8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
1/22
KHIDMAT MASYARAKAT
Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan
Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10jam
Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luarsekolah
MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT
1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan diluar bilik darjah.
2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
1. PERANCANGAN
2. KERJA AMALI3. REFLEKSI
4. LAPORAN
5. PENGHARGAAN
1. PERANCANGANa. Mengenal pasti dan memilih tajuk projekb. Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek
c. Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat
d. Menyenarai dan membahagikan tugase. Menentukan cara mengumpul maklumat
f. Menentukan cara merekod projek
2. KERJA AMALI
a. Melaksanakan projek
b. Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankanc. Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa
menjalankan tugas
3. REFLEKSIa. Menilai kerja yang telah dijalankan
b. Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan
c. Menulis jurnal refleksi peribadi
http://c/Documents%20and%20Settings/user/My%20Documents/Downloads/My%20Webhttp://c/Documents%20and%20Settings/user/My%20Documents/Downloads/My%20Webhttp://c/Documents%20and%20Settings/user/My%20Documents/Downloads/My%20Web8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
2/22
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
3/22
Penilaian Khidmat Masyarakat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu :
Bil. Komponen Penilaian Jumlah Skor
AB
C
D
PerancanganKerja Amali
Refleksi
Laporan
1020
5
5
Jumlah 40
Jadual Kriteria Penilaian Khidmat Masyarakat :
Gred Kriteria
A
B
C
D
30 - 40
20 - 29
10 - 19
0 -9
DESKRIPSI GREDA. Penglibatan murid ditahap yang yang cemerlang dalam aktiviti Khidmat
Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti
B. Penglibatan murid ditahap yang baik dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagimembantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti
C. Penglibatan murid ditahap yang memuaskan dalam aktivti Khidmat Masyarakat
D. Penglibatan murid ditahap yang sederhana dalam aktiviti Khidmat Masyarakat
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
4/22
CONTOH LAPORAN
LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT
Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya MalaysiaNama Projek : Jom Pi Muzium Padi
Tarikh : 24 April 2007
Tempat : Muzium Padi Negeri Kedah
Guru Penasihat : En. Abdul Halim b Zainuddin
Ahli Kumpulan.
Pengerusi : Johari b Jaafar
Setiausaha : Roni bt Samsuddin
Bendahari : Aishah bt Hamid
AJK :Penemuramah:
- Chu Eng- Rosiyah bt Mohammad
Jurugambar dan Dokumentasi- Sevasundram a/l M. Suppiah
- Jamil Akhir b Yahya
Pengangkutan dan Keselamatan :
- Md Basri b Arifin
Pelapor
- Johari b Jaafar
Objektif Projek :
1. Menerangkan proses penanaman padi2. Mempromosikan Muzium Padi Kedah sebagai satu destinasi Tahun Melawat
Malaysia 2007.
3. Mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
5/22
Strategi Pelaksanaan
Perancangan :
Perancangan untuk menjayakan projek ini telah dimulakan sejak pertengahan
bulan Mac. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan
sempurna. Pemilihan projek Jom Pi Muzium Padi ini dicadangkan oleh ahli kumpulanberdasarkan aktiviti yang dicadangkan dalam tema Warisan Kepelbagaian Budaya
Malaysia Tingkatan Empat. Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat sempena TahunMelawat Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan.
Kumpulan kami memilih sumber Muzium Padi Negeri Kedah kerana dapat
mendedahkan budaya Melayu dalam sosio ekonomi. Pihak yang terlibat dalam projek ini
ialah Pegawai dan staf muzium, Pegawai Daerah, media massa dan orangramai.Maklumat yang diperolehi untuk menjayakan projek ini ialah dengan cara
pemerhatian, soal selidik, temuramah dan rujukan melalui ICT serta buku. Kumpulankami memilih cara dokumentasi dan power-point untuk merekod hasil projek.
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Persetujuan Pengetuadan sokongan Guru Penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.
Kelulusan daripada paihak Muzium Padi Kedah dan kerjasama daripada Pegawai Daerah
serta masyarakat setempat telah membakar semangat kami untuk meneruskan projek ini
hingga berjaya walaupun pada peringkat awalnya banyak kekangan yang terpaksadihadapi seperti masa dan keselamatan.
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek
ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan ( lihat Lampiran 1 ).Secara adil dan saksama agihan tugas\dan tanggungjawab telah diberikan kepada setiap
ahli bagi melancarkan projek ini. Anggaran pendapatan adan perbelanjaan dibuat dengan
teliti agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Jumlah pendapatan danperbelanjaan sebenar adalah seperti ditunjukkan di bawah :
Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Jom Pi Muzium Padi Kedah
Pendapatan RM Perbelanjaan RM
Sumbangan pihak sekolah
( PCG )Sumbangan PIBG
Sumbangan individu
RM 600.00
RM 200.00
RM 100.00
Pengangkutan
Kain Putih ( 3 meter )Cat
Warna
Kertas Pendua
Kertas LukisanMakan dan minum
RM 600.00
RM 12.00RM 20.00
RM 12.00
RM 7.00
RM 3.00RM 200.00
Jumlah RM 900.00 Jumlah RM 854.00
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
6/22
Di samping itu, carta Gantt telah dirangka untuk memastikan segala aktiviti
dijalankan mengikut jadual ( lihat Lampiran 2 )
Kerja Amali.
Pengerusi projek ini bersama dengan guru penasihat telah meninjau kawasan kerja
lapangan dan mengenal pasti aktiviti yang dapat dilakukan untuk memperkenalkanMuzium Padi Kedah kepada orang ramai. Aktiviti seperti poster, brosur, banner dan
menyediakan laman web telah dihasilkan untuk menjayakan projek ini seminggu lebih
awal.
Pada hari projek dijalankan, kami mendapat bantuan daripada kakitangan Muzium
Padi untuk mengedarkan bahan-bahan yang telah kami hasikan kepada orang ramai.
Kami berasa sungguh gembira dan teruja akhirnya projek tersebut dilaksanakan dengan
jayanya. Pihak muzium turut berterima kasih dan gembira dengan langkah yang kamiambil untuk mempromosikan Muzium Padi Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia.
Jamuan teh pagi dan petang telah disediakan oleh ahli kumpulan kami manakala jamuanmakan tengahari telah disumbangkan oleh pihak PIBG.
Refleksi
Setiap ahli diminta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan
hinggalah akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dari aspek faedah,
kekurangan dan kekuatan yang dilalui sepanjang melaksanakan projek Jom Pi MuziumPadi. Kami turut memberikan pandangan atau cadangan untuk menambahbaik projek
dalam khidmad masyarakat masa akan datang. Setiap ahli kumpula telah membuat
catatan refleksi berkaitan dengan pelaksanaan projek ini ( lihat Lampiran 3 )
Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap ahli kumpulan
telah menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.
Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yangtelah kami perolehi melalui projek ini. Antaranya ialah kami dapat :
i. mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuaratii. mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan denga teratur dan lancariii. memahami peraturan-peraturan mesyuarativ. mencacat minit mesyuarat/perjumpaan dengan lengkapv. menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijakvi. berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau dengan
orang yang lebih dewasa
vii. memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakansesuatu projek
viii. meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
7/22
Di samping itu ahli-ahli kumpulan dapat mengenalpasti masalah semasa
menjalankan projek. Antaranya ialah :
i. Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenaimuzium.ii. Gagal membuat temuramah dengan berkesan kerana masalah komunikasi
iii. Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan.iv. Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami
melaksanakan projek yang dicadangkan.
Walau bagaimanapun projek ini tetap berjalan lancar kerana kekuatan yang kamiada seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli. Selain itu, bantuan,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada pengetua,
Pengerusi PIBG serta orang ramai mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan
projek ini.
Pada masa akan datang , kami mencadangkan supaya pihak muzium seharusnya
memberi penerangan secara terperinci. Di samping itu, ahli kumpulan perlu dilatihberkomunikasi dengan berkesan agar temuramah dapat dijalankan dengan lancar.
Akhirnya mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah
dijadikan anjakan paradigma dalam memupuk semangat patriotik masyarakat terhadapwarisan kepelbagaian budaya Malaysia.
Penghargaan
Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Pegawai Daerah, pihak Muzium Padi Kedah dan penduduk setempat kerana memberikan
kerjasama dan sokongan untuk menjayakan projek ini.
Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa akan
datang benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh :
( RONI BT SAMSUDDIN )
Setiausaha Projek Jom Pi Muzium Padi,SMK Seri Sentosa, Pulau Pinang.
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
8/22
LAMPIRAN 1
Minit Curai
Tajuk : Mesyuarat Perancangan Projek Jom Pi Muzium Padi
Tempat : Bilik Gerakan SMK Seri Sentosa
Tarikh : 17 Mac 2007
Panel Mesyuarat : En. Halim bin Zainuddin (Penasihat Projek)Aisyah binti Hamid
Sevasundram A/L M. Suppiah
Rosiyah binti Mohamad
Md. Basri bin Arifin
Jamil Akhir bin YahyaJohari bin Jaafar
Chu Eng @ Chu Poo ChuRoni binti Samsudin
Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat
Keputusan Mesyuarat : Saudara Johari bin Jaafar telah dilantik sebagai Pengerusi projek.Mesyuarat bersetuju dengan pembentukan ahli jawatankuasa yang
Dilantik.
Projek Jom Pi Muzium Padi akan dilaksanakan pada 24 April
2007
Tindakan Susulan : Memaklumkan perancangan kepada pihak pentadbir sekolah
Mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan dua minggu sekali.
Permohonan membuat lawatan ke Muzium Padi ke JPN
Mengadakan perbincangan dengan pihak Muzium Padi Kedah.
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
9/22
LAMPIRAN 2
CARTA GANTT PROJEK JOM PI MUZIUM PADI
BULAN
PERKARA
APRIL
MI M2 M3 M4
Tinjauan ke tempat lokasi projek
Mesyuarat pertama
Mesyuarat kedua
Perjumpaan pertama
Pelaksanaan projek
Penulisan laporan
Pembentangan laporan
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
10/22
Borang Refleksi
Nama : Md Basri b ArifinTingkatan : 4 Waja
Peranan : Mengumpul maklumat secara menemuramah
Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek- memperoleh maklumat yang terperinci berkenaan proses penanaman
padi- dapat mengenali peralatan yang digunakan dalam keseluruhan proses
penanaman padi
- mengenalpasti produk-produk yang dihasikan daripada padi atau beras- memperkenalkan Muzium Padi kepada masyarakat Malaysia
Masalah semasa menjalanakan projek
- Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas- Gagal membuat temuramah secara berkesan kerana masalah
komunikasi.
Cadangan- Pihak Muzium seharusnya memberi penerangan secara perperinci
kepada murid-murid.
- Ahli kumpulan perlu berlatih berkomunikasi secara berkesan sebelummemulakan projek.
Harapan
- Kerja amali khidmat masyarakat ini memberi pengalaman secarahands-on kepada murid-murid yang dikaitkan dengan kehidupan
seharian mereka.
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
11/22
CONTOH 2
Tema : Hidup Bermasyarakat
Nama Projek : Rumah Perlindungan Nurul Hana
Tarikh : 24 April 2007
Pelaksanaan Projek :
Tempat : Rumah Perlindungan Nurul Hana
Guru Penasihat : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar
Ahli Kumpulan Projek :
Pengerusi : Pn. Zaliza Binti Ibrahim
Setiausaha : Pn Foo Wai Choo
Bendahari : Pn. Norliza Binti Ab. Ghani
Ahli Jawatankuasa :
Pengangkutan : Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman
Cenderamata & Hadiah: Pn. Nur Hayati Binti Wasim
Dokumentasi : Pn. Zaubaidah binti Mat Yusof
Peny. Aktiviti : Pn. Hasnizom binti Hassan
Persegaran : Pn. Embut Binti Embong
Keselamatan : Pn Rohaya Binti Ibrahim
OBJEKTIF PROJEK
i) Menjalinkan hubungan mesra dengan penghuniii) Memupuk kesedaran diri di kalangan penghuniiii) Memberi perangsang dan motivasi kepada penghuni
PERANCANGAN
Projek ini telah dirancang sejak bulan Mac 2007. Perancangan awal dilakukan
supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
12/22
berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2. Idea ini tercetus
berdasarkan isu-isu gejala social di kalangan remaja perempuan yang semakin menular di
dalam masyarakat kini.
Kami menyedari remaja kini mengalami krisis kejiwaan pada usia remaja antara
keseronokan hidup dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Kami terpanggil untuk
menjalankan projek ini setelah terbaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes pembuangan
bayi yang semakin berleluasa.
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan pengetua
dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.
Kelulusan daripada pihak ahli jawatankuasa Rumah Perlindungan Nurul Hana telah
membakar semangat untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada awalnya
kami tidak dibenarkan beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut.
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek
ini.
Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I & II).
Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli
kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi
pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini.
BELANJAWAN PROJEK RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA
Pendapatan RM Perbelanjaan RM
Sumber PPK
Sumber Ahli
200.00
45.00
Cenderamata
Jamuan Ringan/Kuih
Muih
Pengangkutan
95.00
50.00
100.00
JUMLAH 245.00 JUMLAH 245.00
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
13/22
KERJA AMALI
Pada 24 April 2007, kami seramai 20 orang telah menaiki bas ke Rumah
Perlindungan Nurul Hana. Setibanya di sana kami disambut oleh penyelia- penyelia
pusat tersebut dengan mesra. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang penubuhan
rumah perlindungan ini yang mana ia merupakan salah satu projek Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam.
Sepanjang berada disitu, kami telah melakukan aktiviti beramah mesra dengan
penghuni. (Sila rujuk Lampiran III & IV). Kami berasa sungguh gembira dan berbesar
hati kerana dapat menjayakan projek ini dengan bantuan semua penyelia. Kami juga
merakamkan jutaan terima kasih kerana kesudian pihak pengurusan rumah ini
membenarkan kami menyiapkan projek khidmat masyarakat. Disamping itu, kami
sempat membeli sambil menderma hasil-hasil kraftangan penghuni rumah perlindungan
tersebut.
Sebagai penutup, kami mengadakan jamuan ringan bersama penghuni dan pihak
pengurusan rumah ini. Kami juga menyampaikan cenderamata kepada semua penghuni
dan pihak pengurusan sebagai tanda terima kasih.
REFLEKSI
Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal
hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik
pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa hadapan. Setiap ahli
kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing. (Sila rujuk Lampiran V).
CADANGAN DAN KOMEN
Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan kepada
kemesraan antara ahli kumpulan dengan penghuni rumah tersebut. Daripada
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
14/22
pemerhatian, didapati para penghuni rumah perlindungan gembira menerima
cenderamata daripada kami dan menyatakan keyakinan mereka untuk membina hidup
yang lebih baik selepas keluar dari rumah tersebut.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi
dari projek ini. Di antaranya kami dapat:
Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat. Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat. Memahami peraturan-peraturan mesyuarat. Merasa lebih yakin semasa berurusan dan bekomunikasi dengan orang luar
atau orang yang lebih dewasa.
Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli. Merasa bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti mereka. Mendapat maklumat tentang tipu helah semasa pergaulan bebas. Mengagumi pengorbanan dan kegigihan pihak pengurusan rumah tersebut
yang berjaya memberi perlindungan kepada wanita malang tanpa bantuan
yang mencukupi daripada pelbagai pihak.
Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti :
Peruntukan kewangan yang terhad. Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti. Terpaksa berhati-hati semasa beramah mesra agar tidak menyentuh perasaan
penghuni.
Sukar mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan rumah tersebut.
Kami berjaya memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli
merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada
pihak pengetua dan guru penasihat serta pihak pengurusan rumah tersebut mendorong
kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
15/22
Kami ingin mencadangkan supaya di masa-masa akan datang diadakan kempen
kesedaran tentang gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penekanan
lebih kepada remaja perempuan. Melancarkan kutipan derma untuk mengisi tabung
rumah perlindungan sebagai salah satu cara khidmat masyarakat. Selain daripada itu,
ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menjual hasil-hasil kraftangan penghuni
kepada warga sekolah.
PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada pengetua, guru penasihat seteusnya pihak pengurusan Rumah Perlindungan
Nurul Hana kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.
Ahkhir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa
depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga
berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Sekian, terimakasih.
Laporan disediakan oleh;
(FOO WAI CHOO)
Setiausaha Projek Rumah Perlindungan Nurul Hana
SMK
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
16/22
LAMPIRAN I
Minit Curai
Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana
Tempat : Kelas 2 Pintar
Tarikh : 24 Mac 2007
Ahli :
Pn. Rokiah Binti Abu Bakar
Pn. Zaliza Binti Ibrahim
Pn Foo Wai Choo
Pn. Norliza Binti Ab. Ghani
Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman
Pn. Nur Hayati Binti Wasim
Pn. Zubaidah binti Mat Yusof
Pn. Hasnizom binti Hassan
Pn. Embut Binti Embong
Pn Rohaya Binti Ibrahim
Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat
Keputusan Mesyuarat :
Pn Zaliza Binti Ibrahim telah dilantik sebagai pengerusi projek Mesyuarat bersetuju dengan AJK yang dilantik Projek akan dilaksanakan pada 24 April 2007 Menetapkan aktiviti yang akan dilakukan
Tindakan Susulan :
Memaklumkan pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana Memohon kebenaran daripada pihak pengurusan rumah perlindungan.
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
17/22
LAMPIRAN II
Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana Kali
Pertama 2007
Tempat : Kelas 2 Pintar
Tarikh : 1 April 2007
Masa : 2.00 petang
Ahli :
Pn. Rokiah Binti Abu Bakar
Pn. Zaliza Binti Ibrahim
Pn Foo Wai Choo
Pn. Norliza Binti Ab. Ghani
Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman
Pn. Nur Hayati Binti Wasim
Pn. Zubaidah binti Mat Yusof
Pn. Hasnizom binti Hassan
Pn. Embut Binti Embong
Pn Rohaya Binti Ibrahim
Agenda Perkara Tindakan
1.0 Ucapan Pengerusi
Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli
dan meminta AJK membentangkan laporan kemajuan
tugasan.
Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Pencadang : Pn. Foo Wai Choo
Penyokong : Pn Haniszom Binti Hassan
Makluman
3.0 Laporan AJK Induk
3.1 Laporan SetiausahaSurat menyurat kepada pihak pengurusan telah
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
18/22
dihantar.
3.2 Laporan AJK KewanganBendahari memaklumkan bahawa jumlah kutipan
RM245.00 dapat dikumpulkan.
3.3 Laporan AJK AktivitiSemua aktiviti telah dirancang dan dipersetujui oleh
semua ahli kumpulan.
3.4 Laporan AJK PengangkutanTempahan bas telah dibuat dengan bayaran
RM100.00
BasKAJ 1088 akan bertolak pukul 2.00 petang
3.5 Laporan AJK PersegaranAJK akan menyedia dan membawa kuih-muih ke
rumah tersebut . Kos sebanyak RM45.00 akan
dibelanjakan.
3.6 Laporan AJK KeselamatanSurat kebenaran pelajar telah diedarkan kepada
ibubapa.
3.7Laporan AJK CenderamataAJK cenderamata akan membeli cenderamat kepada
pihak pengurusan dan semua penghuni.
Anggaran perbelanjaan sebanyak RM95.00
diperlukan.
Makluman
4.0 Hal-hal Lain
Pengerusi mengingatkan agar semua ahli menepati masa
yang telah ditetapkan dan menjaga imej sekolah.
Pengerusi juga meminta agar ahli menjalankan tugas
dengan penuh komitmen dan dedikasi
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
19/22
Disediakan oleh Disemak oleh
.. ..
(FOO WAI CHOO) (ZALIZA BINTI IBRAHIM)
Setiausaha Pegerusi
Projek Rumah Peridungan Nurul Hana Projek Rumah Peridungan Nurul
Hana
LAMPIRAN III
LAPORAN KERJA AMALI
WAKTU AKTIVITI
2.00 -2.30 pm SUAIKENAL
Ahli kumpulan diperkenalkan dengan pihak pengurusan Rumah
Perlindungan Nurul Hana
2.303.00 pm TAKLIMAT
Taklimat ringkas daripada Pn. Rosni binti Abdullah (Kerani RumahPerlindungan Nurul Hana)
Taklimat oleh Pn. Hjh. Asiah binti Ismail (Naib Pengerusi Rumah
Perlindungan Nurul Hana)
3.004.00 pm SESI BERAMAH-MESRA DAN MOTIVASI
Peserta diberi kesempatan untuk beramah mesra dengan semua
penghuni seramai 18 orang.
Setiap ahli kumpulan didedahkan cara berkomunikasi dengan penghuni
sebelum sesi beramah mesra dijalankan.
4.004.30 pm TINJAUAN PERSEKITARAN
Peserta projek diarahkan meninjau bilik penghuni dan tempat aktiviti
harian mereka.
4.305.00 pm MAJLIS PENUTUP
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
20/22
Majlis penutupan diadakan oleh Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul
Hana iaitu Yang Berbahagia Datin Hajah Daharah Binti Ismail BKM,
PJK,JP.
Penyampaian cenderamata daripada ahli kepada setiap penghuni.
Cenderamata kepada Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana
5.005.30 pm JAMUAN RINGAN
Semua ahli bersama dengan pihak pengurusan menikmati jamuan
ringan.
6.00 pm PERJALANAN PULANG
LAMPIRAN IV
CARTA GHANT
PROJEK BERAMAH MESRA RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA
BULAN
PERKARA
MAC APRIL
M3 M4 M1 M2Tinjauan ke lokasi projek
Mesyuarat Pertama
Mesyuarat Kedua
Pelaksanaan projek
Penlisan Laporan
Pembentangan Laporan
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
21/22
CONTOH BORANG REFLEKSI INDIVIDU
8/2/2019 Khidmat Masyarakat Website
22/22
Top Related