KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kuliah 4: Pemulihan & pengayaan bahasa
Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944) Pensyarah: Dr. Jamalsafri Saibon (016-4556096) Dr. Ahmad Zamri Khairani (019-5492525)
Pengenalan
Kuliah ini akan membincangkan: • Konsep dan objektif • Masalah-masalah pembelajaran bahasa • Prinsip pengajaran pengayaan dan pemulihan
Pengajaran pemulihan
Pengenalan
Pendidikan pemulihan merupakan langkah khas untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Kegiatan pemulihan ini biasanya dilakukan dalam tempoh yang singkat dan menjurus kepada usaha mengatasi kelemahan mereka.
Murid tidak mengalami kecacatan akal tetapi menunjukkan pencapaian kurang memuaskan berbanding rakan sebaya.
Definisi pemulihan
Mat Nor Husin dan Jais Sahok (1990), “Konsep pendidikan pemulihan ialah
pendidikan yang diberikan kepada murid yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah.”
Konsep pendidikan pemulihan
• Merupakan suatu aktiviti pengajaran- pembelajaran yang disediakan untuk menolong murid yang menghadapi masalah pembelajaran.
• Pada peringkat permulaan, murid tersebut ditempatkan di kelas biasa.
• Setelah berjaya menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, murid dibenarkan menjalani aktiviti pdp biasa .
Objektif pendidikan pemulihan
Membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan kaedah, bahan-bahan pengajaran serta aktiviti alternatif sejajar dengan kebolehan serta
minat murid.
Menerima layanan secara individu mengikut kadar perkembangan mental murid.
Mengatasi masalah-masalah akademik yang murid hadapi.
Memperkembang potensi dan bakat murid.
Memberi peluang murid menyertai aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah.
Faktor-faktor yang menyebabkan masalah pembelajaran
Faktor peribadi
Faktor kurang kecerdasan
Faktor fizikal
Faktor psikologi
Kurikulum tidak sesuai.
Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid.
Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat.
Faktor peribadi
Keadaan ekonomi keluarga
Masalah sosial
Segan dan malu
• Kerja rumah • Menjaga adik-adik • Membuat kerja sambilan
• Suka menyendiri • Tidak pandai bergaul
• Berasa rendah diri (inferiority complex)
Faktor kurang kecerdasan
Berkait rapat dengan masalah mental
Ciri-ciri: lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan
Faktor fizikal
• Kekurangan makanan yang berzat:cepat berasa letih dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya.
• Kekurangan tenaga dan semangat. • Kurang sihat: kerap mengambil cuti sakit. • Masalah kecacatan fizikal.
Faktor psikologi
• Perasaan rendah diri. • Perasaan sedih, hiba atau duka. • Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap
pelajaran. • Perasaan takut akan perkara-perkara baru. • Degil, tidak patuh pada peraturan dan suka
melawan. • Selalu risau dan cemas. • Pasif • Malas
Prinsip pengajaran pemulihan
• Secara umumnya pengajaran pemulihan dijalankan untuk membangkitkan semangat dan keyakinan murid-murid.
• Rancangkan aktiviti yang merangkumi aspek psikologi dan kognitif.
• Melibatkan deria rasa, penglihatan dan pendengaran dalam aktiviti yang dirancangkan.
Prinsip pengajaran pemulihan
1. Melibatkan murid dalam kelas. 2. Memberi perhatian secara individu. 3. Menunjukkan penghargaan terhadap
kejayaan yang ditunjukkannya. 4. Menjalinkan hubungan mesra guru-murid
dan murid-murid. 5. Mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang positif.
Prinsip pengajaran pemulihan
6. Menjalankan latih tubi. 7. Menggunakan bahan maujud. 8. Mempelbagaikan alat bantu. 9. Mempelbagaikan aktiviti.
Proses pengajaran pemulihan
Masalah
Punca
Tindakan
Penilaian
Caranya: Memerhatikan murid Berinteraksi dengan murid Analisis kerja murid Ujian diagnostik Ujian saringan
Proses pengajaran pemulihan
Masalah
Punca
Tindakan
Penilaian
Mungkin: Masalah pembelajaran (pdp x sesuai ) Masalah peribadi (keluarga dsb) Masalah kecerdasan Masalah psikologi (takut, rendah diri, dsb) Masalah kecacatan mental
Proses pengajaran pemulihan
Masalah
Punca
Tindakan
Penilaian
Caranya: Setelah dikenal pasti punca, guru perlulah merancang tindakan-tindakan yang sesuai.
Proses pengajaran pemulihan
Masalah
Punca
Tindakan
Penilaian Adakah objektif pdp sesuai? Aktiviti tidak menarik? Adakah cara lain? Iklim bilik darjah?
Peranan guru dalam pelaksanaan kelas pemulihan
Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan.
Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan.
Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan.
Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan.
Strategi P&P Pemulihan
• Boleh dibahagikan kepada 2 strategi:
Secara kumpulan
Secara individu
21
Pengajaran pengayaan
Konsep pengajaran pengayaan
• Pengajaran pengayaan merupakan rancangan pembelajaran yang dibentuk bagi mencabar kebolehan murid yang berupaya menguasai kemahiran lebih cepat berbanding rakan.
• Dijalankan selepas murid berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran tertentu.
• Mengelakkan perasaan bosan kerana perlu menunggu rakan lain.
Objektif kelas pengayaan
Memberi peluang kepada murid: • Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
lebih mencabar. • Meluaskan pengalaman dan pengetahuan. • Menggunakan masa lapang dengan bijaksana. • Menaruh minat terhadap bacaan. • Berminat untuk belajar sendiri. • Memupuk daya cipta. • Memupuk dan memperkembangkan sifat-sifat
kepimpinan.
Prinsip menjalankan aktiviti pengayaan
1. Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua peringkat murid dalam kelas: peringkat cerdas, sederhana dan lambat.
2. Bercorak belajar sendiri dan mempunyai arahan-arahan yang jelas.
3. Menarik, mencabar dan sejajar dengan kebolehan, minat dan bakat murid.
4. Aktiviti-aktiviti yang dirancang menarik dan mencabar.
Prinsip menjalankan aktiviti pengayaan
5. Berbentuk projek yang mengambil masa satu hingga dua minggu atau program harian.
6. Terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran murid.
7. Memandangkan kebolehan tiap-tiap kumpulan adalah berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan haruslah berlainan mengikut kesesuaian dan kebolehan serta taraf pencapaian kumpulan masing-masing.
Jenis-jenis Pengayaan
Aktiviti pengayaan boleh dikelaskan kepada dua kategori:
Pengayaan mendatar
Pengayaan menegak
27
Pengayaan Mendatar
28
• Merupakan aktiviti pengayaan yang disediakan untuk semua murid, mengikur/berdasarkan pencapaian mereka.
• Murid dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar berbanding aktiviti pengayaan yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas.
Pengayaan Menegak
29
• Merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid cerdas sahaja.
• Aktiviti pengayaan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan pada peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid kelas biasa.
PENGAYAAN MENDATAR PENGAYAAN MENEGAK
• Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan. • Dirancang untuk kumpulan cerdas sahaja.
• Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara kumpulan.
• Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas adalah sama.
• Aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada lembaran kerja, permainan, atau benda-benda maujud.
• Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kerja projek, permainan dan rekreasi.
• Aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar.
• Aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan lebih daripada unit kemahiran yang diajarkan.
• Tujuan aktiviti pengayaan ini adalah untuk memperkukuh kemahiran yang telah dikuasai.
• Tujuan memberi aktiviti pengayaan ini ialah mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran, mencungkil bakat serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
• Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan dengan penggunaan kemahiran yang sama.
• Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sama ada berdasarkan kemahiran yang sama atau beberapa kemahiran serentak.
30
Bidang/skop pengayaan
31
• Memandangkan kebolehan dan taraf pencapaian adalah berbeza, maka aktiviti pengayaan haruslah berlainan.
• Murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang lebih kompleks dan mencabar.
• Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih mudah tetapi menarik.
Masa
32
• Setiap hari: contohnya 20-30 minit. • Selepas murid menguasai semua
kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.
• Selepas murid menguasai satu atau beberapa kemahiran.
Aktiviti
33
• Aktiviti pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal sama ada secara individu atau kumpulan.
• Bagi aktiviti kumpulan, guru boleh menyuruh murid cerdas membimbing murid lain dalam kumpulannya. Cara ini memberikan peluang kepada murid yang cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan mereka.
• Aktiviti harus menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid. Selepas aktiviti pengayaan selesai, guru boleh berbincang dengan murid mengenai hasil aktiviti mereka dan memberikan penghargaan sebagai galakan.
Bahan
Bahan yang digunakan perlu pelbagai termasuklah: Kad-kad bacaan, lembaran kerja, bahan ICT dan lain-lain.
Bahan pengajaran harus mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid boleh menjalankan aktiviti tanpa banyak bergantung kepada tunjuk ajar guru.
34
Ruang/Tempat
Penyusunan meja dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan.
Biasanya kumpulan dibahagikan kepada tiga, iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.
Tiap-tiap kumpulan mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya kumpulan sederhana lebih ramai daripada kumpulan yang lain.
Murid dalam sesuatu kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu.
Mereka boleh dipindahkan mengikut kemajuan.
35
Pengajaran Bahasa
Diagnostik
Kumpulan Cerdas
Kumpulan Sederhana
Kumpulan Lambat
Pengayaan Pengayaan Pengayaan
Penilaian
Menguasai Kemahiran
Pengayaan 36
Penggunaan bahan bantu
• Kedua-dua aktiviti pengajaran pemulihan dan pengayaan memerlukan guru menyediakan bahan bantu yang sesuai. – murid pemulihan – untuk memudahkan
pemahaman. – murid pengayaan – untuk mencabar kreativiti.
• Bahan perlu pelbagai – untuk kedua-dua pemulihan dan pengayaan.
Ciri-ciri bahan untuk aspek pendengaran
• Sebutan penutur hendaklah terang dengan kadar yang berpatutan – tidak terlalu cepat supaya jelas.
• Tidak ada gangguan bunyi sekeliling yang boleh mengganggu pendengaran murid.
Ciri-ciri bahan untuk aspek penglihatan
• Bahan hendaklah terang, jelas dan menarik. • Penggunaan warna yang bersesuaian perlu
dan penting. • Gunakan benda maujud. • Saiz bahan perlu sesuai.
Ciri-ciri bahan untuk aspek psikomotor
• Gunakan benda maujud atau bahan sebenar. • Huruf dan lambang yang digunakan perlu
sesuai saiznya. • Pensel warna dan krayon boleh membantu
aktiviti menulis.
Penutup
• Murid mempunyai latar belakang pembelajaran yang pelbagai.
• Murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran perlu dibimbing dengan kelas pemulihan, dan murid cerdas perlu dicabar dengan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian bagi menyerlahkan potensi mereka.
• Tanggungjawab guru menyediakan persekitaran pembelajaran terbaik untuk murid berkembang sesuai dengan kebolehan masing-masing.