1.0 PENGENALAN
Malaysia, sebuah negara yang pesat membangun mengikut acuannya
tersendiri. Kewujudan Bandar bukan sahaja menandakan jumlah penduduknya yang
semakin meningkat tetapi juga membuktikan bahawa fungsi sesuatu kawasan itu
sudah berubah mengikut perkembangan yang berlaku yang di kawasan tersebut.
Bandar, mempunyai pelbagai tafsiran. Menurut Wan Ibrisam Fikry (1997), Bandar
ditakrifkan sebagai pusat kepada kekuasaan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial
dalam masyarakat. Di dalam sesebuah Bandar pula, lahir pelbagai inovasi dan
kawalan pembangunan. Manakala menurut Jabatan Perangkaan Malaysia menerusi
Buletin KKLW 2011 mendefinisikan Bandar dalam Banci 2010 sebagai “kawasan
yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan
kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih”.
Kewujudan Bandar selari dengan proses Perbandaran yang merujuk kepada
proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar Bandar kepada Bandar. Ianya
berlaku apabila petempatan Bandar berkembang menjadi Bandar yang lebih besar dan
kompleks. Selain itu, perbandaran juga merujuk kepada proses pertumbuhan dan
pembinaan sesuatu Bandar. Hasil daripada proses perbandaran, sesebuah Bandar itu
akan menjadi pusat tumpuan kepada pelbagai aktiviti pentadbiran, perbankan,
komersia dan perumahan. Keadaan ini menyebabkan kawasan bandar menerima
pelbagai kemudahan berbanding keadaan di luar Bandar.
Kesan perbandaran telah mengakibatkan negara ini terdedah dengan masalah
aktiviti globalisasi antaranya melibatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk.
Setiap hari, ada sahaja laporan mengenai ancaman keselamatan penduduk samada
jenayah ragut, pecah rumah, kemalangan jalan raya dan lain-lain lagi diberitakan oleh
media-media tempatan samada oleh media cetak mahupun media elektronik. Aspek
keselamatan menjadi begitu kompleks, kualiti hidup yang ingin dikecapi oleh rakyat
terbatas dek kerana ancaman-ancaman yang berlaku di persekitaran mereka. Justeru,
inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan Bandar Selamat dilihat kena pada masanya dan
difikirkan perlu.
1
2.0 DEFINISI BANDAR SELAMAT
Konsep bandar selamat ini merupakan satu pendekatan yang diambil bagi
menyelesaikan isu keselamatan yang berlaku di dalam kawasan Bandar. Pada
awalnya, konsep ini telah diutarakan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
(YPJM) pada awal 1998 yang mana YPJM telah mengemukakan cadangan supaya
Kerajaan melaksanakan program yang bersesuaian sebagai langkah untuk menangani
isu jenayah di Malaysia. Lanjutan daripada itu, Kerajaan melalui Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Program Bandar Selamat pada
10 Ogos 2004.
Di Malaysia konsep bandar selamat boleh ditakrifkan sebagai bandar yang
bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan mental di samping persekitaran
yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara. Sehingga kini, konsep bandar
selamat di negara ini telah pun dilaksanakan berpandukan kepada garis panduan
Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) yang disediakan oleh
Jabatan Perancang Bandar dan Desa. CPTED menggunakan 4 prinsip dan 3 strategi
mudah untuk menghasilkan persekitaran fizikal yang selamat supaya dapat
mempengaruhi perlakuan manusia dari melakukan jenayah dan mengurangkan
perasaan takut berlakunya jenayah di samping meningkatkan kualiti persekitaran dan
kehidupan.
2.1 Prinsip CPTED adalah:
2.1.1 Pengawasan semula jadi (natural surveillance) seperti kedudukan tingkap dan pintu yang membolehkan penglihatan yang jelas dan tidak terlindung. Ini akan mewujudkan risiko kepada penjenayah untuk melakukan kesalahan;
2.1.2 Pengawalan akses semula jadi (natural access control) dengan pintu, pintu gerbang, pagar, landskap kejur dan lembut, kad keselamatan atau elemen fizikal lain.
2.1.3 Kejelasan sempadan (territorial reinforcement) dapat menunjukkan pemilikan sesuatu kawasan dan dapat mengesankan penjenayah dengan cepat ; dan
2
2.1.4 Pengurusan dan penyelenggaraan (management and maintenance) secara berkala untuk mengelakkan tapak atau bangunan terbiar dan kosong yang akan mengundang aktiviti jenayah seperti sarang dadah dan penjenayah.
:
Garis panduan tersebut mengandungi 15 langkah pendekatan pencegahan
jenayah melalui rekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran
serta melalui pendidikan dan kegiatan kemasyarakatan. Langkah-langkah ini perlu
dilaksanakan oleh semua pihak berkuasa tempatan di peringkat majlis perbandaran
dan majlis bandaraya.
Menurut Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, untuk menjadi bandar selamat, sesuatu kawasan itu perlu mempunyai 15
ciri-ciri keselamatan dan kebanyakan kawasan di negara ini mempunyai hanya enam
ciri keselamatan termasuk cermin keselamatan, lampu jalan tambahan, rel
penghadang antara pejalan kaki dan pengguna motosikal dan kamera litar tertutup
(CCTV). Menurut beliau lagi, kawasan Bandar Selamat yang ada kini adalah Ara
Damansara 1 dan Desa Park City di Kuala Lumpur, serta Setia Eco Park, Shah Alam1.
2.1 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Program
Bandar Selamat.
PBT merupakan hierarki ketiga dalam sistem pentadbiran
Kerajaan Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
PBT terletak di bawah Kerajaan Tempatan yang mana mempunyai
hubungan dan urusan secara langsung dengan penduduk tempatan.
Subseksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
memberi kuasa kepada PBT untuk menjadi Pihak Berkuasa Perancang
Tempatan (PBPT). Ini bermaksud, majlis daerah, majlis perbandaran,
majlis atau dewan bandaraya adalah PBPT di kawasan pentadbirannya.
Pihak Berkuasa Tempatan pada umumnya diberikan kuasa oleh
1 Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini dipetik dari laporan akhbar Utusan Melayu, bertarikh 5 April 2011 ketika beliau merasmikan Karnival Bandar Selamat 2011.
3
undangundang untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada
dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam
keadaan sempurna sesuai dengan kondisi masyarakat setempat.
Sebagai Kerajaan Ketiga yang berhubung secara langsung dengan
masyarakat setempat, Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai peranan
yang luas. Contoh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang
menggariskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan meliputi:
(a) penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat
(b) pewujudan pusat-pusat perdagangan seperti pasar, gerai-gerai dan sebagainya.
(c) pengawalan ke atas kesihatan awam, kacau ganggu, keselamatan dan sebagainya.
(d) pelaksanaan tanggung jawab sosial yang meliputi pembangunan tempat-tempat awam, kolam renang dan sebagainya.
Dalam usaha menjayakan program Bandar Selamat ini,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan
PBT menjadikan Program Bandar Selamat sebagai agenda tetap dala
mesyuarat Majlis Penuh dan menghantar cabutan minit mesyuarat
tersebut kepada kementerian untuk tujuan pemantauan. Selain itu,
PBT perlu memandang serius, bertanggungjawab dan fokus dengan
menguatkuasakan setiap tindakan mencegah jenayah seperti penerapan
konsep Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)
dalam kelulusan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan
Kejuruteraan dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC),
melebarluaskan kesedaran awam, penyediaan papan tanda peringatan
jenayah, CCTV, pemasangan tempat letak motosikal berkunci dan
sebagainya di kawasan masing-masing.2
2 Dipetik dari Teks Ucapan Perasmian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Majlis Pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat bertarikh 5 April 2011 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.
4
3.0 MATLAMAT PROGRAM BANDAR SELAMAT
Terdapat empat matlamat utama program Bandar Selamat iaitu:
3.1 Mewujudkan Bandar yang bebas daripada keganasan seperti kes kecurian,
jenayah ragut, pecah rumah dan sebagainya yang menyebabkan kehilangan
nyawa dan trauma, kerosakan harta benda dan sosial;
3.2 Mewujudkan Bandar yang bebas daripada bencana alam seperti banjir dan
tanah runtuh;
3.3 Mewujudkan Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral
seperti penagihan dadah, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa,
integriti dan kerosakan moral; dan
3.4 Mewujudkan Bandar yang bebas daripada segala jenis kemalangan dalam dan
luar bangunan seperti kebakaran dan kemalangan jalan raya
4.0 LANGKAH / STRATEGI PELAKSANAAN BANDAR SELAMAT
Kertas kerja Pelaksanaan Bandar Selamat di negara ini telah dibentangkan
untuk makluman Jemaah Menteri di Kabinet pada 14 Julai 2004. Strategi dan
langkah-langkah pencegahan jenayah dirangka hasil daripada beberapa siri
perbincangan dengan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan khususnya Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Institusi Pengajian Tinggi serta Badan-Badan Bukan Kerajaan
(NGO) seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Gabungan Persatuan-
Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan
Perumahan Malaysia (REHDA). Bagi memberi gambaran yang jelas kepada semua
pihak terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara, sebuah Buku 15
Langkah Bandar Selamat telah diterbitkan pada Julai 2010 bagi menggantikan Buku
Panduan Edisi Keempat Program Bandar Selamat: Ilustrasi 23 Langkah Pencegahan
Jenayah yang telah diterbitkan pada Mac 2008 Urusetia Program Bandar Selamat,
5
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terdapat 3 strategi utama dalam pelaksanaan
Bandar Selamat yang terkandung dalam buku panduan tersebut iaitu:
4.1 Strategi I : Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal
Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dari Laluan Bermotor. Pengasingan
ini dilakukan bertujuan untuk mengasingkan laluan pejalan kaki
dengan kenderaan bermotor bagi mengelak jenayah ragut dan
kemalangan yang melibatkan pejalan kaki. Ia juga dapat memberi
keselesaan sekaligus dapat mewujudkan suasana yang selamat kepada
pejalan kaki. Langkah ini boleh dilaksanakan melalui pilihan berikut:
Penyediaan laluan pejalan kaki khusus.
Gambar 1: Laluan khas untuk pejalan kaki dibina untuk keselesaan dan keselamatan pengguna
Penyediaan bollard;
6
Gambar 2: Bollard berantai untuk menghalang kenderaan bermotor melalui kawasan pejalan kaki.
Penyediaan rel penghadang;
Gambar 3: Rel penghadang di bina bagi memisahkan laluan pejalan kaki dan jalan raya.
Penyediaan tanaman landskap; atau
7
Gambar 4: Penanaman landskap untuk memisahkan jalan raya dan laluan pejalan kaki.
Penyediaan laluan motosikal khas.
8
Gambar 5: Motorsikal menggunakan laluan khas yang telah disediakan
4.2 Strategi 2: Memperkasakan Kawasan Sasaran.
Kawasan yang sering menjadi tumpuan jenayah atau kerap berlaku kes
jenayah seperti ragut, rompak bersenjata, pecah rumah dan sebagainya akan
dikenalpasti dan langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:
4.2.1 Penyediaan Balai Polis Tetap atau balai polis bergerak
Gambar 6: Pondok Polis dan Balai Polis Bergerak
Ini bagi memudahkan pemantauan oleh pihak polis di tempat-tempat awam
dan sekaligus memberi kesenangan kepada orang awam untuk melaporkan
sebarang kejadian jenayah dan tindakan segera dapat diambil memandangkan
lokasi balai polis adalah berhampiran.
4.2.2 Penyediaan cermin keselamatan
9
Gambar 7: Penyediaan cermin keselamatan memberi pendedahan keadaan
di celah-celah bangunan dan disebalik lorong yang lazimnya
sunyi dan merupakan temoat bermulanya segala aktiviti
jenayah.
4.2.3 Penyediaan papan tanda peringatan jenayah
Gambar 8: Papan tanda peringatan jenayah ini mengandungi peringatan
agar orang awam dapat berwaspada, nombor telefon juga turut
10
disediakan untuk memudahkan orang awam membuat aduan,
menyalurkan maklumat dan mendapatkan pertolongan semasa
kecemasan.
4.2.4 Penyediaan penggera keselamatan
Gambar 9: Penggera ini dipasang dikawasan tumpuan orang ramai yang
senang digunakan oleh mangsa atau orang awam apabila
berlaku sesuatu kejadian ragut ataupun jenayah. Penggera ini
boleh diaktifkan dengan menekan butang yang dipasang di
tempat-tempat yang mudah ditemui oleh orang awam.
4.2.5 Penyediaan tempat motosikal berkunci.
11
Gambar 10: Penyediaan tempat parking motorsikal berkunci ini
dapat mengurangkan risiko kecurian kenderaan ini.
4.2.6 Pemasangan kamera litar tertutup atau CCTV di premis perniagaan dan
tempat awam.
Gambar 11: Kamera litar tertutup merupakan sistem pengawasan
yang mengandungi kamera dan peralatan yang berkaitan
untuk pemantauan, transmisi dan pengawalan zon
kawasan tertentu.
4.2.7 Pencahayaan
12
Gambar 12: Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan pada
waktu malam dilaksanakan agar kawasan tersebut
mudah diawasi dan tidak menjadi tempat jenayah.
Premis perniagaan juga perlu dipasang lampu yang
lebih cerah bagi mewujudkan suasana yang selamat di
sepanjang kawasan premis perniagaan tersebut.
4.2.8 Laluan awam tidak terlindung daripada pandangan awam;
Membersihkan atau mengemaskan kawasan semak yang
terlindung.
13
Gambar 13: Laluan awam seperti laluan pejalan kaki, lorong
belakang bangunan dan tempat menunggu kenderaan
awam dipastikan berada dalam keadaan bersih tidak
dipenuhi semak samun mahupun sampah sarap bagi
meluaskan pandangan. Hal ini dapat mengelak
berlakunya kes jenayah di kawasan-kawasan sunyi dan
tersorok.
Tidak membenarkan perniagaan dan kenderaan diletakkan di
laluan pejalan kaki
Gambar 14: Tindakan segelintir masyarakat yang berdegil
meletakkan kenderaan mahupun kerusi dan meja makan
premis perniagaan mereka mengundang ketidakselesaan
kepada pejalan kaki.
Jejantas tidak terlindung dari pandangan awam
14
Gambar 15: Reka bentuk jejantas tidak menghalang pandangan awam.
Oleh itu, reka bentuk jenis intricate ornate design atau bumbung
condong hingga menghalang pandangan adalah tidak dibenarkan.
4.2.9 Penjanaan aktiviti bersesuaian di kawasan terdedah dengan jenayah
Semenjak abang
Kewujudan gerai-gerai atau apa jua bentuk perniagaan di kawasan
yang sunyi boleh mengelakkan ia menjadi sasaran jenayah. Kewujudan
aktiviti perniagaan kecil-kecilan di kawasan yang sebelum ini sunyi
dan gelap ini mampu menjadikan kawasan tersebut terang, menjadi
tumpuan orang ramai dan tidak lagi sunyi. Namun begitu,
pembinaannya haruslah tidak menghalang lalulintas.
4.3 Strategi 3: Pengurusan, Penyertaan Komuniti dan Kesedaran Awam
4.3.1 Pendidikan, kesedaran awam dan publisiti;
Media Massa
15
Semenjak abang ni berniaga kat sini,
semakinramai orang lalu-
lalangdi sini. Dia sebenarnyamembantu
mengurangkan kadar jenayah di kawasan
ini.
Media massa merupakan medium perhubungan yang penting
antara Kerajaan dan orang ramai. Maklumat-maklumat
mengenai program Bandar Selamat, pendidikan mengenai
tatacara mengelak dari dijadikan mangsa jenayah akan
disalurkan melalui media massa. Semua maklumat yang ingin
disampaikan boleh disalurkan melalui media cetak iaitu surat
khabar mahupun media elektronik iaitu televisyen, blog dan
laman web.
Gambar 16 : Contoh hebahan maklumat melalui media cetak.
Penyediaan papan iklan luar
16
Penyediaan papan iklan luar ini bertujuan memberi maklumat,
peringatan dan nombor-nombor yang boleh dihubungi jika
berlaku sebarang kecemasan, jenayah mahupun aduan.
Gambar 17: Contoh papan iklan luar
Laman web Program Bandar Selamat.
Gambar 18: Laman Web Majlis Rasmi Bandar Selamat
17
Penyediaan laman web ini akan memudahkan orang ramai
mendapatkan maklumat. Maklumat-maklumat ini boleh dicapai
dalam semua laman web Majlis Perbandaran dan Majlis
Bandaraya dan juga laman web rasmi Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan.
Penyertaan awam dalam melaksanakan dan merancang
langkah-langkah Bandar Selamat.
Semua pihak samada PBT, PDRM, NGO, Persatuan-persatuan
penduduk mahupun orang awam perlu komited mengambil
bahagian dalam melaksanakan dan merancang langkah-langkah
Bandar Selamat ini. Penglibatan semua pihak akan mampu
menjayakan program ini.
Gambar 19: Penglibatan semua pihak dalam menjayakan
Program Bandar Selamat amat dituntut.
18
4.3.2 Meningkatkan rondaan di kawasan perumahan.
Mewujud, menggerak dan mengaktifkan jawatankuasa atau
persatuan penduduk;
Mendapatkan khidmat pengawal keselamatan swasta;
4.3.3 Agenda tetap bulanan Mesyuarat Majlis Penuh PBT.
Pelaporan status kadar jenayah dan pelaksanaan Program
Bandar Selamat
Mengemukakan cabutan minit mesyuarat penuh PBT kepada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan
Pembangunan Bandar dan Desa.
5.0 KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT
Program Bandar Selamat yang selari dengan Program Transformasi Kerajaan
(GTP) dalam mengurangkan kadar jenayah ternyata berjaya memberikan hasil yang
positif apabila Malaysia diletakkan selangkah di hadapan Amerika Syarikat bagi
Ketenteraman dan Keselamatan, dalam penilaian oleh Indeks Kedaulatan Undang-
undang 2011, World Justice Project (WJP). Menurut Laporan Tahunan GTP 2011,
Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-12 daripada 66 negara yang diliputi di bawah
penilaian WJP dalam Ketenteraman dan Keselamatan. WJP meletakkan Malaysia di
hadapan Amerika Syarikat (kedudukan ke-13), disusuli Britain, Belgium dan
Perancis. Laporan tahunan itu menyebut WJP turut menempatkan Malaysia sebagai
paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan menengah atas.
Justeru, tidak hairanlah jumlah pelancong yang mengunjungi Malaysia
semakin meningkat saban tahun. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelancongan Malaysia, jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia meningkat
1.2 peratus kepada 9.45 juta orang bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2012
berbanding 9.32 juta orang bagi tempoh yang sama pada tahun 2011. Secara tidak
19
langsung ia turut menyumbang RM21.8 bilion kepada pendapatan negara bagi tahun
2012 berbanding RM21.4 bilion pada tahun 2011.3
Selain itu, Program Bandar Selamat ini juga telah menyaksikan bukan sahaja
pertambahan Persatuan Penduduk tetapi juga pemerkasaan terhadap persatuan-
persatuan penduduk yang sudah lama wujud. Mengikut belanjawan 2013, YAB
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sebanyak 4,025 Persatuan Penduduk
yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan diberikan geran
berjumlah RM10,000 bagi menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan yang
dilakukan persatuan terbabit. Tujuan pemberian geran ini adalah membantu
mengurangkan jenayah dan mewujudkan bandar selamat.
Jelas sekali, keberkesanan program Bandar Selamat boleh diukur melalui
statistik kes jenayah yang semakin menurun hari demi hari. Indeks jenayah
mencatatkan penurunan yang baik saban tahun. Hal ini boleh dilihat melalui jadual di
bawah:
Jadual 1: Statistik Perbandingan Jenayah Indeks dan Jenayah (sumber dari laman web PDRM)
3 Kenyataan Menteri Pelancongan , YB Dr. Ng Yen Yen yang dikeluarkan Sinar Harian pada 9 Julai 2012.
20
6.0 KESIMPULAN
Program Bandar Selamat yang telah diperkenalkan pada tahun 2004 ini telah
menampakkan kesan yang positif terhadap usaha dan kesungguhan Kerajaan untuk
memberikan jaminan keselamatan dan kualiti hidup yang bermutu kepada penduduk
Malaysia. Dengan adanya Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS)4 yang
dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) sistem pemantauan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutama
dalam menangani jenayah jalanan di kawasan-kawasan PBT. Namun begitu,
kesungguhan dan usaha dari Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis Diraja Malaysia
sahaja tidak memadai jika orang awam tidak menunjukkan kerjasama dalam
menyalurkan maklumat yang berkaitan.
Kebergantungan terhadap polis juga tidak mencukupi untuk menjamin
kehidupan yang sejahtera dan selamat. Hidup bermasyarakat yang harmoni, bantu-
membantu dan saling ingat-mengingati perlu diterap dalam diri masyarakat di Bandar
khususnya. Persatuan penduduk perlu diaktifkan dengan giat sekali memandangkan
risiko kehidupan di Bandar amat besar dan pelbagai. Kejadian rompakan, pecah
rumah dan samun bersenjata dapat dikurangkan sekiranya persatuan penduduk
mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan rondaan di kawasan penempatan
mereka.
Namun, harus diakui bahawa faktor cara hidup di Bandar mungkin menjadi
penghalang kepada kewujudan Persatuan Penduduk. Akan tetapi, jika orang ramai
serius untuk memastikan keselamatan mereka terjamin, adalah menjadi satu
kebanggaan jika mereka dapat bersama-sama mencegah jenayah walau apa jua cara
sekalipun. Program-program pendidikan kesedaran mengenai bahaya jenayah
terutamanya jenayah jalanan seperti ragut perlu diselitkan dalam aktiviti sekolah
supaya para pelajar dapat di didik atau di ajar dengan pengetahuan untuk
4 Sistem Pemantauan Bandar Selamat – SPBS merupakan satu transformasi ke atas Sistem Laporan Polis (PRS)
PDRM yang telah diintegrasikan dengan elemen penandaan lokasi kejadian jenayah di atas peta digital secara
online dengan menggunakan pelantar Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mempunyai koordinat. Sistem ini
telah beroperasi pada 1 Januari 2011 dan digunapakai oleh 35 PBT dan 217 balai polis hotspot sehingga 2012.
21
mengelakkan dari mendedahkan diri menjadi mangsa jenayah, teknik –teknik
mempertahankan diri dan juga cara-cara menyalurkan maklumat mengenai kes-kes
jenayah yang berlaku.
Kesimpulannya, setiap individu, para perekabentuk seperti pemaju, akitek,
akitek landskap, jururancang bandar, jurutera, pelukis pelan dan sebagainya perlu
menyedari dan mengamalkan CPTED dalam semua rekabentuk bangunan dan pelan
susunatur pembangunan. Dengan terlaksananya program Bandar Selamat ini, ianya
mampu menjadi satu strategi pencegahan jenayah yang menjamin tahap keselamatan
bukan sahaja penghuni di Bandar bahkan juga pelancong-pelancong di kawasan-
kawasan Bandar.
22
7.0 BIBLIOGRAFI
Ahmad Sanusi Hassan (2005), Reka Bentuk Bandar Di Semenanjung Malaysia: Kuala Lumpur dan Bandar di Sekitarnya. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Author.(2012, September 13). Indeks Jenayah Menurun. Utusan Melayu. Diperoleh pada November 10, 2012 daripada. http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120913/je_05/Indeks-jenayah menurun#ixzz2Coz17lYP
Author. (2012, April 3). Negara Paling Selamat. Diperoleh pada November 15, 2012 daripada. http://www.hmetro.com.my/articles/Negarapalingselamat/Article/
Author. (2010, Disember 18) Program Bandar Selamat Diperluas. Diperoleh pada November 20, 2012 daripada. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProgramBandarSelamatdiperluas/Article
Jamaludin Mustaffa. (2007). Aspek Keselamatan Awam dalam Pembentukan Bandar Selamat di Malaysia. Ph.D Dissertation. Universiti Sains Malaysia.
Siapakah Pihak Berkuasa Tempatan Anda. [Brochure].(n.d).Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2010, Julai 26). Panduan Bandar Selamat. Utusan Malaysia. Diperoleh pada November 10, 2012 daripada. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2CoyS3s5l
Unit Khas NKRA Bandar Selamat. (n.d). Bandar Selamat (Pamphlet). Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Urusetia Program Bandar Selamat. 2004. Program Bandar Selamat: Ilustrasi 23 Langkah Pencegahan Jenayah Yang Perlu Dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
23
Top Related