3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
BAB 1PROFIL DAN AKTIVITI KOPERASI
Maksud sebenar Homestay ini adalah pelancong atau pengunjung akan tinggal bersama dengan
tuan rumah dalam bilik yang berasingan yang sememangnya telah disediakan khas untuk
pelancong iaitu dua atau tiga bilik dalam sebuah rumah. Para pelancong berpeluang untuk
berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kubadayaan mereka.
Konsep utama yang ditekankan bagi pelancongan jenis ini adalah berunsurkan pengalaman dan
keunikan gaya hidup dengan harga yang kompetitif dan bertaraf antabangsa.
1.1 Profil Koperasi
Homestay Sungai Sireh adalah merupakan salah satu komuniti yang menjalankan aktiviti
pelancongan melibatkan penginapan dan aktiviti-aktiviti di kawasan pertanian. Pada awalnya
ianya ditubuhkan atas inisiatif persatuan belia iaitu Gerakan Belia 4B Cawangan Seri Gambut
yang diaktifkan di dalam aktiviti Biro Ekonomi. Selang beberapa tahun Homestay Sungai Sireh
diserapkan pula dibawah seliaan JKKK Kampung Sungai Sireh.
Nama Homestay : Agrotourism Homestay Sungai Sireh
Pelancaran/Perasmian : 5 April 1995
Nama Koperasi : Koperasi Homestay Sungai Sireh Tanjong Karang Berhad(KHoss)
Alamat Koperasi : Pusat Penerangan Agrotourism Homestay Sungai Sireh,
Lorong 23, Parit 1, Kampung Ampangan,
45500 Tanjong Karang, Selangor.
No. Bil. Daftar : B-3-0593
No. Rujukan : SKM.IP(PEND) B-547/(1)
Tarikh Pendaftaran : 5 Disember 2008
Ahli Berdaftar : 150 orang anggota
Bank Koperasi : Am Bank Cawangan Tanjong Karang
No. Telefon/Fax : 03-32697372
Alamat Email : [email protected]
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
1.2.2 Organisasi Koperasi
Di dalam organisasi Koperasi Homestsay, KHoss mempunyai dua bahagian dalam pengurusan
iaitu pentadbiran dan juga penggerak atau operasi. Bahagian pentadbiran, anggota mempunyai
kuasa untuk membuat keputusan semasa Mesyuarat Agung Tahunan KHoss diadakan. Lembaga
pula dilantik oleh anggota di dalam Mesyuarat Agung Tahunan untuk mentadbir, membuat
keputusan atau menguruskan koperasi. Selebihnya, terdapat juga barisan pengurusan di
bawahnya untuk membantu Lembaga dalam menguruskan koperasi.
Bahagian penggerak atau operasi pula, koperasi telah melantik Syafeez Maju Enterprise dan De
Seri Niaga Enterprise. Mereka berperanan dalam membantu KHoss mempromosikan juga
menguruskan KHoss seperti mempromosikan aktiviti yang dijalankan oleh KHoss oleh orang
luar, membekalkan barangan keperluan untuk aktiviti yang dijalankan oleh KHoss.
1.3 Aktiviti Koperasi
Koperasi Homestay Sungai Sireh Tanjong Karang Berhad (Khoss) menjalankan kegiatan
pelancongan berasaskan kepada pelancongan luar bandar (desa) dengan menjadikan Homestay
sebagai produk utama.
Selain daripada itu, KHoss menyediakan aktiviti kebudayaan kepada anggotanya juga kepada
orang luar seperti silat, kompang, tarian melayu zapin, persembahan ghazal, cempuling, jamuan
nasi ambeng dan lain-lain lagi. Menerusi aktiviti ini, pengunjung dapat mengenali budaya
setempat. Sebagai contoh, bagi pakej persandingan pengantin Melayu, pengunjung daripada Luar
Negara khususnya dapat merasai suasana sebenar perkahwinan orang Melayu. (Lampiran 1)
KHoss juga turut menerima lawatan sambil belajar daripada orang ramai dengan melawat kilang-
kilang kerepek, kraftangan, dan sebagainya. Pengunjung yang datang berkunjung ke Homestay
juga dapat merasai suasana atau belajar cara hidup penduduk setempat seperti berkebun,
bersawah, menternak dan sebagainya.
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
BAB 2CIRI-CIRI PROJEK KOPERASI HOMESTAY
Homestay Sungai Sireh merupakan satu komuniti yang menjalankan aktiviti pelancongan
melibatkan penginapan dan aktiviti di kawasan pertanian. Kampung yang indah ini terletak di
tengah-tengah komuniti penanam padi terpenting di Malaysia. Kawasannya dikelilingi oleh
sawah padi yang luas dan pemandangannya sangat mengagumkan. Aktiviti di homestay ini telah
menjadi tarikan kepada pelancong sejak ianya beroperasi lebih 10 tahun yang lepas. Ia telah
menerima kunjungan pelancong dari negara Timur iaitu Jepun dan Korea, Timur Tengah dan
Barat. Ciri-ciri projek homestay Koperasi Sungai Sireh adalah percutian, penginapan, dan
kekeluargaan dalam mengenali resam dan adat budaya setempat.
i. Percutian
Ciri projek homestay Koperasi Sungai Sireh yang pertama adalah percutian. Percutian yang
dimaksudkan di sini pelancong yang hadir akan dapat menikmati percutian mereka dengan
aktiviti yang menarik homestay koperasi sungai sireh ini telah menyediakan satu pakej yang
dipanggil “kampung tour” untuk pelancong yang datang hayati dan nikmati percutian dengan
suasana kampung pertanian bercirikan tradisi di musim cuti. Selain itu, homestay ini juga telah
menyediakan satu pakej rekreasi dengan menyediakan pusat untuk berekreasi dengan suasana
yang nyaman, selamat dan menyeronokkan.
ii. Penginapan
Homestay adalah bercirikan penginapan, di mana pelancong atau pengunjung akan tinggal
bersama dengan tuan rumah dalam bilik yang berasingan yang sememangnya telah disediakan
khas untuk pelancong atau pengunjung iaitu dua atau tiga bilik dalam sebuah rumah. Pelancong
akan berpeluang berkomunikasi, makan, minum serta diberi kesempatan untuk sama-sama
menyertai aktiviti harian keluarga angkat mereka. Aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam pakej
penginapan adalah tinggal bersama keluarga angkat petani, hidangan makanan ala kampung,
aktiviti harian bersama keluarga angkat petani dan aktiviti bersama masyarakat tempatan.
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
iii. Kekeluargaan
Homestay Koperasi Sungai Sireh ini juga lebih bercirikan kepada kekeluargaan yang mana
hampir setiap aktiviti yang dilakukan adalah bersama keluarga angkat. Pengunjung atau
pelancong yang datang akan tinggal bersama-sama keluarga homestay berkenaan. Ianya
bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pengunjung atau pelancong dengan
keluarga berkenaan. Jika pelancong atau pengunjung tinggal bersama-sama keluarga berkenaan
mereka berpeluang untuk berkomunikasi, makan, minum serta diberi kesempatan untuk
menyertai aktiviti harian keluarga angkat mereka.
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
BAB 3KELEBIHAN PROJEK HOMESTAY KOPERASI
Dalam koperasi, kepelbagaian idea, perancangan, strategi yang diatur dan pelaksanaan yang
menyeluruh serta peruntukan sumber, memungkinkan Koperasi Homestay Sungai Sireh dapat
mencapai apa yang dirancang. Kelebihan ini, membolehkan KHoss melebarkan sayapnya untuk
menjamin kepentingan dan kebajikan bukan sahaja melibatkan anggotanya bahkan semua
penduduk di sekitar operasi. Manfaat dan faedah yang diperoleh melalui aktiviti pelancongan
terutamanya Homestsay Sungai Sireh adalah seperti berikut:-
3.1 Ekonomi
Kenyataan DKN untuk menjadikan sektor koperasi penyumbang berkesan kepada pembangunan
negara telah memberi inspirasi kepada gerakan koperasi terlibat dalam sektor ekonomi yang
bernilai tinggi. Oleh itu, KHoss telah mengambil peluang tersebut dengan mengadakan program
Homestay sebagai program utama koperasi. Program Homestay bukan sahaja dapat dapat
membantu meningkatkan jumlah pendapatan KHoss akan tetapi juga dapat membantu
meningkatkan jumlah pendapatan sampingan kepada penduduk sekitar Kampung Sungai Sireh
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
dan juga anggota KHoss itu sendiri dengan adanya aktiviti tambahan yang boleh menjana
pendapatan sampingan mereka. Daripada itu juga, secara tidak langsung juga dapat
meningkatkan ekonomi Negara dengan adanya pelancong daripada Luar Negara seperti Korea
dan Jepun.
Di samping itu, daripada program ini KHoss juga dapat membantu menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutamanya golongan belia yang menjadi teras
kepada aktiviti pelancongan yang dijalankan. Dengan penglibatan ini dapat mengurangkan
jumlah penghijrahan ke bandar dan seterusnya dapat mengurangkan jumlah pengangguran di
kalangan belia di Malaysia.
3.2 Sosial
Program Homestay yang dijalankan oleh pihak KHoss membantu meningkatkan semangat
perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat Daerah Tanjong Karang. Kerjasama
dan permuafakatan penduduk kampung menjadi pendorong utama untuk menjayakan sesuatu
program yang dirancang. Ini dapat dilihat melalui amalan gotong royong yang dihidupkan
semula dalam kalangan penduduk setempat kerana kebanyakan program adalah berasaskan
kepada kerjasama dan kerja secara berkelompok.
Tambahan lagi, manfaat KHoss daripada program ini, KHoss dapat membantu dalam
membanteras budaya kurang sihat dalam kalangan belia. Ini kerana golongan belia ini turut
terlibat sama dalam aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, dapat meningkatkan juga keyakinan
dan sikap berkerja bersungguh-sungguh dalam kalangan masyarakat kerana mereka beranggapan
bahawa projek ini adalah projek masyarakat mereka sendiri tanpa terlalu bergantung harap
kepada pihak kerajaan.
3.3 Kebudayaan
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
Melalui program Homestay, KHoss dapat membantu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
dalam mempromosikan dan memperkenalkan kebudayaan setempat. Berikutan dengan perkara
ini, para belia dapat melibatkan diri untuk mendalami kebudayaan mereka terutamanya daripada
beberapa aspek.
BAB 4MASALAH DAN CABARAN
Halangan dilihat sebagai faktor yang berupaya menyebabkan kadar kedatangan pelancong
berkurangan dan atas sebab inilah banyak pengusaha Inap Desa tidak dapat bertahan dalam
jangka masa yang panjang. Berdasarkan temubual bersama Encik Abu Bakar, beliau menyatakan
tedapat beberapa cabaran dan masalah yang perlu ditempuhi oleh Koperasi Homestay untuk
menjadi koperasi yang terbaik. Antara cabaran dan masalah yang perlu di hadapi ialah :
i. Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Yang Lemah.
Koperasi Homestay Sungai Sireh, Encik Abu Bakar menyatakan bahawa program Homestay ini
diuruskan oleh anggota koperasi dan masyarakat sekeliling. Sistem pengurusan Homestay
menjadi lemah akibat kerana sistem pengurusan Homestay yang kurang teratur dan sistematik.
Selain daripada itu, Encik Abu Bakar juga mengatakan bahawa kurangnya latihan dan kemahiran
dari aspek pengurusan Homestay.
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
ii. Kurangnya Strategi Pemasaran Dan Promosi Yang Mantap
Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah kami lakukan didapati bahawa usaha promosi
dan pemasaran yang dijalankan masih lagi belum mencukupi untuk menarik lebih ramai lagi
kedatangan pelancong ke Koperasi Homestay Sungai Sireh. Koperasi ini hanya menyampaikan
promosi berdasarkan mulut ke mulut mereka yang pernah datang ke situ. Facebook juga telah
dibangunkan namun promosi yang dilakukan dalam Facebook juga kurang. Ini menyebabkan
orang ramai tidak dapat mengetahui tentang kewujudannya dan kurangnya pengetahuan
mengenai maklumat Homestay dan sekelilingnya.
iii. Kualiti Dan Kemudahan Yang Kurang Memuaskan
Faktor kemudahan dan infrastruktur yang baik adalah amat penting bagi pembangunan Inap Desa
yang berdaya maju untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Homestay. Penyediaan
kemudahan dan infrastruktur sangat dititikberatkan terutamanya oleh pengunjung yang sentiasa
mahukan keselesaan. Berdasarkan pemerhatian, dapati terdapat banyak kelemahan di Homestay
Sungai Sireh. Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah pusat kebudayaan yang kecil dan tidak
cukup untuk menampung pelancong yang datang, kemudahan jalan raya yang tidak memuaskan
dan tiada kemudahan untuk berhubung dengan orang luar seperti perkhidmatan bas. Ini akan
menyebabkan pelancong tidak berminat untuk datang dan menginap di Homestay Sungai Sireh.
iv. Persaingan
Persaingan juga merupakan masalah besar yang melanda dalam sesebuah perniagaan. Selain
daripada Homestay Sungai Sireh, di sekitarnya terdapat beberapa lagi Homestay seperti
Homestay Sungai Haji Dorani yang turut menjalankan aktiviti Inap Desa dan Homestay Sungai
Haji Dorani juga adalah antara Homestay yang terkenal dengan kecantikan tempatnya.
Tambahan lagi, terdapat juga Homestay yang tidak mempunyai tuan rumah atau lebih dikenali
sebagai “rumah tumpangan”. Rumah tumpangan merupakan kemudahan penginapan yang
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
disewakan kepada pelancong. Kebiasaannya, mereka lebih memilih rumah tumpangan sebagai
tempat penginapan semasa mereka melancong adalah kerana kos semasa melancong dapat
dijimatkan.
v. Kekurangan Aktiviti Yang Pelbagai Dan Menarik
Kekurangan aktiviti yang pelbagai dan menarik di Homestay Sungai Sireh juga adalah
merupakan masalah dan cabaran yang perlu dihadapi. Homestay ini kerap melakukan aktiviti
yang sama seperti menangkap ikan di sawah, memancing, berkayak. Ini menyebabkan mereka
yang datang akan berfikir semula untuk datang semula. Oleh itu, koperasi perlu memikirkan
sesuatu pengisisan di dalam aktivti yang pelbagai dan menarik perlu dirancang dan ditawarkan
untuk meningkatkan motivasi pelancong untuk datang dan menyertai Homestay ini untuk kali
seterusnya.
vi. Komunikasi Antara Tuan Rumah Dan Tetamu
Di Koperasi Homestay ini, sebahagian daripada tuan rumah inap desa tidak mempunyai
kemahiran dalam bahasa asing. Ini menyukarkan pengunjung untuk berinteraksi dengan
sebaiknya. Namun demikian, perkara ini seharusnya tidak boleh dipandang enteng kerana
dengan kemasukan pengunjung daripada Luar Negara dapat meningkatkan pendapatan koperasi
mahupun Negara.
BAB 5KESIMPULAN
Sesebuah koperasi yang berjaya adalah bergantung kepada corak kepimpinan Lembaga koperasi
itu sendiri. Namun demikian, anggota koperasi dan juga pihak pengurusan dan pentadbiran
koperasi juga turut memainkan peranan yang penting dalam menguruskan koperasi. Kerjasama
antara koperasi yang lain juga dapat membentuk satu gabungan koperasi yang mantap.
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
Selain daripada itu, koperasi juga memainkan peranan yang penting iaitu dengan mengamalkan
prinsip koperasi yang keenam, perihatin terhadap komuniti. Perihatin yang dimaksudkan dalam
konteks koperasi adalah dengan mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara dengan
memberikan manfaat kepada anggota koperasi mahupun komuniti koperasi. Terdapat banyak
manfaat yang boleh koperasi dapat dalam menjalankan prinsip koperasi yang keenam ini. Namun
demikian, untuk mencapai prinsip yang keenam ini, koperasi perlu mencapai kesemua prinsip
koperasi. Oleh itu, barulah kepuasan diri anggota dapat dicapai di dalam koperasi.
RUJUKAN
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi., 2012. Kisah Kejayaan Koperasi Dalam Dan Luar
Negara: Maktab Koperasi Malaysia. (edisi 3)
Dr.Jamilah Din, Norhazilina Abdul Halim, Azmaliza Arifin. (2011). Kajian Kes: Perniagaan
Homestay Oleh Koperasi, Maktab Koperasi Malaysia.
3
Koperasi Homestay Sungai Sireh Berhad
Idris Ismail, Mohd Safaai Said., 2012. Pengenalan Koperasi: Utusan Publications & Distributtors
Sdn Bhd.
Pusat Pentadbiran dan Perundangan Koperasi Pusat Penyelidikan dan Konsultasi., 2006.
Pentadbiran Koperasi: Maktab Kerjasama Malaysia.
Hayati Md.Salleh, Asha’ari Arshad, Ahmad Faizal Ashaarani, Norbiha Kasmuri., 2008. Gerakan
Koperasi Di Malaysia: Maktab Kerjasama Malaysia.
Temubual bersama Encik Abu Bakar Bin Moin. Pengurus Koperasi Homestay Sungai Sireh,
Tanjong Karang Berhad (KHoss) pada 5 April 2014. Jam 10.00 pagi
Top Related