Minggu 1.
SOALAN: HURAIKAN KONSEP, DEFINISI, CIRI-CIRI DAN OBJEKTIF
TAMADUN
Konsep Tamadun
Terminologi
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian
tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa
berikut:
BAHASA INGGERIS
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam bahasa Inggeris berkaitan
dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan
civilization.
BAHASA ARAB
Sama seperti bahasa Inggersis, pelbagai terminologi yang pernah digunaka
dalam bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun.Antaranya ialah
al-‘umran, al-bunyun, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniahdan at-tamaddun.
BAHASA MELAYU
Antara terminologi yang pernah digunakan dalam bahasa Melayu berkaitan
dengan pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan
madani.
Penggunaan pelbagai terminologi dalam bahasa Inggeris, Arab dan
Melayu membuktikan betapa perbincangan berkaitan dengan tamadun
mendapat tempat utamda dan penting sejak dahulu hingga kini.
Terminologi dalam bahasa Arab berkaitan dengan tamadun memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi penggunaannya sama ada dalam
bahasa Inggeris atau Melayu. Contohnya, terminologi culture dan kebudayaan
merupakan terjemahan daripada bahasa Arab iaitu ath-thaqafah.
Apabila lahir terminologi at-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah
terjemahannya dalam bahasa Inggeris iaitu civilization.Bahasa Melayu
meminjam terminologi Arab menjadi tamadun dengan pengguguran satu
“d”.Terminologi yang terakhir inilah yang popular dan dominan penggunaannya
dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini.
Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi
baharu iaitu “madani” sebagai tamabahan kepada terminologi “tamadun”.Ia juga
merupakan pinjaman daripada terminologi Arab iaitu al-madaniahyang
diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad ke-11 Masihi yang lalu seperti mana
yang terdapat dalam kitabnya As Siayasah al-Madaniah.
Definisi Tamadun
SARJANA BARAT
Antara sarjana Barat yang memberikan takrif tamadun ialah seperti berikut:
i. Darcy Riberio dalam bukunya the Civilization Process berpendapat
bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan
perbandaran.
ii. Clive Bell dalam bukunya Civilization anda Old Finds menjelaskan
bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti
bahawa tamadun merupakan kayu ukur yang dapat menyukat atau
menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.
iii. Redfield dalam bukunya Introduction to the Civilization of India: Changing
Dimensions of India Society and Culture menjelaskan bahawa tamadun
merupakan beberpa puncak pencapaian manusia sama seperti puncak-
puncak gunung di permukaan bumi ini.
iv. Darcy Riberio dalam bukunya The Civilised Society mentakrifkan tamadun
sebagai puncak pencapaian sesuatu masyarakat dalam proses
kemajuan.
v. Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization
mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan
daripada sesuatu negara.
vi. Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History menjelaskan bahawa
tamadun itu merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota.
Beliau menambah lagi tamadun ialah satu kumpulan pemikiran daripada
pelbagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan
yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral.
vii. Will Deorant dalam bukunya History of Civilization mendefinisikan
tamadun sebagai satu sistem sosial yang menolong manusia dalam
mempertingkatkan kedudukan kebudayaan. Beliau menambah lagi
tamadun ialah sesuatu kemajuan atau ciptaan baharu yang dilahirkan oleh
sesuatu umat untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan selesa.
viii. A.S. Hornby dan E.C. Parnwell, dalam The Progressive English
Dictionary, menjelaskan bahawa tamadun membawa maksud
meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada
kemajuan dalam bidang ilmu pemikiran, sains, teknologi, politik, moral dan
sebagainya.
Kesimpulan daripada keseluruhan pandangan sarjana barat berkaitan
dengan takrif tamadun boleh disimpulkan sebagai pencapaian manusia dalam
bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota.
SARJANA ISLAM
Antara pendapat sarjana Islam yang sempat diketengahkan disini ialah:
i. Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua
terminologi al-umran dan al-hadharah dalam abad ke-14 yang membawa
maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau
kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,
kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.
ii. Abu Nasir al-Farabi telah memperkenalkan istilah al-Madaniah.
Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinag iaitu negara Islam
pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Madaniah yang
digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang
berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak.
iii. Jurji Zaidan memperkenalkan terminologi at-tamaddundalam abad ke-19
yang terdapat dalam kitabnya Tarikh at-Tamaddun al-Islami, setebal 5
jilid. Ia merupakan pencapaian umat Islam yang berpusat di kota dalam
bidang kerohanian dan kebendaan yang berasaskan agama.
Takrif yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada
sarjana barat.Hal ini disebabkan sarjana barat kurang menekankan unsur
keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun.Sedangkan
sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam
pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun.
Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi dan dibezakan
daripada tamadun yang lain dalam dua faktor iaitu sumbernya (al-Quran dan as-
Sunnah) dan asasnya (akidah, syarak dan akhlak).
Ciri-ciri Tamadun Islam
Antara ciri-ciri tamadun Islam ialah seperti berikut:
KOTA RAYA
Sememangnya kota raya menjadi ciri utama tamadun Islam. Buktinya Madinah
merupakan negara dan kota raya pertama Islam yang diasaskan sendiri oleh
Rasulullah s.a.w. Justeru itulah juga beberpa sarjana Islam menggunakan
terminologi al-madaniah untuk menggambarkan tentang tamadun Islam, Antara
mereka ialah Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya yang berjudul al-Madaniah
wa al-Islam (1899) dan Syeikh Muhammad Abduh dalam risalahnya “al-Islam wa
an-Nasraniah wa al-Ilm wa al-Madaniah” (Islam dan Kristian dalam bidang sains
dan tamadun).
PENDUDUK YANG RAMAI
Tidak syak lagi sesuatu tamadun itu tidak mungkin lahir tanpa kewujudan
penduduk yang ramai.Sebab itulah Ibnu Khldun menggunakan istilah al-
hadharah untuk menggambarkan tentang pengertian tamadun yang membawa
maksud kehadiran penduduk yang ramai.
SENI BINA
Seni bina merupakan ciri tamadun Islam yang penting. Seni bina merupakan
kayu ukur yang menentukan ketinggian sesuatu tamadun sama ada sebelum
atau selepas Islam. Justeru itulah juga terdapat sarjana Islam yang
menggunakan istilah al-bunyun yang membawa maksud bangunan yang
tersergam indah dan banyak latar seni bina untuk menggambarkan tentang
tamadun Islam.
Taj Mahal di India misalnya menjadi saksi nyata tentang keagungan dan
ketinggian pencapaian tamadun Islam. Sehingga ia diiktiraf oleh dunia sebagai
salah satu benda ajaib di atas muka bumi ini pada masa kini.
SAINS DAN ILMU PENGETAHUAN
Perkembangan sains, teknologi dan ilmu pengetahuan sebagai suatu ciri utama
tamadun Islam sukar dinafikan.Sehingga terdapat sarjana Islam yang
menggunakan terminologi ath-Thaqafah (ilmu pengetahuan) untuk
menggambarkan tentang kebesaran dan keunggulan tamadun Islam.
Bangsa yang menguasai sains, teknologi dan ilmu pengetahuan sejak
dahulu hingga kini merupakan bangsa yang menguasai dan memimpin
dunia.Pada zaman keagungan tamadun Islam iaitu zaman Bani Abasiyah, umat
Islam menguasai sains, teknologi dan ilmu pengetahuan.Sebab itulah mereka
menjadi pemimpin dunia.
Masyarakat barat di era siber, teknologi maklumat, teknologi digital dan
teknologi mkro menguasai dan menjadi pemimpin dunia kerana mereka
menguasai bidang sains, teknologi dan ilmu pengetahuan.
PERKEMBANGAN EKONOMI
Perkembangan ekonomi begitu penting sekali yang membantu kemajuan,
pembangunan dan pencapaian sesuatu tamadun.Perkembangan perindustrian,
perdagangan dan pertanian menjadi nadi yang membawa kepada kemakmuran
sesuatu tamadun.
Justeru itulah terdapat sarjana Islam yang menggunakan terminologi al-
umran (kemakmuran ekonomi) seperti Ibnu Khaldun untuk menggambarkan
keunggulan tamadun Islam.
KEAMANAN
Keamanan merupakan puncak daripada kehidupan yang dikuasai oleh undang-
undang, peraturan, tatasusila dan kesopananan atau adab yang dikuatkuasakan
oleh sebuah pemerintahan yang adil dan saksama.
Sehingga terdapat sarjana Islam yang menggunakan terminologi al-adab
atau peradaban untuk menggambarkan tentang kesejahteraan dan kebahagiaan
dalam tamadun Islam.Contohnya Muhammad Uthman el-Muhammady yang
memberi judul bukunya Peradaban Dalam Islam untuk melukiskan tentang
kemurnian tamadun Islam yang penuh dengan kesopanan, ketertiban, budi
bahasa dan tatasusila.
KESENIAN
Kesenian yang halus dan tulen adalah juga merupakan salah satu ciri tamadun
Islam. Kesenian yang paling agung ialah seni khat dan awan larat yang
menghasilkan bangunan-bangunan, kitab-kitab, alat-alat yang diperbuat daripada
tembikar, barang-barang kemas, perhiasan yang diperbuat daripada gading,
kaca, tenunan, wang syiling, lencana dan sebagainya.
Sesungguhnya tamadun Islam itu mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Semua ciri itu dibezakan daripada ciri tamadun selain daripada Islam kerana ia
mempunyai paksi yang kukuh iaitu akidah, syarak dan akhlak. Juga sumber yang
mantap dan lumyan iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Objektif Tamadun Islam
Hubungan Manusia Dengan Allah s.w.t (Hablumminallah)
Ia merupakan cara bagaimana manusia itu dapat mengenal Allah swt yang
dikenali dengan enam rukun Iman dan cara manusia berhubung dengan Allah
swt pula dikenali dengan rukun Islam yang lima.
Keimanan mempunyai unsur kekuatan yang mencukupi untuk mengubah
individu dan umat menjadi individu dan umat yang berjiwa besar.Contohnya,
masyarakat Arab Jahiliah yang dahulunya buta huruf yang hidup dalam keadaan
mundur, muncul sebagai satu bangsa penakluk, pemerintah dan perancang
tamadun yang agung.Imanlah yang bertanggungjawab melakukan kesemuanya
ini kerana segala tingkah-laku, penguasaan ilmu pengetahuan dan daya reka
umat Islam tidak dapat dipisahkan dari keimanan yang mereka hayati.
Keimananlah yang bertanggungjawab membebaskan jiwa manusia dari
pengaruh kebendaaan dan nafsu.Segala daya usahanya diniatkan untuk
memperoleh keredhaan Allah swt. Contohnya, keimananlah yang menyebabkan
Abu Bakar al-Sidiq, Uthman bin Affan, dan para sahabat yang lain
mensedekahkan segala hartanya ke jalan Allah swt setiap kalinya berlaku
peperangan antara umat Islam dengan musyrikin Mekah. Keimanan jugalah
menyebabkan banyak para sahabat yang berkesanggupan untuk menyeberangi
padang pasir dan lautan luas ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan
islam. Keimananlah juga yang menyebabkan para sahabat yang sanggup
mengorbankan nyawa untuk menegakkan kalimah Allah swt.
Orang yang beriman sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia.
Mereka sentiasa mengingati Allah swt sama ada dalam kesenangan atau
kesusahan. Apabila dianugerahkan kenikmatan dari Allah swt, mereka bersyukur
dan membelanjakan hartanya pada jalan Allah swt.Sebaliknya, jika ditimpa
kemalangan atau kedukaan, mereka akan bersabar dan rela dengan qada’ dan
qadar Allah swt.Hal ini amat berbeza dengan mereka yang tidak beriman.Apabila
mreka memperoleh kenikmatan, mereka bergembira sehingga melakukan
maksiat, tetapi apabila ditimpa kecelakaan mereka tidak sabar lalu membunuh
diri. Contohnya, di Jerman Barat dilaporkan pada tahun 1974, terdapat 10,000
kes bunuh diri kerana kekecewaan masyarakat Barat dengan tamadun
kebendaan (Sayid Mujtaba, 1974).
Pelaksanaan lima rukun Islam mempengaruhi diri individu muslim untuk
mengiktiraf secara sukarela kewujudan dan keesaan Allah swt itu sendiri.
Pelaksanaan rukun islam sekaligus berfungsi sebagai lambang pengakuan diri
seorang tentang kewujudan Allah swt. Keupayaan seseorang melaksanakan lima
rukun islam membuktikan tentang ketinggian iman dan daya kegigihan yang
tinggi untuk mematuhi, menyembah dan menyerahkan diri kepada Allah swt.
Pelaksanaan rukun Islam juga melambangkan kejayaan seseorang membesar
dan mengagungkan Allah swt yang diakui sebagai pencipta dirinya
sendiri.Pengagungan manusia kepada Allah swt juga melambangkan
perendahan diri seseorang apabila berhadapan dengan fenomena kebesaran
Allah swt.
Perasaan ini akhirnya berjaya membentuk peribadi musim yang warak,
tawaduk dan merendah diri, bukan sahaja terhadap Allah swt malah apabila
berhadapan dengan makhluk ciptaan-Nya. Perasaan riak, sombong, takabur,
dengki dan sebagainya adalah sifat-sifat yang tidak tercatat dalam senarai sifat-
sifat individu muslim. Malah sifat beriman, bertakwa dan beramal soleh sentiasa
mewarnai, menjiwai dan menghayati jiwa dan jasadnya sehingga tidak ada
sesuatu dalam kehidupannya yang terlepas daripada perasaan merendah diri
kepada Allah swt.
Melahirkan kesedaran dan keinsafan diri manusia akan betapa besarnya
nikmat yang dianugerahkan Allah swt kepada manusia. Keadaan ini
dilambangkan dalam bentuk kesyukuran.Sebagai seorang yang bersyukur pasti
sentiasa berasa puas hati dengan segala anugerah Allah swt yang diberikan
kepadanya. Hatinya sungguh rela dan bahagia dengan kurniaan Allah swt.
Segala nikmat yang diberikan oleh Allah swt sama ada dalam bentuk
kesempurnaan tubuh badan, harta benda dan sebagainya dipergunakan
sebaiknya untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Sebagai seorang yang
mengeluarkan zakat malah rela pula membelanjakannya ke jalan Allah swt.
Rukun Islam mencetuskan sifat ihsan di dalam diri seseorang.Dengan ini,
lahirlah kesedaran dan dan keinsafan tentang kehadiran kekuasaan Allah swt
pada setiap masa dan setiap tempat.Segala laku perbuatannya dirasakan
sebagai berada di dalam cermin terang yang sentiasa diawasi di bawah
pemerhatian Allah swt. Sifat ihsan ini penting untuk melahirkan individu muslim
yang sentiasa bertakwa kepada Allah swt tanpa mengira masa dan tempat.
Malahirkan individu yang sentiasa bertawakal kepada Allah swt.Setiap
kegiatannya sentiasa diserah kepada Allah swt sehingga tiada sesuatu yang
menakutkan atau menggentarkannya apabila bertindak untuk menegakkan
kalimah Allah swt.Ia sanggup mempertaruhkan jiwa dan raganya demi
menegakkan kalimah Allah swt.
Hubungan Manusia Dengan Manusia (Hablumminannas)
Setiap manusia diwajibkan mematuhi segala titah perintah Allah swt dan
meninggalkan segala laranganNya apabila berhubungan antara satu dengan
yang lain. Hal ini disebabkan tidak ada manusia yang boleh hidup bersendirian.
Justeru itu, pematuhan perundangan ciptaan Allah swt yang mengatur cara
bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu dengan yang lain dalam
bentuk kekeluargaan, jiran, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan,
pendidikan dan seumpamanya adalah termasuk dalam hubungan manusia
dengan manusia.
Pematuhan syarak amat besar ertinya ke arah pembentukan masyarakat
dan tamadun khalifah Allah swt di atas muka bumi ini.kesempurnaan masyarakat
hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-menolong, kerjasama dan
perpaduan. Hal ini dapat diselaraskan melalui adanya undang-undang atau
syariat.Undang-undang menentukan hak setiap anggota masyarakat dan
terselamat daripada pencerobohan.
Hubungan Manusia Dengan Alam
Hubungan manusia dengan alam juga merupakan matlamat tamadun dan
peradaban Islam. Allah swt telah memperundangkan cara bagaimana manusia
seharusnya bertingkah laku apabila berhubungan dengan alam sekitarnya. Hal
ini penting kerana segala yang berlaku di daratan dan lautan semuanya dijadikan
untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia sejagat.Dengan penganugerahan
akal pula manusia digalakkan olaeh Allah swt untuk menguasai dan menerokai
angkasa lepas, menyelami dasar lautan dalam dan mencari gali di perut bumi
untuk mengambil faedah dan mengetahui rahsia alam. Hal ini adalah kea rah
peningkatan keimanan kepada Allah swt dan tamadun manusia untuk
kepentingan manusia sejagat. Ini dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran
yang bermaksud:
“Allah swt yangmenjadikan langit dan bumi dan Dia menurunkan air
dari langit, maka Dia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang
menjadi rezki bagi kamu. Dan Dia memudahkan bagi kamu kapal
bagi kamu berjalan di lautan dengan ketentuan daripadaNya dan
dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malam dan
siang dan Dia membawa datang kepada kamu segala sesuatu
yang kamu mohon daripadaNya”.
Perundangan yang digubal oleh Allah swt dalam kontek hubungan
manusia dengan alam sekitar mempengaruhi manusia dalam dua perkara
berikut: (Mustafa Haji Daud, 1991)
1. Supaya manusia sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah swt apabila ia
dikurniakan pangkat, kebesaran dan harta kekayaan.
2. Supaya kesemuanya dipergunakan sebaik mungkin bagi memperolehi
keredhaan Allah swt.
Dari segi pelaksanaannya, sejarah telah membuktikan tamadun Islam telah
berjaya menyempurnakan keperluan masyarakat manusia untuk mencapai
kebahagiaan. Keadilan meluas di dalam semua bidang sama ada politik,
ekonomi, pentadiran, pendidikan, kebudayaan, perundangan dan sebagainya.
Contohnya, pada zaman Umar bin al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz, tidak ada
fakir miskin yang dapat diberikan wang zakat dari Baitulmal.
Minggu 2.
SOALAN: MENGAPAKAH TAMADUN ISLAM BERPANDUKAN AL-QURAN/
AS-SUNNAH/ AKAL/ PENEMUAN & CIPTAAN BARU/ PENYEMPURNAAN
SEMULASUMBER TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam mempunyai sumber yang amat kukuh, mantap dan lumAyan
sekali seperti berikut:
Wahyu
Wahyu yang menjadi sumber tamadun Islam itu pula terbahagi kepada dua iaitu
al-Quran dan as-Sunnah.
AL-QURAN
Keungguluan al-Quran sebagai sumber tamadun Islam dapat dilihat daripada
sudut berikut:
Kesasihan dan Keterpeliharaan
Kesasihan dan keterpeliharaan al-Quran telah disamin sendiri oleh Allah S.W.T
sejak ia diturunkan hingga hari kiamat nanti. Ia terpelihara daripada sebarang
penyelewengan sama ada yang dilakukan oleh manusia atau jin. Hal ini
dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan
sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.
(Surah al-Hijr 15:9)
Kesahihan, ketulenan dan keterpeliharaan al-Quran merupakan salah
satu daripada ciri yang menjadikannya sebagai sebesar-sebesar mukjizat yang
pernah diturunkan ke muka bumi ini.
Keindahan Bahasanya
Keindahan bahasa al-Quran juga merupakan salah satu ciri
keunggulannya.Antara kemukjizatan bahasa al-Quran yang terpenting ialah
daripada segi balaghanya (retorika) yang mengagumkan sasterawan Arab
Jahiliah yang begitu mahir dengan balagha.Malah melumpuhkan keanggunan
dan kepakaran dalam bahasa kesusasteraan.
Mereka gagal untuk membawa walaupun satu ayat yang dapat
menandingi keindahan bahasa al-Quran apatah lagi untuk mengatasinya sejak
ia diturunkan hingga hari ini. Al-Walid bin Mughirah salah seorang sasterwan
Arab Jahiliah yang terkenal kejaguhannya apabila mendengar alunan al-Quran
berkata:
“Sungguh indah sekali pertuturan ini sungguh terpikat aku
kepadanya! Puncaknya penuh buah, akarnya penuh air. Dia
tetap di atas, tidak akan diatasi oleh yang lain”.
Keluasan dan Kedalaman Ilmiahnya
Perkembangan dan penemuan baharu dalam bidang ilmiah yang diterokai oleh
manusia sama ada di kalangan orang Islam sendiri atau daripada tamadun lain
tidak satu pun terlepas daripada jangkauan al-Quran yang belum diurai oleh
manusia. Seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Hatim
daripada Imam Syafie bahawa beliau telah berkata:
“Telah diturunkan dalam kitab suci al-Quran setiap ilmu
dan diterangkan padanya akan segala-galanya tetapi
ilmu pengetahuan kita tidak tercapai kepada segala
hakikat yang dijelaskan oleh al-Quran”.
Kejiwaan
Al-Quran juga merupakan mukjizat daripada segi kejiwaan atau nafsiah.Hal ini
berpunca daripada keupayaan dan kejayaannya menguasai manusia untuk
menyampaikan risalah akidah, syarak dan akhlak. Setiap ajaran yang hendak
disampaikan, al-Quran berusaha mempengaruhi dan menguasai jiwa umat
Islam sehingga dengan segala senang hati, insaf dan sedar menerima
ajarannya.Jiwa manusia sememangnya daripada segi fitrah mudah menerima
kebenaran.Hakikat inilah yang dipergunakan oleh al-Quran.
Sesungguhnya keunggulan al-Quran sebagai sumber tamadun Islam yang
utama merupakan sesuatu yang sukar untuk dipertikaikan.Tidak syak lagi
keunggulannya berpunca daripada tarafnya sebagai wahyu dan mukjizat yang
terbesar dan kekal hingga hari kiamat sebagai sumber pembinaan tamadun
Islam buat selama-lamanya.
AS-SUNNAH
As-Sunnah sebagai wahyu kedua di samping al-Quran juga merupakan sumber
tamadun Islam yang penting. Kepentingannya boleh dilihat dari segi fungsinya
seperti yang berikut:
Penjelas al-Quran
Al-Quran sifatnya umum, prinsip, konsepsi dan menyeluruh.Justeru itu, as-
Sunnah diperlukan bagi menghuraikan prinsip dan konsep umum dan
menyeluruh daripada al-Quran. Hal ini diakui oleh Allah S.W.T sendiri dalam
ayat, terjemahannya:
“Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran agar kamu
menerangkan kepada umat manusia apa yang telah
diturunkan kepada mereka dan supaya mereka
memikirkannya”. (Surah an-Nahl 16:44)
Memperkukuhkan al-Quran
Dengan huraian dan penjelasan yang dilakukan oleh as-Sunnah terhadap al-
Quran, sekali gus ia berfungsi sebagai pengukuh al-Quran, sehingga ia menjadi
lebih mantap dan unggul.
Pentafsir al-Quran
Ayat-ayat al-Quran kebanyakkannya berbentuk umum dan mutlak.Ia
memerlukan penafsiran daripada Rasulullah s.a.w. Tanpa pentafsiran itu,
sukarlah bagi umat Islam untuk memahami. Dalam hal ini, as-Sunnah berfungsi
dalam empat bentuk:
a) Mentafsirkan hal yang umum seperti cara melaksanakan ibadat
sembahyang, zakat, haji dan lain-lain.
b) Membataskan hukum yang belum ditetapkan batasnya oleh al-Quran.
c) Mengkhususkan sesuatu hukum yang umum.
d) Menjelaskan hukum yang masih rumit.
Oleh kerana sifat al-Quran itu bersifat umum, prinsip, konsepsi dan
menyeluruh, ada hukum cabang atau kecil yang tidak disentuh oleh al-
Quran.Ketika itulah as-Sunnah memainkan peranannya sebagai penambah
hukum al-Quran.Contohnya ialah anak binatang yang masih di dalam kandungan
ibunya.Bagaimanakah kedudukannya jika ibunya disembelih seperti lembu?
Rasulullah s.a.w menjelaskannya seperti berikut:
“Sembelihan janin (anak di dalam kandungan) mengikut sembelihan ibunya.”
Hadith ini menambah hukum al-Quran yang menghalalkan sembelihan
binatang ternakan iaitu anak yang masih berada di dalam kandungan ibunya
sebagai halal dimakan apabila ibunya disembelih mengikut syarak.
Tidak syak lagi as-Sunnah menjadi sumber kedua pembinaan tamadun Islam
selepas al-Quran.Ia berkaitan dengan akidah, syarak dan akhlak yang menjadi
asas tamadun Islam. Ia juga menunjukkan dalam bentuk nyata cara
pembentukkan sahsiah muslim, pembentukan keluarga bahagia, pembentukan
masyarakat yang bersatu padu, membentuk negara yang makmur, megatur
kegiatan ekonomi yang menjamin kesejahteraan sejagat, mengembangkan ilmu
terutama ilmu sains, mementingkan teknologi canggih dan kesenian yang dapat
mempertingkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh yang membawa
kepada kesejahteraan dan kebahagiaan manusia sejagat.
AKAL/PEMIKIRAN
Akal/ pemikiran merupakan sumber pembinaan tamadun Islam selepas wahyu.
Akal mempunyai potensid an fungsi yang amat besar dalam menggarap ilmu
pengetahuan, berfikir dan mengambil pengajaran. Hal ini dijelaskan oleh Allah
S.W.T dalam ayat, terjemahannya:
“Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya
malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang
berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa
air.Lalu dengan ait itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya) dan
disebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dalam peredaran angin dan
awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi.Sesungguhnya
(terdapat) tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang
memikirkannya”. (Surah al-Baqarah 2:164)
Perkataan akal (al-aql) dalam bahasa Arab membawa maksud kebolehan
memahami, menegah daripada yang terlarang dan keji. Dalam bahasa Inggeris
ia dikenali sebagai mindyang membawa maksud hati, menitikberatkan dan awas
atau berhati-hati.
Akal mempunyai cirinya yang tersendiri iaitu kebolehan mengamati
sesuatu yang bermakna, menerangkan dan menggambarkan sebab dan akibat
sesuatu. Akal juga mempunyai fungsi yang besar.Antara fungsi akal ialah berfikir
berasaskan kepada pengamatan dan kefahaman, membuat keputusan atau
pertimbangan, mereka cipta, berkreativiti dan berinovasi yang bersumberkan
bakat semula jadi dan keupayaan manusia.
Hanya segelintir manusia yang mempunyai keupayaan akal yang luar
biasa dikenali sebagai genius sama ada di kalangan umat Islam seperti Ibnu
Khaldun atau bukan muslim. Mereka menjadi tunggak pembinaan dan
pencapaian tamdun manusia.
Potensi akal untuk diperkembangkan melalui pendidikan amt besar
sekali.Intelek seseorang boleh diperkembangkan lagi melalui pembelajaran,
pembacaan, penelitian, perbincangan dan penyelidikan.Mereka yang telah
berkembang inteleknya ialah seperti mereka yang berupaya cipya seribu satu
alat teknologi canggih, mikro dan tinggi di sepanjang sejarah tamadun
manusia.Itulah puncak tamadun.
Namun demikian, potensi akal jika tidak dibimbing oleh wahyu ia boleh
merosak dan memusnahkan tamadun manusia apabila kal digunakan untuk
mereka cipta alat teknologi yang boleh merosakkan keselamatan agama, akal,
amruah, keturunan, tubuh badan dan harta benda.
PENEMUAN
Dengan akal atau pemikiran, manusia berupaya, menjalankan penyelidikan,
penjelajahan dan penerokaan seluruh alam nyata dari bumi hinggalah angkasa
lepas.Mereka menemui planet yang beratus ribu jumlahnya.Penyelidikkan juga
dilakukan di bumi terhadap kehidupan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan
sebagainya.Ia menghasilkan pelbagai penemuan. Penemuan itu tidak lain dan
tidak bukan penemuan terhadap sunnatullah atau undang-undang ciptaan Allah
S.W.T yang mengatur dan menguasai perjalanan alam yang dikenali oleh saintis
barat sebagai the law of nature. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat,
terjemahannya:
“Dialah yang tidak ada Tuhan malainkan Dia. Yang menguasai (sekalian
alam). Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala
kekurangan). Yang melempahkan keamanan, Yang Maha Pengawal serta
Pengawas, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Kuat, yang melengkapi
segala kebesaran-Nya.Maha Suci Allah daripada segala yang mereka
sekutukann dengan-Nya.Dialah yang menciptakan sekalian makhluk,
yang mengadakan (daripada tiada kepada ada), yang membentuk rupa
(makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya).Bagi-Nya nama-
nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulia, bertasbih kepada-Nya
segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah yang tidak ada tolok
bandingnya, lagi amat bijaksana”. (Surah al-Hasyr 59:23-24)
PENCIPTAAN
Allah S.W.T juga menganugerahkan kepada setiap manusia dengan bakat
tertentu.Dengan bakat itu, sesetengah manusia berupaya melakukan pelbagai
ciptaan di sepanjang sejarah. Umat Islam menghasilkan pelbagai ciptaan yang
berasaskan akidah, syarak dan akhlak dan bersumberkan al-Quran dan as-
Sunnah seperti teknologi pelayaran, teknologi penyelidikan angkasa lepas
(falak), teknologi pertanian, teknologi pengairan, teknologi timbang-menimbang
dan sukat-menyukat, teknologi perubatan dan sebaginya.
Kreativiti umat Islam meliputi penghasilan baharu dalam bidang sains,
pelbagai teknologi seperti teknologi perubatan, teknologi pertanian, teknologi
perindustrian, teknologi penyelidikan angkasa lepas (falak), teknologi makanan,
teknologi seni bina, teknologi ukiran, teknologi seramik dan sebagainya.
Islam selanjutnya membezakan antara kreativiti manusia daripada
kreativiti Allah S.W.T. Kreativiti Allah S.W.T adalah mutlak iaitu menjadikan
sesuatu daripada tiada. Ia menjadikan alam dan segala isi kandungannya
sedangkan manusia mengubahsuai ciptaan Tuhan kepada suatu bentu baharu.
Contohnya dalam seni bina. Umat Islam hanya mengambil bahan-bahan
binaan ciptaan Tuhan seperti batu, kayu, besi dan lain-lainnya yang dicantum
menjadi bangunan. Daya kreativiti atau pemikiran manusia itu selanjutnya
merupakan anugerah Allah S.W.T juga, bukan ciptaan manusia.Allah S.W.T
berkuasa bila-bila masa untuk mengambilnya kembali.
Islam mengakui kewujudan perbezaan tahap kreativiti di kalangan
manusia.Ada yang lebih kreatif dan ada yang kurang.Hal ini sengaja dijadikan
oleh Allah S.W.T untuk menguji dan menyaring siapakah yang beriman dan
siapakah pula yang kufur. Juga agar manusia sentiasa tolong-menolong,
bekerjasama, kasih-mengasihi, hormat-menghormati dan bersatu-padu.
Yang lebih kreatif membantu golongan yang kurang kreatif daripada segi
idea dan hasil kreativitinya. Yang kurang kreatif pula menghargainya dan
memberikan pertolongan dalam kadar keupayaan masing-masing seperti tenaga
dan sebagainya. Lahirlah masyarakat Islam yang aman, damai dan bahagia.
PENGUBAHSUAIAN DAN PENYEMPURNAAN SEMULA
Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula merupakan sumber terakhir
tamadun Islam.Contohnya setelah wilayah Islam berkembang luas, umat Isalm
terdedah kepada pelbagai tamadun asing yang tidak kurang tinggi mutunya
seperti tamadun Rom dan Parsi.Mereka telah mencapai pencapaian yang tinggi
contohnya dalam bidang sains, perubatan, seni bina, pengurusan dan
pentadbiran.
Umat Islam tiada pilihan melainkan mempelajari dan menguasai
pencapaian mereka itu.Selepas itu, mereka melakukan pengubahsuaian dan
penyempurnaan semula agar sesuai dengan akidah, syarak dan akhlak
Islam.Contohnya ialah seni bina. Umat Islam telah melakukan pengubahsuaian
dan penyempurnaan semula seni bina Rom dan Parsi untuk tiga tujuan:
i. Imarah ad-Diniah iaitu tempat-tempat ibadat seperti masjid.
ii. Imarah al-Harbiyah iaitu bangunan ketenteraan termasuk kubu, kota dan
kem tentera.
iii. Imarah al-Madaniah iaitu bagunan awam seperti jabatan kerajaan, pusat
perniagaan, perindustrian, pelabuhan dan istana.
Sesungguhnya, sumber tamadun Islam itu begitu unggul sekali.Akal,
pemikiran, penciptaan, pengubahsuaian dan penyempurnaan semula dibimbing
dan diperkukuhkan oleh wahyu daripada Allah S.W.T iaitu al-Quran dan as-
Sunnah.
Minggu 3.
Soalan: Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara
pelbagai tamadun
Sepanjang arus perkembangan tamadun-tamadun dunia sama ada tamadun
Mesopotomia, Babylon, Mesir, Yunani, India, China sehinggalah kepada
tamadun Islam dan Barat, wujud pertalian antara mereka sama ada pada
peringkat awal, pertengahan ataupun akhir, sama ada sedikit ataupun banyak
dan sama ada secara terancang ataupun kebetulan sebagai suatu perhubungan
yang normal antara manusia bagi memenuhi kehendak-kehendak yang tidak
terbatas yang wujud sepanjang sejarah kehidupan manusia.
Hasil perhubungan tersebut banyak menyumbang kepada kemajuan
peradaban manusia pada hari ini.suatu perkara yang perlu diingatkan ialah
kebangkitan setiap tamadun dunia itu mewakili peradaban, idea, nilai dan
falasafah yang pelbagai dan kedangkala berbeza antara satu sama lain.
Perbezaan-perbezaan yang tidak boleh dikompromikan itu kadangkala dapat
membawa kepada pergeseran yang mencetuskan konflik serta membawa
implikasi negatif mahupun positif sewaktu berinteraksi.
3.1 Kesan Positif Interaksi antara Tamadun
Antara kesan positif yang telah tercapai hasil daripada interaksi antara tamadun
ialah pemberian perlindungan, keamanan dan kestabilan, contohnya Tamadun
Islam dengan Yahudi Arab dalam Perlembagaan Madinah di Zaman Nabi
Muhammad s.a.w. Empayar Umaiyah dan Abbasiyah memberi perlindungan
keamanan dan kemakmuran kepada semua rakyatnya tanpa mengira agama,
bangsa dan budaya.
Interaksi antara Tamadun India dengan China telah memungkinkan
penyebaran agama Buddha, seni mempertahankan diri, teknologi pengeluaran
gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara
China.Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan
penggunaan kompas dari Tamadun China dapa dipelajari oleh Tamadun India.
Sementara itu, interaksi antara pedagang Arab-Parsi dengan Negara
China telah mengembangkan perdagangan dan ekonomi.Lebih daripada itu,
ramai pedagang Arab telah menetap di Negara China dan berkhawin dengan
wanita tempatan. Pada zaman pekerintahan Dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming,
telah muncul beberapa orang tokoh pemimpin Islam dalam pemerintahan
Negara China. Ini telah memungkinkan penyebaran Islam dengan lebih meluas
dan kewujudan komuniti Islam di Negara China.
Interaksi antara Tamadun China dengan tamadun Melayu telah
melibatkan kemajuan dalam teknologi dan kebendaan, tetapi tidak mengubah
pemikiran beragama.Barangan dan perdagangan seperti gula, sutera, tembikar
dan logam datangnya dari Tamadun China.Hubungan diplomatik Negara China
dengan Melayu juga semakin berkembang khususnya pada zaman Dinasti Yuan
dan Ming serta Kesultanan Melayu Melaka.
Hubungan Tamadun China dengan Tamadun Jepun juga telah membawa
kesan yang amat positif di mana Negara China telah membantu masyarakat
Jepun dalam aspek falsafah dan agama, kesusateraan, pertanian dan
penggunaan logam.
3.2 Kesan Negatif Interaksi antara Tamadun
Di samping kesan-kesan positif, pertembungan antara tamadun juga telah
mendatangkan beberapa kesan negatif.Antaranya ialah penduduk Kristian
Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9,
ke-18 dan Perang Dunia Kedua.Ini disebabkan faktor agama, falsafah,
ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.
Pada Zaman Pertengahan di Eropah, telah berlaku Peran Salib antara
orang Islam dengan penganut agama Kristian kerana tindakan agresif pemimpin
Kristian dan faktor lain termasuk politik, ekonomi dan sosial. Begitu juga dengan
kes di India, di mana penganut Islam dan Hindu sering berperang dan
berbunuhan.
Hubungan anatara tamadun India dengan Tamadun China juga
bermasalah, di mana pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di
Negara China, ia mendapat tentangan hebat daripada penganut Confucious.
Para sami Buddha telah ditangkap, dipenjarakan dan kuil-kuil Buddha telah
dimusnahkan.
Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China juga
bermasalah, contohnya pada tahun 751 M, di mana panglima Ziyad bin Salleh
telah menyerang Negara China sedangkan pada masa itu hubungan baik wujud
antara Empaya Abbassiyah dengan Dinasti Tang. Masalah cemburu dengan
kemakmuran orang Islam di Negara China pada zaman Dinasti Han dan
masalah perbezaan agama juga menyebabkan berlaku pemberontakan dan
penghijrahan orang Islam Cina ke Asia Tenggara.
Setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan
masing-masing.Menurut pendapat Ibnu Khaldun, kemerosotan sesebuah
tamadun disebabkan putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana
mengamalkan nilai-nilai murni, tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai
tersebut merosot keran limpah kemewahan dan penyelewengan.
Minggu 4.
SOALAN: JELASKAN NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN
4.1 Institusi Keluarga dan Komuniti
TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan
dalam hubungan kekeluargaan.
Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan
tanggungjawab.
Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak
itu di dalam kandungan.
Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada
anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan
Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.
TAMADUN CHINA
Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.
Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China - mementingkan
hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.
Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-
i. Hubungan maharaja dengan rakyat.
ii. Hubungan bapa dengan anak.
iii. Hubungan abang dengan adik
iv. Hubungan suami dengan isteri
v. Hubungan kawan dengan kawan
Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.
Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat
cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan
mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek
moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.
TAMADUN INDIA
Unit keluarga penting dalam tamadun India.
Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem
sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi
penerus zuriat.
Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem
kekeluargaan India.
Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada
keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang
lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang
dan rasa hormat.
4.2 Komuniti
TAMADUN ISLAM
Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan
kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan
sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran
yang bukan Islam.
Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam
terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran
tersebut.
Asas hubungan individu dalam Islam:
i. Ikatan kekerabatan
ii. Persamaan agama
iii. Ikatan kemanusiaan
Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian
bermaksud sama rata.
Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam
masyarakat - tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.
Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang
pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.
TAMADUN CINA
Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan
masyarakat cina - Kuasa lelaki dan bapa.
Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.
Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan
kemahiran.
TAMADUN INDIA
Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai
peraturan yang ketat.
Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi daripada
nenek moyang.
Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan
layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.
Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.
Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota
masyarakat.
Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang
harus dilakukan oleh setiap anggota.
Minggu 5.
SOALAN: NYATAKAN SUMBANGAN-SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM
TERHADAP PEMBANGUNAN TAMADUN ISLAM
Ibnu Sina (370-428 Hijrah/980-1037 Masihi)
Nama penuh beliau ialah Abu Ali al-Hassain Ibnu Abdullah.Beliau dilahirkan di
kampung Afsyara, Bukhara, Asia Tengah.Beliau menjadi doktor perubatan ketika
masih berumur 17 tahun. Beliau lebih dikenali sebagai Avicenna di barat.
Namanya dalam bidang ilmu perubatan begitu menonjol sekali dama ada
di dunia Islam atau di barat.Sebenarnya beliau juga merupakan seorang ahli
falsafah Islam yang ulung.Dalam bidang perubatan beliau diakaui sebagai ketua
para doktor Muslim.Antara karya agung beliau ialah al-Qanun fi at-Tabib.Buku ini
diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah. Menjelang abad ke-15 ia telah
diterjemahkan ke dalam 15 bahasa. Antaranya ialah yang diberi judul Perspects
of Medicine yang diterbitkan pada tahun 1593 di Rom.
Ia telah dijadikan buku rujuka utama bidang perubatan di Eropah
menjelang abad ke-17. Ia telah diulang cetak beberpa kali hingga menjelang
abad ke-19 sebagai bukti keunggulan karangan beliau. Beliau muncul sebagai
seorang doktor yang termasyhur apabila berjaya mengubati penyakit Raja Noah,
Bani Samaniah ketika berumur 21 tahun.Dilantik menjadi doktor peribadi di
beberpa istana seperti Gurgan, Hamadan dan Isfahan.
Remedies of the Heart juga merupakan buku perubatan yang tidak kurang
unggulnya.Ia mengandungi huraian berkaitan dengan 760 jenis penyakit dan
cara pengubatannya. Beliau juga merupakan antara sarjana Islam yang begitu
profilik dalam penghasilan karya yang meliputi banyak bidang seperti ilmu
agama, metafizik, falsafah, astronomi dan ilmu bahasa (filologi) di samping ilmu
perubatan. Justeru itulah beberapa jumlah karya beliau masih menjadi tanda
tanya di kalangan pengkaji sejarah hingga kini.
Yang lebih utama ialah pengiktirafan dunia barat terhadap kepakarannya
dalam bidang perubatan sehingga beliau dianugerah gelaran Zenith.Ia
merupakan satu gelaran yang tertinggi dalam bidang tersebut. Beliau juga
dikenali sebagai seorang ahli falsafah.Antara karya falsafah beliau ialah Danesh
Nameh dalam bahasa Parsi.Uyun al-Hikmah (bahasa Arab) dan Mujiz Kabir. Isu
utama yang dibicarakan oleh Ibnu Sina dalam bidang falsafah ialah:
membuktikan kewujudan dan keesaan Allah S.W.T dan membicarakan hal roh
manusia serta kaitannya denga Allah S.W.T.
Sejak dahulu hingga kini, seluruh dunia tidak kira di barat atau di timur
tidak henti-henti menganjurkan symposium, seminar, kolokium dan diskusi
khusus membincangkan keilmuan Ibnu Sina.
ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM
Sumbangan dan Pencapaian
Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu
pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu
Qasim telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi
pendengaran dengan cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf
halus, pembuluh-pembuluh darah dan otot-otot.
Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit
kulit.Abu Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang
kedoktoran dan peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan
bertajuk At-Tasrif liman ‘Azija ‘an at-Ta’lif yang menerangkan secara jelas
diagram mengenai 200 peralatan pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut
memberi gambaran banyak peralatan yang boleh digunakan untuk keperluan
perubatan pergigian.
Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu,
beliau menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang
yang remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang
pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku
itu kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di
Eropah.Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi
oleh seorang ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-
Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of
Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan lain di Eropah.
Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang
terbaik adalah di negara-negara Islam.Baghdad, misalnya, pada tahun 1160
mempunyai lebih daripada 60 buah klinik.Malah para doktor dan ahli farmasi di
Baghdad perlu mendapat latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia
perubatan. Dr. Donald Campbell dalam bukunya, Arabian Medicine and Its
Influence on the Middle Ages, mengakui bahawa buah fikiran Abu Qasim banyak
dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Di Eropah, beliau pernah menerima
pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi tinggi seperti mana
Galen dan Hippocrates.Sehingga abad ke-15, silibus pelajaran media di
Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu karya Abu Qasim iaitu Kitab
al-Masnur.
Sebahagian daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke
dalam bahasa Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-
Sharavii(1519). Bukunya yang lengkap mengenai ulasan pembedahan,
Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine Cura Johannis Channing, telah
diterbitkan di Venice pada 1479, Basla (1541) dan Oxford (1778). Karyanya yang
lain ditemui dalam buku History of Medicine jilid I oleh M.Neuberger pada 1910
dan Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku Geschichte der
Arabischen Literatur jilid I pada 1898.
AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL
Sumbangan
Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang.Beliau
menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu
perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata).Walau bagaimanapun, jasa
beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi.Beliau digelar
"Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh
untuk mengubati penyakit kanak-kanak.Beliau juga orang yang pertama
mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.
Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol
(Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah
yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk
tujuan bius.Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan
kesihatan.Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap
kesihatan.
Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit
katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan
memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis
pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil
mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas
terhadap keamatan cahaya.
Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di
mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu
karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang
dikeluarkan melalui saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah
memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak.Al-
Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini
seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut. Ini dicatatkan
dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al Habsah.
Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu
farmasi:
Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara
lembut
Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat
Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka
Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau
menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini:
"Komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit,
membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan".
Beliau juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan
hanya membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu sendiri".
Hasil Karya
Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya
adalah berkaitan bidang perubatan.Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan
tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah
beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan
Kitab al-Judari wa al-Hasabah.
Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini
juga dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yaang merangkumi ilmu perubatan
patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab.Sepanjang
hidupnya, beliau telah membuat pelbagai kajian mengenai ilmu perubatan.Beliau
akhirnya telah menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke
dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab al-Hawi merupakan
pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid. Ia telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens' oleh doktor perubatan Yahudi
berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut) pada 1279M dan diulang cetak
beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga 1528M, 1578M dan 1745M di
Paris.
Kitab al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis
oleh beliau.Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu
Mansur Ibn Ishaq. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di
Milan dan dikenali dengan nama 'Liber AlMansoris'. Ia mengandungi 10 jilid dan
sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan
Perancis. Terjemahan jilid ke-9 yang telah ditulis oleh Gerard Cremona dengan
nama 'Nonus Al-Mansuri' adalah teks terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16.
Kitab al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama
berkenaan penyakit cacar dan campak. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
buat kali pertama pada 1565M dan kemudian ke dalam bahasa-bahasa lain dan
diulang cetak sehingga 40 edisi di antara 1498-1866M. Ia telah diterjemahkan ke
dalam Bahasa Inggeris oleh William A. Greenhill di London pada 1848M. Tesis
berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai kajian sistematis yang sulung
dalam sejarah perubatan. Pada masa yang sama juga, beliau telah
menyarankan beberapa petua untuk merawat kedua-dua penyakit tersebut.
SENI BINA
Khalifah al-Walid bin ‘Abdul Malik (86-87H)
Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, Masjid Suriah di Damsyik yang
dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani
telah diperbaharui dan dibangunkan semula (Mahayudin, 2004).Menurut
pengarang ini lagi, pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan
unsur-unsur bangunan masjid secara lengkap seperti mihrab, mimbar, menara,
selain tiang dan dinding serta atap.Khalifah al-Walid banyak menyumbang ke
arah kemajuan seni bina Islam semasa pemerintahannya sehingga beliau digelar
‘Pembina Agung Kerajaan Bani Umayyah’ (Mahayudin, 2004).
Beliau telah membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapa
bangunan bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di
Madinah, Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-’Aqsa di Bayt al-Maqdis.
Beliau juga telah menyempurnakan pembinaan batu di Bayt al-Maqdis iaitu
Qubbah al-Sakhrah.(Mahayudin, 2004).
Khalid bin ‘Abdullah al-Qasri
Beliau merupakan gabenor kepada Khalifah Hisham bin ‘Abd al-Malik. Menurut
Mahayudin (2004), beliau telah berjaya membina parit-parit dan tali air dalam
usaha menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin
Abd al-Malik.
Khalifah Abdul Rahman II
Di antara sumbangan Khalifah Abdul Rahman II dalam aspek seni bina ialah
membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk
memudahkan kapalkapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus
(Mahayudin, 2004).
Khalifah Abu Ja’far al-Mansur
Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Abbas
telah dilahirkan di 101H di al-Hamimah (Mohd Mokhtar, 1993). Hasan Ibrahim
(dalam Mohd Mokhtar, 1993) menyatakan bahawa beliau merupakan khalifah
Abbasiyah yang kedua selepas Abu al-Abbas al-Saffah.Beliau telah mendirikan
sebuah istana yang bernama al-Khuldi di pinggir Sungai Dajlah.Rekabentuk
istana ini sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah menyebabkan
beliau menamakannya ’Qasr al-Khuldi’ yang bermaksud istana abadi. Beliau juga
telah membina Masjid Jami’ al-Mansur di hadapanIstana al-Zahab yang mana
merupakan masjid yang tertua di Kota Baghdad (Mahayudin,
2004).
Khalifah al-Mahdi
Khalifah al-Mahdi ialah khalifah yang ketiga dalam khalifah-khalifah Bani
Abbasiyahperingkat pertama (Mohd Mokhtar, 1993).Beliau telah membina Istana
al-Salam di Isabaz dan Masjid Jami’ al-Rishafah pada tahun 157H (Mahayudin,
2004).
Khalifah al-Ma’mun
Universiti Nizamiyyah merupakan pusat pengajian tinggi formal yang ditubuhkan
oleh Khalifah al-Ma’mun di zaman pemerintahannya.Penubuhan universiti ini
telah memberi peluang yang besar kepada orang ramai untuk menimba ilmu di
peringkat yang lebih tinggi (Mahayudin, 2004). Imam Abu Hanifah, Imam Shafii,
Imam Malik, al-Kindi, al-Farabi, Abu Bakar al-Razi dan Ibn Sina adalah antara
tokoh-tokoh intelektual yang pernah menuntut di universiti bersejarah ini.
Beliau telah membina Bayt al-Hikmah yang merupakan pusat kegiatan ilmu
pengetahuan yang terbesar terletak di Baghdad (Mahayudin, 2004).Pelbagai
aktiviti penulisan karyakarya ilmiah dan juga aktiviti penterjemahan buku ke
dalam bahasa Arab dijalankan di kutub khanah ini.Beliau juga telah
memperkembangkan bidang astronomi dengan membina pusat astronomi di
Syamsiyah, berhampiran Kota Baghdad untuk mengawasi pergerakan bintang
(Mahayudin, 2004).Kesan daripada penubuhan ini ahli-ahli geografi Islam telah
berjaya membuktikan bahawa dunia ini bulat yang mengandungi 360 darjah.
Ibrahim al-Farazi
Beliau merupakan seorang ahli geografi Islam yang telah membuat banyak
kajian.Beliau telah berjaya mencipta astrolab yang digunakan oleh ahli pelayaran
sehingga kini (Mahayudin, 2004).
SENI MUZIK
Al-Farabi
Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn
Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di
Khurasan, Turki.Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta
penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik.
Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan
lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada
pendengarnya.Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga
berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar,
1983).Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta
dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun.
Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan
teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004,
Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal
menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in
Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya
diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di
Eropah.Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam
penciptaan not-not muzik.
Al-Kindi
Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Ya’qub Ibn Ishaq al-Kindi. Beliau
dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 M (Dipetik http://www.muslimheritage.htm ).
Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak
menghasilkan bukubuku mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah
diterjemahkan kepada bahasabahasa Eropah antaranya, Essentials of
Knowledge in Music, On The Melodies dan The Necessary Book in the
Composition of Melodies (Mahayudin, 2004).
Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila
digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara
yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak
menyenangkan (Dipetik di http://www.muslimphilosophy.com).Al-Kindi juga
berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping turut
berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan
(Mahmood Zuhdi, 2003).
Muhyiddin Ibn Arabi
Beliau merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal.Karya-karyanya
banyak berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin, 2004).Di dalam bukunya
beliau menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik
dipertingkatkan.
Safi al-Din Abd al-Mu’min
Beliau merupakan orang yang pertama sekali membina sekolah muzik.Malahan,
beliau turut menghasilkan beberapa karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus
Muzik (Mahayudin, 2004).Beliau turut digelar ’Father of Music’ oleh ahli muzik
Barat yang mengagumi hasil karya seninya.
Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din
Beliau adalah anak kepada Safi al-Din yang juga merupakan pakar dalam bidang
muzik yang terkenal.Terdapat buku-buku hasil ciptaannya yang diterjemahkan
seperti The Jewels of Arrangement in the Knowledge of the Melodies
(Mahayudin, 2004).
SENI KHAT DAN KALIGRAFI
Ibn Muqlah
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad Ibn Ali Ibn Muqlah (Kamil al-
Baba, 1992).Beliau dilahirkan di Baghdad dalam tahun 886 Masihi merupakan di
antara ahlikaligrafi yang masyhur di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah.Ibn
Muqlah dianggap sebagai pencipta tulisan khat naskhi yang menggantikan
tempat khat kufi dalam keseragaman kaligrafi Islam (Kamil al-Baba, 1992).
Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub (proportional script) di dalam
sejarah kaligrafi Islam.Di dalam khat ini, beliau telah menetapkan satu sistem
ukuran dalam menulis satu-satu huruf.Misalnya huruf alif ditulis berpandukan
titik-titik (3, 5 atau 7 titik) (Kamil al-Baba, 1992).
Ibn Bawwab
Ibn Bawwab ialah Abu al-Hassan Ali Ibn Hilal Ibn al-Bawwab dilahirkan di
Baghdad (Seyyed Hossein Nasr, 1987).Beliau digelar Ibn Bawwab kerana
ayahnya adalah seorang jurukunci (bawwab) Dar al-Qada’ (bilik pengadilan) di
Baghdad.Semenjak kecil lagi beliau telah mempelajari ilmu khat dengan
Muhammad Ibn Asad dan Muhammad al-Simsimani (Kamil al-Baba, 1992).
Beliau yang merupakan ahli kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyyah dianggap
sebagai pencipta kepada khat rayhani dan muhaqqaq (dipetik di
http://www.muslim.org ). Terdapat sebanyak 64 buah al-Qur’an ditulis oleh Ibn
Bawwab yang mana salah satunya ditulis dengan khat rayhani (Kamil al-Baba,
1992).
Yaqut al-Musta’simi
Nama sebenar beliau ialah Syekh Jamaluddin Yaqut al-Musta’simi al-Thawusyi
al-Baghdadi (Kamil al-Baba, 1992).Selain daripada menjadi ketua di
Perpustakaan al-Mustansyiriyyah, beliau juga dikenali sebagai budayawan dan
ahli pujangga.Tulisannya dikatakan lebih cantik daripada Ibn Muqlah dan Ibn
Bawwab.Beliau pernah digelar sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud kiblat
para penulis khat Kamil al-Baba, 1992). Beliau juga dikatakan pengasas kepada
”Sittah”enam jenis tulisan yang terkenal ketika itu (Ghazali, 2001).
SENI SASTERA
Firdawsi
Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya yang berjudul Hikayat 1001 Malam
(dipetik di http://www.muslimphilosophy.com ). Ceritanya telah banyak memberi
kesan kepada masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang-orang Barat
sehinggakan ia telah diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. Beliau juga
menghasilkan karya bertajuk Shah Nameh yang turut diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris dengan judul Epic Kings (Ghazali, 2001).
Ibn Tufayl
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn
Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaysi (dipetik di
http://www.muslimheritage.com ). Di dalamkaryanya, beliau menceritakan
tentang bagaimana seseorang mencapai fasa perkembangan yang tinggi sekali
tanpa bantuan apa-apa daripada orang lain atau dari alam sekitarnya (Hasan,
1971). Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan
bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah
mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa
Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada
tahun 1671 (Dipetik di http://www.members.tripod.com/man 999/
sumbangan_Islam_2.htm ). Orang Eropah bukan setakat menterjemah malahan
mereka juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea
yang dikemukakan dalam buku tersebut.Antara kisah tersebut ialah Crusoe yang
dihasilkan pada abad ke 18 (Hasan, 1971).
Omar Khayyam
Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang penyair yang hebat di zamannya.
Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia Barat sejak tahun 1839
apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan Bahasa Inggeris bagi
bukunya, Rubayyat (Dipetik di http://www.tutor.com.my/tutor ) . Buku ini
menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimilikinya.Sumbangan
beliau sebagai ahli falsafah banyak meletakkan asas dalam tamadun keilmuan
manusia sejagat.
Abu al-Sult Ibn Abdul Aziz
Antara sarjana Islam yang terkemuka di Andalus pada abad keenam hijriyyah
termasuklah Abu al-Sult Umaiyah Ibn Abdul Aziz Ibn Abi al-Sulf (Mahmood
Zuhdi, 2003).Beliau dilahirkan di Daniat, Andalus Timur pada tahun 459 H (1067
M) (Ibn Abi Usaiba’ah, 1965).Beliau banyak menggubah syair-syair puji-pujian
kepada raja untuk mencari rezeki.Selain antologi-antologi syair, beliau juga
menghasilkan karya berkenaan dengan sastera iaitu al-Mulah al-Asriyah,
Hadiqah al-Adab, dan al-Risalah al-Misriyyah (Ibn Abi Usaiba’ah, 1965).
Ibn Bajjah
Beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Sa’igh dilahirkan di Saragossa
pada tahun 457 H (1082 M) (Mahmood Zuhdi, 2003).Beliau merupakan seorang
sasterawan yang unggul, ahli bahasa dan seorang hafiz al-Qur’an.Beliau
menghasilkan karya seperti Risalah al-Wida’, al-Risalah al-Ittisal dan al-Madinah
al-Fadilah (Umar Furrukh, 1983).
Minggu 6.
SOALAN:APAKAH KESAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMDUN MELAYU?
Islam bermaksud menyerah diri dan tunduk patuh kepada perintah Allah S.W.T.
sama ada zahir atau batin. Islam juga boleh didefinisikan sebagai agama yang
diturunkan kepada seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul bermula dari Adam a.s.
sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Islam adalah asas kepada
pembentukan Tamadun Melayu. Tamadun Melayu pula diklasifikasikan sebagai
sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan
secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan terdiri daripada
beberapa buah negeri seperti Indonesia, Filipina, Brunei, Pattani dan Malaysia.
Ia terletak di antara lautan Hindi dan Laut China Selatan dan merupakan laluan
utama untuk kapal-kapal dagang pada masa dahulu. Ini secara tidak langsung,
Wujudnya beberapa teori yang telah dikemukakan oleh para sejarawan berkaitan
kedatangan Islam ke Alam Melayu.
Salah satu teori ialah teori dari Arab yang dikemukakan oleh Prof. Syed
Muhammad Naquib al-Attas dimana terdapat bukti tulisan jawi yang diambil
daripada perkataan Arab.Selain itu wujudnya persamaan diantara bahan
penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Tanah
Arab.Contoh seperti perkataan fakir, syukur, sahabat, dakwat dan soleh.
Teori seterusnya ialah teori dari India, dikemukakan oleh Snouck
Hurgronje yang merupakan salah seorang ahli sejarh Belanda. Ini diperkukuhkan
dengan penemuan batu nisan yang dipercayai dibawa masuk dari Gujerat,India
iaitu makam Maulana Malik Ibrahim di Gerisik. Selain itu, adanya persamaan dari
segi bahasa yang diambil dari istilah India Selatan seperti perkataan lebai, raja,
permaisuri dan lain-lain.
Akhir sekali teori dari China yang dikemukakan oleh John Crowford
dimana kedatangan Islam ke Alam Melayu dari China adalah berdasarkan dari
peristiwa pemberontakan di Canton. Teori dari China ini telah dikemukakan oleh
sebahagian ahli sejarawan berdasarkan penemuan-penemuan sejarah di
Pahang,Kedah dan Terengganu seperti contoh penemuan batu bersurat (702
H/1303 M) di Kuala Berang, Terengganu yang membuktikan Islam datang ke
Malaysia melalui pantai timur dari China atau Indo China.
SOSIAL
Sosial adalah suatu masyarakat, suatu komuniti atau suatu kelompok orang.
Sosial boleh didefinasikan sebagai suatu cara manusia berinteraksi di antara
satu sama lain dalam suatu kelompok masyarakat. Ia dapat dilihat melalui
pelbagai aspek seperti budaya dan kepercayaan, undang-undang serta politik
dan akhir sekali dari aspek pendidikan.
UNDANG-UNDANG
Pada zaman Hindu-Buddha, mereka mengamalkan konsep Dewaraja di mana
raja dianggap suci dan mutlak kerana mereka adalah jelmaan dewa-dewa. Ada
pula yang menganggap mereka dari keturunan Dewa Siva atau Vishnu atau
Buddha Mahayana, secara tidak langsung ia telah mewujudkan sistem
feudalisme iaitu raja ditaati dan disembah oleh rakyat secara membuta tuli.
Undang-undang telah digubal mengikut citarasa dan selera raja, bendahara serta
temenggong sehingga semakin tinggi taraf sosial seseorang semakin besar pula
kemungkinan terlepas daripada hukuman-hukuman tertentu. Manakala, rakyat
tidak berhak untuk bersuara dalam apa situasi apa sekalipun. Sementara itu, raja
berhak sepenuhnya untuk memutuskan sesuatu hukuman dan barang siapa
yang menentangnya akan ditimpa daulat. Mereka juga mempunyai keistimewaan
yang luar biasa sehingga tiada siapa yang boleh menegur atau menasihat
walaupun tidak berlaku adil atau wajar.Pengaruh agama Hindu-Buddha telah
membentuk masyarakat kepada kelas-kelas atau kasta seperti Brahmin, Ksatria,
Vaisya dan Sudra. Misalnya dalam undang-undang jenayah, golongan
pemerintah dan bangsawan menerima hukuman yang jauh lebih ringan
berbanding rakyat jelata walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama.
Selain itu, dari sudut adat istiadat pula, rakyat dilarang meniru gaya hidup
golongan pemerintah dan bangsawan, misalnya, mereka tidak boleh memakai
pakaian berwarna kuning yang melambangkan golongan pemerintah dan
bangsawan.
Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, telah wujud undang-undang
jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara dan sebagainya yang
berpandukan undang-undang Islam.Mukadimah undang-undang tersebut dimulai
dengan konsep keislaman kemudian ditakrif sultan dan raja-raja sebagai khalifah
Al-Mukminin. Islam telah menerapkan konsep persamaan taraf dan
persaudaraan Islam malah berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan
semangat bantu membantu antara satu sama lain. Ini menyebabkan sistem
kasta telah dihapuskan selepas kedatangan Islam.Islam menuntut agar rakyat
taat setia kepada pemerintahnya dan pemerintah pula bertanggungjawab ke atas
rakyat pimpinannya.Antara contoh-contoh yang dapat dilihat adalah ketika
zaman pemerintahan Sultan Alauddin di Melaka, di mana beliau pernah meniru
jejak langkah khalifah Umar Al-Khattab yang menyamar diri di waktu malam
untuk, menyiasat kesusahan rakyatnya.Sultan Alauddin berbuat demikian kerana
ingin menghapuskan perompak-perompak yang bermaharajalela di Melaka
ketika itu.Undang-undang yang digunakan pada ketika itu ialah Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.Selain itu, terdapat undang-undang
Pahang yang merupakan perlembagaan negeri itu sejak tahun 1592, Pahang
diisytiharkan sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah
sebagai Khalifah.Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya
peraturan berdasarkan hukum Islam.Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal
merupakan terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab
Shafi’e.Penampilan kedua-dua undang ini dapat mempamerkan dengan jelas
bahawa peraturan Islam pernah diamalkan di rantau ini.
BUDAYA
Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Bhudda telah bertapak
kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya.Agama
Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti
golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial
dan politik mereka sendiri.Manakala rakyat biasa atau bawahan selalunya
menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme contohnya, percaya
kepada jiwa, roh dan semangat dinanimisme iaitu percaya kepada tenaga yang
ada pada roh, jiwa dan semangat pada benda-benda tersebut.Selain itu, terdapat
sistem perhambaan dan masyarakat dilayan mengikut kedudukan serta taraf
sosial seseorang. Sistem kekeluargaan tidak pernah wujud dan lelaki boleh
berkahwin dengan lebih daripada seorang wanita dalam pada masa yang sama.
Manakala, bayi perempuan dibunuh hidup-hidup kerana dipercayai membawa
sial. Mereka juga tidak mempunyai garis panduan yang boleh diikuti dalam
melaksanakan aktiviti seharian mereka seperti cara pergaulan dan hukum-
hukum halal serta haram sesuatu benda.
Kedatangan Islam telah mencetuskan zaman baru.Ia merupakan satu
kesan menyeluruh berasaskan paradigma tauhid. Impak tauhid tersebut
menyebabkan kesan berlaku itu merangkumi “rupa dan jiwa” masyarakat di alam
melayu ini. Pengaruh tersebut bukan sahaja melibatkan pertukaran watak luaran
tetapi terkesan daripada falsafah dan pemikiran islam yang tulen. Tauhid itu juga
telah menghasilkan kehidupan beribadah menghiasi akhlak yang bernilai tasawuf
juga mencetuskan perubahan-perubahan lain seperti manusia telah dapat
membezakan halal dan haram dalam garis panduan islam. Islam telah membawa
unsur-unsur yang rasional, intelektual dan logik akal di mana mereka diajar
supaya mempercayai Allah S.W.T yang Maha Esa, melakukan suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya. Selain itu, islam menyuruh umatnya supaya
berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal agar disenangi dan
dihormati oleh semua orang jika gagal sekalipun, islam menyuruh umatnya agar
tabah dan sabar kerana segalanya adalah dugaan dan ketentuan Allah S.W.T.
Selain itu, bagi mendidik masyarakat, Islam telah memperkenalkan hukum-
hukum dan peraturan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith. Ajaran Islam telah
mengatur sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik
kepada masyarakat.Contohnya, dalam perhubungan antara anak-anak dengan
ibu bapa, suami dengan isteri, orang tua dengan orang muda, pemimpin dengan
rakyat dan sebagainya.Melalui hukum dan peraturan itu, terbentuklah nilai dan
harmoni dalam perhubungan sosial antara individu dan masyarakat. Masyarakat
menjadi lebih teratur dan islam berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan
semangat bantu-membantu antara satu sama lain dimana terdapatnya garis
panduan yang boleh mereka ikuti. Contohnya, orang tua dan menyayangi orang
yang lebih muda.
PENDIDIKAN
Ketika sebelum kedatangan islam, golongan raja-raja dan bangsawan adalah
yang lebih berpeluang untuk mendekati ilmu, sedangkan rakyat jelata tidak
mempeduli serta mengambil berat tentang menuntut ilmu.ini adalah kerana ilmu
pengetahuan terkongkong di kawasan istana dan kraton sahaja. Selain itu,
golongan wanita tidak menganggap ilmu sebagai aspek penting dalam
kehidupan walaupun dari keturunan raja atau bangsawan.
Kedatangan islam ke rantau ini telah banyak member kesedaran dalam
aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan masyarakat melayu. Islam telah berjaya
melahirkan semangat keilmuan dalam kalangan penduduknya untuk mencari dan
mempelajari ilmu tersebut. Faktor asasi yang merupakan punca kesedaran atau
punca revolusi kebudayaan ini ialah penjelasan rasional mengenai konsep
perihal “wujud” yang dibawa untuk pertama kalinya oleh islam. Kedatangan islam
telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat di alam melayu ke arah
bersifat ilmiah dan saintifik serta dapat meninggalkan era sebelumnya yang
mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan untuk menuju ke
sesuatu yang berbentuk realistik. Kini seluruh masyarakat termasuk raja dan
kerabat, pembesar dan rakyat jelata didedahkan dengan ilmu pengetahuan
islam. Maka secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang persepsi
atau tanggapan masyarakat terhadap pegangan agama, kebudayaan dan ilmu
pengetahuan.Alam melayu juga muncul sebagai pusat keilmuan.Ramai tokoh-
tokoh ilmuan yang lahir di rantau ini seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsudin al-
sumaterani, Abdul Rauf Singkil dan lain-lain lagi. Perkembangan sistem di alam
melayu telah membawa kepada perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan
antaranya ialah ilmu syar’iyyah atau naqliyyah yang merangkumi tiga asas utama
agama islam iaitu usuluddin, fiqh dan tasawwuf. Pada abad ke-15, Melaka telah
menjadi pusat keilmuan islam pertama di Asia Tenggara. Pemerintah Melaka
mempunyai minat yang mendalam dan komitmen untuk meluaskan kegiatan
dakwah dan keilmuan ke kawasan jajahan takluk Melaka.Berlakunya
perkembangan tasawuf falsafah Abdul Karim Al-Jili dengan kitabnya Insan Al-
Kamil serta kitab Ad-Durr Al-Manzum oleh Abu Ishak Al-Shirazi.Di Melaka kitab
Ihya’ Ulumudin karya Imam al-Ghazali turut diajar.Selain daripada itu, karya
tersebut turut diterjemahkan ke Bahasa Melayu pada kitab-kitab sastera seperti
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sejarah Melayu
telah menyatakan nama ulama’-ulama’ yang pernah dating ke Melaka ialah
seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadhi Yusof, Kadhi
Menua, Kadhi Munawar Syah, Maulana Sadar Johan dan sebagainya.
SENI
Seni itu penjelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan
dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh
pancaindera pendengar (seni suara) dan penglihatan (seni lukis &
senibina).Terdapat tiga bahagian seni iaitu kaligrafi, senibina dan seni suara.
KALIGRAFI
Kaligrafi adalah seni tulisan yang indah dan berasaldaripada perkataan Yunani
‘kalios’ yang bermaksud indah dan ‘grafia’ beerti coretan atau tulisan. Terdapat
pelbagai jenis kaligrafi tetapi khat dan tulisan cina sahaja yang diiktiraf sebagai
tulisan kaligrafi.Pada zaman jahiliah, mereka dikatakan ‘buta huruf’ kerana
mereka Cuma tahu bertutur dan tidak tahu menulis. Dengan adanya kaligrafi ini
dapat mengubah lisan Bahasa Arab kepada tulisan dan bermulanya
perkembangan seni kaligrafi iaitu penemuan batu bersurat di Kuala Terengganu
pada tahun 1889M, batu nisan di Pekan, Pahang (419H) dan di kedah(291H)
merupakan titik tolak bermulanya kesenian islam. Tulisan kaligrafi pada batu
bersurat itu telah menerangkan hukum-hukum syarak.Antara hukum yang
diperjelaskan ialah hukum bagi penzina dan sebagainya. Manakala, tulisan pada
batu nisan pula diukir dari ayat-ayat Al-Quran dan syair dengan gaya Thuluth
kaligrafi yang terpahat di batu-batu nisan ini mempunyai nilai seni dan ukiran
yang sangat baik dan menunjukkan si mati mempunyai kedudukan yang sangat
baik. Fungsi kaligrafi pada zaman itu dianggap hiasan tetapi lebih ke arah
pendidikan.
Pada zaman tamadun melayu, pengukir-pengukir kaligrafi melayu
menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan motif tumbuh-tumbuhan pada sarung dan
bilah keris kelewang, parang dan lembing. Penenun songket pula menggunakan
motif kaligrafi pada hiasan songket.Kaligrafi juga digunakan pada mata wang
rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Melaka). Sultan Abdul
Jalil Shah (Johor) juga menggunakan seni kaligrafi islam pada mata wang emas.
Ayat-ayat Al-Quran yang bermotifkan kaligrafi telah diukir pada dinding-dinding
masjid sebagai hiasan.Contohnya di dinding Masjid Tengkera, Melaka.
SENI BINA
Kedatangan islam ke alam melayu telah mengikis sisa-sisa Hindu-Buddha yang
telah bertapak di Wilayah Langkasuka dan Srivijaya. Kuil-kuil mula ditinggalkan
manakala satu demi satu bangunan masjid mula didirikan. Islam juga tidak
ketinggalan dalam mempersembahkan tamadun yang menjelma sebagai satu
cara hidup yang unggul. Fungsi masjid dahulu tidak terhad hanya kepada solat
jemaah sahaja malahan ia turut menyatukan hubungan antara manusia dan
manusia melalui kegiatan tarbiyah, dakwah dan mesyuarat serta kegiatan-
kegiatan yang dibenarkan oleh syariat. Berhubung dengan pembinaanya,
separuh pendapat menyatakan ia dibina oleh alim ulama dari Jawa. Dari segi
bentuknya, ia mempunyai dinding tiga tangkup dan bertiang sama seperti Masjid
Agung Demak. Kebanyakan masjid awal menggunakan bumbung berbentuk
meru.Bumbung meru berhubung rapat dengan iklim dan persekitaran
setempat.Ia bukan sahaja memudahkan curahan air tetapi juga membenarkan
peredaran udara keluar masuk dengan bebas. Bahagian atas yang tirus
melambangkan kemuncak perjuangan seseorang mencapai keredaan Allah
S.W.T. Manakala, bahagian bawah yang luas melambangkan orang ramai
menurut Othman Mohd Yatim. Bumbung meru ini juga menurut orientalis,
membayangkan pengaruh sisa-sisa Hindu-Buddha berdasarkan sebuah candi
yang terdapat di Jago, Sumatera dan model-model pagoda dari China. Reka
bentuk bumbung tersebut dihubungkan dengan cuaca dan mutu ketahanan kayu
Bentuk masjid awal di alam melayu mempunyai reka bentuk yang hampir
sama. Antara unsur-unsur penting yang dikekalkan ialah mimbar, mihrab, ruang
solat dan tempat wudhu’. Bumbung meru telah digantikan dengan kubah gaya
moor dan menara. Kubah berbentuk moor dijadikan satu ikutan kebanyakan
masjid di Malaysia. Kubah tersebut merupakan seakan-akan bentuk payung
yang berkembang seolah-olah melambangkan perkembangan islam di tamadun
melayu. Antara fungsi masjid pada tamadun melayu ialah tempat
melangsungkan pernikahan, memberi dan menerima al-Din, umat islam
berkumpul, dan penginapan percuma bagi musafir. Masjid juga melambangkan
ungkapan ketaqwaan serta kebesaran islam. Menara yang dibina tinggi untuk
memperdengarkan azan lima kali sehari semalam. Manakala, mihrab merupakan
penunjuk arah kiblat yang menghadap Kaabah dan mimbar tempat di mana
khatib memberikan khutbah. Kebanyakan arkitek di Malaysia telah
mengaplikasikan bentuk kubah dan senibina islam dalam binaan bangunan pada
masa kini. Antara contohnya ialah Pejabat Perdana Menteri (Putrajaya), Istana
Negara dan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad Kuala Lumpur (Ibu Pejabat
KTM).
SENI SUARA
Seni suara wujud di mana-mana dan bila-bila masa dalam pelbagai kegiatan
kehidupan manusia.Sesuatu perbuatan dikatakan berseni jika memperlihatkan
sesuatu istimewa dan mempunyai daya penarik.Percakapan dihiasi kata-kata
indah dipanggil seni kata.Percakapan itu sedap didengar dan mempunyai daya
penarik contohnya kata-kata sopan, bermadah, pantun, dan syair tergolong
dalam kata-kata seni.Seni cakap yang sopan dan benar adalah tuntutan agama.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:”sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t
dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik mahupun dia diam.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Azan yang menyeru melakukan solat adalah sebahagian seni
suara.Perkataannya amat tinggi seninya yang mengandungi kalimah suci
mengagungkan Allah s.w.t, menyeru melakukan perintah Allah s.w.t dan
mengajak kebaikan untuk kejayaan semua. Azan dilaungkan di seluruh
penempatan yang ada manusia untuk mentauhidkan Allah s.w.t. Justeru mudah
untuk mengetahui mengenai adanya umat islam di sesuatu kawasan jika
kedengaran azan. Seni suara pada masa kini turut diperdengarkan pada majlis-
majlis tertentu seperti majlis cukur jambul,berkhatan,marhaban dan berzanji.
Selain itu,seni suara turut digunakan untuk melagukan ayat-ayat Al-Quran iaitu
taranum. Malah perkembangan seni ini semakin berkembang apabila ia
digunakan dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid .Oleh itu,perkembangan
seni suara semakain berkembang dan seiring dengan perkembangan-
perkembangan yang lain.
Minggu 7.
SOALAN: APAKAH CIRI-CIRI PEMODENAN YANG BERJAYA DILAKUKAN
OLEH MAHARAJA MEIJI PADA ZAMAN PEMERINTAHANYA ?( 1897 -1912)
PENGENALAN
Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris “the
sourse of the rising sun”.Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon
atau Nippon. Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia,
menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800
kilometer(2,360 batu). Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi
(145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau
utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi
lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya
zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan
Tokugawa (1603-1867).Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan
secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai
aspek politik, ekonomi dan sosial.
Pihak Shogun telah mengamalkan ‘Dasar Tutup Pintu’.Jepun
mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatannya
daripada ancaman kuasa-kuasa besar.Keadaan ini menjadikan Jepun sukar
menerima pembaharuan daripada kuasa barat.Keadaan ini sebaliknya telah
berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun. Kapten Perry dan Shogun
telah menandatangani Perjanjian Kanagawa yang menandakan tamatnya dasar
pemencilan yang diamalkan sekian lama.
ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912)
Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan
Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan
Jepun.Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih
kuasa pemerintahan.Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan
pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera.Objektif utama dalam dasar luar
mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah,
mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras
dengan kuasa barat.
Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin
terkemuka seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu,
Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran
Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat
terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji
telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi
Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang
menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial .Ia melibatkan penyerapan
teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.
KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN
KEHIDUPAN
Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat
Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri
setanding dengan ketamadunan barat.Keempat-empat prinsip ini telah
disematkan di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan
mencipta keunggulan di dunia.
Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat
untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga
melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman
dan Perancis.
i. Fukoku Kyohei- ‘Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi’. Prinsip ini mendokong
cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah
memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya
rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja
kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.
ii. Bunmei Kaika- ‘Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan’. Prinsip ini
mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan
dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada
seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh
dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu
negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa
Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.
iii. Shokusan Kogyo- ‘Menjalankan Program Perindustrian Berat’. Prinsip ini
mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan
perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia.
Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di
lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu mengeksport barang-
barangnya ke seluruh dunia.Ramai orang Jepun telah dihantar ke negara barat
untuk menimba ilmupengetahuan dan pulang ke Jepun sebagai perintis serta
penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan perindustrian.
iv. Kokusai- Kankei ‘Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa
untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan
perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus
berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen
penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui konsep ‘kaizen’ dan
‘arigato’.
ASPEK SOSIAL
Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan
masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan
Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan
teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan
bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa .
Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan
seharian mereka.
Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan
rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan
Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar pendidikan
Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya
barat yang bersifat selektif.
Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:-
i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan
Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran
membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah
pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871
dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 )
berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan
negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan. Jepun
telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan
Russia.
ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai
(semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan
hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal
diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan rakyat
Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan falsafah
perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian, falsafah kokutai
menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang untuk menjadikan orang-
orang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada
maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah
menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan social yang rukun damai
bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang
terjamin lagi aman.
iii. Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu.
Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu
sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu
1880- an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877,
Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti Waseda
1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun
yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.
iv. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang
pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke
dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan
terabai dan rakyat lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa
adanya kepakaran dan buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan
ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.
ASPEK EKONOMI
Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada
Shogun Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang
gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan
Negara Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri
perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya.Perusahaan kapal-kapal
kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi.
Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan
berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan
pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana
Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.
Pada tahun1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk
meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun.Kedua-dua
pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan
dan menggalakkan perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti
Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin
mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini
telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka,
Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan
antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal
dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar.
Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan
Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905.
Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara
barat.Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji
telah berjaya membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri
tidak lagi menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara
keseluruhannya. Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji
juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf.
Perkembangan ini adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan
revolusi industri berat seperti penubuhan kilang-kilang simen, besi,pembinaan
pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika
pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.
Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh
Pemerintah Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk
kesejahteraan rakyat Jepun.Dimulakan dengan perindustrian bercorak
berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan
secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal.Selepas tahun 1870 kerajaan tealh
mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal
yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan
lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan
dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesin-mesin dan
menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran,
perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil, simen, dan kertas
ditubuhkan.
Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan
daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi).
Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido.
Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para
pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian,
khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden,
baja kimia, cara mengawal penyakit, pemasaran dansebagainya.
Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden
dengan cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam
bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di
Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi
tumpuan utama.Tumpuan juga diberi pada program perindustrian
berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha memperkembangkan industri besi
dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah, pembinaan untuk melahirkan sebuah
masyarakat usahawan dan negara industri.
Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi,
Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan
pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi
syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan.Zaibatsu
Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin
Meiji.Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan
seperti pembinaan jalan raya, landsan keretapi, penubuhan bank-bank dan
sebagainya.
Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek
perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara.
Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ‘ryo’
kepada ‘yen’.Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan
bagi mengurus ekonomi Jepun.Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah
menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti
perdagangan baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji
masalah-masalah perdagangan di dalam dan di luar negeri.Pusat ini juga
ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh
Negara.Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank
Industri pada tahun 1900.Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu
bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik.
Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan
raya, sistem keretapi, sistem pos dan telegraf, penerimaan organisasi saham
bersama sebagai satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik
negarakan kilang-kilang.5.0POLITIKSebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui
pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb Januari 1868, beliau telah melafaz
beberapa ikrar.Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf
negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu:
Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen
Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran.
Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan.
Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada
orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam.
Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan
perlu dihapuskan.
Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai.Sistem bayaran cukai secara
tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan.Bayaran wang
secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai
pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang
yang baru. Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan
sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi.
Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji.Ini
membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan
rakyat.Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan
terbentuklah pemerintahan pusat.pemerintah Meiji juga telah menamatkan
system ‘class’. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan
samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam
mendapatkan keistemewaan-keistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya
dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.
Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan
Meiji ( Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan
Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan
Perwakilan. Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar pemencilan
kepada dasar berbaik-baik dengan negara barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar
negeri Terajima Munenori, telah membuka jalan perundingan dengan Amerika
Syarikat.
Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin-
peminpin negara barat khususnya Britain, Amerika Syarikat, German, Perancis,
Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk menimba berbagai-bagai disiplin
ilmu khususnya sains dan teknologi. Pemerintah Meiji juga menumpukan
kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan
Angkatan Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah Perkasa- Berani
Mati (Harakiri dan Kamekaze).
Minggu 8.
SOALAN: Huraikan peranan agama Islam dalam membantu pembinaan
Tamadun China.
GERAKAN ISLAM DI CHINA
Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang
lalu.Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah
mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara
sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah,
Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi dakwah ini telah berjaya
melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari ini.Dan
jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan
China.Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahin 1990,
bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja.
Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat
Islam membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China
seperti Xinjian, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada
catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, hanya
di dalam rekod Dinasti Tang mennerangkan tentang hubungan diplomatik yang
terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain.
Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing
dari Madinah, Annam dan kemboja.Apabila orang dari Madinah tiba mereka
menyembah langit tanpa ada tugu atau tiang di hadapan mereka, mereka juga
tidak makan khinzir dan minum arak serta memakan makanan yang disembelih
sahaja.Mereka kemudiannya menetap di Canton dan mendirikan satu
penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih, di sana juga
berlaku perniagaan diantara mereka dan penduduk di kawasan tersebut. Maka
selepas beberapa tahun terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di sana.
PERMULAAN GERAKAN ISLAM
Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di
wilayah selatan China.Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting
bagi para pedagang.Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik
untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Keadaan ini membawa kepada jalinan
hubungan politik dan perniagaan antara umat Islam dengan dinasti-dinasti yang
memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini membolehkan
kedua-dua pihak memberikan perlindungan apabila keadaan memerlukan.
Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin dengan wanita-wanita
tempatan dan ini memberi kemudahan bagi umat Islam untuk menyebarkan
Islam di sana. Hasil daripada perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti Islam
yang cukup besar di China dan akhirnya telah membentuk identitinya sendiri.
Semasa China berada di bawah pemerintahan Mongol ada di antara
kalangan umat Islam yang dilantik menjawat jawatan penting dalam
kerajaan.Bagi membantu pentadbiran empayarnya.Hasilnya Islam dapat
berkembang dengan pesat pada abad ke 12 ketika itu serta ianya diterima baik
oleh semua pihak.Kecekapan dan keadilan di samping sifat amanah yang
ditunjukkan oleh mereka berjaya meningkatkan imej di kalangan orang
cina.Akhirnya agama Islam dapat diterima dan diiktiraf sebagai agama
Negara.Pembinaan masjid-masjid di beberapa buah bandar besar dilakukan
dengan giat sekali dan menjadi bukti kukuh tentang Islam melalui zaman
kegemilangan dan keemasan dibawah pemerintah Mongol.
ISLAM DAN PERADABAN CHINA
Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat
beliau. Di antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China
ialah khalifah Usman bin Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti
Tang.Maharaja Yung Wei menjalankan dasar-dasar liberal terhadap kemasukan
orang luar.Khalifah Usman mengutuskan 15 orang Islam bagi berdakwah ke
China.Walaupun rombongan itu tidak berjaya megislamkan maharaja, mereka
tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam dikalangan penduduk tempatan.
Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China digunakan sepenuhnya bagi
menonjolkan kecantikan dan keindahan ajaran islam.
Selain berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang
kemudiannnya diterima sebagai sebahagian daripada peradaban China. Malah
ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan ajaran Confucius yang
mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini membolehkan
islam diterima dengan baik oleh masyarakat China. Kehadiran umat Islam di
China tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing.Umat Islam turut memainkan
peranan dalam membina, membangun serta mewarnai peradaban China.
Sumbangan umat Islam ini berlanjutan hingga pemerintahan Bani
Umaiyyah dan Bani Abbasiyah.Duta-duta ini dihantar ke China bagi menjalinkan
hubungan yang baik dengan pemerintah disana.Hubungan itu bukan sekadar
dalam bidang diplomatik semata-mata tetapi menjangkau sehingga kepada
kerjasama dalam bidang politik dan ketenteraan.Khalifah Al-Mansur menghantar
sepasukan tentera bagi membantu Maharaja Su Tsung dalam menghadapi
pemberontakan yang berlaku di wilayah Si Ngan dan Honan.
Sebagai menghargai bantuan yang diberikan itu, Maharaja membenarkan
umat Islam berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di China. Hasil
daripada proses kahwin campur ini melahirkan suatu ikatan persaudaraan antara
orang Arab dengan orang China. Selain membentuk ikatan sosial melalui
perkahwinan, umat Islam juga menjalinkan hubungan mereka dengan orang
China melalui perdagangan.Kemuncak kepada hubungan dagang antara orang
Arab dengan orang China dikatakan berlakusemasa pemerintahan Khalifah
Harun ar-Rasyid pada tahun 786-809 Masihi.Manakala penglibatan secara aktif
umat Islam didalam politik dan pentadbiran negara China berlaku semasa
pemerintahan Mongol dan Dinasti Ming.Umat Islam dilantik menjadi jawatan
penting dalam kerajaan sekaligus menunjukkan betapa Islam mempunyai
kedudukan yang cukup tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam
pemerintahan negeri China.
Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan
negara yang mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas
rakyat China.Menurut para sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-
jawatan penting dalam pemerintahan Kublai Khan beragama Islam.Hal ini
memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran Mongol.Seorang
yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima
tentera kerajaan Mongol.Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah
sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu
sehingga ke penghujung ajalnya.Umat Islam dipandang tinggi di China dan
mereka dihormati.Mereka juga dikenali dengan orang yang amanah.
Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri
kewangan dan mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan
perdagangan. Contohnya, pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M)
menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh Khalifah
Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai dagangan dan
pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada kaedah
yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam.
Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan
pentadbiran tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam
dalam bidang sains, astronomi dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun
yang lalu.Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar
dan Abdulla.Mereka mencipta kalendar yang mempunyai tambahan 7 hari dalam
setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan pusingan matahari dan
bulan.Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan ilmu
pengetahuan berkembang dengan pesat.
Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan
dengan kaedah pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang
sama dapat diperhatikan pada era pemerintahan dinasti Ming yang
memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam digunakan bagi
mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih
percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah lama
telahmengetahui bumi ini sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari.
Teori ini yang digunakan oleh dinasti China bagi menjelajah laut yang terbentang
sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng Ho.
Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan
karya-karya falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah
Shih Ching atau Classic of songs yang mengandungi 305 lagu.Sanjungan
kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang
menghasilkan sejumlah karya besardalam bahasa Cina.
Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi
mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca.Dinasti Yuan
menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian bintang pada
tahun 1272 Masihi.Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang
berkaitan dengan peredaran bintang.Salah seorang daripada ilmuan itu adalah
Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi.Beliau menterjamahkan banyak
penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina.Jamludin juga memperkenalkan
calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan
sebagai takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan.Banyak kalendar yang digunakan
oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam bidang-bidang undang-undang,
bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada warisan
peradaban China yang tiada tolak bandingnya.
Minggu 9.
SOALAN: TAMADUN INDIA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT
DENGAN AGAMA. BINCANGKAN KENYATAAN INI.
PENDIDIKAN
Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik.Pendidikan
pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi
terasnya.Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum
lelaki.Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima
pendidikan.Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-
kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang
penting.Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami
kitab-kitab Veda tersebut.
Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk
menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.Tumpuan pendidikan ialah
agama.Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup
sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama.Pendidikan tinggi
telah diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang
berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya
Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.
FALSAFAH
Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang
bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda.Kitab Veda terdiri
daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad,
Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang
terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan
ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme.
SAINS DAN TEKNOLOGI
Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik.Pengetahuan
tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.Ilmu matematik telah wujud
dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta.Ahli matematik
India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah
memperkenalkansistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.Sistem
angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic.Ilmu
perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam
fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.
SENI BINA
Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik.Hal ini
dapat dilihat pada binaan Great Bath.Oleh sebab kehidupan masyarakat India
sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut
berkembang berdasarkan keagamaan.Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan
agama Buddha dan Hindu.Antara binaan yang mengagumkan termasuklah
binaan kompleks kuil di Gua Ajanta.Kompleks ini mempunyai 20 buah
kuil.Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua
dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang
berbeza.Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah
seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya.Bahasa utama pada
Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit.
Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya
termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana.Mahabharata menceritakan
peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat.Ramayana pula
ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan
raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.
SISTEM SOSIAL
Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam
sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah
institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia
yang lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria,
Vaisya dan Sudra.Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang
berbeza.Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan
sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara lainnya, seseorang
lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak
boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.
Minggu 10.
SOALAN: DENGAN MELAYARI INTERNET ,SILA DAPATKAN MAKLUMAT
MENGENAI ISU-ISU SEMASA BERKENAAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT.
Multaqa’ Staf ABIM Dan Agensi
Pada 7 Mac yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan
majlis multaqa’ membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi
berkaitan seperti Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Yayasan Takmir
Pendidikan, Islamic Outreach ABIM, Hospital Al-Islam, serta Kolej Darul
Hikmah.Multaqa’ ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa staf sepenuh masa
ABIM serta agensi-agensi yang telah mencurahkan segala keringat, idea serta
masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM di setiap lapangan kehidupan
dapat dijalankan dengan lancar, di samping memperbaharui tekad serta
menyegarkan kembali visi dan misi untuk membangun Khayra Ummah melalui
pembacaan deklarasi-deklarasi oleh wakil-wakil agensi, serta majlis bacaan ikrar
oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM, Dr Amran Muhammad.
Pertemuan Peguam Pembela Islam
Pada 13 Februari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi biro
undang-undang, telah mengadakan pertemuan membabitkan wakil Peguam
Pembela Islam, Saudara Abdul Rahim Sinwan, Naib Presiden Antarabangsa
ABIM merangkap pengerusi Dewan Pembela ABIM,Saudara Azril Mohd Amin,
Exco Undang-undang ABIM, Saudara Jufitri Joha, serta beberapa orang
peguam. Sepanjang pertemuan ini, mereka yang hadir telah sama-sama
berbincang serta berkongsi pengalaman berkenaan dengan isu-isu semasa
seperti murtad, penggunaan kalimah Allah, serta beberapa isu muktahir
berkaitan dengan perundangan syariah serta kedudukan Islam dalam konteks
perlembagaan di negara ini. Kesimpulannya, mereka yang hadir telah
memutuskan untuk membentuk barisan peguam muda pembela Islam untuk
menangani isu-isu berkenaan dalam pelbagai kapasiti.*Barisan Peguam Muda
Pembela Islam mengalu-ngalukan penyertaan dikalangan barisan para peguam
muda Islam. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada
ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin
14 Feb 2008 Sabtu, Ampang - ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik
Menangani Isu Palestin bertempat di Islamic Outreach ABIM (IOA).Bengkel
tertutup tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta
Setiausaha ABIM Negeri.Antara keputusan yang dicapai dalam bengkel tersebut
termasuklah strategi jangka panjang untuk menangani isu Palestin yang
melibatkan kerjasama pertubuhan di peringkat antarabangsa, selain
memperkemas kempen boikot produk Israel dan pro-Zionis.Turut dilancarkan
dalam bengkel tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan
Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam' tulisan Dr. Majid Irsan Kailani.
ABIM Sertai Pameran Festival Perkembangan Ekonomi Islam (I-Fest)
Bermula daripada 22 januari sehingga 26 januari yang lalu, Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), telah menyertai Festival Perkembangan Ekonomi Islam
Malaysia (I-Fest) anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) di
Mid Valley Megamall. Sepanjang program tersebut, gerai ABIM telah menerima
kunjungan daripada pelbagai pihak termasuk daripada Ketua Pengarah YAPEIM
sendiri, Datuk Abdul Malek Awang Kechil, yang berminat untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai ABIM di samping membeli beberapa buku serta
penerbitan terkini keluaran ABIM,termasuk buku terbaru 'Isu-isu dalam pemikiran
Islam' yang ditulis oleh Dr Mohd Farid Shahran, Timbalan Presiden ABIM.Di
samping itu, gerai ABIM juga turut membuka tabung sumbangan GAZA untuk
membolehkan para pengunjung menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa
kekejaman di GAZA. Ribuan terima kasih diucapkan di atas sumbangan yang
diberikan dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.
ABIM Serahkan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan A.S
Pada 9 hb Januari yang lalu, Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Encik Azril Mohd Amin bersama dengan wakil-wakil NGO yang
bernaung di bawah Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Menentang
Penindasan Rakyat Palestin (Complete), semalam telah menyertai perhimpunan
bantahan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza di hadapan
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Di samping itu, beliau beserta
wakil-wakil NGO tersebut juga turut menyerahkan memorandum bantahan
kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di atas sikap membisu negara kuasa
besar dunia tersebut ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel . Pada hari
yang sama juga, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghantar
wakilnya, Saudara Muhd Raimi Abd Rahim untuk menyertai pelancaran kempen
boikot barangan keluaran syarikat yang menyumbang kepada keganasan Israel,
yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kempen ini yang dilancarkan
oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Presiden ABIM Sertai Perhimpunan Aman Palestin
Pada 10 hb Januari yang lalu, Aman Palestine telah menjemput Presiden ABIM,
saudara Yusri Mohamad, untuk memberikan ucapan di Perhimpunan Palestine di
Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Dalam ucapannya itu,
saudara presiden telah menyeru kepada para hadirin untuk sama-sama berdoa
agar menjadi generasi ataupun kelompok yang mampu meneruskan
kesinambungan perjuangan suci Salahuddin Al-Ayyubi untuk membebaskan Al-
Quds dari cengkaman Zionis. Selain saudara presiden, ABIM juga diwakili oleh
beberapa orang aktivis dari ABIM Pusat serta ABIM Selangor, yang sama-sama
hadir untuk menzahirkan sokongan mereka ke atas usaha mengurangkan
penderitaan serta kesengsaraan yang dialami oleh penduduk-penduduk di Gaza.
( Sila Lihat Rakaman Video Disini www.madanitv.net )
Misi Skuad Prihatin Ke Pahang
Kuantan,10 Januari 2009/13 Muharam 1430H – Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) di bawah Skuad Prihatin(SP) melalui misi kemanusiaan Bencana Alam:
Banjir di Pantai Timur telah menghantar seramai 7 orang aktivis yang diketuai
oleh Dr.Saifullah Al-Hany Abd. Halim, Ketua Biro Kesihatan ABIM. Rombonan
kali ini menuju ke Pusat Pemindahan banjir daerah Pekan yang terletak di balai
raya Kg. Acheh.Sebanyak 6 keluarga yang terdiri 20 orang ahli keluarga telah
menghuni pusat pemindhan tersebut. SP juga telah dibantu oleh Sdr. Mahadi
Deraman, SU ABIM Pahang dan 9 orang sukarelawan ABIM Pahang ( pelajar
perubatan dari UIA kampus Kuantan ) bagi membantu mangsa banjir.Misi kali ini
telah dipecahkan kepada 3 skuad iaitu skuad pemeriksaan kesihatan yang
menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang percuma kepada
penduduk kampung. Skuad kedua,skuad agihan barangan(hygiene kit dan air
mineral ABIM) yang diagih kepada lebih 25 buah rumah sekitar kg. Acheh dan
Kg. Sg.Ganchong.Skuad ketida skuad kidmat masyarakat yang ditugaskan untuk
membantu.
Siaran Media 21 Disember 2008/23 Zulhijjah 1429 - Penswastaan Institut
Jantung Negara (IJN) Wajar Dibatalkan Sahaja.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebagai sebuah institusi rakyat yang
prihatin, membantah keras cadangan menswastakan Institut Jantung Negara
(IJN) kepada Sime Darby Sdn. Bhd. IJN merupakan satu-satunya pusat
perubatan pesakit jantung di negara ini yang menawarkan perkhidmatan yang
bermutu dengan kadar bayaran yang berpatutan. Penswastaan IJN yang
bermotifkan keuntungan komersial dikhuatiri akan meningkatkan kos rawatan
yang seterusnya membebankan pesakit. ABIM menegaskan bahawa
perkhidmatan kesihatan adalah berteraskan keperluan umum atau public need
yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan secara percuma atau pada kadar
yang berpatutan.
Hari Kedua Di Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM
Bangi 20 Disember2008 - Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM, diteruskan lagi
pada pagi ini dengan sesi pembentangan Slot pertama oleh dua Tokoh ABIM
iaitu Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dan Tuan Hj. Abd Halim Ismail. Sesi
ini di pengerusikan oleh Sdr. Shirajuddin Sirat salah seorang peserta
Tamrin.Dimulakan dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr Halim El-
Muhammady dengan kertas kerja beliau yang bertajuk "Tarbiyyah Qur'aniyah
Pemantap Kerohanian Dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi
Cabaran Masa Kini".
Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah Peringkat Kebangsaan
Pada 25 jun 2008 Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah Peringkat
Kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan
kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) dan Universiti
Malaya (UM) telah diadakan bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.
Presiden ABIM, Tn.Hj. Yusri bin Mohammad telah diberi penghormatan dengan
dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk Isu-isu semasa Umat Islam dan
Cabarannya. Turut sama dijemput untuk menjadi ahli panel di dalam forum
tersebut adalah Prof. Dato’ Muhammad bin Abu Bakar dari Universiti Malaya.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Ismail bin Noor dari JAKIM. Seminar
ini dianjurkan khusus untuk membincangkan kepentingan menjaga survival umat
Melayu di zaman ini, dengan tumpuan diberikan khusus kepada agenda Islam
secara keseluruhannya. Seminar ini meliputi perbincangan membabitkan
pelbagai mauduk penting, di samping merangka perencanaan secara sistematik
dan keperluan untuk merubah sikap kaum Melayu.
Minggu 11.
SOALAN: HURAIKAN 5 DARIPADA 10 PRINSIP ISLAM HADHARI
Maksud Islam Hadhari
Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari ? 'Islam Hadhari' adalah
gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : 'Islam' dan 'Hadhari' (sifat). Asal
perkataan 'Hadhari' ialah 'Hadharun' - 'Hadharatun' (Hidup di Bandar) yang
membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun - lawan kepada
perkataan 'badawah' ( kepedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada kata
dasar tersebut maka perkataan 'hadharah' ataupun sifatnya 'hadhari' bolehlah
ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan
kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi
memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual
mengikut keperluan dan peredaran semasa (waqie).
Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila
komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta
apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang
progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat.
Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan
oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di
sekitarnya.Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam
masyarakat manusia serta menyebarluas faktor-faktor kebaikan dan
kebahagiaan di kalangan manusia sejagat.
Bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara
kemajuan duniawi dan juga persiapan ukhrawi dalam Pembangunan Islam
Hadhari di Malaysia, maka Y.A.B Perdana Menteri telah memberi penekanan
kepada Kehidupan Berkualiti sebagai salah satu daripada 10 Prinsip Utama
Islam Hadhari:
1. Keamanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merderka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.
Prinsip Pertama: KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH
Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya.al-qur’an dan sunnah
Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan
kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan
nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri
dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang
cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-A’raaf :96,
yang bermaksud :
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertaqwa,tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, darilangit dan bumi . Tetapi mereka
mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.
Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka
yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam
agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 256, yang bermaksud:
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia
telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus
dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah SWT berfirman, yang bermaksud:
“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”
Prinsip Kedua: KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH
Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut
kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWTdalam surah an-
Nahl : 90 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini)
supaya kamu mengambil peringantan mematuhi-Nya”.
Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa,
kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan
peruntukan dalam al-qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman
dalam surah al-Maa’idah : 8, yang bermaksud:
“Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu
berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir
kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha
mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,
“Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan
memotong tangannya”.
Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan
kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis
Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT berfirman dalam surahan-Nisa : 58, yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila
kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada
kamu.Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa
melihat”.
Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya :
“Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”
Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good
governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan
negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah)
melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana
ditegaskan dalamal-qur’an surah Saba’ : 15, yang bermaksud:
“Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu:
dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)”.Yang terletak disebelah kanan dan
di sebelah kiri (Kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): ”Makanlah dari
rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu in
iadalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan
yang Maha Pengampun”.
Prinsip Ketiga: RAKYAT BERJIWA MERDEKA
Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat
yang berjiwa merdeka.Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan
inovatif.Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang
dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat
bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan
firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70, yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah
beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan
kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik
serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-
makhluk yang telah kami ciptakan”.
Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap
terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam
menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif
yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.Masyarakat yang berjiwa
merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang
dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai
landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.
Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana
mungkin sehingga mampu memartabatkan jati diri, imej keluarga, integriti
masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan
yang tidak berbelah bahagi.
Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta
bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang
tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang
terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.Makna jiwa
merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata
tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja
bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara.
Prinsip Keempat: PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN
Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan
kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya
kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat
ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi
melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat
Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam
al-qur’an surah al-Mujaadalah: 11, yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) –
beberapa darjat .Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuan-Nya
tentang apa yang kamu lakukan”.
Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak
akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad
dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif
mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.
Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu
intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi
melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan
ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya
menyumbangterhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.
Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu
fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui
sistem pendidikan yang melengkapi dwipengkhususan dan double Major, kita
boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan
negara dan ummah.
Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi
amat digalakkan dalam tradisi Islam.Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam
penguasaan sains dan teknologi pada masa kini.Sewajarnya usaha pengkajian
dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas
pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang,
menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah a-li
‘Imraan : 190, yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal”.
Prinsip Kelima: PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN
KOMPREHENSIF.
Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi
keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha
memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan
melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan
ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa. Ini bertepatan dengan
firman Allah S.W.T dalam surah al-Jumu’ah : 10, yang bermaksud:
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi
(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang kamu
hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam
segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)”.
Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu
sama-sama berperanan secara bersepadu.Ini sudah pun diberi penekanan
dalam konsep pensyarikatan Malaysia.Islam Hadhari menuntut setiap
masyarakat merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka.
Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam
negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan,
mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan
ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai.
Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari.
Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat
semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Dalam rangka yang
sama pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat
kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta.
Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa
dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan
kepada rakyat.
Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu,
perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada
perkembangan tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan
menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi
keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang
sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat, adalah sesuatu yang
dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan
berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan teknologi tersebut. Jelas sekali
bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif
di mana pencapaian pembangunan ekonomi negara mampu menjana kepada
wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif.
Top Related