LAPANGAN On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
LAPANGAN 25-2013
ARAKAN PERLU
DIBANTU Demi Survival Ummat
Ziarah Mahabbah
Kelas Bahasa Isyarat
Ganbatte Kudasai
Teknik Urut Dohsa-Hau
Dato Abdul Razak Kechik, Presiden MRA ditengah
kanak-kanak Rohingya di Kem Thatkayphin
MRA GANDAKAN USAHA BANTU ARAKAN MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) sedang giat mempertingkat-
kan gerakerja penyaluran bantuan di wilayah bergolak Arakan.
Kerjasama dengan pelbagai pihak terlibat samada di Sitwe,
Rangon termasuk di Mandalay telah dijalinkan bagi melancar-
kan gerakerja.
MRA juga telah bertindak membuka sebuah pejabat operasi
bantuan dan menghantar seorang pegawai sepenuh masa dari
Malaysia untuk memantau dan mengawasi perjalanan operasi
MRA disini. Dibantu oleh seorang lagi penyelia rakyat
tempatan, MRA dijangka tidak menghadapi sebarang masalah
untuk bergerak di lapangan.
Kemelut yang melanda Arakan ekoran daripada ketegangan
dan konflik berdarah antara penduduk Rakhine dan Rohingya
masih belum reda sepenuhnya, malahan gelombang rusuhan
kedua pula yang tiba. Penduduk Arakan terus dan masih lagi
mempunyai prejudis sesama mereka. Suasana di lapangan
masih samar-samar dan belum pulih sepenuhnya.
Namun, di sebalik semua yang telah berlaku, MRA sangat
positif bahawa kedua buah pihak ini boleh berbaik dan
kembali tinggal bersama sekiranya tidak ada pihak ketiga
yang menjadi dalang dan mengapi-apikan agar persengketaan
kembali tercetus. Mereka yang bertanggungjawab
menyemarakkan persengketaan harus ditahan dan dihukum.
Komited untuk memastikan kedua-dua belah pihak yang
bertelagah mendapat pembelaan yang sewajarnya, MRA
terlibat dan serius membantu kedua belah pihak. Sebagai
sebuah badan bantuan kemanusiaan yang profesional, MRA
membantu mangsa-mangsa konflik tanpa sebarang prasangka
terhadap pegangan politik, agama, bangsa dan kepercayaan
yang menjadi anutan mereka.
MRA menumpukan bantuan kemanusiaan dalam beberapa
aspek; iaitu Bantuan Kecemasan melibatkan bantuan
makanan dan minuman, Bantuan Perubatan, Bantuan
Pendidikan, Penempatan Semula dan Pembangunan Komuniti.
Kita tidak boleh membiarkan kedua pihak yang bertelagah
ini membangun sendirian, mereka harus dibantu dan
dipimpin untuk mengatur hidup ini dengan murni dan
penuh ketulusan.
MRA juga turut mengalu-alukan rakyat Malaysia khususnya
yang beragama Islam yang ingin melaksanakan wakaf pam
air bagi diri sendiri atau ahli keluarga yang telah meninggal
dunia, ini merupakan satu program wakaf yang amat
berbaloi dan memberi manfaat yang cukup banyak kepada
penduduk setempat dalam menguruskan kehidupan seharian
mereka. Ayuh, jangan bertangguh membantu mereka!
MOHD SHAHRULAZILAN SAID, Pengarah Eksekutif
Tim MRA Myanmar bersama Presiden MRA, Dato Dr. Abd.
Razak Kechil, Pengarah Eksekutif MRA bergambar dengan TYT
Dr. Ahmad Faizal, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Myanmar
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH LATIHAN
& PENGEMBANGAN
En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH
PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH
PEMBERDAYAAN EKONOMI
Dr. Hyan Yusoff
PENGARAH BANTUAN
KECEMASAN & LOJISTIK
Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
PRESIDEN MRA TURUN TINJAU LAPANGAN Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak
Kechik dalam kesibukan beliau meng
uruskan Program Orang Asli dan Anak
Yatim, masih lagi dapat meluangkan masa
untuk turut serta meninjau keadaan lapangan
di Arakan baru-baru ini. Beliau hadir sama
bagi mengiringi rombongan yang turut
disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah
YPEIM, Tuan Haji Mokhtar dan Timbalan
Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Haji Roslan.
Turut serta sama dalam rombongan ini ialah
Pengurus YPEIM, Tuan Haji Selabi,
Pengurus YPEIM, En. Norhisyam dan
Pen. Pengurus JAKIM, Ust. Rashid. MRA
turut disertai oleh Pengarah Eksekutif,
Pengurus Operasi Myanmar dan Penyelia
Projek Myanmar.
Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat
sendiri nasib dan kesukaran yang dialami
oleh penduduk Arakan berbangsa Rohinyga
yang beragama Islam. Mereka mengalami
kesukaran yang lebih dahsyat berbanding
lawan mereka, yang berbangsa Rakhine.
Layanan yang diterima oleh Rakhine adalah
lebih baik, lebih banyak dan lebih meluas
agihannya.
Ahli rombongan ini juga ber
kesempatan untuk bertemu dan
melakukan kunjungan hormat ter-
hadap Tuan Yang Terutama,
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke
Rangoon, Dr. Ahmad Faisal. TYT
telah sudi memberikan penerangan
panjang lebar mengenai konflik ini
disamping memberikan input-input
terbaharu yang beliau perolehi dari
berbagai sumber.
Walaupun singkat, namun per
kongsian ini begitu bermakna
k e r an a k e s u n g g u h an T Y T
menerangkan duduk perkara yang
sebenar bagi memastikan kami
mempunyai maklumat yang
pelbagai bagi memudahkan kami
untuk membuat analisa dan
kesimpulan dalam ini nanti.
Tahniah dan syabas juga diucapkan
kepada Pejabat MRA Myanmar
kerana berjaya menggendalikan
lawatan kerja tanpa sebarang
masalah besar disalah satu kawasan
konflik paling tegang didalam
dunia. LAPANGAN 25 - 2
Dato Dr. Abdul Razak Kechik diiringi oleh Sdr. Shahrul ber-
sama tim dari JAKIM dan YPEIM meninjau keadaan Kem
Pelarian Rohingya di Thatkayphin.
ARAKAN perlu dibantu
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah berpeluang
untuk berkunjung ke Sitwe bersama tim pemantau dari JAKIM
dan YPEIM yang ingin melihat dan merasai penderitaan yang
dialami oleh penduduk Arakan terutamanya umat Islam
Rohingya yang tertekan dan ditindas sejak sekian lama.
LAPANGAN 25 - 3
MRA telah menyerahkan sumbangan alat-alat
tulis kepada sebuah sekolah sementara kendalian
penduduk Rohingya di Bawdhupa.
Dato Dr. Abd.Razak diminta untuk memberikan
ucapan kepada para penduduk disebuah masjid
di Aung Mingalar
Penduduk Rohingya di Bawdupha
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN)
ROHINGYA kekal sebagai bangsa yang paling
teruk ditindas dan dinafikan haknya didalam
dunia. Mereka telah ditindas sejak berpuluh
tahun dahulu, dan penghapusan etnik terang-
terangan secara terbuka yang dilakukan secara
terancang oleh kerajaan junta telah berlaku pada
tahun 1982.
Sejak dari itu, Rohingya menjadi bangsa ter
pinggir dan tidak mendapat pembelaan yang
sewajarnya dari dunia. Mereka terpaksa melari-
kan diri dengan pelbagai cara, melalui laut dan
jalan darat. Mereka menuju ke negara atau
tempat yang boleh memberikan mereka
perlindungan dan keselamatan, yang boleh mem-
berikan mereka peluang dan ruang untuk mem-
bina kehidupan yang lebih baik.
Malaysian Relief Agency (MRA) telah terlibat
dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan mem-
bantu para pelarian Rohingya yang berada di
Malaysia sejak tahun 2009 lagi. Berlakunya
konflik Arakan pada Jun 2012, MRA bertindak
untuk menghantar tim bantuan dan menghadapi
sedikit masalah untuk masuk ke Sitwe, namun,
berkat kesabaran dan ketekunan serta kerjasama
dari rakan tempatan, kami berjaya memasuki dan
menghantar bantuan ke Sitwe, Arakan pada
September 2012.
Hari ini, MRA telah membuka Pejabat Operasi
di Rangoon bagi melicinkan lagi operasi bantuan
untuk penduduk Arakan. Anda dijemput untuk
turut serta membantu kami dalam meringankan
bebanan yang ditanggung oleh penduduk di
bumi Arakan ini,
Demi Survival Umat ROHINGYA kekal sebagai bangsa yang paling teruk
ditindas dan dinafikan haknya didalam dunia.
LAPANGAN 25 - 4
Rajin, seorang anak kecil Rohingya sedang
mengepam air di Kem Thatkaypin, Sitwe
Gam
bar –
gam
bar
di A
raka
n ad
alah
ihsa
n da
ri E
n. N
orhi
syam
, YPE
IM
Satu tim mahasiswa dari Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) dibawah program
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS),
Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia telah memilih untuk
melakukan khidmat masyarakat di
Padang Pariaman, Sumatera Barat.
Mereka telah memilih untuk
berkunjung dan meninjau ke
program-program bantuan yang
telah dilaksanakan oleh MRA di
Padang selepas daripada kejadian
gempabumi 2009 yang telah
mengorbankan ribuan nyawa
penduduk dan turut melibatkan
kerugian yang berjumlah puluhan
juta dollar Amerika. Kesan ke-
musnahan masih boleh dilihat
sehingga kini.
Mengimbau sejarah silam, MRA telah terlibat dan bertindak dalam
program bantuan kemanusiaan di Padang Pariaman dalam tempoh 48
jam sejurus selepas berlakunya gempa bumi disitu. MRA telah
menghantar lebih dari 100 orang petugas untuk terlibat membantu
penduduk yang ditimpa kesulitan disini.
Sehingga hari ini, MRA telah terlibat dalam program rehabilitasi
termasuk membangunkan 300 buah rumah Syukur, menaja perjalanan
sebuah TAPUZ yang mempunyai lebih dari 60 orang pelajar, projek
Mesin Bordir (mesin jahit) dan beberapa projek lain termasuk Qurban
untuk penduduk setempat.
PADANG TIDAK PERNAH DILUPA TIM YSS-UPNM KE SUMATERA BARAT
LAPANGAN 25 - 5
Bersama Pak Daryono, Pengurus MRA SUMBAR
INDUKSI MRA siri KETIGA
Malaysian Relief Agency (MRA) dibawah seliaan Biro
Latihan dan Pembangunannya telah sekali lagi berjaya
menganjurkan Kursus Induksi bagi para sukarelawan
yang berhasrat untuk turut serta dalam kerja-kerja ban-
tuan sebegini.
Induksi ini mendedahkan mereka kepada budaya kerja
sukarelawan yang diamalkan didalam MRA. Mungkin
ada beberapa perbezaan dan kelainan yang ditampilkan
oleh MRA dalam perlaksanaan aktiviti kesukarelaannya
berbanding dengan organisasi yang lain di Malaysia.
Induksi ini juga menerangkan bagaimana MRA bertin-
dak terhadap bencana dan konflik yang berlaku diluar
ataupun didalam negara. Bagaimana kami menyusun
dan mengatur langkah dalam menghulurkan bantuan
kepada mereka yang memerlukan.
Induksi MRA juga menerangkan apakah yang dimak-
sudkan dengan pekerja bantuan kemanusiaan
(humanitarian worker) dan sukarelawan (volunteer).
Ramai yang tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan
dua perkara ini. Ramai yang beranggapan kerja-kerja
bantuan kemanusiaan adalah tugasan sukarela, yang di-
laksanakan bila ada masa dan bila mahu.
Induksi ini juga menampilkan petugas-petugas
MRA yang memang turun dan terlibat secara lang-
sung di Lapangan, mereka berkongsi berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi bu-
kan sekadar teori dan bacaan semata-mata.
...mereka berkongsi ber-
dasarkan pengalaman dan
pengetahuan yang diperolehi
bukan sekadar teori dan
bacaan semata-mata.
Kami juga memaklumkan bagaimana mereka bo-
leh membantu kami dalam menggerakkan program
bantuan diperingkat tempatan yang memberikan
manfaat kepada kelompok yang telah dikenalpasti.
Induksi SAHABAT MRA juga akan dilakukan
dari negeri ke negeri berdasarkan kepada permin-
taan dan permohonan yang kami terima, insya Al-
lah dalam masa terdekat, kami akan mula turun ke
negeri-negeri, bertemu dengan susuk Sukarelawan
yang berminat untuk terlibat dengan MRA.
LAPANGAN 25 - 6
INDKUS SAHABAT MRA adalah dibawah
kendalian Biro Latihan dan Pembangunan
MRA serta Bahagian SAHABAT MRA.
GLOBAL LEADERSHIP MARA 2013
BUAT kesekian kalinya MALAYSIAN RELIEF
AGENCY (MRA) dijemput untuk turut sama memberi-
kan taklimat mengenai kerja-kerja kesukarelaan dan
bantuan kemanusiaan kepada adik-adik penuntut Maktab
Rendah Sains MARA seluruh Malaysia yang ber
kampung di MRSM Merbuk, Sungai Petani.
Penuntut yang hadir merupakan mereka yang terpilih
untuk mewakili MRSM masing-masing ke program ini.
MRA diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, En.
Mohd Shahrulazilan membentangkan tajuk
`Kesukarelawan dan Bagaimana Menjana Dana
Tabung`. Dalam tajuk ini beliau berkongsi
mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang
telah dilakukan oleh MRA didalam dan diluar
negara.
Beliau turut berkongsi mengenai keseronokan dan
cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-
kerja bantuan kemanusiaan. Beliau turut
menggalakkan para peserta untuk melibatkan diri
dengan menjadi sukarelawan dalam perlaksanaan
kerja-kerja bantuan kemanusiaan.
Selain itu, beliau turut berkongsi kaedah-kaedah
dan cara-cara dalam mengadakan kutipan dana
bagi membiayai program-program bantuan
kemanusiaan yang ingin dilakukan. Kutipan dana
adalah sesuatu yang menyeronokkan dan ianya
memerlukan kreativiti, ketekunan dan kerjasama
yang tinggi untuk melaksanakannya.
LAPANGAN 25 - 7
Mereka masih muda tapi penuh dengan ilmu
dan pengetahuan, syabas!
KELAS Bahasa Isyarat MRA Kelas Bahasa Isyarat MRA bermula lagi.
Alhamdulillah kami mendapat komitmen dan
sokongan padu dari tenaga pengajar ataupun
jurulatih Bahasa Isyarat.untuk sama-sama ber-
ganding bahu dalam menjayakan kelas yang
buat kesekian kalinya ini.
Kelas Bahasa Isyarat kali ini menggabungkan
pelajar-pelajar baru dan pelajar lama yang
pernah mengikuti kelas sebelum ini.
Kami mengalu-alukan pembabitan lebih ramai
pelajar untuk turut serta dalam Kelas Bahasa
Isyarat yang kami anjurkan, hubungi Cik
Fauziah Tahar di Sekretariat MRA untuk
maklumat lanjut.
LAPANGAN 25 - 8
Komuniti Bahasa Isyarat MRA adalah antara komuniti yang
aktif didalam MRA. Mereka rajin dan sangat komited di-
dalam menjayakan program
Belajar dalam kumpulan bersama
mentor masing-masing
Sekolah Selamat ASEAN MERCY Malaysia telah mengadakan satu Mesyuarat Perundingan Inisiatif Sekolah Selamat ASEAN
baru-baru ini, MRA telah turut dijemput bersama beberapa organisasi dan agensi lain untuk mem
bincangkan dengan lebih jelas mengenai perlaksanaan inisiatif ini di sekolah-sekolah di Malaysia
terutamanya yang di bawah Kementerian Pendidikan.
Sekolah Selamat adalah satu inisiatif penting dan perlu disokong oleh semua pihak bagi memastikan
murid-murid sekolah di Malaysia mampu bertindak dan menyelamatkan diri bilamana berlakunya
sesuatu bencana ketika berada di sekolah
JOHOR BAHRU 5 Mac - Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Taman Sutera berjaya
mengutip sumbangan sebanyak RM1,150
untuk Tabung Kemanusiaan Palestin
Malaysian Relief Agency (MRA)-Kumpulan
Utusan bagi membantu rakyat Palestin yang
ditindas rejim Zionis.
Pengetuanya, Jasni Omar berkata, kesemua
918 pelajar dan 77 guru bermurah hati mem-
berikan sumbangan dalam pungutan selama
seminggu pada bulan lalu atas keprihatinan
terhadap nasib penduduk di Gaza, Palestin.
"Walaupun sedikit tetapi saya harap sumban-
gan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk Gaza yang memerlukan bantuan berterusan.
Masalah di Gaza bukan terhad kepada umat Islam sahaja, tetapi merupakan bencana kemanusiaan yang men-
dapat perhatian seluruh dunia.
"Saya harap sekolah-sekolah lain dan semua pihak turut menyertai gerakan membantu penduduk Gaza,"
katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Komputer Riba 1Malaysia dan
Sumbangan Tabung Gaza di dewan sekolah tersebut, di sini hari ini.
Replika cek Tabung Kemanusiaan Palestin MRA-Kumpulan Utusan disampaikan Jasni kepada Penolong
Ketua Biro Utusan Johor, Mohamad Fikri Rosly.
SMK Taman Sutera bantu rakyat Palestin
LAPANGAN 25 - 9
ZIARAH MAHABBAH POS BERSIH, SLIM RIVER
Kunjungan MRA buat kesekian kalinya ke Pos Bersih di Slim
River turut disertai oleh beberapa SAHABAT MRA.
Kunjungan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara
MRA dengan penduduk setempat disamping membina
kepercayaan diantara satu sama lain. Untuk makluman, MRA
telah beroperasi di Pos Bersih sejak dari tahun 2009 lagi dan
setiap tahun kami akan mengadakan latihan bagi SAHABAT
MRA yang dikenali sebagai Program Tautan Kasih disini
Selain dari Pos Bersih di Slim River, Perak, MRA turut ber-
operasi di beberapa perkampungan orang asli yang lain seperti
di Kampung Songkok di Rawang, Selangor, Kg. Batu
Balong di Raub, Pahang, Simpang Pulai, Perak dan Ulu
Legong. Baling Kedah.
MRA mengalu-alukan mana-mana pihak untuk melaksanakan
projek-projek CSR mereka di perkampungan-perkampungan
orang asli yang dibantu oleh kami.
LAPANGAN 25 - 10
SANTAI… sekeluarga sedang menyiapkan
minum petang di luar rumah..
Sdr. Johari dan Sdr. Iqbal sedang memeriksa pendawaian
di Dewan Komuniti MRA di Pos Bersih, Slim River
DOKTOR PALESTIN TAMAT LATIHAN
Tempoh 10 bulan berlalu pantas. Tiba sudah masa
untuk doktor-doktor dari Palestin yang ditaja oleh
MRA untuk pulang ke kampung halaman tercinta di
Gaza. Dua dari mereka, Dr. Jamal dan Dr. Jabar akan
pulang dalam masa terdekat dan akan disusuli oleh Dr.
Ayman
Kerjasama untuk membawa para doktor Palestin ini
adalah diantara Hospital Pakar Al Islam, HUKM,
MRA dan Dr. Ali Mishal dari FIMA. Kami ber
hasrat untuk meneruskan lagi program ini dengan
membawa lebih ramai Doktor Doktor dari Palestin
untuk mendapatkan latihan dan pendedahan di
Malaysia pada masa masa yang akan datang.
LAPANGAN 25 - 11
Barisan Exco MRA bersama para doktor dari Gaza
Dr. Ishak meraikan para doktor di Al Islam
Perpisahan adalah pasti
TEKNIK MENGURUT DOHSA-HAU MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) sentiasa mencari jalan
untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada kelompok dan
mereka yang memerlukan bantuan kami.
Justeru, dalam satu kesempatan bertempat di Sekretariat MRA
sendiri di Kg. Baru, satu sesi pengenalan mengenai kaedah Dohsa
-Hou yang dipraktikkan oleh Encik Ara Masafumi. Dohsa-Hou
berasal dari Jepun dan ia digunakan sebagai terapi relaksasi yang
membawa kepada peningkatan kesedaran badan dan pengurangan
tekanan psikologi. MRA mengucapkan ribuan terima kasih pada
Encik Ara kerana meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar.
"Dohsa ertinya proses holistik tindakan motor yang terdiri dari-
pada aktiviti-aktiviti psikik dalaman pada sesuatu pergerakkan
badan dan "Hou" ertinya kaedah. Apabila kita berhasrat untuk
menggerakkan bahagian-bahagian badan kita, kita berusaha untuk
menyempurnakan pergerakan yang diinginkan Jika kesungguhan
usaha adalah bersesuaian untuk pergerakan berkenaan pergerakan
yang diinginkan boleh disempurnakan (Naruse, 1973).
LAPANGAN 25 - 12
Encik Ara Masafumi sedang mempraktikkan teknik Dohsa-Hou
Mudah dan praktikal
Teknik Dohsa-Hou
Ibubapa turut diajar teknik Dohsa Hou ini
ASAS PENDIDIKAN SENI UNTUK ANAK-ANAK ROHINGYA MRA komited dan men-
gambil inisiatif untuk
memberikan peluang dan
pendedahan yang berguna
dalam merangsang otak
dan bagi membentuk
minat dan keinginan untuk
belajar kepada anak-anak
Rohingya dibawah jagaan
kami.
Pada kesempatan yang
ada, kami telah memilih
para pelajar yang ber-
bakat, yang menunjukkan
minat belajar yang tinggi
untuk turut serta dalam
satu lawatan sambil
belajar ke sebuah pusat
pendidikan seni di pinggir
Kuala Lumpur.
LAPANGAN 25 - 13
Teliti dan tekun Bersungguh-sungguh melukis
Belajar itu menyeronokkan
SUKSES! Para pelajar bersama tenaga pengajar
KAMI DIAJAR UNTUK BERDIKARI
Disamping pendidikan formal didalam bilik darjah, anak-
anak murid di Sekolah Komuniti Rohingya MRA didedahkan
juga melalui pendidikan tidak formal, yang lebih bersahaja
dan santai.
Tujuan utamanya ialah untuk mencungkil bakat, kebolehan
dan kemahiran yang ada dalam diri mereka. Ianya juga dapat
memberikan mereka peluang bagi mengasah bakat
kepimpinan, kreativiti dan kesungguhan.
Kami menggunakan segala ruang yang ada
bagi membina keyakinan dan memupuk
bakat memimpin yang perlu bagi para
pelajar ini. Selain dari belajar untuk
mengurus dan mengatur, mereka juga
pastinya berbangga dengan kemampuan
dan pencapaian mereka mengelola program
sehingga berjaya.
LAPANGAN 25 - 14
Ikut resepi yang diberikan
Belajar menggoreng...
Lebih manis dalam minuman,
kurangkan manis dalam minuman
MYCORPS akan memulakan pencarian ahli-ahli untuk siri keduanya
tidak lama lagi. Siri kedua MYCORPS menjanjikan aktiviti yang
lebih mencabar dan lebih lasak daripada yang lalu.
Latihan siri kedua MYCORPS akan mengekalkan beberapa modul-
modul asas disamping penambahbaikan yang bakal dilakukan
setelah mendapat maklumbalas daripada ahli-ahli MYCORPS batch
pertama berdasarkan pengalaman dan apa yang telah mereka
tempuhi dalam program Lapangan mereka.
Kaedah pengambilan ahli MYCORPS juga akan diperbaiki lagi bagi
memastikan ahli-ahli yang bakal menyertai program MYCORPS
nanti benar-benar berbakat dan berdaya saing. Hanya yang
terbaik dan memenuhi kriteria sahaja yang akan dipilih. Inilah
peluang terbaik bagi orang muda, terutamanya Gen Y untuk turut
serta dalam program MYCORPS.
Inisiatif MyCorps iaitu Inisiatif Generasi Y melalui Makmal
Transformasi Pembangunan Belia. Makmal ini dilaksanakan hasil
keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri menerusi hasil cadangan
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Siri
1 Bil.1/2010 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana
Menteri pada 3 Ogos 2010. Makmal Transformasi Pembangunan
Belia diadakan adalah sebagai usaha untuk memahami kehendak
dan keperluan generasi Y.
Inisiatif MyCorps yang diperkenalkan melalui makmal tersebut
bertujuan menjana modal sosial melalui penyediaan tenaga
sukarelawan yang bertindak sebagai 'Role Model' dan tenaga elit
kesukarelaan bagi mendorong semangat sukarela dikalangan
generasi Y.
Inisiatif ini juga mampu mewujudkan organisasi-organisasi baru
berteraskan kesukarelaan. Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan
kerjasama antara KBS dan agensi yang berkaitan seperti Malaysian
Relief Agency (MRA), Yayasan Salam (SALAM) dan Global Peace
Mission (GPM).
MyCorps merupakan satu program yang memberi fokus kepada
program kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuan mewujud-
kan pemimpin kesukarelaan tahap tinggi. Inisiatif MyCorps ini akan
melahirkan seramai 60 orang pemimpin sukarela dari kalangan
golongan belia yang benar-benar berkualiti dan memiliki nilai-nilai
kesukarelaan yang tinggi dalam tempoh setahun dan seterusnya.
MyCorps bertujuan menggalak dan meningkatkan semangat
kesukarelaan dikalangan belia melalui pengalaman mereka serta
menggunakan inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas
kesukarelaan di peringkat tempatan dan antarabangsa disamping
memupuk kesedaran dalam diri belia tentangn isu-isu tempatan
dan antarabangsa yang berkaitan dengan keamanan, peperangan,
konflik, perpaduan, pendidikan, bencana kesihatan, dan kelaparan
dan sebagainya.
Mesyuarat Perkembangan MYCORPS
LAPANGAN 25 - 15
Kami bermesyuarat di Sekretariat MYCORPS di
Pusat Belia Antarabangsa, Cheras
LAPANGAN On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
Jangan risau dan gundah gulana, sekiranya anda ingin mendapatkan edisi-edisi awal
LAPANGAN, sila hubungi [email protected] Kami akan menghantar E-Majallah ini terus ke
emel/facebook anda.
LAPANGAN 25 - 16
MRA telah diwakili oleh Sdr. Pengarah
Eksekutif dan Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar,
Pengurus Operasi dalam pertemuan yang dian-
jurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) di Putrajaya baru-baru ini.
Pertemuan ini melibatkan lebih dari 20 buah
NGO yang telah mendapat bantuan dari pi-
hak JAKIM. Pertemuan ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumbalas daripada NGO-
NGO Islam yang telah mendapat bantuan
kewangan dari JAKIM mengenai kemana dan
bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
MRA amat berharap agar pertemuan ini dapat
dilakukan dengan lebih kerap lagi bagi mem-
bentuk jaringan NGO Islam menjadi lebih
kukuh lagi.
MESYUARAT PENYELARASAN NGO ISLAM BIL 1/2013
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah
mengadakan satu kunjungan mesra ke UITM Puncak
Perdana dan bertemu dengan para pensyarah dan penuntut
dari Fakulti Pengurusan Maklumat yang berminat untuk
mengikuti program-program bantuan kemanusiaan melalui
organisasi bantuan seperti MRA.
MRA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif dan Sdr.
Johari Kan Abdullah, Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya
MRA.
MRA turut berkongsi mengenai operasi MRA
diseluruh dunia dan operasi MRA didalam
negara. Kami turut mempelawa mereka untuk
ikut serta dalam program-program lawatan ke
perkampungan orang Asli dibawah kelolaan
MRA atau rakan strategik MRA.
MRA berkunjung ke UITM Puncak Perdana
LAPANGAN 25 - 17
Para pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat yang komited
untuk kerja-kerja amal dan membantu manusia
Para penuntut Fakulti Pengurusan Maklumat yang prihatin
GANBATTE KUDASAI Memperingati Misi Bantuan MRA ke Fukushima, Jepun
Gempabumi Tokyo yang dikenali sebagai Gempa
311 berlaku pada tepat jam 14.46 waktu
tempatan.dengan berkekuatan 9.03 skala Ritcher.
Gempa kuat ini menghasilkan ombak Tsunami
yang mencapai ketinggian 40.5 meter (133 kaki)
Air laut melimpah sehingga 10km (6 batu)
ke daratan. Gempa ini mengakibatkan pulau
utama Jepun, Pulau Honshu berganjak 2.4 meter
(8 kaki).
12 September 2012, National Police Agency
Jepun mengesahkan angka keseluruhan dari 20
prefectures yang terlibat, 15,883 orang telah
terkorban, 6,143 cedera dan seramai 2,681 di-
laporkan hilang. 129,225 bangunan musnah
keseluruhannya dan sebanyak 691,766 bangunan
lagi dikategorikan sebagai musnah sebahagian.
Gempabumi dan Tsunami yang melanda
mengakibatkan kerosakkan teruk pada struktur
asas di wilayah terbabit.
MRA telah menghantar pasukan untuk
membantu mangsa-mangsa gempa dan tsunami
ini dan kami telah beroperasi di Jepun hampir
selama empat minggu.
LAPANGAN 25 - 18
KERETAPI turut hanyut
Kemusnahan diluar sangkaan manusia
Bukti kekuasaan ALlah
Kami telah berkesempatan untuk membuat agihan
makanan bermasak kepada para penghuni pusat
penempatan sementara di Sekolah Tinggi
Shizugawa, Miyagi prefectures.
Kami juga telah mendapat kerjasama dan tenaga
sukarelawan dari para penuntut Malaysia yang
belajar di universiti Jepun, yang begitu komited
dan bersemangat hendak membantu mangsa-
mangsa yang menetap di pusat tersebut. Kami
telah membekalkan Mee Soto kepada para
penghuni disitu.
LAPANGAN 25 - 19
Selain daripada berkerjasama dengan
para penuntut Malaysia, kami juga
berkerjasama dengan Masj id
setempat. Kami berkerjasama rapat
dengan pengurusan Masjid Otsuka,
Tokyo yang banyak membantu kami
dari segi lojistik dan tenaga.
Di Fukushima, kami berkerja erat
dengan pihak pengurusan Masjid
Sendai yang juga turut mengalami
sedikit kerosakkan akibat Tsunami
tersebut. Walaupun berbeza bahasa
dan warna kulit, kesatuan iman mem-
pertemukan kami, Alhamdulillah.
LAPANGAN 25 - 20
SAHABAT MRA bersama Sdr. Sato San, Imam Masjid Sendai di perkarangan masjid tersebut
Bersama SAHABAT MRA dan JK Masjid Sendai
Bersama pimpinan Masjd Otsuka, Tokyo Sdra. Syed Putra, Sato San dan Aqeel Siddique sedang merancang pergerakan ke Sendai
INFO KORPORAT
VISI
MISI MOTO
Maklumat Perhubungan
Maklumat Perbankan
Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB
20/2010) merupakan sebuah organisasi
bantuan kemanusiaan yang berdaftar
dengan Jabatan Perdana Menteri,
Malaysia. Sejak dari penubuhannya
pada 2009, MRA telah membantu melalui
progam bantuan kecemasan ke negara-
negara yang ditimpa musibah, bencana
alam, bencana buatan manusia dan
program pembangunan komuniti dialam
dan diluar negara
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling
Bermanfaat Kepada Orang Lain
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 60 3 2697 2007
Faks: 60 3 2692 2002
Emel: [email protected]
Sawang: www.mra.my
Facebook: malaysianreliefagency
Twitter: malaysianrelief
Youtube: malaysianrelief
Menjadi sebuah badan bantuan
kemanusiaan yang efektif dan efisien
dalam membantu mereka yang
memerlukan
Memastikan pengurusan bantuan
yang cekap dengan mengaplikasikan
nilai-nilai murni seperti profesionalisme,
komitmen, kerjasama, tidak me-
mentingkan diri, penyayang.
Membangunkan dan melatih kemahiran
dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan
termasuk kemahiran teknikal, jaringan
perhubungan, pengenal pastian
masalah, penyediaan kertas kerja
projek dan pelaksanaan, pencarian
dana serta pengurusan.
MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365
Bank: Maybank Islamic Berhad
Swift Code: MBBEMMYKL
A/K No: 3988591608
Bank: Public Islamic Bank
LAPANGAN 25 - 21
Berkongsi pengetahuan dengan Warga Emas di Bagan Serai men-genai pembuatan baja organik
Terung batu di rumah nyonya
Kudup bunga seri berwarna
Mari dibantu saudara teraniaya
Agar hidup kembali bermakna
Sdr. Shahid @ Shine, Koordinator Myanmar-MRA sedang
bertanya khabar dengan salah seorang daripada pelarian
Rohingya yang tiba di Phang Nga melalui bot besar.
Top Related