Download - Kisah Nabi Muhammad

Transcript

.::.Pengalaman Sufistik.::.Top of Form

Go!Bottom of Form

Home About Download Artikel

Kisah Nabi Muhammad saw.Maret 30, 2007 Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke kaabah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya. Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Saad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Saad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman. Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui. Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah. Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan. Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang

dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga. Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk (Surah AdDhuha, 93: 6-7) Abdul Mutallib Wafat Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan. Muhammad diasuh oleh Abu Talib Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anakanaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia. Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab. Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang siasia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu Al-Amin. Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri. Penurunan Wahyu Pertama Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril

menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (Al-Alaq, 96: 1) Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku. Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja. Dakwah Secara Terang-terangan Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas. Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. (Al-Hijr, 15:94) Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud: Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat. Kewafatan Khadijah dan Abu Talib Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan. Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda. Penghijrahan Ke Madinah Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri. Negara Islam Madinah Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undangundang Madinah. Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan. Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya. Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud: Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Like this:Suka 3 bloggers like this post.

Entry filed under: Tentang Nabi. Tags: . Kisah Nabi Musa: Terbelahnya Laut Merah Putra Putri Rasululloh SAW

301 Komentar Add your own

1. Balas

L | Desember 18, 2007 pukul 12:57 pm

sangaaaat membantu sekali karena sekarang adik saya ada tugas ini

2.

gk tau | Januari 27, 2011 pukul 5:51 am

betul betul betul sama gw jga ada tugas tpi kebanyakan ntar tinta gw abis ZzZzZzZzZz ===[]ZZZZZZZ> Balas

3.

sani | Mei 18, 2011 pukul 10:37 am

(_)_)ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZD

4. Balas

daffa | Februari 22, 2011 pukul 8:01 am

iya nih, sama

5.

gak mau tw | Februari 22, 2011 pukul 10:02 am

ntah ne banyak banget tugas

6.

S 'oVi Blewekans | Agustus 5, 2011 pukul 8:05 am

waduh. adik aq tu ampe nangis2

7. Balas

Omar | Februari 15, 2008 pukul 2:14 pm

I LOVE MUHAMMAD

8. Balas

verent | Mei 18, 2011 pukul 10:28 am

aq stuju i love muhammad swa

9.

hani | Maret 19, 2008 pukul 3:05 am

aku sangat mengagumi muhammd. aku sangat memimpikan bisa bertemu beliau pada hari akhir nanti. dan beliau memberikan salam kepadaku Balas

10. Balas

ain | Maret 23, 2008 pukul 1:40 pm

muhammad seorang pemimpin umat yang terbilang

11.

zubir | Maret 25, 2008 pukul 8:29 am

Dengan membaca kisah nabi diatas kita lebih mengenal kepribadian rasulullah, semoga kita dapat bertemu beliau di akhirat nanti. Amin ! Balas

12.

zeen | Maret 27, 2008 pukul 12:43 pm

AKU CINTA ALLAH SWT AKU CINTA RASULLULAH Balas

13. Balas

ahmad syae'an | September 19, 2010 pukul 9:59 am

AKU JUGA

14.

dudu | Januari 26, 2011 pukul 9:08 am

ulun jua

15. Balas

herlina | Juni 4, 2011 pukul 1:59 pm

Aku juga sangattttt cinta sama ALLAH..

16.

nisa | April 12, 2008 pukul 10:51 am

begitu malunya aq saat q tau beliau begitu mencintai umatnya hingga akhir hidupnya. tp aq justru banyak melupakan segala pengorbanannya itu. Ampunilah hamba-Mu ini y Rabb..dan berikanlah selalu kemuliaan kepada baginda Muhammad saw. Balas

17.

Noor asfarahin | April 15, 2008 pukul 8:53 am

saya sangat mencintai Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Balas

18. Balas

DAN | April 16, 2008 pukul 3:45 am

sangat membantu saya dalam mencari tugas

19.

azmy azizah | Mei 21, 2008 pukul 1:25 pm

saya sangat senang sekali. karena berkat web ini, bisa membantu saya dalam membuat makalah terima kasih ya!!! oh iya, masukan dari saya, menurut saya, bagaimana web ini bikin member. jadi kalo ada acara rohani bisa diundang dan supaya kita lebih tahu lagi tentang agama islam Balas

20.

Sharifah | Juni 6, 2008 pukul 5:48 am

Aq menyesal karena meninggalkan begitu banyak solat..kali ini aq akan memenuhi solat(lima waqtu)sehari semalam..dan juga memenuhi segala perintah-NYA.. AKU CINTA AGAMAKU@ISLAMKU AKU CINTA ALLAH S.W.T AKU CINTA NABI MUHAMMAD SWA Y TAAT PADA AGAMANYA.. Balas

21.

Gilang | Juni 6, 2008 pukul 7:25 am

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT SYAFAATNYA DI HARI AKHIR NANTI.. AMIEN YA RABBAL ALAMIN. Balas

22.

abdul kholiq | Juni 26, 2008 pukul 5:12 am

Ya Rosulullah limpahkan rahmatnya kepadanya ya Allah swt i love you Allah SWT & rosulullah Muhammad SAW Balas

23.

Edie S | Juli 6, 2008 pukul 2:35 am

Allahu AkbarAllahu AkbarAllahu Akbar.Walillahilham Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillaullah Allahu Akbar Allahumma shalialasaidina Muhammad waalaalihi saidina Muhammad Ya Allah Semoga Kami semua selalu berada dijalan-Mu ya Allah, Agar kami dapat Bertemu dengan-Mu dan dapat memberi salam kepada Rosul-Mu dengan mencium Tangan Rosulmu.Amien Ya Rabbal alamien. Balas

24.

izza | Juli 13, 2011 pukul 12:13 pm

semoga doa mu di ijabahi mas edi Balas

25.

leroy Qayyum | Juli 14, 2008 pukul 7:39 pm

saya berterima kasih kepada nabi muhammad s.w.t kerana meningalkan kita 2 perkara iaitu al-quran dan sunah baginda,alhmdulilla Balas

26.

fani | Juli 29, 2008 pukul 3:47 am

Mencintai Allah dan Rasul adalah melebihi segala-galanya.. kerana pd Allah dan Rasul ada keberkatan utk hidup didunia dan akhirat dengan lebih baik.. InsyaAllah.. Balas

27.

Lia | Agustus 8, 2008 pukul 2:09 am

Ya Allah,begitu mulianya Nabi Muhammad di sisimu,semoga saya akan bertemu dengannya di akhir hayat Balas

28. Balas

lia | Agustus 8, 2008 pukul 2:10 am

saya suka baca kisah2 tentang nabi

29.

Erwannor | Agustus 9, 2008 pukul 9:30 am

wahai saudara2ku, bersama2lah kita berdiri teguhlah bersama Islam. Semoga Allah membalas Rasullullah dgn setinggi-tinggi pembalasan.. Amin Balas

30.

Berry maulana Al Gazzali | Agustus 14, 2008 pukul 5:22 am

Ya AllAH jika saja engkau hendaki aku bermimpi tentang dirinya (Muhammad) berada dihadapanya maka akan ku cium telapak kakinya dan takan kulepas hingga kau mencabut nyawaku. Ya AllAH jika ia berperang maka aku yang akan menjadi perasainya. Ya AllAH jika ia berjalan maka aku yang akan menjadi alas kakinya Ya AllAH tak bisa aku menyembunyikan kerinduanku terhadap kekasihmu itu.. sungguh betapa mulianya dia,aku sadar ya AllAH bahwa aku sangatlah kotor untuk berjumpa dengannya,tapi aku yakin suatu saat aku akan berjumpa denganya.AMiiin Balas

31.

yogi | April 21, 2011 pukul 12:36 pm

ya ALLAH, jadikan lah kmi ahli sorga bersama nabi kamai MUHAMMAD SAW AMINNNNNNNNNNNN.>>>>>>>>>> Balas

32.

roza abdillah | Mei 14, 2011 pukul 6:56 am

amiiinn ya Allah.

33.

aiman hakim | Agustus 20, 2008 pukul 1:05 pm

sy sgt mengkagumi ttg nabi muhammad kerana beliau memimpin manusia ke jalan yang benar. jangan lah kamu membuat perkara yang dilarang oleh allah.. buat perkara yang disuruh allah nabi berpesan kpd kita..ikut lah apa yang ku bawa ttg islam Balas

34.

Deka | September 6, 2008 pukul 7:20 am

Jika saya berbauat salah dan ada yang menasehati dan memmarahi saya, amak saya akan jawab, say abukanlah nabi, saya ini manusia biasa. artinya..bisa di artikan sendiri. Saya takut dengan Allah dan Saya Mengakui Muhammad adalah utusan Allah Balas

35.

habib | September 7, 2008 pukul 3:16 pm

Demi Allah SWT, ini sangat membantu sekali untuk pengetahuan dizaman sekarang dan yg akan datang,,,,zaman yg dimana Allah dan Rosul-NYA, mulai banyak yg melupakan(nauzdubillah), Dan dimana pengetahuan seperti ini jarang didapatka dan diajarkan kepada geerasigenerasi baru. Balas

36.

abel | September 9, 2008 pukul 1:33 pm

aku bangga terhadap nabi muhamad, aku ingin bsa bertemu beliau meskipn hanya dalam mimpi, apakh Allah akan mengabulkn doa ku yg penuh dgn dosa ini?? tapi aku yakin bahwa Allah maha pengampun bagi hamba NYA yg mau bertaubat. smoga Allah mengampuni sgala dosa ku, dan meridhoi sgala niat baik ku, amin!! smoga dibulan suci ini, dosa2 qta smua diampuni olh Allah SWT, dan sgala amal ibadah qta ditrima olh NYA, AMIN MARI QTA BERSAMA MENGGAPAI RIDHO-NYA! Balas

37.

asrulzaidi | September 13, 2008 pukul 5:21 pm

sesungguhnya nabi muhammad sangat mulia. kisahnya sungguh menarik hati dari kisah-kisah yang lain. jadi umat-umatnya harus mencontohi kelakuannya dan janganlah membuat nabi muhammad sedih dengan sikap umat-umatnya.wassalam. Balas

38.

jayatea | September 16, 2008 pukul 11:06 am

Ya Allah .. terima kasih Kau telah turun Peminpin Alam besar, sehingga manusia berlomba-lomba untuk mendapatkan ridoMu.. tanda Beliau(Nabi Muhammad SAW) entah apa yang terjadi sekarang. Balas

39.

chine | September 16, 2008 pukul 11:09 am

WE LOVE ALLAH.. WE LOVE PROPHET MUHAMMAD . WE LOVE ISLAM . Balas

40. Balas

cindy winda | Januari 27, 2011 pukul 10:29 am

me too.