Laporan AJK Keselamatan
Aktiviti Pengelolaan Permainan Tradisional
Sebelum
Kami mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan menyenaraikan tugas-tugas
setiap unit. Ahli jawatankuasa kecil yang telah dibentuk diminta berkumpul di dalam
kumpulan AJK masing-masing bagi menyenaraikan peralatan-peralatan yang perlu
semasa aktiviti permainan tradisional.
Antara cadangan peralatan yang perlu kami bawa ialah talkie-walkie, khemah dan
first-aid. Malangnya talkie-walkie tersebut tidak disetujui oleh beberapa orang ahli
kerana tidak mempunyai cukup bajet serta penggunaannya tidak begitu relevan semasa
menganjurkan aktiviti permainan tradisional. Khemah dan first-aid boleh kami dapati
daripada pihak pengurusan Institut Perguruan Guru Raja Melewar.
Semasa
Khemah AJK Keselamatan tidak disediakan oleh pihak IPG Raja Melewar kerana
pekerja telah diberitahu lewat oleh pihak pengurusan IPG bahawa kami memohon lima
buah khemah. Pekerja hanya sempat memasang dua khemah sahaja iaitu khemah
rumah sukan.
Kami juga bertanggungjawab dalam memastikan tiada peralatan permainan
tradisional yang mengganggu kelancaran aktiviti permainan lain. Kami menasihatkan
setiap ahli kumpulan yang telah selesai membuat amali supaya mengemas kawasan
atau sudut yang telah mereka gunakan tadi.
Semasa aktiviti permainan tradisional berlangsung, terdapat seorang ahli rumah
merah telah jatuh pengsan setelah bermain permainan musang dan anak ayam. Pada
hari tersebut juga keadaan cuaca yang sangat panas dan kering. Oleh sebab tiada
kehmah khusus untuk peserta yang cedera, maka peserta tersebut telah menerima
rawatan di tempat yang kurang sesuai dengan keadaannya yang sakit.
Selepas
Selepas acara penutupan majlis, AJK Keselamatan telah memastikan semua
peralatan telah diambil dan padang bersih daripada sampah kerana padang tersebut
akan digunakan oleh ramai guru pelatih lain. Sekiranya padang tersebut kotor dan
peralatan permainan masih tidak dikemaskan lagi ini mungkin akan mendatangkan
kecederaan kepada guru pelatih lain yang menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di atas padang.
Kemudian setiausaha AJK Keselamatan menulis laporan tentang perjalanan aktiviti
permainan tradisional dari aspek keselamatan.
Kekuatan
Keselamatan di dalam sesuatu aktiviti merupakan aspek yang amat penting
dalam memberi kelancaran dan kejayaan pengelolaan aktiviti permainan tradisional.
Maka, setiap AJK Keselamatan kami telah memberi 100 peratus komitmen yang baik
supaya dapat mengelakkan sesuatu kemalangan yang tidak diingini daripada berlaku.
Setiap AJK kami terdapat di setiap rumah sukan. Sekiranya berlaku apa-apa
kejadian yang tidak diingini, wakil tersebut akan terus memaklumkan kepada Ketua AJK
Keselamatan untuk diambil tindakan susulan. Pesakit atau mangsa akan diberi rawatan
segera mengikut jenis kecederaan yang dialami. Sekiranya pesakit tersebut perlu
dibawa ke hospital, maka dia akan terus kami bawa ke hospital. Kebanyakkan ajk kami
juga pernah mengikuti Badan Unit Beruniform pada semester lepas yang ditauliahkan
untuk merawat mangsa yang cedera.
Kelemahan
Seperti yang telah saya nyatakan, AJK Keselamatan tidak mempunyai tempat merawat
dan berehat yang berasingan daripada peserta lain. Khemah ini akan berfungsi
sekiranya terdapat dari kalangan peserta yang mengalami kemalangan dan mempunyai
masalah kesihatan seperti demam, pitam dan sebagainya.
First-aid kami juga tidak mempunyai kelengkapan ubat yang baik. Sebahagian ubat
yang terdapat di dalam peti first-aid itu hanya mencukupi untuk mengubat bilangan
pesakit yang terhad.
Cadangan
Bagi meningkatkan keberkesanan AJK Keselamatan, ajk ini harus melantik
seorang pakar perubatan dari luar untuk memberikan sedikit sebanyak bantuan dan
kepakaran mereka tentang merawat kecederaan. Perkara ini lebih efektif sekiranya
dibandingkan dengan mengharapkan bantuan dari kalangan guru pelatih sendiri.
Selain itu, khemah yang berasingan juga amat penting untuk memberi pesakit
berehat tanpa gangguan daripada peserta-peserta lain. Khemah yang lengkap dengan
kipas, air mineral dan kerusi rehat juga dapat menambahbaikkan aktiviti pengelolaan
permainan tradisional.
Penyediaan jadual bertugas juga boleh memastikan semua ahli bertugas dan
berperanan sebagai orang penting sekiranya terdapat sesuatu masalah berlaku pada
masa dia bertugas. Sebaik-baiknya ajk keselamatan perlu mengurangkan penglibatan
mereka dalam permainan tradisional.
Minit Mesyuarat
Aktiviti Pengelolaan Permainan Tradisional,
Institut Perguruan Raja Melewar.
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama
Tarikh : 26 Februari 2010
Tempat : Astaka Institut Perguruan Raja Melewar.
Masa : 4.30 petang
Kehadiran :
Nuraiman bin Manja
Panimalar a/p Subramaniam
Thamarai a/p Munusamy
Muhammad Hanif Bin Mohd Saleh
Munirah Bt. Madzlan
Imadduddin Bin Abd Rahman
Chiong Kai Shan
Leong Theng Theng
Vimala a/p Arimuthu
Kalaiselvi a/p Murugappan
Phua Xiau Han
Tan Pei Syien
Agenda
1. Ucapan Pengerusi
2. Perkara Berbangkit
3. Hal-hal Lain
Perkara Tindakan
Agenda 1 : Ucapan Pengerusi
Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah dan
mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli
jawatankuasa. Tujuan utama mesyuarat diadakan ialah untuk
membincangkan tugas dan tanggungjawab setiap
ahlijawatankuasa,
Makluman
Agenda 2 : Perkara Berbangkit
2.1 Imaddudin tidak bersetuju dengan penggunaan talkie-
walkie kerana tidak cukup perbelanjaan. Beliau mencadangkan
supaya menggunakan sumber-sumber yang sedia ada seperti
telefon bimbit.
2.2 Chong Kai Shan mencadangkan supaya ahli jawatankuasa
Makluman
Jawatankuasa
Disahkan oleh:
...............................................
( Nuraiman Bin Manja)
Pengerusi
Ahli Jawatankuasa Keselamatan
Institut Perguruan Raja Melewar
Seremban
Negeri Sembilan.
tidak pulang awal selepas tamat aktiviti untuk mengemas
peralatan.
Agenda 3 : Hal-hal Lain
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama ahli
jawatankuasa dan dapat memberi sepenuh tanggungjawab
semasa menjalankan tugas.
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.
Disediakan oleh:
...........................................
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Keselamatan
Institut Perguruan Raja Melewar
Seremban
Negeri Sembilan
Perlantikan Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi : Nuraiman bin Manja
Naib Pengerusi : Muhammad Hanif Bin Mohd Saleh
Setiausaha : Imadduddin Bin Abd Rahman
Tugas-Tugas Khas :
Panimalar a/p Subramaniam
Thamarai a/p Munusamy
Munirah Bt. Madzlan
Chiong Kai Shan
Leong Theng Theng
Vimala a/p Arimuthu
Kalaiselvi a/p Murugappan
Phua Xiau Han
Tan Pei Syien
Gambar
Aktiviti Permainan Tradisional
Gambar 1: Empat buah rumah pasukan iaitu merah, kuning, biru dan unggu
Gambar 2: Permainan baling tin
Gambar 3: Penerangan cara bermain dari rumah merah
Top Related