7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
1/13
(PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS)JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)
KPD4033
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN
PELAJAR(TUGASAN INDIVIDU)
MUHAMAD NAZRI BIN SAMSUDIN
L20122009554
851229-06-5239
(DR. MOHD NASIR MASRAN)
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
2/13
KPD 4033 |2013
ISI KANDUNGAN
BIL TOPIK m/s
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 1
2.1 Objektif Kajian 2
2.2 Kepentingan Kajian 2
3.0 METODOLOGI 2
3.1 Temubual 2
3.2 Pemerhatian 3
3.3 Soalselidik 3
4.0 DAPATAN KAJIAN 4
5.0 KESIMPULAN 6
6.0 RUJUKAN 7
LAMPIRAN 1BIODATA PELAJAR
LAMPIRAN 2SOALSELIDIK KECENDERUNGAN KECERDASAN
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
3/13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR - KPD 4033 |2013
1
1.0 PENDAHULUAN
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah salah satu elemen terpenting dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam usaha untuk menyediakan
P&P yang berkesan, kunci utama yang perlu dikuasai oleh setiap pendidik adalah penguasaan
dalam memahami unsur terpenting iaitu pelajar itu sendiri. Setiap pendidik haruslah sedar
bahawa setiap individu yang lahir adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Khairul
Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada
norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku,
sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam
sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid
kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Kepelbagaian yang wujud di antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan secara
mendalam bagi menetukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh
yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang
bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti
perlu diberikan kepada jantina, peringkat umur, budaya, latar sosial, keluarga dan terutamasekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada
minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai
hasil pembelajaran.
Oleh yang demikian, kajian terhadap pelajar adalah sangat penting bagi memahami
pelajar dengan lebih mendalam dan menghasilkan pelan pengajaran yang paling sesuai.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Seiring dengan kemajuan era globalisasi, bakat dan kepelbagaian pelajar juga semakin
berkembang. Menyedari kepentingan memahami pelajar yang pelbagai, satu kajian telah
dijalankan dengan memilih seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama al-Maidah
addinniah Padang Tengku. (SMAPT)
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
4/13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR - KPD 4033 |2013
2
Pelajar, Nik Amni Binti Nik Lukman merupakan salah seorang daripada pelajar
cemerlang yang memperoleh 9A dalam peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR) bagi
tahun 2012 dan sedang mengikuti kelas aliran sains di SMAPT. Pelajar berasal dari Kuala
Lumpur dan menuntut di SMAPT bersama 2 beradik yang lain.
Pelajar berasal dari latar belakang keluarga pertengahan di mana bapa beliau
merupakan seorang pakar perunding teknologi pemakanan manakala ibu sebagai suri rumah
sepenuh masa. Pelajar merupakan anak yang ke-2 daripada 7 orang adik beradik.
2.1 Objektif Kajian
2.1.1 Mengenalpasti contoh gaya pembelajaran pelajar yang berkesan bagi pelajar
cemerlang agar boleh diterapkan dalam proses P&P
2.1.2 Memahami pelajar dengan lebih mendalam dari segi jadual belajar, kaedah
belajar
2.3 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada peningkatan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya kepada perkembangan pengajaran dan
pembelajaran di Sekolah Menengah Agama al-Maidah addiniah Padang Tengku. Selain itu,
kajian ini juga adalah penting bagi pendidik membantu memahami dengan lebih mendalam
pelajarpelajar pada peringkat umur yang berkaitan.
3.0 METODOLOGI
Dalam proses memahami gaya belajar pelajar, beberapa kaedah yang bersesuain telah
digunakan. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data
menggunakan kaedah
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
5/13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR - KPD 4033 |2013
3
3.1 Temubual
Temubual yang dilakukan adalah bertujuan bagi mendapatkan lebih maklumat
mengenai latar belakang pelajar, jadual belajar dan kaedah belajar yang digunakan
oleh pelajar tersebut
3.2 Pemerhatian
Menurut Teori kepelbagaian Dunn and Dunn, pelajar boleh digolongkan
kepada dua kumpulan iaitu kategori pelajar yang dapat menguasai persekitaran
(independent) dan pelajar dikuasai persekitaran (dependent). Penentuan kepelbagaian
pelajar adalah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semamasa di dalam kelas
sewaktu proses P&P dan juga di luar waktu P&P.
3.3 Soalselidik
Soal selidik yang dijalankan bertujuan mengenalpasti kumpulan kecerdasan
pelajar tesebut berdasarkan teori kecerdasan kepelbagaian pelajar oleh Howard
Gardner. Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori
Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal Linguistik, Kecerdasan Visual,
Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan
Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan
Eksistensial,
Pelajar akan dinilai bedasarkan skor yang diperoleh daripada soalselidik yang
berkaitan. Penentuan jenis kepelbagaian adalah berdasarkan skor yang tertinggi yang
diperoleh.
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
6/13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR - KPD 4033 |2013
4
4.0 DAPATAN KAJIAN
PENILAIAN SKOR
Interpersonal 3.3
Intrapersonal 3.7
Kecerdasan muzik 2.6
Kinestetik 3.7
Logik Matematik 4.1
Ruang visual 3.5
Verbal linguistic 3.8
Naturalis 2.6
Jadual 1 : Keputusan soal selidik
Menerusi soal selidik yang telah dijalankan, pelajar ini boleh digolongkan dalam
kumpulan yang cenderung kepada kecerdasan logik matematik berdasarkan skor tertinggi
yang diperoleh seperti dalam jadual 1. Menurut Salhah Abdullah (2009) pelajar yang
cenderung kepada kecerdasan logik matematik merupakan pelajar yang mempunyai
kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah
memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab akibat serta kebolehan menjangka.
Membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan cekap menggunakan teknologi dalam
menyelesaikan masalah.
Selain itu, pelajar juga boleh dianggap mempunyai kecerdasan yang pelbagai
berdasarkan skor yang diperoleh kerana mempunyai kecenderungan bagi kecerdasan untuk
verbal linguistik, intrapersonal dan juga kinestetik.
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
7/13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR - KPD 4033 |2013
5
Teori pengetahuan Piaget menekankan pentingnya kegiatan seorang pelajar yang aktif
dalam mengkonstruksikan pengetahuan. Hanya dengan keaktifannya mengolah bahan,
bertanya secara aktif, dan mencerna bahan dengan kritis pelajar akan dapat menguasai bahan
dengan lebih baik. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, ciri ciri yang ditekankan
oleh Teori Pengetahuan Piaget memang terdapat dalam diri pelajar ini. Pelajar ini merupakan
seorang yang aktif bertanya soalan yang berkaitan topik yang diajar dan juga sering
bertanyakan soalan-soalan pada aras yang tinggi. Selain aktif di dalam kelas, pelajar ini
mepunyai inkuiri yang tinggi ketika di luar waktu P&P dan sering bertanya hal-hal pelajaran
tidak kira di mana jua.
Pemerhatian di dalam kelas juga menunjukkan pelajar cenderung kepada latihan
latihan yang melibatkan pengiraan dan sentiasa menawarkan diri untuk mencuba di depan
apabila soalan yang melibatkan pengiraan diajukan kepada kelas. Situasi ini menyokong hasil
soalselidik yang menunujukkan pelajar ini cenderung kepada kecerdasan logic matematik.
Pelajar juga sentiasa berjaya menyelesaikan masalah tanpa bantuan guru. Daripada
pemerhatian ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar adalah kategori pelajar yang boleh
berdikari sendiri (field independence) jika dilihat dari sudut teori Dunn & Dunn.
Daripada temubual yang telah dilakukan terhadap pelajar, apabila ditanya berkaitan
jadual belajar, tiada jadual belajar yg khusus dan hanya mengikuti jadual harian yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah dan asrama. Tetapi pelajar ini menegaskan bahawa waktu yang
selalu digunakan untuk mengulangkaji pelajaran adalah pada waktu-waktu lapang dan ketika
bosan. Menurut pelajar ini juga, waktu yang paling berkesan untuk belajar adalah waktu
malam terutama selepas waktu solat Maghrib dan selepas solat Isya. Perkara yang sering
menghalang pelajar ini untuk terus bersemangat mengulangkaji pelajaran adalah masalah
mengatuk. Situasi ini menyokong penyatan diatas bahawa pelajar ini juga mempunyai
kecerdasan intrapersonal.
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
8/13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR - KPD 4033 |2013
6
Kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah tumpuan semasa dalam kelas dan
untuk mengekalkan tumpuan, terutama ketika mengantuk atau ketika kelas yang kurang
diminati, pelajar ini sering membawa air masak dan juga gula-gula yang boleh mengurangkan
masalah mengantuk. Sekiranya keadaan masih lagi tidak berubah, pelajar ini akan meminta
bantuan rakan untuk memicit leher dan sentiasa mengekalkan postur badan yang sesuai
supaya dapat melancarkan proses pernafasan dan juga peredaran darah supaya oksigen dapat
dihantar ke otak.
Penekanan terhadap kaedah belajar secara emosi juga sering diterapkan. Menurut
Santrock (2004), motivasi ialah proses menjana, mengarahkan dan mengekalkan tingkahlaku.
Bagi mengekakan fokus untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh beliau sering
memikirkan tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh keluarga terutama sekali ibu dan
bapa. Dengan cara ini pelajar dapat meningkatkan lagi motivasi untuk terus berusaha.
Motivasi sebegini juga dapat memberi peluang kepada pelajar yang kurang menaruh minat
dan harapan terhadap suatu aktiviti . Bagi mendapatkan ketenangan dalam belajar, pelajar
sering mengamalkan soalt dan juga bacaan al-Quran.
6.0 PENUTUP
Dapat disimpulkan bahawa pelajar merupakan seorang yang tidak banyak bergantung
kepada guru (field independence) dan mempunyai kecerdasan logic matematik. Golongan
pelajar sebegini akan memudahkan proses P&P yang lebih berpusat kepada pelajar. Untuk
mengembangkan potensi pelajar seperti ini kaedah pengajaran yang sesuai adalah pengajaran
menerusi latihan pengukuhan dan perbentangan sesuai dan pengajaran yang melibatkan
pemerhatian, analisis ataupun aktiviti ujikaji makmal perlu diperbanyakkan.
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
9/13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR - KPD 4033 |2013
7
7.0 RUJUKAN
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukur (2008),
Siri Pendidikan Guru : Psikologi Pendidikan, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Dr Paul Suparno, Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, Yogyakarta : Penerbit
Kanisius
Salhah Abdullah (2009), Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
10/13
LAMPIRAN 1
m/s 1 / 1
BIODATA PELAJAR
Nama Pelajar: Nik Amni Sajidah Bt Nik Lukman
No Kad Pengenalan: 971021036400
Sijil Beranak : AG65033
Alamat : No 84 Taman Bidara 3/14 Jln Bidara 68100 Batu Caves
Selayang,Gombak,Selangor
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Adik Beradik : 2 dari 7 orang adik beradik
LATAR BELAKANG KELUARGA
Nama Bapa : Nik Lukman Bin Nik Yusoff
No Kad Pengenalan : 620209035755
No Telefon : 0361351619/0162124600
Pekerjaan Bapa : Pakar Perundingan Teknologi Makanan
Pendapatan : RM 3500.00
Nama Ibu : Nasirah Bt Mahfudz
No Kad Pengenalan : 701227035040
No Telefon : 0361351619/0126400092
Pekerjaan : Suri Rumah
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
11/13
LAMPIRAN 2
m/s 1 / 3
KECENDERUNGAN KECERDASAN PELBAGAI
BAHAGIAN A: BUTIR-BUTIR PERIBADI
Arahan:
Sila tandakan () pada pilihan anda di petak yang disediakan
1. Nama :
2. Asal :
3. Sekolah:
4. Kelas :
5. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]
6. Umur : .(tahun) .(bulan)
7. Tahukah anda mengenai kecerdasan pelbagai?
Ya [ ] Tidak [ ]
Jika pilihan jawapan untuk soalan 5 adalah Ya, sila jawab soalan ini.
Dari manakah anda mengetahui mengenai kecerdasan pelbagai?
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
12/13
LAMPIRAN 2
m/s 2 / 3
BAHAGIAN B: KECENDERUNGAN KECERDASAN PELBAGAI
Arahan:
Sila buat pilihan dan bulatkan salah satu daripada lima nombor yang diberikan bagi menunjukkan
tahap persetujuan anda
STS = Sangat Tidak Setuju
TS = Tidak Setuju
B = Biasa
S = Setuju
SS = Sangat Setuju
BIL SOALAN STS TS B S SS
1 Saya suka mempelajari tentang diri saya. 1 2 3 4 5
2 Saya boleh memainkan alat muzik. 1 2 3 4 5
3 Saya menyelesaikan sesuatu masalah apabila melakukan aktiviti
fizikal. 1 2 3 4 54 Saya selalu mempunyai idea tentang muzik. 1 2 3 4 5
5 Saya menguruskan kewangan dengan mudah. 1 2 3 4 5
6 Saya boleh mereka sebuah cerita dengan mudah. 1 2 3 4 5
7 Fizikal saya adalah diuruskan dengan baik. 1 2 3 4 5
8 Semasa perbualan, saya mendengar perkataan yang disebutkan selainmemahami maksud perkataan tersebut.
1 2 3 4 5
9 Saya suka menyelesaikan permainan crosswords. 1 2 3 4 5
10 Saya suka perkara yang jelas. 1 2 3 4 5
11 Saya suka permainan teka-teki yang logik. 1 2 3 4 5
12 Saya suka merenung 1 2 3 4 5
13 Muzik adalah penting untuk saya. 1 2 3 4 5
14 Saya seorang pembohong yang menyakinkan. 1 2 3 4 5
15 Saya suka bersukan. 1 2 3 4 5
16 Saya suka ujian IQ. 1 2 3 4 5
17 Orang yang tidak rasional menyakitkan hati saya. 1 2 3 4 5
18 Muzik yang saya ciptakan adalah bergantung kepada emosi saya. 1 2 3 4 5
19 Saya seorang yang suka bersosial. 1 2 3 4 5
20 Saya suka sesuatu yang sistematik. 1 2 3 4 5
20 Saya suka sesuatu yang sistematik. 1 2 3 4 5
21 Saya mendapati carta adalah senang difahami. 1 2 3 4 5
22 Saya boleh memanah sasaran dengan tepat. 1 2 3 4 5
23 Saya dapat mengingat rangkaikata dengan mudah. 1 2 3 4 5
24 Saya mudah mengingat arah dan tempat. 1 2 3 4 5
25 Saya suka pelbagai jenis muzik. 1 2 3 4 5
26 Apabila saya melakar saya akan menumpukan perhatian. 1 2 3 4 5
27 Saya boleh memanipulasikan orang. 1 2 3 4 5
29 Saya berasa ilmu Hisab adalah senang. 1 2 3 4 5
30 Saya dapat mengenalpasti suara dengan tepat. 1 2 3 4 5
31 Saya suka matapelajaran Bahasa Inggeris. 1 2 3 4 5
32 Saya suka berfikir sesuata masalah bersama kesannya denganmenyeluruh.
1 2 3 4 5
32 Saya suka berfikir sesuata masalah bersama kesannya denganmenyeluruh.
1 2 3 4 5
33 Saya suka perbahasan. 1 2 3 4 534 Saya suka sukan yang lasak. 1 2 3 4 5
7/28/2019 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
13/13
LAMPIRAN 2
m/s 3 / 3
BIL SOALAN STS TS B S SS
35 Saya suka sukan yang berindividul. 1 2 3 4 5
36 Saya mengambil berat tentang perasaan orang lain. 1 2 3 4 5
37 Rumah saya dipenuhi gambar foto. 1 2 3 4 5
38 Saya adalah baik dalam membuat kerja tangan. 1 2 3 4 5
39 Saya mempunyai latar belakang muzik. 1 2 3 4 540 Saya mengingati numbor telefon dengan mudah. 1 2 3 4 5
41 Saya menetapkan sasaran untuk masa depan saya. 1 2 3 4 5
42 Saya seorang yang menyentuh. 1 2 3 4 5
43 Saya boleh menjangka perasaan orang lain dengan mudah. 1 2 3 4 5
44 Saya boleh membayangkan sesuatu dari perspektif yang berlainan. 1 2 3 4 5
45 Saya tidak akan menggunakan buku panduan semasa memasangperabot.
1 2 3 4 5
46 Saya adalah senang untuk bercakap orang yang tidak kenal. 1 2 3 4 5
47 Saya perlu mencuba terlebih dahulu untuk mempelajari sesuatu yangbaru.
1 2 3 4 5
48 Saya dapat membayangkan imej dengan jelas apabila menutup mata. 1 2 3 4 5
49 Saya tidak menggunakan tangan apabila menghitung. 1 2 3 4 550 Saya selalu bercakap dalam otak saya. 1 2 3 4 5
51 Saya suka kelas muzik. 1 2 3 4 5
52 Saya dapat menguasai bahasa asing dengan mudah. 1 2 3 4 5
53 Saya berasa permainan bola adalah menyeronokan. 1 2 3 4 5
54 Saya suka matapelajaran Matematik. 1 2 3 4 5
55 Saya sentiasa mengetahui perasaaan saya sendiri. 1 2 3 4 5
56 Saya mengetahu kekurangan dan kelebihan sendiri. 1 2 3 4 5
57 Saya mempunyai diari. 1 2 3 4 5
58 Saya memahami gerak-geri orang lain. 1 2 3 4 5
59 Saya suka matapelajaran Pendidikan Seni. 1 2 3 4 5
60 Saya suka membaca. 1 2 3 4 561 Saya dapat membaca peta dengan mudah. 1 2 3 4 5
62 Saya akan berasa sedih apabila melihat oranglain menangis. 1 2 3 4 5
63 Saya dapat menyelesaikan perselisihan. 1 2 3 4 5
64 Saya berimpian menjadi seorang ahli Muzik. 1 2 3 4 5
65 Saya suka sukan berpasukan. 1 2 3 4 5
67 Saya tidak akan sesat walaupun berada di tempat baru. 1 2 3 4 5
68 Saya suka menggunakan gambaran semasa belajar. 1 2 3 4 5
69 Saya suka menghabiskan masa dengan sendiri. 1 2 3 4 5
70 Kawan selalu mendapat nasihat daripada saya. 1 2 3 4 5
Top Related