IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS
PJM3110 (KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI)
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI
DISEDIAKAN OLEH:Mohd Arham Bin Mohd Ramli 881226-03-5453Najwa Binti Md Nasir 891102-01-5062Norshalina Binti Mohd Yunos 890806-01-5736
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI
•Infrastruktur dan tenaga pengajar•Perkembangan murid•Peralatan dan kemudahan•Persekitaran budaya dan tempat
Infrastruktur dan
Tenaga Pengajar
INFRASTRUKTUR
•Struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dan sebagainya
•Kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dan sebagainya), prasarana.
Contoh Infrastruktur Pendidikan Jasmani
1. Padang / gelanggang permainan2. Stor sukan3. Bilik persalinan4. Gimnasium5. Dewan6. Stadium
1. Padang / gelanggang permainan
Gelanggang bola tampar
Gelanggang futsal Gelanggang
bola jaring
Gelanggang bola
keranjang
Gelanggang sepak takraw
Gelanggang badminton
Padang / gelanggang haruslah berada dalam keadaan yang:
-Baik
-Tidak licin
-Rumput pendek
-Terhindar daripada sebarang benda
yang boleh mendatangkan kecederaan
-Bebas daripada sebarang peralatan lain
yang tidak diperlukan
Untuk:-Memastikan sebarang aktiviti dapat dijalankan dengan lancar-Menjaga keselamatan pelajar dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecederaan.
2. Stor sukan
Stor sukan haruslah berada dalam keadaan yang:
-Kemas
-Tersusun
-Teratur
-Dilabel
-Tidak menghalang laluan
-Lengkap dengan perlatan sukan
Untuk:-Peralatan dapat dicari dengan mudah-Mengelakkan kecederaan
3. Bilik persalinan
Bilik persalinan haruslah berada dalam keadaan yang:
-Bersih
-Lapang
-Dipisahkan bilik persalinan untuk
pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan
Untuk:-Memudahkan pelajar menyalin pakaian-Menghakis rasa malu
4. Gimnasium
Gimnasium haruslah berada dalam keadaan yang:
-Bersih
-Peralatannya tersusun rapi
-Tidak menghalang laluan
-Berada dalam keadaan yang baik
-Peralatan lengkap
Untuk:-Memudahkan pelajar menggunakan peralatan yang ada-Mengelakkan kesederaan
TENAGA PENGAJAR
• Menurut Anderson (1990), guru pendidikan jasmani yang efektif perlu membuat keputusan yang cermat (deliberate) dan mempertahankan pandangan/ hak (defensible) tentang pengurusan kelas pendidikan jasmani. Beliau menyatakan bahawa cabaran untuk mengajar pendidikan jasmani adalah mengetahui bila dan bagaimana menggunakan apa yang diketahui tentang pengurusan dan instruksi bagi memaksimumkan pembelajaran pelajar. Guru pendidikan jasmani harus memahami tingkah laku pengurusan yang mana berinteraksi dengan kandungan, konteks dan ciri pembelajaran.
Ciri-ciri seorang tenaga pengajar pendidikan jasmani yang baik
Memiliki kriteria asas:• mempunyai pendidikan formal yang baik. Individu yang berpelajaran mempunyai nilai dan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Boleh menilai kebenaran dan bukan menerima sesuatu secara membabi-buta.
• mempunyai pengalaman yang sesuai. Pengalaman membantu dalam pengajaran dengan membina keyakinan diri. Pengalaman perlu untuk melakukan pengawasan terhadap pelajar dengan baik. Membantu dalam usaha meningkatkan prestasi.
• fleksibel dan boleh menjalankan tugas dengan berkesan. Sedia menerima perubahan sosial yang mungkin wujud dan boleh berfungsi dalam kedudukan dan situasi yang berlainan.
• jelas dengan matlamat yang perlu dicapai dan boleh merancang untuk mencapai matlamat dengan baik. Melibatkan kos yang rendah dengan hasil kerja yang tinggi dan bermutu serta selaras dengan aspirasi organisasi.
• mempunyai keadaan mental dan emosi yang stabil dan terkawal. Berkeupayaan menggunakan pemikiran objektif untuk bertindak dengan rasional dalam menghadapi tugas seharian. Dapat memisahkan tugas rasmi dengan tugas peribadi. Mempunyai kawalan diri yang baik, boleh menerima tekanan kerja, sedia menerima kegagalan dan kritikan, sabar dan mempunyai kebolehan untuk tidak risau kepada perkara-perkara kecil.
•bersedia untuk menjayakan objektif pendidikan jasmani. Meletakkan kepentingan organisasi sebagai matlamat yang mesti dicapai serta menganggap kejayaan diri sebagai kejayaan organisasi.
• mempunyai sahsiah yang baik. Setiap individu mempunyai sahsiah tersendiri dan akan ditonjolkan dalam situasi yang berlainan. Sahsiah boleh dianggap sebagai cara seseorang itu bertindak, mengalami sesuatu cabaran dan berfikir.
• memiliki kesihatan dan keadaan fizikal yang baik. Guru atau jurulatih menjadi model kepada pelajar. Keadaan fizikal termasuk kecergasan fizikal yang tinggi penting untuk membuat demonstrasi dan mengajar kemahiran asas.
•boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik. Keupayaan berkomunikasi secara lisan penting kerana guru atau jurulatih perlu memberi penerangan dan arahan dengan jelas.
• kreatif untuk membentuk program pendidikan jasmani. Kreativiti diperlukan untuk memenuhi keperluan individu. Guru atau jurulatih biasanya menghadapi masalah kekurangan alat dan kemudahan serta menghadapi situasi yang berlainan. Guru yang kreatif akan memikirkan sesuatu sebagai jalan penyelesaian bukannya menyatakan masalah tanpa sebarang tindakan.
Kriteria Tenaga Pengajar yang Berkesan
• mempunyai pengetahuan yang cukup dalam tugas yang diagihkan
• mempunyai kelayakan profesional yang sepatutnya
• memenuhi keperluan pelajar melalui program pendidikan jasmani
• semangat yang tinggi dan setia kepada jabatan dan ahli-ahli kumpulan
• berminat dalam kerja, bersih, tepat pada masa dan berdedikasi terhadap kebajikan pelajar
• progresif, sentiasa mendapatkan maklumat baru, menggunakan kaedah pengajaran atau latihan yang baru melalui bacaan, menghadiri seminar dan kursus
•arif dalam metodologi (perkaedahan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu disiplin, kegiatan dan lain-lain) untuk menyampaikan pelajaran atau latihan
• sentiasa menggunakan prosedur penilaian untuk mengukur kemajuan pelajar dan sebagai kawalan terhadap keberkesanan program
Aktiviti pendidikan jasmani perlu disusun mengikut kepakaran guru yang ada. Jika
perlu, pengubahsuaian boleh dibuat untuk memastikan aktiviti boleh dijalankan. Latihan
kemajuan tenaga pengajar perlu dititikberatkan supaya dalam jangka masa
beberapa tahun tenaga pengajar boleh ditambah.
PERKEMBANGAN MURID
Sejak lahir, pendidikan jasmani merupakan sebahagian daripada perkara penting dalam perkembangan manusia. (*AAHPER, 1955)
Kebanyakan program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah terdiri daripada kemahiran asas, penerokaan pergerakan, aktiviti menguji diri dan sukan berkumpulan yang sesuai.
Perkembangan pergerakan asas dan kemahiran bersukan agak sukar dan memerlukan usaha gigih dan mengambil banyak latihan untuk mencapai kecekapan.
*American Alliance for Health, Physical Education and Recreation
Konsep perkembangan kanak-kanak
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkembangan bermaksud perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan usia.
Perkembangan fizikal dan impikasi dalam P&PAwal kanak-kanak (2 – 6 tahun)Perkembangan Fizikal Implikasi dalam P&P
● Kadar pertumbuhan fizikal perlahan.● Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ganda ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya kira-kira empat kali ganda.● Bermula usia 5 tahun, tubuh badan bertambah tinggi dan mengikut nisbah seperti dewasa.● Kanak-kanak agak aktif pada peringkat ini.
● Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi setakat mana yang perlu.● Kanak-kanak merasai satu kepuasan sekiranya berjaya melakukan sesuatu dengan sendiri.● Kanak-kanak berkembang pada tahap berbeza. Elakkan daripada membanding beza antara kanak-kanak.● Aktiviti bermain yang boleh disediakan seperti permainan bola, berlari, dll yang mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.
Kanak-kanak (7 – 12 tahun)Perkembangan Fizikal Implikasi dalam P&P
● Stabil dan tidak begitu pesat. ● Lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.● Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.● Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah dan mencapai kemuncaknya.● Menghampiri akil baligh, mereka kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus terhadap sesuatu.● Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk aktiviti lebih mencabar.
● Kanak-kanak boleh diajar menggunakan instrumen dan peralatan.● Aktiviti permainan dan latihan yang sesuai seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap.● Guru boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak, misalnya bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan.● Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak (12 – 15 tahun)Perkembangan Fizikal Implikasi dalam P&P
● Kadar pertumbuhan dan perkembangan pesat seperti kadar perkembangan semasa bayi.● Perubahan fizikal seperti saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. ● Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. ● Apabila mencapai akil baligh, remaja mula menunjukkan sifat ketara dalam gender masing-masing.● Pertumbuhan otot remaja lelaki lebih ketara dan umumnya mereka lebih kuat secara fizikal berbanding perempuan.
● Rancang aktiviti senaman yang menyeronokkan dan jadikan sebagai satu aktiviti sosial yang sihat.● Kurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh remaja lelaki semasa aktiviti senaman.● Guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan.
PENGALAMAN PEMBELAJARAN
Mereka bentuk pengalaman pembelajaran adalah persiapan untuk melaksanakan tugas mengajar atau aktiviti pengajaran dengan menerapkan prinsip-prinsip pengajaran serta melalui langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian dalam usaha mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Tyler (1990), pengalaman pembelajaran adalah bermaksud tindak balas antara pelajar dengan keadaan yang ditemui dalam persekitarannya.
Pengalaman verbalMelibatkan satu deria
Pengalaman visualMelibatkan satu deria
Pengalaman imaginasiMelibatkan lebih daripada satu
deria
Pengalaman simulasiMelibatkan hampir atau semua
deria
Pengalaman sebenarMelibatkan semua deria
abstrak
konkrit
Callahan, Clark dan Kellough (1998) membahagikan tahap pengalaman pembelajaran kepada lima peringkat;
i. Pengalaman sebenarPada tahap ini murid melakukan perkara sebenar yang perlu diketahui dan dikatakan tahap yang paling konkrit (berkesan) kerana melibatkan semua deria. Apa yang dialami atau dilakukan sendiri akan lebih kekal lama dalam ingatan.
ii. Pengalaman simulasiPengalaman yang dilalui bukanlah pengalaman sebenar. Guru membentuk dan membina persekitaran yang dapat dialami oleh murid seakan-akan peristiwa sebanar.
iii. Pengalaman imaginasiDengan menggunakan teknologi dan media terkini, guru dapat memperlihatkan perkara atau situasi yang hendak disampaikan. Murid akan menggunakan kekuatan mental mereka dengan mengimaginasikan situasi yang dapat dilihat.
iv. Pengalaman visualABM seperti gambar, carta dan diagram disediakan untuk mengajar dan menjelaskan sesuatu perkara. Bahan yang dipaparkan lebih berbentuk simbolik atau lambang sahaja. Hanya deria penglihatan sahaja yang terlibat dalam proses pembelajaran.
v. Pengalaman verbal Guru menyampaikan pelajaran secara lisan dan hanya deria pendengaran sahaja yang terlibat. Cara ini dikatakan paling abstrak kerana bahasa adalah simbol paling abstrak.
Peralatan dan
Kemudahan
Peralatan•Objektif pengajaran PJ dapat dicapai sekiranya murid berpeluang menggunakan peralatan asas.
•Murid dapat menikmati keseronokan sambil memperkembangkan kemahiran jasmani mereka
•Peralatan yang digunakan hendaklah bersesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
Jenis peralatan asas Alatan asas Butiran
1. Pundi kacang2. Bola kecil (getah)3. Bola besar (getah)4. Tali pendek5. Tali panjang
15 cm x 13 cmBiasaSaiz 4Panjang 2 mPanjang 7 m
6. Gelung rotan7. Bangku gimnastik8. Tikar getah (perseorangan)9. Skitel
Untuk guru1. Pita rakaman2. Gendang kecil/ kompang3. Wisel4. Tamborin5. Kastenet6. kerincing
Biasa (37.5 cm)Biasa1 m x 0.5 cmbiasa
(sumber: buku sumber- PJ KBSR 1982)
Peralatan tahap 1
Jenis alatan Butir alatan/ saiz
1. Pundi kacang2. Bola getah kecil3. Bola getah besar4. Tali pendek5. Tali panjang6. Gelung rotan7. Bangku gimnastik8. Tikar getah
(perseorangan)9. Skital10.Kayu11.Pita rakaman (pergerakan
kreatif)
15 cm x 13 cmBiasaSaiz 4Panjang 2 m, jejari 0.5 cmPanjang 7 m, jejari 0.75 cmJejari 37.5 cmKhas untuk sekolah rendah1 m x 0.5 mBiasaPanjang 1.2 m, jejari 1 cmBiasa
Peralatan tahap 2Jenis alatan Butir alatan/ saiz
1. Baton2. Rotan3. Bola sepak4. Bola jaring5. Bola baling6. Sepak takraw7. Raket badminton8. Meja pingpong9. Net pingpong10.Pingpong bat11.Kayu hoki12.Bola hoki13.Tilam gimnastik14.Bangku gimnastik15.Peti lombol
T. 12. 13Panjang 1.25 m, jejari 1.5 cmSaiz 4Saiz 5: NB 2BiasaBiasaJS. 205BiasaBiasaPP 701Sesuai sekolah rendahBiasa3 m x 1 ½ m x 100 cmYang biasa digunakan5 lapis
Jenis alatan Butir alatan/ saiz
16. Papan lonjak17. Palang selari18. Net badminton19. Net bola keranjang20. Net sepak takraw21. Bola tampar22. Net bola tampar23. Tiang & net bola jaring24. Pagar (hurdles)25. Bola gimnastik irama26. Bet tenis pader27. Peluru (lelaki)28. Peluru (perempuan)29. Gol hoki30. Pad penjaga gol31. Alat permainan sofbol
BiasaBiasaBN- 3 APHBN- 4BiasaBiasaBiasaBiasaMengikut kesesuaianBiasaBiasaMengikut spesifikasi yang ditetapkanMengikut spesifikasi yang ditetapkanBiasaBiasaBiasa
Peralatan reka ganti dalam PJSalah satu masalah yang sering
dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani ialah kekurangan peralatan
Namun, masalah ini dapat diatasi dengan alat rekaganti (improvised equipment)
Peralatan reka ganti ini dibuat, bagi :- Memastikan pelajaran PJ dapat terus
dilaksanakan- menjimatkan pembelian peralatan
Sifat-sifat peralatan rekagantiTerdiri dari pelbagai aspek: 1. fungsi- mempunyai fungsi yang sama
dengan peralatan asal.2. rupa- mempunyai bentuk yang sama
dengan alatan asal supaya menggalakkan murid menggunakannya.
3. Daya tahan- dapat menggunakan dalam jangka masa yang lama
4. keselamatan- tidak membahayakan dan mencederakan murid
5. Perbelanjaan minimum- menjimatkan kos.
skital
Gelung- gelung
Bed raundas dan sofbol
Pundi kacang
Bed tenis padder
KEMUDAHAN
Secara umumnya kemudahan sukan boleh dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu:1.Untuk kegunaan spesifik2.Untuk pelbagai kegunaan
1.Kemudahan sukan untuk kegunaan spesifik
- Digunakan untuk sejenis sukan tertentu sahaja.
- Contohnya: padang golf, gelanggang skuasy, kompleks bowling, dan sebagainya, meja pingpong.
2. Kemudahan sukan untuk pelbagai kegunaan
- Mempunyai fungsi yang lebih luas- Dapat menganjur pelbagai jenis
pertandingan dan acara bukan sukan- Mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti ruang
atau kawasan yang luas, infrastruktur yang mudah alih serta peralatan yang sesuai dan pelbagai guna
- Contohnya: padang bola, gimnasium, kolan renang dan dewan.
Persekitaran budaya dan tempat
Penolakan aktiviti pendidikan jasmani terdiri daripada beberapa faktor:
- Aktiviti yang tidak digemar- Aktiviti yang kurang mencabar- aktiviti yang terlampau susah
-Mempelajari sesuatu yang baru yang mungkin tidak dapat dipelajari dan diikuti.
- Persekitaran rumah akan membentuk sikap pelajar terhadap pembelajaran. Contohnya dapat mewujudkan sosiolisasi di sekolah.
- Pemilihan aktiviti hendaklah mengambil kira dari segi sensiviti agama dan budaya sesuatu tempat. Contohnya permainan ‘sembunyi’, renang dan musim permainan tertentu.
- Pemilihan tempat pula hendaklah melibatkan kepada kesesuain aktiviti yang dipilih.
-aktiviti yang boleh memenuhi permintaan musim diberi pendedahan dan keutamaan. Contoh: piala thomas, sukan olahraga.
-aktiviti juga dipilih mengikut cuaca di sesuatu tempat iaitu melibatkan hujan, panas, mendung dan sebagainya.
BIBLIOGRAFIAAHPER (1955) Physical Education for High School Students,
Washington D.C., AAHPER Publications.
Mok Soon Sang (2008) Perkembangan Kanak-kanak, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2009) Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee (2006) Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani , Shah Alam, Karisma Production Sdn. Bhd.
Wang Eng Hoe, Ong Tah Fatt, Nadiah Diyana Tan Abdullah (2007) Pengurusan Strategik Sukan, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Teng Boon Tong (1984) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Petaling Jaya, Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe (1994) Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Top Related