PENDAHULUAN
Sememangnya nasionalisme semestinya akan berlaku kepada Negara-negara yang telah dijajah. Pada mulanya ianya berbentuk keamanan dengan mahu menunjukkan cintanya rakyat di sesebuah Negara itu terhadap negaranya. Nasionalisme bolehlah didefinisikan sebagai cintakan tanah air dalam membentuk sebuah Negara bangsa. Dengan kata lainnya, nasionalisme boleh dikatakan sentimen kesetiaan yang mengikut sekumpulan masyarakat menerusi institusi budaya yang sama untuk mewujudkan perpaduan dengan mencapai pembentukkan Negara yang merdeka1. Ini disebabkan berlakunya semangat nasionalisme ini kerana mereka merasakan bahawa kebebasan yang mutlak bukanlah terletak pada penjajah yang menjajah. Sebaliknya merekalah sendiri yang perlu menggerakkannya dalam erti kata kebebasan. Inilah apa yang telah terjadi kepada Negara-negara dikalangan Asia Tenggara yang mana kesan selepas perang dunia kedua itu secara khususnya menampakkan timbul semangat nasionalisme yang membara di kalangan mereka2.
Kedatangan para penjajah ini sebenarnya sudah bermula pada abad ke 15 lagi iaitu kedatangan Portugis dan diikuti oleh Sepanyol dan kuasa-kuasa besar yang lain. Tujuan mereka pada mulanya ialah untuk berdagang. Tetapi atas dasar kedudukan yang strategik dan kekayaan hasil bumi lantas mengubah niat mereka untuk menjajah Negara-negara di Asia Tenggara ini dengan tujuan untuk mengaut kekayaan hasil bumi serta meluaskan pengaruh mereka3. Apa yang dapat dilihat juga ialah mengenai faktor-faktor kedatangan mereka kerana perkembangan bahan mentah yang memerlukan sumber mentah, kemajuan dalam pengangkutan dan perhubungan dan pasaran. Faktor-faktor ini yang mana menggalakkan lagi mereka untuk datang ke Asia Tenggara.
1 K. Ratnam, 2006, Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka Sarjana Sdn. Bhd., hlmn. 432.2 Marc Frey, R., W., Pruessen & Tan Tai Yong, 2003, The Transformation of Southeast Asia, edt. Singapore University Press, hlmn. 3.3 Cik Zaharah binti Ahmad, En. Abd. Majid bin Abd. Halim, 1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, DBDP, hlmn. 21.
1
Semasa pendudukan Jepun di Asia Tenggara, yang mana pihak Jepun ini sedikit sebanyak telah menanamkan sifat cintakan Negara di kalangan penduduk di Asia Tenggara. Ini kerana dasar Jepun yang membenarkan mereka menggunakan bahasa pengantar seperti di Indonesia. Selain itu, pihak Jepun juga dengan propagandanya iaitu Asia untuk Asia telah mengubah persepsi masyarakat di Asia Tenggara kerana mereka beranggapan bahawa kedatangan Jepun ini boleh membebaskan Negara mereka daripada dibelenggu pihak penjajah.
Nasionalisme di Asia Tenggara adalah lebih teratur disebabkan dengan lahirnya golongan yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik dengan menyebarkan pemikiran mereka dengan menggunakan akhbar ataupun dengan menggunakan majalah-majalah seperti Majalah al-Imam, Utusan Melayu, La Solidaridad dan sebagainya.
Jadi, apa yang dapat kita fahami disini ialah sememangnya sebelum perang dunia kedua lagi telah berlaku semangat nasionalisme contohnya di Filipina, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Vietnam lain-lain lagi. Tetapi semagnat ini tidak pernah pudar yang mana selepas perang dunia kedua yang menyaksikan kuasa besar Asia iaitu Jepun telah meluaskan pengaruhnya. Semasa pendudukan Jepun juga, aspek yang dapat kita lihat ialah kerjasama antara penduduk tempatan dengan Jepun dalam usaha untuk mengusir penjajahan barat. Apa yang tersirat di fikiran pihak Jepun dan apa yang tersirat di fikiran penduduk di Asia Tenggara adalah berlainan. Misalnya Jepun mahu meluaskan pengaruh dan mementing aspek ekonomi, walhal penduduk di Asia Tenggara dengan kedatangan Jepun ini akan menjanjikan mereka kemerdekaan. Dalam hal ini Jepun seperti serampang dua mata dan mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai batu loncatan.
Selepas kekalahan Jepun pada 14 ogos 19454, Menyaksikan bahawa penjajah barat telah masuk semula dan bermula era baru dalam siri nasionalisme. Masyarakat pada masa itu mula sedar akan kepentingan
4 D., G., E., Hall, 1950, Burma, Anchor Press, Ltd, Tiptree, Essex, hlmn. 173.2
nasionalisme bagi memperjuangkan hak mereka dan nasib bangsa mereka. Jadi kertas kerja ini akan ditumpukan kepada nasionalisme di Asia Tenggara selepas perang dunia kedua yang mana kesannya telah membangkitkan semangat anti penjajah. Dalam perbincangan ini saya mengambil Tanah Melayu sebagai contoh pendudukan Jepun di Asia Tenggara yang telah timbul kesedaran dan seterusnya menuntut kepada kerajaan British untuk membentuk kerajaan sendiri atau kemerdekaan.
Kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa
imperialis di rantau Asia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
pada 1941. Kehadiran Jepun ini adalah sama seperti imperialis lain iaitu
mendapatkan bahan-bahan mentah untuk ekonomi negara Jepun. Berbekalkan
slogan “Asia untuk Asia” dan “ Menghapuskan Imperialisme Kuasa-kuasa Barat”
perjuangan Jepun pada awalnya dilihat murni oleh masyarakat setempat kerana
melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang Melayu dan India
mengalu-alukan kedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai penyelamat
dan penghalau penjajah British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu dilakukan pada
8 Disember 1941 di Kelantan dan menjelang 15 febuari 1942, pentadbiran British di
Tanah Melayu dan Singapura telah menyerah diri.5 Maka, secara rasminya
bermulalah zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan beberapa dasar
pemerintahan negara diubah kepada sistem pemerintahan Jepun. Dasar
pemerintahan dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan
negatif kepada masyarakat Tanah Melayu . Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat
5 Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 17
3
dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam bidang sosial, politik dan
ekonomi. Malahan zaman pendudukan Jepun selama tiga tahun setengah di
anggap sebagai ‘Zaman Gelap Tanah Melayu’ oleh masyarakat kerana penderitaan
yang mereka alami. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu meninggalkan kesan
negatif tetapi pada sudut-sudut yang tertentu kedatangan Jepun walau
bagaiamanpun telah menyumbangkan kesan positif terutama dalam membentuk
pemikiran dan jati diri masyarakat. Ini bukan kesan yang kecil tetapi pengaruh
impak dan pemikiran inilah yang membentuk pemikiran matang dalam masyarakat
Melayu. Melalui esei ini saya akan membahaskan kesan pendudukan Jepun dalam
bidang politik, sosio-ekonomi terhadap masyarakat di Tanah Melayu yang telah
menimbulkan kesedaran ke arah berkerajaan sendiri daripada British.
2. KEBANGKITAN DAN KESEDARAN SEMANGAT NASIONALISME TERHADAP
NEGARA DENGAN PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU.
Dari segi politik, khususnya di Tanah Melayu mengalami perubahan politik yang ketara. Ini kerana semasa pendudukan Jepun, Jepun juga telah mencampuradukkan politik di Negara-negara yang dijajahinya, di mana Jepun telah memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam pentadbirannya. Justeru itu, keadaan ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Tanah Melayu untuk bangkit dan menuntut bekerajaan sendiri daripada British. Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British. Orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih baik daripada British tetapi tanggapan mereka salah. Kehidupan semakin sulit dan ini menimbulkan kesedaran bahawa nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah oleh mana-mana kuasa asing.
4
Selepas pengunduran Pihak Jepun, British telah datang kembali berdasarkan kepada Piagam Atlantik yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri Britain iaitu Winston Churchill dan Presiden Amerika Syarikat, Roosevelt pada bulan ogos 1941. Piagam Atlantik telah mengisytiharkan prinsip-prinsip kerajaan sendiri bagi tanah jajahan mereka. Berdasarkan prinsip-prinsip perjanjian ini, pada bulan Februari 1943 pejabat tanah jajahan bersama-sama dengan pejabat perang mula membuat rancangan-rancangan untuk pembaharuan politik di Tanah Melayu selepas perang. Pada bulan Julai 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London telah menubuhkan unit perancang Tanah Melayu bagi merangka satu sistem pentadbiran baru di Tanah Melayu. Unit ini dianggotai oleh bekas pegawai-pegawai British. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor-syor mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh unit perancangan.
Dalam melaksanakan usul ini, maka setiausaha British ketika itu George Hall telah menghantar Sir Harold Macmichael untuk mendapatkan tanda tangan sultan-sultan Melayu. Lantas orang Melayu bangkit untuk menentang Malayan Union keranan dianggap Malayan Union ini menghakis hak orang-orang Melayu. Lagipun jika tertubuhnya Malayan Union, kuasa-kuasa sultan akan hilang, selain itu, British juga memberikan syarat kewarganegaraan yang longgar. Sebenarnya, raja-raja Melayu telah diugut oleh Sir Harold McMichael dalam mendapatkan tandatangan Sultan. Hal ini yang menyebabkan orang-orang Melayu bangkit menentang6.
Mereka telah menentang melalui akhbar dan majalah. Akhbar-akhbar ketika itu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara rata-ratanya mempermainkan sentiment orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Akhbar ini juga merupakan alat penyebaran maklumat dan pentingnya orang Melayu bersatu menentang gagasan ini. Selain itu, mereka juga telah mengadakan demonstrasi secara besar-besaran. Contohnya di Kota Bahru
6 Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka Sarjana Sdn. Bhd., hlmn184.
5
seramai 10 000 orang telah menyertai demonstrasi ini semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan.
Lantas, satu kongres yang terdiri daripada orang Melayu telah ditubuhkan pada mei 1946 dengan Dato’ Onn Jaafar dipilih menjadi yang dipertua. Umno ialah sebuah parti bangsa Melayu yang berjuang menentang penubuhan Malayan Union. Mereka menentang bukan dengan senjata, tetapi menentang dengan secara aman dan mengadakan demonstrasi. Pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu juga turut menentang gagasan ini. Antaranya ialah Alex Mac Adam, Arnold Robinson dan Sir Richard Winstedt. Mereka ini sebenarnya simpati terhadap bangsa Melayu. Tetapi kita lihat, satu parti telah ditibuhkan iaitu parti dari kalangan bukan Melayu yang diberi nama AMCJA. Didalam parti ini mengandungi parti-parti lain seperti MDU, MIC, MDYL dan Malayan People’s Anti Japanes Ex Comrades Association. Mereka juga turut memperjuangkan dasar-dasar mereka. Kemudian AMCJA juga telah mendapat bantuan daripada parti-parti politik Melayu yang berhaluan kiri.
Mereka juga telah menentang syor-syor yang telah dikemukakan oleh Jabatan Kerja yang hendak menyediakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Maka mereka juga telah menubuhkan satu perlembagaan ciptaan mereka sendiri iaitu Perlembagaan Rakyat untuk Malaysia. Tetapi oleh sebab golongan mereka ini bersifar bukan perkauman, maka ianya tidak mendapat tempat yang baik dikalangan orang-orang Melayu. Walaupun usaha mereka tidak mendapat tempat, tetapi mereka tetap berusaha untuk menggagalkan pembentukkan Persekutuan tanah Melayu. Tetapi segala tuntutan mereka sama sekali tidak dilayan oleh Pihak Inggeris7.
Setelah diadakan perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan pada rangka perlembagaan itu, maka pada tahun 1948, siaplah disusun satu pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 21 Januari 1948, perjanjian ini telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu dengan kerajaan Inggeris. Pada 1 Februari, maka telah diisytiharkan Negara Persekutuan Tanah Melayu dan dari tarikh itu, berjalanlah penguatkuasaan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu 7 Ibid hlmn. 216.
6
yang menggantikan Malayan Union. Selepas itu, Persekutuan Tanah Melayu telah diancam oleh pihak komunis. Lantas telah diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Maka, pihak Inggerislah yang banyak membantu dalam membenteras pergerakan Komunis ini. Lantas, Pihak Inggeris telah mengadakan kawalan yang ketat seperti catuan makanan, mengadakan kad pengenalan, dan menyiarkan propaganda rakyat unutk menentang Komunis. Maka, pada tahun 1954-dan 1955, kekuatan Komunis dapat dikawal. Pada 1960, darurat di Tanah Melayu telah kembali aman. Selepas tamatnya darurat, maka pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu telah menumpukan kepada usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada Pihak Inggeris. Maka, satu rombongan telah diadakan pada 1956 dan Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan ini. Rombongan ini juga terdiri daripada empat orang wakil raja dan empat orang Menteri perikatan.
Rundingan telah diadakan pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd8, Setiausaha Tanah Jajahan British. Beberapa perkara penting dibincangkan disamping penetapan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada 31 Ogos 1957. Dua Peringkat pelaksanaan dipersetujui dalam rundingan tersebut antaranya ialah menteri-menteri akan menggantikan pegawai-pegawai British sebagai Menteri Pertahanan dan Keselamtan, Menteri Kewangan serta Menteri Perdagangan dan presiden Perindustrian. Yang keduanya ialah, Kerajaan British berjanji memberikan bantuan kewangan kepada Tanah Melayu semasa kemerdekaan, Perkhidmatan awam akan dicorakkan bersifat Tanah Melayu iaitu orang tempatan yang berkelayakan akan menggantikan pegawai-pegawai British dan British akan mewujudkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu Yang merdeka dan bertanggungjawab menajlankan semua fungsi kerajaan. Maka suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Jun 1956.
Dalam hal ini, kerjasama dan perpaduan dapat dipupuk keranan MIC dan MCA telah mengiktiraf keududukan Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu, Kedudukan istimewa Orang Melayu dan Kerakyatan. Maka Tanah Melayu telah diisytiharkan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman.
8 Ibid hlmn. 218.7
3. KESAN PENDUDUKAN JEPUN DALAM BIDANG EKONOMI MEMBUKA
PEMIKIRAN MASYARKAT MELAYU KE ARAH BERUSAHA SENDIRI DALAM
MENJANA EKONOMI TANAH MELAYU DAN SETERUSNYA MENUNTUT
MEMBENTUK KERAJAAN SENDIRI.
Semasa pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap
kemelesetan ekonomi Tanah Melayu. Kekurangan makanan dan keperluan
kehidupan sehari-hari telah berada pada satu tahap yang sangat meruncing. Perang
dunia ke dua yang membabitkan Jepun di pihak Axis menyebabkan berlaku
ketidakstabilan politik dan melumpuhkan ekonomi. Pada masa peperangan ekonomi
seperti perlombongan, pertanian dan perdagangan tidak dapat berjalan lancar.9
Pada masa peperangan juga, perkapalan telah dihalang oleh kapal selam tentera
British dan ini menyebabkan barangan makanan dan kain tidak dapat diimport
kerana sebelum perang, Tanah Melayu telah bergantung kepada pasaran luar iaitu
mengimport beras dan kain dari Thai, Burma dan India.10 Dengan itu tidak
hairanlah harga barangan makanan seperti beras, tepung, gula, kain baju, minyak
petrol, minyak masak dan sebagainya telah meningkat.
Akibat bekalan yang berkurangan, Jepun telah mengamalkan pemerintahan
bersifat ‘Self Sufficient’. 11 Dasar ini telah menyebabkan rakyat bergantung kepada
kegiatan dalam negara bagi tujuan memenuhi keperluan masing- masing. Pihak
Jepun telah menggalakkan rakyat menanam makanan sara diri seperti beras, ubi
9 Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, 1991), ms. 474.10 Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 711 Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 44-45.
8
kayu, keledek, sayuran dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan zaman
pemerintahan British yang menjalankan dasar buka pintu untuk perkembangan
ekonomi Tanah melayu. Malahan Jepun telah mengamalkan dasar ‘secukup makan’
ini dan perusahaan getah diberhentikan untuk mengantikan tanaman getah dengan
bercucuk tanam terutamanya ubi kayu dan bersawah padi. Dengan ini diharap
dapat mengurangkan masalah makanan tetapi malangnya masalah kekurangan
makanan semakin meruncing. Malahan untuk mengatasi masalah ketiadaan
pakaian masyarakat terpaksa memakai baju yang diperbuat dari guni pada zaman
tersebut. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat contohnya di Pulau Pinang akibat
kesukaran mendapatkan kain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas
dan Alor Setar, Kedah.12. Pentadbiran Jepun juga telah menggalakkan pertumbuhan
industri tempatan bagi tujuan menghasilkan tali melalui sabut kelapa sawit,
menggantikan minyak pelincir dan minyak gris dengan minyak kelapa sawit dan
sebagainya.
Jepun telah memperkenalkan bank-bank perdagangan untuk menarik
penduduk tempatan menyimpan wang di Bank. Contohnya Jepun menubuhkan
Yokohama Speci& Ltd, ‘Perak People Park’ yang ditubuhkan di Perak, Selangor,
Johor, Singapura dan Pulau Pinang.13 Tetapi matlamatnya tidak berjaya. Malahan
semasa pendudukan Jepun, tiada perusahaan berat dimonopoli Jepun dan
kebanyakan syarikat Jepun mengambil alih contohnya perusahaan besi di kawasan
estet Gunung Panjang, Ipoh iaitu The Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The
12Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 11413 Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978), ms.57.
9
Tojo Kabuski di Perak.14 Hal ini menyebabkan memberikan kesan negatif terhadap
perkembangan ekonomi Tanah Melayu.
Inflasi berlaku dengan sangat buruk semasa pemerintahan Jepun.
Pengeluaran wang pokok pisang yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang
menjadi rendah dan barang-barang melambung harganya. Pengeluaran barang
utama dikawal dan permit telah dikenakan bagi semua pengangkutan dan
perdagangan. Setiap keluarga dihadkan 2 gantang beras sebulan dan pembelian
menggunakann kupon dari pejabat kawalan makanan dibandar.15 Malahan kegiatan
eksport dan import hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara sahaja. Contohnya,
Pulau Pinang mengeksport getah dan bijih ke negara Jepun. Manakala Jepun
membekalkan tentera, perubatan, anak patung, rokok dan sebagainya tetapi
separuh darinya dihantar ke pasaran gelap.16 Hal ini membantutkan dan
melumpuhkan perjalanan ekonomi di Tanah Melayu.
Situasi kemelesetan ini, inflasi dan peningkatan harga serta kesukaran
mendapatkan makanan telah menyebabkan berlakunya penyeludupan, pasaran
gelap, boker lintah darat dan eksploitasi kegiatan haram yang berleluasa.17 Barang
makanan hanya dapat dibeli di Pasaran Gelap. Barang-barang yang diseludup di
pasaran gelap adalah seperti gula, tepung, babi, rokok, arak, beras, minuman
keras, candu, ikan, petrol dan sebagainya.18 Penyeludupan ini berkembang pesat
akibat sikap pihak Jepun yang tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah,
ketidakcekapan, pilih kasih dan orang Jepun sendiri terlibat dengan penyeludupan
14 Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978), ms. 57.15 Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, 1996), ms. 24.16 T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 261.17 T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 253.18Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM), Universiti Sains Malaysia, 1989, ms. 38.
10
menjadikan pasaran gelap dan penyeludupan bertambah.19 Selain itu orang Jepun
telah merampas barang makanan peniaga tanpa memberikan bayaran. Maka, tidak
hairanlah masyarakat telah bertindak menyorok bahan makanan mereka untuk
dijual di pasaran gelap dengan harga yang lebih mahal dan berbaloi. Contohnya di
Kelantan pada awal 1942, para petani telah menyorok beras mereka untuk
diseludup ke negeri Terengganu dan Pahang dengan harga yang sangat tinggi iaitu
antara $10 hingga $13 bagi satu gantang berbanding harga yang ditetapkan oleh
kerajaan iaitu 50 sen bagi beras kelas pertama.20 Selain itu, penyeludupan petrol
berlaku contohnya di Batu Pahat yang telah menyeludupkan petrol untuk dijual
kepada orang Indonesia untuk mengerakkan mesin mereka seperti mesin tepung
sagu dengan harga yang mahal.21
Kemelesetan ekonomi yang teruk ini telah memberikan kesan buruk terhadap
masyarakat tanah Melayu. Tetapi jika kita melihat semula segala pengalaman
dalam pemerintahan Jepun ini telah menyedarkan masyarakat terutamanya orang
Melayu yang selama ini hidup dalam bersenang-lenang kepada berfikir dan
berjuang untuk meneruskan kehidupan. Mereka diajar makna keberanian,
kepercayaan diri, untuk terus hidup dan semangat spiritual dan mental yang kuat.
Mereka memanfaatkan setiap benda untuk dijadikan sumber ekonomi dan
mengajar agar berdiri di kaki sendiri, membuat baju, mencari alatan gantian untuk
enjin dan tidak menyerah kepada takdir. Orang Melayu telah mencipta sesuatu
yang baru,contohnya senapang patah, tayar basikal dari getah kasar atau sekerap,
abu menggantikan sabun, gobek untuk mendapatkan api, gula dari nira dan 19T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 253.20Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 52-53.21Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 38.
11
sebagainya.22 Semua ini seolah-olah membentuk jiwa masyarakat dan pengalaman
berharga yang mengajar masyarakat untuk berfikir dan berfikir dalam
memperjuangkan kehidupan mereka. Oleh itu, walaupun kehadiran Jepun
melumpuhkan ekonomi masyarakat Tanah Melayu tetapi dalam masa yang sama
telah menerbitkan satu pemikiran baru bahawa ekonomi boleh dijana dengan
pelbagai cara dan mengajar masyarakat agar berjimat cermat dan tidak sentiasa
bersenang-lenang kerana musibah mungkin muncul secara tiba-tiba. Malahan,
memupuk sikap agar lebih berhati-hati dengan setiap pertolongan kerana bayaran
yang perlu kita bayar mungkin tinggi.
4. KESAN PENDUDUKAN JEPUN DALAM BIDANG SOSIAL LEBIH TERBUKA,
MEMBUKA PEMIKIRAN MASYARKAT TANAH MELAYU KE ARAH
MENTADBIR NEGARA SENDIRI.
Jepun telah mengamalkan dasar yang berbeza-beza mengikut kaum di Tanah
Melayu. Kaum cina dikatakan sebagai kaum anti-Jepun akibat peperangan Jepun
dengan China dan kaum India dilihat lebih fokus terhadap perjuangan di negara
India. Kaum melayu pula dikatakan masih mengamalkan tradisi mereka sendiri.
Oleh itu, Jepun telah menjalankan dasar berlembut dengan orang Melayu untuk
mendapatkan sokongan dan bantuan menentang kerajaan British tetapi sebaliknya
pada kaum Cina Jepun telah bertindak kejam dan kasar. Hal ini ditambah dengan
keyakinan Jepun bahawa orang Cina di Tanah Melayu telah memberi bantuan
kerajaan China semasa perang Jepun-China . Sikap Jepun yang kejam terhadap
22 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.
12
orang cina ini telah menyebabkan orang Cina terpaksa lari ke hutan dan
menubuhkan MPAJA.23 Kekejaman pihak Jepun terhadap orang cina terbukti dengan
pengenalan dasar Sook Ching iaitu ‘dasar pembersihan’ yang telah menyebabkan
beribu-ribu orang Cina mati yang diperkenalkan pada secara sistematik 21 Febuari
oleh Kawamura-Oishi.24 Malahan Jepun telah membuat penindasan yang kejam
dengan merompak, membakar rumah dan kampung, mengambil barang-barang
orang cina,memeras hasil orang cina, merogol gadis-gadis cina dan sebagainya.
Contoh kekejaman Jepun yang ketara pada masyarakat Cina ialah apabila Jepun
telah menjalankan operasi Sok Ching ke atas orang Cina di Bakar Kapur, Sungai
Petani pada Febuari 1942. Mangsa telah disuruh mengorek lubang kubur terlebih
dahulu sebelum dibunuh. Sehingga Mav 1940, seramai 40000 orang cina termasuk
wanita dan kanak-kanak telah dibunuh.25 Hal ini menyebabkan orang Cina sangat
membenci Jepun dan Orang Melayu kerana menganggap orang Melayu sebagai
penyokong Jepun terutama PETA. Oleh itu, selepas pemerintahan Jepun berakhir,
telah wujud permusuhan kaum antara kedua-dua kaum yang sangat hebat selama
tempoh 14 hari sebelum kedatangan British kerana tidak ada pemerintahan Sah.
Gerila Bintang Tiga telah bertindak membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar
dan Batu Pahat (Johor), Sungai Manik (Perak), Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa
kawasan lain di Perak dan Selangor.26 Pergaduhan kaum berlaku maha hebat
apabila orang Melayu bangkit menentang Bintang Tiga . Hal ini membuktikan
23 MPAJA telah ditubuhkan oleh orang cina untuk menentang Jepun dan melindungi kepentingan orang Cina. Ini memandangkan tentera jepun bersikap kejam dan tidak berperikamusiaan terhadap orang cina yang dianggap Jepun bersalah kerana membantu orang Cina di China menentang Jepun. Menjelang akhir perang Dunia Kedua MPAJA telah pun mempunyai cawangan di seluruh pelusuk Tanah Melayu dan kemudiannya menentang British dengan tujuan menguasai Tanah Melayu.24 Yoji Akashi, “Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945”, Journal of Southest Asian History , ms. 68.25 Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, 1991), ms. 474.26 Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, 1991), ms. 476.
13
pendudukan Jepun telah membawa kesan negatif terhadap perhubungan kaum
antara masyarakat dan menjejaskan perpaduan tetapi positifnya ialah perpaduan
dan kesatuan yang wujud dalam masyarakat melayu yang mula bangun
mempertahankan kedudukan mereka.
Selain itu, dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini
kerana sepanjang pemerintahan Jepun keadaan kesihatan di Tanah Melayu sangat
teruk. Ubatan-ubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti
bengkak badan, buncit perut, beri-beri, kudis buta dan sebagainya merebak dan
mengancam kesihatan masyarakat. Pihak Jepun telah mewujudkan kelas iaitu kelas
1 dan kelas 2 untuk orang Jepun dan orang kenamaan yang mendapat perubatan
yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam yang perlu membayar $1/2
sehari tetapi kurang diberi perhatian.27 Pada saat ini bayaran swasta sangat mahal
dan doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap. Kebanyakan penyakit
ini disebabkan oleh kekurangan makanan.28 Di Melaka misalnya, tidak banyak
perkhidmatan kesihatan di sediakan, terdapat hospital di daerah Jasin tetapi tidak
ada ubat untuk menampung penyakit yang merebak.29 Di Johor, kematian akibat
kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296 kes pada 1942, 17895
kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi kepada 23,134 kespada
1944.30Kebanyakkan masyarakat menggunakan kembali cara tradisional untuk
mengatasi masalah kesihatan dan keadaan ini kembali seperti zaman sebelum
pemerintahan British. Malahan sumber bekalan ubatan kebanyakannya adalah
disalurkan terlebih dahul kepada tentera Jepun. Hal ini menunjukkan bahawa 27T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 30928 Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, 1996), ms.30.29Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms.34.30 Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978), ms. 11
14
penjajahan Jepun telah menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan masyarakat
di Tanah Melayu.
Masyarakat di Tanah Melayu juga sepanjang penjajahan Jepun telah
kehilangan sikap bekerjasama dan bersatu padu. Kaum Melayu sememangnya kuat
perpaduan dan persaudaraan. Mereka sentiasa bergotor-royong, bekerjasama dan
bantu membantu. Tetapi pemerintahan Jepun telah merubah semua ini apabila
mereka mula mementingkan diri akibat kesempitan hidup dan melupakan nilai-nilai
yang baik.31 Sifat ingin tahu masalah dan cuba menyelesaikan masalah jga tidak
diperdulikan. Kesatuan yang wujud ini hancur dan masing-masing membawa diri
dan yang lemah pasti mati. Masyarakat tidak lagi mempunyai banyak masa
berbual dengan kawan kerana pada waktu pagi mereka perlu turun ke sawah dan
pada waktu petang ke kebun untuk menanam ubi kayu.32 Di Pulau Pinang,
Penduduk akan ditangkap dan dijadikan buruh paksa membuat jalan dan jalan
kereta api sekiranya ditangkap bersembang dikedai kopi tanpa membuat kerja dan
mereka yang balik awal dari bekerja akan ditampar oleh tentera Jepun. Situasi ini
menyebabkan nilai sosial masyarakat kian meruncing.33
Dari sudut Agama, Jepun dikatakan mengamalkan kebebasan terhadap
semua agama di Tanah Melayu. Orang Cina misalnya yang beragama Khatolik
boleh ke gereja dan begitu juga orang Buddha dan orang Thoist ke to’kong. Begitu
juga kepada masyarakat India bebas meraikan agama mereka tetapi perayaan
Thaipusam tidak lagi disambut secara besar-besaran seperti sebelum perang.34
31Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.32 Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, 1996), ms. 24.33Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 21.34T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 315.
15
Bagi masyarakat Melayu juga sama , Jepun membenarkan agama Islam diamalkan
tetapi tanpa sedar Jepun telah mencemarkan amalan agama Islam di Tanah Melayu.
Masjid tempat beribadat orang Islam telah terpinggir akibat orang Jepun
menggunakannya untuk makan, minum, tidur dan dijadikan kubu. Masyarakat juga
tidak dapat menyambut hari kebesaran Islam kerana tarikh, waktu tepat untuk
sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan. Malahan, hubungan yang terputus
dengan ibu negeri dan kemelesetan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka
yang berkeinginan untuk menunaikan haji terpaksa dilupakan.35 Jepun juuga telah
memaksa semua penduduk Tanah Melayu sujud kepada matahari terbit
melambangkan sujud kepada maharaja Jepun.36 Hal in bertentangan dengan akidah
Islam yang hanya sujud kepada Allah SWT. Paling menyedihkan, masyarakat Melayu
yang pulang dari sawah untuk bersembahyang Zohor dan menunaikan kewajipan
agama telah ditampar Jepun kerana menyangkakan mereka malas bekerja.37 Situasi
ini mendorong kesan negatif terhadap pengukuhan keagamaan masyarakat.
Sedangkan nilai-nilai agamalah yang membentuk moral masyarakat.
Semasa pendudukan Jepun, masyarakat telah disogokkan dengan hiburan
untuk mengalihkan mereka daripada rasa sengsara dan menentang kerajaan Jepun
di Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan keruntuhan moral masyarakat. Kerajaan
Jepun telah menggalakkan perjudian besar-besaran seperti Dice,pakau, berlaga
ayam, daun terup, Mahjong, Lumba kereta. Malahan Jepun juga telah menyediakan
panggung wayang yang berpropaganda Jepun, tempat berseronok, dewan tari
35 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987 ,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.36 Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 71.37 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987 ,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 21
16
contohnya di wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di Pulau Pinang. 38 Kesemua ini merupakan perkara yang tidak baik kerana gejala Judi dan hiburan
ini telah melalaikan masyarakat dan hanya memberi keuntungan kepada pihak
Jepun yang bertindak membuka dan mengutip cukai. Sedangkan, masyarakat yang
sedia mengalami masalah ekonomi semakin parah apabila menyertai Judi dan
kalah.
Dalam masa pemerintahan Jepun untuk melaksanakan dasar yang
dirancangkan bagi kawasan-kawasan yang diduduki di mana pihak berkuasa Jepun
akan mengawal sistem perhubungan dan pengangkutan serta bekalan makanan.39
Oleh itu, banyak usaha dilakukan untuk mencari kuli yang dikehendaki bahagian
Pejabat Kerja Raya dan tugas mencarinya diberikan kepada penghulu.Penghulu
bertindak sebagai pencari kuli seperti pembinaan jalan Keretapi, jalanraya ,
lapangan terbang. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada setiap buah rumah
dimestikan salah seorang akan dipilih menjadi kuli.40 Penduduk lari ke hutan
mengelak menjadi kuli kerana orang yang telah pergi tak kembali, berpisah dengan
keluarga dan menjadi kuli pembinaan bererti menempah maut. Selain itu,
perkembangan dalam sistem pengangkutan melalui pembinaan jalan kereta api
yang akan menghubungkan Tanah Melayu dengan negara Thailand.
Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan
peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan
dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-
38T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 305-306.39 W.h.elsbree, Japan’s Role in Southest Asia Nationalist Movement, 1940-1945 ( New York :Rusell& Russell ,1970), ms. 18-19.40 Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 26.
17
orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran.
Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang
Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini
mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu
dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan
ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan
untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme. Ramai golongan guru
yang pandai berbahasa Jepun dan guru sejak pemerintahan Jepun telah pandai
memperjuangkan sekolah kebangsaan, bahasa kebangsaan dan keistimewaan
orang Melayu dan memberi kesedaran nasionalisme.41 Malahan Jepun telah
menubuhkan sekolah Teknik yang mengajar kursus kejuruteraan mekanik, Jurutera
Major dan pembinaan kapal.42 Matapelajaran teknik sebelum ini tidak pernah
diutamakan oleh pemerintah Inggeris. Melalui pelajaran ini telah menambah
kemahiran masyarakat di Tanah Melayu.
Selain itu, pada zaman pendudukan Jepun ini, sesuatu yang amat menarik
ialah jenayah pada zaman ini dikatakan berkurangan kerana hukuman berat yang
telah diperkenalkan oleh pihak Jepun. Contohnya di Johor, bagi kesalahan mencuri,
individu akan diberikan minum air yang banyak kemudian sekeping papan
diletakkan diatas perut dan dipijak beramai-ramai oleh tentera Jepun. Hukuman
yang paling berat ialah hukuman pancung.43Pendudukan Jepun juga telah melatih
individu yang terlibat dengan sistem pentadbiran Jepun dan tentera sukarela Jepun
telah dilatih dengan disiplin yang tinggi dan semangat cintakan Tanah Air yang 41 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987 ,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 46.42T.n.p, Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: USM, 1973), ms. 269.43 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 64.
18
tinggi . Paksaan Jepun dan disiplin ini menjadikan semua kerja lancar dan licin.
Penerapan disiplin ini membantu membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik.
KESIMPULAN.
Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan sebagai zaman yang Gelap dan tidak disukai oleh hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Sesungguhpun begitu tidak dapat juga dinafikan bahawa zaman ini membawa beberapa segi. Namun begitu, kesan negatif merupakan kesan yang terbesar dimana kekejaman Jepun semasa
19
penjajahan mereka masih diingati dan disebut hingga ke hari ini. Tetapi nasionalisme selepas perang dunia kedua yang mana menyaksikan nasionalisme di Asia Tenggara bersifat moden. Ini kerana semasa pendudukan Jepun, Pihak Jepun sedikit sebanyak telah menanamkan semangat nasionalisme dikalangan penduduk di Asia Tenggara. Ini kerana, Jepun tahu bahawa segala didikan yang telah diberi, akan digunakan oleh penduduk di Asia Tenggara untuk menentang kuasa berikat atau pihak penjajah. Lagipun propaganda yang digunakan oleh Jepun Berjaya menawan hati penduduk di Asia Teggara. Selain itu, mereka juga percaya bahawa kuasa tunggal di Asia iaitu Jepun dapat membantu mereka dalam mencapai kemerdekaan.
Selepas pengunduran pihak Jepun, menyaksikan kembali kedatangan penjajah barat. Kedatangan mereka disambut dingin oleh penduduk di Asia Tenggara keranan melalui didikan yang mereka terima daripada Jepun ternyata bahawa kebebasan yang mutlak bukan terletak di tangan penjajah.
BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad, 1988. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar
20
1986-1987. Penang: U.S.M.Abdul Halim Saad et al. 1991. Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia.Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad (peny.) .1989. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :
Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM. Penang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.Mohd Nor Long. 2001. Tun Hamdan Sheikh Tahir : His Life & Times as seen by himself &
Others. Seri kembangan :Percetakan Watan.Shu Yun Ts’iao dan Chu Ser Koon. 1984. Malayan Chinese Resistance to Japan 1941-1945:
Selected Source Materials. Singapore : Cultural & Historical Publishing House Pte. Ltd. Siti Zawiyah Zakaria. 1996. Zaman Pendudukan Jepun, Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas.
T.N.P. 1973. Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1. Pulau Pinang:
U.S.M.W.h.elsbree. 1970. Japan’s Role in Southest Asia Nationalist Movement,1940-1945, New York
Rusell& Russell.Yoji Akashi, Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945 dalam Journal of Southest Asian History.Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun1941-1945. (BA, Tesis Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur,1978. ). Wan Noraini Wan Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan
ke atas masyarakat Melayu. (BA, Tesis, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang 1986) .
21
Top Related