Definisi Dan Maksud Membaca
Kebanyakan definisi yang diketengahkan adalah berdasarkan
pandangan individu tentang proses membaca dan bagaimana
kemahiran membaca itu terbentuk
Smith (1973) pula menambah dengan memberikan definisi pemahaman
membaca sebagai memahami apa yang dibaca dengan menggunakan apa
yang diketahui. Dengan itu, faktor pengetahuan sedia ada turut sama
memainkan peranan dalam pemahaman membaca seseorang itu.
Psikolinguistik Dan Pembelajaran Membaca
Disiplin gabungan antara disiplin psikologi yang mengkaji perilaku manusia
dengan disiplin linguistik yang mengkaji manusia secara ilmiah.
Segala aspek bahasa dan bidang yang berkaitan dengannya, dapat dikaji
dengan sempurna.
Penekanan yang diberikan pada. aspek-aspek dalaman bahasa, yang berada
dalam otak, selain aspek-aspek luarannya.
menekankan peranan otak dalam proses pembelajaran telah memberi kita
banyak maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam otak
perhatian khusus pada masalah-masalah negatif yang dihadapi oleh
kanak-kanak
Pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang bermula sejak
dia dilahirkan. Setelah seseorang itu dilahirkan, dia terus berusaha
mempelajari dunia dan alam sekeliling ini melalui pancainderanya
Proses membaca mengikut psikolinguistik kognitif bermula dengan makna
dan berakhir dengan makna juga.
psikolinguistik kognitif merupakan satu proses dua hala :-
Hala pertama ialah hala dari lambang ke otak yang jauh lebih kecil
hala kedua, iaitu hala dari otak ke lambang tulisan
faktor lambang bertulis, penglihatan, ingatanjangka pendek, bahasa dan tatabahasa, erti, pengetahuan mengikut fahaman ini adalahsatu proses psikolinguistik yang berlaku apabilaseseorang pembaca membentuk semula dalamfikirannya
fahaman psikolinguistik kognitif
lambang bertulis,
penglihatan,
ingatan jangka pendek,
bahasa dan tatabahasa,
erti,
pengetahuan mengikut fahaman ini adalah satu proses psikolinguistik yang
berlaku apabila seseorang pembaca membentuk semula dalam fikirannya
Menurut definisi ini, seseorang pembaca harus dapat memberi makna
daripada teks dengan bantuan yang minimum daripada tanda saran yang
didapati daripada, lambang-lambang bertulis dalam teks itu tanpa
membunyikan kata satu persatu.
fahaman teori pembelajaran lama
membaca adalah satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara,
membunyikannya (dalam hati) dan kemudian memahamkan erti daripada
kata-kata itu.
Definisi ini seolah-olah mementingkan pengenalan kata yang tepat satu
persatu dengan cara membunyikannya terlebih dahulu sebelum dapat
difahamkan erti sesuatu kalimat
Teori Dan Prinsip Pembelajaran Membaca
Penyelidik-penyelidik seperti Artley (1966), Niles (1969), Russell (1972)
dan Dechant (1974) berpendapat bahawa peringkat-peringkat pemikiran
yang berlaku dalam kepala. seseorang semasa, membaca adalah seperti
jadual yang berikut:
Dalam jadual di atas jelas menunjukkan bahawa dalam proses bacaan
terdapat beberapa peringkat iaitu literal, interpretasi, penilaian dan
asimilasi yang kesemuanya melibatkan proses mental.
Safiah Osman (1990)
Ada kemungkinan seseorang itu membaca hanya setakat mendapatkan
maklumat daripada teks yang dibaca dan tidak mempunyai niat lain
daripada itu.
Atau mungkin juga pembaca tersebut tidak dapat membuat inferensi atau
perkaitan bagi menambahkan pemahamannya terhadap teks yang dibaca.
Hal ini berlaku kerana pembaca tidak mempunyai pengetahuan latar yang
berkaitan dengan bahan yang dibaca. Oleh itu, pembaca tidak dapat
menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan maklumat yang sedia ada
padanya.
Top Related