LAPORAN AKTIVITI
PROJEK MENJAHIT BANTAL
PENGENALAN
Alatan jahitan dan kegunaan
Digunakan untuk menggunting fabrik
Digunakan untuk menyemat pola pada fabrik dan
kepingan fabrik sebelum menjahit jelujur
Digunakan untuk menanda fabrik.
Digunakan untuk memindahkan tanda pola
dari kertas pola ke fabrik.
Jahitan Asas
Digunakan untuk mengukur bahagian yang
digunting atau dijahit.
Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur
atau benang yang telah dijahit pada fabrik
Digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin.
1. Jahitan Kia
Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.
Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.
Jahitan ini kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin.
Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.
Berikut adalah langkah jahitan kia:
Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum pada A dan keluarkan jarum pada B dengan jarak 1 mm hingga 2 mm.
Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.
Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari A.
Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.
2. Jelujur Halus
Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.
Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesen.
Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam
rajah.
Jahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
3. Jahitan Sembat
Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.
Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet
baju kurung.
Berikut adalah langkah jahitan sembat:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih
kurang 30°.
Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.
4. Jahitan Lilit Kemas
Digunakan untuk mengemaskan tepi fabrik.
Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan palang.
Berikut adalah langkah jahitan lilit kemas:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebela luar fabrik dan tarik jarum ke arah
penjahit.
Jahit sehingga siap – matikan dengan jahitan kia.
5. Jahitan Lubang Butang
Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub,
cangkuk dan palang.
Berikut adalah langkah jahitan lubang butang:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.
Tarik benang dan susup di bawah jarum.
Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.
6. Jahitan Silang Pangkah
Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai
jahitan salaman.
Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:
Jahit dari kiri ke kanan.
Mulakan dengan jahitan kia.
Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.
Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.
Matikan dengan jahitan kia.
7. Jahitan Insang Pari
Jahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk
menjahit motif.
Berikut adalah langkah jahitan insang pari:
Jahit dari kiri ke kanan.
Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A.
Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.
Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata
jahitan insang pari yang akhir.
LAPORAN
o Sebelum
Menyediakan bahan dan alatan untuk menjahit
Mencari maklumat untuk jahitan dan saiz bantal
Bahan
Benang, jarum menjahit, pita pengukur dan gunting
Fabrik
Bantal
o Semasa
Fabrik diukur mengikut saiz bantal dan digunting
Proses menjahit bermula
Jahitan Kia : Digunakan pada bahagian luar untuk mencantumkan dua bahagian fabrik
Jahitan Jelujur Halus : Digunakan pada lapisan luar bantal agar kelihatan lebih kemas
Jahitan Silang Pangkah : Digunakan pada bahagian penutup pada belakang bantal
Jahitan Insang Pari : Dijahit dengan rapat pada bahagian tepi fabrik
o Selepas
Bantal siap sepenuhnya
Bahagian Depan Bahagian Belakang
- Sekian Terima Kasih -