Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 1
LAMPIRAN A
LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH
SYARAT-SYARAT TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN (BOLEH UBAH)
1. PERTINDIHAN TAWARAN
a) Tawaran ini tertakluk kepada pelajar yang tidak atau belum menerima sebarang bantuan kewangan dari lain-lain badan penganjur. Sekiranya pelajar telah mendapat bantuan kewangan lain tanpa kelulusan LBNK, pihak LBNK berhak menarik balik atau memberhentikan pinjaman ini dengan serta merta.
b) Peminjam aktif PTPTN atau mana-mana tajaan lain yang ingin menerima tawaran LBNK perlulah membuat penyelesaian penuh bayaran pinjaman sebelum menerima pinjaman LBNK. Ini bagi mengelakkan pemohon menerima pinjaman lebih dari satu institusi penaja dalam satu masa.
2. TANGGUNGJAWAB LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH (LBNK)
a) Cara Pembayaran
Pinjaman pelajaran ini akan dibayar oleh LBNK terus kepada pelajar melalui akaun bank pelajar.
b) Kekerapan Bayaran
Bayaran akan dibuat pada awal atau pertengahan semester pengajian selepas mendapat pengesahan daripada pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengenai status pengajian.
3. TANGGUNGJAWAB PELAJAR
a) Tugas
Pelajar adalah dikehendaki :
i) Menumpukan sepenuh perhatian kepada kursus yang diikuti dengan menghadiri kuliah, tutorial, latihan amali dan sebagainya seperti yang ditetapkan.
ii) Memasuki semua peperiksaan yang dijadualkan dalam kursus yang diikuti.
iii) Memberitahu LBNK alamat surat menyurat semasa mengikuti kursus.
iv) Memberitahu LBNK mengenai sebarang pertukaran alamat.
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 2
v) Mengemukakan keputusan peperiksaan akhir selewat-lewatnya 2 (dua) minggu dari tarikh keputusan diumumkan.
b) Tatakelakuan
Semasa mengikuti kursus pengajian, pelajar dikehendaki berkelakuan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab dan dikehendaki mematuhi Undang-undang Negara serta arahan atau peraturan yang dikeluarkan oleh LBNK atau Universiti atau Institusi berkenaan dari semasa ke semasa.
c) Kursus yang ditetapkan
Pelajar dimestikan mengikuti kursus yang ditetapkan di Universiti atau Institusi seperti yang telah dinyatakan di dalam Surat Tawaran Universiti atau Institusi dan Surat Perjanjian LBNK. Pertukaran kursus dalam tempoh pengajian adalah tidak dibenarkan.
d) Penangguhan Pengajian/Menarik Diri
Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang penangguhan pengajian atau menarik diri dan jika dilakukan boleh menyebabkan Pinjaman Pendidikan ini ditamatkan dan pegawai dikehendaki membayar balik pinjaman yang dibayar kepada peminjam secara sekaligus.
e) Kegagalan / Diberhentikan
Pelajar dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah dibayar secara sekaligus sekiranya pelajar gagal atau diberhentikan daripada institusi tersebut atau ditamatkan atas sebab pencapaian pelajar yang tidak memuaskan dalam mana-mana peperiksaan.
4. PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN
a) Pinjaman ini dikenakan caj perkhidmatan 2% setahun atas baki terkini setiap bulan. Pelajar dikehendaki membayar balik pinjaman pendidikan ini kepada LBNK secara ansuran bulanan selepas dua belas (12) bulan menamatkan pengajian.
b) Caj bayaran lewat 4% setahun akan dikenakan untuk pelajar yang gagal menyelesaikan bayaran balik pinjaman pendidikan dalam tempoh yang dipersetujui seperti yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman.
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 3
c) Walau bagaimanapun, pertimbangan sama ada pelajar dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman sebenar atau layak dipertimbangkan untuk penukaran status pinjaman kepada biasiswa atau hanya perlu membayar 50% dari jumlah pinjaman sebenar adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pelajar dikehendaki mengemukakan permohonan bersama dengan 1 (satu) salinan skrol Ijazah dan transkrip akademik yang telah disahkan ke Bahagian Pinjaman Pendidikan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah dalam tempoh 6 (enam) bulan daripada tarikh tamat belajar untuk pertimbangan sewajarnya. Kelewatan untuk menghantar permohonan dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
d) Syarat-syarat penukaran pinjaman kepada pinjaman boleh ubah (biasiswa penuh) adalah seperti berikut :
i) Lulus cemerlang dengan pencapaian akademik PNGK 3.75 ke atas.
ii) Pengajian peringkat Ijazah sahaja.
iii) Tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan.
iv) Diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Lembaga Biasiswa Negeri Kedah.
e) Syarat-syarat bagi pengurangan bayaran balik 50% daripada jumlah pinjaman sebenar adalah seperti berikut :
i) Lulus cemerlang dengan pencapaian akademik PNGK 3.5 sehingga 3.74.
ii) Pengajian peringkat Ijazah sahaja.
iii) Tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan.
iv) Diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Lembaga Biasiswa Negeri Kedah.
f) Pembayaran balik pinjaman pendidikan LBNK boleh dibuat melalui kaedah berikut :
i) Tunai
a) Kaunter Lembaga Biasiswa Negeri Kedah di Wisma Darul Aman atau di UTC.
b) Kaunter Pejabat Pos Malaysia berkomputer (Komisen RM2.00 + 6% GST akan dikenakan).
c) Kaunter Bank Islam (Komisen RM1.00 + 6% GST akan dikenakan).
d) Kaunter Bank Simpanan Nasional (Komisen RM1.00 + 6% GST akan dikenakan).
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 4
ii) Secara Dalam Talian (Online)
a) Melalui Laman Web cimbclicks http://www.cimbclicks.com.my (Caj RM0.50 +
6% GST akan dikenakan).
b) Melalui Laman Web bankislam.biz http://www.bankislam.biz (Caj RM1.00 + 6% GST akan dikenakan).
c) Melalui Laman Web Pos online https://www.posonline.com.my/ecommerce/ (Komisen RM1.00 + 6% GST akan dikenakan).
d) Pembayaran melalui kaedah JomPay melalui bank-bank yang menyertai.
iii) Secara Pos
Menyediakan Cek berpalang / Kiriman Wang / Wang Pos / Bankdraf yang ditulis
atas nama LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH yang beserta nama,
nombor kad pengenalan, alamat lengkap, nombor rujukan fail dan dialamatkan
kepada :
SETIAUSAHA
LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH
ARAS 2, BLOK C, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH,
WISMA DARUL AMAN,
05503 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.
iv) Potongan Gaji
Memuat turun dan mengisi 3 salinan Borang Potongan Gaji di laman web LBNK di
www.lbnk.gov.my.
v) Arahan Kepada Bank
Standing Instruction peminjam perlu menghubungi mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Bayaran perlu dibuat atas nama LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH.
http://www.cimbclicks.com.my/http://www.bankislam.biz/https://www.posonline.com.my/ecommerce/http://www.lbnk.gov.my/
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 5
vi) Pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Melalui pengeluaran Akaun 2 Caruman KWSP (mengikut kelayakan). Maklumat
boleh diperolehi dari laman web www.kwsp.gov.my
g) Sekiranya pelajar didapati atau dilaporkan terlibat dalam mana-mana kes dadah,
jenayah dan apa-apa salah laku yang akan mencemarkan nama baik Kerajaan
dan negara, maka tindakan tatatertib akan diambil dan pinjaman pendidikan ini
akan ditamatkan. Pelajar dikehendaki membayar balik pinjaman yang
telah dibayar secara sekaligus.
h) Pelajar tidak dibenarkan dari mengambil bahagian atau menjalankan sebarang
pekerjaan luar tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada LBNK terlebih dahulu.
Sekiranya ini dilakukan, maka pinjaman pendidikan ini akan ditamatkan dan
pelajar dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah
dibayar secara sekaligus.
i) Jika LBNK menerima laporan daripada pihak Universiti atau Institusi bahawa
kelakuan, kegiatan atau pengajian pelajar tidak memuaskan iaitu mendapat
PNGK 2.00 ke bawah, maka pinjaman pendidikan ini akan ditamatkan dan
pelajar dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah
dibayar secara sekaligus.
5. KEGIATAN POLITIK
i) Pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan yang
difikirkan oleh LBNK tidak selaras dengan kepentingan Kerajaan Malaysia.
ii) Pelajar tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan di dalam apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat
kelulusan bertulis dari LBNK dan LBNK mengikut budi bicara mutlaknya boleh
memberi atau tidak memberi kelulusan itu.
iii) Pelajar tidak dibenar menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-
kegiatan dalam mana-mana pertubuhan politik, badan atau kumpulan orang yang
tujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah pada pendapat LBNK boleh ditafsirkan
sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari
LBNK dan LBNK mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak
memberi kelulusan itu.
http://www.kwsp.gov.my/
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 6
iv) Sekiranya pelajar melanggar syarat-syarat tersebut di para (i) (iii) di atas, maka
tindakan tatatertib akan diambil dan pinjaman pendidikan ini akan ditamatkan dan
pelajar dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah
dibayar secara sekaligus.
6. HAK LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH UNTUK MENGULANGKAJI ATAU
MEMINDA SYARAT TAWARAN
LBNK berhak meminda atau menambah atau membatalkan peraturan-peraturan
dan syarat-syarat di atas pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan dan
pelajar adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.
7. PENYEMPURNAAN DOKUMEN-DOKUMEN
Semua Surat Perjanjian, borang dan dokumen yang disertakan bersama tawaran
ini hendaklah dikembalikan kepada pentadbiran LBNK sebelum atau pada
dan bayaran hanya akan diproses setelah semua dokumen disempurnakan.
8. SURAT TAWARAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA DOKUMEN
Surat tawaran ini adalah sebahagian daripada dokumen perjanjian. Oleh itu, pada
bila-bila masa jua, Surat Tawaran ini hendaklah dibaca bersama Surat Perjanjian
dan dokumen-dokumen lain yang akan ditandatangani bersama oleh LBNK,
pelajar dan penjamin-penjamin.
Bahagian Pinjaman & Biasiswa
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
November 2017
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 7
Sekiranya tuan/puan bersetuju dengan tawaran ini sila cetak dan serahkan dokumen-dokumen
berikut kepada pentadbiran ini :-
1. Surat Tawaran
2. Senarai Semak Dokumen Sokongan
3. Senarai Semak Dokumen Perjanjian
4. Surat Akuan Penerimaan (BPPLBNK/01)
5. Surat Akujanji Bayaran Balik Pinjaman (BPPLBNK/02)
6. Borang Pengesahan Setuju Terima Menjadi Penjamin Pertama (BPPLBNK/03)
7. Borang Pengesahan Setuju Terima Menjadi Penjamin Kedua (BPPLBNK/04)
8. Surat Perjanjian Kebenaran Pemotongan Gaji (BPPLBNK/05)
9. Surat Perjanjian Pinjaman Boleh Ubah
10. Panduan Mengisi Surat Perjanjian
11. Borang Maklumat Saksi yang lengkap
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 8
SENARAI SEMAK DOKUMEN SOKONGAN
(PERLU DISERAHKAN BERSAMA-SAMA SURAT PERJANJIAN)
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Peringkat Pengajian :
Kursus Pengajian :
BIL
DOKUMEN
TANDAKAN ( )
1
Kad pengenalan dan Sijil Lahir Ibu (1 salinan)
2
Kad pengenalan dan Sijil Lahir Bapa (1 salinan)
3
Slip gaji ibu dan bapa. Sekiranya bersara/bekerja sendiri, sila lampirkan kad pencen atau sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada pegawai-pegawai yang dinyatakan di bawah. (1 salinan)
4
Salinan muka hadapan buku bank pemohon / slip bank pemohon (Bank CIMB atau Bank Islam sahaja dibenarkan dan perlu disahkan) (1 salinan)
Setiap salinan dokumen perlu disahkan oleh Penghulu/ Pegawai Kerajaan dari
Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) / Penolong Pegawai
Daerah / Pegawai Daerah / Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/
Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas/ Majistret.
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 9
SENARAI SEMAK DOKUMEN PERJANJIAN
(DOKUMEN DALAM SURAT PERJANJIAN)
Nama :
No.Kad Pengenalan :
Peringkat Pengajian :
Kursus Pengajian :
BIL
DOKUMEN
TANDAKAN ( )
1
Surat Tawaran Pinjaman
2
Surat Akuan Penerimaan Pinjaman (BPPLBNK/01)
3
Surat Akujanji Bayaran Balik Pinjaman (BPPLBNK/02)
4
Borang Pengesahan Setuju Terima Menjadi Penjamin Pertama (BPPLBNK/03)
a) Salinan Kad Pengenalan Penjamin Pertama (yang telah disahkan)
b) Salinan Slip Gaji Penjamin Pertama (yang telah disahkan)
5
Borang Pengesahan Setuju Terima Menjadi Penjamin Kedua (BPPLBNK/04)
a) Salinan Kad Pengenalan Penjamin Kedua (yang telah disahkan)
b) Salinan Slip Gaji Penjamin Kedua (yang telah disahkan)
Lampiran A Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah LBNK Sesi 2017/2018 Muka Surat 10
BIL
DOKUMEN
TANDAKAN ( )
6
Surat Perjanjian Kebenaran Pemotongan Gaji (BPPLBNK/05)
7
Perjanjian Pinjaman Pendidikan LBNK yang telah lengkap diisi dan dimatikan setem (4 salinan)
8 Borang Maklumat Saksi yang lengkap diisi
Setiap salinan dokumen perlu disahkan oleh Penghulu/ Pegawai Kerajaan dari
Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) / Penolong Pegawai
Daerah / Pegawai Daerah / Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/
Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas/ Majistret.
Top Related