekerja Berpasukan 36
2.5.4 Kemahiran pembelajaran berterusan dan
pengurusan
maklumat
38
2.5.5 Kemahiran keusahawanan 40
2.5.6 Kemahiran kepimpinan 43
2.5.7 Kemahiran etika dan moral professional 45
2.6 Hasil Dapatan kajian yang lepas berkaitan
dengan
kemahiran generik
47
2.7 Penutup 49
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 50
3.2 Reka Bentuk Kajian 50
3.3 Lokasi 52
3.4 Populasi 52
3.5 Instrumen Kajian 53
3.6 Prosedur Kajian 54
3.7 Jangkamasa Kajian 57
3.8 Kajian Rintis 58
3.8.1 Kesahan Soal Selidik 59
3.8.2 Kebolehpercayaan 59
3.9 Pengekodan Data 60
3.10 Analisis Data 62
3.10.1 Ujian-T 64
3.10.2 Anova 64
3.11 Penutup 65
4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 66
4.1 Analisis Bahagian A- Latar Belakang
Responden
67
4.1.1 Taburan Responden Berdasarakan Jantina 67
4.1.2 Taburan Responden Berdasarkan Jenis
Industri Yang Terlibat
68
4.1.3 Taburan Responden Berdasarkan Saiz
Industri Yang Terlibat
70
4.2 Analisis Bahagian B-Pernyataan Maklumbalas
Responden
71
4.2.1 Tahap pengukuhan kemahiran komunikasi
pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) semasa latihan industri
72
4.2.2 Tahap pengukuhan kemahiran pemikiran
kritis dan penyelesaian masalah pelajar-
pelajar tahun akhir Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) semasa latihan industri
73
4.2.3 Tahap pengukuhan kemahiran bekerja
berpasukan pelajar-pelajar tahun akhir
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) semasa latihan industri
75
4.2.4 Tahap pengukuhan kemahiran
pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat pelajar-pelajar tahun akhir
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
76
(Kemahiran Hidup) semasa latihan industri
4.2.5 Tahap pengukuhan kemahiran
keusahawanan pelajar-pelajar tahun akhir
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) semasa latihan industri
78
4.2.6 Tahap pengukuhan kemahiran kepimpinan
pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) semasa latihan industri
80
4.2 7 Tahap pengukuhan kemahiran etika dan
moral profesional pelajar-pelajar tahun
akhir Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa
latihan industri
82
4.2.8 Keseluruhan dapatan kajian tahap
pengukuhan kemahiran generik
83
4.2.9 Perbezaan tahap pengukuhan kemahiran
generik berdasarkan jantina
84
4.2.10 Perbezaan tahap pengukuhan kemahiran
generik pelajar berdasarkan saiz industri
yang terlibat
87
4.3 Penutup 88
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 89
5.2 Rumusan 89
5.2.1 Rumusan analisis latar belakang
responden
90
5.2.2 Rumusan analisis persoalan kajian 90
5.2.3 Rumusan perbandingan persoalan kajian
terhadap jantina dan saiz indutri
91
5.3 Perbincangan
5.3.1 Pengalaman latihan di industri mendidik
pelajar dalam kemahiran komunikasi
93
5.3.2 Pengalaman latihan di industri mendidik
pelajar dalam Kemahiran pemikiran kritis
dan penyelesaian masalah
95
5.3.3 Pengalaman latihan di industri mendidik
pelajar dalam Kemahiran bekerja
berpasukan
97
5.3.4 Pengalaman latihan di industri mendidik
pelajar dalam Kemahiran pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat
99
5.3.5 Pengalaman latihan di industri mendidik
pelajar dalam Kemahiran keusahawanan
101
5.3.6 Pengalaman latihan di industri mendidik
pelajar dalam Kemahiran kepimpinan
103
5.3.7 Pengalaman latihan di industri mendidik
pelajar dalam kemahiran etika dan moral
profesional
106
5.4 Cadangan 107
5.5 Saranan Kajian Lanjutan 108
5.7 Penutup 110
BIBLIOGRAFI
111
LAMPIRAN
ix
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK HALAMAN
2.1 Saiz Industri Bagi Ketiga-Tiga Sektor
Industri Mengikut Bilangan Pekerja
24
2.2 Saiz Industri Bagi Ketiga-Tiga Sektor
Industri Mengikut Jumlah Jualan Tahunan
24
2.3 Istilah kemahiran generik di negara lain 25
3.1 Skala Likert 54
3.2 Jadual Pembolehubah 54
3.3 Senarai Aktiviti Dan Jangkaan Masa Bagi
Kajian
57
3.4 Pengekodan yang dilakukan oleh penyelidik
di bahagian A
61
3.5 Contoh pengekodan bagi item bahagian B 61
3.6 Pengkelasan maklum balas responden
berdasarkan skor min.
63
4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 67
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 68
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jenis
Industri
69
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Saiz
Industri
70
4.5 Analisis tahap pengukuhan kemahiran
komunikasi pelajar semasa latihan industri
72
4.6 Analisis tahap pengukuhan kemahiran 73
x
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
pelajar semasa latihan industri
4.7 Analisis tahap pengukuhan kemahiran
bekerja berpasukan pelajar semasa latihan
industri
75
4.8 Analisis tahap pengukuhan kemahiran
pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat pelajar semasa latihan industri
76
4.9 Analisis tahap pengukuhan kemahiran
keusahawanan pelajar semasa latihan
industri
78
4.10 Analisis tahap pengukuhan kemahiran
kepimpinan pelajar semasa latihan industri
80
4.11 Analisis tahap pengukuhan kemahiran etika
dan moral profesional pelajar semasa
latihan industri
82
4.12 Analisis keseluruhan dapatan tahap
pengukuhan kemahiran generik
83
4.13 Analisis ujian-t tahap pengukuhan
kemahiran generik berdasarkan jantina
84
4.14 Analisis One Way Anova tahap pengukuhan
kemahiran generik pelajar berdasarkan saiz
industri yang terlibat
87
x
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Model Pembangunan Kemahiran
Generik Di Kalangan Pelajar
8
1.2 Kerangka Kajian 10
2.1 Jenis-Jenis Kemahiran Generik Yang
Diterapkan Oleh UTM
28
2.2 Proses yang bakal di alami oleh seorang
usahawan
41
3.1 Carta Prosedur Kajian 56
4.1 Kekerapan (f) Responden Berdasarkan
Jantina
68
4.2 Kekerapan (f) Responden Berdasarkan
Jenis Industri
69
4.3 Kekerapan (f) Responden Berdasarkan
Saiz Industri
70
5.1 Proses yang bakal di alami oleh seorang
usahawan
104
xi
SENARAI SIMBOL
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuteraan
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kemahiran Hidup
SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik
SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Jentera
S.W.T - Subhanahuwataala
S.A.W - Sallallahualaiwassalam
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Contoh Borang Soal Selidik
B Pengesahan Instrumen
C Analisis Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbanch
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kerajaan Malaysia kini sedang berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima
tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia. Sehubungan itu, kerajaan di bawah
kepimpinan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
meperkenalkan rangka kerja perlaksanaan baru iaitu Rancangan Malaysia Ke-
Sepuluh yang bertemakan Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.
Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan
kesinambungan ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju
dan berpendapatan tinggi. Melalui RMK ke-10 ini juga, kerajaan juga telah
menetapkan komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada
sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara
maju (dicapai pada 15 ogos 2010 daripada http://www.malaysiakini.com/news
/134130)
Program pembagunan kemahiran insaniah (soft skill) atau kemahiran generik
telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 22 Ogos 2006
untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Mohd Salleh Abu & Mohd Zaki Kamsah,
2006). Oleh itu, Institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) sangat komited dalam usaha membangunkan kemahiran generik di kalangan
mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini kerana, kemahiran generik memainkan peranan
yang penting dalam era globalisasi. Penguasaan kemahiran generik di kalangan
graduan merupakan isu yang sering diperkatakan oleh bukan sahaja pihak industri
2
tetapi juga pemimpin negara, para akademik dan masyarakat awam. Di kalangan
graduan, tahap penguasaan kemahiran generik lazimnya dikaitkan dengan
employabiliti seseorang graduan tersebut. Di kalangan majikan pula, penguasaan
kemahiran generik yang baik merupakan atribut penting yang perlu dikuasai oleh
pekerjanya.
Penerapan kemahiran generik amatlah dititikberatkan kepada para graduan
memandangkan ianya adalah medium penting bagi membekalkan sumber tenaga
manusia yang seimbang dalam pembentukan budaya bangsa. Pelaksanaan kemahiran
generik selari dengan pembangunan sahsiah untuk melahirkan bakal pekerja yang
seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani selain berketrampilan.
Menurut Reigeluth (1999), kemahiran generik boleh diguna pakai merentas pelbagai
subjek domain. Ini bermakna, dengan menguasai kemahiran generik, seseorang
individu akan dapat mengadaptasikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku.
Pekerja yang menguasai kemahiran generik bersifat fleksibel, dinamik, dan
berketerampilan dalam menjalankan tugas. Kemahiran generik juga dikenali sebagai
„employable skills‟ iaitu kemahiran dalam kebolehan melakukan kerja dengan lebih
praktikal dan realistik.
Institut pengajian tinggi harus peka dengan keperluan guna tenaga negara
memandangkan universiti merupakan platform terbaik untuk melahirkan graduan
yang mampu berdaya saing dengan arus globalisasi. Justeru itu, kemahiran generik
perlu dititik beratkan terutama kepada graduan yang bakal bersaing dalam pasaran
kerja hari ini. Menurut laporan program pembangunan kemahiran generik Soft Skill
di kalangan pelajar sehingga Disember 2006, pihak senat UTM telah menetapkan
bahawa usaha pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar perlu dibuat
secara holistik melibatkan pelbagai pendekatan yang berasaskan aktiviti P&P serta
program/aktiviti pembangunan sokongan.
Salah satu program yang dibuat oleh fakulti pendidikan kepada pelajar yang
mengambil Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) (SPH)
ialah progam latihan industri. Latihan ini diwajibkan untuk pelajar-pelajar tahun
3SPH untuk membolehkan mereka mendapat segulung ijazah. Latihan indutri
3
dijalankan selama lapan minggu di industri-industri yang telah dipilih pelajar sendiri
dengan persetujuan daripada pihak industri dan pihak universiti. Tujuan program ini
diadakan adalah memperolehi kemahiran pada kesempatan terawal yang mungkin
dan memupuk sikap kerja yang baik kepada pelajar serta menggalakkan interaksi
dengan berbagai kalangan pekerja dan masyarakat (buku log latihan industri, 2010).
Justeru itu, peranan latihan industri adalah untuk memantapkan kemahiran generik di
kalangan pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Marniyati (2009), kemahiran generik atau kemahiran insaniah dari
perspektif Islam adalah bermula seawal tersebarnya ajaran Islam pada zaman
Rasulullah s.a.w. Islam telah menetapkan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan
asas yang menjamin pembentukan jiwa, pendidikan hati dan pembersihan akhlak
serta tingkah laku peribadi seorang muslim. Asas ini akan menjadi kekuatan kepada
pekerti yang baik dalam menjalin hubungan sesama insan.
Adibah Abdul Latif (2005), Institusi pendidikan perlu memainkan peranan
penting menjadi pusat latihan dan penerapan kemahiran generik di kalangan
mahasiswa. Hal ini kerana, negara bukan sahaja memerlukan bijak pandai yang
menguasai pelbagai ilmu intelektual tetapi juga menyumbang kepada pembangunan
dan perkembangan ilmu untuk masa hadapan. Kearns (2001), mendefinisikan
kemahiran generik sebagai kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan
besar pekerjaan yang pelbagai. Ianya bukan sekadar merangkumi asas keterampilan
atau kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan
interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan.
Ishak Haron (1992), menegaskan bahawa tenaga manusia yang diperlukan
dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional,
berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat
membuat penyesuaian dengan cepat. Bukanlah mudah untuk kita berdepan dengan
4
dunia pekerjaan yang kian mencabar, rumit dan kompleks keperluannya. Dengan
memiliki sekeping sijil, diploma atau ijazah, belum pasti seseorang itu dapat meraih
pekerjaan. Di samping kelayakan akademik, seseorang itu perlu memiliki
ketrampilan diri yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman (Esa
Abd Samad, 2000).
Hasliza Hassan (2002), menyatakan antara faktor mengapa lulusan institusi
pengajian tinggi tidak dapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak
mempunyai kemahiran-kemahiran generik. Menurutnya lagi, bakal majikan kurang
yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama pada aspek keperibadian,
penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat
keputusan terbatas dan tidak mampu bekerja dalam kumpulan. Tengku Mahaleel
(2002) berpendapat untuk menempatkan diri dan bersaing di pasaran pekerjaan
global pada masa kini, para graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen
kemahiran generik di samping cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau
lagi, elemen-elemen kemahiran generik akan membolehkan seseorang pekerja
menggunakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam sebarang
bidang pekerjaan.
Nik Othman Daud (2003), telah menyatakan bahawa bagi mendapatkan ciri-
ciri K-workers dalam era k-ekonomi, seseorang pekerja itu seharusnya mempunyai
kemahiran generik seperti kemahiran di dalam intrapersonal, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, adaptabiliti dan proaktif. Dengan
mempunyai kemahiran generik tersebut, individu itu akan lebih bersifat produktif
dan pelbagai kemahiran yang sedia ada itu akan lebih memudahkan objektif sesebuah
organisasi itu akan tercapai.
Menurut Nurita, Shaharudin, Ainon, di dalam journal Gurvinder Kaur (2008),
secara umumnya ramai pekerja-pekerja yang berkelulusan dari IPT di Malaysia
sangat pakar dalam kerjanya tetapi sayangnya mereka tidak memiliki kemahiran
generik. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi juga di luar negara
seperti United States, United Kingdom dan sebagainya. United Kingdom
menghadapi kesulitan dalam menemui graduan yang memiliki “soft skill”
5
(Dickinson, 2000). Di United States pula, majikan selalu melaporkan kepada media
bahawa negara itu menghadapi kekurangan pekerja yang mempunyai set kemahiran
yang sempurna dan masalah ini memberi kesan kepada ekonomi negara mereka,
(Lawrence, 2002).
Kemahiran generik kini menjadi tonggak dalam memilih pekerja-pekerja di
setiap industri. Institusi pendidikan merupakan tempat yang paling sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran generik seperti mana yang
dikehendaki oleh setiap industri. Hal ini disokong daripada Jessica Pumphrey dan Jo
Slater (2002). Mereka menyatakan dalam kajian mereka berkaitan penilaian terhadap
keperluan kemahiran generik mengikut sektor kerja di United Kingdom terdapat
jurang perbezaan dan isu pengambilan kerja apabila ianya melibatkan kemahiran
generik yang diperlukan mengikut skop industri. Oleh itu, terdapat keperluan untuk
pengukuhan kemahiran generik semasa pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terlibat dalam latihan industri.
1.3 Pernyataan Masalah
Kemahiran generik memainkan peranan yang penting dalam pemilihan
seseorang untuk bekerja di sektor-sektor industri. Sehubungan dengan itu, setiap
institusi pendidikan telah merancang, membangun dan melaksanakan pelbagai
program dan aktiviti yang bertujuan melengkapkan bakal graduan dengan kemahiran
generik yang diperlukan oleh setiap industri. Di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) terdapat tujuh kemahiran generik yang di peraktikkan dalam pembelajaran.
Hal ini kerana, kemahiran generik menjadi satu trend masa kini dalam arus pemilihan
pekerja yang berkemahiran.
Salah satu program yang dijalankan oleh pihak fakulti pendidikan di
Universiti Teknologi Malaysia ialah mewajibkan pelajar-pelajar yang mengambil
kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) supaya
menjalani latihan industri selama lapan minggu semasa cuti semesta. Tujuan latihan
6
industri di jalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memperolehi
kemahiran pada kesempatan terawal yang mungkin. Oleh itu, kajian ini adalah untuk
mengenal pasti sama ada mendapat latihan pengukuhan kemahiran generik yang
dipelajari di Universiti Teknologi Malaysia oleh pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa terlibat dalam latihan
industri. Kemahiran generik yang dikaji dalam kajian ini ialah kemahiran
komunikasi, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran
bekerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,
kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran etika dan moral
prefesional.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran
generik pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) semasa menjalani latihan industri. Secara khususnya kajian ini
bertujuan untuk :
1. Mengenal pasti latarbelakang responden dari segi jantina, jenis-jenis industri
dan saiz industri yang terlibat semasa latihan industri.
2. Mengenal pasti tahap pengukuhan kemahiran generik semasa latihan industri.
3. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan tahap pengukuhan kemahiran
generik berdasarkan jantina dan saiz industri.
7
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai iaitu:
1. Apakah latarbelakang responden dari segi jantina, jenis-jenis industri dan saiz
industri yang terlibat semasa latihan industri?
2. Apakah tahap pengukuhan kemahiran generik semasa latihan industri?
3. Apakah perbezaan yang signifikan tahap pengukuhan kemahiran generik
berdasarkan jantina dan saiz industri?
Top Related