BAB 8
KOMEN DAN CADANGAN
8.1 Pengenalan
Komen dan cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada
setiap pelajar untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan
komen tentang apa-apa masaalah dan lain-lain perkara yang berkaitan
semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan
yang dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki
program latihan pada masa akan datang. Setiap perkara yang dicadangkan
dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang
terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk
memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama
sekali bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak yang
terlibat sepanjang menjalani latihan industri.
8.2 Komen dan Cadangan
Secara keseluruhan, sepanjang saya menjalani latihan industri di
Mokhnar & Associates, saya dapati ia memuaskan dan semua kakitangan
yang terlibat memberikan kerjasama yang terbaik kepada saya.
Di sini saya berbesar hati dengan pihak Politeknik Sultan Azlan Shah
(PSAS) kerana telah membantu pelajar dengan menyediakan buku garis
panduan yang telah menyentuh secara terperinci mengenai penulisan
Laporan Industri yang lengkap. Di sini saya ingin memberikan cadangan dan
komen kepada pihak Syarikat dan pihak Politeknik
Kepada Pihak Politeknik:-
i. Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop
Latihan Industri setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar
borang permohonan Latihan Industri, untuk perhatian pihak syarikat
samada swasta mahupun kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit
memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut sesuai atau
tidak menjalani latihan di tempat mereka.
ii. Ada sesetengah syarikat mengambil pelajar untuk menjalani Latihan
Industri yang tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Oleh itu,
saya memberi cadangan agar pihak Politeknik Sultan Azlan Shah,
memberi kelonggaran untuk pelajar memilih tempat Latihan Industri
mereka sendiri. Sekiranya tempat itu tidak sesuai, mereka boleh
menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang ditentukan.
Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan
ketidaksesuaian tempat menjalani latihan.
iii. Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik Sultan Azlan
Shah(PSAS) menitik beratkan lawatan dari pihak penyelaras ke
tempat-tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah
dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan
masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan
pelajar. Ini kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi
penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti
kunjungan pihak pensyarah Politeknik.
iv. Saya juga memberi cadangan supaya pihak PSAS dapat memberi
kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar
menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang
dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga di perlukan dalam
menghasilkan laporan yang baik dan berkualiti.
Kepada Pihak Syarikat :-
I. Pihak MOKHNAR & ASSOCIATES perlulah merancang dan mengkaji
tempat yang sesuai dengan tahap pelatih sebelum menempatkan
mereka di mana-mana jabatan. Pihak syarikat perlulah
memperkenalkan sayrikat dan aktiviti yang dijalankan kepada orang
awam ini kerana masih ramai orang di luar kawasan ini tidak tahu
mengenali aktiviti yang dilakukan oleh syarikat.
II. Pihak Mokhnar & Associates hendaklah menjalankan promosi di
semua Institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan
membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk menjalani latihan
industri di syarikat ini.
III. Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar
yang akan menjalani latihan industri di syarikat ini
IV. Menunjukan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar
dengan jelas supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang
diberikan dengan cemerlang.
Top Related