FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
SEMESTER 1 SESI 2013/2014
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PJJ
KBK 3053
KO-KURIKULUM DAN REKREASI
TAJUK ESEI ILMIAH
KUMPULAN GROUP UPSI-01 (A131PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
AZRIZA AZWA BT ZAKARIA D20121061710
NAMA TUTOR E-LEARNING : CIK MARZAIDA BINTI BADARUDDIN
TARIKH SERAH : 30 NOVEMBER 2013
PEMARKAHAN
TAJUK Halangan dan cabaran yang dihadapi oleh murid-murid berkeperluan khas semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan rekreasi
a) Kekurangan pengetahuan b) Hubungan sosial yang kurang berkesan c) Masalah kesihatan d) Kekangan fizikal dan psikologi e) Jurang cabaran dan kemahiran
2
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definnisi 4
2.1 Kokurikulum
2.2 Rekreasi
2.3 Murid-murid berkeperluan khas 6
3.0 Halangan dan cabaran yang dihadapi oleh murid-murid berkeperluan 7
khas semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan rekreasi
3.1 Kekurangan Pengetahuan
3.2 Hubungan sosial yang kurang berkesan 8
3.3 Masalah kesihatan 12
3.4 Kekangan fizikal dan psikologi 18
3.5 Jurang cabaran dan kemahiran 20
4.0 Penutup
Bibliografi 22
Lampiran 23
3
1.0 PENGENALAN
Murid-murid berkeperluan khas sering berhadapan dengan cabaran dan halangan
semasa menjalani aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Terdapat beberapa factor utama yang
menghalang penglibatan murid-murid ini terlibat secara langssung dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Faktor-faktor penghalang yang utama ialah dari segi faktor struktur, faktor
interpersonal dan interpersonal pelajar. Secara umumnya didapati faktor struktur merupakan
faktor utama yang menjadi faktor penghalang dalam penglibatan murid-murid berkeperluan
khas dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Biasanya perbezaan jantina bukanlah signifikan
dan tidak dapat dilihat dengan jelas di antara faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal.
Manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang interpersonal dan intra
personal dengan jenis kecatatan, bangsa dan kaum semasa menjalani aktiviti kokurikulum .
Kokurikulum dan rekreasi di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem
pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada
setiap pelajar di semua sekolah rendah dan menengah. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi
dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan,
iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum termasuk murid-
murid berkeperluan khas.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar
hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu
kelab atau persatuan di sekolah.
Antara tujuan aktiviti kokurikulum dan rekreasi diadakan di sekolah ialah untuk memberi
pengalaman kepada murid-murid bagi membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang
sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar- pelajar yang
seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut.
Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu
pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai
peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran,
pengetahuan dan nilai- nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.
4
Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor halangan dan cabaran
penglibatan murid-murid berkeperluan khas menyertai aktiviti kokurikulum dan rekreasi iaitu :
i. Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan,
masa, wang dan maklumat.
ii. Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan
antara individu seperti kesulitan mencari teman yang mempunyai minat yang
sama dalam menyertai aktiviti kokurikulum dan rrekreasi.
iii. Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang
bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan,
kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri
yang dimiliki.
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan,
persatuan/kelab dan rekreasi yang berkaitan dengan matapelajaran, kebudayaan, dan pasukan
badan beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola
tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab
Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan
Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba,
Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Manakala aktiviti
rekreasi pula terarah aktiviti beriadah seperti berkayak, memanjat bukit atau gunung, rengang
dan sebaigainya.
2.0 DEFINISI
2.1 Kokurikulum
Abda Halim Abdul Rahim (1994) mendefinisikan pokurikulum pada amnya merupakan
aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara formal.
Menurut Mohd Nor Che’Lah (1985) kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti amali
sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di bilik darjah yang diintergrasikan dalam aktiviti
praktikal gunaan (applied) dan ia bukanlah satu konsep yang terpisah daripada kurikulum
pendidikan.
5
Collins (1973) pula berpendapat apa jua aktiviti selain kurikulum di sekolah-sekolah
dalam konteks pembelajaran murid dianggap sebagai kokurikulum, sama ada ianya bersifat
intra-mural atau extra-mural dan sama ada ianya bersifat pembelajaran formal atau tidak formal.
“Kegiatan Kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang di pelajari di
bilik darjah. Dalam Warta kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus
Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai KEGIATAN KUMPULAN.
Dalam warta Kerajaan Bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, no. 26, Tambahan no. 94,
Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996, peraturan-peraturan (Kokurikulum
Kebangsaan) telah memberi definisi: Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan akan mengandungi yang berikut :
i. Penyertaan dalam Sukan dan Permainan
ii. Penyertaan dalam Persatuan dan Kelab
iii. Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragam
iv. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri
2.2 Rekreasi atau Pendidikan Luar
Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk
tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan
merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :
i. Rekreasi dalam (in-door)
contoh : badminton, squash, boling
ii. Rekreasi luar (out-door)
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan
Menurut Kraus, rekreasi adalah aktiviti atau pengalaman yang di perolehi atau dilakukan
pada masa lapang dan biasanya di laksanakan di waktu senggang.
6
Mary Helen pula berpendapat, rekreasi bukan peristiwa gerakan tetapi peristiwa emosi
dan melupakan aktiviti pada waktu senggang yang boleh membuat orang menjadi tenang dan
gembiri untuk mengembalikan tenaga baik fizikal mahupun mental .
Kaplan mendefinisikan rekreasi adalah suatu aktiviti yang di lakukan secara ringan
pada waktu terluang secara sukarela sebagai sesi memulihkan tenaga selepas melakukan
kerja-kerja berat.
De Grasia, menjelaskan, rekreasi adalah aktiviti yang merehatkan seseorang dari
bekerja dan memberikan kepadanya suatu pemulihan seta perubahan setelah kembali bekerja.
2.3 Murid-murid berkeperluan khas
Murid-murid berkeperluan khas adalah merujuk kepada murid-murid yang memerlukan
perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan murid-murid normal. Mereka ini
berbeza daripada murid-murid normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan
berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal.
Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi murid-murid berkeperluan khas sebagai murid-
murid yang berbeza dari murid-murid sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-
keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi
dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan
amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh
berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.
Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-
aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri
kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.
McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan
akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta
kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang
pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.
7
Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di
bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These
differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics.
Many of these children may require educational programs customized to their unique needs."
Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu
dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek
pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka
dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka:
1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya
dengannya,
2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan
yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.
3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-
kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada
murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan,
bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003
dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan
dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk
hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000)
3.0 HALANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MURID-MURID
BERKEPERLUAN KHAS SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN
REKREASI
3.1 KEKURANGAN PENGETAHUAN
3.1.1 Guru
8
Kebanyakkan guru-guru pendidikan khas tidak diberi pendedahan kepada aktiviti
kokurikulum dan rekreasi murid-murid berkeperluan khas. Mereka lebih ditekankan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran khusus kepada murid-murid berkeperluan khas. Ini
menjadikan guru-guru pendidikan khas yang menjalankan aktiviti kokurikulum dan rekreasi
mempunyai pengetahuan yang agak terhad dan kurang kemahiran serta pengetahuan dalam
bidang yang diberikan kepada mereka oleh pihak pentadbir. Keadaan ini timbul kerana mereka
kurang pengalaman dan tidak pernah didedahkan dengan sebarang kursus. Ini menimbulkan
masalah kepada guru-guru untuk melaksanakan aktiviti yang benar-benar dapat menimbulkan
minat di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Keadaan ini dapat dilihat hasil daripada
kajian Laporan Kabinet (1979) yang mendapati kecenderungan guru terhadap sesetengah
aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform dan sukan tidak memberangsangkan.
3.1.2 Murid
Seperti yang kita maklum, murid-murid berkeperluan khas ini mempunyi pelbagai
ketidakupayaan. Ini menjadikan mereka tidak gemar menyertai sebarang aktiviti kokurikulum
dan rekreasi. Disamping kekurangan pengetahuan dan pendedahan kepada aktiviti kokurikulum
dan rekreasi, menjadikan mereka jauh ketinggalan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan
rekreasi berbanding murid-murid arus perdana. Selain itu tidak keupayaan murid-murid
berkeperluan khas dalam mencari dan mengumpul maklumat mengenai aktiviti kokurikulum dan
juga rekreasi juga memjadi punca mereka kurang pengetahuan mengenai aktiviti kokurikulum
dan rekreasi.
3.2 HUBUNGAN SOSIAL YANG KURANG BERKESAN
3.2.1 Sukar untuk didekati dan hubungan sosial yang lemah
Hubungan sosial yang kurang berkesan menjadi salah satu halangan dan cabaran
kepada murid-murid berkeperluan khas dalam menyertai aktiviti kokurikulum dan rekreasi.
Murid-murid ini amat sukar didekati dan tidak suka berkomunikasi dan berinteraksi dengan
masyarakat sekolah kerana mereka merasa tidak selamat dan terancam. Mereka hanya
mereasa selesa dan selamat bersama guru-guru dan komuniti mereka sahaja. Memahami ciri
sosial dan emosi murid-murid berkeperluan khas adalah sama penting dengan memahami ciri
kognitif dan akademik mereka. Mereka mempunyai kemahiran sosial yang lemah menyebabkan
9
mereka sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi
dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa
disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin
serta mengekalkan hubungan. Ini menyebabkan aktiviti kokurikulum dan rekreasi sukar disertai
oleh mereka dan menjadi halangan dan cabaran yang besar butat murid-murid berkeperluan
khas ini. Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka menjadi rendah disebabkan dengan
kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan
mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
3.2.2 Menidakkan interaksi sosial
Dengan melakukan aktiviti kokurikulum dan rekreasi murid-murid dapat
mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan
rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik tetapi ini berbeza dengan murid-murid
berkeperluan khas. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi menjadikan mereka lebih pendiam dan
menjadi antara halangan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Mereka
menidakkan interaksi sosial kerana berasa canggung dengan situasi baru ini. Mereka gagal
mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling tidak mahhu bekerjasama dan
bertoleransi dalam sesuatu aktiviti kokurikulum dan rekreasi.
3.2.3 Merasa merasa tidak selamat dan tidak diterima dalam masyarakat
Mereka sering merasa tidak selamat dan tidak diterima masyarakat apabila terlibat
dalam aktiviti-aktiviti seperti rombongan, pesta-pesta, pertunjukan, perarakan dan sebagainya.
Mereka merasakan ahli masyarakat setempat dan masyarakat keseluruhannya tidak dapat
menerima kehadiran mereka dan ini menjadi sebahagian daripada halangan-halangan sosial.
Perasaan rendah diri sememangnya sebati dengan diri mereka dan merasakan mereka dari
kelas sosial yang berbeza. Perasaan ini sering kali menyebabkan mereka gagal melibatkan diri
dalam setiap aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun
masyarakat setempat. Sebenarnya, semua itu hanyalah perasaan mereka sahaja. Sebenarnya
dengan melibatkan mereka dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi akan mengurangkan rasa
tidak selamat dan tidak diterima.Aktiviti kokurikulum dan rekreasi akan mendedahkan mereka
kepada masyarakat dan membuatkan orang ramai dapat memahami dan menerima kehadiran
10
golongan ini dan membuatkan mereka berasa diri diterima. Perkara ini menyebabkan mereka
tidak lagi gusar untuk ikut serta dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang diadakan oleh
masyarakat.
3.2.4 Ibubapa merasa anak-anak mereka tidak selamat sekirannya menyertai aktiviti
kokurikulum dan rekreasi bersama-sama golongan berkeperluan khas.
Stigma ibu bapa yang melabelkan murid-murid berkeperluan khas ini ganas, bahaya dan
bertindak sesuka hati sering mengahalang murid-murid berkeperluan khas turut sama
menyertai aktiviti kokurikulum dan aktiviti yang disertai oleh murid-murid arus perdana.
Penglibatan murid yang arus perdana dan murid berkeperluan khas dalam satu aktiviti
kokurikulum dan rekreasi sebenarnya menuntut mereka berkerjasama dan sikap tolong
menolong. Sikap ini dapat membantu individu yang berkeperluan khas untuk lebih fokus kepada
minat mereka dalam aktiviti rekreasi tersebut berbanding kekurangupayaan yang dihadapi
( Mahon et al, 2000). Halangan daripada ibu bapalah yang menjadikan hubungan baik tidak
dapat dibentuk serta kesedaran dalam diri masyarakat kepada hak murid berkeperluan khas
dalam menyertai aktiviti kokurikulum dan rekreasi masih ditahap yang sama.
3.2.5 Kanak-kanak berkeperluan khas tidak perlu diberi hak yang sama untuk
berekreasi
Sering terjadi apabila masyarakat merasa tidak selesa dan tidak selamat apabila
berrkongsi tempat melakukan rekreasi yang sama dengan murid-murid berkeperluan khas.
Masih terdpat masyarakat yang menafikan hak individu yang berkeperluan khas untuk sama-
sama terlibat secara aktif bersama masyarakat dan tidak Ini menjadikan golongan ini jauh
ketinggalan berbanding murid-murid arus perdana dalam menjalankan aktiviti kokurikulum.
Masyarakat masih tidak sedar bahawa rekreasi sebenarnya boleh membantu golongan ini untuk
kekal cergas. Halangan inilah yang menjadi salah satu punca mengapa murid-murid
berkeperluan khas tidak mahu terlibat dalam aktiviti rekreasi mahupun kokurikulm.
3.2.6 Pandangan masyarakat bahawa kanak-kanak berkeperluan khas tidak perlukan
aktiviti kokurikulum dan rekreasi
Apabila pelajar beerkeprluan khas terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi
11
maka dapat mengikis tanggapan bahawa kekurangan yang dialami oleh kanak-kanak khas
menyebabkan mereka tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti rekreasi. Contoh seperti
kemabaran hutan dan sebagainya.
3.2.7 Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak berekreasi golongan
berkeperluan khas
Masyarakat perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan kanak-kanak berkeperluan
khas terlibat dalam aktiviti rekreasi. Namum masih ramai masyarakat luar menafikan hak
mereka dalam menyertai aktiviti rekreasi. Penafian hak mereka untuk turut sama melibatkan diri
secara aktiflah meyebabkan masyarakat dan murid-murid arus perdana tidak dapat merasai
pengalaman yang positif bersama-sama melalui aktiviti seperti berkhemah, berkelah, bersukan
dan sebagainya.
3.2.8 Tiada kemahiran berkomunikasi
Murid-murid berkeperluan khas sememangnya menghadapi masalah dalam bersosial
dan berkomunikasi. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi tidak akan Berjaya kerana masalah
komunikasi ini. Mereka hanya akan berkomunikasi sesame mereka sahaja. Penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum dan rekreasi sebebarnya bertujuan membantu mereka untuk
mengembangkan kemahiran komunikasi tersebut kerana mereka perlu bekerjasama dan saling
bertanya sesama ahli kumpulan dan fasilitator aktiviti. Oleh itu Namun perkara ini sukar menjadi
kenyataan kerana adakalanya apabila mereka tidak merasa selamat dan takut, mereka boleh
membantukan diri tanpa berkomunikasi dengan orang sekeliling.
3.2.9 Kemahiran bahasa yang terbatas
Sebahagian murid berkeperluan khas mengalami keadaan sukar dalam menghasilkan
perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan .
Antara masalah yang dihadapi ialah sengau dan gagap. Mereka mengambil masa yang agak
lama untuk memahami apa yang disampaikan oleh orang yang bertutur. Sewaktu menjalani
aktiviti kokurikulum dan rekreasi kemahiran komunikasi diperlukan dalam kumpulan, jadi
mereka hanya mendiamkan diri kerana halangan berbahsa yang mereka hadapi. Mereka tidak
yakin untuk berkomunikasi dengan murid-murid lain kerana malu untuk bertutur. Menurut teori
12
pembelajaran bahasa behavioris , murid-murid perlukan ransangan dan belajar daripada
pemerhatian. Jadi dengan mengikuti aktiviti kokurikulum dan rekreasi mereka dapat kenal
dengan orang sekeliling dan menangkis rasa malu yang hadir dalam diri atas kekurang yang
dihadapi.
3.3 MASALAH KESIHATAN
Murid-murid berkeperluan khas sememangnya diketahui berpunca daripada
kepelbagaian ketidakupayaan fizikal dan mental. Masalah kesihatan amat berkait rapat dengan
mereka, tidak hairanlah masalah ini telah menghalang mereka daripada menyertai aktiviti
kokurikulum dan rekreasi. Cabaran utama mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan
rekreasi secara aktif seringkali terhalang disebabkan masalah kesihatan mereka yang tidak
menentu.
Masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas di mana serangan penyakit
terhadap diri mereka tidak menentu. Hal ini menyebabkan pembelajaran mereka terganggu
kerana kesihatan tidak stabil. Kadang kala mengambil masa yang lama kerana terpaksa
menerima rawatan di hospital. Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas ialah :
i. Sawan / epilepsy
ii. Lelah ( asthma )
iii. Hemophelia ( masalah darah )
iv. Jantung berlubang
v. Alahan
vi. Kencing Manis (Diabetis)
vii. Muscular Dystrophy (MD)
3.3.1 Sawan atau epilepsi
Sawan atau epilepsi ialah sejenis penyakit yang disebabkann oleh gangguan dalam
13
bahagian otak yang berlaku secara berulang dalam bentuk serangan sawan yang boleh
menyebabkan seseorang penghidap sawan tidak akan sedarkan diri dalam satu jangka masa
bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang dihadapi.
Biasanya serangan sawan yeng terjadi boleh menyebabkan penderitaan yang serius
dan melibatkan semua peringkat umur manusia tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa.
Selepas seseorang itu mengalami serangan sawan, seseorang itu akan keletihan dan tidak
mampu mengigati apa yang telah terjadi kepada dirinya.
Abad ke 18 dan 19 Hippocrates telah memperkenalkan ubat antileptik pertama yang
dikenali sebagai Bromid yang telah digunakan diseluruh dunia. Menurut Hans Berger (Jerman)
1920-an telah mencipta elektroensefalograf (EEG) bagi merekod kehadiran pelepasan elektrik
didalam otak, yang telah memungkinkan pembedahan dilakukan tiga dekad kemudian.
Apabila berlakunya serang, bahagian fizikal pesakit rebah, kaku, kejang, tidak sedarkan
diri, pernafasan tidak teratur,air ludah berbuih dan tidak mampu mengawal pembuangan air
kecil dan besar. Kemudian mereka hanya mempamirkan sikap atau tindakan yang luar biasa
setelah diserang sawan. Mereka juga sukar berkawan, bersosial, menghadapi dan masalah
kemurungan. Mereka bukan sahaja tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan
mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa yang lain malah ini menjadi halangan dan
cabaran buat kanak-kanak berkeperluan khas dalam menyertai aktiviti kokurikulum dan rekreasi.
3.3.2 Leleh atau asthma
Lelah atau asthma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud "bernafas kuat"
merupakan satu istilah yang menerangkan satu keadaan seperti semput, penat, termengah-
mengah dan mengeluarkan bunyi 'wheezing' ketika bernafas . Bunyi ini adalah diakibatkan oleh
penyempitan saluran ' bronchial ’ yang menghalang aliran udara keluar dan masuk ke paru-paru.
Individu terpaksa membongkokkan badan untuk mendapatkan lebih banyak udara ke ruang
dalam paru-parunya (Asiah 2012). Serangan asthma boleh disebabkan oleh cuaca atau udara
yang sejuk, aktiviti fizikal yang berlebihan, jangkitan di bahagian organ pernafasan, alahan,
serangan virus, habuk atau debu, bulu kucing, dan sebagainya.
Murid-murid berkeperluan khas yang berpenyakit asthma mungkin kelihatan gementar,
sensitif, dan mudah terganggu. Muka mereka kelihatan biru (disebabkan oleh kurang oksigen),
dan mereka perlu diberi pertolongan dan rawatan yang segera untuk pulih. Mereka memerlukan
14
persekitaran yang bersih dan pengurusan dalam jangka panjang. Mereka sering tidak hadir ke
sekolah terutama ketika diserang penyakit tersebut. Guru perlu bekerjasama dengan dengan
ibu bapa dengan menyimpan satu salinan ‘ action plan ’ bagi membantu murid-murid
berkeperluan khas yang mengidap asthma. Mereka perlu mengetahui cara merawat asthma
termasuk jenis ubat yang perlu diambil, tindakan yang harus diambil sekiranya serangan
berlaku, jenis situasi yang perlu dielakkan (Contoh: aktiviti luar yang terdedah kepada debunga),
menyimpan ubat untuk kanak-kanak, atau memastikan ubat atau inhaler mudah dicapai ketika
serangan asma berlaku di dalam kelas atau kawasan sekolah. Disebabkan menderipa penyakit
inilah ada dikalangan murid-murid keperluan khas sering kali gagal mengikuti aktiviti
kokurikulum dan rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
3.3.3 Hemofilia ( masalah darah )
Hemofilia merupakan sejenis penyakit keturunan / genetik yang berkaitan dengan
gangguan kromosom X ( X-linked genetic disorder ) yang menyebabkan darah membeku
dengan perlahan atau tidak beku langsung. Kekadang darah mengambil masa selama
beberapa jam atau hari untuk membeku. Dengan itu, mereka yang mengidap hemophilia
cenderung mengalami pendarahan yang berlebihan apabila luka. Selain itu, hemophilia boleh
menyebabkan pendarahan dalaman, dan darah boleh meresap ke dalam sendi tulang, otot, tisu
lembut, dan organ dalaman secara perlahan-lahan. Kanak-kanak lelaki lebih kerap mengidap
penyakit ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan kerana mereka hanya mempunyai
satu kromosom X, dan mereka mewarisi penyakit ini daripada kromosom X ibunya.
Kanak-kanak yang mengidap hemofilia dapat dikenal pasti semasa bayi lagi, iaitu ia
mudah mengalami lebam atau mengeluarkan darah yang banyak apabila luka. Tanda yang lain
ialah sendi bayi sering bengkak terutama apabila ia terantuk atau jatuh ketika merangkak atau
berjalan (Kishealth). Keadaan ini tidak berlaku pada bayi yang tidak mengidap hemofilia.
Kanak-kanak hemofilia mempunyai tahap kesihatan yang rendah. Justeru mereka sering
terlantar di katil (disebabkan oleh pendarahan) menyebabkan mereka ketinggalan dalam
pelajaran. Mereka mempunyai tahap kecerdasan yang normal, dan mereka boleh belajar di
sekolah tetapi keadaan mereka perlu dimaklumkan kepada guru dan rakan-rakan supaya
mereka boleh berhati-hati untuk memastikan kemalangan atau kecederaan tidak berlaku pada
kanak-kanak yang berkaitan. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi merupakan sesuatu yang
15
mustahil bagi mereka. Ini merupakan salah satu halangan dan cabaran bagi mereka selain
kecatatan utama yang menjadikan mereka murid-murid berkeperluan khas.
3.3.4 Jantung Berlubang
Umum jantung ialah organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan. Ia
dibahagikan kepada empat ruang berongga. Terdapat dinding yang memisahkan antara ruang
kanan dan kiri dipanggil septum. Setiap bahagian mempunyai dua ruang dikenali atrium
bahagian atas dan dua ruang ventrikel di bahagian bawah.
Dinding septum mengasingkan darah dari bahagian kanan dan kiri jantung daripada
bercampur. Ini penting kerana darah di sebelah kiri kaya oksigen sementara darah di ruang
sebelah kanan pula kurang oksigen. Jika terdapat lubang pada dinding septum, darah akan
bercampur sebelum dihantar ke badan menyebabkannya mempunyai oksigen kurang dan boleh
mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
Penyakit jantung berlubang (Ventricular Septal Defect - VSD) atau secara amnya CHD
(Congenital Heart Disease) antara penyakit biasa yang dihidapi oelh golongan kanak-kanak
berkeperluan khas. Masalah ini berlaku apabila terdapat lubang atau kecacatan pada struktur
jantung iaitu pada dinding dalaman jantung.
Banyak jenis kerosakan jantung berlaku sama ada menghalang aliran darah dalam
jantung atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan. Antara
kecacatan pada organ jantung yang mungkin boleh berlaku:
Kecacatan atau lubang pada dinding jantung.
Injap jantung bocor atau tersumbat.
Terdapat hanya satu ventrikel.
Salur darah bersambung secara abnormal.
Jantung terletak di bahagian kanan dada.
Secara umumnya, penyakit jantung berlubang terbahagi kepada dua jenis iaitu VSD dan
ASD.
ASD (Atrial Septal Defect) Apabila terdapat lubang antara atrium, oksigen dari bahagian
kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan. Oleh itu bilik jantung bahagian kanan terpaksa
mengepam dengan lebih kuat mengakibatkannya bengkak. Akibatnya, tekanan meningkat dan
16
merosakkan paru-paru. Ia juga dikenali sebagai sakit jantung tidak biru (acyanostic congenital
heart diseases).
VSD (Ventricular Septal Defect) Dikenali juga sebagai sakit jantung biru (cynostic
congenital heart disease). Biasanya berlaku di kalangan bayi apabila terdapat lubang pada
dinding (septum) bahagian bawah yang menyebabkan darah mengandungi oksigen dari
bahagian kiri masuk ke bahagian kanan. Darah yang berlebihan ini kemudiannya dipam semula
ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan jantung itu sendiri.
Kerosakan pada jantung yang menjadi tunjung utama dalam hidup manusia telah
membataskan lagi pergerakan mereka. Ini menjadi satu halangan dan juga cabaran kepada
mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang diadakan di sekolah. Selain
ketidakupayaan yang mereka miliki, penyakit ini meyumbang kepada kegagalan mereka untuk
aktif dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi.
3.3.5 Alahan
Individu yang mengalami alahan cenderung mengidap asma. Walau bagaimanapun,
bukan semua orang yang mengalami alahan mempunyai asma dan sebaliknya. Jadi, terdapat
kekeliruan antara alahan dan asma. Sering kali, mereka yang mengalami jeis alahan tertentu
juga mengalami serangan asma. Alahan berkait rapat dengan sistem daya tahan (immune
system) seseorang. Sistem daya tahan berfungsi untuk menyerang penceroboh seperti kuman
untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Bagi seseorang kanak-kanak yang mempunyai
alahan, sistem daya tahannya menganggap sumber alahan (allergens) seperti debunga sebagai
penceroboh yang merosakkan, lalu bertindak balas dengan merembeskan sejenis bahan yang
menyebabkan tanda alahan seperti hidung berair, atau mata menjadi merah. Sesetengah orang
akan mengalami tanda asma seperti batuk, atau mengalami kesukaran untuk bernafas. Jadi,
alahan mungkin merupakan penyebab gejala asma. Gangguan kesihatan inilah yang akan
menjadikan mereka, kanak-kanak berkeperluan khas lebih cenderong tidak menyertai mana-
mana aktivti kokurikulum dan rekreasi yang dianjurkan.
3.3.6 Kencing Manis (Diabetes)
Penyakit kencing manis berpunca merupakan masalah kesihatan yang sering berlaku
pada kanak-kanak berkeperluan khas. Penyakit ini memberi kesan terhadap penggunaan
17
glukos / gula dalam sistem badan sebagai sumber tenaga. Ketika kita makan, glukos daripada
makanan akan memasuki darah kita manakala insulin, sejenis hormon yang dihasilkan oleh
pancreas membantu menghantar glukos ke sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Kencing
manis akan berlaku apabila pancreas tidak dapat menghasilkan insulin untuk mengawal tahap
gula di dalam badan (type 1 diabetes). Seseorang boleh juga mengidap penyekit kencing manis
apabila insulin yang ada dalam badan tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai agen yang
membawa glukos ke sel badan (type 2 diabetes). Apabila glukos tidak berjaya memasukki sel
yang normal, tahap gula dalam darah akan meningkat terlalu tinggi sehingga menyebabkan
gejala kencing manis berlaku. Kanak-kanak yang mengidap kencing manis akan kelihatan lesu,
mudah letih, dna juga kerap buang air kecil.
Terdapat dua jenis masalah yang sering timbul dalam kalangan pesakit kencing manis,
iaitu: serangan hyperglucemia (gula berlebihan dalam badan) dan hypoglycemia (badan
kekurangan gula). Gejala yang dialami adalah seperti berikut:
Hyperglucemia: tanda awal ialah rasa dahaga, sakit kepala, tidak dapat memberi
tumpuan, pandangan menjadi kabur, kerap buang air kecil, letih, hilang berat badan, dan kesan
jangka panjang ialah luka lambat sembuh, penglihatan menjadi kabur, kerosakan saraf, dan
masalah usus seperti sembelit atau cirit birit.
Hypoglycemia: badan terasa sangat lemah, pitam, menggeletar, jantung berdenyut
terlalu cepat, pernafasan menjadi pendek, dan badan terasa sejuk dan berpeluh. Rawatan:
pesakit diberi minuman yang manis dan bantuan kecemasan.
Gejala-gejala atau simtom-simtom inilah yang sering mengganggu mereka daripada
menyertai aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Selain itu halangan kesihatan ini seringkali
menyebabkan mereka tidak berminat menyertai aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang
dianjurkan kerana masalah-masalah berbait rapat dengan simtom yang dihadapi
3.3.6 Muscular Dystrophy (MD)
MD merupakan sejenis penyakit genetik yang berpunca daripada kecacatan atau mutasi
pada salah satu gen yang mengakibatkan kerosakan pada serat (fibers) otot si pengidap. Otot
yang rosak itu akan menjadi lemah sehingga individu yang berkenaan terpaksa menggunakan
kerusi roda untuk bergerak. Kemerosotan fungsi otot merupakan ciri utama MD. Selain
18
kelemahan pada otot, anggota individu tersebut akan bengkok ke dalam dan kekal dalam
kedudukan tersebut (satu keadaan yang disebut sebagai (contracture). Ini meyebabkan mereka
tidak meminati untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Selain itu, mereka yang
mengidap MD juga mengalami kesukaran bernafas dan menelan. Dalam kes tertentu, MD juga
menjejas fungsi jantung dan organ-organ yang lain. Halangan dan cabaran yang dihadapi oleh
mereka menyukarkan lagi mereka untuk mengikuti aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang
dianjurkan. Tanda MD mula dapat dikesan pada zaman kanak-kanak, khususnya dalam
kalangan kanak-kanak lelaki. Manakala, bagi terdapat juga jenis MD yang hanya muncul pada
peringkat dewasa (Klinik Mayo).
Tanda-tanya MD ketika kanak-kanak mula belajar berjalan:
Selalu jatuh
Sukar bangun daripada posisi duduk da baring
Mengalami masalah untuk berlari atau melompat
Gaya berjalan: berlenggang lenggok dan terkedek-kedek (waddling gait)
Mempunyai anak betis yang besar
Kelihatan canggung / kekok ketika berjalan
Mengalami masalah pembelajaran
Jenis MD:
Becker muscular dystrophy
Myotonic, juga dikenali sebagai Steinert's disease
Fascioscapulohumeral (FSHD)
Oculopharyngeal
Limb-girdle
Congenital MD (dapat dikesan sebelum mencapai usia 2 tahun)
3.4 KEKANGAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGI
3.4.1 Kekangan fizikal
Murid-murid berkeperluan khas sering tidak dapat terlibat dengan aktiviti fizikal seperti
aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Selain itu, melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan
19
aspek kognitif, afektif dan psikomotor sering menjadi halangan utama mereka. Maslah
kesihatan dan kecergasan yang dihadapi oleh mereka menghalang mereka menjadi lebih
proaktif di dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang dianjurkan khas untuk murid-murid
berkeperluan khas,
Masalah fizikal sering berkait rapat dengan kurangnya infrastruktur yang disediakan di
sekolah yang membolehkan mereka menyertai aktiviti yang disediakan. Ketiadaan garis
panduan khas mengenai aktiviti kokurikulum dan rekreasi juga menjadi halangan murid-murid
berkeperluan khas yang mempunyai masalah fizikal menyertai aktiviti yang dianjurkan. Selain
itu kekurangan fizikal mereka juga turut membataskan pergerakaan mereka untuk aktif dalam
aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
3.4.2 Kekangan psikologi
Aktiviti kokurikulum dan rekreasi di sekolah boleh menjadi satu perkara yang
membebankan kepada murid berkeperluan khas kerana mereka menghadapi masalah untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajran yang dilakukan. Murid-murid akan berasa
tertekan dengan aktiviti yang diberikan oleh guru. Ini menyebabkan mereka merasa tidak selesa
dan tidak berminat untuk menyertai aktiviti yang dirancangkan.
Selain itu murid-murid pendidikan khas mempunyai perasaan malu yang menebal. Pada
mereka melakukan aktiviti seperti melompat, berlari akan menyebabkan mereka diketawakan
rakan. Ini akan mereka merasa tidak tenang. Keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila
mereka tidak lagi merasa selesa melakukan aktiviti kokurikulum dan rekreasi .
Ada dikalangan murid-murid berkeperluan khas ini merasa tersish ketika menjalankan
aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Mereka merasakan mdiri mereka tidak diterima di dalam
kumpulan yang ditetapkan. Ini akan menjadikan emosi mereka tidak stabil. Perasaan ini akan
mengganggu emosi mereka dan menghalang mereka daripada mengikuti aktiviti yang telah
disediakan.
3.5 JURANG CABARAN DAN KEMAHIRAN
Banyak halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh murid-murid berkeperluan khas
dalam menyertai aktiviti kokurikulum mahupun rekreasi. Antaranya ialah jurang cabaran yang
20
sangat luas berbanding murid-murid arus perdana. Mereka bukan sahaja terpaksa melalui
cabaran berbentuk fizikal, malah emosi dan kukurangan infrastruktur menjadikan aktivtiki
kokurikulum mahupun rekreasi menjadikan ianya sangat terbatas dan tidak dapat dijalankan
dengan kadar maksima. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi seringkali gagal dijalankan seperti
yang dirancang kerana kekangan yang dihadapi oleh mereka. Ini amat berbeza dengan murid-
murid arus perdana yang mempunyai boleh melakukan aktiviti tanpa batasan. Jurang cabaran
yang jelas kelihatan antara kedua-dua kategori murid inilah yang menjadi halangan kepada
murid-murid berkeperluan khas untuk tampil aktif dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi.
Kanak-kanak berkeperluan khas ini sering kali tidak dapat menjalakan aktiviti berkaitan
kemahiran psikomotor dan meningkatkan gerak kerja semasa aktiviti bersama. Melalui aktiviti
seperti yang dilakukan dalam Latihan dalam Kumpulan(LDK) memerlukan kemahiran motor
halus seperti menggunting, melukis dan mewarna. Walaupun tugasan tersebut nampak mudah
pada murid-murid arus perdana tetapi tidak bagi golongan murid-murid berkeperluan khas..
Bagi kemahiran psikomotor kasar seperti melakukan aktiviti senaman pagi, bersukan,
membina khemah, jungle treaking dan sebagainya sebenarnya sangat mencabar dan menjadi
halangan kepada mereka.Aktiviti tersebut mungkin mudah dilakukan oleh murid-murid arus
perdana namun tidak bagi mereka.
4.0 PENUTUP
Aktiviti kokurikulum biasanya yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta
memerlukan tenaga yang banyak. Manakala, aktiviti rekreasi adalah kegiatan yang dapat
menyegarkan kembali kesihatan individu serta boleh melapangkan fikiran. Berdasarkan kajian
yang dijalankan, didapati aktiviti rekreasi atau senaman lebih diminati berbanding sukan.
(Sumber: Kementerian Belia dan Sukan)
Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi amat
digalakkan di samping memberi faedah-faedah yang membantu dalam kehidupan mereka nanti.
Individu berkeperluan khas mengikut Abdullah Yusof et al. (2006) terdiri daripada lapan kategori
iaitu kurang upaya fizikal dan kesihatan, kurang upaya pembelajaran, gangguan emosi dan
tingkahlaku, pintar cerdas, kurang upaya mental, kurang upaya petuturan atau bahasa, kurang
upaya penglihatan dan kurang upaya pendengaran.
21
Aktiviti kokurikulum dan rekreasi bukanlah satu konsep yang terpisah dari kurikulum
pendidikan. Ia sebenarnya aktiviti amali sebagai lanjutan daripada matapelajaran di dalam bilik
darjah. Pengetahuan mata pelajaran diintegrasikan dalam aktiviti praktikal secara menjalani
gerak kerja dalam bentuk gunaan ( applied ). Dengan kata lain, aktiviti kokurikulum dan rekreasi
mempunyai berbagai jenis aktiviti yang dapat dijadikan sumber pendidikan yang
bermatlamatkan kesuburan optimum individu. Antara aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang
sesuai dilakukan oleh murid berkeperluan khas ialah menyertai persatuan pengakap, persatuan
bahasa melatyu, kelab muzik, sukaneka, perkhemahan, aktiviti kecergasan fizikal, kembara
hutan, senamrobik, bowling, berkuda, berenang, latihan dalam kumpulan dan sebagainya.
Oleh itu penglibatan, murid berkeperluan khas dalam kokurikulum dan aktiviti rekreasi
sangatlah digalakkan kerana mendatangkan pelbagai faedah kepada pekembangan kognitif,
emosi, sahsiah, bahasa, dan sosial murid-murid berkeperluan khas ini.
Menurut Holah (2005), Freud, sebagai teori pembangunan psikologi kanak-kanak telah
menekankan bahawa dengan bermain, seseorang kanak-kanak itu akan menjadi lebih
bertanggungjawab dan belajar serta berusaha untuk mencapai matlamat yang diingini. Ini
kerana dalam sesuatu permainan terutamanya yang bersifat berkumpulan, terjalin kerjasama
antara individu untuk mencapai matlamat iaitu menang. Dalam kerjasama tersebut juga, sifat
peneraju atau kepimpinan akan terbentuk dalam diri segolongan kanak-kanak, manakala sikap
penyokong pula akan terbentuk dalam diri segolongan yang lain.
Aktiviti kokurikulm dan rekreasi yang dibina untuk murid-murid berkeperluan khas ini
haruslah dirancang supaya dapat memenuhi minat, kehendak dan kebolehan mereka bagi
memastikan halangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dapat di atasi. Sebelum
merancang aktiviti kokurikulum dan rekreasi bagi murid-murid berkeperluan khas ini, guru
perlulah mengambil kira halangan dan cabaran dari aspek fizikal, mental. Emosi, sosial dan
infrastruktur. Semua ini akan memastikan murid-murid berkeperluan khas boleh terlibat dengan
setiap aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang telah dirancang.
22
BIBLIOGRAFI
A.J. Veal. (1992). Definition of Leisure and Recreation. Australian Journal of Leisure and
Recreation. 44-48
N. Thomas & S. Andy. (2001). 1st Ed. Disability, Sport, and Society: An Introduction. NewYork:
Routledge Taylor & Francis Group
H. Fitzgerald. (2009). Disability and Youth Sport. New York: Routledge Taylor & Francis Group.
R. Coleman & M. Chrisman. (2005). The Health and Social Bemefit of Recreation. California:
California State Parks.
Wan Norjihan Bt Wan Abdullah. Panduan Menjadi Fasilitator. PTS Publications Sdn Bhd.
Chek Mat . 2001. Pengurusan Rekreasi : Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributor Sdn.
Bhd.
Azilah Kasim, Raslinda Mohd. Ghazali. 2006. Kepentingan, Peranan, dan Isu-Isu Pengurusan
Rekreasi. Sintok. Penerbit UUM
Diane Nahl, Dania Bilal . 2007.Information and Emotion: The Emergent Affective Paradigm in
Information .Information Today Inc.
Manisah Mohd Ali, Mohd Mokhtar Bin Haji Tahar. 2010 . Kepentingan Rekreasi Kepada Kanak-
kanak Berkeperluan Khas Serta Kekangannya. Fakulti Pendidikan UKM.
Salehudin, J. 2009. Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds). Selangor: Karisma Publications.
23
LAMPIRAN