UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
1.0: Pengenalan Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial
Konsep 1 Malaysia
Konsep Satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang
Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 3 April 2009.
Konsep ini berpaksikan kepada prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Konsep Satu Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat
pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan
cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika
dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang
lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Konsep ini juga akan
mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat
sebagaimana slogan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan’.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, sikap penerimaan antara kaum yang
membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka
urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Dalam pada itu, konsep 1
Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.
Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu berfikir melepasi sempadan
kaum masing-masing sebagai satu bangsa Malaysia. Konsep ini juga menyarankan pemimpin
kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi
kepentingan rakyat dan memenuhi segala keperluan serta hak rakyat tanpa mengira kaum dan
agama.
1
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Aspek-aspek utama 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia di gagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utmama seperti berikut:
Aspek Pertama – Penerapan Teras-teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat
Malaysia. Tras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan
semangat bersatu padu dikalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini
didokongi oleh nilai-nilai murni ynag seharusnya mendasari cara hidup rakyat
Malaysia.
Aspek Kedua – Penerapan Nilai-nilai Aspirasi
Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia ialah nilai-nilai yang
perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah
mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan
tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan
ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang
lebih kukuh dan mantap.
Aspek Pertama
Teras-teras Perpaduan
1. Penerimaan
1 Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di
mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita
hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam
satu negara.
2. Prinsip kenegaraan yang berasaskan:
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Rukun Negara
2
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
3. Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan
dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum
yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada
golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan.
Ketiga-tiga teras ini pula didokongi oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai
yang berikut:
Penerapan Nilai-Nilai Murni
4. Hormat-menghormati : Hormat-menghormati antara semua kaum termasuk
menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut
kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak
mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh
sensitiviti kaum.
5. Rendah Hati (Tawadhuk) : Rasa rendah hati atau tawadhuk adalah perasaan
insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita
perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa
setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang
tersendiri dan seharusnya kita memanfaatkan kelebu=ihan masing-masing demi
untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.
6. Kesederhanaan : Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbankit.
Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata
bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada
masalah ketidak-stabilan sosial yang lebih parah.
3
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
7. Berbudi-bahasa : Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan
berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak
lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.
Aspek Kedua
Nilai-nilai Aspirasi
Jika diperhalusi ke semua lapan nilai dalam konsep Satu Malaysia ini iaitu, budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, integriti dan
pendidikan, sememangnya bertepatan dengan hala tuju negara pada ketika ini.
1. Budaya Kecemerlangan
Y.A.B. Perdana Menteri percaya bahawa demi mengubah Malaysia ke tahap kejayaan dan
pencapaian lebih tinggi, Budaya Kecemerlangan amat perlu dalam diri setiap manusia. Ini
kerana jika seseorang mempunyai nilai-nilai yang mempraktikkan Budaya Kecemerlangan
dalam hubungan sosial, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.Secara
dasar, ia merupakan satu usaha berterusan. Namun seseorang perlu menjanakan perkara-
perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya
Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip
meritokrasi. Dari situ, seseorang itu akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu
banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.
Y.A.B. Perdana Menteri berharap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan
sosial berasaskan prestasi. Sekiranya mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah
berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna matlamat-matlamat khusus,
dan prestasi seseorang boleh diukur oleh masyarakat dan komuniti sosial tersebut.
Pengawasan, pemantauan, pembetulan dan membuat sebarang perubahan jika perlu boleh
juga dilaksanakan.
4
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2. Ketabahan
Seseorang itu akan berjaya menghadapi rintangan dan dugaan sekiranya beliau kerja keras,
berdedikasi, dan tabah menghadapinya serta perlu menghargai dan memahami waktu semasa
menghadapi kesukaran tersebut. Begitu jugalah Malaysia yang berhadapan dengan berbagai
krisis seperti krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu
bergolak di dalam sejarah kita. Namun apa jua keadaan kita akan berjaya mengharungi krisis
tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana
kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut.
3. Rendah Hati
Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita,
terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang
memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah
hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh
menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli
parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Dengan memberikan
contoh ketika bertugas sebagai ahli parlimen, jika berada di dalam surau atau pergi ke rumah
penduduk miskin di dalam kawasannya, beliau akan memastikan tingkah lakunya tidak akan
membuatkan mereka berasa tidak selesa. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah
sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalahertikan
sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar, ada kalanya perlulah
menunjukkan kekuatan dan keyakinan kerana apabila dilihat seperti rendah diri akan
dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Beliau menyatakan seseorang itu mestilah
menyedari bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada
5
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
waktunya apabila berurusan dengan dunia luar perlulah memperlihatkan kekuatan dan
kejayaan, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.
4. Penerimaan
a) Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi
Y.A.B. Perdana Menteri berasakan terdapat perbezaan yang agak ketara di antara toleransi
dan penerimaan. Apabila menyebut toleransi, kita tidak berapa sukakannya, tetapi tetap
menerimanya kerana tiada pilihan. Tetapi jika bercakap dari segi penerimaan, ia
memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu itu secara
positif. Pada beliau adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata
ini kepada penerimaan. Penerimaan bermaksud bersedia untuk menerima sebarang perkara
dan sekiranya sanggup menerima sebarang perkara dengan kerelaan, maka beliau berasakan
untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding
toleransi semata-mata.
Padanya, itu adalah penting kerana seseorang tidak lagi merasa terbeban dan tidak
dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu melihat kemampuan
terbaik yang boleh diberikan. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada semua bangsa
sama ada Melayu, Cina, India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar menjadi jauh
lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.
b) Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan
Semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi
masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum. Terdapat juga
pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Setiap rakyat Malaysia
sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa
6
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
mengira jantina. Sistem sedia ada seperti sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan,
menunjukkan tiada had yang ditentukan kerana latar belakang etnik seseorang tetapi
berdasarkan keupayaan peribadi sendiri.
5) Kesetiaan
Kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang
perhubungan, kesetiaan adalah penting. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin
itu komited kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna tidak boleh
mengkritik, tetapi sudah tentu hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan
masa yang bertepatan. Beliau akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi
atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka
memberikan pandangan yang membina dan kritikan yang diperlukan. Tetapi kesetiaan juga
hendaklah disertai dengan keupayaan.
Pada beliau kesetiaan yang membuta tuli adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi
atau di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun
pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan
niat yang baik.
6) Meritokrasi
Prinsip meritokrasi tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada
masanya perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang
kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan
perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah
tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritokrasi
7
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
merupakan satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih
hebat. Satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritokrasi. Jika
penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada untuk tugasan tersebut atau
syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa
mereka perlu berada di tahap tersebut.
Tentang langkah Kerajaan ke arah meningkatkan meritokrasi.
Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat
secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritokrasi. Misalnya dalam
pemerolehan, Kerajaan sewajarnya memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan
pembidaan kerajaan berpeluang memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga
terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar
berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan. Pada masa ini lebih baik mengenal
pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang hendak diswastakan dan membukanya untuk
pembidaan. Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan.
7) Pendidikan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai
kejayaan. Sepanjang sejarah, hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud
berbanding dengan sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak mampu
bertahan. Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan
dengan nilai. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh,
budaya membaca. Budaya membaca, sama ada melalui buku atau pun internet, akan berupaya
membuka minda masyarakat Malaysia.
8
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di
dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak
mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula
untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan
cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia
membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka
akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97
peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan
kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya
peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada
nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai
sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik
persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk
menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.
8) Integriti
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.
Cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur
kepada rakyat.
Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada
keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh
perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak
tepat.
9
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Konsep Satu Malaysia terbahagi kepada 4 aspek utama untuk dibangunkan dalam
merealisasikan gagasannya.
10
KONSEP 1 MALAYSIA
SOSIAL
EKONOMI
POLITIK
PENDIDIKAN
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Konsep Satu Malaysia Dari Aspek Sosial
Aspek sosial merupakan prinsip teras dalam konsep 1 Malaysia menuntut bahawa
setiap kaum di negara ini harus diberi keadilan yang sebaik mungkin tanpa mengira latar
belakang ataupun agama. Semua kaum harus menganggap bahawa mereka adalah bangsa
Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Nasib semua kaum harus dibela
dan tiada mana-mana pihak harus dipinggirkan. Prinsip keadilan sosial juga menyaran
kerajaan supaya melaksanakan dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan untuk membela
golongan yang memerlukan.
Prinsip keadilan sosial dalam konsep 1 Malaysia adalah disokong oleh Perkara 8 dan
Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8 dengan jelas mengiktiraf dan melindungi
hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini dan ia dinyatakan di
bawah Fasal (1) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Fasal (2)
Perkara 8 membenarkan diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama,
ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam
perlantikan apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau dalam
pentadbiran mana-mana undang-undang berhubung dengan pemerolehan, pemegangan atau
pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa pertukangan,
perniagaan, profession, kerjaya atau pekerjaan jika dinyatakan secara jelas dalam
Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, konsep kesamarataan dalam prinsip
keadilan sosial mestilah sejajar dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang
membenarkan diskriminasi dalam keadaan tertentu.
11
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Menggalakkan interaksi sosial 1 Malaysia
Beberapa program dan projek telah dilaksanakan untuk menggalakkan integrasi sosial dalam
kalangan rakyat Malaysia, mencerminkan komitmen jangka panjang negara sepanjang
beberapa dekad yang lalu. Program dan projek itu telah mencapai tahap hasil yang berbeza
dan oleh hal yang demikian ia memerlukan penambahbaikan selanjutnya setelah kajian
semula yang lebih mendalam dilakukan. Program dan projek tersebut termasuk:
a. Rukun Tetangga (RT), yang diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai sebuah pasukan
kawalan untuk membanteras sentimen anti-kenegaraan, telah sejak itu menumpukan pada
penggalakan semangat kejiranan, membantu dalam kawasan kejiranan dan menggalakan
pelbagai aktiviti kemasyarakatan, alam sekitar, ekonomi dan sosiosivik. Terdapat
pengembangan yang pesat sebanyak hampir 10% setahun dalam tempoh empat tahun yang
lepas, dengan lebih daripada 4,500 unit RT di seluruh negara, terutamanya di skim
perumahan bandar dan separa bandar, melibatkan lebih daripada 100,000 ahli
jawatankuasa dan dengan penyertaan tahunan melebihi 3 juta ahli Rukun Tetangga. Syor
bagi masa hadapan merangkumi penyediaan lebih banyak aktiviti untuk memperkukuh lagi
rangkaian komuniti dan melatih para pemimpin untuk mempelajari kemahiran komunikasi
dan pengantaraan yang lebih baik.
b. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan pada Disember 2003 dan
telah melibatkan lebih 400,000 belia dari semua latar belakang etnik, sosioekonomi dan
wilayah dalam perkhemahan dan persekitaran kerja sosial selama tiga bulan dengan hasil-
hasil yang secara umumnya adalah positif. Syor bagi masa hadapan merangkumi cara-cara
untuk meningkatkan lagi keberkesanan program dalam menyemai esprit de corp (semangat
berpasukan), pengembangan untuk melibatkan lebih banyak belia pada satu-satu masa dan
12
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
pelanjutan tempoh latihan selain pembentukan sebuah Alumni PLKN untuk mengekalkan
rangkaian dan menyalurkan alumni kepada Rukun Tetangga dan RELA (Ikatan Relawan
Rakyat Malaysia) supaya mereka dapat terus memainkan peranan yang positif dan
produktif dalam kehidupan dewasa mereka.
c. Pelbagai program untuk sukan, pembangunan belia dan wanita yang boleh
menyumbang kepada integrasi yang lebih kukuh dalam kalangan pelbagai komuniti.
Pencapaian atlet Malaysia dalam arena sukan antarabangsa tidak hanya membawa
kegemilangan buat negara tetapi juga meningkatkan rasa bangga, kesetiaan dan perpaduan
yang dikongsi bersama. Program Sukan untuk Semua (Sports for All) menggalakkan
penyertaan yang lebih meluas daripada pelbagai kumpulan umur dalam masyarakat
tempatan. Pelbagai program pembangunan belia dan wanita juga telah membawa peserta
daripada pelbagai kumpulan etnik secara bersama untuk bekerja dalam projek yang sama.
Syor bagi masa hadapan meliputi cara bagaimana menjadikan program ini lebih berkesan
dalam menarik penyertaan yang lebih meluas dan mampan, terutamanya dalam
memanfaatkan media baru yang menyediakan pilihan yang menarik untuk hiburan dan
rekreasi.
d. Pelbagai program di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) untuk menggalakkan kesedaran mengenai kenegaraan dan juga rasa muhibah,
persefahaman dan integrasi dalam kalangan penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak. Program-program tersebut
termasuk pertukaran pelajar, homestay, khemah kerja, kelab Rukun Negara di sekolah
menengah dan sekretariat Rukun Negara di IPT. Cadangan bagi masa hadapan merangkumi
pengembangan dan penambah baikan kualiti, terutamanya dalam memberikan penekanan
13
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
yang lebih berat terhadap aspek-aspek berkesan mengenai perubahan sikap dan bukan
semata-mata pembelajaran kognitif tentang maklumat dan pengetahuan.
e. Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang mula
diperkenalkan pada tahun 2006 untuk menggalakkan aktiviti kurikulum tambahan bersama
dalam kalangan pelajar daripada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan dengan
penglibatan guru dan ibu bapa. Syor bagi masa hadapan termasuk pelancaran program
yang lebih berkesan dan agresif untuk melibatkan lebih banyak sekolah dan memanfaatkan
sokongan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), Rukun Tetangga dan NGO tempatan,
kajian semula metodologi untuk menyemai pandangan positif yang lebih berkesan terhadap
pelbagai kumpulan etnik selain pelancaran projek e-Integrasi yang memanfaatkan Internet
dan permainan laman web yang membawa kepada penambahan interaksi.
f. Program dalam seni dan budaya termasuk penggalakan persembahan bersama tarian dan
seni pertunjukan, terutamanya yang berkaitan dengan pelancongan budaya (contohnya
program Homestay, Tarian Cuti-cuti 1Malaysia and Food Fabulous Food 1Malaysia) di
bawah slogan Malaysia Truly Asia dan juga di majlis awam dan persendirian, untuk
menyerlahkan warisan budaya Malaysia yang kaya dan pelbagai serta menggalakkan rasa
bangga dan kekitaan. Cadangan bagi masa hadapan termasuk tema dan jalan cerita pelbagai
etnik dalam produksi teater dan muzikal, promosi muzik Malaysia menggabungkan
instrumen muzik tradisional semua kumpulan etnik dan memberi galakan kepada penulis
Malaysia untuk menulis karya fiksyen dan bukan fiksyen dalam pelbagai bahasa bagi
pembaca tempatan dan antarabangsa.
14
KEBAJIKAN SOSIAL DAN MASYARAKAT
SUKAN
PERTANIAN
WANITA DAN KELUARGA
PENGANGKUTAN
PELANCONGAN
KESIHATAN
BELIA
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.0: Bidang-bidang Utama Dalam Aspek Sosial :
15
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.1: KEBAJIKAN SOSIAL DAN MASYARAKAT
SOSIAL
Pengenalan
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-
nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan
mantap.
Matlamat
Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan
masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap
anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di
dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan,
demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan
matlamat Wawasan 2020.
Terdapat 2 objektif
Objektif Umum
1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi
sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara
berterusan.
16
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Objektif Khusus
1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara
menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-
nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:
- Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
- Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
- Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
- Menjana sinergi multisektor.
Strategi
Strategi-strategi bagi mencapai setiap objektif Dasar Sosial Negara adalah seperti yang
berikut:
Terdapat beberapa objektif antaranya ialah:
Objektif 1: Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat
Strategi:
1. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan
masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan
negara.
2. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak
terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.
17
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
3. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu,
keluarga dan komuniti.
Objektif 2: Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat
Strategi:
1. Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu
tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf
perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadapkeperluan dan
kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan
sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan
masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi
memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang
hayat.
Objektif 3: Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial dan
Perkhidmatan Sosial
Strategi:
1. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam
masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di
dalam dan di antara kaum yang berbeza.
2. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem
nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem
18
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
nilai dan cara hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan saling
memahami antara penganut pelbagai agama.
3. Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan
melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh
semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.
4. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas social serta
memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab
asas.
5. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat social
mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan teknologi terkini
serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar.
Objektif 4: Menjana Sinergi Multisektor
Strategi
1. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan sosial
yang terancang dan lengkap supaya selaras dengan pembangunan fizikal dan ekonomi
yang pesat.
19
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam
perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial.
3. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan social dan
memberikan perkhidmatan berkesan kepada anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan
ideologi atau parti politik.
4. Menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarela dengan memberikan sokongan,
pengiktirafan dan insentif kepada persatuan perkhidmatan sukarela yang memberi khidmat
kepada masyarakat.
5. Menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial dengan membantu
menyediakan program bagi kumpulan sasar dan menangani isu sosial secara teratur selaras
dengan prinsip pertanggungjawaban sosial korporat.
6. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses
globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri,
keluarga dan komuniti
20
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
KEBAIKAN SOSIAL DAN MASYARAKAT
1- untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama
ini menjadi kekuatan
2- mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan
keutamaan rakyat (slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan)
3- menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada
satu matlamat iaitu untuk Negara
4- meningkatkan kefungsian sosial sama ada individu, keluarga, kumpulan mahupun
komuniti.
5- perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan
6- penerimaan dan toleransi
7- menerapkan nilai Meritokrasi
8- menerapkan nilai integriti antara kerajaan dan rakyat
21
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
9- mewujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan
sikap saling mempercayai antara kaum.
10- untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara.
11- Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada
mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia
yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan Negara
Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai
dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan
pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu
agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan
mapan menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi
memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya
bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.
22
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.2 : SUKAN
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sukan memainkan peranan sangat penting
sebagai penghubung dalam menjalin hubungan antara pelbagai etnik, budaya, bangsa dan
agama yang membentuk sebuah masyarakat yang bertenaga dalam pembinaan negara.
(Utusan Malaysia, 2012)
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. (Wikipedia)
Perdana Menteri berkata sukan juga bertindak sebagai sebahagian daripada proses
mencari sahabat di kalangan asing. Dalam penerapan nilai aspirasi 1 Malaysia, melalui sukan
pembinaan budaya sukan di Malaysia bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat elit. Ini
dibuktikan diperingkat sekolah lagi dengan aspirasi 1 Murid 1 sukan.
Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk
kecemerlangan. Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun
♦ Latihan Rumah Sukan*
➤ Merentas desa
➤ Sukan / permainan
➤ Balapan dan padang
♦ Pertandingan Merentas Desa*
♦ Sukantara*
♦ Kejohanan Balapan dan Padang
23
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
b) Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun
♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah
♦ 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah
♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Games
c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun
♦ Pertandingan antara rumah sukan
♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas
♦ Pertandingan antara dorm di asrama
d) Pertandingan Lain
♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa
e) Aktiviti Sukan Lain
(Kementrian Pelajaran, Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan)
Penyertaan bagi sukan adalah terdiri daripada semua murid tidak kira kaum dari peringkat
kelas hinggalah ke peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Realisasi
konsep 1 Malaysia melalui bidang sosial ini dirangkumkan dengan sebegitu menyeluruh
supaya aktiviti yang dijalankan dapat memberi interaksi sosial antara individu. Apabila
individu berkumpul dengan campur-aduk dari pelbagai kaum, kemesraan akan terjalin dan
inilah yang mahu diterapkan dalam hubungan antara kaum.
Konsep 1 Malaysia dari segi sosial melalui sukan ini dapat diterjemahkan di dalam
kehidupan pelajar atau murid sekolah apabila bermasyarakat semasa di dalam kelompok
komuniti mereka di kejiranan masing-masing. Sekaligus tidak dapat tidak implimentasi
konsep 1 Malaysia melalui sukan akan berjaya.
24
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Melalui slogan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’, konsep Satu
Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah banyak
diperkatakan dan dibahaskan. Secara umumnya, konsep 1 Malaysia dilihat sebagai tepat pada
masanya dan berada pada landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai
satu bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020. Satu Malaysia bertujuan untuk
menyatupadukan rakyat dan paling penting bagi memastikan tiada rakyat di negara ini
terpinggir daripada arus pembangunan. Malah setiap rakyat sama ada daripada kelompok
kecil atau besar tidak akan dipinggirkan sebaliknya diberikan bantuan sama rata.
Melalui konsep ini, menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara yang
kuat dan maju tetapi juga menjadikan rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hidup
bersatu padu sebagai satu bangsa. Rakyat pelbagai kaum, agama dan latar hidup disatukan
bagi melahirkan satu bangsa dengan satu impian sekali gus menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.
Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong usaha membawa negara ini menjadi sebuah
negara maju, kuat, bersatu serta dihormati, konsep atau gagasan 1 Malaysia ini wajar
disokong dan didokong oleh semua pihak. Apa yang jelas, gagasan Satu Malaysia ini masih
berlandaskan atau berpaksikan kepada Perlembagaan dengan memastikan hak-hak
keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera akan terus dipelihara dan dalam masa
yang sama hak-hak kaum lain akan terus dibela dan dihormati.
25
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.3 : PERTANIAN
Dalam Konsep 1 Malaysia, Kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang baik
supaya ia mampu menghasilkan bahan pertanian yang baik untuk kepentingan rakyat, selaras
konsep gagasan 1Malaysia di mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Langkah ini sesuai dengan misi dan dasar kementerian itu untuk membangunkan sektor
pengeluaran makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh
menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha mentransfomasikan sektor ini merupakan
suatu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan saja melibatkan perubahan gaya
pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian
teknologi terkini, malah ia memerlukan anjakan minda masyarakat untuk menepis anggapan
bidang pertanian yang merupakan aktiviti mundur dan berkemahiran rendah, Dalam konsep
1Malaysia pertanian juga adalah dianggap sebagai perniagaan. Konsep ini adalag merupakan
satu usaha Jabatan Pertanian untuk menarik minat pelanggan bergiat di dalam bidang
pertanian secara berskala kecil mahupun berskala besar
Untuk Merealisasikan konsep pertanian adalah perniagaan kerajaan telah
memperuntukkan modal yang besar dalam bidang ini .Pada tahun ini sahaja kerajaan telah
memperuntukkan modal sebanyak 6 Billion untuk memajukan bidang pertanian di seluruh
negara menerusi pelbagai sektor di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dari segi teknologi pula kerajaan telah memperkenalkan teknologi yang terkini dan boleh
digunapakai dengan mengikut kesesuaian tempat, modal yang mencukupi dan pengurusan
pengendalian lepas tuai yang betul. Dari segi teknologi tanaman pula petani boleh mengikut
Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut
kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan. Bagi menjamin pengeluaran
hasil tani yang memberansangkan kerajaan telah memperkenalkan Teknologi Benih yang
berkualiti. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia
26
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
boleh didapati di MARDI. Selain daripada teknologi yang dinyatakan terdapat banyak lagi
teknologi yang sedia ada dan dipertingkatkan mutunya seperti Teknolgi Kejenteraan
Pertanian, Teknologi dan Inovasi.
Dalam membentuk konsep pertanian adalah perniagaan, langkah penting dalam
merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak
pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang
berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, tred
dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan
belanjawan pemasaran.
Secara logiknya, semua perniagaan mengutamakan keuntungan. Walaubagaimanapun,
keuntungan perniagaan tanaman perladangan yang tercatat di atas kertas tidak semestinya
sama dengan baki wang tunai yang dibelanjakan. Perbelanjaan sebenar yang dibuat bukan
daripada keuntungan tetapi lebihan wang tunai. Justeru itu, aliran keluar dan masuk adalah
lebih penting berbanding keuntungan kerana keuntungan sebenar daripada jualan kredit
masih belum diperolehi. Aliran tunai bagi setiap komodoti tanaman yang disenaraikan disini
dapat membantu untuk membuat pemilihan tanaman dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang
lumayan.
Dalam Konsep 1 Malaysia, keberhasilan dalam pengeluaran adalah amat diutamakan.
Selaras dengan konsep “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” kerajaan
menyediakan prasarana yang baik dalam semua bidang. Dalam bidang pengeluaran makanan
dan produk pertanian kerajaan memberi penekanan yang serius terhadap bidang ini kerana ia
melibatkan kepentingan rakyat dan masyarakat luar bandar.
27
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.4 : WANITA DAN KELUARGA
‘1Malaysia’ adalah berdasarkan kepada konsep keadilan kepada semua. Ini bermakna
tidak ada kumpulan yang akan dipinggirkan, dan bantuan serta peluang akan diberikan
berdasarkan kepada keperluan dan merit. Namun demikian, hak yang termaktub dalam
Perlembagaan akan dipatuhi dan pembangunan pada tahap yang berbeza bagi kumpulan yang
berlainan harus diambil kira. Justeru itu, wanita dan keluarga adalah kumpulan yang turut
mendapat perhatian dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia.
WanitaPembangunan negara menyaksikan kehebatan wanita masa kini dengan hampir 70
peratus tenaga kerja negara sekarang bergantung kepada wanita khususnya dalam bidang
pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya.
Oleh yang demikian, dalam melestarikan konsep 1 Malaysia golongan wanita
mendapat perhatian melalui bajet 2012.
Antaranya adalah seperti:
1) RM50 juta bagi menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi Human Papilloma
Virus (HPV).
2) Hospital untuk wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur dengan kos RM700 juta.
3) RM10 juta untuk melaksanakan program-program bagi menarik wanita masuk ke pasaran
pekerjaan.
4) RM2.1 bilion untuk pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita.
28
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Keluarga
Kita perlu menangani isu isirumah berpendapatan rendah ini dalam aspek ekonomi
dan sosial. Mengurang dan menguruskan keadaan yang menyumbang kepada kemiskinan,
dapat menyokong pertumbuhan ekonomi. Ini memastikan sumber manusia produktif senang
didapati dan bersedia mengeksploitasikan peluang dan juga memperluaskan pasaran asas
pengguna sedia ada yang mampu berbelanja untuk barangan dan perkhidmatan. Tambahan
lagi, pengurangan tahap kemiskinan yang berkesan, dapat membawa kepada kualiti hidup
yang lebih tinggi secara keseluruhan kepada rakyat, seterusnya memastikan perpaduan sosial
dan keharmonian, apabila terdapatnya kekurangan kadar jenayah dan kegelisahan
sosio-politik.
Oleh itu, di dalam mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah,
pelbagai inisiatif dilaksanakan secara berperingkat di antara tahun 2010 dan 2012 melalui tiga
langkah berikut:
1) Menyeragamkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah, bagi memastikan bantuan
disasarkan kepada orang yang sesuai.
2) Melaksanakan beberapa inisiatif berimpak tinggi dengan segera dan membuat persediaan
bagi tindakan jangka panjang. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki kebajikan serta
membina potensi pendapatan bagi memastikan kemampanan.
3) Menetapkan penggerak (enablers) bagi memastikan program pembasmian kemiskinan
adalah berkesan dan lancar.
29
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Bajet 2012 terhadap golongan berpendapatan rendah:
1) RM1.4 bilion bagi program Kebajikan Rakyat 1Malaysia @ KAR1SMA
-24 Ogos 2011, KAR1SMA dilancarkan sebagai usaha berterusan Kerajaan, melalui
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
KAR1SMA akan mentransformasikan perkhidmatan kepada kanak-kanak, orang kurang
upaya, warga emas, balu tentera dan polis dan komuniti melalui penstrukturan semula
skim bantuan kewangan, perkhidmatan institusi, insentif OKU produktif, TASKA
1Malaysia, Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Program Pemulihan Dalam Komuniti dan ziarah
dan bantu kepada kumpulan sasar tersebut.
30
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2) Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah
(BR1M-Bantuan Rakyat 1 Malaysia)
3) Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah kepada
keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Disamping itu, mulai tahun 2012, bulan November akan diisytiharkan sebagai Bulan
Keluarga Kebangsaan 1Malaysia untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga
dalam pembangunan sosio-ekonomi negara selaras dengan Dasar Keluarga Negara.
“Kesejahteraan Keluarga” yang menyeluruh diutamakan menerusi penerapan nilai
kekeluargaan. Pelbagai aktiviti kekeluargaan boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta
dan NGO seperti Karnival Keluarga, Pasar Tani Keluarga dan Galakan Percutian Keluarga.
Gerakan 1 Malaysia Utamakan Keluarga (1MFF-1 Malaysia Family First) telah
dilancarkan pada 17 Jun 2012 yang lalu. 1MFF merupakan salah satu inisiatif dibawah
Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.
Elemen 1Malaysia Utamakan Keluarga (1MFF) diharap akan mencetuskan ikatan kasih
sayang yang berpanjangan dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.
31
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.5 : PENGANGKUTAN
Memperkasakan Pengangkutan Awam:
Kepentingan bandar-bandar sebagai pusat aktiviti yang mana ekonominya semakin
menjurus kepada aktiviti berorientasikan perkhidmatan kini semakin meningkat. Rangkaian
pengangkutan perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan populasi dan
kepelbagaian aktiviti (termasuk pelancongan). Telah terbukti di peringkat global bahawa
sistem pengangkutan yang teratur dan komprehensif adalah penyumbang penting kepada
kemakmuran ekonomi.
Kesesakan lalulintas bukan sahaja menyukarkan penumpang; ia juga mengakibatkan
kerugian besar dari segi produktiviti dan mempengaruhi kebolehan bandar-bandar Negara ini
untuk bersaing di peringkat global. Dalam mengatasi masalah kesesakan lalulintas, terdapat
kecenderungan bagi bandar-bandar untuk membina lebih banyak jalan raya. Walau
bagaimanapun, kosnya dari segi kewangan, sosial dan alam sekitar akan kian meningkat
apabila tahap perkembangan bandar telah mencapai suatu tahap.
Justeru itu, terdapat keperluan untuk suatu anjakan dari mengutamakan pergerakan
kenderaan bermotor, kepada pergerakan kumpulan-kumpulan orang melalui cara yang efisien
dan menjimatkan kos, iaitu anjakan dari kenderaan persendirian ke pengangkutan awam.
Walau bagaimanapun, dengan mengambil sistem pengangkutan awam di Lembah Klang
sebagai contoh, sistem pengangkutan awam di Negara ini pada ketika ini menghadapi isu
perkhidmatan yang tidak efisien (dengan kadar kelewatan dan pembatalan perjalanan yang
kerap), jaringan perkhidmatan dan kesinambungan antara mod pengangkutan awam yang
terhad, serta isu kesesakan yang serius (terutamanya aliran rel utama- KTM Komuter, aliran
LRT Kelana Jaya). Masalah-masalah ini antara lainnya menyebabkan penggunaan sistem
32
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
pengangkutan awam yang kurang memberansangkan, yang seterusnya membawa kepada isu
kesesakan yang lebih serius.
Sekiranya kita gagal menangani masalah sistem pengangkutan awam di Lembah
Klang, jalanraya di bandar-bandar akan menjadi terlalu sesak, dan seterusnya mempengaruhi
daya produktiviti bandar-bandar utama, kualiti hidup penduduk kawasan bandar, serta
kebolehan Negara untuk melonjakkan taraf bandar-bandar Malaysia ke taraf dunia.
Berpegang kepada permasalahan ini, dan memandangkan pengangkutan merupakan faktor
penting bagi capaian ke pekerjaan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan
sosial, kami amat komited bagi mempertingkatkan taraf sistem pengangkutan awam di
Lembah Klang menjelang tahun 2012 bagi menggalakkan lebih ramai orang meninggalkan
kenderaan masing-masing di rumah dan sebaliknya menggunakan pengangkutan awam.
Inisiatif
Untuk mencapai sasaran-sasaran yang telah digariskan di bawah Bidang Keberhasilan
Utama Negara untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, Kementerian
Pengangkutan telah merancang pelaksanaan 11 inisiatif merentasi 4 kategori utama, yang
mana merangkumi penambahbaikan terhadap perkhidmatan bas, perkhidmatan rel, integrasi
antara mod-mod pengangkutan awam, dan juga rangkaian pengangkutan awam itu sendiri.
Beberapa inisiatif yang dirancang tersebut kini telah dilaksanakan dan telah banyak
menyumbang ke arah pencapaian sasaran yang ditetapkan.
33
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Bas
-Menyediakan laluan khas bagi Bas
-Peningkatan Kualiti serta liputan hentian bas
-Penambahbaikan Perkhidmatan sedia ada meluaskan liputan perkhidmatan.
Rel
-Meningkatkan kapasiti system KTM Komuter
-Mengurangkan kesesakan system KL monorail
-Meningkatkan kapasiti system RapidKL LRT.
34
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Intergrasi
-Mewujudkan terminal-terminal pengangkutan dan hab-hab bandar
-Memperkenalkan sistem tiket pintar bersepadu melibatkan bayaran tanpa tunai
-Penambahbaikan intergrasi antara mod di stesen-stesen utama.
Program Bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia
Program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) adalah dilahirkan dari cetusan
buah fikiran Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri atas keperihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi pemandu teksi.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang
menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat yang turut mengugat keselamatan
serta keselesaan penumpang teksi.
35
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Bertitik tolak daripada permasalahan itu, TR1Ma dilahirkan sebagai satu inisiatif
menyeluruh bagi membantu pemandu teksi dan sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan teksi
di Malaysia. Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan program
pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma. Antara program lain yang bakal dilancarkan di
bawah TR1Ma termasuk insurans berkelompok serta khairat, duta teksi dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya program TR1Ma diharapkan bukan sahaja membaiki mutu perkhidmatan
teksi, ia mampu meningkatkan persepsi dan keyakinan Rakyat terhadap perkhidmatan teksi.
36
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.6 : PELANCONGAN
“Sektor pelancongan akan kekal menjadi peneraju utama pembangunan ekonomi
Malaysia. Sektor yang mampan dan menjana pulangan tinggi ini akan terus memacu
ekonomi Malaysia dengan, menyediakan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada Rakyat.
Hari ini, Malaysia mencapai kedudukan yang kukuh dalam pelancongan global. Kami
merupakan negara ke-9 yang paling banyak dikunjungi di dunia dan memperoleh RM1 bilion
penerimaan daripada pelawat asing setiap minggu. Menyedari kelebihan dan kedudukan
kukuh yang dimiliki kami dalam industri pelancongan pada peringkat global, Kerajaan
bersama-sama dengan sector swasta adalah komited untuk memajukan lagi sektor ini untuk
manfaat seluruh Rakyat. Kita telah meletakkan sasaran untuk mencapai 2020:36:168, iaitu
pada tahun 2020, Malaysia akan menerima 36 juta ketibaan pelancong dengan penerimaan
sebanyak RM168 bilion. Ini bermaksud bahawa industri pelancongan akan berkembang
sebanyak tiga kali ganda dan pelancongan akan menyumbang penerimaan berjumlah RM3
bilion setiap minggu kepada Negara pada tahun 2020. Hasrat yang strategik ini bakal
dicapai menerusi 12 inisiatif yang dicadangkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA) Pelancongan. Sebagai Menteri Pelancongan, saya merasa amat teruja untuk
menyaksikan kejayaan penyampaian dan pelaksanaan NKEA Pelancongan. Justeru, saya
memohon semua warga Malaysia agar memberikan sokongan padu dan berganding bahu
bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan untuk memastikan kejayaan agenda
negara yang penting ini.”
YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen
37
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Secara ringkasnya terdapat dua belas projek permulaan (EPP) bagi merealisasikan
transformasi 1 malaysia yang merangkumi lima tema luas yang memenuhi keperluan
pelbagai segmen pelancong, iaitu dari penggemar membeli-belah hinggalah kepada pencinta
alam semulajadi, pengembara perniagaan dan juga percutian seisi keluarga. Lima tema dan
12 projek berimpak tinggi yang dikenal pasti termasuk:
Tema 1: Barangan mewah mampu milik
• EPP 1: Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah bebas cukai bagi
barangan pelancongan
• EPP 2: Menjadikan kawasan Kuala Lumpur City Centre - Bukit Bintang sebagai
Presint Membelibelah yang meriah
• EPP 3: Membuka tiga ruang perniagaan premium baharu di Malaysia
Tema 2: Kembara Alam Semula Jadi
• EPP 4: Memartabatkan Malaysia sebagai hab biodiversiti global.
Tema 3: Keseronokan Seisi Keluarga
• EPP 5: Membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi (eco-nature integrated
resort) di Sabah
• EPP 6: Mewujudkan Straits Riviera
Tema 4: Acara, Hiburan, Spa dan Sukan:
• EPP 7: Menyasarkan lebih banyak acara antarabangsa
• EPP 8: Mewujudkan zon hiburan khas
• EPP 9a: Membangunkan kepakaran tempatan dan mengawal selia industri spa
dengan lebih baik
• EPP 9b: Meluaskan tawaran pelancongan sukan di Malaysia tanpa hanya terbatas
pada penganjuran acara
38
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Tema 5: Pelancongan Perniagaan
• EPP 10: Memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan yang
terutama Projek merentas tema: Kesalinghubungan jarak sederhana; Hotel
berkualiti lebih baik.
• EPP 11: Meningkatkan kesalinghubungan dengan pasaran jarak sederhana yang
penting
• EPP 12: Menambah baik kadar, jenis dan kualiti hotel
Antara program –program yang telah dijalankan ialah:
a.Water Festival
b. KL Sunday 1 Malaysia Family Fair
c. Bazar Ramadhan
d. Jualan Mega (Mega Sale)
e. Fabulous Food Malaysia pada bulan Oktober, November dan Disember
f. Karnival Pelancongan Pelajar (3P)
g. Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia
h. Blueprint Pelancongan Langkawi
i. 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean
j. Program Homestay 1 Malaysia @ Go2Homestay
k. Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)
39
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.7 : KESIHATAN
Dalam Konsep 1Malaysia, Kerajaan telah menyediakan infrastruktur supaya ia
mampu memberi perkhidmatan kesihatan yang baik untuk kepentingan rakyat, selaras konsep
gagasan 1Malaysia di mana “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”. Langkah ini
sesuai dengan misi dan dasar Kementerian Kesihatan itu untuk memperkenalkan Klinik
1Malaysia dan Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP 1Malaysia).
Bertepatan dengan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan’, 50 buah klinik 1Malaysia telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM10
juta. Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flat Kampung Kerinchi,
Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin
dengan golongan berpendapatan rendah. Sebanyak 48 daripada 50 buah klinik 1Malaysia
telah beroperasi. Hanya terdapat 3 hingga 4 klinik ini di setiap negeri. Klinik ini bertujuan
memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu
berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.
Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA
memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani
pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh
Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi.
Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang
perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital
berdekatan.
40
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
KLINIK 1 MALAYSIA
OBJEKTIF
Untuk menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.
SKOP PERKHIDMATAN
Menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit
ringan yang lain.
Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetis, Darah
Tinggi dan Asma.
Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan.
Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi.
Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan.
MASA OPERASI
Tujuh hari seminggu
10.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti sekolah atau perayaan)
BAYARAN
Warganegara - RM1
Bukan Warganegara - RM15
41
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
UMP 1Malaysia
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) ialah perkhidmatan
pembekalan ubat susulan melalui PosLaju ke lokasi pilihan anda seluruh Malaysia.
Perkhidmatan UMP 1Malaysia boleh diperolehi di semua Hospital Utama negeri seluruh
Malaysia. Ia merupakan satu perkhidmatan baru Farmasi Pesakit Luar yang mengambil
bahagian. Ubat yang perlu diambil oleh pesakit boleh dipos terus ke rumah mereka dengan
syarat, ubat tersebut adalah bekalan susulan ubat kepada pesakit tersebut. Pertama kali sudah
diambil di farmasi pesakit luar. Pesakit juga faham tentang cara mengambil ubat tersebut.
Ubat tersebut juga perlulah dari jenis yang boleh dipos iaitu jenis pil atau tablet, tidak mudah
rosak dengan kepanasan atau haba. Apa yang penting, pesakit perlu tahu, caj perlu dibayar
kepada posmen setelah mendapat kiriman ubat tersebut di rumah. Harga bergantung kepada
tempat (semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak), dan juga berat bungkusan ubat
tersebut.
Faedah UMP 1Malaysia
Ubat dihantar terus ke lokasi pilihan
Jaminan kesinambungan bekalan ubat
Selesaikan masalah kesuntukan masa
Jimat kos perjalanan
Tiada masalah meletakkan kenderaan
Cara Mendapatkan UMP 1Malaysia
Pergi ke kaunter farmasi bagi mendapatkan borang tawaran UMP 1Malaysia
Semak kriteria UMP 1Malaysia
42
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Kriteria UMP 1Malaysia
1. Pesakit
a. Patuh dan faham terap pengubatan
b. Memahami cara penggtinaan ubat
c. Stabil
2. Ubat
a. Bentuk dos jenis tablet/kapsul
b. Bukan jenis ubat psikotropik
c. Tidak sensitif kepada perubahan suhu dan kelembapan
3. Preskripsi
a. Penyakit kronik
b. Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi
c. Tempoh melebihi 1 bulan
Kadar UMP 1Malaysia
Bil. Kawasan Pengantaran Caj (RM)
Dari Kawasan Ke Kawasan < 500gram <1000gram
1. Semenanjung Malaysia Semenanjung Malaysia 5.00 6.00
2. Sabah/Sarawak Sabah/Sarawak 5.00 6.00
3. Semenanjung Malaysia Sabah/Sarawak 8.00 10.00
4. Sabah/Sarawak Semenanjung Malaysia 8.00 10.00
Bagi berat kurang daripada 500gm
Bagi berat Iebih 500gm sehingga 1000gm
43
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
2.8 : BELIA
Dalam konteks perpaduan banyak yang boleh kita huraikan, antara salah satunya
adalah melalui belia. Oleh itu peranan merekalah yang dapat menyatukan perpaduan Negara
daripada perbalahan perkauman. Maka dengan itu perlu ada seseorang atau badan yang dapat
membantu nengetengahkan peranan belia ini. Justeru itu wujudlah satu Program Latihan
Khidmat Negara [PLKN] yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lepas
merupakan satu pendekatan yang baik untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam
kalangan pelajar. Di dalam program ini selain dapat meningkatkan keyakinan para pelajar,
program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
Dalam usaha merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar, mereka juga
harus menghayati Rukun Negara. Hal ini adalah kerana, menghayati Rukun Negara juga
salah satu pendekatan terbaik untuk para pelajar supaya dapat memacu Malaysia sebagai
sebuah negara maju bagi merealisasikan wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh mantan
perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Dalam menjaga hubungan baik antara
kaum merupakan satu lagi minhaj yang boleh dilakukan oleh golongan pelajar untuk
merealisasikan konsep 1Malaysia. Para pelajar dapat menjaga hubungan yang baik antara
kaum dengan kerap mengunjungi rumah jiran tetangga dan sahabat handai yang berlainan
kaum selain menghormati budaya serta adat resam kaum lain. Untuk menjaga hubungan yang
harmoni antara kaum, para pelajar bukan sahaja perlu membantu bangsa lain yang dalam
kesusahan bahkan perlu berusaha mengenali dan mendekatkan diri dengan kaum lain.
Kesimpulannya, cara yang terbaik untuk membina negara bangsa 1Malaysia ialah
para pelajar menggunakan bahasa kebangsaan dalam percakapan seharian dengan kaum lain
supaya konsep 1Malaysia menjadi realiti kerana bahasa mampu menjadi alat untuk
mengeratkan perpaduan seterusnya secara langsung dapat meningkatkan semangat cinta akan
tanah air.
44
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Objektif menjadikan Belia masyarakat yang berkualiti pada masa hadapan.
Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi
rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan
patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan
negara selaras dengan wawasan 2020. Masyarakat belia yang wujud pada masa kini akan
mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya
hidup berkualiti serta menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi
menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan
ekonomi negara.
Membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan,
keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni
dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa
Malaysia selaras dengan wawasan 2020. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada
generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Mengukuhkan program pembangunan
kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan
kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan. Memantapkan
program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan
kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang
cemerlang.
Akhir sekali, mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan
belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia. Meningkatkan
semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan
atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia. Menggalak, melaksana dan
menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda.
45
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
Minda: Memperkasa pembangunan belia
Pembangunan belia ke arah gaya hidup positif dapat ditakrifkan sebagai satu proses
untuk menyediakan golongan muda dan remaja menghadapi cabaran keremajaan dan
kedewasaan melalui aktiviti yang diselaraskan kerajaan bagi mencapai satu tahap keupayaan
sosial, moral, emosi, fizikal dan mental yang seimbang. Memperkasa generasi belia negara
memerlukan sokongan semua pihak ke arah membabitkan diri dalam aktiviti positif yang
dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan dan keupayaan dalam kepemimpinan, gaya
hidup, mencungkil bakat, potensi diri dan kebolehan yang ada pada seseorang belia atau
remaja.
Kajian menunjukkan ada kira-kira 11.6 juta belia di Malaysia tetapi yang mendaftar
dengan pertubuhan belia hanya sepuluh peratus iaitu kira-kira sejuta orang dan pihak
kementerian serta pertubuhan belia wajar menarik lebih ramai golongan ini untuk menyertai
persatuan dan mengikuti program yang dijalankan. Ini menyebabkan belia yang tidak
mendaftar dengan pertubuhan menyukarkan mereka mengikuti pelbagai program anjuran
kementerian berikutan kebanyakan mereka tidak tahu aktiviti yang diadakan. Mereka ini
golongan terpinggir yang tidak harus dibiarkan tanpa hala tuju.
Adalah disarankan, bekas ahli Rakan Muda dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang sudah melepasi had umur menyertai pertubuhan dan pergerakan yang menjadi
perintis kepada pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan. Menurut tokoh belia, Datuk
Sheikh Badar Sheikh Embong, bilangan belia dan remaja di negara ini memang ramai, namun
minat kepada kerja sukarela hanya mengikut musim. Apa yang penting minat mendalam
mesti disemai di kalangan belia untuk menyertai persatuan mengikut minat masing-masing.
Menurutnya, kebanyakan mereka yang terbabit dengan persatuan belia adalah berdasarkan
minat mendalam yang bermula di peringkat daerah, negeri dan seterusnya peringkat
46
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
kebangsaan, tetapi sekarang kebanyakan belia akan bertanya apa yang mereka boleh dapat
jika menganggotai sesebuah persatuan belia di negara ini.
Selain itu katanya, ada pemimpin belia kini hanya ingin mencari pengaruh dan
sokongan untuk berjaya dalam bidang lain seperti politik dan sanggup membuat atau
membiayai aktiviti dijalankan. Setiap aktiviti hanya bermusim yang seharusnya dilakukan
sepanjang tahun. Setiap belia atau remaja yang ingin aktif dalam sesebuah persatuan belia
mesti melihatnya dari sudut nilai seni dan kebajikan. Kepemimpinan belia adalah seni
melalui kerja sukarela seperti sumbangan khidmat masyarakat. Aktiviti kemasyarakatan
banyak membentuk nilai murni dan gaya hidup serta sikap yang baik dalam diri golongan
belia. Melihat persatuan belia dan kegiatan belia wajar diperkasakan semula sebagai
pembentuk pemimpin pelapis negara pada masa depan. Belia tidak akan menjadi pemimpin
sebelum belajar menurut dan dipimpin.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh persatuan belia meliputi sukan, kebudayaan,
keilmuan, ekonomi, sosial dan politik. Jika dulu persatuan belia mengadakan forum, seminar
dan kursus penulisan mendapat sambutan hangat daripada belia, aktiviti itu harus dihidupkan
semula pada masa kini. Kepemimpinan belia dapat diwujudkan melalui pelbagai program dan
aktiviti bagi menarik belia menyertai pertubuhan belia seperti Program Satu Komuniti Satu
Persatuan Belia bagi menarik 10 juta belia dan remaja di negara ini yang belum mendaftar
dengan pertubuhan belia. Kecenderungan belia di desa pada masa kini lebih kepada bidang
pertanian, keusahawanan dan penternakan. Bidang ini jika diusahakan secara bersungguh-
sungguh akan menjamin pendapatan dan kehidupan di desa. Oleh itu, persatuan belia di desa
wajar mengadakan aktiviti seperti kursus penternakan ikan air tawar, ikan sangkar, kambing
biri-biri, lembu, ayam kampung dan sebagainya. Mereka juga inginkan pendedahan kepada
bidang perniagaan kecil-kecilan seperti terbabit dalam pertanian sebagai perniagaan.
Contohnya perniagaan runcit, usahawan tani, peniaga pasar malam dan pasar tani yang dapat
47
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
memberikan pulangan bagi menjamin kehidupan di desa dan di pinggir bandar. Selain itu,
mereka juga berminat dalam lapangan sukan seperti bola sepak bagi mengisi masa lapang
dengan berfaedah.
Sementara belia di bandar dan di kota lebih berminat kepada bidang perniagaan yang
berskala sederhana, seperti bidang francais, bidang kemahiran dan bidang keusahawanan.
Mereka juga mengisi masa lapang dengan sukan lasak dan sukan lain seperti go-kart, papan
luncur dan sebagainya. Pertubuhan dan persatuan belia di desa dan bandar mesti mengadakan
aktiviti seperti kursus dan program yang menjurus kepada minat belia di mana sesebuah
persatuan itu diwujudkan. Pemimpinnya mesti faham kehendak dan ke arah mana belia itu
akan dibawa di bawah kepemimpinannya. Bagi memperkasa dan menjana semula pendekatan
baru melalui aktiviti berfaedah dan dapat menarik minat golongan belia menyertai sesebuah
persatuan. Tanggungjawab pembangunan belia bukan terletak pada kerajaan semata-mata. Ia
boleh digerakkan melalui kepemimpinan setempat. Aktiviti keilmuan seperti kursus
kepemimpinan, kemahiran dan keusahawanan mesti dipertingkatkan.
Justeru, Majlis Perundingan Belia Nasional tidak lama dulu meluluskan dan
menyenaraikan 11 perkara yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan belia nasional.
Antaranya teras pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, pembangunan sumber
manusia, program Rakan Muda, sistem penyampaian, peranan media dan komunikasi,
peranan pertubuhan belia, pembangunan belia tidak berpersatuan, pembangunan
kepemimpinan, penyelidikan dan pembangunan, politik dan integrasi nasional. Pelan
tindakan ini dengan sendirinya menunjukkan semua pihak ingin membangunkan belia dengan
perkara positif sekali gus akan menghindarkan mereka daripada terjerumus dalam gejala
sosial yang boleh merosakkan masa depan belia sebagai pemimpin negara. Pembangunan
belia menghadapi banyak cabaran dalam alaf ke-21 ini. Realiti yang berlaku kepada golongan
48
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
belia hari ini, mereka wajar merancang untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup pada
masa depan.
Selain itu, kepemimpinan belia mesti diterajui belia yang faham terhadap minat dan
kehendak golongan itu Kesimpulannya, bagi memperkasa pembangunan belia di negara ini,
setiap pemimpin belia harus memasuki perspektif baru yang lebih dinamik dan saintifik.
Majlis Perundingan Belia Negara wajar mengadakan penyelidikan tentang kehendak belia
merangkumi minat, arah dan tujuan, serta gaya hidup.
49
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
3.0 : KESIMPULAN
Secara ringkasnya, 1Malaysia adalah satu gagasan yang diilhamkan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ia berteraskan beberapa nilai-
nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Bertemakan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” konsep 1Malaysia ini
menyarankan bahawa kemajuan negara dapat direalisasikan dengan memberi tumpuan atau
fokus keatas memajukan rakyat terlebih dahulu. Ini dapat dilakukan dengan memupuk sikap
saling hormat menghormati dan “penerimaan” diantara kaum bagi membentuk perpaduan
yang utuh. Ini sudah pasti akan membantu dalam kelancaran urusan pembangunan negara.
Demi memastikan kesemua rakyat dapat menikmati kemajuan dengan sama-rata,
keadilan sosial diterapkan dan menjadi teras kepada pembentukan perpaduan dalam konsep
1Malaysia. Keadilan sosial ini berfungsi untuk tidak meminggirkan mana-mana pihak dalam
usaha negara mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. Ini selaras dengan definasi
kebajikan sosial yang bersifat holistik dimana segala program, aktiviti dan pembangunan
manusia yang dijalankan adalah untuk masyarakat itu sendiri.
Kebajikan sosial merupakan aspek yang penting dalam pembangunan manusia.
Menurut Johnson et al. (1997) yang menyatakan kebajikan sosial meliputi perancangan dan
proses yang berkaitan dengan kaedah dan program yang mencegah dan memulihkan masalah
sosial, membangunkan sumber manusia dan meningkatkan cara gaya hidup masyarakat.
Pembangunan manusia yang dijalankan memberi penekanan terhadap institusi sosial dalam
sesebuah masyarakat yang terdiri daripada institusi keselamatan, institusi keluarga, institusi
pendidikan, dan institusi agama. Kesemua intitusi ini diberi tindakan dan ditangani
masalahnya secara adil dan holistik kerana tiap-tiap institusi ini mempunyai ciri yang
50
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
tersendiri dan institusi-institusi ini berkait diantara satu sama lain dalam mewujudkan model
insan yang berkualiti tinggi.
Dengan mempertingkatkan dan menjayakan sistem sosial negara, ia secara tidak
langsung dapat membuatkan rakyat mampu bersaing dalam pasaran global serta menaikkan
status ekonomi negara.
Secara kesimpulannya, dalam menjalankan sesuatu program mahupun aktiviti
pembangunan, kerajaan haruslah mengambil kira konsep kebajikan sosial serta melibatkan
semua bangsa bagi membentuk perpaduan yang jitu lagi tulin dalam masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum. Ini selaras dengan asas kepada 1 Malaysia, dimana ia dilihat sebagai
satu pra-syarat dalam usaha memajukan negara. Oleh yang demikian, akan terbuktilah
bahawa kebajikan sosial mampu diterapkan dan cirinya juga menepati konsep 1 Malaysia
yang akan menerajui negara kearah kemajuan.
51
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
4.0 : RUJUKAN
Internet
1.Portal 1 Klik Untuk Semua, http://pmr.penerangan.gov.my
2. 1 Malaysia, http://1malaysia.com.my
3. Program Transformasi Kerajaan, http://www.pemandu.gov.my
4. Jabatan Penerangan Malaysia, http://www.penerangan.gov.my
5. Institut Sosial Malaysia, http://www.ism.gov.my
6. Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, http://www.kbs.gov.my
7.Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, http://www.moa.gov.my
8. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, http://www.kpwkm.gov.my
9. Kementerian Pengangkutan Malaysia, http://www.mot.gov.my
10. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, http://www.spad.gov.my
11. Kementerian Pelancongan Malaysia, http://www.motour.gov.my
12. Kementerian Kesihatan Malaysia, http://moh.gov.my
13. MyMetro, http://www.hmetro.com.my
14. BERNAMA, http://www.bernama.com
15. Utusan Malaysia Online, http://www.utusan.com.my
Risalah/Bahan Bacaan
1. Risalah 1 Ubat Melalui Pos (1UMP), Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Buku Panduan 1 Murid 1 Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia
52
UHS 1152:HUBUNGAN ETNIK
5.0 BIBLIOGRAFI
1. Mahirah Ishak – 3 Berlian, ‘Peranan Remaja Dalam Membina Negara 1 Malaysia’
2. YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen, ‘Jejak Makanan Fabulous Food 1 Malaysia’
3. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi PEMANDU, ‘Pelan Hala Tuju GTP’-Bab 1:
Memperkenalkan Transformasi
4. Tun Dr Mahathir Mohamad, “Kertas Kerja – The Way Forward” disampaikan kepada
Majlis Perdagangan Malaysia, 28 Februari 1991
5. Dr Mahani Zainal Abidin, anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara. “Membangunkan
Model Malaysia bagi Ekonomi Global” dalam Readings on Development: Malaysia 2057
(2009)
6. Prof Datuk Dr Shamsul A.B., Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik, Universiti
Kebangsaan Malaysia. “Managing a ‘Stable Tension’: Ethnic Relations in Malaysia Re-
examined” dalam Readings on Development: Malaysia 2057 (2009)
7. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Ucapan di Asia 21
Young Leaders Summit, 20 November 2009
8. Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri 1981–86. “The Challenge of Managing
Change Inside and Outside Malaysia” dalam Readings on Development: Malaysia 2057
(2009)
9. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, ‘Pelan Hala Tuju
GTP’-Bab 6:Mengurangkan Jenayah
10. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, ‘Pelan Hala
Tuju GTP’-Bab 8: Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
11. Dato Sri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan, ‘Pelan Hala Tuju GTP’-Bab 11:
Mempertingkatkan Perkhidmatan Awam di Bandar
53
Top Related